asal melayu

17
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Melayu? bangsa Melayu? bahasa Melayu? salasilah bahasa Melayu?

Upload: nurul-liyana

Post on 05-Jul-2015

288 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asal melayu

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

Melayu?

bangsa Melayu?

bahasa Melayu?

salasilah bahasa Melayu?

Page 2: Asal melayu

Melayu?

definisi istilah “MELAYU”

tinjauan dari sudut etimologi

- kajian asal usul

- sejarah sesuatu perkataan

• sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih

kabur

• perlukan kajian berterusan secara lebih

mendalam

Page 3: Asal melayu

Istilah awal

• dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan

• malaikurram atau malayakolam (perkataan

Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan

(M.Ptolemy)

• dalam kitab Hindu purba zaman Gautama

Buddha, Purana, wujud istilah Malaya

dvipa, sebuah tempat bernama Pulau

Sumatera.

Page 4: Asal melayu

• pada zaman Dinasti T’ang 644 – 645 M wujud

istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah kerajaan

di Jambi di dalam daerah Palembang – utusan

persembahkan hasil pertanian kepada raja

China

• berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing) dari

Canton ke India dalam tahun 675 M

• Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya

• bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama

Buddha

• bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya

Page 5: Asal melayu

• dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa

Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu

Kuno atau K’un-lun (merujuk kepada

hamba abdi di China) atau bangsa yang

tinggal di Pulau Kundur

• perkataan “Melayu” juga tertulis di

belakang sebuah patung yang dijumpai di

Padang Rocore, Sumatera Selatan pada

1286 M

Page 6: Asal melayu

• dalam buku Sejarah Melayu, bukti “Melayu” dikaitkan dengan Sungai Melayu di Palembang

• ada kajian menunjukkan perkataan “Melayu” dipinjam daripada bahasa Jawa kuno, iaitu mlayu (mengembara) – orang Melayu berpindah dari Yunan ke kawasan selatan

• wujud perkataan Malayapura (Kota Melayu atau Kerajaan Melayu) pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat

Page 7: Asal melayu

• rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa

istilah “Melayu” bermula di Jambi yang

kemudiannya berkembang pada zaman

kerajaan Sriwijaya

• perkembangan tersebut menjadi semakin

meluas pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka dalam pentadbiran dan adat

istiadat

Page 8: Asal melayu

Bangsa Melayu

Bahasa Melayu• menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153,

istilah “Melayu” merujuk kepada seseorang yang dapat menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan adat istiadat Melayu dan menganut agama Islam

• dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira 1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa

• nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto

• Melayu ialah penduduk asal di Nusantara

Page 9: Asal melayu

• pada abad ke-17, istilah “Melayu”

digunakan secara lebih meluas yang

mencakupi suku bangsa serumpun di

Nusantara

• pada tahun 1972, UNESCO memberikan

pengertian terhadap istilah “Melayu” yang

merujuk kepada suku bangsa Melayu di

Semenanjung Malaysia, Thailand,

Indonesia, Filipina dan Madagaskar

Page 10: Asal melayu

• bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (termasuk berdekatan Brunei), Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei, Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat, Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera, kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda, Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand, terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di selatan Indo-China dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu seperti di Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan

Page 11: Asal melayu

Salasilah Bahasa Melayu

• beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli

arkeologi dan linguistik untuk memperoleh

kepastian tentang asal usul penutur

bahasa Melayu

• terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan

Asia Tengah dan Nusantara

Page 12: Asal melayu

kawasan ASIA TENGAH

• berdasarkan teori ini, orang Melayu berasal dari selatan China atau Yunan atau Burma melalui dua kelompok perpindahan dari utara ke selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F. Sarasin) dan Melayu Deutro – diperkuat oleh kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932

• ini dibuktikan dengan terjumpanya beliung-beliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di Nusantara

Page 13: Asal melayu

• J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam

berpendapat wujud persamaan antara adat

resam orang Melayu dengan kaum Naga di

Assam, Burma yang disokong oleh G. K.

Nieman dan R. M. Clark

• Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu

mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina,

Madagaskar dan Taiwan

• Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L.

Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasa-

bahasa Austronesia mendapati ada persejajaran

bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara

Page 14: Asal melayu

kawasan NUSANTARA

• orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi memang sedia ada di Nusantara

• buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai kekerabatan dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia – persamaan dari segi bentuk kata dan struktur bahasa (William Marsden)

• C. A. Mees juga mendapati bahasa dari rumpun Austronesia mempunyai banyak persamaan dari segi tatabahasa, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa

Page 15: Asal melayu

• John Crawfurd mendapati tanah asal orang

Melayu adalah di Sumatera dan Jawa

berasaskan perkembangan kebudayaan yang

sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan

lain di Nusantara

• pencairan glasier menyebabkan beberapa

wilayah terpisah yang menyebabkan

perpindahan kelompok masyarakat dari satu

daratan ke satu daratan – buktinya ialah

pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan

Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)

Page 16: Asal melayu

• bukti daripada kajian tengkorak

tengkorak Pithecanthropus Mojokerta di

Nusantara berusia 670 000 tahun;

tengkorak Pithecanthropus Trinil berusia

600 000 tahun

BERBANDING

tengkorak Sinanthropus Pekinensis

(Manusia Peking) hanya berusia kira-kira

550 000 tahun

Page 17: Asal melayu

SEKIAN dan TERIMA KASIH