asaimen masyarakat majmuk

Upload: zamri-abdullah

Post on 14-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    1/25

    http://nukilanzahari.blogspot.com/2012/07/nota-sjh-1106-sem-2-ppismp-sejarah_1052.htmlNOTA SJH 1106 : SEM 2 PPISMP SEJARAH

    JELASKAN PENERIMAAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERUBAHANYANG DILAKUKAN OLEH PENJAJAH

    MOHD SHAH MD ALI HANAFIAH

    Menjelang akhir abad ke-19,hampir kesemua negara asia telah berjaya dikuasai oleh penjajah. Ini

    telah menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja perubahan tanpa menghiraukan tindak balas

    masyarakat tempatan. Perubahan yang dilakukan adalah untuk kepentingan mereka sendiri. Penerimaan

    masyarakat tempatan terhadap perubahan yang dilakukan ada yang positif dan ada juga yang negatif.

    Perubahan ini merangkumi aspek politik , ekonomi , sosial dan kebudayaan serta agama.

    Pelbagai reaksi telah timbul akibat daripada perubahan yang di lakukan penjajah. Dasar

    pengilhaman Lord Dalhousie merupakan faktor politik yang menyebabkan Dahagi India. Beliau telahmengilhamkan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang India. Lord Dalhousie meletakkan

    tiga alasan di atas Dasar Pengilhaman yang di buatnya iaitu hak menakluk kuasa agung, "Doctrine Of

    Lapse" dan ingin membantu wilayah-wilayah yang di belenggu masalah penyelewengan dan

    pemerintahan. Dasar ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan putera-putera

    pemerintahan tempatan. Ini kerana "Doctrine Of Lapse" menyatakan sekiranya seseorang pemerintah

    mangkat tanpa waris maka negerinya menjadi kepunyaan British. Lord Dalhousie telah mengilhamkan

    wilayah-wilayah seperti Punjabi, Oudh, Satara, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur. Lord Dalhousie

    juga telah mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan. Hal ini telah menyebabkan Dahagi di India.

    Namun, Dahagi ini telah gagal.

    Kedatangan British di India telah menyebabkan beberapa adat resam di hapuskan. Antaranya

    Sutthe, Thugee dan pembunuhan bagi perempuan. Ini telah menyebabkan masyarakat tempatanmemberontak. Amalan Sutthe ialah pengorbanan para balu di timbunan kayu mayat suami mereka

    semasa upacara pengebumian. Amalan Sutthe ini di hapuskan melalui undang-undang tahun 1828.

    Amalan ini di anggap sebagai satu jenayah. Manakala amalan Thuge ialah satuu sistem rompakan dan

    pembunuhan di jalan raya. Amalan ini di jalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata dan menyamar

    lalu membunuh pengembara atas nama Dewa Kali. Amalan bagi perempuan yang di anggap tidak

    berperikemanusiaan juga di hapuskan oleh British. Lord Dalhousie juga telah meluluskan undang-undang

    membenarkan balu-balu India berkahwin semula. Walaupun perubahan-perubahan sosial di jalankan,

    tetapi ia telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India. Ini telah menyebabkan

    penentangan pendduduk tempatan dan kemuncaknya adalah Dahagi di India.

    Pertubuhan yang berlaku di Indonesia yang di lakukan oleh Belanda juga menyebabkan rakyat

    menentang. Antara perubahan yang di lakukan adalah di dalam pentadbiran. Belanda telah mengubah

    sistem pentadbiran tradisional mesyarakat Indonesia dan telah mengurangkan kuasa pembesar

    tempatan. Ini telah menyebabkan berlaku pemberontakan terutamanya di Jawa dan kemuncaknya

    adalah Perang Jawa (1825-1830). Selepas Perang Jawa, Belanda telah menyusun sistem pentadbiran

    yang baru, tetapi sistem tidak di terima oleh Sultan di beberapa daerah. Antaranya Sultan Badruddin di

    Palembang yang memberontak pada 1820. Ini kerana, pembesar tempatan di letakkan di bawah Sistem

    Residen.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    2/25

    Di Indonesia juga telah berlaku perubahan di dalam adat resam dan undang-undang serta

    ekonomi. Perubahan dalam sistem pendidikakn juga telah berlaku. Perubahan yang di lakukan dalam

    undang-undang di Indonesia terutamanya di Sulu dapat di terima oleh masyarakat tempatan. Ini kerana

    kebanyakan undang-undang yang di buat tidak banyak di ubah. Umpamanya, undang-undang Sulu yang

    di warisi daripada abad sebelumnya masih di gunakan selepas kedatangan penjajah. Ia hanya di kenali

    sebagai Kaum Sulu Baru. Selain itu pihak penjajah juga telah mewujudkan sistem mahkamah. Pelbagaidasar juga telah di perkenalkan dalam sistem ekonomi Indonesia. Antaranya adalah Dasar Liberal,

    Sistem Kultur dan Dasar Etika. Namun, kebanyakan dasar-dasar ini telah menindas rakyat. Contohnya

    Sistem Kultur yang mengikut rakyat tempatan dalam pertanian. Ini telah menyebabkan masyarakat Jawa

    memberontak kerana tidak mempunyai waktu rehat yang cukup akibat penanaman jagung sepanjang

    tahun. Ini juga telah menjadi faktor Perang Jawa. Dalam sistem pendidikan pula, masyarakat tempatan

    telah menerima sistem yang di bawa oleh Barat. Penerimaan ini berlaku semasa pemerintahan Jepun.

    Pendidikan telah menyebabkan ramai yang mendapat pendidikan yang lebih baik dan jawatan yang

    penting dalam persediaan ke arah berkerajaan sendiri.

    Di Vietnam, Perancis melaksanakan pembaharuan untuk mengukuhkan kekuasaan ke atas

    negeri naungan itu iaitu Kemboja. Raja Norodom di paksa menerima segala pembaharuan yang di

    laksanakan Perancis. Baginda hanya di anggap sebagai Raja Boneka. Perancis telah melantik seorangresiden untuk melaksanakan tugas-tugas kerajaan. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan

    kemarahan dan rasa benci penduduk. Mereka telah bangkit memberontak di bawah Si Vattha.

    Peperangan ini telah memakan masa selama 18 bulan dan Si Vattha telah mengalami kekalahan dan

    menyerah diri. Di Filipina, Sepanyol telah membawa perlaksanaan beberapa dasar ekonomi

    seperti Sistem Polo dan Vandala yang memaksa penduduk melakukan kerja paksa. Dalam sistem Polo,

    rakyat perlu bekerja secara percuma untuk kerajaan selama 40 hari dalam setahun dan Sistem Vandala

    pula, menghendaki rakyat menyerahkan barangan mereka kepada kerajaan secara paksa. Biasanya

    kerajaan tidak membuat sebarang bayaran. Ini menyebabkan masyarakat tempatan tidak puas hati

    terhadap perubahan tersebut kerana perubahan yang di lakukan bersifat penindasan terhadap

    masyarakat. Ini telah menyebabkan pemberontakan tempatan 1562-1872 dan pergerakan perubahan

    1872-1896.

    Di Burma, pelbagai perubahan juga telah di lakukan oleh British. Antaranya, menghapuskan

    Sistem Hutdaw dan menggantikan dengan sistem Residen. Ramai pemimpin di tangkap dan di buang

    negeri. Tindakan ini menimbulkan kemarahan pemimpin. Burma yang masih mengharap pihak British

    mewujudkan kembali sistem beraja tetapi British menolak. Mereka telah bangun memberontak dan

    pemberontakan telah berlarutan. Contohnya kebangkitan Saya San 1930-1931. Selain itu, perubahan

    juga berlaku dalam adat dan kebudayaan Burma yang ingin di gabungkan dengan pendidikan barat. Ini di

    lakukan oleh orang Burma yang pendidikan barat. Mereka telah menubuhkan sekolah agama Buddha

    tetapi tidak berbentuk biaya dan kependerian dan mengajar ilmu sekular dan Buddha. Tetapi sekolah ini

    tidak mendapat sokongan para sami yang tidak mahu menerima ilmu sekular. Sistem pendidikan barat

    sebenarnya telah mendapat sambutan dari masyarakat tempatan di sebabkan oleh nasionalisme dan hakmendapat kemerdekaan.

    Bagi China, undang-undang barat di anggap sebagai sisstem bertimbang rasa, adil dan bebas. Ini

    di sebabkan undang-undang negara tersebut kejam kerana prinsip perundangan China yang menyatakan

    seseorang di anggap bersalah sehinggalah membuktikan dia tidak bersalah. Ini berbeza dengan barat

    yang mengganggap seseorang tidak bersalah sehingga di buktikan bersalah. Perbezaan ini telah

    mengakibatkan perang Inggeris-China pada tahun 1839. Selain itu, kuasa barat telah memperkenalkan

    kereta api dan kapal wap dan ini menjejaskan mata pencarian pekerja China dalam bidang pengangkutan

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    3/25

    tradisional seperti kereta kuda, kereta lembu dan tangkan. Ini telah menyebabkan Pemberontakan Boxer.

    Tetapi pemberontakan ini gagal. Dalam sistem pendidikan pula, China terpaksa menerima sistem

    pendidikan barat pada awalnya. Tetapi, pada 1850-an kerajaan Manchu China telah menggalakkan para

    pegawainya mempelajari tamadun barat. Sistem pendidikan barat telah menghapuskan sistem

    pendidikan berteraskan ajaran Confucius, Teoisme dan Buddisme.

    Kesimpulannya, kedatangan penjajah telah menyebabkan pelbagai perubahan yangmendatangkan kebaikan dan keburukan. Dari segi kebaikan, masyarakat tempatan memperolehi

    pendidikan yang baik dan mendapat jawatan dalam sistem pentadbiran di samping meningkatkan

    ekonomi. Namun begitu masyarakat tempatan sebenarnya tertindas dengan peraturan-peraturan yang di

    buat. Selain itu, pihak penjajah ingin mengekalkan kuasa mereka di negara-negara Asia melalui

    perubahan yang di lakukan.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    4/25

    NOTA KESAN-KESAN PENJAJAHAN (SJH1106)

    NYATAKAN DAN HUJAHKAN KESAN-KESAN PENJAJAHAN TERHADAP

    MASYARAKAT PRIBUMI DI ASIA.

    SITI FATIMAH BT MUHAMMAD

    Kedatangan penjajah Barat ke Asia pd abad ke-19 adalah bertujuan utk mendapatkan bahan-bahan mentah yg

    diperlukan,menguasai kawasan-kawasan yg menjadi sumber bahan mentah dan menguasai pentadbiran tempatan spy

    penguasaan ekonomi akan terus kekal.Semua aspek ini tlh memberikan kesan ke ats Asia Tenggara,Asia Timur dan

    Asia Selatan dr segi politik,ekonomi dan sosial.Kesan drpd kehadiran Barat di negara-negara Asia ialah perubahan

    dlm kehidupan masyarakat di rantau ini.Perubahan ini bukan setakat perubahan dlm status atau taraf negara tersebut

    mjadi negara jajahan tetapi juga perubahan yg ketara tlh berlaku dlm bidang politik,ekonomi dan sosial.

    Salah satu aspek yg mengalami banyak perubahan kesan penjajahan kuasa Barat ialah dlm bidang pentadbiran.Di

    India,perubahan dlm bidang pentadbiran tlh berlaku sblm abad ke19 lagi.Secara umumnya,pemerintah British di

    India tlh meletakkan Gabenor Jeneral atau wizurai sbg pemerintah British di India.Wilayah-wilayah India pula tlh

    dipecahkan kpd bbrp bahagian pentadbiran spt bahagian dan daerah.Tetapi menjelang

    abad ke 20 gol.nasionalisme India mula menuntut hak berkerajaan sendiri.Ini menyebabkan Reformasi Morley

    Minto diperkenalkan pd 1909.Melaluinya,sistem pentadbiran India tlh berubah sekali lagi pd 1919 yg dibuat oleh

    Laporan Montagu Chelmsford pd 1918 dan seterusnya mbawa kpd Akta Kerajaan India pd 1935.Hal ini tlh

    mewujudkan sistem persekutuan kuasi dgn 2 dewan legislatif pusat iaitu Majlis Negara dan Dewan Perhimpunan.

    Di Burma pula,sistem pentadbiran asalnya adlh bdsrkan institusi perajaan.Walaubagaimanapun,pd abad ke 19

    British tlh mhapuskan institusi pentadbiran raja di Burma.Ini terbukti apbl Raja Thibaw tlh dibuang negeri.Antara

    thn 1897 dan 1942 pula,pemerintah British tlh melakukan perubahan dlm sistem pentadbiran di Burma.Pihak British

    tlh mengubah sistem pentadbiran sejajar dgn meletakkan kuasa kpd krjn British dan tidak lagi kpd individu

    tertentu.Dgn itu pd thn 1923,sistem dua lapis dan majlis legislatif separa dipilih tlh diperkenalkan.

    Di China sistem pentadbiran adlh bertunjangkan kpd sistem pemerintahan maharaja.Maharaja diletakkan sbg

    ketua krjn dan negara serta dilantik bdsrkan keturunan maharaja.Namun,kehadiran kuasa Barat tlh mbawa

    perubahan kpd sistem pentadbiran China.British tlh mperbaiki institusi kemaharajaan,maharani Dowager Tzu-His

    tlh menyusun semula sistem pentadbiran kemaharajaan China utk disesuaikan dgn situasi semasa.Kementerian-

    kementerian tlh diwujudkan bg mgantikan Lembaga Enam dan Tsungli Yamen.Akhirnya sistem kemaharajaan tlh

    digantikan dgn sis. Pentadbiran Republik pd 1912.Ketua krjn China juga tlh digantikan dgn Presiden.Seterusnya

    sis.kabinet tlh diperkenalkan dan diketuai oleh Perdana Menteri.Sistem demokrasi juga tlh digunakan bg mberi

    ruang kpd penduduk China memilih wakil mrk dlm Dewan Rendah dan Dewan Tinggi.

    Kesan penjajahan dlm aspek politik juga dpt dilihat terhadap unsur kuasa dan kekuasaan.Akibat penjajahan oleh

    kuasa-kuasa Barat tlh mberikan kesan yg mendalam terhadap kekuasaan waris -waris raja yg tidak boleh menuntut

    hak slps kematian raja berkenaan.Mrk tidak dibenarkan menaiki takhta krjn ats bbrp alasan dan pengaruh kuasa luaryg amat kuat.Hal ini dpt dilihat sbg contoh di Indonesia .Nipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria iaitu pitera sulung

    Amangku Buwono 3 dr Jogjakarta tlh menerima nasib sedemikian.Beliau tidak dibenarkan menaiki takhta krjn

    Jogjakarta utk mgantikan ayahandanya stlh baginda wafat pd thn 1814.Sebaliknya putera yg lbh muda iaitu Djarot

    tlh dilantik mjadi raja Jogjakarta oleh Raffles yg memerintah Jawa pd ketika itu.Djarot menaiki takhta dgn gelaran

    Amangku Buwono 4 pd thn 1814.Ini bmakna Dipo Negoro yg lbh tua tlh diketepikan ats alasan ibunya bukan

    seorang bketurunan diraja.Walau bagaimanapun utk memujuknya Raffles tlh mjanjikan takhta krjn itu apbl Djorat

    mangkat kelak.Namun segalanya tidak blaku apbl Djorat mangkat pd 1822 krn Belanda di bwh pemerintahan Baron

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    5/25

    Van Der Capellan tlh melantik pula anak Djorat sblknya Dipo hanya dilantik sbg penasihat pemerintah sehingga

    putera Djorot itu mcapai umur 21 tahun.

    Selain itu,penentangan yg dilakukan oleh msykt pribumi juga merupakan satu lagi kesan penjajahan dr segi

    politik.Tdpt bynk penentangan yg dilakukan oleh msykt tempatan apbl kuasa Barat mula masuk campur dlm hal

    ehwal politik tempatan.Di Indonesia,pemberontakan demi pemberontakan tlh meletus.Penentangan thdp Belanda yg

    paling bkesan ialah Perang Jawa yg blaku antara thn 1825-1830.Perang ini blaku disbbkan perasaan tidak puashati msykt tempatan thdp dasar-dasar Van Der Capellan spt pbatalan kontrak sewa tnh,pengenaan cukai,perasaan

    tsinggung Dipo Negoro dan lain-lain lagi.

    Di China pula,tlh meletus Pemberontakan Boxer yg blaku antara thn1899-1900. Pemberontakan ini btujuan utk

    mengusir keluar org asing dan mbunuh org Cina yg memeluk agama kristian.Pe mberontakan ini meletus akibat

    perasaan tdk puas hati org cina dgn kuasa barat yg tlh mceroboh negara cina sejak ptengahan abad ke 19 lagi.Ini

    ditambah dgn kekalahan cina dlm Perang Candu1dan 2.Bukan itu shj malahan kedatangan kuasa barat tlh

    menyebabkan permintaan thdp brgn tmptn tlh merosot.Penyebaran agama kristian pula merupakan faktor

    meletusnya Pemberontakan Boxer.

    Manakala di India,akibatpbahagian wilayah India oleh British pd abad ke 19 tlh menimbulkan perasaan tdk puas

    hati di klgn mskt tmptn.Perasaan tdk puas hati semakin btambah apbl Gabenor Jeneral India tlh melaksanakan

    pbaharuan dlm bidang sosial,politik dan kebudayaan.Perasaan benci dan tdk puas hati tlh menyebabkan tcetusnya

    Dahagi India pd 1857.Dahagi India merupakan pberontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India.

    Seterusnya,penjajahan juga turut meninggalkan kesan thdp aspek ekonomi.Di Burma,ini blaku krn dasar

    ekonomi British turut menekankan keuntungan dan komersilisasi.Dsr British ini mbabitkan penyertaan mskt tmptn

    scr proaktif dlm sektor ekonomi.Gol.petani tlh mula mgunakan alat-alat ptanian yg lbh baik dan teknik-teknik

    ptanian moden.British juga turut mamalkan dsr ekonomi bebas yg tlh mbawa perubahan besar thdp pkembangan

    eko.Burma.Melaluinya,pdn beras tlh meningkat dan padi mjadi tanaman utama di Burma.Walaupun begitu

    kedudukan petani Burma tdk bnyk bubah dan masih lagi hidup dlm kemiskinan.Inikrn dsr British di Burma adlh utk

    memaksimumkan keuntungan.

    Di Asia Timur pula,pkembangan ekonomi di China dan Jepun pd abad ke 19 dan awal abad ke 20 tlh

    memaparkan pbezaan yg amat ketara.Inikrn pengaruh barat di cina tdk mbawa kesan besar kpd sektor

    ekonominya.Hal ini amat bbeza dgn Jepun.Jepun semasa pemerintahan Meiji tlh mjlnkan dsr buka pintu serta

    mambilkira sistemyg diamalkan oleh barat sama ada sis.eko.politik mahupun sosial.Sis.eko. Jepun mula bubah

    apbl sektor ptanian mula menerima kemasukan elemen baruyg diambil dr barat.Selain itu sektor pindustrian turut

    dimajukan.Kapal yg mikut model barat tlh dibina pd 1855 dan pusat pbinaan kapal di Yokosuka tlh dibuka pd

    1865 dgn bantuan kewangan Perancis.

    Selain itu,kesan pjajahan juga adlh dlm aspek sosial iaitu pbentukan mskt majmuk.Di Filipina,hal ini blaku

    akibat drpd penaklukan Sepanyol yg tlh mpercepatkan pdgn geliong ant.Filipina dan Mexico.Pdgn mjadi tumpuan

    utama krn tiada ldg-ldg rempah disini.Ini menyebabkan ramai org cina yg m;jlnkan pdgn dga Filipina.Lama-

    kelamaan mrk tlh menetap terus dan mjadi sumber ekonomi Filipina yg ptg.Kemasukan org Sepanyol beramai -

    ramai juga tlh menambahkan bil.pddk Filipina.

    Seterusnya penjajahan barat juga turut mberikan kesan kpd sistem pendidikan di negara-negara asia.Pendidikanasal msykt asia tlh bubah kpd corak pemikiran barat dan banyak sekolah-sekolah sekular yg basaskan barat tlh

    dibina.Di China,akibat pjajahan pdidikan msykt yg basaskan ajaran Confunisme,Taoisme dan B uddhaisme tlh

    dihapuskan.Pihak gereja tlh mbina sek.sekulardan majar sis. Mbaca,menulis dan mengira cara barat bg

    mgantikannya.Di India pula,sis.pdidikan tradisional mula tcabar dan diganti dgn pdidikan barat.Walaupun begitu

    sist. Ini mjadi lembap krn kekurangan wang,kakitgn,bangunan dan bhn pengajaran.Manakala di

    Indonesia,pdidikan barat tlh mamalkan diskriminasi sosial.Ini tbukti apblBelanda mperkenalkan pdidikan barat

    kpd gol.bangsawan shj.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    6/25

    Kesan pjajahan yg berikutnya ialah dlm pgunaan bahasa.Di India,bhs Inggeris tlh dijadikan satu alat ppaduan

    diklgn org India yg bkurun lamanya bpecahbelah akibat pbezaan agama,bangsa, dan wilayah.Di Indonesia

    pula,Belanda tlh mjadikan bhs Melayu sbg bhs kebangsaan dgn mgalakkan org Indonesia mgunakan bhs melayu

    dlm ptadb.dan interaksi diklgn mrk.Manakala di China,pjajahan barat tlh mperkenalkan bhs Kuo Yu atau bhs

    Mandarin sbg bhs pengantar yg tlh menyatukan msykt cina.

    Kesan yg takhir ialah dlm aspek agama.Penyebaran agama kristian dr Barat adlh dianggap btentangan dgnagama msykt pribumi.Di China,penyebaran agama kristian tlh mcemarkan kebudayaan asal org cina.Mrk yg

    memeluk agama ini enggan bcampur dgn org cina bukan kristian dan manggap diri mrk lbh bdarjat tinggi.Di India

    pula,penerapan agama ini tlh menyebabkan org india menyoal kesahan idea dan tradisi lama sehingga mrk mjadi

    kritikal dgn keperc.karut dan dongeng.Manakala di Filipina,penyebaran agama kristian tlh mbantu mrk melahirkan

    perasaan kebangsaan.

    Kesimpulannya,kedatangan kuasa Barat ke Asia dlm bentuk pjajahan tlh banyak meninggalkan kesan sama ada

    dlm aspek politik,ekonomi mahupun sosial msykt tmptn di Asia.Masyarakat Asia juga tlh banyak malami

    perubahan yg mberikan kesan positif mahupun negatif kpd kehidupan mereka pd waktu itu.

    MINGGU 4 : PERLOMBONGAN BIJI TIMAHMINGGU 4

    Faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dankesannya ketika berlaku kemelesetan Dunia

    Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu.Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional denganmenggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan

    teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagaifaktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

    Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijihtimah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawahpembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan orangCina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalamperusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti diLarut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah kekurangan buruh di 19 buah lombongbijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan mengimport buruh dari China melalui Sistem TiketKredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombongdedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat.Kaedahroda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antarateknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah.Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tanpada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan merekadalam perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    7/25

    menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasarpemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktivitiperlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutantakhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan

    Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namunperubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yangmemperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan

    jalan kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untukdieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan Taiping dan PortWeld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru danseterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah. Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telahdiatasi oleh Inggeris dengan menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negarChina. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini denganmemperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkanpergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak Inggeris ini terbukti telah

    menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktivitiperlombongannya.

    Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan permintaantinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah khususnya diBritain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamatdigunakan. Keadaan ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai 140setan. Hal ini turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanyadi Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini telah

    menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga menyumbangkan kepadakemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perusahaanbijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh syarikat Malayan TinDredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih moden ini membolehkan penghasilanbijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek bolehdigunakan dengan selamat di kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timahdari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timahadalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang menggunakan kapal korek dalam perlombongan.Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937.Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek beroperasi

    di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi ini sejajar denganpermintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbangkepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.

    Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932 menyaksikankemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih timah yang jatuh denganmendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga bijih timah merudum dari $2414setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    8/25

    Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini terjadikerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku pengangguran dalamkalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja Cina telah dihantar pulang ke

    negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik ke China.

    Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti didorong faktorkemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di pasaran dunia, dan penggunaankapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketikazaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati olehsebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telahmenjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran,tidak meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalamPerjanjian Bijih Timah Antarabangsa.

    NOTA MINGGU 4 : PERUSAHAAN GETAHNOTA MINGGU 4 : PERUSAHAAN TANAMAN GETAH DI TANAH MELAYU

    Sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, Tanah Melayu yang pada ketika itu dikuasai British telahdiperkenalkan dengan perusahaan tanaman getah. Di bawah kuasa ekonomi kolonial British, perusahaangetah terus berkembang hingga mencapai tahap sebuah industri yang membanggakan. Dikatakan, getahmelalui zaman keagungannya antara tahun 1906 hingga tahun 1918 apabila harga getah meningkatkepada $5 sepaun.

    Namun, pada tahun 1920-1930 pula berlaku kejatuhan harga getah di pasaran dunia hinggamenyebabkan pada tahun 1920 harga getah hanya pada paras 20 sen sepaun dan 1931-1932 harganyahanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Permintaan yang tinggi dalam pasaran sekitar 1906-1918 denganpenawaran yang terhad pada ketika itu menjadi penyebab harga getah melambung tinggi dan menggalakpenanaman getah di Tanah Melayu ditingkatkan. Malah, negara-negara lain juga turut meningkatkanaktiviti penanaman getah seperti Indonesia, Thailand, Indo-china dan sebagainya.

    Pada tahun 1914-1918, dunia digemparkan dengan peristiwa Perang Dunia Pertama yang tercetus danmengakibatkan berlaku masalah lambakan simpanan getah yang tidak terkawal di negara-negarapengeluar getah kerana tidak dapat dieksport ke Eropah dan Amerika selaku pengguna terbesar getah

    dunia.

    Pengurangan pengimportan getah asli oleh Amerika pada tahun 1920 juga menyumbang kepadakejatuhan harga getah kerana Amerika hendak menumpukan perhatian dalam industri pembuatanperkakasan ketenteraan. Kejatuhan harga getah di pasaran dunia turut disumbang oleh masalahkemelesetan ekonomi sekitar tahun 1920-1930 dan memberi kesan kepada industri getah di TanahMelayu.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    9/25

    FAKTOR-FAKTOR TURUN NAIK HARGA PASARAN GETAH DUNIA

    A) KEMELESETAN PERUSAHAAN GETAH SEKITAR 1920-1930

    Selepas tamat Perang Dunia Pertama yang berlaku sekitar 1914-1918, berlaku lambakan penawaran

    getah di dalam simpanan pengeksport-pengeksport getah asli dunia seperti Tanah Melayu, Indonesia,Thailand dan Indho-China. Penawaran yang melebihi permintaan mengakibatkan harga getah dunia jatuhmendadak ke paras yang paling rendah dalam sejarahnya ketika itu.

    Penyumbang kepada masalah ini adalah tindakan Amerika yang mengurangkan pengimportan getah aslidi pasaran ekoran dasar mengehadkan pengeluaran industri pembuatan keretanya kerana mahumenumpu kepada industri pembuatan perkakasan ketenteraan. Amerika merupakan pengimport getahasli terbesar dengan pegangan 77% dan apabila perkara seperti itu berlaku, harga getah jatuh merudumsekaligus memberi kesan kepada peladang dan pekebun kecil di Tanah Melayu. Masalah penghantaranpengeksportan getah ketika peperangan seperti kekurangan kapal turut menjadi penyumbang. TamatnyaPerang Dunia Pertama menyaksikan harga getah jatuh ke paras paling rendah disebabkan kospengeluaran yang masih tinggi berbanding permintaan yang terhad.

    Pada tahun 1918 menyaksikan harga getah dari $5.50 sepaun jatuh kepada 85 sen sepaun dan terusjatuh hingga paras 20 sen sepaun pada tahun 1922. Semasa kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal1932, berlaku penurunan harga getah sekali lagi ke paras 7 sen sepaun dan akhirnya menjadi 5 sensepaun pada bulan Jun 1932. Krisis ekonomi kali ini mengakibatkan berlaku pengurangan pengimportandi kalangan negara pengimport getah namun berlaku pertambahan pengeluaran dan penyimpanan stokdalam negara pengeluar.

    B) PELAKSANAAN RANCANGAN SEKATAN STEVENSON (1922-1928)

    Akibat masalah penurunan harga getah yang semakin merosot, kerajaan British bimbang ianya akan

    mengganggu gugat ekonomi British yang sememangnya sudah berhutang dengan Amerika semasaPerang Dunia yang lalu. British memikirkan suatu tindakan harus diambil bagi menangani krisis hargapasaran getah ini. Maka, suatu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji penyelesaian terbaik krisisgetah ini yang dinamakan Jawatankuasa Stevenson pada 1921. Setahun selepas itu, pelaksanaanRancangan Sekatan Stevenson dijalankan dengan mengehadkan pengeluaran getah dunia sebanyakhanya 60% dari pengeluaran tahun 1920 dan Tanah Melayu bersetuju mengurangkan pengeluaransebanyak 12% menjadi hanya 38%.

    Tindakan ini membawa kepada kenaikan harga getah kepada $2 sepaun pada 1925. Namun, akibatpenyertaan yang tidak menyeluruh di kalangan negara pengeksport getah, terutama Indonesia yanggalak meningkatkan pengeluaran kepada 38% dari 24% menyebabkan rancangan sekatan ini gagal.

    Tambahan pula, syarikat-syarikat Amerika telah membuka ladang getah baru seperti Syarikat Ford diBrazil dan Syarikat Firestone di Liberia. Rancangan ini terpaksa ditamatkan pada tahun 1928.

    C) RANCANGAN PERATURAN GETAH ANTARABANGSA (1934-1943)Setelah Rancangan Sekatan Stevenson gagal, pasaran harga industri getah terus mengalami turun naikmengakibatkan negara pengeluar getah bersetuju untuk mengadakan suatu perbincangan khusus bagimenangani masalah tersebut. Hasil dari perbincangan tersebut, suatu perjanjian yang ditandatanganioleh hampir semua negara pengeluar getah dunia telah dipersetujui yang dinamakan sebagai RancanganGetah Antarabangsa pada tahun Mei 1934 yang bertujuan mengawal kadar pengeluaran dan harga

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    10/25

    getah. Negara-negara yang menjadi anggota ialah Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak, Sri Lanka,India, Myanmar, Indo-China, Indonesia dan Thailand.Penanaman baru dan penanaman semula tidak digalakkan. Atas usaha ini, harga getah telah meningkatdaripada 30 sen sepaun pada tahun 1935 kepada 43 sen sepaun pada tahun 1937 dan seterusnyamenjadi stabil. Kejayaan rancangan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang antaranya adalah

    persetujuan negara-negara pengeluar getah menandatangani rancangan ini, kemelesetan ekonomi yangsemakin pulih pada pertengahan 1930 serta pertambahan permintaan getah dunia dan yang terakhir,pemulihan industri automobil Amerika yang menyaksikan peningkatan penggunaan getah dunia kepada80%.

    D) PERUSAHAAN GETAH SEMASA DAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

    Berlaku situasi yang sudah dijangka berlaku iaitu tercetusnya Perang Dunia Kedua. Semasa pendudukanJepun (1942-1945) di Tanah Melayu, pengeluaran getah hampir terhenti sama sekali. Hubunganperdagangan Tanah Melayu dengan pasarannya di Amerika Syarikat dan Eropah terputus. Banyakladang getah telah dimusnahkan oleh pihak British semasa mereka berundur supaya orang Jepun tidakmendapat hasil getah.

    Ada di antara ladang-ladang yang telah terbiar. Pihak Jepun pula telah melancarkan gerakanmemusnahkan pokok getah dan menggantikannya dengan tanaman makanan. Jepun beranggapan stoksimpanan makanan amat penting. Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalahkekurangan getah apabila Asia Tenggara diserang oleh Jepun. Untuk mengatasi masalah ini, AmerikaSyarikat telah mengeluarkan getah tiruan. Getah tiruan ini telah memberi saingan yang cukup besarkepada getah asli terutama dari segi harga.

    Selepas peperangan, getah tiruan memberi persaingan kepada getah asli sebab penggunaannya telahdiperkenalkan ke semua negeri perindustrian. Pada tahun 1955, penggunaan getah tiruan telah menjadi1/3 penggunaan getah di dunia. Namun, getah asli dari Tanah Melayu masih diperlukan kerana ia

    mempunyai keistimewaan sendiri yang tidak boleh diatasi oleh getah tiruan.

    KESAN KEMELESETAN PERUSAHAAN GETAH 1920-AN-1930-AN

    A) KESAN UMUMMasalah krisis harga getah yang berlaku sejak 1920 telah mula menampakkan kesannya. Bukan sahajapemilik ladang yang mengalami kerugian, pekerja ladang termasuk juga pekebun kecil turut merasakesan turun naik harga getah dunia sepanjang 1920-1930. Banyak ladang telah menutup operasi akibattidak mampu menampung kos perbelanjaan operasi yang meningkat namun pulangan yang diterima tidakmampu membayar semula modal yang telah dilaburkan. Kesannya jelas apabila ramai pekerja ladangterpaksa diberhentikan kerja dan dihantar pulang ke India semula dengan menggunakan peruntukan

    wang kerajaan. Kes pengangguran berleluasa termasuk dari kalangan pekebun kecil kerana tidakmampu membayar hutang ceti, tanah miliknya tergadai begitu sahaja. Tidak terlepas pemilik ladang yangberhutang dengan ceti juga turut tergadai ladang kerana hutang. Contoh pada tahun 1922, berpuluh-puluh ekar ladang getah telah dirampas oleh ceti kerana kegagalan pemilik-pemilik menjelaskan hutang.

    Tindakan memberhentikan pekerja ladang menyebabkan berlakunya pengangguran dan kerajaan tidakmampu untuk menghantar pulang semua pekerja ladang yang diberhentikan. Akibatnya, berlaku pelbagaikegiatan jenayah kerana penglibatan mereka dalam kegiatan merompak, mencuri, pecah rumah dansebagainya. Buktinya, pada tahun 1930 terdapat 9000 kes yang dilaporkan tetapi pada tahun 1931,

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    11/25

    terdapat 10500 kes yang dilaporkan. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan pekebun kecilmengambil sikap yang negatif. Mereka tidak sanggup menanam semula getah kerana mengambil masa7-8 tahun untuk mendapatkan hasil dan pada masa yang sama, harga getah masih rendah.

    Akibatnya, ramai pekebun kecil telah beralih kepada kegiatan ekonomi lain seperti menanam padi,

    menjadi nelayan dan sebagainya. Tindakan pekebun kecil ini telah menyebabkan kemerosotanpengeluaran getah pekebun-pekebun kecil. Sebagai contoh, pada tahun 1934, pekebun kecilmengeluarkan 48% getah di Tanah Melayu dan ladang mengeluarkan 52%. Tetapi pada tahun 1942,keluaran pekebun kecil menjadi 39% dan ladang 61%.

    B) PUSAT PENYELIDIKAN GETAH (RRI)

    Keadaan pasaran harga getah yang semakin meruncing mengakibatkan kerajaan mengambil inisiatiftersendiri dengan menubuhkan pusat penyelidikan getah yang berfungsi menjalankan penyelidikanberkaitan getah, percambahan benih kacukan, mengkaji teknik meningkatkan pengeluar susu getah, dansebagainya.Pada tahun 1926, Pusat Penyelidikan Getah (RRI) telah dibuka di Sungai Buloh Selangor dan sebuah

    lagi di Kota Tinggi Johor. Peranan pusat penyelidikan ini adalah bagi memastikan pengeluaran getahtempatan bermutu tinggi dan mengkaji getah jenis apakah yang terbaik untuk ditanam. RRI kemudiannyamemberi sumbangan yang sangat meluas kepada industri getah di Tanah Melayu.

    C) LANGKAH BERJIMAT CERMAT

    Krisis harga getah dunia pada 1920 dilihat antara punca pengurangan pendapatan cukai duti eksportgetah kerana berlaku pengurangan yang ketara eksport getah pada sekitar tahun tersebut. Pada Oktober1931, sebuah jawatankuasa khas diwujudkan khusus bagi menjalankan dasar penjimatan yang telahdirancang.

    Laporan jawatankuasa tersebut menetapkan bilangan kakitangan kerajaan serta gaji mereka dikurangkan13%. Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Polis, Kesihatan dan Pelajaran. Tindakan mengurangkankakitangan kerajaan menyebabkan berlakunya pengangguran antara mereka manakala tindakanmengurangkan gaji membebankan ekonomi mereka. Selain itu, pembangunan awam diberhentikan 2tahun.

    D) RANG UNDANG-UNDANG IMIGRAN

    Kesan daripada kemasukan imigran yang tidak disekat, populasi penduduk Tanah Melayu dilihat semakinmeningkat secara mendadak. Lantas pada tahun 1930, suatu rang undang-undang bagi menyekatkemasukan imigran ke Tanah melayu diusulkan. Kemudian, pada tahun 1933 pula rang undang-undang

    orang dagang dilaksanakan bagi menyekat kemasukan dan kebanjiran imigran ke Tanah Melayuterutama warga India yang datang kerana mahu bekerja di ladang-ladang telah disekat agar masalahpengangguran tidak semakin meruncing.

    E) MEMPELBAGAIKAN TANAMAN

    Kejatuhan harga getah dunia telah membuka mata British betapa kebergantungan kepada sejenissumber ekonomi iaitu industri getah boleh membawa kesan jangka panjang terhadap ekonomi sesebuahnegara. Lantas pihak British menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman kontan lain yang mampu

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    12/25

    meningkatkan produktiviti negara.Akibatnya penduduk Tanah Melayu mula menanam tanaman seperti koko, nenas dan sebagainya selaindari menanam getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan menceburi bidang ekonomi lainselain dari bertani. Mereka digalakkan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang sememangnyamenguntungkan. Namun tidak ramai golongan Melayu berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan

    kerana takut akan risiko.

    F) MEMPELBAGAIKAN JENIS EKONOMIKerajaan British mula sedar betapa pentingnya menghasilkan makanan tersendiri. Pada sekitar 1920-an,terutamanya pada tahun 1930-an, kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi menambahkanpengeluaran makanan, terutamanya padi. Padi merupakan makan ruji bagi penduduk di kawasan AsiaTenggara. Dengan jumlah pertambahan populasi penduduk Tanah Melayu yang semakin meningkat,tidak hairanlah jika suatu masa Tanah Melayu akan mengalami masalah kekurangan bekalan makanan.

    Langkah yang diambil British bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku adalah buat pertama kalinya,kerajaan mula mengambil langkah-langkah bagi membina sistem pengairan, membuka tanah pertanianbaru dan menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun. Tujuannya supaya penduduk Tanah Melayu

    tidak akan mengalami kekurangan makanan sekiranya berlaku lagi kemelesetan ekonomi seperti padatahun 1920-an dan 1930-an.

    G) MENYUSUN SEMULA PENTADBIRAN LADANG

    Langkah British bagi menangani kesan kejatuhan harga getah dunia adalah dengan melaksanakanpenyusunan semula pentadbiran ladang-ladang milik pengusaha British dan Eropah. Kejatuhan hargagetah menyebabkan pengusaha-pengusaha lading terutamanya ladang Eropah mengambil langkahmenyusun semula pentadbiran yang dianggap Top Heavy bagi menjimatkan perbelanjaan.

    Pegawai-pegawai Eropah digantikan dengan penyelia-penyelia berbangsa Asia dan bilangan kakitangan

    serta gaji mereka dikurangkan. Sebagai contoh, pada tahun 1918 terdapat 4 orang pegawai Eropah disetiap ladang, 1928 hanya tinggal 2 orang pegawai Eropah di setiap ladang dan 1932 hanya tinggalseorang pegawai Eropah di setiap ladang. Kesannya, anak tempatan mampu memegang jawatan yangsebelum ini hanya sekadar menjadi pembantu atau orang suruhan British.

    H) MENGURANGKAN GAJI PEKERJA

    Kemelesetan ekonomi 1930 dan kesan dari Perang Dunia Pertama sememangnya kuat mempengaruhiharga getah dunia pada masa itu. Kerugian yang dialami oleh semua pihak termasuk kerajaan,pengusaha ladang, pekebun kecil dan pekerja ladang sememangnya memberi kesan pula kepadapekerja ladang. Sebahagian besar ekerja terpaksa diberhentikan.

    Kerugian yang dialami akibat dari kejatuhan harga getah telah menyebabkan pihak pengurusan ladangmengambil langkah-langkah mengurangkan pekerja ladang. Tindakan memberhentikan merekamenyebabkan berlakunya pengangguran. Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang pekerja tetapi padatahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja ladang.Sebahagian daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Antara tahun1930-1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India. Selain itu, gaji mereka juga dikurangkan. Padatahun 1932, gaji pekerja lading ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada tahun 1929,gaji pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    13/25

    KESIMPULAN

    Industri getah di Tanah Melayu suatu ketika dahulu pernah mengalami satu zaman yang mewah apabilaharga getah dunia mencapai $5.50 sepaun sekitar awal abad ke-20. Namun, Perang Dunia Pertama

    dilihat telah meragut zaman kemewahan tersebut kerana pengeluaran getah asli ketika itu tidak dapatdieksport ke Amerika dan Eropah yang merupakan pengguna atau pengimport getah asli terbesar.

    Tindakan amerika mengurangkan kadar pengeluaran automotifnya juga memberi kesan kepada turunnaik harga getah di pasaran dunia. Pelbagai langkah diambil bagi mengatasi masalah turun naik hargagetah ini seperti Rancangan Sekatan Stevenson dan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa. Namuncbaran yang paling getir adalah saingan dari pengeluaran getah sintetik atau getah tiruan di pasarandunia yang dipelopori oleh Amerika Syarikat.

    Kesan dari turun naik harga getah ini yang disebabkan kemelesetan ekonomi sekitar 1920-1930 sangatbesar ke atas Tanah Melayu. Sehinggakan pihak British terpaksa melakukan pelbagai tindakan drastikseperti penubuhan RRI, penyususnan semula pentadbiran ladang, mempelbagaikan jenis tanaman

    komoditi dan sebagainya.

    Namun peristiwa Perang Dunia Kedua hampir sahaja melumpuhkan kegiatan ekonomi industri getahTanah Melayu. Namun hingga kini, Malaysia masih merupakan sebuah negara pengeluar getah aslidunia, namun bukanlah pengeluar utama. Kini Malaysia berada ditangga ke tiga dibelakang Thailand danIndonesia

    MINGGU 3:TRANSISI E. TRADISI KPD KAPITALISMINGGU 3 : TRANSISI EKONOMI TRADISI KEPADA KAPITALIS

    KEDATANGAN IMIGRAN DI TANAH MELAYU

    Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahanpolitik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahansosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cinadan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di TanahMelayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain

    Kepulauan Indonesia.

    Orang Indonesia1. PengenalanSebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orangMinangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrahsecara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telahdatang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    14/25

    Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladingkopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahanmasuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektorpenanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

    2. Sebab kedatangana. Faktor politikTekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia keTanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau SistemTanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadappemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanahpertanian di Jawa tidak cukup.

    b. Faktor sosialPenduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat.Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun

    pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup parapetani.

    c. Faktor ekonomiPeluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utamakepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalahlebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orangIndonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telahmendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu.

    Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk

    mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu darisegi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diridengan keadaan di Tanah Melayu.

    3. SumbanganOrang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di sampingdalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalammengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatanganorang Indonesia ke Tanah Melayu.

    4. Cara kemasukanTidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu dimana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.

    5. Komposisi penduduk orang Indonesiaa. Orang JawaOrang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh dilading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor,

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    15/25

    selangor dan Perak.

    b. Orang BanjarOrang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakanmereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan

    Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.

    c. Orang BugisOrang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Merekamenjalankan kegiatan pertanian.

    d. Orang BoyanOrang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Singapura, KualaLumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba.

    e. Orang MinangkabauOrang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalamkegiatan perniagaan dan pertanian.

    6. Bilangan penduduk orang IndonesiaPada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang.Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu(termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

    Orang Cina1. Pengenalan

    Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubunganperdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina.Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah keNegeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasarpemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigranCina.

    Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untukmembuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi padapertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh dilombong bijih timah dan ladang lada hitam.

    2. Sebab kedatangana. Faktor penolaki. Sebab sosial dan ekonomiBencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkanpenderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itutidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalanmakanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanahpertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    16/25

    Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 jutapada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untukmenanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksamenjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

    ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara ChinaKeadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke TanahMelayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasiterhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkanpemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialahPemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagalmenggulingkan Kerajaan Manchu.

    Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyatdan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsakekejaman Kerajaan Manchu.

    b. Faktor penariki. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah MelayuPeluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke TanahMelayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor disamping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untukmengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orangCina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

    ii. Kestabilan politikKestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktorpenarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagaikemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yangmurah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagikestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektorperlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan danmenarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

    3. Sumbangan

    Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayuterutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan SungaiUjong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 6500 tan, 1890 15101 tan,1900 43000 tan, 1905 57733 tan, 1937 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibukaoleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatanpenanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

    4. Cara kemasukan

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    17/25

    a. Melalui sistem tiket kreditOrang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Merekaterikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan.Kumpulan imigran ini dikenali sebagai singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayarhutang tambang perjalanan mereka.

    b. Melalui cara persendirianOrang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun denganperbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

    c. Melalui Sistem KangcuSistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cinaberpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk danmembuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

    5. Komposisi penduduk orang Cina

    a. Orang HokkienOrang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang pentingseperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

    b. Orang Kantonis dan HakkaOrang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah.

    c. Orang TeochewOrang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai

    Perak.

    d. Orang HailamOrang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama danmenjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

    6. Bilangan penduduk orang CinaDi antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921,32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orangHokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti olehHakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%).

    Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cinamerupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlahpenduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut.Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namunselepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan diTanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    18/25

    Orang India1. Pengenalan

    Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagaipedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau TanahEmas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abadke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yangmurah dan ramai.

    Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) danSingapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeriSelat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semuaorang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayahMadras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

    2. Sebab kedatangana. Faktor penolak keadaan sosioekonomi di IndiaBencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibathasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatanmengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkanorang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semuarakyatnya mempunyai tanah.

    Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai

    tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yangdipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanahyang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yangtinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk Indiaberjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk diIndia juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunyaIndians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari IndiaSelatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin,kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

    b. Faktor penarik

    i. Perkembangan perusahaan getahPeluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatanganorang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayuseperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

    ii. Galakan daripada Kerajaan BritishDua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi danJabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turutdipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru,

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    19/25

    doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatanganorang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu danKerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaanorang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukanlebih ramai orang India.

    3. SumbanganKemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinyapada 1897 345 ekar, 1900 46 ribu ekar, 1905 48 ribu ekar, 1906 85 ribu ekar, 1909 200 ribuekar, 1911 1 juta ekar, 1914 1.5 juta ekar, 1918 2.5 juta ekar dan 1940 3.5 juta ekar. Di sampingdalam perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru,doctor, kerana dan lain-lain lagi.

    4. Kemasukana. Sistem buruh kontrakSistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untukbekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuatpesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung danmengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruhitu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu,buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan.

    Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengansuatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja

    selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidakmendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untukmenjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.

    b. Sistem KanganiSistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akanmenghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampunghalamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yangingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagiburuh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan.

    Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik.Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayaikos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kanganidibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cubamemperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejensistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yangmenyebabkan permintaan buruh dikurangkan.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    20/25

    5. Komposisi Penduduk Orang Indiaa. Orang TamilGolongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931.Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orangTamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan.

    b. Orang MalayaliOrang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani danprofesional.

    c. Orang TeluguOrang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun1931 dan bekerja sebagai buruh di estet.

    d. Orang India UtaraKumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris.

    Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatandan pasukan polis.

    6. Bilangan penduduk orang IndiaJumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan diseluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 diNegeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk Indiadi Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di TanahMelayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orangIndia di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu).

    NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MARITIM)MELAYU TRADISIONALMelayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adatdan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepadamasyarakat Melayu yang hidup sebelum zamanpenjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpaadanyapengaruh daripada negara Barat.

    Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Iniadalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka,Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya.

    KERAJAAN MELAYU MELAKAKerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada masa ini,Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    21/25

    ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dangemilang pada waktu ini ialah:(a) Faktor Geografi(b) Faktor Ekonomi

    (c) Faktor Politik dan Pentadbiran

    Melaka sebagai Sebuah Kerajaan AgungKerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal diseluruh dunia sebagai:1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan danundang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu,sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semuasaudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan KepulauanMelayu.3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-

    pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanansebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

    Sistem Politik dan Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, PenghuluBendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.3. Tamadun Islam - Konsep devaraja yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaandewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.

    4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkankedudukannya.5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua jenis undang-undang iaitu:(a) Hukum Kanun Melaka(b) Undang-undang Laut Melaka

    Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-duaundang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lainbagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asalhukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnyabertambah kepada 44 fasal.

    Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Lautdan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengaturkehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

    Kejatuhan MelakaKegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Namun,pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasapemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    22/25

    ialah:

    Ketiadaan Pemimpin yang CekapKetiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat

    gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namunbersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.

    Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu darisegi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dansebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliaumerupakan seorang yang pemboros.

    Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaanberbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahananketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun

    Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

    2. Pemerintahan yang ZalimDi samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka,pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya.Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan jugadengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejarkekayaan.

    3. Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-paduKurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka.

    Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) danpuak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahanantara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

    4. Pedagang Mula Mengalihkan Pusat Perdagangannya ke Tempat LainSikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagangmenyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani danBrunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

    5. Tidak Ada Kekuatan Tentera dan Pertahanan

    Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. TenteraMelaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihakPortugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.

    Faktor LuaranDalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan diselatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan diEropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasaBarat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    23/25

    menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.

    Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjataangkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.

    AKTIVITI 1.1STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN SOSIOEKONOMI MELAYU TRADISIONALSistem Sosio-Politik Masyarakat MelayuTradisionalSistem politik Tradisionalonal merupakan sistem pemerintahan yang dominansebelum berlakunya prosespemodenan politik yang bermula dengankedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisionalini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisionalialah wujudnya jurang perbezaan antara golongan pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat

    jelata/bawahan.

    Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh golonganaristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.Secara kesimpulannya, masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan

    pemerintah dan golongan diperintah.

    Sistem Pemerintahan BerajaRaja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu yang bertakhta disinggahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan Melayu dan kewujudan alam Melayu.Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertamaMasihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera pada kurun ke-7M. Alam Melayudi bawah pemerintahan Kerajaan Melayu merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatanThailand, Langkasuka, Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada erakegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

    Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menjanatamadun bangsa dalam sistem politik, perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan dialam Melayu melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaansentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan Melayu adalah satu realiti, satumanifestasi dan satu lambang keagungan tamadun bangsa.

    Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh pemerintahan Melayu. Pertama,Kesultanan di Brunei, kedua, Republik Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja Berperlembagaan danDemokrasi Berparlimen di Malaysia. Pengekalan institusi raja di negara ini adalah satu penerusanmengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah air warisan bangsa. Atas fahaman itu, Tunku

    Abdul Rahman (Almarhum) ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem

    berkerajaan dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat.

    Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam. Peranan ini diwarisi sejak era Kesultanan Melayu Melakadan tidak pernah dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah petunjuk moral kepada pemerintahan yangharus diterjemahkan melalui sifat adil lagi saksama, tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukanpenindasan. Islam juga mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, iaitu nilai yang terkandung dalam semuaagama.

    Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana selari dengan nilai dan amalan

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    24/25

    yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada era Kesultanan Melayu. Undang-undangMelaka umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang sultan itu dinilai daripada sudutamal makruf baginda menyempurnakan tanggungjawab (Raja Nazrin Shah, 2004).

    Konsep Daulat dan Derhaka

    Konsep ini membawa maksud rakyat tidak boleh menderhaka kepada pemerintah atau Raja. Jikaseseorang rakyat itu mengengkari perintah raja, dia akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

    Sistem PembesarGolongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi masih lagi tergolong dalam golongan atasan.Sesetengah daripada mereka bertugas di istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yangmenjadi pembesar di daerah-daerah tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberikuasa untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri.

    Antara pembesar-pembesar yang terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah,Tun Bija Sura dan banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah penghuluatau ketua kampung yang merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga

    merupakan perantara antara Raja dan rakyat.

    Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa pemerintahan kerajaanMelayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat. Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beributahun yang lalu.Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu,nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dansekitar Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan menggunakan kapal-kapal layaryang besar yang mereka bina sendiri.

    Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di sebelah timur, malah dengan negara

    yang lebih bertamadun dan kuat di Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom. Laksamana HangTuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selaindaripada menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu Melaka dengannegeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah turut dijalinkan.SEMAK-KENDIRI 1.1

    ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK MODENSistem Ekonomi Masyarakat Melayu TradisionalSistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih kuat terikatdengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga,manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran

    barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangandengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.

    Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan pemerintahdan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi danmenguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yangsinggah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewatanah-tanah milik golongan aristokrat.

  • 7/30/2019 asaimen masyarakat majmuk

    25/25

    Sistem Sosial Masyarakat Melayu TradisionalCiri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian

    kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siripertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidupmasyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelumitu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya daripelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam.

    Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuatmempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasiseseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormatiorang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik.

    Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu

    undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu bolehdilihat melalui perumpamaan berikut biar mati anak, jangan mati adat. Perumpamaan ini sengaja direka

    untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dankelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-undangnyasendiri, contohnya UndangundangPahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

    Pencapaian dalam Bidang Teknologi(a) Seni bina Melayu rumah Melayu (Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah,Johor);(b) Pembuatan senjata keris;(c) Pembuatan alat pengangkutan perahu, perahu layar;

    (d) Perubatan perubatan Tradisionalonal (perubatan herba).AKTIVITI 1.2