buletin instun...pusaka di bawah akta harta pusaka kecil (pembahagian)1955 24 julai 2020 no nama...

22
BULETIN INSTUN BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020 EDISI TERHAD / PERCUMA JULAI & OGOS 2020 Institut Tanah dan Ukur Negara Kementerian Tanaga dan Sumber Asli INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI PENAUNG: Puan Norehan binti Omar PENASIHAT: Encik Ganesh Babu KETUA EDITOR: Encik Abdul Rashid bin Omar REKAAN & GRAFIK: Encik Wan Mohd Firdauz bin Wan Mohd Zahari SIDANG EDITORIAL: UKP RND UKP BUP UKP BPPT UKP BTM PRO INSTUN Kata - Kata Hikmah YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) hari ini. Turut hadir pada lawatan tersebut adalah pengurusan tertinggi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan agensi berkaitan. Antara agenda utama lawatan YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli adalah untuk melawat INSTUN bagi meninjau kemudahan dan fasiliti INSTUN dan seterusnya merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN. Pusat Kalibrasi tersebut yang dibina di INSTUN adalah bertujuan sebagai salah satu infrastruktur latihan bagi kursus-kursus pemetaan utiliti bawah tanah bagi penjawat awam. Dengan adanya fasiliti ini, suasana latihan dan pembelajaran akan dapat menjadi lebih kondusif selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Pusat Kalibrasi tersebut akan diperluaskan penggunaannya kepada pemain-pemain industri terutamanya kepada agensi utiliti awam dan swasta. LAWATAN KERJA RASMI YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN HJ NASARAH, MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA) KE INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA SERTA PERASMIAN PUSAT KALIBRASI PERALATAN PENGESANAN UTILITI BAWAH TANAH INSTUN Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah merupakan mercu tanda INSTUN dan juga merupakan bangunan kedua seumpamanya di Malaysia dengan kemudahan serta keluasan persekitaran yang selesa bercirikan bangunan hijau yang lestari, di mana bangunan seumpama ini telah dibina di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Syukur ke hadrat Ilahi, Buletin Bulan Julai - Ogos 2020 berjaya diterbitkan. Antara tujuan utama penerbitan buletin ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di INSTUN sepanjang Bulan Mei - Jun Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim INSTUN khususnya. Diharapkan penerbitan buletin ini akan menjadi perangsang kepada semua pegawai, khususnya penyelaras yang melaksanakan aktiviti supaya menghantar laporan aktiviti kepada Penyelaras Buletin jabatan untuk dijadikan sebagai satu penerbitan. Tahniah sekali lagi kepada sidang editor buletin INSTUN pada kali ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. Ketua Seksyen Perhubungan Awam INSTUN Encik Abdul Rashid bin Omar Dari Ketua Editor “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”.

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULETIN INSTUNBULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020EDISI TERHAD / PERCUMA

JULAI & OGOS 2020

Institut Tanah dan Ukur NegaraKementerian Tanaga dan Sumber Asli

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARAKEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

PENAUNG:Puan Norehan binti Omar

PENASIHAT:Encik Ganesh Babu

KETUA EDITOR:Encik Abdul Rashid bin Omar

REKAAN & GRAFIK:Encik Wan Mohd Firdauz

bin Wan Mohd Zahari

SIDANG EDITORIAL:UKP RNDUKP BUP

UKP BPPTUKP BTM

PRO INSTUN

Kata - Kata Hikmah

YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) hari ini. Turut hadir pada lawatan tersebut adalah pengurusan tertinggi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan agensi berkaitan.

Antara agenda utama lawatan YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli adalah untuk melawat INSTUN bagi meninjau kemudahan dan fasiliti INSTUN dan seterusnya merasmikan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN. Pusat Kalibrasi tersebut yang dibina di INSTUN adalah bertujuan sebagai salah satu infrastruktur latihan bagi kursus-kursus pemetaan utiliti bawah tanah bagi penjawat awam. Dengan adanya fasiliti ini, suasana latihan dan pembelajaran akan dapat menjadi lebih kondusif selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Pusat Kalibrasi tersebut akan diperluaskan penggunaannya kepada pemain-pemain industri terutamanya kepada agensi utiliti awam dan swasta.

LAWATAN KERJA RASMI YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN HJ NASARAH, MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA) KE INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA SERTA PERASMIAN PUSAT KALIBRASI PERALATAN PENGESANAN UTILITI BAWAH TANAH INSTUN

Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah merupakan mercu tanda INSTUN dan juga merupakan bangunan kedua seumpamanya di Malaysia dengan kemudahan serta keluasan persekitaran yang selesa bercirikan bangunan hijau yang lestari, di mana bangunan seumpama ini telah dibina di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Syukur ke hadrat Ilahi, Buletin Bulan Julai - Ogos 2020 berjaya diterbitkan. Antara tujuan utama penerbitan buletin ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di INSTUN sepanjang Bulan Mei - Jun Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim INSTUN khususnya.Diharapkan penerbitan buletin ini akan menjadi perangsang kepada semua pegawai, khususnya penyelaras yang melaksanakan aktiviti supaya menghantar laporan aktiviti kepada Penyelaras Buletin jabatan untuk dijadikan sebagai satu penerbitan. Tahniah sekali lagi kepada sidang editor buletin INSTUN pada kali ini. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam INSTUNEncik Abdul Rashid bin Omar

Dari Ketua Editor

“Kekuatan tidak datang dari

kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang

tidak pernah mengalah”.

Page 2: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 20202

BAHAGIAN PENGURUSAN &PERUNDANGAN TANAH

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT) telah melaksanakan sebanyak 18 kursus berkaitan bidang pentadbiran tanah secara dalam talian (online) pada bulan Julai 2020. Kursus-kurus tersebut telah dilaksanakan bermula pada 1 Julai hingga 24 Julai 2020. Seramai 325 orang peserta telah terlibat dan mendapat manfaat daripada kursus-kursus yang dianjurkan. Berikut adalah maklumat kursus yang telah dilaksanakan:-

Program Temu Bual Topik Tanah (TTT) sesi perkongsian ilmu telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Goole Meet dengan dikendalikan oleh Pn. Anita binti Amri sebagai moderator bersama-sama dua orang panel dari INSTUN iaitu En. Mohd Yusami bin Mat Yusof, Ketua Program BPPT dan En. Zahar bun Sapar, Penolong Penyelaras Program Kanan BPPT. Program TTT ini memberikan tumpuan perbincangan dan perkongsian ilmu berkaitan Kategori, Syarat dan Sekatan Kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada orang awam berkaitan perundangan tanah Di samping itu, ia juga sedikit sebanyak cuba untuk mempromosikan INSTUN sebagai sebuah institut latihan yang menjadi peneraju utama negara bagi latihan berkaitan bidang pentadbiran tanah.

PROGRAM TEMU BUAL TOPIK TANAH (TTT)28 Julai 2020 (Selasa) - 3.00 petang – 4.00 petang

PELAKSANAAN KURSUS DALAM TALIAN (ONLINE) BAHGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH1 Hingga 24 Julai 2020

NO Nama Kursus TARIKH 10 Kursus Dalam Talian: Urusniaga Tanah 16 Julai 2020 11 Kursus Dalam Talian: Pembangunan Tanah

(Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Tukar Syarat Dan Tukar Syarat+Pecah Sempadan Serentak)

17 Julai 2020

12 Kursus Dalam Talian: Pra Pengambilan Tanah

21 Julai 2020

13 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

22 Julai 2020

14 Kursus Dalam Talian: Proses Pengambilan Tanah

23 Julai 2020

15 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Pengambilan Tanah 1960

21 Julai 2020

16 Kursus Dalam Talian: Pasca Pengambilan Tanah

22 Julai 2020

17 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Hakmilik Strata 1985

23 Julai 2020

18 Kursus Dalam Talian: Pengurusan Harta Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955

24 Julai 2020

NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus Dalam Talian: Proses Pengambilan

Tanah 1 Julai 2020

2 Kursus Dalam Talian: Pasca Pengambilan Tanah

2 Julai 2020

3 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

30 Jun 2020

4 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Pengambilan Tanah 1960

1 Julai 2020

5 Kursus Dalam Talian: Pengenalan Kepada Akta Hakmilik Strata 1985

2 Julai 2020

6 Kursus Dalam Talian: Pengurusan Harta Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955

3 Julai 2020

7 Kursus Dalam Talian: Sistem Pentadbiran Dan Perundangan Tanah Di Malaysia

13 Julai 2020

8 Kursus Dalam Talian: Pelupusan Tanah (Secara Pemberimilikan)

14 Julai2020

9 Kursus Dalam Talian: Bentuk Hakmilik, Klasifikasi, Kategori, Syarat Dan Sekatan Kepentingan

15 Julai 2020

Sesi perkongsian ilmu ini dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Kamal Ihsan bin Anuar, Penolong Ketua Program Unit Khidmat Pengurusan BPPT dan dibantu oleh Cik Azleen binti Alias, Setiausaha Pejabat BPPT dengan tajuk Pengurusan Fail dan Rekod. Objektif perkongsian ilmu ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan dalam perkara asas dalam pengurusan fail dan rekod, penyediaan surat mengikut format yang betul, meningkatkan kefahaman dalam tugas-tugas pengendalian fail dan rekod serta keperluan pengendalian rekod seperti yang diperuntukkan dalam Akta Arkib Negara 2003.

PERKONGSIAN ILMU BPPT BILANGAN 3 TAHUN 202028 Julai 2020 (Selasa) - 9.00 pagi – 10.00 pagi

Page 3: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 3

BAHAGIAN PENGURUSAN &PERUNDANGAN TANAH

Sesi Perkongsian Ilmu BPPT kali ke 4 tahun 2020 ini telah dilaksanakan di Speakers Corner, Perpustakaan INSTUN. Hal ini adalah bertujuan bagi memberi penghormatan kepada penceramah yang dijemput yang merupakan Mantan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak iaitu YBhg. Dato’ Syed Mokhtar bin Syed Iddris. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini telah dihadiri oleh Pengarah INSTUN, Puan Norehan binti Omar, Ketua-Ketua Bahagian dan Pendaftar serta warga BPPT. Perkongsian yang telah disampaikan amat bermanfaat bukan sekadar kepada tenaga penceramah dalaman BPPT bahkan kepada INSTUN secara keseluruhannya kerana tajuk yang disampaikan “Way Forward Pentadbiran Tanah” telah memberi gambaran yang jelas hala tuju INSTUN seterusnya.

PERKONGSIAN ILMU BPPT BIL.4/202028 Julai 2020 (Selasa) - 11.00 pagi – 1.00 Tengah Hari

Sesi Penilaian Pembentangan Mentee BPPT 2020 telah diteruskan pada 17 Ogos 2020 (Isnin) oleh mentee En. Abdul Malek bin Abdullah. Tajuk yang telah dikongsikan ialah Penyediaan Kertas MMK atau Kertas Ringkasan. Slot Penyediaan Kertas MMK atau Kertas Ringkasan ini adalah slot di bawah Modul Khas, Sub-Modul Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Sub-Modul Penolong Pegawai Tanah dan Sub-Modul Kumpulan Pelaksana. Tempoh 1 jam bagi slot ini telah disampaikan dengan baik oleh En. Abdul Malek dan dijangka En. Abdul Malek boleh mengajar terus ke kelas menggantikan penceramah luar yang dijemput sebelum ini. Ini dapat menjimatkan kos bayaran penceramah INSTUN.

SESI PENILAIAN PEMBENTANGAN MENTEE BPPT 202017 Ogos 2020 (Isnin)

Program Pembangunan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT) 2020 ini merupakan usaha serta inisiatif yang dirancang oleh Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, INSTUN bagi memastikan visi dan misi INSTUN dapat dicapai secara holistik khususnya dalam memenuhi keperluan Teras 1 Pelan Strategik INSTUN 2018 - 2020 bermatlamat dengan mewujudkan Pengurusan Latihan yang Holistik dengan menyediakan dua (2) strategi bagi mencapai matlamat Teras 1 tersebut. Salah satu program di bawah strategi memperkasa modul latihan sektor tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat berkaitan adalah ‘Perancangan dan Pembangunan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP)’ sebagai garis panduan dan skop kepada penceramah dalam menyampaikan ceramah kepada peserta kursus di INSTUN.

PROGRAM PEMBANGUNAN RANCANGAN SESI PENGAJARAN (RSP), BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH (BPPT) 2020

3 Hingga 6 Ogos 2020

Page 4: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 20204

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

Kerja-kerja penyelenggaraan peralatan teleskop telah dijalankan oleh pihak pembekal yang telah dilantik berikutan kepakaran yang dimiliki oleh pihak berkenaan. Di antara peralatan teleskop yang diselenggara adalah Sky Watcher BK Mak 127AZGT, Sky Watcher BK 1025AZGT dan GSO. Penyelenggaraan ini dilakukan bagi memastikan peralatan teleskop ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penganjuran aktiviti atau program berkaitan fenomena alam anjuran Bahagian dan INSTUN.

PENYELENGGARAAN PERALATAN-PERALATAN TELESKOP9 Julai 2020 (Khamis)

KURSUS DALAM TALIAN (PENGENALAN KEPADA GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS)) - SIRI 18 Julai 2020 (Rabu)

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada masa ini juga, Bahagian telah menganjurkan kursus dalam talian dengan menggunakan medium aplikasi sistem eLEARN INSTUN. 62 orang peserta telah mendaftar dalam kursus ini dan telah disahkan penyertaan dengan mengikuti semua slot dan tugasan yang telah ditetapkan dalam sistem berkenaan.

Terdapat 4 slot pada kursus ini iaitu:slot 1 : Pengenalan Teori GNSSSlot 2 : Pengenalan Selisih GNSSSlot 3 : Pengenalan kepada Sistem koordinat dalam GNSSSlot 4 : Pengenalan keapda peralatan GNSS

PROGRAM SEMAKAN ARAH KIBLAT SEMPENA FENOMENA ISTIWA' ADZAM15 Julai 2020 (Rabu)

Istiwa’ Adzam adalah satu fenomena di mana kedudukan Matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :

• 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan dan• 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan

Namun demikian, jika pada tahun lompat/genap seperti pada tahun 2020 ini, maka tarikh bagi Istiwa Adzam akan berlaku sehari lebih awal iaitu pada:• 27 Mei 5.16 petang waktu tempatan• 15 Julai 5.28 petang waktu tempatan

Dengan demikian, sempena fenomena Istiwa' Adzam pada tahun ini ialah pada 15 Julai bersamaan 23 Zulkaedah 1441H. Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020 telah menganjurkan Program Semakan Arah Kiblat, Taklimat Ilmu Falak dan Penentuan Arah Kiblat sempena fenomena ini.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan keperluan pematuhan Standard of Procedure (SOP), program ini dihadkan kepada ahli Jawatankuasa Masjid-masjid sekitar Daerah Muallim dan Warga INSTUN sahaja. Program ini turut dihadiri YBrs Pn Norehan binti Omar selaku Pengarah INSTUN yang turut bersama-sama memeriahkan program dengan peserta yang hadir.

Page 5: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 5

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

KURSUS DALAM TALIAN (PENGENALAN KEPADA PELAN/ PETA KADASTER)15 Julai 2020 (Rabu)

Kursus dalam talian anjuran Bahagian ini juga turut dijalankan dengan menggunakan medium aplikasi sistem eLEARN INSTUN. Seramai 37 orang peserta yang mendaftar dalam kursus ini dan telah disahkan penyertaan dengan mengikuti semua slot dan tugasan yang telah ditetapkan dalam sistem berkenaan. Kursus ini diadakan dengan objektifnya adalah memberi pengetahuan asas dan kefahaman tentang jenis-jenis pelan dan peta kadaster yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Gambar-gambar berikut juga merupakan gambar yang dirakam peserta di lokasi masing-masing semasa menyertai kursus dalam talian tersebut dan telah dikongsikan kepada pihak urusetia kursus.

Kursus dalam talian anjuran Bahagian ini juga turut dijalankan dengan menggunakan medium aplikasi sistem eLEARN INSTUN. 27 orang peserta telah mendaftar dalam kursus ini dan telah mengikuti semua slot dan tugasan yang telah ditetapkan. Kandungan kursus dalam talian ini merangkumi topik-topik seperti:

i. Total Station yang digunakan untuk pengukuran trabasii. Jenis-jenis Trabasiii. Pembukuan kerja luar oleh Juruukur

Gambar-gambar berikut juga merupakan gambar yang dirakam peserta di lokasi masing-masing semasa menyertai kursus dalam talian dan telah dikongsikan kepada pihak urusetia.

KURSUS DALAM TALIAN(PENGUKURAN TRABAS MENGGUNAKAN ALAT TOTAL STATION)

22 Julai (Rabu) 2020

Kursus dalam talian anjuran Bahagian ini juga turut dijalankan dengan menggunakan medium aplikasi sistem eLEARN INSTUN. Penyertaan peserta adalah 42 orang peserta berdaftar dan selesai dengan jayanya dalam mengikuti semua slot dan tugasan yang telah ditetapkan dalam sistem eLEARN. Berikut adalah gambar semasa kursus hasil sumbangan selfie daripada peserta dalam talian dan telah dikongsikan kepada pihak urusetia kursus Bahagian.

KURSUS DALAM TALIAN (PEMAHAMAN DAN APLIKASI PETA)16 Julai 2020 (Khamis)

Gambar berikut pula memaparkan kerja-kerja persediaan penceramah dan urusetia dalam menghasilkan nota dan video kursus di Pusat Kecemerlangan Ukur Pemetaan sebelum kursus dalam talian tersebut dijalankan.

Page 6: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 20206

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

Kakitangan Bahagian telah melakukan semakan fizikal terhadap peralatan-peralatan ukur yang terdapat di Galeri INSTUN bagi tujuan mengemaskini rekod penempatan peralatan.

Di antara peralatan-peralatan ukur yang ditempatkan di Galeri ini terdiri daripada peralatan ukur tradisional seperti kompas, set jangka lukis, teodolit, peta topografi dan aksesori berkaitan.

SEMAKAN FIZIKAL PERALATAN-PERALATAN UKUR DI GALERI INSTUN23 Julai 2020 (Khamis)

KURSUS DALAM TALIAN (KURSUS PENGENALAN KEPADA TELESKOP DAN FUNGSI TELESKOP)23 Julai 2020 (Khamis)

Penganjuran kursus ini telah dilaksanakan dengan kandungan modulnya yang merangkumi Pengenalan kepada peralatan teleskop, Penggunaan teleskop dalam mengesan objek samawi serta Tatacara penjagaan peralatan-peralatan teleskop. Kursus ini juga kursus dalam talian dan dijalankan dengan menggunakan medium aplikasi sistem eLEARN INSTUN. Seramai 50 orang peserta yang mendaftar dalam kursus ini. Gambar-gambar berikut juga merupakan gambar yang dirakam peserta di lokasi masing-masing semasa menyertai kursus dalam talian tersebut dan telah dikongsikan kepada pihak urusetia Bahagian.

PERBINCANGAN BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN, INSTUN BERSAMA BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI, JUPEM28 Julai 2020 (Selasa) Perbincangan ini telah diadakan bagi tujuan bertukar-tukar pandangan serta idea berhubung cadangan pelaksanaan kursus atau program berkaitan pemetaan utiliti, Pusat Kalibrasi dan lain-lain hala tuju yang boleh memperkasakan lagi hubungan INSTUN dan pihak JUPEM selaku stakeholder pemetaan utiliti bawah tanah.

Page 7: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 7

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

AKTIVITI CERAPANGLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS)

Beberapa wakil pegawai daripada Bahagian Ukur dan Pemetaan telah berpeluang untuk hadir dalam sesi yang dibuat oleh pihak pembekal. Semasa sesi ini, pegawai telah diberi penerangan berhubung Portable Bathymetry & Mapping System. Secara keseluruhan boleh, dirumuskan perkongsian ini berkaitan teknologi berhubung GNSS dalam bidang pengukuran Hidrografi.

SESI PERKONGSIAN TECHNOLOGY UPDATEDALAM BIDANG UKUR DAN PEMETAAN

6 Ogos (Khamis) 2020

Seksyen Geodetik terlibat dalam menjalankan Kajian Penyelidikan peringkat INSTUN. Kajian tersebut bertajuk 'Kaedah Penentuan Arah Kiblat menggunakan kaedah Konvensional dan Teknologi GNSS’. Aktiviti ini telah bermula dengan carian datum (tanda sempadan) di sekitar lot Masjid Al-Hidayah dan seterusnya dibuat cerapan secara GNSS. Pemprosesan data akan dijalankan ke atas data cerapan GNSS tersebut bagi penentuan arah kiblat.

PENGUTIPAN DATA UNTUK KAJIAN PENYELIDIKAN INSTUN4 Ogos 2020 (Selasa)

27 Hingga 29 Julai 2020

Tenaga pengajar daripada Bahagian Ukur dan Pemetaan telah menjalankan cerapan GNSS di beberapa lokasi dalam kawasan INSTUN. Tujuan cerapan ini dijalankan adalah bagi penyediaan Ground Control Point (GCP) bagi kegunaan latih amal kursus-kursus berkaitan yang dikendalikan oleh Bahagian.

Semasa cerapan tersebut, kaedah statik telah digunakan bagi mengambil bacaan untuk 20 GCP yang telah dikenalpasti dalam kawasan INSTUN.Bacaan data yang diambil di lapangan ini telah diproses menggunakan perisian Trimble Business Centre (TBC).

Page 8: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 20208

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

Sesi perbincangan ini melibatkan pegawai-pegawai INSTUN dan empat (4) orang pegawai daripada pihak LJT. Pihak INSTUN diwakili oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Ukur dan Pemetaan serta Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan, INSTUN. Tujuan utama sesi perbincangan ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan di antara kedua-dua pihak berhubung bidang kerjasama yang boleh dijalinkan antara INSTUN dan LJT bagi aktiviti ukur dan pemetaan.

SESI PERBINCANGAN CADANGAPELAKSANAAN JALINAN KERJASAMA MOU INSTUN DAN LJT

12 Ogos 2020 (Rabu)

KURSUS DALAM TALIAN: UKUR ARAS SIRI II12 Ogos 2020 (Khamis)

Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian menggunakan sistem eLEARN INSTUN. Seramai 33 orang peserta telah dipilih mengikuti kursus ini dan telah berjaya menyelesaikan "task" yang telah ditetapkan pihak urusetia. Siri I bagi kursus ini juga telah dijalankan pada 24 Jun 2020 dan turut mendapat sambutan penyertaan. Dalam Siri II kursus ini telah dimasukkan modul berhubung penentuan kontur. Gambar-gambar kursus semasa kursus berlangsung kebanyakan adalah disumbangkan oleh peserta dari pelbagai lokasi.

KURSUS DALAM TALIAN: PENGENALAN KEPADA GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS) - SIRI 217 Ogos 2020 (Isnin) Kursus ini juga telah dijalankan secara dalam talian menggunakan sistem eLEARN INSTUN. Seramai 32 orang peserta telah dipilih mengikuti kursus ini dan telah berjaya menyelesaikan "task" yang telah ditetapkan pihak urusetia. Gambar-gambar semasa kursus berlangsung kebanyakan adalah disumbangkan oleh peserta dari pelbagai lokasi. Dalam kursus ini terdapat empat (4) slot iaitu:

Slot 1 : Pengenalan Teori GNSSSlot 2 : Pengenalan Selisih GNSSSlot 3 : Pengenalan kepada Sistem koordinat dalam GNSSSlot 4 : Pengenalan kepada peralatan GNSS

Page 9: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 9

BAHAGIANUKUR DAN PEMETAAN

SESI PERBINCANGAN CADANGAPELAKSANAAN JALINAN KERJASAMA MOU INSTUN DAN LJT

SESI LAWATAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN (JUPEM)19 Ogos (Rabu) 2020

Program Menjejak Komet Neowise telah diilhamkan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Program ini dilaksanakan sempena lintasan *Komet Neowise yang akan melalui ruang angkasa pada waktu tertentu. Program ini telah dijalankan oleh beberapa orang pegawai daripada JUPEM dan pegawai daripada Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN. Pihak JUPEM diketuai oleh Sr Balya Amin bin Yusoff bersama 10 orang pegawai lain yang terdiri daripada enam (6) orang pegawai daripada Bahagian Ukur Geodetik JUPEM dan juga JUPEM WPKL/ Putrajaya, serta empat (4) orang pegawai daripada JUPEM Negeri Sembilan. Program kerjasama ini secara tidak langsung dapat melatih pegawai yang terlibat dengan saling berkongsi kemahiran dalam teknik dan kaedah cerapan menggunakan peralatan teleskop. Keadaan langit yang agak berawan semasa program ini juga menjejaskan nampakan lintasan komet Neowise. Turut hadir pada program ini ialah Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan INSTUN. Pihak INSTUN merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JUPEM kerana telah memilih INSTUN sebagai lokasi program ini.

*Komet Neowise C/2020 F3 (NEOWISE) atau dikenali sebagai Komet NEOWISE, ialah komet songsang dengan orbit hampir parabola yang ditemui pada 27 Mac 2020 oleh para astronomi menggunakan teleskop ruang angkasa NEOWISE. Pada masa itu, ia ialah komet skala 10 yang terletak 2 AU (300 juta km; 190 juta mi) daripada Matahari dan 1.7 AU (250 juta km; 160 juta mi) daripada Bumi. Pada bulan Julai 2020 sehingga akhir bulan Ogos 2020, komet ini dapat dilihat dengan jelas melalui mata kasar. Bagi pemerhati di hemisfera utara, pada waktu pagi, komet kelihatan rendah di atas ufuk timur laut di bawah Capella. Pada waktu petang, komet dapat dilihat di langit barat laut. Pada separuh kedua bulan Julai 2020, Komet NEOWISE akan kelihatan melalui buruj Ursa Major di bawah Asterisme Buruj Biduk (The Plough). Namun menurut NASA, setelah komet ini hilang daripada pandangan di langit, komet ini tidak akan lagi muncul di langit bumi sehingga 6800 tahun yang akan datang.

PROGRAM MENJEJAK KOMET NEOWISE24 Hingga 25 Ogos 2020

YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari Bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan telah mengadakan lawatan ke Galeri INSTUN, Balai Cerap Mini Jabal Falak dan Tapak Balai Cerap INSTUN yang berada dalam kawasan INSTUN. Sesi lawatan ini telah diadakan sejurus selesai Lawatan Kerja Rasmi & Perasmian Pusat Kalibrasi Pengesanan Utiliti Bawah Tanah INSTUN oleh YB Menteri KeTSA. Sesi lawatan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan adalah bagi tujuan melihat dengan lebih dekat lagi infrastruktur latihan bawah tadbir urus Bahagian Ukur dan Pemetaan (BUP), INSTUN. Lawatan YBhg. Dato' KPUP ini telah diiringi oleh YBrs. Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN dan Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN. Semasa di Galeri INSTUN, YBhg. Dato' KPUP telah melihat secara fizikal peralatan-peralatan ukur yang telah dijadikan bahan pameran setiap kali ada lawatan akademik daripada pengunjung luar. Seterusnya YBhg. Dato' KPUP telah membuat kunjungan ke Balai Cerap Mini Jabal Falak yang menempatkan peralatan dan aksesori teleskop hak milik INSTUN. Peralatan teleskop ini digunakan semasa pelaksanaan program atau kursus INSTUN yang berkaitan fenomena alam. Di akhir lawatan, YBhg. Dato' telah meninjau lokasi tapak Projek Pembinaan Balai Cerap INSTUN yang baru. Taklimat ringkas akan projek ini telah disampaikan oleh Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pegawai BUP selaku Ketua Pasukan Projek. Pihak INSTUN terutamanya Bahagian Ukur dan Pemetaan (BUP) merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atas sesi lawatan ringkas ini dan sokongan berterusan kepada pihak INSTUN.

Page 10: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202010

BAHAGIANTEKNOLOGI MAKLUMAT

Tajuk : TME11/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING: ANONYMITY AND INFORMATION GATHERINGTarikh : 02 JULAI 2020 (KHAMIS)Lokasi : DALAM TALIAN (eLEARN) Penglibatan : 30 ORANG PESERTA Ringkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari bagaimana ujian penembusan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih konsisten.2. Mempelajari bagaimana ancaman baru diketahui melalui penemuan kelemahan yang berpotensi diserang oleh penyerang

TME11/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING: ANONYMITY AND INFORMATION GATHERING

2 Julai (Khamis) 2020

Tajuk : TME10/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING - INTRODUCTION AND HACKING LAB INSTALLATIONTarikh : 01 JULAI 2020 (RABU)Lokasi : DALAM TALIAN (eLEARN) Penglibatan : 34 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 34 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari bagaimana ujian penembusan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih konsisten.2. Mempelajari bagaimana ancaman baru diketahui melalui penemuan kelemahan yang berpotensi diserang oleh penyerang

TME10/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING - INTRODUCTION AND HACKING LAB INSTALLATION1 Julai (Rabu) 2020

Tajuk : TME12/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING: HACKING LABTarikh : 03 JULAI 2020 (JUMAAT)Lokasi : DALAM TALIAN (eLEARN) Penglibatan : 36 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 36 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari bagaimana ujian penembusan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih konsisten.2. Mempelajari bagaimana ancaman baru diketahui melalui penemuan kelemahan yang berpotensi diserang oleh penyerang

TME12/20 PENETRATION TESTING & ETHICAL HACKING: HACKING LAB3 Julai (Jumaat) 2020

eSPEKeSPEK

Page 11: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 11

BAHAGIANTEKNOLOGI MAKLUMAT

TME13/20 KURSUS DALAM TALIAN:PENGENALAN DAN ASAS PENGHASILAN SLAID INFOGRAFIK BILANGAN 1

6 Julai (Isnin) 2020

eSPEKeSPEK

MAKLUMAT PENCERAMAH Tajuk : TME13/20 KURSUS DALAM TALIAN: PENGENALAN DAN ASAS PENGHASILAN SLAID INFOGRAFIK BILANGAN 1Tarikh : 06 JULAI 2020 (ISNIN)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 49 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 49 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Terbuka. Keutamaan adalah kepada pemohon yang mempunyai pengetahuan asas berkaitan Microsoft PowerPoint. Objektif kursus ini ialah mempelajari dan mengaplikasi fungsi-fungsi dalam Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan dokumen, menguruskan persembahan dan penyediaan dokumen untuk cetakan serta menghasilkan persembahan PowerPoint berkonsepkan infografik.

7 Julai (Selasa) 2020

Tajuk : TME14/20 KURSUS DALAM TALIAN: PEMBANGUNAN SLAID PERSEMBAHAN INFOGRAFIK BILANGAN 1Tarikh : 07 JULAI 2020 (SELASA)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 36 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 36 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Terbuka. Keutamaan adalah kepada pemohon yang mempunyai pengetahuan asas berkaitan Microsoft PowerPoint. Objektif kursus ini ialah mempelajari dan mengaplikasi fungsi-fungsi dalam Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan dokumen, menguruskan persembahan dan penyediaan dokumen untuk cetakan serta menghasilkan persembahan PowerPoint berkonsepkan infografik.

TME14/20 KURSUS DALAM TALIAN:PEMBANGUNAN SLAID PERSEMBAHAN INFOGRAFIK BILANGAN 1

MAKLUMAT PENCERAMAH

TME15/20 KURSUS DALAM TALIAN:PENGENALAN DAN TATACARA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SERVER

8 Julai (Rabu) 2020

MAKLUMAT PENCERAMAH Tajuk : TME15/20 KURSUS DALAM TALIAN: PENGENALAN DAN TATACARA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SERVER Tarikh : 08 JULAI 2020 (RABU)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 23 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus ini terbuka kepada pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Objektif kursus ini adalah untuk:1. Mempelajari teori berkaitan tatacaran pengurusan dan pembangunan server2. Mempelajari teori berkaitan Linux Ubuntu.

Page 12: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202012

BAHAGIANTEKNOLOGI MAKLUMAT

eSPEKeSPEK

Tajuk : TME07/20 KURSUS DALAM TALIAN : RAKAMAN DAN SUNTINGAN VIDEO BILANGAN 1Tarikh : 14 JULAI 2020 (SELASA)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 64 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 64 orang peserta Terbuka kepada pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Objektif kursus ini ialah mempelajari dan mengaplikasi proses suntingan klip seperti menyusun dan memotong klip, menambah efek, teks dan rendering serta menghasilkan satu plot video lengkap.

TME07/20 KURSUS DALAM TALIAN : RAKAMAN DAN SUNTINGAN VIDEO BILANGAN 1

14 Julai (Selasa) 2020

Tajuk : TME16/20 KURSUS DALAM TALIAN: INSTALLASI DAN KONFIGURASI WINDOWS SERVERTarikh : 9 JULAI 2020 (KHAMIS)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 32 ORANG PESERTARingkasan Program : Kursus ini terbuka kepada pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta. Objektif kursus ini adalah untuk:1. Melaksanakan instalasi dan konfigurasi Linux Ubuntu.2. Mempelajari penggunaan tools dan command.3. Melaksanakan Instalasi dan konfigurasi perkhidmatan seperti web, FTP, Samba, pangkalan data dan aplikasi.4. Membuat semakan dan konfigurasi keselamatan.

TME16/20 KURSUS DALAM TALIAN:INSTALLASI DAN KONFIGURASI WINDOWS SERVER9 Julai (Khamis) 2020

MAKLUMAT PENCERAMAH

TME17/20 KURSUS DALAM TALIAN: PENGHASILAN PERSEMBAHAN BERINFORMATIF 21 Julai (Selasa) 2020

Tajuk : TME17/20 KURSUS DALAM TALIAN: PENGHASILAN PERSEMBAHAN BERINFORMATIF Tarikh : 21 JULAI 2020 (SELASA)Lokasi : DALAM TALIANPenglibatan : 39 ORANG PESERTA Ringkasan Program :Kursus Dalam Talian: Penghasilan Persembahan Berinformatif (TME17/20) telah dilaksanakan secara dalam talian (online) menggunakan platform Sistem eSPEK dan eLearn selaras dengan keputusan pihak Pengurusan Tertinggi INSTUN memandangkan situasi pandemik Covid-19 dan arahan PKPP yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan. Walaupun terdapat kekangan dalam melaksanakan kursus secara dalam talian ini, sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan dengan penyertaan 39 orang peserta dari pelbagai Jabatan/Agensi seluruh Malaysia.Kursus selama 1 hari ini telah melibatkan 2 orang Penceramah Dalaman dari Bahagian Teknologi Maklumat, INSTUN iaitu Pn. Nur Faiezah binti Mohamad Hanafiah (F44) dan Pn. Norizan binti Amran (F44). Kursus ini menggunakan aplikasi Powtoon dan modul-modul adalah merangkumi teori pengenalan ciri-ciri slaid persembahan, pengenalan Powtoon dan kaedah membangunkan sebuah slaid persembahan menarik dan berinformatif. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari para peserta.

Page 13: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 13

BAHAGIANTEKNOLOGI MAKLUMAT

eSPEKeSPEK

11 Ogos (Selasa) 2020

TME25/20 – KURSUS DALAM TALIAN:MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – DATA TABLE

Tajuk : TME25/20 – KURSUS DALAM TALIAN: MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – DATA TABLETarikh : 11/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 81 ORANGPenceramah : Pn Rohani binti HassanRingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 81 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah mempelajari dan mengaplikasi fungsi-fungsi di dalam Microsoft Excel untuk mengurus data, membina pelbagai fungsi analisis data dan menghasilkan visual. Kandungan di dalam kursus ini ialah :1. Mengurus data, membuat pengiraan dan Excel table2. Sort, Filter, Conditional Formating dan Data Validation3. What is Analysis

12 Ogos (Rabu) 2020

TME23/20 INFORMATION SECURITY: PENETRATION TESTING AND ETHICAL HACKING (LANJUTAN) - HACKING FRAMEWORKTajuk : TME23/20 INFORMATION SECURITY: PENETRATION TESTING AND ETHICAL HACKING (LANJUTAN) - HACKING FRAMEWORK Tarikh : 12/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 22Ringkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 22 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari bagaimana ujian penembusan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih konsisten.2. Mempelajari bagaimana ancaman baru diketahui melalui penemuan kelemahan yang berpotensi diserang oleh penyerang.

12 Ogos (Selasa) 2020

TME26/20 – KURSUS DALAM TALIAN:MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – ANALISIS DATA

Tajuk : TME26/20 – KURSUS DALAM TALIAN: MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – ANALISIS DATATarikh : 12/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 68 ORANGPenceramah : Pn Aminah binti AnwarRingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 68 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah peserta akan mempelajari tools yang digunakan untuk menganalisa data. Kandungan di dalam kursus ini ialah :1. What Is Analysis2. Analysis Data Set

Page 14: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202014

BAHAGIANTEKNOLOGI MAKLUMAT

eSPEKeSPEK

Tajuk : TME27/20 – KURSUS DALAM TALIAN: MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – DASHBOARDTarikh : 13/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 48 ORANGPenceramah : Hjh Syazleena binti Hj YahyaRingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 48 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari dan mengaplikasi fungsi-fungsi di dalam Microsoft Excel untuk mengurus data, membina pelbagai fungsi analisis data dan menghasilkan visual.2. Menghasilkan operasi pengurusan data menggunakan kaedah analisis pintar Excel dan penyediaan dokumen untuk cetakan. Kandungan di dalam kursus terdiri daripada:1. Mengurus data, Excel table dan membuat pengiraan.2. Mengubah paparan workbook dan mengurus data dalam worksheet.3. Menyusun, meringkaskan data dan menggabungkan data dari pelbagai sumber.4. Menganalisis data set dan membina carta dan grafik.5. Membina worksheet dinamik menggunakan PivotTables.

TME27/20 – KURSUS DALAM TALIAN:MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – DASHBOARD

13 Ogos (Khamis) 2020

Tajuk : TME24/20 INFORMATION SECURITY: PENETRATION TESTING AND ETHICAL HACKING (LANJUTAN) - SECURE SERVICETarikh : 13/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 22Ringkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 22 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari bagaimana ujian penembusan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih konsisten.2. Mempelajari bagaimana ancaman baru diketahui melalui penemuan kelemahan yang berpotensi diserang oleh penyerang.

TME24/20 INFORMATION SECURITY: PENETRATION TESTING AND ETHICAL HACKING (LANJUTAN) - SECURE SERVICE13 Ogos (Khamis) 2020

Page 15: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 15

BAHAGIANPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Tajuk : TME27/20 – KURSUS DALAM TALIAN: MICROSOFT EXCEL DATA ANALYSIS – DASHBOARDTarikh : 13/08/2020Lokasi : ONLINE (eLEARN) Penglibatan : 48 ORANGPenceramah : Hjh Syazleena binti Hj YahyaRingkasan Program : Kursus yang dihadiri seramai 48 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan di pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanun/ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta dan terbuka. Objektif kursus ini adalah:1. Mempelajari dan mengaplikasi fungsi-fungsi di dalam Microsoft Excel untuk mengurus data, membina pelbagai fungsi analisis data dan menghasilkan visual.2. Menghasilkan operasi pengurusan data menggunakan kaedah analisis pintar Excel dan penyediaan dokumen untuk cetakan. Kandungan di dalam kursus terdiri daripada:1. Mengurus data, Excel table dan membuat pengiraan.2. Mengubah paparan workbook dan mengurus data dalam worksheet.3. Menyusun, meringkaskan data dan menggabungkan data dari pelbagai sumber.4. Menganalisis data set dan membina carta dan grafik.5. Membina worksheet dinamik menggunakan PivotTables.

20 Julai (Isnin) 2020

MAJLIS PEMBAHARUAN PEMETERAIAN MoU UiTM DAN PENYERAHAN DOKUMEN MoU UTHM BERSAMA INSTUN TAHUN 2020

Majlis Pembaharuan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Penyerahan Dokumen MoU Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Bersama INSTUN Tahun 2020 telah diadakan pada jam 9.30 pagi, 20 Julai 2020 (Isnin) bertempat di Speaker’s Corner, Perpustakaan INSTUN.

Majlis ini dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), INSTUN. Majlis bersejarah yang ringkas tetapi penuh bermakna tersebut disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Ashraf bin Mohd Noor (Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) dan YBrs. Puan Norehan binti Omar (Pengarah INSTUN) serta disaksikan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Prof. Dr. Ismail bin Omar wakil daripada Jabatan Pengurusan Harta, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, UTHM serta Pendaftar INSTUN Encik Anis Zaihasmy bin Zainal Abidin.

Pembaharuan Pemeteraian MoU INSTUN-UiTM ini mengambil kira penamatan tempoh perjanjian MoU yang telah dimeterai sebelum ini iaitu pada 5 September 2016 sehingga 4 September 2019. Dengan pembaharuan ini, INSTUN dan UiTM akan berusaha untuk mengambil langkah untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti berikut:

a) pertukaran staf di antara fakulti dari setiap rakan institusi; b) penerimaan pelajar-pelajar ijazah dan lepasan ijazah dari setiap rakan institusi untuk satu tempoh pengajian atau penyelidikan; c) mengadakan symposium, konferensi, kursus pendek dan mesyuarat berkenaan isu-isu penyelidikan; d) pertukaran maklumat berkenaan perkembangan di dalam pendidikan, pembangunan pelajar dan institusi-institusi penyelidikan; f ) menguarkan maklumat dan aktiviti rakan universiti di bawah Memorandum Persefahaman di dalam tapak web Pihak-pihak; dane) kerjasama di dalam apa-apa bidang lain seperti mana yang dipersetujui oleh Pihak-pihak dari semasa ke semasa.

Disamping itu, majlis disambung dengan penyerahan dokumen MoU INSTUN-UTHM yang telah dimeterai pada 26 November 2019 kepada YBrs. Prof. Dr. Ismail bin Omar wakil Jabatan Pengurusan Harta, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Perniagaan dan Sr. Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah wakil dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Sekitar, UTHM. INSTUN dan UTHM juga akan berusaha untuk mengambil langkah dalam menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti berikut:

a) Perkongsian data dan maklumat serta kepakaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan modal insan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran tanah;b) Penyertaan bersama dalam melaksanakan program berkaitan bidang pengurusan dan pentadbiran tanah; danc) Menjalankan apa-apa bentuk kerjasama lain dalam bidang pengurusan dan pentadbiran tanah seperti yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak dari semasa ke semasa.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi penyerahan surat penghargaan kepada YBrs. Prof. Dr. Ismail bin Omar atas sumbangan tiga (3) naskah buku tulisan beliau kepada Perpustakaan INSTUN.Sehubungan dengan itu, dengan pemeteraian MoU secara rasmi tersebut dapat merancakkan lagi kerjasama yang telah sedia wujud sebelum ini serta membuka ruang yang lebih luas melalui pelbagai program yang telah dan bakal dirancang. Semoga MoU ini dapat mewujudkan suatu “win-win situation” untuk kedua-dua pihak serta pihak INSTUN akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan segala perancangan aktiviti dan program sepanjang tempoh MoU ini berkuat kuasa.

Gambar 4: Sesi penyerahan dokumen MoU INSTUN-UTHM

Gambar 2: Sesi pembaharuan pemeteraian MoU INSTUN-UiTM.

Gambar 3: Sesi pertukaran dokumen MoU INSTUN-UiTM.

Gambar 1: Ketibaan YBrs. Encik Mohd Ashraf bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Prof. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Perak dan Prof. Dr. Ismail bin Omar, Profesor dari UTHM disambut mesra oleh YBrs. Pengarah INSTUN, Puan Norehan binti Omar.

Gambar 5: Urus setia INSTUN bergambar kenangan bersama dengan YBrs. Encik Mohd Ashraf bin Mohd Noor (Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli), Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, Prof. Dr. Ismail bin Omar wakil daripada Jabatan Pengurusan Harta, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, UTHM serta wakil-wakil daripada UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Page 16: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202016

BAHAGIANPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

INSTUN sedang dalam usaha untuk mempergiatkan aktiviti penulisan artikel terutama dalam bidang pengurusan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Justeru satu PROGRAM CERAMAH PENULISAN ARTIKEL BERKESAN BAGI TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN INSTUN TAHUN 2020 telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu berkaitan bidang penulisan artikel serta mengenalpasti ruang-ruang penambahbaikan berkaitan dengan pelaksanakan program penulisan artikel di INSTUN. Program ini merupakan usahasama dua pihak iaitu di antara INSTUN dan UPSI yang selama ini telah menjalinkan hubungan kerjasama strategik melalui MoU. Penceramah jemputan iaitu Dr. Siti ‘Asma bt. Mohd Rosdi merupakan pensyarah sangkutan yang terlibat dalam Expertise Attachment Program di antara UPSI dan INSTUN bermula pada awal Mac sehingga penghujung Mei 2020 yang lalu. Melalui perkongsian ilmu dan kepakaran beliau, semoga ianya sedikit-sebanyak dapat memberi panduan kepada warga INSTUN dalam menghasilkan mutu dan kualiti penulisan yang lebih berkesan dan berdisiplin pada masa akan datang.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi MoU Bagi Penyelarasan Aktiviti Tahun 2020 Bersama Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah diadakan pada 20 Julai 2020 bertempat di Bilik Persidangan, Anjung INSTUN. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi INSTUN, pegawai-pegawai INSTUN dan juga turut disertai oleh empat (4) rakan jalinan kolaborasi strategik INSTUN melalui Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) iaitu pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar), Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta wakil daripada Bahagian Tanah, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Mesyuarat ini adalah kali kedua diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah INSTUN, Puan Norehan binti Omar yang mana melibatkan keempat-empat pihak yang menjalinkan kerjasama MoU bersama INSTUN secara serentak dalam satu medium mesyuarat yang sama bagi membincangkan perancangan / penyelarasan aktiviti bagi tahun 2020 sebagai pengisian MoU yang telah ditandatangani oleh INSTUN dengan UPSI pada 15 Mei 2015, UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar) pada 5 September 2016, JMNPk pada 17 Oktober 2018 dan yang terkini adalah UTHM pada 26 November 2019. Tujuan utama mesyuarat ini adalah merupakan satu platform untuk mendapatkan perkongsian pandangan dan panduan bagi sama-sama merancang dan menambah baik program / aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama sepanjang tahun 2020, khususnya berkaitan Pengurusan dan Perundangan Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat ataupun apa-apa perkara lain berkaitan selaras dengan bidang / skop kerjasama yang telah dimeterai dalam dokumen MoU. Selain itu, pembentangan berkaitan program / aktiviti MoU yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019. Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dirancang semasa pembentangan cadangan program / aktiviti MoU tahun 2020 dalam mesyuarat ini mendapat komitmen dan kerjasama serius daripada semua pihak serta seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat atas kapasiti MoU tersebut. InsyaAllah.

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI MoU BAGI PENYELARASAN AKTIVITI TAHUN 2020 BERSAMA INSTUN20 Julai (Isnin) 2020

Pengarah INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Puan Fatimah binti Ayoub iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Mufti Kerajaan Negeri Perak, JMNPk.Pengarah INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Prof. Dr. Ismail bin Omar iaitu wakil daripada Jabatan Pengurusan Harta, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan.

Pengarah INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Puan Fatimah binti Ayoub iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Mufti Kerajaan Negeri Perak, JMNPk.Pengarah INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Prof. Dr. Ismail bin Omar iaitu wakil daripada Jabatan Pengurusan Harta, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan.

Pengarah INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Puan Ezatul Suzafarah binti Taib iaitu wakil Bahagian Tanah, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Sesi pembentangan dan pertukaran idea / perkongsian pandangan untuk pengisian aktiviti MoU bagi tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Pengarah INSTUN.

PROGRAM CERAMAH PENULISAN ARTIKEL BERKESAN BAGI TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN INSTUN TAHUN 2020

28 Julai (Selasa) 2020

Bergambar kenangan bersama semua peserta setelah sesi ceramah selesai

Sesi ceramah yang disampaikan olehDr. Siti ‘Asma binti Mohd Rosdi dari UPSI.

Page 17: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 17

BAHAGIANPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL / KURIKULUM SEKTOR TANAH DAN UKUR NEGARA TAHUN 2021

25 Hingga 27 Ogos 2020

AKTIVITI : BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL / KURIKULUM SEKTOR TANAH DAN UKUR NEGARA TAHUN 2021

TARIKH : 25-27 OGOS 2020

BIL. PESERTA : 50 ORANG

LOKASI : ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

Bengkel Pembangunan dan Penambahbaikan Modul / Kurikulum Sektor Tanah dan Ukur Negara Tahun 2021 telah dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BPP), INSTUN sebagai urus setia dan disertai seramai 26 jemputan luar terdiri daripada wakil jabatan / agensi stakeholders INSTUN dan 34 jemputan dalaman yang terdiri daripada kakitangan INSTUN. Bengkel ini telah dianjurkan adalah bertujuan untuk mengadakan sesi brainstorming dan memberi cadangan penambahbaikan bagi pembangunan modul / kurikulum kursus seterusnya meningkatkan kualiti program latihan di INSTUN.

Hasil daripada bengkel ini satu Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Modul / Kurikulum Kursus INSTUN Bagi Tahun 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Program Latihan Sektor Tanah dan Ukur Negara (JPPLSTUN) Tahun 2021 dirancang untuk diadakan pada pertengahan dan akhir Oktober tahun 2020 bagi memuktamadkan perancangan program latihan INSTUN tahun 2021 bagi tujuan edaran Buku Program Latihan INSTUN Tahun 2021. Buku Program ini akan diedarkan pada bulan Disember 2020 kepada wakil jabatan / stakeholders INSTUN bagi tujuan hebahan.

Sehubungan dengan itu, INSTUN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua wakil jabatan / agensi stakeholders INSTUN atas penyertaan, pandangan dan panduan bagi sama-sama merangka, merancang dan menambahbaik modul latihan khususnya berkaitan Pengurusan dan Perundangan Tanah, Ukur dan Pemetaan, Teknologi Maklumat serta Program-Program Integriti yang akan dilaksanakan oleh INSTUN pada tahun 2021 agar selaras dengan dasar dan keperluan semasa.

Para peserta kursus sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap perbincangan yang dilakukan bagi perancangan program Integriti / umum.

Wakil peserta bagi merancang program latihan INSTUN berkaitan Teknologi Maklumat.

Para peserta kursus sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap perbincangan yang dilakukan bagi perancangan program latihan berkaitan Ukur dan Pemetaan.

Peserta Bengkel Pembangunan dan Penambahbaikan Modul / Kurikulum Sektor Tanah dan Ukur Negara Tahun 2021 yang telah diadakan di Dewan Tamingsari 1, Royale Chulan Kuala Lumpur.

Para peserta kursus sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap perbincangan yang dilakukan bagi perancangan program latihan berkaitan Pengurusan dan Perundangan tanah.

Page 18: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202018

BAHAGIANPENTADBIRAN DAN KEWANGAN

TARIKH : 29 JULAI 2020 (RABU)MASA : 2.30 PETANGTEMPAT : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI, UPSI

Sesi perbincangan antara Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (PSM) (mewakili Bahagian Pentadbiran dan Kewangan - BPK), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dengan Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung pada 29 Julai 2020 (Rabu) di FBK, UPSI. Perjumpaan tersebut disertai oleh 3 orang wakil PSM, INSTUN diketuai oleh Encik Mohd Zarif bin Mohd Zaki dan 2 orang pegawai iaitu Puan Noraidah binti Dawod dan Puan Nor Fazlina binti Yusop. Pihak UPSI diwakili oleh Dekan FBK; YBrs. Prof. Madya Dr. Mazura@Mastura binti Muhammad, Ketua Jabatan Bahasa Inggeris; YBrs. Dr. Hasimah binti Ja’afar dan pensyarah kanan; YBrs, Prof. Madya Dr. Maizatulliza binti Muhammad.

Sesi yang berlangsung selama 2 jam tersebut membincangkan mengenai cadangan penganjuran Kursus Intensif Bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan tenaga pengajar INSTUN terutama dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk menyampaikan ceramah atau melakukan pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Pihak FBK, UPSI mengalu-alukan cadangan tersebut dan bersetuju untuk membekalkan tenaga penceramah bagi menjayakan kursus yang dirancang. Antara perkara lain yang turut sama dibincangkan termasuk cadangan mengadakan Kelas Bahasa Inggeris Komuniti yang dianjurkan khas bagi anak-anak pegawai dan kakitangan INSTUN dengan bantuan tenaga pengajar dari FBK, UPSI.

Pihak PSM dan FBK bersetuju supaya perjumpaan melibatkan pengurusan tertinggi INSTUN dan FBK dapat diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut bentuk kerjasama lain yang boleh dipelopori oleh kedua-dua belah pihak untuk manfaat dan kebaikan bersama.

LAPORAN SESI PERBINCANGAN ANTARA SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM), INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) DENGAN JABATAN BAHASA INGGERIS, FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI (FBK), UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) BERKENAAN CADANGAN PENGANJURAN KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS ANJURAN BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN (BPK), INSTUN29 Julai (Rabu) 2020

Page 19: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020

Pada 3 Ogos 2020, Seksyen Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Surau as-Sakinah INSTUN telah mengadakan Program Ibadah Korban dan Akikah bertempat di perkarangan parkir bas INSTUN. Program ini telah disertai oleh 60 orang kakitangan dan pekerja kontrak INSTUN bermula jam 8.00 pagi.

Seramai 22 orang kakitangan dan ahli keluarga telah menyertai ibadah korban dan akikah pada kali ini iaitu melibatkan 3 ekor lembu dan seekor kambing. Proses sembelihan dan melapah daging telah diuruskan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan pihak berkuasa tempatan.

Program diserikan lagi dengan Majlis Penyampaian Agihan Daging Korban kepada para penerima yang telah disempurnakan oleh Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN.

PROGRAM IBADAH KORBAN DAN AKIKAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) 2020

19

BAHAGIANPENTADBIRAN DAN KEWANGAN

3 Ogos (Isnin) 2020

Pada 7 Ogos 2020, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah Majlis Perhimpunan Bulanan bilangan 2, majlis juga turut meraikan Majlis Persaraan bagi dua (2) orang pegawai instun yang telah bersara wajib pada tahun 2020 iaitu Encik NIK AZMAN BIN NIK JAFFAR dan Encik GHAFAR BIN ABDOL dari Bahagian Ukur dan Pemetaan. Kedua-dua pegawai ini telah menyumbangkan khidmat bakti mereka dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun dan 39 tahun. Selamat maju jaya diucapkan.

Bagi menghargai dan mengiktiraf jasa dan sumbangan pegawai dan kakitangan INSTUN, turut diadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2019 dan Anugerah Keterampilan Pengarah INSTUN tahun 2019. Bagi Anugerah Perkhidmatan Pemerlang (APC) tahun 2019 seramai dua belas (12) orang pegawai telah dipilih bagi menerima anugerah tersebut manakala seramai sepuluh (10) orang pegawai telah menerima Anugerah Keterampilan Pengarah INSTUN tahun 2019. Pemilihan ini adalah berdasarkan pencapaian yang cemerlang serta sumbangan yang diberikan kepada instun sepanjang tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Sepertimana pada tahun sebelumnya Unit Integriti dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Batang Padang telah turut mengadakan Ujian saringan air kencing yang mana merupakan satu langkah pencegahan bagi memastikan warga INSTUN bebas dari ancaman dadah. Kerjasama ini diketuai oleh Puan Nurshida Laili binti Aisha pegawai daripada AADK dan turut disertai oleh enam (6) orang pegawai bagi memastikan kelancaran ujian tersebut. Pihak pengurusan INSTUN akan sentiasa meneruskan Pemeriksaan Ujian Saringan Air Kencing dari masa ke semasa bertujuan memastikan warga INSTUN sentiasa bersih dari terjerumus dengan najis dadah.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019, ANUGERAH KETERAMPILAN PENGARAH 2019 SERTA MAJLIS PERSARAAN7 Ogos (Jumaat) 2020

Page 20: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 202020

KELAB INSTUN

Kelab INSTUN telah memberikan sumbangan pertukaran keluar dan bersara kepada beberapa kakitangan INSTUN yang juga ahli Kelab INSTUN sebagai tanda penghargaan dan menghargai ahli Kelab. Bermula pada tahun 2020, sumbangan pertukaran keluar pegawai dan bersara adalah berupa cenderahati. YDP Kelab INSTUN, Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor serta beberapa Jawatankuasa Kelab INSTUN telah menyampaikan sumbangan cenderahati tersebut.

Berikut adalah maklumat ahli Kelab INSTUN yang bertukar keluar dan bersara pada Julai 2020:-

SUMBANGAN PERTUKARAN KELUAR DAN BERSARA AHLI KELAB INSTUN PADA JULAI 2020

Bil. Nama Pegawai

Bahagian Catatan

1 Pn. Maslizana binti Oushman BPK Tarikh bertukar: 2 Julai 2020

Tempat baharu: KEMAS, Gerik Perak

2 En. Hasnan Azizul bin Mad Isa BPPT Tarikh bertukar: 6 Julai 2020

Tempat baharu: JKPTG, Perak

3 En. Rosli bin Ibrahim BPPT Tarikh bertukar: 6 Julai 2020

Tempat baharu: JKPTG, Perak

4 En. Nik Azman bin Nik Jaffar BUP Bersara pada Julai 2020

5 En. Ghafar bin Abdol BUP Bersara pada Ogos 2020

Selamat maju jaya buat semua ahli Kelab INSTUN yang menerima sumbangan ini dan terima kasih atas sokongan terhadap Kelab INSTUN.

Pn. Maslizana binti Oushman

En. Nik Azman bin Nik Jaffar En. Ghafar bin Abdol

En. Hasnan Azizul Bin Mad Isa En. Rosli bin Ibrahim

Page 21: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

BULANAN : EDISI JULAI DAN OGOS 2020

JULAI & OGOS 2020 21

INFOGRAFIKTahukah Anda?

Page 22: BULETIN INSTUN...Pusaka Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 24 Julai 2020 NO NAMA KURSUS TARIKH 1 Kursus D alam Talian : P ro ses P e n g amb ilan Tan ah 1 Julai 2 0

Dimanakah INSTUN?

22

Tahukah AndaDimanakah INSTUN dan Cara Memohon Kursus Online

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARAKementerian Tenaga dan Sumber Asli

35950 Behrang UluTg Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel. : 05-454 2825Faks. : 05-454 2837www.instun.gov.my

NOTA : DARI TOL TANJONG MALIM HINGGA INSTUN = 15 KM DARI TOL BEHRANG HINGGA INSTUN = 9 KM

KOORDINAT : GARIS LINTANG (LATITUDE, Ø) = 3° 45’ 58.”69 GARIS BUJUR (LONGITUDE, ) = 101° 30’ 53.”99y

EXIT

EXIT

DARI KUALA LUMPUR

BEHRANG2020

DARI TOLBEHRANG

DARI TOLTANJONG MALIM

DESA SISWA(UPSI)

PEKANBEHRANG ULU

3 KM

KE SLIM VILLAGE

DA

RI SLIM

RIVER

BALAI POLISTG.MALIM

UPSI

RESTORAN PAUYIK MUN

KUIL

PEKANTANJONG

MALIM

JALAN KERETAPI

12 KM

JALANMATI

LEBUHRAYA UTARA SELATAN

UPSI KAMPUSSULTAN AZLAN SHAH (BARU)

BALAI POLISBEHRANGSTESEN

INSTUNINSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

Shell

PROTON

INSTUN

Permohonan boleh dibuat melalui dua cara iaitu secara online melalui eSPEK (Sistem Pengurusan Kursus INSTUN) atau dengan mengisi borang permohonan kursus APD (U-04) yang boleh diperolehi dengan melayari laman web INSTUN atau di Pejabat INSTUN.

PengarahInstitut Tanah dan Ukur NegaraKementerian Tenaga dan Sumber AsliBehrang Ulu, 35950 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : +605-454 2825 Faks : 05-454 2837Laman Web : www.instun.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan :Dua (2) minggu (hari bekerja) sebelum tarikh kursus dijalankan.

Penginapan dan Makan Minum Semasa Berkursus :Kemudahan penginapan dan makan minum disediakan kepada semua peserta kursus yang layak.

Permohonan boleh dibuat melalui dua cara iaitu secara online melalui eSPEK (Sistem Pengurusan Kursus INSTUN) atau dengan mengisi borang permohonan kursus APD (U-04) yang boleh diperolehi dengan melayari laman web INSTUN atau di Pejabat INSTUN.

PengarahInstitut Tanah dan Ukur NegaraKementerian Tenaga dan Sumber AsliBehrang Ulu, 35950 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : +605-454 2825 Faks : 05-454 2837Laman Web : www.instun.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan :Dua (2) minggu (hari bekerja) sebelum tarikh kursus dijalankan.

Penginapan dan Makan Minum Semasa Berkursus :Kemudahan penginapan dan makan minum disediakan kepada semua peserta kursus yang layak.

CARA MEMOHON

PERMOHONAN KURSUS ONLINE (eSPEK)

PERMOHONAN KURSUS ONLINE (eSPEK)

Surat Tawaran9

11 Rekod Kursus

12 Pengumuman / Berita

Daftar Masuk Ke Sistem2

Lupa Kata Laluan3

Carian Kursus4

Senarai Kursus5

Kalendar Kursus6

Taip url espek.instun.gov.my.Klik pada link Pertama Kali Mendaftar.Isi borang dan klik butang Daftar. Permohonan akaun akan aktif setelah pengesahan dibuat oleh Pentadbir Sistem eSPEK.

Isikan ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.Klik butang Log Masuk.

Pada muka hadapan sistem klik hyperlink Lupa Kata Laluan.Isikan ruangan No. KP dan klik butang Hantar Kata Laluan. Sistem akan hantar emel yang mengandungi hyperlink untuk pengguna menukar kata laluan.

Isikan ruangan “Nama Kursus”, “Kod Kursus” atau “Tarikh Mula Kursus”.Klik butang Cari.

Pada dropdown menu “Senarai” pilih Bahagian dan pilih Bulan. Sistem akan paparkan senarai kursus tahun 2020.Pada senarai nama kursus klik butang kanan mouse dan akan keluar butang berikut : - Lihat – untuk melihat maklumat terperinci kursus. - Mohon – untuk memohon kursus.Setelah klik butang mohon, isi borang permohonan tersebut dan klik butang Hantar.

Pada dropdown menu, pilih “Tahun” dan “Bahagian”.Klik butang cari.

Pada status permohonan, ia akan paparkan senarai kursus yang pernah dipohon oleh pengguna berserta dengan status permohonan.Klik pada senarai nama kursus dan akan keluar butang berikut: - Lihat Permohonan – untuk melihat semula borang permohonan yang telah diisi. - Kemaskini Permohonan – untuk mengemaskini maklumat di dalam borang.Batal Permohonan – untuk membatalkan permohonan kursus. Butang ini hanya aktif bagi status “Dalam Proses” sahaja.

Klik butang kanan tetikus, ia akan paparkan butang Cetak Surat Tawaran. Surat tawaran hanya boleh dicetak sekiranya telah dijana oleh penyelaras kursus.

Pada pengesahan kehadiran, ia akan paparkan senarai kursus yang statusnya ”Dipilih” sahaja. Klik butang kanan tetikus dan ia akan paparkan pilihan berikut: - Lihat Permohonan – untuk melihat semula borang permohonan yang telah diisi dan boleh dikemaskini. - Pengesahan Kehadiran – untuk membuat pengesahan samada hadir, tidak hadir dan tidak hadir dengan pengganti. - Cetak Surat Tawaran – untuk mencetak surat tawaran yang telah dijana oleh penyelaras kursus. - Lihat Content Base Training – untuk melihat nota interaktif berkaitan kursusKlik pada pilihan Pengesahan Kehadiran dan borang pengesahan kehadiran akan dipaparkan. Pilih samada “Hadir”, “Tidak Hadir” atau “Tidak Hadir Dengan Pengganti”. Isikan butiran yang diperlukan dan klik butang simpan.

Klik butang kanan tetikus pada senarai kursus semasa (kursus yang sedang diikuti pada tarikh semasa), ia akan paparkan tiga butang berikut: - Lihat Borang Permohonan – untuk melihat / mengemaskini borang permohonan - Penilaian – untuk mengisi borang penilaian kursus - Ujian – untuk menjawab soalan ujian yang telah dimasukkan oleh Penyelaras Kursus.

Menu ini akan memaparkan rekod kursus yang pernah dipohon oleh pengguna. Klik butang kanan tetikus pada senarai kursus, akan paparkan butang berikut : - Lihat Borang Permohonan – untuk lihat borang permohonan - Rekod kehadiran – untuk melihat rekod kehadiran kursus - Lihat Jawapan Ujian – untuk menyemak semula jawapan ujian yang telah dijawab.

Individu – Pengumuman / Berita daripada pentadbir sistem kepada individuKursus – Pengumuman / Berita daripada pentadbir sistem kepada peserta - peserta bagi satu kumpulan kursusUmum – Pengumuman / Berita daripada pentadbir sistem kepada semua pengguna eSPEK.

Untuk melihat / mengemaskini pro�l peribadi.

Pendaftaran Akaun Baru1

Pengesahan Kehadiran8

Status Permohonan7

10 Kursus Semasa

13 Lihat Pro�l