apresiasi dan kritikan seni.docx

10
Apresiasi dan kritikan Seni 1. Definisi – kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif. Smith – pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas. Chapman – pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee – Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. 2. Tujuan apresiasi seni a) memahami dan betindak terhadap aspek seni b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan c) mhasilkan karya d) memahami seni dan hubungannya e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni. 3. Pendekatan Apresiasi seni a) Pendekatan secara logik – tradisional – penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis) b) Pendekatan secara psikologi – menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll 4) Kaedah melihat seni ( Kritik ) a) Hedonistik – luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan. b) Kontekstualistik – pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan. c) Organistik – melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure seni, imbangan, perulangan,kesinambungan. d) Normistik - kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. e) Elektik – gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik. 5) Proses Apresiasi a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsur

Upload: gyheng

Post on 04-Oct-2015

128 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Apresiasi dan kritikan Seni1. Definisi kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif.Smith pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas.Chapman pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.Macfee Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.2. Tujuan apresiasi senia) memahami dan betindak terhadap aspek senib) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupanc) mhasilkan karyad) memahami seni dan hubungannyae) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni.3. Pendekatan Apresiasi senia) Pendekatan secara logik tradisional penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis)b) Pendekatan secara psikologi menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll4) Kaedah melihat seni ( Kritik )a) Hedonistik luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan.b) Kontekstualistik pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan.c) Organistik melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure seni, imbangan, perulangan,kesinambungan.d) Normistik - kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya.e) Elektik gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik.5) Proses Apresiasia) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsur seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni- Seni dlm kehidupan- seni dlm komunikasi ( seni halus )- R/bentuk rumah tradisional- Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan- Hasil seni rakyat perlatan,tekat,tenunan,bangunan- Perkembangan seni lukis moden Malaysia.- Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.

Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

Kreativiti boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik. Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya dan kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto.

APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandaitukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, caramereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya danstail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dankebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukanlogical operation such as defining, valuing and explaining

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seniberanggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran danteknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978)if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny itsvalue and characterKebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawaevery culture, differences in value and belief are expressed through language an artforms such as dress, architecture an decorationApresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karyaseni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuanmengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek senib) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupanc) Menghasilkan karya (produk seni)d) Memahami seni dan hubungannyae)Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni

Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:a) Pendekatan secara logikb) Pendekatan secara psiklogiPENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut:

Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan :Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh Secara pemerhatian :Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Secara perbandingan :Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran Secara penghasilan :Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni4. Secara menyediakansetting/set induksi5. Secara membesarkan gambar6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar7. Secara aktiviti permainan seni8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

TOPIK 7 APRESIASI SENI PENGENALAN Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual. Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

7.1 DEFINISI DAN KONSEP Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah apresiasi seni? Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut. Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung. Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid, 2004).

7.2 KATEGORI APRESIASI SENI Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi. Pandangan pertama merupakan pendapat Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa. Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni. Walau bagaimanapun, terdapat banyak persoalan mengapa seseorang perlu melakukan apresiasi terhadap karya seni. Persoalan-persoalan seperti apa yang anda lihat? Apakah pengalaman dan memori yang lalu tentang karya yang dilihat? Sejauh manakah karya tersebut berkesan dari segi penghasilan karya oleh pengkaryanya? Apakah maksud karya tersebut? Bagaimana elemen dan prinsip seni di gunakan? Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

7.2.1 Peringkat Analitikal (a) Kenal Pasti (Identification) Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

7.2.2 Peringkat Penerangan Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu peringkat penerangan literari, penerangan teknikal dan penerangan formal.

(a) Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.

(b) Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

(c) Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

7.2.3 Konteks dan Skop Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

7.2.4 Aspek Assosiasi Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

7.2.5 Aspek Kritikal Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

7.2.6 Aspek Hubungan Baik Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan. Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

RUMUSAN Di dalam topik ini, anda telah mempelajari peranan apresiasi seni di dalam mata pelajaran seni visual di sekolah. Tanpa apresiasi seni, murid tidak dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat sesuatu karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau bidang seni visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.