asas akuatik dan isu semasa

13
1.0 Pengenalan Kemalangan di air merupakan kejadian yang sering berlaku di Malaysia. Kemalangan yang dimaksudkan ialah kejadian lemas yang terjadi samada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jumlah kes hampir lemas melibatkan kanak-kanak meningkat sepanjang lima tahun lalu, menimbulkan kebimbangan doktor di Hospital Wanita dan Kanak- kanak KK (KKH). Dari 2011 hingga 2015, terdapat 104 kes dan 10 kematian, iaitu purata 20 kes hampir lemas setiap tahun. Sebagai perbandingan, hospital itu melihat antara lima dan 12 kes sedemikian setahun dalam tempoh lima tahun sebelumnya.Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut dalam sebuah temuramah bahawa statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan purata kes kematian akibat lemas setahun bagi 2009 hingga 2013 adalah 596 kes, dan analisis data itu menunjukkan nisbah kematian akibat lemas berlaku dalam setahun adalah lebih kurang dua kematian setiap hari. Beliau turut menambah lagi bahawa statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan Sarawak sebagai negeri mengalami kes lemas tertinggi bagi tempoh 2012 hingga 2015, iaitu sebanyak 218 kes, diikuti Selangor 142 kes dan Sabah 136 kes. Sarawak Selangor Sabah 0 50 100 150 200 250 Kes Lemas 2013-2015

Upload: ameerul-syarief

Post on 13-Jul-2016

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Isu semasa dalam kemahiran akuatik di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Akuatik dan Isu Semasa

1.0 Pengenalan

Kemalangan di air merupakan kejadian yang sering berlaku di Malaysia. Kemalangan

yang dimaksudkan ialah kejadian lemas yang terjadi samada kepada kanak-kanak mahupun

orang dewasa. Jumlah kes hampir lemas melibatkan kanak-kanak meningkat sepanjang

lima tahun lalu, menimbulkan kebimbangan doktor di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK

(KKH).

Dari 2011 hingga 2015, terdapat 104 kes dan 10 kematian, iaitu purata 20 kes hampir

lemas setiap tahun. Sebagai perbandingan, hospital itu melihat antara lima dan 12 kes

sedemikian setahun dalam tempoh lima tahun sebelumnya.Datuk Abdul Rahman Dahlan,

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut dalam

sebuah temuramah bahawa statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan

purata kes kematian akibat lemas setahun bagi 2009 hingga 2013 adalah 596 kes, dan

analisis data itu menunjukkan nisbah kematian akibat lemas berlaku dalam setahun adalah

lebih kurang dua kematian setiap hari.

Beliau turut menambah lagi bahawa statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

menunjukkan Sarawak sebagai negeri mengalami kes lemas tertinggi bagi tempoh 2012

hingga 2015, iaitu sebanyak 218 kes, diikuti Selangor 142 kes dan Sabah 136 kes.

Jumlah yang dipamerkan mengundang kebimbangan bagi seluruh rakyat Malaysia. Hal

ini telah menuntut agar pihak kerajaan mengemukakan langkah-langkah yang efektif bagi

mengatasi masalah yang berlaku di negara Malaysia pada masa kini.JIka tidak

dibendung,banyak lagi nyawa yang akan melayang pada masa akan datang.

Sarawak Selangor Sabah0

50

100

150

200

250

Kes Lemas 2013-2015

Page 2: Asas Akuatik dan Isu Semasa

2.0 Isu menyelamat di air.

Kejadian menghayat hati yang menimpa sebuah keluarga di Air Terjun Belukar

Bukit,Hulu Terengganu memberi impak yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Lima sekeluarga didapati lemas di kawasan air terjun berkenaan dipercayai terperangkap

dalam pusaran air mengakibatkan mereka gagal menyelamatkan diri.

Insiden malang ini telah menyebabkan kabinet meluluskan pembentukan Majlis

Keselamatan Aktiviti Air pada bulan Januari 2016 yang bertanggungjawab dalam

memastikan keselamatan rakyat sewaktu melakukan aktiviti di dalam air serta merekod

kejadian kemalangan di air yang berlaku di Malaysia.. Tindakan ini dilakukan selepas sekian

lama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menekankan

cadangan Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia agar mewujudkan Majlis

Keselamatan Air Negara sejak tahun 2012.

PIhak kerajaan memandang serius akan hal ini. Namun begitu,tindakan daripada

sesebuah pihak sahaja tidak akan mendatangkan kesan yang yang berpanjangan dalam

usaha memebendung kes kemalangan di air yang kian meruncing sejak akhir akhir ini.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada November 2014 menyatakan bahawa

kejadian lemas adalah satu isu kesihatan awam global yang serius tetapi diabaikan yang

didakwa meragut sebanyak 372,000 nyawa setiap tahun. Kes mati lemas di Malaysia tidak

termasuk dalam laporan WHO kerana pihak berkuasa kesihatan negara kita tidak

menyerahkan maklumat kepada badan dunia itu. Tetapi laporan tidak rasmi merekodkan

kira-kira 500 hingga 700 kejadian lemas di Malaysia setiap tahun.

Dalam langkah bagi membendung masalah ini, Laporan WHO 2014 mengetengahkan

10 cadangan untuk membantu mencegah kejadian mati lemas, antaranya membentuk dan

melaksanakan dasar serta strategi Keselamatan Air Negara. Dalam rangka kerja untuk

meningkatkan kesihatan awam, pencegahan kemalangan lemas adalah satu skop yang

dikenal pasti sebagai tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.

Antara langkah yang harus diambil bagi melaksanakan strategi berkesan mencegah

kematian lemas termasuk:-  

1. Setiap kanak-kanak harus diberi peluang untuk belajar berenang dan menerima

pendidikan keselamatan air.

2. Setiap masyarakat yang terdedah dengan risiko air memerlukan pelan penilaian

risiko dan keselamatan air peringkat komuniti;.

3. Fahami kecenderungan mencederakan diri melalui air .

Page 3: Asas Akuatik dan Isu Semasa

4. Meningkatkan kesedaran tentang risiko dan bahaya, dalam, pada dan sekitar

kawasan air.

5. Penganjuran aktiviti rekreasi mesti dilengkapi penilaian risiko strategik yang jelas dan

rancangan untuk menangani risiko utama melibatkan air.

Sifat kepelbagaian kejadian lemas dan pencegahannya memerlukan penyelarasan lebih

baik di antara pelbagai sektor. Tindakan penyelidikan merupakan satu perkara yang dititik

beratkan dalam mencari penyelesaian kes lemas di negara ini walaupun terdapat banyak

perkara yang perlu dipelajari.Dalam usaha ini,kelompok yang perlu difokuskan ialah

kelompok yang mudah terdedah kepada bahaya di dalam air.

Kejadian lemas bukan sahaja berlaku di kawasan air yang dalam malah turut berlaku di

kawasan yang cetek. Walaupun dianggap pelik oleh sesetengah masyarakat,hal ini berlaku

dalam kehidupan seharian kita.

Baru baru ini di Pasir Mas, Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Bunut Susu yang menghidap penyakit sawan ditemukan mati lemas di

dalam sebuah kolam cetek di Kampung Teliar, Bunut Susu,Kejadian mengejutkan ini

menimbulkan persoalan bagaimana paras air yang rendah mampu menyebabkan seseorang

itu mati lemas dan gagal untuk menyelamatkan diri.

Dalam pelaksanaan pendidikan di luar bilik darjah dan aktiviti

kokurikulum,keselamatan merupakan perkara yang amat dititikberatkan.Menurut Surat

Pekeliling 5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid,sebarang aktiviti yang melibatkan air perlu

diawasi oleh mereka yang terlatih bagi mengawal masalah kelemasan dalam air.Perkara ini

dipandang serius oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku

kepada murid-murid meskipun melakukan aktiviti di air yang cetek.Langkah yang diambil

memerlukan perhatian para guru dan pengiring dalam memastikan tingkah laku dan

keadaan sekeliling pelajar terkawal dari sebarang bahaya sewaktu berada di dalam air.

Pelaksanaan pendidikan kemahiran akuatik di Malaysia.

Kejadian lemas yang berlaku di Malaysia kerap kali berlaku di beberapa kawasan

tertentu.. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa  lokasi

kejadian lemas tertinggi sepanjang tahun ialah di kawasan sungai atau tali air dengan purata

sebanyak 57 peratus kes, diikuti lemas di pantai 25 peratus, dan tasik atau lombong dengan

purata 12 peratus kes setiap tahun. Angka yang dikemukakan kebanyakkannya diambil

daripada kes yang berlaku kepada remaja dan kanak-kanak.

Page 4: Asas Akuatik dan Isu Semasa

Kebanyakkan kes ini berlaku akibat ketidakupayaan seseorang individu tersebut

dalam menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan di dalam air. Kurangnya kesedaran

masyarakat mengenai kemahiran akuatik menyebabkan banyak berlaku kes-kes yang tidak

diingini di negara ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh World health

Organisation,lemas berada pada tangga yang ketiga sebagai punca kematian tertinggi di

dunia.

Dalam laporan tersebut,negara yang menghadapi masalah lemas tertinggi ialah negara

kelas pertengahan dan kelas rendah.Situasi ini berlaku akibat kurangnya pendedahan

samada di sekolah mahupun di rumah mengenai kesedaran untuk belajar berenang bagi

seseorang individu.

Kebanyakkan negara membangun menyedari akan kepentingan kemahiran

berenang dan menjadikan subjek renang sebagai subjek yang wajib diambil di sekolah.

England telah menetapkan agar setiap pelajar diajarkan dengan cara-cara untuk berenang.

Antara kurikulum yang telah digariskan adalah seperti :

1. Kebolehan untuk berenang secara kompeten sekurang-kurangnya 25 meter

2. Kebolehan untuk berenang dengan menggunakan strok renang yang berbeza (Kuak

dada,kuak bebas,kuak kupu-kupu)

3. Kebolehan untuk menyelamatkan diri dalam pelbagai situasi air.

Pembentukan kemahiran ini ditetapkan dalam kurikulum pendidikan jasmani di England

dengan tujuan untuk membangunkan kebolehan tubuh badan secara menyeluruh. Hal ini

Page 5: Asas Akuatik dan Isu Semasa

dilakukan agar murid mampu bersaing dalam pelbagai bidang sukan dan aktiviti-aktiviti yang

memerlukan kemahiran fizikal dalm lakuan yang dilakukan.

‘’A high-quality physical education curriculum inspires all pupils to succeed and excel

in competitive sport and other physically demanding activities. It should provide

opportunities for pupils to become physically confident in a way which supports their

health and fitness. Opportunities to compete in sport and other activities build

character and help to embed values such as fairness and respect.’’

Usaha ini secara tidak lansung membentuk kesedaran murid-murid mengenai kepentingan

kemahiran akuatik dalam kehidupan seharian. Dengan adanya penguasaan yang baik

dalam kemahiran akuatik,seseorang itu akan mampu menyelamatkan diri sendiri malah

akan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikut jejak langkah negara-negara

maju seperti England dalam menetapkan kemahiran akuatik sebagai ilmu yang perlu

dipelajari dalam silibus. Kemahiran akuatik telah dimasukkan dalam silibus pendidikan

jasmani sekolah rendah. Namun begitu,pelaksanaan silibus kemahiran akuatik di Malaysia

masih terlalu minimum dan hanya berlaku di sekolah-sekolah yang tertentu sahaja.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani,kemahiran

akuatik merupakan komponen yang diajarkan sewaktu murid berada pada Tahun 4 dan

Tahun 5.Sewaktu di Tahun 4,murid diperkenalkan dengan kemahiran menyelamat dengan

menggunakan objek yang berada di persekitaran dan diajarkan kemahiran renang seperti

kuak rangkak. Ilmu tersebut diperkemaskan lagi pada Tahun 5 di mana murid diajarkan

dengan kemahiran membaling alat bantuan dan melakukn bobing melompat.Murid turut

diajarkan dengan kemahiran kuak dada sebagai tambahan dalam asas renang.

Meskipun segalanya telah digariskan dalam KSSR,namun,terdapat banyak

kekangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam melaksanakan silibus tersebut.

Keupayaan untuk mengawal murid

Dalam sesebuah kelas,dapat dianggarkan bahawa terdapat seramai 30 orang murid

bagi sesebuah kelas. Murid-murid pada umur 10 tahun dan ke atas terkenal dengan sifat

inkuiri yang tinggi dan sering kali berada di luar kawalan guru sewaktu pengajaran dan

pembelajaran berlaku di luar bilik darjah memandangkn mereka ingin meneroka sesuatu

yang baru. Seorang guru tidak akan mampu untuk mengawal 30 orang murid sekaligus

lebih-lebih lagi ketika berada di dalam kolam renang.Risiko bagi melaksanakan silibus

kemahiran akuatik adalah amat tinggi kerana murid mungkin tidak mendengar arahan guru

Page 6: Asas Akuatik dan Isu Semasa

dan melakukan perkara yang berbahaya sewaktu berada di dalam kolam. Hal ini bukan

sahaja menyusahkan guru malah membahayakan nyawa murid tersebut.

Kekurangan fasiliti renang

Kemudahan kolam renang merupakan lokasi yang amat penting dalam

melaksanakan silibus kemahiran renang sewaktu pendidikan jasmani. Namun

begitu,kebanyakkan kolam renang yang dibina lebih tertumpu di kawasan –kawasan bandar

sahaja. Hal ini menjadi suatu kekangan kepada gur-guru luar bandar dalam usaha bagi

mengajarkan kemahiran akuatik kepada pelajar. Kemahiran akuatik tidak akan dapat diajar

dengan sempurna di tempat lain seperti sungai dan laut memandangkan tempat-tempat

tersebut tidak terkawal dan akan mendatangkan risiko keselamatan kepada murid-murid

sewaktu belajar mengenai kemahiran akuatik sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran

berlansung.

Kekurangan tenaga mahir

Pelaksanaan silibus kemahiran akuatik memerlukan tenaga pengajar yang mahir

dalam renang bagi menyampaikan ilmu mengenai renang dan sebagainya dengan lebih

berkesan. Tenaga mahir ini sukar didapati pada masa kini lebih lebih lagi apabila

kebanyakkan masyarakat kurang mengendahkan kepentingan kemahiran di air ini. Hal ini

secara tidak lansung menyekat proses penyampaian ilmu kemahiran akuatik ini.

Cabaran Penyelamat Air di Malaysia

Di Malaysia,cabaran penyelamat air yang paling sukar ialah kurangnya ilmu

mengenai kemahiran akuatik. Cabaran ini merupakan impak daripada kurangnya

pelaksanaan silibus kemahiran akuatik di sekolah. Sebagai penyelamat air,hal ini

menyebabkan beberapa kesukaran samada dalam usaha menyelamatkan diri mahupun

menyelamatkan orang lain.

Tanpa pendedahan yang mencukupi mengenai kemahiran akuatik,masyarakat amat

terdedah kepada bahaya terutamanya ketika berada di dalam air.Jika berlaku kejadian

lemas,mereka yang ingin menyelamat tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak memiliki

ilmu yang mencukupi untuk menyelamatkan mangsa. Perkara bertambah buruk apabila

penyelamat yang mahu menyelamat gagal melakukan prosedur menyelamat dengan baik

dan akhirnya lemas bersama-sama dengan mangsa. Keberkesanan dalam usaha

menyelamat di air berkurang dan mendatangkan bahaya jika penyelamat tidak memiliki ilmu

dalam kemahiran akuatik bagi setiap peringkat umur.

Page 7: Asas Akuatik dan Isu Semasa

Masalah kurangnya ilmu mengenai asas akuatik menuntut masyarakat untuk

mencari inisiatif dalam mendapatkan kemahiran asas seperti renang dan sebagainya untuk

persediaan jika berlaku kecemasan pada masa hadapan. Jika diperhatikan,rata-rata anak-

anak kaum cina akan dihantar ke kelas renang sejak mereka berada di usia yang muda lagi.

TIndakan ini menunjukkan mereka selangkah ke hadapan dalam menyedari kepentingan

kemahiran akuatik berbanding dengan kaum utama yang lain seperti Melayu dan India.

Isu yang berbangkit apabila anak Melayu ingin dihantar ke kelas renang ialah isu

berkaitan adat dan kesopanan dalam kehidupan. Hal ini menjadi kekangan jika kaum

Melayu terus berfikiran sempit dan tidak mahu memupuk kemahiran asas akuatik dengan

alasan pakaian yang dikenakan sewaktu kelas adalah tidak sopan dan tidak menutup

aurat.Selain itu,menjadi satu lagi cabaran apabila kebanyakkan masyarakat tidak mahu

belajar berenang kerana terpaksa berkongsi kolam sewaktu kelas belajar dengan berlainan

jantina. Rasa malu yang menebal ini mengakibatkan kesedaran mengenai kemahiran

akuatik makin berkurang dan tidak berkembang.

Isu ini walaubagaimanapun diatasi dengan adanya pakaian renang muslimah yang

membenarkan perempuan Melayu Muslim untuk sama-sama menyertai kelas renang bagi

mempelajari keahiran akuatik. Isu kelas yang bercampur juga diatasi dengan adanya kelas

berasingan seperti yang ditawarkan oleh Akademi Menyelamat Akuatik Putrajaya

(AQUAPUTRA).Namun begitu, aspek kos bagi setiap kelas yang dikategorikan agak mahal

menyebabkan ibu bapa yang kurang berada mengambil keputusan untuk tidak menghantar

anak-anak ke kelas renang. Kegawatan ekonomi menyebabkan anak-anak tidak didedahkan

dengan kemahiran akuatik samada di sekolah mahupun di rumah.

JIka isu-isu sebegini dapat diatasi,maka cabaran kurangnya ilmu kemahiran akuatik

dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.Masyarakat perlu mencari inisiatif sendiri dalam

usaha menuntut ilmu mengenai asas renang tanpa mengira umur memandangkan

kemalangan di air tidak mengenal usia dan jantina. Dengan adanya kemahiran asas akuatik

maka secara tidak lansung mengurangkan risiko lemas dan kehilangan nyawa seseorang

individu tersebut. Keberkesanan dalam usaha menyelamat juga akan meningkat apabila

seseorang itu memiliki kemahiran asas dalam kemahiran akuatik dan kemahiran

menyelamat..

Kesimpulannya,kemahiran akuatik merupakan kemahiran yang amat dititik beratkan

dalam pendidikan di luar negara dan negara-negara membangun. Dengan adanya

kelengkapan dan tenaga mahir yang mencukupi,kemahiran akuatik dapat diajarkan hampir

di setiap sekolah di luar negara memandangkan aspek-aspek tersebut merupakan prasyarat

dalam pembukaan sesebuah sekolah di luar negara seperti di England. Di

Page 8: Asas Akuatik dan Isu Semasa

Malaysia,kesedaran mengenai kepentingan penerapan kemahiran akuatik masih berada

pada peringkat yang rendah dalam kalangan masyarakat. Hal ini berlaku kerana kekangan-

kekangan yang telah dinyatakan sebentar tadi. Jika faktor yang menghalang pengajaran

kemahiran akuatik kepada murid-murid dapat diatasi maka akan lahirlah masyarakat yang

berilmu dan bukan sahaja mampu menyelamatkan diri,malahan mampu menyelamatkan

orang lain jika berlaku sebarang kecemasan di dalam air.

Rujukan

Kes kanak-kanak hampir lemas kian bertambah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg. (2016).

BeritaHarian. Diterima pada 5 April 2016, dari

http://www.beritaharian.sg/setempat/kes-kanak-kanak-hampir-lemas-kian-bertambah

Lima sekeluarga mati lemas di Hulu Terengganu. (2016). Astroawani.com. Diterima pada 5

April 2016, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-sekeluarga-mati-

lemas-di-hulu-terengganu-85812

Megat Rahim, M. (2016). Lelaki lebih Ramai Mati Lemas. Kosmo.com.my. Diterima pada 4

April 2016, dari http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2009&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

National Curriculum in England: Physical Education Programmes of study - GOV.UK.

(2013). Gov.uk. Diterima pada 4 April 2016, dari

https://www.gov.uk/government/publications/national-curriculum-in-england-physical-

education-programmes-of-study/national-curriculum-in-england-physical-education-

programmes-of-study

Nursyamimi Saidi. (2016). Kurang Asas Menyelamat di Air. Utusan Online. Diterima pada 5

April 2016, dari http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kurang-asas-

menyelamat-di-air-1.20598

Penubuhan Majlis Keselamatan Air Negara Bertepatan. (2016). Utusan Online. Diterima

pada 4 April 2016, dari http://www.utusan.com.my/rencana/penubuhan-majlis-

keselamatan-air-negara-bertepatan-1.179424

Remaja Ditemukan Mati Lemas dalam Kolam Cetek. (2016). Utusan Online. Diteriman pada

4 April 2016, dari http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/remaja-

ditemukan-mati-lemas-dalam-kolam-cetek-1.189423

Page 9: Asas Akuatik dan Isu Semasa

World Health Organisation, (2016). Global Report on Drowning : Preventing a Leading Killer.

(1st ed.). Geneva. Retrieved from

http://www.who.int/violence_injury_prevention/global_report_drowning/

Final_report_full_web.pdf

Wujudkan bank data maklumat kes mati lemas. (2016). Utusan Online. Diterima pada 4 April

2016, dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120716/dn_14/Wujudkan-bank-

data-maklumat-kes-mati-lemas