asas keusahawanan

16
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FRANCAIS Dengan mengambil dari kata dasar “Franc” atau “Franchising” dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan. Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), dari sudut konsep komersial Francais adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangka masa yang ditentukan. Dari sudut perundangan (Akta Francais) pula, Francais adalah kontrak atau perjanjian sama ada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana antaranya. Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor. Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan. Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga(francaisi). Pendek kata, perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang

Upload: helmi

Post on 27-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Asas keusahawan

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Keusahawanan

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FRANCAIS

Dengan mengambil dari kata dasar “Franc” atau “Franchising” dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.

Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), dari sudut konsep komersial Francais adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangka masa yang ditentukan. Dari sudut perundangan (Akta Francais) pula, Francais adalah kontrak atau perjanjian sama ada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana antaranya. Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor. Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan. Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga(francaisi).

Pendek kata, perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu. Dengan perkataan lain,perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan(duplication).

Perniagaan francais juga merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system) , pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization) . Jenis-jenis industri francais adalah termasuk Francais pengedaran produk(secara convertion), Francais tanda nama(cap dagangan), Francais format perniagaan. Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), francais jenis pengedaran produk merupakan syarikat persendirian yang sedia ada telah dipelawa untuk menjadi francaisi dalam rangkaian perniagaan francaisor. Francaisi akan menukar tanda nama dan cap dagangan dagangan kepada jenama francaisor. Contohnya, Syarikat Madani Greatlink Sdn.Bhd telah diberi hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta nasional.

Page 2: Asas Keusahawanan

Selain itu, Francais jenis tanda nama(cap dagangan) pula dikawalselia oleh francaisor untuk memastikan kualiti dan nama baik francaisor terpelihara. Hak yang diberikan kepada francaisi menggunakan jenama, tanda nama, dan logo. Francaisi dalam cap dagangan ini tidak memerlukan konsep dan sistem perniagaan yang lengkap Contohnya, syarikat XYZ yang berjaya mendapatkan hak untuk menggunakan watak karton Doreamon dalam hiasan barangan ataupun makanan yang dijual. Manakala, Francais jenis format perniagaan pula yang paling popular dan mendapat pengikhtirafan di bawah Program Pembagunan Francais anjuran kerajaan. Peniaga Francais jenis ini diberikan hak untuk menduplikasikan keseluruhan sistem perniagaan yang diamalkan oleh francaisor. Mereka biasanya terus mendapatkan hak menggunakan jenama dan mengedarkan produk yang ditawarkan. Industri francais jenis ini lebih mudah untuk menjalankan perniagaan kerana semuanya disediakan oleh francaisor. Francaisor mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan semuanya yang berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan oleh francaisi.

Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara. Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui "outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.

Oleh sebab kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi adalah bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA

Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan.Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep dan pendekatan ini akhirnya diterima-pakai di dalam sektor swasta dan komersial. Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran, yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang Megatrends, John Naisbitt, franchising is the single most successful marketing concept ever (sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya).

Page 3: Asas Keusahawanan

McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an. Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais di awal 1900-an. Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati hidangan McDonalds untuk hari ini. Lebih separuh daripada penduduk Amerika tinggal di sekitar 5 kilometer daripada Restoran McDonalds, dan sejak 40 tahun kebelakangan ini McDonalds telah mengambil 16 juta orang pekerja di mana akhir-akhir ini syarikat berkenaan telah mengatasi U.S Army di dalam melatih jumlah belia yang terbesar iaitu hampir 700,000 belia setiap tahun.

Secara umumnya, Industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata, setakat ini sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe. Kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah memperkenalkan francais pada 1993.

Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), Program Pembangunan Francais mula diperkenalkan pada Ogos 1992 di Malaysia, Pembangunan Negara menetapkan unit penyelaras dan perlaksanaan (UPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak sebagai pusat francais setempat. Pada Mei 1995, bahagian pembangunan Francais UPP iaitu Jabatan Perdana Menteri(JPM) mula dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai Bahagian Francais dan Vendor. Mengikut sumber daripada Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK sehingga 16 Julai 2012 telah mencatatkan sebanyak 426 produk Francais diperkembangkan di dalam Negara (Francaisor) iaitu mencatatkan 64%daripada keseluruhannya manakala produk Francais luar negara (Francaisi Induk dan Francaisi) adalah sebanyak 240 iaitu 36% daripada jumlah keseluruhan produk Francais ini. Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara. Kerajaan akan membantu usahawan francais ke luar negara. Kerajaan memberikan maklumat dan sokongan tambahan apabila berada di pasaran luar. Dalam perniagaan francais, hubungan dan kerjasama penting untuk terus berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Bagi membina sistem sokongan industri francais yang lebih berkesan, peranan kerajaan dalam membangunkan perniagaan francais untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia adalah dengan penyediaan kemudahan kewangan. Insentif dan bantuan

Page 4: Asas Keusahawanan

kewangan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan adalah termasuk Skim Pembiayaan Francais (SPF), Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF), Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF), Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Francais (SPF), khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank perdagangan yang terlibat adalah CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.

Selain itu, Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) juga diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000.

Bagi Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) pula, skim ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko. Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)pula termasuk Pre-Franchise Scheme, Skim Francais Eksekutif, Skim Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme (SPKF),Graduate Franchise Programme dan sebagainya.

Dalam usaha menahankan sistem sokongan terhadap francais, antara program yang telah dibangunkan bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat termasuk Program Pembangunan Francais (PPF). Program ini adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Di bawah Program Pembangunan Francais (PPF), syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang komprehensif kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana(UKS) atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.

Page 5: Asas Keusahawanan

Selain itu, Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) juga diperkenalkan bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi kerajaan.

Selain daripada itu, promosi juga sentiasa dibuat bagi membuka peluang penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti promosi francais yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) di dalam dan luar negara. Antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah seperti The Agencies & Franchise Trading Exhibition (ATEX) 2011, China Franchise Expo Mei 2011, Ekspo Francais bersama Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011, Int. Franchise Licence & Business Concept Expo & Conference 2011, Franchise International Malaysia (FIM) 2011, Shanghai International Franchise Exhibition (SIFE) 2011, Franchise Komuniti Perak(FKP).

Baru-baru ini juga Pelan Induk Francais lima tahun itu telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2012 dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan dan akan berkuatkuasa sebaik pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012 termasuk pendaftaran kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan. Ini kerana akta sedia ada tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan penipuan yang berlaku. Sebelum ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja. Maka, data yang diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Dengan adanya pendaftaran semua peserta dalam industri ini membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan. Kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar. Namun, tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais.

Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan memohon lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan hanya syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Peraturan dan akta baharu ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia pada Jun 2010 bagi mewujudkan “Laluan Hijau” iaitu membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan kedua-dua negara dengan lebih mudah. KPDNKK juga berusaha membantu lebih banyak francaisor

Page 6: Asas Keusahawanan

tempatan bagi menerokai pasaran Negara China, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negara-negara berkenaan sangat luas.

Akhir sekali, Francais Komuniti dijadikan sebagai salah satu program yang telah dilaksanakan bagi membantu mengukuhkan lagi budaya keusahawanan supaya dimanafaatkan sepenuhnya bagi golongan usahawan kecil bumiputera di negara kita. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, peluang kini di buka luas kepada para usahawan kecil bumiputera untuk bersama-sama terlibat dalam perniagaan francais. Program ini juga dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah industri berskala besar. Program ini memberi peluang kepada lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang lebih penting adalah mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh francais dan francaisor di Malaysia termasuk jenis perniagaan, yuran francais, rekod perniagaan francaisor, bantuan dan khidmat sokongan, hak eksklusif perniagaan francais. Maka dengan itu, bagi francais mahupun francaisor di Malaysia perlu belajar cara-cara untuk menilai peluang francais. Perniagaan francais sama seperti kebanyakkan perniagaan lain ynag juga terdedah kepada risiko, memerlukan usaha dan modal. Ini bermakna tanpa tiga elemen dia atas perniagaan francais boleh gagal. Oleh itu penilaian peluang francais adalah perlu sebelum ia dimulakan.

Terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu diri sendiri bakal francaisi, francaisor dan sistemnya, keadilan kepada perniagaan francais, daya kemajuan lokasi tertentu, dan masa depan perniagan francais di peringkat global dunia.

Bagi menilai sifat diri sendiri iaitu bakal francaisi sama ada lebih mirip kepada usahawan atau pengurus. Sifat seorang francaisi agak berlainan daripada usahawan dan pengurus di mana sedikit modal diperlukan bagi memulakan perniagaan dan tidak boleh mengharapkan francaisor dari segi peruntukan terhadap sumber bantuan kewangan. Namun, francaisor amat mengharapkan francaisi mempunyai cirri-ciri keusahawanan yang jitu untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Keduanya, francaisor dan sistemnya adalah penting bagi membuat pemilihan francaisor yang mempunyai sistem pengurusan dan operasi yang mantap, mempunyai cawangan sendiri, mempunyai sokongan kewangan yang kuat. Perkara-perkara ini boleh diperiksa melalui beberapa sumber seperti dokumen penzahiran, francaisi sedia ada atau bekas francaisi dan bakal rancangan pengembangan perniagaan.

Ketiga, keadilan kepada perniagaan francais. Untuk mengkaji syarat dan terma yang dikenakan oleh francaisor dan situasi yang baik ialah kedua-dua pihaknya mendapt situasi yang "win-win". Ini adalah dapat memberikan khidmat bantuan yang professional dalam menilai dokumen-dokumen seperti dokumen penzahiran dan dokumen perundangan.

Page 7: Asas Keusahawanan

Keempatnya, daya kemajuan lokasi tertentu adalah penting bagi melibatkan diri dalam menyediakan laporan daya maju sesuatu lokasi yang dicadangkan. Gunakan perangkaan yang dibekalkan oleh francaisor dan kaji logiknya angka-angka yang diberi oleh francaisor dalam konteks daya maju lokasi yang dicadangkan.

Akhir sekali, amatilah rancangan masa depan francaisor dan nilai keberkesanannya serta implikasi kepada perniagaan francais. Kena memastikan juga dalam sistem francaisor itu terdapat kemudahan menyelesaikan masalah antara francaisor dan francaisi.

HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Sebenarnya, pembelian perniagaan Francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos iklan atau perkhidmatan tambahan. Bagi pihak yang ingin menjalani perniagaan francais, mereka dinasihatkan perlu berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak.

Ceburi perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor. Perniagaan Francais yang murah pula kemungkinan berdepan dengan risiko kurang sambutan pelanggan kerana belum lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti memulakan perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari membaiki perkhidmatan.

Maka dengan itu, bagi mengatasi halangan yang dihadapi oleh francais dan francaisor. Mereka iaitu francaisi dan francaisor dinasihatkan untuk mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebelum sebagai perniagaan francais dengan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran.

Bagi mengatasi kelemahan pembangunan produk yang sedia ada di pasaran, mereka dinasihati supaya membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa ini. Bagi mengatasi lebihan perniagaan francais yang tidak berpontensi, mereja dinasihatkan supaya mengenalpasti perniagaan-perniagaan francais luar negara yang berpotensi terlebih dahulu untuk dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk. Perniagaan tersebut seterusnya akan difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan sebagai francaisi dan kemudiannya memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berpotensi untuk memiliki hak francaisi induk tersebut.

Page 8: Asas Keusahawanan

Pembelian hak ini akan dibuat menerusi agensi-agensi Kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.

Bagi menyelesaikan isu perkembangan terhadap perniaggan francais merekan dinasihatkan mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian akan turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara.

Bagi mengenalpasti kelemahan penyelidikan dan pembangunan(R&D) mereka dinasihatkan supaya menjalankan kajian-kajian bagi menentukan keberkesanan program serta penyelidikan dan pembangunan terlebih dahulu bagi meningkatkan lagi pencapaian program-program pembangunan perniagaan francais. Ini termasuklah kajian dan penyelidikan pasaran, kajian produk dan kajian premis perniagaan serta penyediaan kurikulum latihan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian dan penyelidikan tempatan seperti Universiti Utara Malaysia, MEDEC serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan.

Pemberian latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri juga boleh mengatasi kelemahan seperti kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap langkah pelaksanaan perniagaan francais yang lebih berkesan. Aktiviti ini didapati dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC, UiTM. Contohnya mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais.

Bagi mengatasi kelemahan isu kekurangan modal, mereka dicadangkan menyediakan kertas kerja kepada kerajaan bagi mencerminkan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, penyediaan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Syarat-syarat permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan.

Akhir sekali, dari segi undang-undang pula kerajaan boleh mengawal kualiti perniagaan francais yang sedia ada. Pihak berkuasa dinasihatkan bagi menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia pelaksanaan

Page 9: Asas Keusahawanan

perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais.

MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Kerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Sejak itu pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. Dari segi pertumbuhan industri francais, pada masa ini Malaysia menduduki tangga yang kedua (2) di kalangan negara Asia dan tangga yang kedua puluh satu (21) di dunia.

Mengikut perangkaan, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di Malaysia adalah daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding dengan negara-negara lain. KPDNKK tidak mempunyai data yang tepat mengenai bilangan sebenar perniagaan francais yang dijalankan di negara ini. Walau bagaimanapun adalah dianggarkan terdapat 268 buah perniagaan yang difrancaiskan dan sebanyak 6,500 outlet perniagaan francais di Malaysia.

Sebahagian besar daripada perniagaan francais ini adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan, aksesori wanita, keperluan rumah dan telekomunikasi. Potensi perniagaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah. Kerajaan sentiasa memberi galakan ke atas usaha ini. Pada masa ini belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara.

Sumbangan industri francais kepada nilai KDNK Malaysia dijangka meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3 peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini. Pertumbuhan kukuh itu dijangka dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012‐2016 yang bakal menetapkan hala tuju strategik membangunkan industri ini supaya ia berdaya saing serta mampu memanfaatkan penggiat industri francais negara.

Pelan yang telah dilancarkan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Januari 2012 menyasarkan pertambahan bilangan syarikat francais, peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan, sekali gus menyasarkan Malaysia sebagai pusat francais bagi rantau Asia Tenggara dan Asia Barat menjelang 2020. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan yakin negara mampu menjadi pusat francais di rantau ini kerana mempunyai peruntukan khusus untuk mengawal selia industri berkenaan. Menurut beliau lagi, Malaysia adalah satu‐satunya negara di rantau ini yang mempunyai akta khusus untuk francais iaitu Akta Francais 1998, mempunyai badan menyediakan pinjaman seperti Perbadanan Nasional Bhd (PNS) serta mempunyai akademi untuk melahirkan francaisor dan francaisi. Kerajaan kini menggalakkan penggiat francais negara untuk berkembang dengan memasuki pasaran ASEAN terutama Indonesia, China dan Asia Barat.

Page 10: Asas Keusahawanan

Industri francais yang bertapak di negara ini pada awal 1990‐an kini mempunyai kira‐kira 573 francaisor yang berdaftar, peningkatan lebih 44 peratus berbanding 396 pada 2009 sejak diletakkan di bawah kementerian berkenaan. Kini terdapat sebanyak 5,315 francaisi di seluruh negara dengan 36 francaisor tempatan sudah berkembang ke 50 buah negara asing dengan Indonesia mempunyai francaisor tempatan teramai iaitu sebanyak 18 francaisor. Selain itu, kerajaan juga kini giat menggalakkan perniagaan francais mikro bagi menarik orang ramai terutama di kawasan bandar kecil dan luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan francais.

Mulai Disember 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah memulakan program francais mikro untuk menggalakkan orang ramai bergiat dalam perniagaan dengan modal di bawah RM50,000. Hasilnya, sebanyak 34 francaisor mikro yang akan dibangunkan untuk membantu mewujudkan lebih banyak francaisi. Kementerian kini juga melaksanakan program komuniti francais di kawasan luar bandar dan bandar kecil untuk menggalakkan orang ramai menyertai perniagaan francais.

KESIMPULAN

Pertumbuhan pesat industri francais ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia secara amnya dan ia juga dapat meningkatkan bilangan usahawan bumiputera serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khasnya. Sehingga kini, sebanyak 20 peratus peningkatan jumlah francais iaitu 580 perniagaan yang berdaftar di Malaysia dimana 69 peratus merupakan jenama francais tempatan. Jadual berikut menunjukkan jumlah francais berdasarkan negara asal produk sehingga 20 Disember 2011.

Pembangunan perniagaan francais juga tidak hanya tertumpu kepada sektor tradisional malah diperluaskan kepada sektor sasaran baru seperti yang ditekankan di dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10). Lanskap industri francais di Malaysia kini juga semakin pesat melalui sokongan padu kerajaan sehingga berkembang di dalam dan luar negara. Menurut perunding francais, Hasril Noordin melalui bantuan kewangan dan latihan intensif yang disediakan oleh kerajaan dapat meningkatkankan industri dan peluang

Page 11: Asas Keusahawanan

perniagaan kepada pihak francaisor dan francaisi. Pembangunan kapasiti dan kapabiliti adalah nadi penggerak francais dan telah menjadikan industri francais sebagai salah satu enjin pembangunan Negara. Jadual di bawah menunjukkan analisis sektor campuran dalam masa 10 tahun yang akan datang.