artikel qairo, mesir

18
PENGGUNAAN KAEDAH BOF (BACK, ONCE, FINGERS UP) DALAM KOTAK LAZIM BERWARNA BAGI MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK DENGAN PENGUMPULAN SEMULA DALAM BENTUK LAZIM Haqiruh Afiq Farhan Bin Md Dzulkifli Dr Lam Kah Kei Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini berfokus kepada masalah operasi penolakan dengan pengumpulan semula. Tinjauan awal yang dijalankan terhadap murid-murid saya menunjukkan mereka menghadapi masalah yang ketara membabitkan operasi penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna bagi meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula murid- murid saya. Selain itu, saya juga mengkaji penggunaan kaedah ini bagi meningkatkan minat murid terhadap operasi penolakan. Peserta kajian saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah di daerah Raub. Kaedah saya ini diintervensikan selama empat minggu sepanjang kajian yang saya jalankan. Ujian pra dan pasca, lembaran kerja, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian yang dijalankan. Data-data ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil analisis data secara kauntitatif bagi ujian pra dan pasca serta lembaran kerja menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menolak dengan pengumpulan semula murid-murid saya. Manakala, hasil analisis data secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan bahawa minat murid-murid terhadap operasi penolakan telah meningkat. Kesimpulannya, penggunaan kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna memberi keberkesanan yang positif dan dapat meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula serta meningkatkan minat mereka terhadap operasi penolakan. 1

Upload: shassi-kumaran

Post on 18-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH BOF (BACK, ONCE, FINGERS UP) DALAM KOTAK LAZIM BERWARNA BAGI MEMBANTU MURID MENYELESAIKAN OPERASI TOLAK DENGAN PENGUMPULAN SEMULA DALAM BENTUK LAZIM

Haqiruh Afiq Farhan Bin Md DzulkifliDr Lam Kah Kei

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini berfokus kepada masalah operasi penolakan dengan pengumpulan semula. Tinjauan awal yang dijalankan terhadap murid-murid saya menunjukkan mereka menghadapi masalah yang ketara membabitkan operasi penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna bagi meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula murid-murid saya. Selain itu, saya juga mengkaji penggunaan kaedah ini bagi meningkatkan minat murid terhadap operasi penolakan. Peserta kajian saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah di daerah Raub. Kaedah saya ini diintervensikan selama empat minggu sepanjang kajian yang saya jalankan. Ujian pra dan pasca, lembaran kerja, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian yang dijalankan. Data-data ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil analisis data secara kauntitatif bagi ujian pra dan pasca serta lembaran kerja menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menolak dengan pengumpulan semula murid-murid saya. Manakala, hasil analisis data secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan bahawa minat murid-murid terhadap operasi penolakan telah meningkat. Kesimpulannya, penggunaan kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna memberi keberkesanan yang positif dan dapat meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula serta meningkatkan minat mereka terhadap operasi penolakan.Kata kunci: kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna, brntuk lazim, operasi penolakan

PengenalanBerdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2, kandungan matematik merangkumi empat bidang pembelajaran iaitu nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra dan yang keempat adalah statistik dan kebarangkalian. Bidang nombor dan operasi ini merangkumi topik-topik seperti nombor bulat, penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, operasi bergabung, pecahan, perpuluhan, peratus dan wang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya topik-topik asas seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian ini perlu dikuasai murid pada peringkat awal kerana setiap topik ini adalah berkait antara satu sama lain dan menjadi asas kepada pembelajaran topik-topik yang lain.Topik penolakan adalah topik yang melibatkan kemahiran tolak tanpa pengumpulan semula dan dengan pengumpulan semula. Pemahaman konsep operasi penolakan yang melibatkan pengumpulan semula adalah lebih sukar berbanding dengan konsep operasi yang tidak memerlukan pengumpulan semula. Hal ini jelas menyatakan bahawa murid hanya menghafal prosedur-prosedur operasi tolak yang diajar dan mereka tidak memahami konsep sebenar bagi operasi penolakan. Menurut Nik Azis Nik Pa (1996), matematik sebagaimana yang diketahui bukan merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan penghafalan fakta semata-mata tetapi memerlukan banyak pemahaman konsep. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik, dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik. Kefahaman murid mengenai konsep asas penolakan dengan pengumpulan semula harus dikukuhkan bagi menjamin penguasaan mereka dalam operasi penolakan. Disebabkan itu juga kajian ini dijalankan bagi mengatasi permasalahan ini.Isu KeprihatinanAntara yang menjadi masalah kepada mereka berdasarkan hasil kerja yang dibuat adalah terdapat murid yang masih tidak tahu untuk menulis nombor mengikut nilai tempat dan mengikut susunan yang betul dalam bentuk lazim. Rajah 1 menunjukkan kesalahan yang dilakukan.

Rajah 1 : Kesalahan menulis nombor mengikut nilai tempatMereka juga tidak dapat membezakan nilai sesuatu nombor yang kecil atau yang besar. Kebanyakan murid terus melakukan penolakan nombor di atas dengan nombor di bawah tanpa membezakan nilai kedua-dua nombor tersebut. Malah tiada proses pinjaman nilai daripada nombor di sebelah yang sepatutnya dilakukan oleh murid-murid. Rajah 2 menunjukkan kesalahan yang dilakukan.

Rajah 2 : Kesalahan melakukan penolakanPersoalan KajianPersoalan kajian ini menfokuskan kepada dua aspek berikut:i. Sejauh manakah kaedah BOF dalam Kotak Lazim Berwarna dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim?ii. Sejauh manakah kaedah BOF dalam Kotak Lazim Berwarna dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari topik penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim?Peserta KajianPenyelidikan tindakan ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar daerah Raub. Sekolah ini merupakan kategori sekolah kurang murid dan terletak di luar bandar. Saya ditugaskan untuk mengajar kelas Tahun 2 bagi subjek matematik. Berdasarkan keputusan ujian sebelum ini serta lembaran kerja yang diberi, saya telah memilih lima orang murid untuk dijadikan sebagai responden. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kefahaman mereka mengenai konsep tolak adalah lemah dan perlu diperbaiki.TindakanKaedah BOF dalam Kotak Lazim Berwarna adalah suatu kaedah yang diinovasikan oleh saya bagi menyelesaikan soalan tolak dalam matematik. Nama kaedah ini adalah gabungan di antara tindakan Back, Once, Fingers Up dan Kotak Lazim Berwarna. Pada awalnya, murid-murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan satu Kotak Lazim Berwarna yang berwarna Hijau, Kuning dan Merah. Rajah 3 merupakan gambar kotak tersebut. Kotak tersebut adalah mewakili bentuk lazim. Kotak berwana hijau mewakili nilai tempat sa, kuning mewakili nilai tempat puluh dan merah mewakili nilai tempat ratus.

Rajah 3: Kotak Lazim BerwarnaAkronim BOF ini ialah singkatan bagi perkataan Back, Once, dan Fingers Up. Tiga perkataan ini merujuk kepada langkah-langkah tertentu dalam menyelesaikan masalah matematik tolak dalam bentuk lazim. Terdapat tiga langkah dalam kaedah ini yang merujuk kepada namanya iaitu BOF. Kesemua langkah ini akan dilakukan di dalam Kotak Lazim Berwarna.Langkah yang pertama iaitu Back. Perkataan ini merujuk kepada belakang iaitu murid perlu menulis nombor bagi ayat matematik yang diberi dalam bentuk lazim bermula dari belakang sambil menyebut nilai tempatnya. Contohnya nombor 153 67. Nombor tiga ditulis dahulu kemudian diikuti nombor lima dan akhir sekali nombor satu. Cara menulisnya ditunjuk pada Rajah 4.153

Rajah 4 : Menulis nombor dalam Kotak Lazim Berwarna

Kemudian diikuti nombor 67. Tulisnya mengikut tertib yang sama seperti Rajah 5.153

67

Rajah 5 : Menulis nombor dalam Kotak Lazim Berwarna

Langkah yang kedua adalah Once. Once bermaksud sekali sahaja. Sekali sahaja ini bermaksud meminjam sebanyak satu nilai sebanyak sekali daripada nombor di rumah nilai tempat di sebelah. Kata kunci Once digunakan di sini di mana nombor tiga hanya boleh meminjam satu nombor sahaja dan sekali sahaja daripada nombor lima. nombor lima akan menjadi empat kerana telah memberikan satu nilai kepada nombor tiga. Rajah 6 menunjukkan proses meminjam satu nilai puluh daripada nombor lima di tempat puluh. 1 4 53

67

Rajah 6 : Meminjam satu nilai puluh daripada nilai tempat puluh lima

Tindakan seterusnya adalah seperti Rajah 7.1 4 51 3

67

Rajah 7 : Memindahkan satu nilai puluh ke tempat sa

Langkah yang terakhir adalah Fingers Up yang berkaitan dengan penggunaan jari dalam membilang dan melakukan penolakan seperti Rajah 8Ingat tujuh dalam kepala7

Sedia untuk kira

Sebut lapan

Sebut sembilan

Sebut sepuluh

Sebut sebelas

Sebut dua belas

Sebut tiga belas

Rajah 8 : Membilang dengan mengangkat jariRajah 9 menunjukkan cara menulis jawapan yang diperoleh.1 4 51 3

6 7

6

Rajah 9 : Menulis jawapan dalam Kotak Lazim Berwarna

Proses yang sama diteruskan sehingga mendapat semua jawapan seperti dalam Rajah 10.0 1 14 51 3

6 7

0 8 6

Rajah 10 : Menulis jawapan akhir dalam Kotak Lazim BerwarnaPelaksanaan tindakanSatu intervensi telah dijalankan bagi setiap minggu. Setiap intervensi yang dijalankan adalah berlainan subtopik yang diajar. Bagi setiap kelas intervensi, masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. . Kesemua kelas intervensi dimulakan dengan pengenalan kepada kaedah BOF dan diikuti dengan sesi soal jawab di antara murid-murid dan guru serta bimbingan secara individu terhadap murid-murid. Sesi soal jawab dan bimbingan ini adalah bagi mengukuhkan kefahaman murid mengenai kaedah BOF ini. Akhir pembelajaran, latih tubi akan dijalankan berkenaan subtopik yang diajar.

Jadual 3Rancangan Kelas Intervensi Minggu PertamaAktivitiAktiviti Yang DilaksanakanMasa Yang Diperuntukkan

1Pengenalan kepada kaedah BOFi. Penolakan dengan pengumpulan semula nombor 2 digit dengan nombor 1 digit20 minit

2Sesi soal jawab dan bimbingan terhadap murid-murid secara individui. Penolakan dengan pengumpulan semula nombor 2 digit dengan nombor 1 digit25 minit

3Latih tubi / Menjawab lembaran kerjai. Penolakan dengan pengumpulan semula nombor 2 digit dengan nombor 1 digit15 minit

Kaedah Mengumpul DataBagi mengurangkan bias dalam dapatan kajian saya, saya telah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengutipan data dan kaedah ini dikenali sebagai triangulasi data.Ujian pra dan ujian pascaUjian pra dijalankan sebelum intervensi manakala ujian pasca dijalankan selepas intervensi. Lapan soalan disediakan untuk dijawab dalam masa 30 minit.Lembaran KerjaLembaran kerja diberikan setiap kali intervensi dijalankan setiap minggu. Enam soalan disediakan mengikut subtopik yang diajar. Sesi latih tubi adalah pada aktiviti terakhir intervensi dijalankan.PemerhatianSesi pemerhatian dilakukan sebanyak enam kali. Dua sesi sewaktu ujian pra dan pasca. Empat kali pemerhatian adalah sewaktu murid mebuat latih tubi. Sesi pemerhatian dirakam dengan perakam video dan catatan tangan turut dibuat.Temu bualTemu bual dijalankan selepas ujian pra dan pasca bagi melihat perbezaan keyakinan dan minat murid. Soalan temu bual adalah separa berstruktur.Soal selidikSoal selidik dijalankan selepas ujian pasca dan temu bual terakhir dijalankan. Jenis soal selidik yang digunakan adalah Skala Guttman. Bertujuan untuk melihat kekerapan respon murid terhadap minat mereka kepada topik penolakan.Analisis DataData KuantitatifUjian pra dan pasca ini dianalisis melalui skor markah yang diperoleh setiap murid saya bagi kedua-dua ujian tersebut. Skor markah yang diperoleh setiap murid dikira dalam bentuk peratus. Perbezaan skor markah bagi kedua-dua ujian ini juga dikira dalam bentuk peratus bagi melihat peningkatan atau penurunan prestasi murid saya. Skor markah murid-murid dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf palang.Lembaran kerja dianalisis secara kuantitatif iaitu dengan melihat pencapaian dan perubahan markah latih tubi setiap murid dari minggu ke minggu. markah yang diperoleh setiap murid dari minggu ke minggu dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf palang. Markah min setiap minggu juga dianalisis bagi melihat perbezaannya dari segi peningkatan atau penurunan min markahBagi temu bual, saya melihat kepada dua aspek iaitu bilangan murid yang berpendapat soalan melibatkan operasi penolakan adalah senang atau susah. Satu lagi aspek adalah bilangan murid yang suka atau tidak suka untuk melakukan soalan melibatkan operasi penolakan. Kedua-dua aspek ini dipaparkan ke dalam bentuk jadual kekerapan pandangan murid terhadap operasi penolakan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.Data KualitatifUjian pra dan pasca ini pula adalah berdasarkan hasil jawapan yang dibuat murid. Hasil jawapan mereka akan dianalisis dari aspek penulisan mereka dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.Hasil catatan dan pemerhatian mengenai cara sampel menjawab soalan, cara sampel melakukan proses penolakan dengan pengumpulan semula, komitmen sampel semasa menjawab soalan dan perubahan tingkah laku sampel semasa menjawab soalan dianalisis. Selepas itu, ianya akan dikodkan berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan seperti dari segi komitmen murid dan perubahan tingkah laku semasa menjawab soalan.Hasil temu bual yang dijalankan diterjemahkan ke dalam transkrip temu bual. Teks temu bual berkaitan minat murid terhadap topik penolakan dicatat ke dalam transkrip temu bual yang telah dikodkan seperti yang dinyatakan. saya melihat keyakinan murid semasa menjawab soalan temu bual berkaitan tolak dan pandangan mereka terhadap operasi penolakan.Dapatan KajianPenguasaan kemahiran menolak murid dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Jadual 8 menunjukkan perbandingan antara markah ujian pra dan ujian pasca bagi setiap individu. Jadual 8Markah Individu dan Min Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian PascaNamaUjian PraUjian PascaPerbezaan markah

Jumlah soalan betulMarkah (%)Jumlah soalan betulMarkah (%)

Aleeya337.5810062.5

Humairah112.5810087.5

Afikha00787.587.5

Hazrik008100100

Hadi0067575

Markah min (%)1092.582.5

Catatan: Jumlah markah ujian pra dan ujian pasca murid yang terdiri daripada lapan soalanKesemua individu menunjukkan peningkatan yang baik dalam penguasaan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim seperti dalam Rajah 12.

Rajah 12: Graf palang perbandingan markah ujian pra dan ujian pascaBagi memaparkan data tersebut dengan lebih jelas, saya turut menggunakan graf palang bagi memaparkan perbezaan markah setiap murid mengikut lembaran kerja setiap minggu.

Rajah 13: Graf palang markah setiap murid bagi lembaran kerja setiap mingguGraf palang dalam Rajah 13 menunjukkan perubahan markah setiap murid berdasarkan lembaran kerja yang dilakukan dari minggu pertama intervensi sehingglah minggu keempat intervensi dijalankan. Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan kaedah BOF ini sememangnya dapat membantu murid saya meningkatkan penguasaan mereka terhadap kemahiran menolak dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.

Peningkatan minat murid untuk mempelajari topik penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazimSatu jadual peratusan kekerapan respon murid dalam soal selidik berkaitan dengan minat murid terhadap penolakan telah dibina seperti yang dipaparkan dalam Jadual 13.Jadual 13Peratusan Kekerapan Respon Murid dalam Soal SelidikNo.ItemSetujuTidak Setuju

1Saya rasa soalan penolakan senang.5(100%)0(0%)

2Saya boleh membuat operasi tolak dengan baik.5(100%)0(0%)

3Saya suka topik penolakan.5(100%)0(0%)

4Saya suka belajar tolak dengan pengumpulan semula.5(100%)0(0%)

5Saya suka menggunakan kaedah BOF5(100%)0(0%)

6Kaedah BOF sangat senang digunakan.5(100%)0(0%)

7Kaedah BOF membantu saya menjawab soalan tolak dengan pengumpulan semula.5(100%)0(0%)

Catatan: Nilai di dalam kurungan( ) mewakili peratusMurid-murid memberikan respon 100% setuju terhadap semua persoalan yang dinyatakan. Hal ini menunjukkan kesan yang positif kepada peningkatan minat murid terhadap topik penolakan terutamanya penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.Jadual 14 menunjukkan kekerapan pandangan murid yang menyatakan sama ada soalan penolakan itu senang atau susah sebelum intervensi dan selepas intervensi.

Jadual 14Kekerapan Pandangan Murid Mengenai Soalan PenolakanSebelum IntervensiSelepas Intervensi

SenangSusahSenangSusah

Kekerapan0550

Peratus kekerapan (%)01001000

100% murid menyatakan bahawa soalan penolakan itu adalah susah sebelum intervensi dijalankan. Manakala selepas intervensi dijalankan, 100% murid menyatakan bahawa soalan penolakan itu adalah senang.Berikut merupakan petikan temu bual saya bersama murid bernama Hadi berkaitan peningkatan minat murid terhadap topik penolakan. Rajah 16 menunjukkan petikan temu bual bersama murid tersebut.Guru:Hadi rasa soalan tolak ni ke senang ke susah?

Hadi:Senang (menjawab dengan cepat)

Guru:Kenapa senang Hadi?

Hadi:Sebab cikgu pernah ajar dan reti buat.

Guru:Bagaimana Hadi buat?

Hadi:Guna jari

Guru:Ingat lagi kaedah BOF yang cikgu ajar?

Hadi:Ingat

Guru:Hadi suka tak cara tu?

Hadi:Suka (mengangguk-anggukkan kepala)

Guru:Kenapa Hadi suka? Senang ke susah?

Hadi:Mula-mula cikgu tak ajar, lepas tu cikgu ajar. Senang.

Guru:Kalau cikgu bagi soalan tolak lagi, Hadi boleh buat dan siapkan tak?

Hadi:Boleh sebab saya suka buat (malu-malu dan tersenyum)

Rajah 16: Petikan temu bual bersama HadiBerdasarkan petikan temu bual pada Rajah 16, murid menunjukkan minat yang begitu tinggi berkaitan penggunaan kaedah BOF untuk menjawab soalan tolak dengan pengumpulan semula.Nota pemerhatian terakhir saya iaitu semasa menjalankan ujian pasca membuktikan bahawa perubahan yang ketara berlaku terhadap tingkah laku dan komitmen murid semasa menjawab soalan berkaitan topik penolakan dengan pengumpulan semula ini.

Semua murid saya begitu fokus menjawab soalan ujian pasca. Tiada murid yang termenung dan meniru rakan yang lain.Aleeya dan Humairah menjawab dengan begitu cepat.Semua murid sentiasa tersenyum dan suka setiap kali mendapat jawapan akhir.Semua murid menggunakan jari masing-masing untuk mengira sewaktu menjawab soalan.Semua murid bersunguh-sungguh menjawab semua soalan ujian.(NOTA PEMERHATIAN 6 (NP6): 06 Ogos 2014)

Penggunaan kaedah BOF sememangnya memberi kesan yang positif dalam meningkatkan minat murid untuk mempelajari penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Menurut Gunarsa dan Singgih ( dalam Nurhidayati, 2006), minat akan timbul dari sesuatu yang ketahui dan kita dapat mengetahui sesuatu adalah dengan belajar kerana semakin banyak belajar semakin luas pula bidang minat. Murid-murid saya sudah mengetahui dan memahami penolakan dengan pengumpulan semula ini dan dari situlah minat mereka terhadap penolakan ini dapat dipupuk dan ditingkatkan.Rumusan DapatanMurid-murid berjaya meningkatkan kemahiran mereka berkaitan menolak dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Hal ini adalah kerana keberkesanan kaedah yang BOF yang dipelajari sewaktu intervensi yang dijalankan oleh saya. Hasilnya dapat dilihat berdasarkan perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian pasca serta sepanjang latih tubi dijalankan. Istilah Back, Once dan Fingers Up sudah menjadi kebiasaan kepada murid-murid selepas mengikuti intervensi yang dijalankan dan ianya sememangnya berkesan dalam meningkatkan kemahiran mereka melakukan penolakan dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim ini.Hasil analisis dan dapatan menunjukkan bahawa minat murid-murid terhadap penolakan telah meningkat dengan baik. Peningkatan ini begitu ketara apabila dilihat kepada perubahan tingkah laku mereka serta komitmen mereka terhadap soalan yang melibatkan penolakan dengan pengumpulan semula.Menurut Howatt (1999), apabila kanak-kanak telah menguasai sesuatu kemahiran matematik, matematik akan menjadi sesuatu yang menarik dan dapat meningkatkan keyakinan serta kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan. Maka jelaslah bahawa penggunaan kaedah BOF ini sememangnya membantu meningkatkan minat murid saya terhadap topik penolakan dengan pengumpulan semula.

Cadangan Kajian SeterusnyaKelemahan yang ketara adalah apabila melibatkan penolakan nombor sifar terutamanya apabila dalam satu nombor itu ianya mempunyai dua digit sifar seperti nombor 500. Mereka juga akan mula keliru dengan istilah Once apabila wujudnya nombor melibatkan dua sifar ini seperti 500 234. Murid-murid bermasalah untuk melakukan penolakan kerana tidak tahu konsep pinjaman sekali yang ditekankan iaitu Once.Bagi mengatasi segala kelemahan yang berlaku, saya akan cuba mengatasinya dengan menfokuskan lebih kepada aktiviti penolakan berkaitan dengan nombor sifar. Oleh itu, latih tubi yang lebih kerap akan sentiasa diberikan supaya murid menjadi kebiasaan untuk menjawab soalan penolakan berkaitan nombor sifar iniBagi menjadikan kajian ini lebih menarik dan berkesan, saya akan menggunakan dan mengaitkan kaedah BOF ini dengan menggunakan bahan-bahan konkrit. Setiap aktiviti penolakan yang dilakukan dengan kaedah BOF akan disekalikan dengan bahan-bahan konkrit. Bagi menjadikan ianya lebih bermakna dan berkesan, saya akan menggunakan pembelajaran secara koperatif. Setiap aktiviti yang dilakukan akan dibuat di dalam kumpulan supaya murid-murid memainkan peranan mereka. Masing-masing akan bersikap lebih bertanggungjawab dan menjadikan pembelajaran itu lebih seronok dan berkesan.Refleksi AkhirPenyelidikan tindakan ini merupakan satu pengalaman baru kepada saya. Pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan kajian ini. Melalui kajian tindakan ini, saya turut berjaya mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih berdedikasi dan komited. Kajian ini sedikit sebanyak telah melatih diri saya untuk lebih berintegriti dalam melakukan sesuatu kerja. Berdasarkan penyelidikan tindakan yang dilaksanakan ini, banyak perkara dan ilmu baharu yang saya peroleh. Saya juga belajar untuk mengkaji isu-isu ini dengan teliti di mana saya melihat masalah ini satu persatu dan dan memilih yang menjadi keutamaan saya untuk dijadikan fokus utama kajian saya ini. Masalah operasi asas tolak menjadi pilihan saya untuk difokuskan kerana saya menganggap operasi adalah antara operasi terpenting dalam mempelajari matematik. Penyelidikan tindakan ini juga menyedarkan saya bahawa pentingnya penggunaan kemudahan yang ada di sekeliling murid-murid bagi menambah keseronokan mereka dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya menggunakan jari dalam kajian saya ini bagi menarik minat murid dalam mempelajari topik penolakan ini. Malahan pengguanaan jari ini menyebabkan murid menjadi lebih aktif dan memberi komitmen yang tinggi semasa menjawab soalan penolakan ini.Selain itu, penyelidikan tindakan ini telah membantu saya memperkukuhkan cara penulisan dan meningkatkan kemahiran mangarang saya.Penyelidikan tindakan ini turut menyedarkan saya kepentingan dalam mengurus masa dan merancang sesuatu tindakan. Kajian atau kerja yang saya lakukan menjadi lebih sistematik kerana saya melakukan perancangan awal bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak diingini seperti kekangan masa dan ketiadaan sumber. Apabila saya mengikut seperti apa yang telah dirancang, saya tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang melakukan kajian ini. Penyelidikan tindakan ini sememangnya telah mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran saya.

Senarai RujukanAkhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Chieng Leh Hui (2011). Satu kajian mengenai penggunaan kaedah jari dalam membantu murid tahun dua menyelesaikan operasi tolak yang melibatkanpengumpulan semula.Tesis tidak diterbitkan, Insitut Pendidikan Guru Batu Lintang.Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan DalamPengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Chua Lay Ing. (2005). Satu kajian mengenai penggunaan Jari dan kertas warna untuk membaiki kemahiran penambahan secara kumpul semula di kalangan murid Tahun 2 dalam nombor lingkungan 1000. Tesis tidak diterbitkan, Insitut Pendidikan Guru Batu Lintang.Duncan, A. (1996). What primary teachers should know about maths. Great Britain: British Library CataloguingEffandi Zakaria. (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cheras, Kuala LumpurGan Teck Hock. (2007). Satu kajian mengenai Mastering basic facts of addition and subtraction through finger arithmetic. Tesis tidak diterbitkan, Insitut Pendidikan Guru Batu Lintang.Howatt, K. (1999). Number recognition. Greenwood Perth, Australia: Ready-ed Publication.Jeremy Bloomfield.(2003). Teaching And Learning About Place Value At The Year 4 Level. Laporan kajian untuk memenuhi syarat kursus, Christchurch College of Education.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPMLeslie, F. M., & Lim Soo Kheng. (1992). Pembelajaran aktif matematik KBSR (idea-idea untuk guru) (edisi 1). Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Ngan Jia Ing (2011). Satu kajian mengenai penggunaan kaedah jari dalam penguasaan kemahiran penolakan fakta asas murid tahun dua. Tesis tidak diterbitkan, Insitut Pendidikan Guru Batu Lintang.Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBPNoor Shah Saad.(2005). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Menegah:Teori dan Pengkaedahan: Petaling Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn BhdNoraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik . Cheras : Utusan Publications &Distributor Sdn. Bhd.

Nurhidayati. (2006). Hubungan antara minat dengan prestasi belajar siswa dalam bidang studi sejarah kebudayaan Islam. Tesis tidak diterbitkan. Jakarta.Poh Swee Hiang, 2005. Matematik dan Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Sufean Hussin (1992). Pengajaran Matematik KBSR Strategi Membina Kemahiran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Swetz J. F., & Liew. T (1982). Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Westreich, G. (2002). Dance, Mathematics, and rote memorization. Reston, VA: American Alliance for Health, Physical Education and Recreation.

14