asal usu-bahasa-melayu

33
1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU 1.1.1 Rumpun bahasa Melayu 1.1.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua franca

Upload: nurul-izyan

Post on 12-Apr-2017

476 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

1.1 ASAL USUL

BAHASA MELAYU

1.1.1 Rumpun bahasa

Melayu

1.1.2 Bahasa Melayu

sebagai Lingua franca

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Bahasa Melayu (Jawi: ماليو بهاس ) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi.

Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara.

Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.

Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Perkembangan Bahasa Melayu:

Ahli bahasa membahagikan perkembangan

bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu

Bahasa Melayu Kuno,

Bahasa Melayu Klasik dan

Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno:

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu

Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik:

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

ditulis dalam huruf India

mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.

bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380):

masih memakai abjad India

buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387):

ditulis dalam tulisan Jawi

membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada

tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaab Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting

ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-

Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan

Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

banyak ayat pasif

menggunakan bahasa istana

kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

ayat songsang

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden:

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

1.1.2 Bahasa Melayu sebagai

Lingua franca

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara.

Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.

Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka.

Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu

telah menjadi lingua franca atau bahasa

perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak

zaman-berzaman.

Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang

pengembara China bernama I-Tsing telah singgah

di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi.

Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau

menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan

dengan meluasnya di Palembang.

Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa

kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang

yang tinggal di Kepulauan Melayu dengan

pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat.

Natijahnya, bahasa Melayu berfungsi sebagai

bahasa lingua franca di kepulauan Melayu

disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat

sederhana, tidak terikat kepada susun lapis

masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih

mudah berbanding bahasa Jawa.

Perkembangan Bahasa Melayu

Perkembangan bahasa Melayu dapat

dibahagikan kepada tiga tahap;

i) Bahasa Melayu Kuno

ii) Bahasa Melayu Klasik

iii) Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno

Tahap bahasa Melayu kuno dianggarkan bermula dengan kelahiran kerajaan Jambi dan kerajaan Srivijaya, kira-kira abad ke-7 hingga ke-11. Menurut catatan Cina, kerajaan Melayu pernah menghantar utusan ke negeri China pada tahun 644 Masihi.

Sejak abad ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya sudah terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan agama Buddha. Menurut I-Tsing bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajar bahasa Sanskrit, agama Buddha dan menjadi alat pernyataan seni dan sastera.

Pada zaman ini sejak kurun ke-7 Masihi

pengaruh Hindu dan Buddha banyak

memberi kesan kepada bahasa Melayu ,

terutama sekali dalam bidang agama.

Bahasa Melayu yang pada mulanya menjadi

bahasa harian berubah fungsinya kepada

bahasa agama dan falsafah. Bahasa Melayu

mula menerima kosa kata bahasa Sanskrit

seperti kepala, dosa, neraka dan lain-lain.

Ciri Dan Bahan Bukti Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mengalami proses perubahan dengan menerima kata-kata daripada bahasa Sanskrit.

Penerimaan kata-kata ini penting untuk mengungkapkan ide dan konsep yang baru. Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti;

I Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi)

II Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)

IIIBatu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi)

IVBatu Bersurat Karang Brahi, Jambi (680 Masihi)

Yang berikut merupakan tulisan pada Batu Bersurat Kedukan Bukit:

Swasti SriShakawawarsatita 605 ekadshi Shuklapaksa wulan waishka dapunta Hilang naik disambau mengalap siddhayatra Di Saptami Shuklapaksa wulan Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan(Tamwar?) Mamawa jang bala dua laksa Dangan……dua ratus Tsyara disambau dengan jalan Saribu tlu ratus sapuloh Dua banyaknya datang Di matajap (mataya?) Di pantshami shuklapaksa wulan ….laghu mudik datang Marwuat manua ….Sriwijaya Jayasiddhayatra subhiksa

Terjemahannya dalam bahasa Melayu:

Selamat dan bahagia

Dalam syaka 605, pada sebelas Hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik kapal Mencari untungnya

Pada tujuh hari bulan terang dari bulan Jyesta Baginda berangkat Dari muara Tamuan (Tamwar?) Membawa bala dua laksa dengan …....dua ratus pawang di kapal dengan yang berjalan kaki seribu tiga ratus dua belas banyaknya batang di Matajab (matanya)

sukacita pada lima hari bulan terang dari bulan…………..belayar mudik datang membuat benua….Sriwijaya kota yang jaya,yang bahagia, dan yang makmur.

Kata-kata yang bergaris menunjukkan

penggunaan bahasa Melayu Kuno.

Batu bersurat ini ditulis menggunakan huruf

Pallawa, iaitu huruf Kawi dan Nagiri yang

berasal daripada bahasa Dravida di India

Selatan.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno:

1. Ayat yang digunakan pendek dan ringkas.

2. Perkataan yang digunakan bercampur aduk antara kata-kata Bahasa Melayu Kuno dan kata-kata Sanskrit.

3. Keselarasan vokal pada Bahasa Melayu kuno, contohnya; a-a, u-i, i-i

a) bala laksa b) mudik tuwi

c) minimumnya

4. Penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b].

Wuat buat

Wulan bulan

5. Penggunaan awalan mar - bagi awalan ber- Marlapas berlepas

Marwuat berbuat

6. Pengunaan awalan ni- untuk awalan di-

Niwunuh dibunuh

Nikenal dikenal

7. Penggunaan vokal dengan luas [a] untuk vokal tengah [e] atau pengguguran vokal [a] seperti:

Dgan dengan

Sarivu seribu

8. Dalam bahasa Melayu Kuno, terdapat kata pasif dan aktif. Kata-kata aktif ditandai oleh awalan ma-, mang- dan mem- manakala kata-kata pasif ditandai oleh awalan ni-.

9. Bahasa Melayu Kuno mempunyai 4 vokal sempit iaitu / i /, / u / , / e / (vokal depan separuh sempit) dan / a /.

Daripada bahan bukti ini dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Melayu Kuno sudah berkembang sebelum abad ke-7 kerana bahan-bahan ini menunjukkan bahawa pada abad inilah bahasa Melayu bertapak dan menerima pengaruh dari India.

Selepas itu bahasa Melayu menerima evolusinya dengan meminjam perkataan daripada bahasa Sanskrit.

Penemuan batu bersurat membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa rasmi dan bahasa pemerintahan di istana.

Bahasa Melayu Kuno juga digunakan sebagai bahasa lingua franca dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perdagangan, agama, dan falsafah.