presentation - artifak

15
ARTIFAK DEFINASI: - barang-barang buatan manusia( terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman.

Upload: b-ching-tan

Post on 23-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qw

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation - Artifak

ARTIFAK

DEFINASI:

- barang-barang buatan manusia( terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman.

Page 2: Presentation - Artifak

Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk  barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi.

Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua.

Page 3: Presentation - Artifak

Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah.

Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Page 4: Presentation - Artifak

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara.

Penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor.

Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas.

Di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah.

Page 5: Presentation - Artifak

ARTIFAK (GANGSA,LOGAM TULANG ,TANAH LIAT )

Page 6: Presentation - Artifak
Page 7: Presentation - Artifak

ARTIFAK UKIRAN KAYU

Page 8: Presentation - Artifak
Page 9: Presentation - Artifak

ARCA BUDDHA DUDUK YANG DIPERBUAT DARIPADA TANAH LIAT INI DIJUMPAI DI PENGKALAN BUJANG, SELATAN KEDAH.

DIPERCAYAI BERASAL DARI ABAD 11 HINGGA 12 MASIHI.

ARTIFAK INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI OBJEK WARISAN KETARA DI BAWAH SENARAI WARISAN KEBANGSAAN 2009.

Page 10: Presentation - Artifak

MUKA HADAPAN MENGGAMBARKAN SEEKOR KIJANG DAN DI SEBELAH BELAKANG TERTERA PERKATAAN “MALIK AL ADIL” DALAM TULISAN JAWI.

ARTIFAK INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI OBJEK WARISAN KETARA DI BAWAH SENARAI WARISAN KEBANGSAAN 2009.

Page 11: Presentation - Artifak

PENDING MELAYU EMAS PADU. PERMUKAANNYA DIUKIR TIMBUL PINTALAN TALI EMAS DAN BIJIRIN EMAS.

MOTIF BUNGA KIAMBANG DAN SULUR. KESELURUHAN PENDING DITATAH PERMATA PELBAGAI WARNA.

BERASAL DARI KELANTAN.

ARTIFAK INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI OBJEK WARISAN KETARA DI BAWAH SENARAI WARISAN KEBANGSAAN 2009.

Page 12: Presentation - Artifak

TEPAK SIRIH MILIK ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD (1859 – 1880), SELANGOR.

DIPERBUAT DARIPADA PERAK BERSALUT EMAS. PERMUKAAN DIUKIR TIMBUL BUNGA KETUMBIT DAN RAMA-RAMA SERTA LAMBANG KERAJAAN NEGERI DARIPADA EMAS.

MENGANDUNGI LIMA CEMBUL DAN KACIP BERSADUR EMAS.

ARTIFAK INI TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI OBJEK WARISAN KETARA DI BAWAH SENARAI WARISAN KEBANGSAAN 2009.

Page 13: Presentation - Artifak

MUKA HADAPAN : "SULTAN MUZAFFAR SHAH" DALAM TULISAN JAWI. MUKA BELAKANG : "KHALIFATUL MUMININ" DALAM TULISAN JAWI.

ARTIFAK INI TELAH DIISYTIHAR SEBAGAI OBJEK WARISAN KETARA DI BAWAH SENARAI WARISAN KEBANGSAAN 2009.

Page 14: Presentation - Artifak

SENI PRIBUMI

Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu.

Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. 

Page 15: Presentation - Artifak

TERIMA KASIH