asaimen domino

18
ISI KANDUNGAN Tajuk Muka surat Biodata pelajar Pengenalan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Permainan Matematik Huraian tentan Bahan Bantu Mengajar Refleksi Rujukan Lampiran – Gambar Foto 1

Upload: liyana-rose

Post on 03-Oct-2015

96 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

zxcvbnm,

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

TajukMuka surat

Biodata pelajar

Pengenalan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Permainan Matematik

Huraian tentan Bahan Bantu Mengajar

Refleksi

Rujukan

Lampiran Gambar Foto

Biodata Pelajar

Pengenalan

Matematik merupakan salah satu subjek yang digeruni oleh murid-murid di sekolah rendah. Maka menjadi tugas guru untuk memperbetulkan tanggapan itu dan membina tanggapan baru bahawa matematik itu mudah dan menyeronokkan.

Kreativiti guru ketika mengajar memainkan peranan penting untuk menjadikan sesi pembelajaran menjadi seronok dan berkesan. MTE 3109 mengajar kita untuk mengajar nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan dengan betul kepada murid secara berkesan dan betul.

Penggunaan resos bagi mengiringi sesi pengajaran dan pembelajaran dititikberatkan kerana dapat menarik minat murid untuk belajar dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, aktiviti yang menarik juga perlu dijalankan untuk membolehkan isi pelajaran dan kandungan diterjemahkan secara jelas dan dianalisis secara kritikal ke atas pembelajaran sama ada Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratusan melaui penggunaan resos, pendekatan dan strategi yang efektif.

Guru hendaklah kreatif, inovatif dan berjiwa pendidik agar murid belajar secara aktif dan mampu memahami konsep atau idea dan berupaya menawan hati murid. Aktiviti yang dibina hendaklah menarik dan berpotensi untuk membolehkan isi pelajaran dan kandungan diterjemah secara jelas.Justeru, tugasan MTE3109 ini adalah mengenai mereka cipta satu aktiviti pengajaran berkaitan mana-mana topik dalam nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus yang merangkumi aktiviti permainan matematik. Tugasan ini juga memerlukan saya untuk membina bahan bantu mengajar serta menghuraikan bagaimana bahan bantu mengajar itu memenuhi kriteria bahan bantu mengajar yang baik. Aktiviti pengajaran dan pembelajaranKelas

: 5 Cerdik

Tarikh

: 22 Ogos 2014 (Khamis)

Masa

: 12 : 05 - 01:05 (30 Minit)

Bil. Murid: 36 orang

Topik

: Peratus Objektif: Murid dapat memahami konsep peratus dan kaitannya dengan pecahan Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:

a) memahami konsep peratus

b) menukar pecahan perseratus kepada peratus dengan tepat

c) menukar peratus kepada pecahan perseratus dengan tepat

Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar konsep pecahan wajarAras kemahiran : Tahap pengetahuan adalah sederhanaNilai

: Kerjasama, disiplinBahan bantu belajar : gambar tanda harga, lembaran kerja, kad dominoKemahiran berfikir : membanding beza, membuat perkaitan

Fasa pembelajaran Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi

( 5 minit ) Memaparkan gambar tanda harga 1. Guru memaparkan gambar tanda harga.

2. Guru bersoal jawab dengan murid adakah mereka pernah melihat simbol % di pasaraya Bahan Bantu Mengajar

Gambar diskaun tanda harga

Langkah 1

( 15 minit ) Memperkenalkan konsep peratus 1. Guru memperkenalkan perkataan peratus .

2. Murid diterangkan oleh guru konsep peratus iaitu pecahan yang mempunyai penyebut per seratus. Simbol peratus adalah %.3. Murid diajar menukar pecahan perseratus kepada bentuk % dengan tepat menggunakan blok asas sepuluh4. Murid juga diajar menukar peratus dalam bentuk % kepada pecahan perseratus dengan tepat menggunakan blok asas sepuluh.5. Guru membimbing murid dengan menunjukkan contoh lain yang pelbagai.

6. Contoh : 40/100 = 40%

7. 90 % = 90/100

Langkah 2 ( 20 minit ) Menukar pecahan perseratus kepada peratus Menukar pecahan perseratus kepada peratus

Menukar pecahan perseratus kepada peratusPermainan Kad Domino

1. Guru mengedarkan satu set permainan Domino pecahan dan peratus kepada murid-murid. 2. Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.3. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan.4. Kad-kad dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad. 5. Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu. 6. Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan nombor pecahan dengan peratus pada hujung kad permulaan tadi. Contohnya 45%, maka pemain perlu meletakan bahagian pecahan perseratus 45/100 berhanpiran bahagian 45%. yang sesuai.7. Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera. 8. Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir 9.Kad-kad boleh diletakkan secara:i. melintang sebelah kanan atau kiri

ii. menegak ke atas atau ke bawah.

10. Bagi pemain yang tidak

dapat meneruskan permainan, giliran akan

diambil oleh pemain kumpulan lawan.

11. Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan dahulu kad pecahan dan peratus dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.

Strategi pengajaran berpusatkan bahanBahan bantu mengajar:

Kad domino

Nilai

Disiplin, kerjasama

Penilaian

( 15 minit ) Menguji tahap penguasaan murid 1. Murid diberikan lembaran kerja dan perlu disiapkan dalam tempoh 10 minit.

Guru memantau hasil kerja murid.

2. Guru memberi bimbingan kepada murid murid lemah

3. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.Kemahiran berfikir

menilai

Bahan Bantu Mengajar

Lembaran Kerja

Penutup

( 5 minit ) Rumusan 1. Guru bertanya kepada murid apakah yang dipelajari pada hari ini.

2. Guru merumuskan isi pelajaran

PERMAINAN MATEMATIK

Prosedur melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran : Langkah 19. Guru mengedarkan satu set permainan Domino pecahan dan peratus kepada murid-murid. 10. Guru menerangkan cara bermain kepada mereka.11. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru meminta murid meletakkan kad permulaan di tengah-tengah medan permainan.12. Kad-kad dibahagikan sama banyak antara kumpulan. Setiap kumpulan mendapat 50 keping kad. 13. Ketua kumpulan dikehendaki melontar buah dadu bagi menentukan giliran bermain. Kumpulan yang mendapat bilangan yang terbesar akan memulakan permainan terlebih dahulu. 14. Ketua kumpulan yang memulakan permainan akan membuat padanan nombor pecahan dengan peratus pada hujung kad permulaan tadi. Contohnya 45%, maka pemain perlu meletakan bahagian pecahan perseratus 45/100 berhanpiran bahagian 45%. yang sesuai.15. Kemudian giliran akan diambil oleh kumpulan lawan. Pemain tersebut akan membuat padanan kad pada hujung kad-kad yang tertera. 16. Langkah tersebut diulangi secara bergilir-gilir 10.Kad-kad boleh diletakkan secara:iii. melintang sebelah kanan atau kiriiv. menegak ke atas atau ke bawah. 11. Bagi pemain yang tidak dapat meneruskan permainan, giliran akan diambil oleh pemain

kumpulan lawan.Langkah 2

1. Murid-murid mula bermain. 2. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang masih tidak memahami cara-cara bermain. Langkah 3

1) Murid-murid bermain sehingga tamat. Kumpulan yang dapat menghabiskan dahulu kad pecahan dan peratus dikira sebagai pemenang manakala kumpulan lawan dikehendaki terus bermain sehingga tiada kad di tangan.HURAIAN TENTANG BAHAN BANTU MENGAJARPembinaan Bahan bantu belajar Bahan yang digunakan untuk membuat kad domino adalah sekepingmounting boardyang dipotong dalam saiz yang seragam. Kemudian guru menampal kertas yang dicetak diatasnya pecahan dan peratus.

Gambar kad Domino Peratus

Pelajar akan menyusun padanan kad yang sesuai

Keadaan kad yang lengkap disusunHuraian tentang Bahan Bantu MengajarResos memberi maksud peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bahan sumber atau resos juga merupakan apa - apa penerbitan, bahan, gambar, perkakas, model, carta, objek alat radas yang berperanan untuk menyebarkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kad ini terdiri daripada 50 keping kad yang diatasnya tercetak dua bahagian yang berbeza. satu bahagian terdapat nombor peratus dan satu bahagian terdapat nombor pecahan perseratus. kad ini diperbuat dari kad keras dan tiada unsur kimia yang digunakan. Jadi ia selamat untuk kanak-kanak.Permainan ini adalah berpusatkan murid. Pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan jika murid-murid yang melakukan aktiviti pembelajaran.

Permainan Kad Domino ini boleh dijalankan mengikut pelbagai tahap kognitif murid iaitu murid yang cerdas dan murid yang lemah. Bagi murid-murid yang cerdas, aktiviti yang disediakan lebih mencabar, murid-murid perlu membaca dan memahami arahan dalam Kad Domino Peratus serta menjalankan aktiviti dengan lebih berdikari. Bagi murid-murid yang lemah, aktiviti pengajaran yang sama dijalankan tetapi dengan bimbingan guru. Murid-murid berasa lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan memahami apakah yang sedang dilakukan.

Antara kebaikan permainan Matematik menggunakan Kad Domino ini ialah dapat menjana pemikiran kritis dan kreatif murid semasa mereka menyusun kad. Pemikiran kritis adalah penting dalam pembelajaran matematik kerana murid-murid berkeupayaan untuk membanding beza, membuat ramalan, menyelesaikan masalah matematik dan membuat keputusan yang relevan.

Selain itu, dengan adanya permainan ini, ia dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru. Kad Domino juga mampu menarik minat murid kerana kad tersebut adalah berwarna-warni dan bentuknya pula senang untuk dipegang dan tidak berat. Oleh itu, permaianan ini dapat merangsang murid untuk aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran seterusnya membantu mereka menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan guru. Kesimpulan

Secara tuntasnya, penggunaan resos sewaktu sesi PdP Matematik adalah sangat penting berikutan implikasinya yang sangat positif dan efektif bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar jua. Sesi PdP akan menjadi lebih berkesan dan secara automatiknya, objektif PdP tersebut akan tercapai, bererti objektif kurikulum turut tercapai sesuai dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.BIBLIOGRAFI

Cathcart, et al (2006). Learning Mathematics in Elementary and Middle Schools. A Learner-Centered Approach (4th Ed) Pg 252-269

Kennedy et al.(2004). Guiding Childrens Learning of Mathematics (10th Ed) pg 421-442

http://pecahan-peratusan-perpuluhan.blogspot.com/http://mathform1.wordpress.com/nota-matematik-tingkatan-1/bab-4-peratus/http://pemulihankhastunas.blogspot.com/search/label/kad%20domino10