gerakan islam alam melayu

Click here to load reader

Post on 16-Apr-2017

225 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

3.0 JIM dan IRC

IDE 4523GERAKAN ISLAM ALAM MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR ZAWAWI BIN YUSUF

NAMA PELAJAR :ANIS NAIMAH BT MOHAMAD SAMAN (032419)NASFUSHAHRIAH BT RAZALI (032989)NUR FAZLINA BT MOHD FADZI (032559)SITI AISHAH BT ZAINUDIN (032819)

ISM DAKWAH SEM 6

SEJARAH PENUBUHAN JAMAAH ISLAM MALAYSIA (JIM)

JIM merupakan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar secara sah dengan Badan Pendaftar Pertubuhan pada 27 Julai 1990.

Jawatankuasa Penaja penubuhan JIM diketuai oleh Haji Saari Sungip atau nama gelarannya Abu Urwah.

Hj Saari Sungip adalah Presiden pertama JIM.

Beliau memegang jawatan presiden selama 10 tahun bermula dari tahun 1990 sehingga 1999.

LATAR BELAKANG JIM

Keahlian JIM

AHLI JIMAnggota Islamic Representative Council (IRC) iaitu sebuah pertubuhan underground yang telah diwujudkan di United Kingdom pertengahan 1970-an.

Setelah menamatkan pelajaran, mereka kembali ke tanah air lantas menubuhkan IRC di Malaysia. Mereka berusaha untuk menguasai ABIM.

Setelah gagal mereka cuba pula menguasai PAS tetapi gagal juga.

Setelah misi mereka gagal dalam ABIM dan PAS, mereka akhirnya menubuhkan JIM.

Oleh itu kesimpulannya JIM adalah pertubuhan mereka yang kecewa dalam usaha mendapatkan kuasa dalam menerajui gerakan-gerakan Islam semasa di Malaysia pada waktu itu lantas membuat pertubuhan sendiri.

Namun begitu, ramai juga di kalangan pendokong awalnya terdiri daripada para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat.

Mereka yang belajar selain daripada di United Kingdom, bukanlah anggota IRC.

Namun kesatuan kefahaman dan pemikiran telah menemukan mereka setelah kembali menamatkan pengajian.

VISI JIM

Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020

MISI JIM

MOTO JIM

BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT

KEPIMPINAN JIMPresiden pertama JIM ialah Tuan Hj Saari Sungib.

Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 1999 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Hj Mohd Hatta Shaharom, seorang Doktor Pakar Psikiatri.

Dr Hatta menerajui JIM selama tiga tahun dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh Tuan Hj Zaid bin Kamaruddin.

PEMBUBARAN JIMKeputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyatu padukan semua organisasi dibawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Satu Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM.

Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

Kebanyakkan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga dan diserap kedalam IKRAM.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dibubarkan meninggalkan legasinya sebagai sebuah gerakan Islam yang aktif, lantang bersuara, dan berkesan dalam menggerakkan massa lebih dua dekad.

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.

IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

COGAN KATA IKRAM

Ukhuwah TerasKegemilangan

DASAR IKRAM

Dasarnya ialah Islam, dan asas pegangannyaialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma dan Ijtihad.

MATLAMAT IKRAM

AKTIVITI IKRAM

TARBIYYAH