asas sistem penyalaan

Upload: syahrul-amin

Post on 03-Jun-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Asas Sistem Penyalaan

    1/2

    SISTEM PENYALAAN (IGNITION SISTEM)

    1 Kegunaan Untuk membahagikan percikan bungaapi pada ketika dan tempat tertentu bagi membakar

    campuran bahanapi dan udara di dalam ruang pembakaran pada selinder.

    2 Bahagian-bahagiannya:-

    2.1 Bateri sebagai punca membekalkan tenaga elektrik.

    2.2 Ignition Coil untuk menyambung dan menutuskan litar dari bateri ke bahagian lain.

    2.3 Ignition coil

    Untuk menaik voltan 12 Volta sehingga 18 ribu Volta lebih untuk menghasilkan Spark

    yang diperlukan melalui Spark Plug.

    2.4 High Tension Wire Untuk mengalirkan aliran elektrik ke bahagian yang diperlukan dan tahan untuk

    pengaliran kuasa tinggi.

    2.5 Distributor Untuk menghantar aliran atau mengagih-agihkan elektrik.

    2.6 Distributor Cap Untuk mengagih elektrtik mengikut Spark Plug.

    2.7 Rotor Arm Untuk menyambung dari Distributor ke Distributor cap.

    2.8 Condenser

    Untuk mengurangkan arka pada CB Point.

    Untuk menolong mempercepatkan kejatuhan voltan pada lilitan primary.

    Menguji Kondenser (Gunakan Multimeter 10K.)

    Bacaan naik kemudian turun menunjukkan baik.Bacaan naik tak turun-turun rosak

    Bacaan naik turun dan naik kembali - rosak

    2.9 Contact Breaker Point Untuk membuka dan menutup litar melalui gelung penyalaan.

    2.10 Spark Plug Untuk mengeluarkan percikan bunga api di ruangan pembakaran.

    3 Binaan Sistem penyalaan:-

    3.1 Gelung penyalaan:-

    3.1.1 Mengandungi 2 gelung yang melilit satu teras besi lembut.

    3.1.2 Gelung pertama dipanggil lilitan primary dan gelung kedua lilitan secondary.

    Lilitan primary terdapat 400 lilitan dawai tembaga merah kasar.

    Lilitar secondary terdapat 20 ribu lilitan dawai tembaga merah halus.

    3.1.3 Semua dawai disadur dengan penebat seperti varnish.Menguji coil/winding

    Primiry winding 1 4

    Secondary winding 20 25

    3.2 Alat sesentuh:-

    3.2.1 Dibuat daripada tungsten atau platinum.

    3.2.2 Mempunyai 2 contact point; satu pegun dan satu bergerak oleh cam lobe.

    Dwell Angle

    Jarak masa contact point tertutup.

    3.3 Spark Plug:-

    3.3.1 Mengandungi 3 bahagian besar:-

    Kelompang logam berbenang diikat pada kepala selinder (Ground electrode)

    Penebat tembikar.

    Electrode tengah untuk penyalaan elektrik Volta tinggi.

    4 Operasi Sistem penyalaan:-

    Tenaga dari bateri dialirkan ke Ignition Swith.

    Apabila Switch disambung, karan mengalir ke ignition coil dan ke lilitan primary.

    Dari lilitan Primary terus ke contact point dan ke badan kenderaan melengkapkan litar.

    Apabila litar telah lengkap satu medan megnet akan terhasil dililitan primary.

    Bila contact point mula terbuka medan magnet runtuh dan satu voltan tinggi terhasil di lilitan secondary

  • 8/12/2019 Asas Sistem Penyalaan

    2/2

    dan melalui teras besi pergi ke rotor.

    Rotor yang berpusing, mengagih tenaga tersebut ke Spark plug melalui distributor cap.

    5 Pengawalan timbang masa otomatik (Advance Mechanism)

    5.1 Advance Mechanism iaitu satu tindakan mekanikal dimana pembukaan contact breaker point

    dipercepatkan bagi menghasilkan percikan bungapi lebih awal oleh spark plug sebelum piston sampai ke

    TDC.

    5.2 Ini dilakukan untuk membenarkan tenaga yang lebih kuat untuk menolak piston ke bawah apabila

    letupan berlaku.

    5.3 Tindakan ini hanya diperlukan ketika kenderaan bergerak laju tapi semasa Idling ianya tidak

    diperlukan.

    5.4 Operasi Advance Mechanism:-

    5.4.1 Apabila Injin bergerak dengan laju fly wheel menggerakkan cam ke belakang sedikit dalam

    pusingannya.

    5.4.2 Apabila cam berada dibelakang, ianya lebih cepat menolak moving arm pada contact breaker point,

    menyebabkan percikan bungapi menjadi lebih cepat.

    5.4.3 Bila pusingan Injin perlahan, kedudukan cam berada pada tempat asal dan contact breaker point

    menjalankan tugasnya seperti asal kerana fly wheel tidak dapat menolak cam ketika pusingan rendah.

    6 Vacuum Advance Mechanism6.1 Dalam hal tertentu pembukaan contact breaker point hendak dipercepatkan lagi walaupun telah

    didapati ketika advance mechanism.

    6.2 Ini diperlukan apabila kelajuan tinggi, untuk menjalankan sesuatu tugas dengan lebih sempurna.

    Maka satu lagi alat tambahan diperlukan pada pengagih untuk menambah kecepatan membuka C.B.

    point agar percikan bungapi lebih cepat.

    6.3 Operasi vacuum advance mechanism:-

    6.3.1 Satu vacuum control dipasang di pengagih dan disambungkan ke kaburator.

    6.3.2 Apabila tekanan dikaburator menjadi rendah diaphragm didalam cap vacuum menarik breaker plate

    (Base plate) dimana C.B. Point berada di atasnya.

    6.3.3 Oleh kerana breaker plate bergerak ke belakang maka cam lebih cepat menolak moving arm C.B.

    Point dan mempercepatkan bukaan C.B. Point. Ini bermakna percikan bungapi lebih cepat dan letupan di

    selinder lebih pantas sebelum piston mencapai TDC.

    MEMASANG DISTRIBUTER

    1 Pusingkan pulley dan pastikan Valve di cylinder Head no. 4 dalam keadaan over lap.

    1.1 Untuk mendapatkan ketepatan over lap pastikan tanda kosong pada pulley.

    1.2 Jika tanda pada pulley terlepas dari tanda kosong undur semula pulley melebihi dari kosong dan

    tepatkan semula.

    2 Masukkan distributor dengan memastikan rotor menghala pada selinder no. 1.

    3 Kemudian pusingkan distributor sehingga contact breaker point dalam keadaan baru terbuka.

    3.1 Jangan laras sehingga C.B. Point terbuka terlalu luas.

    3.2 Pastikan pusingan rotor dan jangan sampai C.B. Point pada arah yang bertentangan iaitu dimana

    C.B. Point hampir tertutup4 Ikatkan distributor dan jangan mengerakkannya.

    5 Pasangkan distributor cap dan sambungkan wayar ke Spark Plug.

    5.1 Pastikan wayar dimana rotor berada disambungkan ke selinder no. satu.

    5.2 Sambungkan wayar yang lain mengikut pusingan rotor dan firing order.