documentar

25
TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN KAEDAH BTC DALAM MENINGKATKAN KEPEKAAN MURID TERHADAP PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

Upload: pui-yee-lam

Post on 11-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gnv hmjm,jh

TRANSCRIPT

TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN KAEDAH BTC DALAM MENINGKATKAN KEPEKAAN MURID TERHADAP PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN KAEDAH BTC DALAM MENINGKATKAN KEPEKAAN MURID TERHADAP PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4

PENDAHULUAN Kajian tindakan ini bertujuan Menyelesaikan Masalah Ketidakpekaan Murid

dalam mematuhi peraturan dan amalan keselamatan bengkel KH dan secara langsung dapat mengatasi masalah disiplin murid seperti tidak mempunyai nilai tanggungjawab dalam diri dan nilai kerjasama.

TOKOH..Menurut Mohd Salleh Lebar (1999), peranan guru adalah penting bagi membolehkan sebahagian besar murid tertarik dengan mata pelajaran yang diajar.

Menurut Hj Abd Rahman bin Hj Marzuki (2006), tingkah laku bermasalah boleh dikawal dengan menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai iaitu program ekonomi token

Intervensi kaedah bermain sambil belajar iaitu BTC (BREAK THE CODE) dalam usaha membolehkan murid mempelajari peraturan dan amalan keselamatan bengkel semasa proses pengajaran dan pembelajaran KH dijalankan.

menggunakan pendekatan pengumpulan token berbentuk carta hatiFOKUS KAJIAN FOKUS KAJIAN masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran gurutidak meletak kembali kerusi di atas meja Alatan tangan tidak diletakkan di tempat asalbergurau dan bermain dengan rakan lain sambil memegang alatan tangan yang tajam dan tidak bekerjasama dalam kumpulan. Data Tinjauan Awal

Tujuan kajian ini adalah bagi mempertingkatkan kepekaan murid dalam mengamalkan peraturan dan amalan peraturan keselamatan bengkel.

Malahan, kajian ini juga bertujuan menyemai nilai kepentingan kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan murid melalui pengaplikasian kaedah bermain sambil belajar iaitu kaedah BTC bagi menarik minat murid mempraktikkan peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum, semasa dan selepas amali di samping akan lebih mendorong dalam mempertingkatkan penumpuan murid dalam menguasai topik-topik lain dalam KH.

KHUSUSMengenal pasti minat, perasaan dan sikap murid terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel sebelum berada di bengkel, semasa melaksanakan amali di bengkel dan selepas tamat proses amali di bengkel melalui kaedah BTC

Meningkatkan minat murid supaya lebih peka terhadap peraturan dan amalan keselamatan bengkel melalui kaedah BTC

Meningkatkan penglibatan dan nilai tanggungjawab murid dalam aktiviti amali secara berkumpulan melalui kaedah BTC.

KUMPULAN SASARAN PERKARA BUTIRAN Tahun/ Aras/ Level Tahun 4 Rajin Jumlah Responden 10 orang Lokasi Responden/ SekolahSekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban. PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN Kaedah/ Tindakan : BREAK THE CODEBahan-Bahan : Soalan Ujian Break The CoDE (Rujuk Lampiran 1-3) Kertas Kemajuan Murid (Rujuk Lampiran 4)

Token Carta Hati (Rujuk Lampiran 5)Cara pelaksanaan Permainan ini dilakukan secara individu.

Bilangan pemain yang boleh mengikuti permainan ini adalah tidak terhad.

Pada kali pertama, setiap pemain akan mendapat set soalan ujian BREAK THE CODE.

4. Untuk kali pertama, set soalan ujian yang diuji berkaitan dengan peraturan am dan diri yang mudah dan murid diberi masa untuk menyiapkan soalan tersebut, namun perlu berusaha untuk BREAK THE CODE dalam ruangan yang disediakan.

5. CODE bagi kali pertama yang perlu dipecahkan oleh murid boleh berbunyi PATUHI PERATURAN.

6. Seterusnya, soalan yang sama akan ditadbir, namun bertambah sukar apabila guru mengehadkan masa dan murid-murid perlu cepat menyelesaikan set soalan ujian tersebut.

7. 5 orang murid yang paling pantas menyelesaikan soalan dan berjaya BREAK THE CODE iaitu betul semua soalan akan diberi satu carta hati.

8. Apabila murid-murid menunjukkan perubahan tingkah laku yang baik semasa berada di bengkel, semasa amali dan selepas amali, carta hati akan diberikan lagi kepada murid-murid berdasarkan senarai semak guruREKOD PEMERHATIAN DAN SENARAI SEMAK 9. Apabila murid telah mahir dalam peraturan am dan diri, set soalan ujian yang lebih kompleks dan sukar mengenai peraturan dan amalan keselamatan bengkel boleh diuji dengan menyediakan kod-kod yang berbeza.

10. Misalnya tajuk pelajaran baru iaitu REKA BENTUK, maka guru boleh mengaplikasikan kaedah BTC dengan meminta murid menyelesaikan soalan peraturan bengkel yang disediakan dan BREAK THE CODE iaitu tajuk yang akan dipelajari hari ini. (Soalan baru/ lama)

11. Murid yang paling cepat memperolehi kod tajuk boleh mendapat satu CARTA HATI.

12. Selain itu, kaedah permainan ini juga boleh digunakan sebelum menjalankan amali, iaitu soalan yang disediakan merupakan peraturan yang perlu diamalkan oleh murid semasa amali, maka kod yang disediakan dalam BREAK THE CODE boleh berbunyi PERATURAN AMALI.

13. Murid-murid akan mengumpul carta hati seberapa banyak yang boleh dalam mendapat title

PAKAR RBT

CONTOH PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Selain itu, analisis bagi setiap bahagian akan diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan grafik.PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN