artkel ponteng

Upload: mizta-karan

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    1/9

    1.1 Isu ponteng sekolah

    Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran

    (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab

    yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang

    tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkandengan isu yang

    menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.Ponteng sekolah adalah

    sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam

    persekolahan.

    Faktor-faktor penyebab ponteng

    Dalam artikel ini, penyelidik akan menyelidik menggunakan soal selidik bagi mengetahui

    sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi gejala

    ponteng iaitu faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media

    elektronik dengan membantu keluarga. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang

    dari ibu bapa,perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh

    menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

    Faktor keluarga

    Arus pemodenanyang pesat di dalam Negara penting untuk pembangunan dan

    peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk

    mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak

    diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja

    untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

    Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar namun sukar

    untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi

    dengan pengorbanan masa bekerja.

    Pengaruh Media massa

    Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan

    kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama

    yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng.

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    2/9

    Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang

    mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada

    wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang.

    Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak

    berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng

    sekolah.

    Pengaruh rakan-rakan

    Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat ini akan

    mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Rakan atau kawan

    adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar. Tidak hairanlah sekiranya remaja hari ini lebih

    mendengar kata-kata rakan daripada kata-kata ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya

    mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir

    dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan

    undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Hal ini

    menyebabkan ramai pelajar ponteng sekolah.

    Faktor persitaranSekolah

    Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah

    suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses

    pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu

    hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah.

    Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua,

    pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor

    penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Selain daripada itu terdapat segelintir guru-guru

    yang mementingkan status dan terlalu tegas dangan pelajar dan akhirnya pelajar-pelajar takut

    untuk datang ke sekolah lalu melancong ke tempat lain. Ada juga sesetenggah guru yang

    menggunakan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar dan menyebabkan mereka tidak suka

    datang ke sekolah dan juga ponteng sekolah. Pihak kaunselor sekolah gagal memberi

    kaunseling yang berkesan kepada pelajar bermasalah dan pelajar bermasalah bertambah pada

    setiap tahun dan akhirnaya masalah salah laku pelajar akan semakin bertambah. Mengikut

    Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram,

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    3/9

    kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan

    pelajar. Kewuju dan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran

    guru, kedudukansekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang

    efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

    Didikan agama yang kurang

    Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti ponteng sekolah. Secara

    umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu remaja itu pasti, secara tidak

    langsung ia boleh menghindar diri remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan-

    kegiatan tidak sihat seperti ponteng sekolah. Keluarga yang kurang pengetahuan tentang

    pendidikan agama juga boleh menyebabkan anak-anak remaja mereka menjadi kurang

    bermoral dan semakin jauh dengan nilai-nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik

    dalam jiwa setiap remaja.

    1.2 Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi ( KKE )

    Dalam konteks ini kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau

    kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna. Menurut Marshall.

    Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan ciri potensi seorang individu yang

    membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam

    sesuatu situasi. Menurut Whiddet dan Hollyfords (2003), kompetensi boleh ditakrifkan sebagai

    tingkah laku yang didomostrasikan oleh individu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di

    bawah konteks organisasinya. Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan

    prestasi yang cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan. Kompetensi kecerdasan emosi

    boleh diertikan sebagai cir-ciri kecekapan menggunakan kecerdsan emosi diri yang melibatkan

    kemahiran empati, intrapersonel dan interpersona, termasuk kemahiran sosial. Kompetensi

    kecerdasan emosi boleh diklasifikasikan dalam dua komponen yang utama iaitu Komponen

    kompetensi personal dan komponen kompetensi sosial.

    Kompetensi Personal merangkumi dua komponen yang utama, iaitu Komponen

    Kesedaran Emosi Kendiri dan Komponen Pengurusan Emosi Kendiri. Kompetensi kesedaran

    emosi kendiri seorang individu merujuk kepada keupayaan mengenal pasti dan mengenali

    emosi serta kesannya. Dengan mempunyai kompetensi kesedaran emosi ini, orang itu pula

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    4/9

    memperolehi emosi penghormatan kendiri, dan seterusnya akan memperolehi emosi

    kesejahteraan kendiri. Kompetensi subkomponen-subkomponen tersebut akan dicerminkan

    secara menyeluruh sebagai kompetensi kesedaran emosi kendiri. Ciri-ciri yang dapat

    dihayatkan daripada orang yang dimiliki kompetensi kendiri adalah mengurus emosi dan

    mengawalnya agar tidak destruktif. Setiap guru perlu sedar emosi mereka dan mengenali ciri

    dan kesannya terhadap pembelajaran. Selain itu, guru harus sedar emosi diri yang dikaitkan

    dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan pertuturan ketika mengajar. Guru

    juga perlu sedar bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah laku. Hal ini

    dapat guru boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kemahiran kesedaran

    emosi kendiri yang diperlukan oleh guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang

    kondusif.

    Subkomponen Kompetensi kesedaran emosi yang lain ialah keyakinan diri. Ciri- ciri

    individu yang memiliki kompetensi emosi kendiri adalah mempunyai tahap kesedaran tinggi

    nilai dan matlamat hidup. Kemahiran yang diperlukan guru dalam mewujudkan suasana

    pembelajaran kondusif adalah sedar kekuatan dan kelemahan diri, bresikap hati terbuka dan

    berkeyakinan diri serta berketerampilan.

    Kompetensi pengurusan emosi kendiri boleh dihayati daripada aspek-aspek seperti

    kawalan emosi kendiri, kebolehsesuaian, ketekunan, sifat inovatif, optimistik, insiatif, dan

    berorientasikan pencapaian. Setiap aspek ini bukan sahaja mempengaruhi tetapi juga

    membentuk sahsiah individu berdadasarkan kompetensi pengurusan emosi kendirinya.

    Maka, aspek-aspek ini subkomponen tersebut juga mencerminkan secara menyeluruh

    sebagai kompetensi pengurusan emosi kendiri. Kemahiran ketekunan yang diperlukan oleh

    guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif adalah ketekunan. Setiap guru

    perlulah mempunyai sifat dedikasi semasa mengajar matapelajaran. Selain itu, keseronokan

    bekerja iaitu guru perlu seronok ketika mengajar matapelajaran. Hal ini boleh mwujudkan

    suasana pembelajaran yang kondusif. Guru perlu melaksanakan tugas mereka bersungguh-

    sungguh dan berkesan kepada pelajar juga boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang

    kondusif.

    Kemahiran kompetensi emosi personal yang diperlukan oleh guru dalam mewujudkan

    suasana pembelajaran yang kondusif adalah optimistik. Guru perlu mempunyai konsep kendiri

    positif, mempunyai konsep penghargaan kendiri tinggi dan juga memandang halangan sebagai

    cabaran.

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    5/9

    Kompetensi Kesedaran Sosial seseorang individu boleh dikenalpasti daripada tingkah

    laku dan ekspresi individu itu berdasarkan kompetensi kecerdasan subkomponen-

    subkomponen yang merangkumi empati, membangunkan individu lain, kesedaran organisasi,

    berorientasikan perkhidmatan, dan melayani kepelbagaian.

    Kemahiran Kompetensi Emosi sosial yang diperlukan oleh guru dalam mewujudkan

    suasana pembelajaran yang kondusif adalah empati. Empati iaitu kebolehan membayang dan

    menghayati emosi atau perasaan orang lain, merupakan kemahiran asas manusia. Guru yang

    menguasai kemahiran empati dapat mewujudkan suasana harmoni dalam interaksi sosial, iaitu

    menggambarkan apa yang menjadi keperluan atau diingini orang lain. Ini adalah empati yang

    mencerminkan prinsi bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang

    lain sebelum dirinya. Guru yang mempunyai kompetensi empati ini biasanya berupaya

    membaca emosi orang lain, sering tumpu perhatian mendengar, prihatin dan memahami

    perasaan dan keperluan orang lain.

    Melayani kepelbagaian adalah kemahiran kompetensi emosi sosial yang di perlukan

    oleh guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondisif. Melayani kepelbagaian ini

    bererti keupayaan melayani kepelbagaian orang iaitu guru perlu mengajar pelajar tanpa mngira

    keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi sosial, agama dan lain-lain. Guru yang memiliki

    kompetensi melayanikepelbagaian biasanya menghormati orang daripada pelbagai latar

    belakang, bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia, peka terhadap perbezaan individu,

    dan mempunyai sikap toleransi, flesibeliti dan keadilan.

    Kemahiran kompetensi sosial merujuk kepada kemahiran dalam aspek-aspek tingkah

    laku sosial seperti kemahiran berkomunikasi, pengaruh, menggerakkan perubahan, mengurus

    konflik, membina hubungan, memimpin beraspirasi, dan bekerja berpasukan dan kolaborasi.

    Kemahiran kompetensi emosi sosial yang diperlukan oleh guru dalam mewujudkan

    suasana pembelajaran yang kondusif adalah komunikasi. Komunikasi di bawah pendidikan

    boleh diertikan sebagai sosial sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara

    dua individu, atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Dengan perkataan

    lain, komunikasi merupakan interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan

    mesej secara lisan. Di dalam bilik darjah, komunikasi biasanya berlaku di antara guru dengan

    murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, atau di antara murid dengan murid

    semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi biasanya

    berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, berempati emosi orang lain, mahir

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    6/9

    menggunakan bahasa bukan lisan ( body language), cekap menjalin hubungan mesra, dan

    mempunyai kemahiran pemimpin.

    Kemahiran kompetensi emosi sosial yang di perlukan oleh guru dalam mewujudkan

    suasana pembelajaran yang kodusif adalah membina hubungan. Teknik mengurus hubungan

    merupakan mengurus emosi orang lain. Kebolehan ini mempunyai kaitan rapat dengan

    populariti atau kualiti disanjungi , kepimpinan, dan kecerdasan interpersonal. Guru yang

    menguasai kemahiran mengurus hubungan interpersonal akan dapat melaksanakan dengan

    baik, dalam apa sahaja aktiviti yang bergantung kepada interaksi dengan orang lain. Mereka

    adalah orang yang merupakan bintang sosial dalam kalangan ramai.

    1.3 Jelaskan bagaimana kemahiran tersebut dapat di terapkan dalam pembelajaran di

    sekolah.

    Guru seharusnya merancang strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

    selamat, strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta strategi

    penyusunankedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran. Guru juga

    seharusnya mengemplementasikan langkah untuk mewujudkan budaya kerjasama dan

    persaingan yang sihats erta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan

    kreativiti, daya usaha danpemikiran terbuka.

    Guru mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang berbeza. Sebagai

    contohnya, guru bukan sahaja mendidik pelajar malah guruj uga membentuk akhlak pelajar

    seperti menghormati semua pekerja di dalam sekolah dan mengenali setiap pekerja dalam

    sekolah tidak kira pekerja pejabat, pembantu makmal, tukangkebun,tukang cuci, peniaga kantin

    dan pengawal keselamatan. Budaya menghormati orang lainini boleh dipupuk apabila guru

    mewujudkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Selain itu,guru hendaklah meletakkan

    pelajar sebagai individu yang bermaksud guru hendaklah mengekalkan keyakinan yang tinggi

    pada setiap pelajar dan tidak seharusnya guru merendahkan tahap keyakinan pada setiap anak

    muridnya kerana ini akan menjatuhkan semangat pelajar untuk belajar mahupun datang ke

    sekolah.

    Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi mengalakkan penglibatan

    pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini amat penting kerana proses p&p yang

    sempurna adalah menyediakan suasana yang kondusif , seperti guru hendaklah memastikan

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    7/9

    kelas sentiasa bersih, tidak semestinya kelas bersih, malah guru juga menyediakan alatan

    matematik kepada pelajar supaya proses tidak terganggu. Selain itu, guru hendaklah

    bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga boleh berbincang bagaimana untuk menyelesaikan

    masalah pelajar dan membantu pelajar dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, guru dapat

    merapatkan ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah, sekaligus dapat membantu pihak

    sekolah menangani masalah pelajar di luar sekolah.

    Guru juga hendaklah menggunakan pengajaran atau pendekatan yang sesuai kepada

    pelajar supaya pengajaran guru lebih bermakna bagi mereka. Guru seharusnya mengetahui

    pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap setiap anak murid mereka supaya setiap pelajar

    tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Contoh pendekatan yang boleh digunakan guru ialah

    mengajar dengan menunjukkan video. Sekiranya guru hendak memberi contoh, guru

    seharusnya menggunakan contoh situasi harian supaya mereka lebih mudah faham.

    Guru hendakalah menguasai isi kandungan pengajaran subjek mereka supaya guru

    tahu apa ilmu yang hendak disampaikan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru lebih

    berkeyakinan semasa mengajar sekiranya mereka menguasai isi kandungan subjek mereka.

    Kelebihan lain yang dapat dilihat dalam pekara ini juga ialah persediaan mengajar guru akan

    lebih teratur dan pelajar akan mudah faham dengan setiap apa yang diajar oleh guru itu sendiri.

    Bahagian kedua ialah guru hendaklahmenyusun isi kandungan pengajaran yang saling

    berkaitan. Sehubungan dengan itu, sekiranyaguru menyusun isi kandungan pengajaran mereka

    yang saling berkaitan, Pelajar akan dapat memehami lebih pengajaran yang diajar sebelum ini.

    Sekaligus pengajaran terhadap pelajar adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan

    pelajaran yang baru dengan pelajaran yang lepas.

    Guru seharusnya merancang dahulu pengajaran mereka dengan menyediakan

    penjelasan konsep yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Persediaan ini amat

    membantu guru dalam mendidik pelajar dengan berkesan, oleh demikian sepatutnya guru

    menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap supaya pengajran guru teratur

    dan menarik minat pelajar untuk belajar. Bahagian terakhir dalam standard ini ialah guru

    seharusnya berkebolehan mengaitkan pengajaran mereka dengan aplikasi seharian atau

    sejarah berlaku. Kebolehan ini mesti ada pada setiap guru. Oleh demikian, guru haruslah

    berpengetahuan luas supaya mereka boleh mengaitkan dengan pelajaran mereka. Kemahiran

    ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar memahami pelajar dengan baik.

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    8/9

    Guru sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar, guru perlu mengetahui cara dan

    tahap pembelajaran yang sesuai mengikut perkembangan intelek, fizikal, sosial, dan emosi

    pelajar.Guru perlu tahu bagaimana cara seseorang pelajar itu berfikir dan belajar. Dengan kata

    lain, guru mengajar mengikut kemampuan pelajar mereka. Guru juga mengetahui dan

    memahami pengaruh ke atas pembelajaran pelajar mereka. Antara pengaruh yang memberi

    kesan ke atas pembelajaran pelajar ialah taraf ekonomi keluarga, kefasihan bahasa, budaya

    dan pembangunan kemajuan disekeliling. Sebagai contoh, keprihatinan guru untuk mengetahui

    sama ada pelajar mereka boleh bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat

    penting supaya pengajaran dapatdisampaikan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu

    merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka.Antara pengajaran yang sesuai ialah

    guru dapat menarik minat pelajar semasa prosespembelajaran. Untuk menarik minat pelajar

    semasa pembelajaran, guru perlu menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik.

    Penyediaan set induksi selama 5 hingga 10 minit juaperlu semasa memulakan pengajaran

    untuk mencuri tumpuan pelajar terhadap guru yang mengajar. Untuk memastikan pengajaran

    yang dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak pelajar, guru mestilah memantau proses

    pengajaran yang berlaku dan merubah jika pengajaran tersebut tidak bersesuaian dengan

    pelajar.

    Seterusnya, guru juga perlu membantu pelajar membina pemikiran secara kritis

    dankemahiran menyelesaikan masalah. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanyakan

    soalan di dalam kelas. Melalui soal jawab ini, kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dapat

    dipertingkatkan dan pelajar dapat digalakkan untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, guru juga

    dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik itu. Terdapat beberapa cara

    yang boleh digunakan untuk menggalakan pelajar berfikir. Antaranya seperti guru aka

    nmemberikan ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang bertanyakan soalan di dalam kelas.

    Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk menilai apa yang telah

    dipelajari oleh pelajar. Kaedah penilaian ini penting untuk menilai perkembangan pelajar

    terhadap topik yang dipelajari.

  • 7/29/2019 artkel ponteng

    9/9