ar101pencegahankebakaran-140122205741-phpapp02

Upload: bukan-pujangga

Post on 14-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

langkah langkah pencegahan kebakaran

TRANSCRIPT

AR101: PENCEGAHAN KEBAKARAN TATACARA PENGUNGSIAN BANGUNAN & KAWASAN KEBAKARAN

AR101: PENCEGAHAN KEBAKARANTATACARA PENGUNGSIAN BANGUNAN & KAWASAN KEBAKARANNama Ahli Kumpulan:Tharshini ElangovanShaleni KavirajanYamuna GanasanDarshanaa ValooPhilomeena Lazar

Supaya tahu untuk bertindak jika berlaku kebakaran.Merancang pelan menyelamatkan diriKetahui jalan keluar kecemasan anda dan jauhkannya daripadahalanganKenalpasti tempat berkumpul

TIPS KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran & Langkah-langkah mencegahnyaDefinisi pencegahan kebakaran

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.

KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN APIAsas kebakaran kimia

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.

Cara memadam kebakaran

Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaituMelaparkan.

Ini dilakukan dengan:Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lainMemecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.

Melemaskan

Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

MenyejukkanSifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.

Memutuskan Rantai TindakbalasMemutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

Kelas-kelas api

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

KELASAPICONTOHALAT PEMADAM APIPERMULAANAJENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kainABC(Serbuk Kering) AirBuihBJENIS CECAIR - minyak, gasolin, alkoholABC BuihCO2 Air SemburanHalonCJENIS GAS - acetylene, ammonia, butaneABC Air SemburanHalon (BCF)DJENIS LOGAM - aluminium, kalsium, magnesiumABC

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api permulaan, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.

Alat pemadam api permulaan

JENISWARNAJARAKPANCUTANMASA KESELURUHAN PANCUTANCATATANAIRMERAH4 meter120 saatTidak sesuai jenis B , EBUIHKUNING LANGSAT6 meter30 - 90 saatBoleh beku. Tidak sesuai jenis E CO2HITAM3 meter120 saatTiada kesanDEBU KERING BIRU MUDA3 6 meter120 saatKesan kotorCara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASSP- Pull- Tarik pin di atas alat pemadam apiA- Aim- Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) S- Squeeze- Pusing atau tekan pemegang S- Sweep- halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Cara menghalakan pancutan ke punca apiKelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

Kelengkapan amaran kebakaranAlat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaranAlat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik

Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunanPerlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaranPerlindungan aktif.Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur keringSistem pili bomba (hyderant)Sistem salur Bantu mula (hosereel)Sistem gas CO2.Sistem pemasangan tetap buih (foam)

Perlindungan pasif.Tangga terlindung.Koridor terlindungPintu rintangan apiRuang akses menentang kebakaranLif Bomba

HousekeepingHousekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku.Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:i.Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.ii.Pembuangan sampah sarap secara tetap.iii.Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.iv.Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.v.Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.vi.Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.vii.Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.viii.Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.