kad domino suku kata

Upload: saudariamalina

Post on 03-Jun-2018

322 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    1/21

    NOOR AMALINA ABDULLAH

    PISMP PEMULIHAN 2010

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    2/21

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku disruptif

    murid pemulihan dengan menggunakan kad domino suku kata. Kajian ini

    telah dijalankan ke atas dua orang murid pemulihan yang mempunyai

    masalah tingkah laku disruptif yang tinggi sewaktu sesi pengajaran dan

    pembelajaran di SK Kg. Keningau. Instrumen seperti pemerhatian, temu

    bual dan dokumen murid digunakan bagi mengukuhkan dapatan kajian

    saya tentang perubahan tingkah laku disruptif murid. Pendekatanpeneguhan menggunakan kad domino suku kata digunakan dalam kajian

    ini untuk membantu guru mengurus tingkah laku disruptif murid semasa

    sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Murid diberi kebenaran

    untuk menggunakan kad domino suku kata sekiranya mereka

    menunjukkan tingkah laku yang positif semasa pengajaran dijalankan.

    Hasil kajian ini menunjukkan kad domino suku kata dapat mengawaltingkah laku disruptif murid.

    Kata kunci: Tingkah laku disruptif dan kad domino suku kata.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    3/21

    Saya telah memulakan pengajaran di kelas SK Kg. Keningau pada

    minggu kedua praktikum. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa

    Melayu di kelas berkenaan dengan bilangan murid seramai 6

    orang. Masalah utama yang saya hadapi semasa melaksanakan

    pengajaran di kelas tersebut ialah tingkah laku disruptif murid.

    Murid-murid ini sukar dikawal dan teguran yang diberikan jugatidak dipandang serius. Malah saya juga terpaksa menghabiskan

    masa selama tiga puluh minit untuk mengawal mereka sebelum

    memulakan pengajaran. Pelbagai pendekatan digunakan, namun

    pendekatan seperti ekonomi token dan pengasingan sudah agak

    lazim dengan mereka. Masalah ini agak merunsingkan saya kerana

    masalah ini mengganggu kelancaran proses pengajaran danpembelajaran yang saya jalankan di dalam kelas.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    4/21

    Kajian ini berfokus kepada masalah tingkah

    laku disruptif murid pemulihan yang dihadapi

    oleh guru semasa melaksanakan sesi

    pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajianini dilaksanakan adalah untuk mengubah

    tingkah laku disruptif murid pemulihan

    kepada tingkah laku positif dan mengenal

    pasti masalah tingkah laku disruptif yang

    ditunjukkan oleh murid pemulihan semasa

    berada di dalam kelas.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    5/21

    Obje

    ktif

    1. Mengenal pastikeberkesananpenggunaan kad dominosuku kata terhadapperubahan tingkah lakudisruptif muridpemulihan.

    2. Mengenal pastimasalah tingkah lakudisruptif yangditunjukkan oleh murid

    pemulihan.

    Perso

    alan

    1. Adakah penggunaanbahan kad domino sukukata dapat mengubahtingkah laku disruptifmurid pemulihan?

    2. Apakah masalah-masalah tingkah lakudisruptif yangditunjukkan oleh muridpemulihan?

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    6/21

    Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang

    murid LINUS tegar Tahun 2 di SK Kg.

    Keningau, Keningau. Kedua-dua orang murid

    adalah lelaki. Mereka dipilih berdasarkankepada masalah tingkah laku disruptif yang

    kerap ditunjukkan semasa sesi pengajaran

    dan pembelajaran dijalankan.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    7/21

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    8/21

    Merancang

    Merancang dan membaca berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Melihat instrumen yang boleh digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan.

    Mula merangka bahan untuk membina kad domino suku kata.

    Tindakan

    Bahan intervensi disediakan- Kad domino suku kata. Semasa sesi rawatan pertama dijalankan, murid terlebih dahulu akan dijelaskan

    dengan peraturan yang perlu dipatuhi dan cara permainan dilaksanakan.

    Setiap murid dibekalkan dengan set domino suku kata masing-masing.

    Murid akan mencari kad yang mempunyai perkataan mula. Setiap kad ditandadengan nombor pada bahagian belakang kad. Murid menyusun kad mengikut

    urutan 1 hingga 6. Murid mengenal pasti setiap gambar pada kad. Mereka menamakan gambar

    tersebut kemudian melengkapkan suku kata pada kad seterusnya.

    Intervensi seterusnya aktiviti akan diubah suai.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    9/21

    Pemerhatian

    Buat pemerhatian ke atas semua tindakan yang dilaksanakan.

    Catatan refleksi dijadikan rujukan untuk melihat keberkesanan setiap intervensi yangdijalankan.

    Hasil analisis dikumpul dan disimpan untuk menentukan tahap perubahan tingkah laku.

    Refleksi

    Saya akan membuat refleksi kajian untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunakanmencapai objektif atau sebaliknya.

    Jika terdapat kekangan atau kelemahan pada gelung yang pertama, proses kajian akandijalankan pada gelung yang kedua sehingga masalah dapat diatasi.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    10/21

    Adakah penggunaan bahan kad domino suku

    kata dapat mengubah tingkah laku disruptifmurid pemulihan?

    Borang pemerhatian berkala

    Temu bual

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    11/21

    Keluar

    kelastanpa

    kebenaran

    Mengganggu rakan

    Mengambilbarangrakan

    Merosakkan barang

    rakan

    Mengetukmeja

    Murid A 13 13 12 5 17

    Murid B 11 13 7 5 12

    0

    2

    4

    68

    10

    12

    14

    1618

    Kekerapan tingkah laku disruptif muridsebelum intervensi

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    12/21

    Jenis tingkah

    laku

    Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4 Intervensi 5

    A B A B A B A B A B

    1 Keluar kelas

    tanpa

    kebenaran

    10 11 10 10 8 7 6 4 4 2

    2 Mengganggurakan

    12 10 10 10 8 6 4 5 3 3

    3 Mengambil

    barang rakan

    9 6 4 4 3 3 2 0 0 0

    4 Merosakkan

    barang rakan

    3 2 1 0 0 0 0 0 0 0

    5 Mengetuk

    meja

    15 10 12 8 9 6 5 3 4 2

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    13/21

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    Sebelum Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Selepas

    Perbandingan kekerapan tingkah laku disruptif

    murid A

    Keluar kelas tanpa kebenaran

    Mengganggu rakan

    Mengambil barang rakan

    Merosakkan barang rakan

    Mengetuk meja

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    14/21

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    Sebelum Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Selepas

    Perbandingan kekerapan tingkah laku disruptif

    murid B

    Keluar kelas tanpa kebenaran

    Mengganggu rakan

    Mengambil barang rakan

    Merosakkan barang rakan

    Mengetuk meja

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    15/21

    Skop persoalan Jawapan guru

    1 Tingkah laku murid semasa pengajaran berlangsung Sebelum kad domino suku kata diaplikasikan, tingkah laku

    kedua-dua murid agak sukar untuk dikawal. Murid sukar

    untuk dikawal. Selepas penggunaan kad domino suku kata,

    saya mendapati murid-murid lebih mudah dikawal dan lebih

    fokus mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas.

    2 Aktiviti keluar masuk murid semasa pengajaran Apa yang dapat diperhatikan, murid-murid kini akan meminta

    kebenaran terlebih dahulu daripada saya untuk keluar ke

    tandas. Malah saya juga mendapati mereka akan pergi ke

    tandas terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dimulakan. Ini

    merupakan satu perubahan yang positif yang dapat dilihat.

    3 Peneguhan dalam proses pembelajaran Peneguhan sangat bagus dilaksanakan khususnya bagi murid-

    murid di kelas pemulihan. Peneguhan yang diberikan dapat

    membantu mengatasi masalah-masalah lain selain daripada

    masalah pembelajaran.

    4 Perubahan murid yang diperhatikan Bila ada peraturan dan peneguhan bilik darjah macam ini,tingkah laku murid terkawal sedikit. Murid sudah mula

    mendengar cakap cikgu, menyiapkan semua kerja yang cikgu

    beri, fokus dalam pembelajaran, mula menegur rakan-rakan

    mereka yang nakal dan tahu bila masa hendak bermain dan

    belajar.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    16/21

    Apakah masalah-masalah tingkah laku disruptif

    yang ditunjukkan oleh murid pemulihan?

    Temu bual

    Borang pemerhatian

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    17/21

    Skop soalan: Sepanjang 3 minggu mengajar di sini, apakah tingkah laku

    disruptif murid A dan B yang dapat dilihat?

    GP1 Murid sangat susah dikawal. Malah murid ini juga

    menunjukkan tingkah laku negatif. Antaranya keluar kelas

    tanpa kebenaran dan mengambil barang rakan.

    GP2 Tingkah laku yang paling ketara ialah kedua-dua murid suka

    menggangu rakan. Malah saya pernah mendapati mereka

    keluar daripada kelas secara senyap-senyap ke tandas.

    GP3 Murid ini sangat nakal. Tingkah laku mereka membuatkan

    saya sakit kepala. Tingkah laku yang paling saya tidak suka

    ialah keluar kelas tanpa kebenaran dan mengetuk meja.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    18/21

    Skop persoalan Jawapan

    1 Apakah jenis tingkah laku disruptif

    yang ditunjukkan oleh murid?

    Murid-murid ini agak hiperaktif.

    Antara tingkah laku disruptif yang

    ditunjukkan oleh murid semasa saya

    mengajar ialah keluar kelas tanpa

    kebenaran, mengganggu rakan dan

    mengambil barang rakan.

    2 Apa pandangan anda tentang tingkah

    laku murid ini?

    Murid-murid ini sukar untuk dikawal

    dan agak aktif. Mereka akan

    menunjukkan tingkah laku yang positif

    jika saya memberi peneguhan.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    19/21

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Jumlah tingkah laku yang selalu ditunjukkan

    Selalu

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    20/21

    Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan

    yang boleh dilakukan sekiranya kajian

    seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan

    datang iaitu pertama adalah

    menggabungjalinkan penggunaan kad domino

    suku kata dengan pemantauan diri

    (selfmonitoring). Cadangan yang kedua ialah

    kad domino suku kata juga boleh digunakan

    untuk mengatasi masalah pembelajaran.

    Ketiga bahan ini juga boleh digunakan untuk

    mengatasi masalah murid yang pasif.

  • 8/12/2019 Kad Domino Suku Kata

    21/21