artikel salah

5
1.0-ARTIKEL YANG ASAL Menurut (Ornstein dan Levine, 1993) dalam profesion ini, terdapat 4 atributdalam suatu profesion, antaranya ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/ persetujuan diberi kepada sesuatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Di sini, kita dapat lihat di mana, ciri-ciri guru amat penting dalam mendidik sesebuah dan seseorang anak bangsa untuk berjaya kelak. Di sini, akan dikupas satu per satu tentang sejauhmanakah perancangan diri seorang guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan berdasarkan atribut profesion menurut Ornstein dan Levine, 1993. Atribut pertama, perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam amat penting bagi setiap bakal guru (novis) mahupun guru yang sudah berkhidmat dalam profesion ini. Tidak dinafikan lagi profesion perguruan merupakan satu agen yang dapat mendidik modal insan yang berjaya. Guru juga perlu menyampaikan ilmu tersebut dengan sebaik- baiknya selepas menguasai ilmu yang dipelajarinya. Seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah Al-Mujaadilah ayat 11: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat‟. Di sini kita dapat lihat, dalam atribut yang pertama ini guru yang menguasai ilmu pengetahuan mendalam akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ini kerana, mereka mempunyai llmu kemahiran mengajar yang perlu disampaikan kepada murid-murid. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan

Upload: fatinabdullah

Post on 10-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pembetulan

TRANSCRIPT

1.0-ARTIKEL YANG ASAL

Menurut (Ornstein dan Levine, 1993) dalam profesion ini, terdapat 4 atributdalam suatu profesion, antaranya ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/ persetujuan diberi kepada sesuatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Di sini, kita dapat lihat di mana, ciri-ciri guru amat penting dalam mendidik sesebuah dan seseorang anak bangsa untuk berjaya kelak. Di sini, akan dikupas satu per satu tentang sejauhmanakah perancangan diri seorang guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan berdasarkan atribut profesion menurut Ornstein dan Levine, 1993.

Atribut pertama, perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam amat penting bagi setiap bakal guru (novis) mahupun guru yang sudah berkhidmat dalam profesion ini. Tidak dinafikan lagi profesion perguruan merupakan satu agen yang dapat mendidik modal insan yang berjaya. Guru juga perlu menyampaikan ilmu tersebut dengan sebaik-baiknya selepas menguasai ilmu yang dipelajarinya. Seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah Al-Mujaadilah ayat 11: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.

Di sini kita dapat lihat, dalam atribut yang pertama ini guru yang menguasai ilmu pengetahuan mendalam akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ini kerana, mereka mempunyai llmu kemahiran mengajar yang perlu disampaikan kepada murid-murid. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pandangan ini sama seperti J. M Coopes (1988) iaitu berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar dan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktivitipembelajaran mereka.

Selain itu, Glickman (1990) juga berpendapat bahawa guru perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam. Contohnya seperti, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia (kata nama khas) hendaklah menguasai keperluan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperluan ingin tahu murid lantas memupuk keyakinan dalam diri murid. Saya bersetuju apa yang dikatakan oleh pelopor ini, kerana guru perlu mendalami ilmu pengetahuan yang mendalam supaya murid yang diajari mendapat ilmu yang disampaikan dengan baik dan berguna.Atribut kedua pula ialah, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu. Dalam atribut ini, guru perlu peka dengan keadaan keperluan terkini dan semasa. Ini kerana, guru perlu mengikut perkembangan lampau dan terkini bagi mengemas kini pengetahuan dan kemahiran mereka. Ini selaras dengan pengajaran dan pembelajaran sekarang. Kita dapat lihat di mana terdapat perubahan dari chalk and talk kepada pengajaran berbantukan ICT. Jadi, guru perlu mempunyai kecekapan dan kepakaran dalam penggabungjalinan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pembelajaran yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar. Menurut MokSoon Sang (2007) juga, menegaskan bahawa guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan terhadap pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai satu proses pembelajaran. Oleh itu, saya bersependapat dengan pelopor ini kerana, guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam sesuatu bidang akan menjadi pakar rujuk kepada guru-guru yang lain. Ini akan meningkatkan lagi produktiviti inovasi dari segi pengajaran dan pembelajaran guru dalam mendidik modal insan yang berjaya.Bagi atribut yang terakhir iaitu, kebenaran/ persetujuan diberi kepada sesuatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi yang membawa maksud kuasa yang diberi kepada sesuatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Sebagai seorang guru yang profesion, mereka haruslah berusaha mewujudkan hubungan yang mesra terutama diantara ibu bapa disamping menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita perlulah menjalankan tugas denganpenuh dedikasi untuk menyebarkan ajaran dan ilmu yang tidak bercanggah dengan murid. Disamping itu, guru juga haruslah mengajar tanpa rasa pilih kasih tetapi bersikap adil pada semua pihak. Oleh itu, murid akan sentiasa selalu bersama guru untuk membentuk modal insan yang berjaya suatu hari kelak. Ini bersependapat dengan Ragbir Kaur (2007), yang mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.

Selain itu, guru juga perlu menjadi contoh terbaik dalam mendidik murid dengan baik. Seperti, murid menganggap gurunya sebagai idola dan role mode terhadap dirinya. Mereka percaya akan kita. Setiap perkara yang keluar dari mulut guru merupakan satu perkara yang betul bagi mereka. Namun, terdapat segelintir guru yang terlalu menggunakan autoriti akan menyebabkan masyarakat secara amnya ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru ini. Contohnya seperti, guru menegur dan memberi nasihat secara tegas kepada murid-murid kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dengan lisan. Apabila hal ini diketahui oleh penjaga murid berkenaan, maka guru tersebut akan didakwa atas kesalahan melakukan kekasaran walaupun hanya memberi nasihat secara tegas ke atas anaknya kerana persepsi guru yang tidak baik itu. Selain itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir lewat ke sekolah. Perkara seperti begini akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan hormat kepada masyarakat amnya kepada ibu bapa.

Saya bersependapat dengan Hook dan Vass (2000), di mana mengekalkan hubungan yang sempurna merupakan proses memperbaiki dan memproses semula hubungan dengan masyarakat. Oleh itu, guru perlulah menjaga nama baik profession perguruan kerana guru merupakan kerja yang mulia. Jadi untuk mengikis sifat negative masyarakat kepada para guru ini, personaliti guru perlu diambil kira dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam tetapi menunjukkan teladan yang berkualiti.

Natijahnya, empat atribut yang dikupaskan ini merupakan ciri-ciri profession yang perlu ada pada guru untuk memperbaiki amalan dari pengajaran dan pembelajaran (P&P) mahupun dari segi perhubungan antara masyarakat. Guru adalah daei iaitu pendakwah dan guru juga adalah murrabi iaitu menyampaikan.