as-sami' dan albasir

16
PPGPJJ SEMESTER 3 SESI 2013 HIA 3011 (IMAN DAN KEHIDUPAN) TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN 1: ASMA UL HUSNA DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MAIMUNAH BINTI HAMID D 20112055458 PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A30 NAMA TUTOR E-LEARNING : USTAZAH WAHIBAH BINTI TWAHIR @ HAJI TAHIR TARIKH SERAH : 7 MEI 2013-05-07 PENDIDIKAN KEIMANAN 1 PEMARKAHAN

Upload: nasyirin-fadilah

Post on 18-Dec-2014

452 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

12

TRANSCRIPT

Page 1: As-sami' Dan Albasir

PPGPJJ

SEMESTER 3 SESI 2013

HIA 3011 (IMAN DAN KEHIDUPAN)

TAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN 1: ASMA UL HUSNA

DISEDIAKAN OLEHNAMA NO. MATRIK

MAIMUNAH BINTI HAMID D 20112055458

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A30

NAMA TUTOR E-LEARNING : USTAZAH WAHIBAH BINTI TWAHIR @ HAJI TAHIR

TARIKH SERAH : 7 MEI 2013-05-07

PENDIDIKAN KEIMANAN 1

PEMARKAHAN

Page 2: As-sami' Dan Albasir

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan

1.1 Islam Dari Sudut Akidah

1.2 Asmaul Husna

1

2.0 Rancangan Pengajaran Harian 2-6

3.0 Huraian Pengajaran 7-8

4.0 Rumusan 9

Bibliografi

Lampiran

PENDIDIKAN KEIMANAN 2

Page 3: As-sami' Dan Albasir

1.0 PENGENALAN

1.1 ISLAM DARI SUDUT AQIDAH

Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang

telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah tersebut mestilah

sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Sesuatu amal akan mempunyai nilai dan manfaatnya apabila ia bersifat baik serta

berlandaskan dan didorong oleh aqidah dan Iman. Sebaliknya jika sesuatu amal walau

bagaimanapun baiknya dari pandangan manusia, jika tidak berdasarkan pada dorongan aqidah

dan iman maka amal tersebut tidak ada nilainya dari segi agama.

Aqidah dari pecahan bererti ikatan atau simpulan-biasanya pada benda seperti tali.

Aqidah dari segi istilah bermakna kepercayaan yang terikat irat dan tersimpul kuat dalam jiwa

sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai atau kepercayaan yang tersimpul kukuh dan

teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau terlerai walau oleh apa pun jua

suasana dan keadaan. Aqidah yang betul mestilah beriman dan mempercayai perkara yang

telah diimani dan dipercayai oleh para salafus-saleh dan para imam yang telah diakui

kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

1.2 AL- ASMA AL-HUSNA

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asma-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

PENDIDIKAN KEIMANAN 3

Page 4: As-sami' Dan Albasir

2.0 Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 1 April 2013

Masa : 10.50 – 11.50 Pagi

Kelas : 4 Dinamik

Bilangan Murid : 40 orang

Mata pelajaran : Akidah (Asmaul Husna)

Tajuk : AS-SAMI’ dan AS-BASIR

Pengetahuan sedia ada : murid pernah menyanyi lagu Asmaul Husna setiap hari di perhimpunan sekolah

Objektif pelajaran : murid dapat menyatakan maksud atau pengertian as-sami’ dan al-basir

Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

Aras (1) : Menyebut pengertian sifat as-sami’ dan al-basir

Aras (2) : Murid boleh membaca dalil naqli tentang nama-nama ALLAH

Aras (3) : Murid boleh menyatakan dalil aqli tentang sifat as-sami’ dan al-basir

Penyerapan ilmu : bahasa melayu, matematik (penolakan pecahan)

Penerapan nilai : berani, bekerjasama, merendah diri, yakin

Bahan bantu mengajar : buku teks pendidikan islam tahun 4, audio lagu asmaul husna

PENDIDIKAN KEIMANAN 4

Page 5: As-sami' Dan Albasir

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Pendahuluan (5 minit)

Bacaan doa

Dua kalimah shahadah

1. Guru dan murid membaca doa beramai sebelum memulakan pelajaran

2. Guru membimbing murid mengucap dua kalimah shahadah

Set induksi

(10 minit)

Asmaul husna

Soalan :1. Apakah asmaul

husna?2. Apakah makna

nama-nama ALLAH yang kamu tahu?

1. Guru meminta semua murid menyanyikan lagu asmaul husna

2. Murid diminta menyanyi dengan penuh semangat

3. Berdasarkan nyanyian tersebut, guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid.

4. Di akhir soalan, guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.

BBM :Audio lagu asmaul husna

Langkah 2(40 minit)

Paparan gambar telinga dan mata

1. Guru memaparkan gambar telinga dan mata dan bersoaljawab dengan murid

2. Guru mengaitkan dengan sifat Allah iaitu As-Sami’ dan Al-Basir.

3. Guru menerangkan maksud as-sami’ dan al-basir

2. Murid diminta mendengar penjelasan guru dengan

Teknik :Perbincangan

Nilai murni :-Patuhi arahan -Berani-Yakin

Penerapan Ilmu-matematik

PENDIDIKAN KEIMANAN 5

Page 6: As-sami' Dan Albasir

Soalan :1. Apakah fungsi

gambar yang ditunjukkan?

2. Apakah bukti ALLAH maha mendengar dan maha melihat?

3. Apakah hukum mengingati 99 nama ALLAH?

teliti3. Murid bersoal jawab

dengan guru tentang sifat-sifat ALLAH as-sami’ dan al-basir

4. Guru menjawab dengan menerangkan tentang dalil naqli yang terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah

5. Murid mendengar penerangan tentang dalil naqli dan berbincang bersama-sama dengan guru.

6. guru juga bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang membuktikan ALLAH maha mendengar dan maha melihat

KMT : -Menjana idea

Penutup(5 minit)

Nyanyian lagu asmaul husna

Soalan :1. Apakah yang

kamu pelajari pada hari ini?

2. Berapakah bilangan nama-nama ALLAH?

3. Sebutkan makna bagi as-sami’ dan al-basir

1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran pada hari tersebut

2. Guru merumuskan pelajaran pada hari tersebut

3. Guru meminta murid menyanyikan lagu asmaul husna

BBM:Audio lagu asmaul husna

Nilai murni:-yakin-berani

KBT:Menjana idea

PENDIDIKAN KEIMANAN 6

Page 7: As-sami' Dan Albasir

3.0 Huraian pengajaran

As-Sami’ dan Al-Basir merupakan dua daripada 99 nama-nama ALLAH yang baik (al-Asma

al-Husna). Maksud hadith Rasullullah (s.a.w) :

"Sesungguhnya bagi Allah (s.w.t) itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang

mempelajarinya maka masuklah ia ke syurga”.– (diriwayatkan Bukhari dan Muslim

daripada Abu Hurairah.)

As-Sami’ bererti Allah maha mendengar manakala Al-Basir bermaksud Allah maha

melihat. Pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T merupakan dua sifat tambahan ke atas

ilmu-Nya dan kedua-dua sifat ini adalah pencapaian bentuk lain bagi Zat diri-Nya. Tidak ada

sesuatu pun yang dapat melepaskan diri daripada pendengaran-Nya, tiada sesuatu pun yang

luput daripada penglihatan- Nya dan tiada suatu pun yang hijap yang mampu menutupi kedua-

dua sifat-Nya ini. Dia mendengar sesuatu yang dibisikkan atau dirahsiakan, dan dapat melihat

sesuatu yang berada di kerak bumi sekalipun. Sesiapa yang mengenal bahawa Dia mempunyai

sifat demikian, hendaklah sentiasa bersopan santun agar selalu waspada dan menghitung

sriirnya secara teliti.

Dalam sebuah cerita tentang seorang raja yang perhatiannya tertumpu kepada salah

seorang hamba sahayanya melebihi hamba-hamba yang lain. Hamba sahayanya itu biasa

sahaja, tidak begitu rupawan atau lebih tinggi nilai harganya. Ramailah orang kehairanan

terhadap sikap raja yang demikian. Pada suatu hari raja melakukan perjalanan diiringi seluruh

rakan karib dan hamba sahayanya, termasuklah hamba yang dibeerikan perhatian khusus oleh

raja itu. Perjalanan itu menempuh padang pasir yang amat luas. Kemudian raja naik ke atas

sebuah bukit dan melihat sebuah gunung yang amat tinggi dari kejauhan dan di puncak

gunung itu terdapat gumpalan salji. Setelah memandang salji itu, raja itu menundukkan

wajahnya. Melihatkan perilaku raja tersebut, hamba sahaya yang mendapat perhatian khusus

tersebut segera memacu kudanya naik ke atas gunung bersalji dan kembali dengan mambawa

salji lalu dipersembahkan kepada raja.

Hamba sahaya itu ditanya, “ dari mana engkau mengetahui bahawa raja inginkan

salji?” hamba sahaya itu menjawab, “ kerana aku melihat paduka raja mengarahkan

pandangannya ke arah gunung dan tiadalah pandangan seorang raja itu melainkan

mengandungi erti”.

PENDIDIKAN KEIMANAN 7

Page 8: As-sami' Dan Albasir

Raja pun berkata, “ kedudukanmu akan ku dekatkan dan akan aku jadikan engkau

pemimpin ke atas mereka,kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri sedangkan

engkau memikirkan hal-ehwalku.

Sesiapa yang memelihara pendengaran dan penglihatannya dariapda hal-hal yang tidak

halal dilihat dan didengar kerana Allah S.W.T., nescaya akan dicintainya, maka dengan

pendengaran Allah S.W.T , dia mendengar dan dengan penglihatan Allah S.W.T dia melihat.

Allah S.W.T berfirman kepada Nabi-Nya :

Perhatikan bagaimana Allah S.W.T menghiburkan Nabi-Nya dengan sesuatu yang dapat

meringankan beban gangguan itu dengan firman-Nya.

Maksudnya, jika engkau merasa terganggu atau sakit hat dengan pendengaran yang

memburukkan dirimu, maka hendaklah engkau hiburkan dirimu dengan kesenangan puji-

pujian kepada Kami dan merasakan kelazatan tanzih (mensucikan) serta berzikir untuk kami.

Sesunggguhnya yang demikian itu akan menggembirakan engkau daripada gangguan yang

mereka lakukan.

Kemudian setelah Rasulullah s.a.w menerima baik nasihat Allah S.W.T dan setia

terhadap apa yang diperintahkan kepadanya, maka Allah .S.W.T memimpin pembelaan dan

perlindungan-Nya. Ketika dikatakan orang Rasulullah s.a.w adalah gila, Allah S.W.T telah

bersumpah menganggah tuduhan tersebut dengan firmannya :

PENDIDIKAN KEIMANAN 8

Page 9: As-sami' Dan Albasir

Ayat ini diturunkan untuk meringankan penderitaan Rsululllah s.a.w kerana hatinya berduka

cita, apa lagi setelah baginda memathi untuk bertasbih mensucikan Tuhannya.

Allah S.W.T mencerca orang-orang yang melemparkan kata-kata nista terhadap baginda

melalui firmannya :

Juga firman-Nya

Itulah pembelaan Allah S.W.T kepada Nabi-Nya dan itulah pula cerca-Nya yang ditujukan kepada mereka, keranan ayat-ayat al-Quran itu berkekalan dan diulang oleh lisan sehinggan Hari Kiamat. Justeru, memperlihatkan bahawa Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar sesuatu.

Seterusnya, dalam menerapkan pengetahuan tentang dua daripada 99 nama Allah ini,

saya telah menggunakan penerapan ilmu dalam bentuk merentas kurikulum Matematik

menggunakan penolakan pecahan. Dalam langkah 1 pengajaran, saya cuba menerangkan

dengan berdasarkan dalil naqli hadith Rasulullah S.A.W yang dimana ada menunjukkan

tentang konsep penolakan pecahan. Saya cuba menerangkan supaya konsep asmaul husna

yang sebenar supaya tidak terpesong. Asmaul Husna ada 99 nama dan apa yang hendak

diterangkan ialah bukan dikatakan Allah itu ada 99. Allah tetap hanya ada satu, Cuma

dibahagikan atau dipecahkan kepada 99 nama panggilan. 100 kurang 1 iaitu 99. Daripada 99

nama yang terdapat dalam asmaul husna, saya hanya mengeluarkan 2 nama iaitu as-sami’ dan

al-basir untuk pelajaran ini iaitu dalam rumus matematiknya :

PENDIDIKAN KEIMANAN 9

Page 10: As-sami' Dan Albasir

Petunjuk:

1 mewakili semua dan dipecahkan kepada 99/99 bersamaan juga dengan 1

Penerapan ilmu ini diwujudkan bagi menggabungjalinkan dua subjek dalam satu mata pelajaran iaitu di samping belajar tentang makna-makna nama Tuhan, murid dapat merentas kurikulum dengan turut belajar berkenaan dengan ilmu matematik.

PENDIDIKAN KEIMANAN 10

1 – 97/99 = 2/99

99/99 – 97/99 = 2/99

Page 11: As-sami' Dan Albasir

4.0 Rumusan

ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi maknanya tersendiri. Allah tetap satu meskipun Allah S..W.T mempunyai 99 nama. Hal ini demikian sangat bersangkutan dengan akidah kita. Sekiranya ilmunya terpesong, kemunginan iman kita juga turut terpesong. Sesungguhnya, pembelajaran berkaitan akidah adalah penting dan harus diterapkan atau ditanam dalam diri anak-anak di usia mereka masih muda. Bimbang sekiranya, salah tafsiran menyebabkan iman seseorang itu runtuh.

Dalam tiap-tiap nama tersebut juga mengandungi khasiatnya tersendiri misalnya, As-Sami’ apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik manakala khasiat bagi Al-Basir, apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka. Sesungguhnya sesiapa yang mempelajarinya yakni mengingatinya maka masuklah ia ke syurga.

PENDIDIKAN KEIMANAN 11

Page 12: As-sami' Dan Albasir

Bibliografi

Muhammad Sulaiman Hj Yasin. (1988). Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Mariah Binti Haji Mansur, Hajah Kalthum Binti Abdul Aziz dan Mohd Fauzi Bin Mat Yatim. (2005). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tiada nama pengarang. Dilayari pada 1 April 2013 di URL http://unitagamakmb.webs.com/aqidah1.htm

PENDIDIKAN KEIMANAN 12

Page 13: As-sami' Dan Albasir

PENDIDIKAN KEIMANAN 13

Page 14: As-sami' Dan Albasir

LAMPIRAN

PENDIDIKAN KEIMANAN 14

Page 15: As-sami' Dan Albasir

PENDIDIKAN KEIMANAN 15