aplikasi video dalam penghasilan karya seni tampak di …

24
APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI MALAYSIA Ayong Anak Jemat II Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 6494 V53 (Seni Halus) A983 2006 2006

Upload: others

Post on 29-Apr-2022

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI MALAYSIA

Ayong Anak Jemat

II Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian6494

V53 (Seni Halus) A983 2006 2006

Page 2: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,...

l"usat Khidmat MaJaumat Akaderrm P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

UNIMAS

1'1 E SlTl MALAYSIA SARAWA¥ Q4 ~nn lB Sam'

1111111111111111111111111111 1000166731

APLlKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA

SENI TAMP AK DI MALASYIA

AYONG ANAKJEMAT

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dan Kreatif Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

2006

Page 3: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,...

UNlVERSITI MALAYSIA SARA WAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I LAPORAN

JUnUL Aplikasi Video Dalam Penghasilan Karya Seni Tampak Di Malaysia.

SESI PENGAJIAN : 2003 - 2006

Saya, AYONG ANAKJEMAT

Mengaku membenarkan tesisl Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Makumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesisl Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik , Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunakan PengkaJan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesisllaporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. I.A'

5. * Sila tandakan ~

D SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

D CJ TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

Oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

;~

~~J~ ~~---------_£_- .------------ -- tr" ..-------;---- ­

Tan atang~ Penulis . Tanda angan Penyelia

Tarikh: \~61, Tarikh: \0 Me-I :lOC6

Alamat Tetap:

Lot 7379, No.661E, Lrg.5, Taman Matang Jaya, 93050 Kuching, SARA W AK.

Catatan: *Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah. Sarjana danSarjana Muda. * Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

11

I

I

Page 4: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

_ ______ _

,....

Projek bertajuk "Aplikasi Video Dalam PeDgbasiiaD Karya SeDi Tampak Di Malaysia"

telah disediakan oleh Ayong ADak Jemat @ Alex, nombor Matrik 9825, dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazab SarjaDa

Muda Seoi GUDaao dengan Kepujian Seni Halus •

Diterima unh l< diperiksa oleh :

I __________.t___~___

( Encik Anuar Ayob )

Tarikh :

lOMe1 2.00",

III

I

Page 5: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

.....

I

PENGHARGAAN

Dalam usaha saya menjalankan kajian berkenaan penulisan ilmiah saya ini, saya

ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua staf Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif yang telah sudi memberikan kerjasama baik secara langsung mahupun

secara tidak langsung.

Kepada Encik Anuar Ayob, selaku mentor serta pensyarah penyelia penulisan i1miah

dan Projek Tahun Akhir (PTA) saya, segala bimbingan, pandangan, teguran serta tunjuk ajar

yang telah diberikan kepada saya selama ini, sesungguhnya saya amat menghargainya. Untuk

pensyarah FSGK yang lain pula, jasa anda semua tidak akan saya lupakan malah ianya tetap

saya ingati sampai bila-bila.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain, terima kasih kerana telah sudi

memberikan segala kerjasama kepada saya sepanjang tempoh kita bersama.

lV

Page 6: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

l"usat Khidmat M aKJUmat AKaaem UNIVERSITI MALAYSIA SARAWA.

041()() KOla Samaral1an

KANDUNGAN

Tajuk: Muka Surat

Pengesahan ................................................................. .

Borang Pengesahan Status Tesis/Laporan .............................. 11

Abstrak ..................................... :.............................. .

Lampiran .................................................................... 25 - 29

LaIllpiran 3 .................................................................. III

Penghargaan ...... ... ...... ...... ... ... ........ ....... .................. ..... iv

Pendahuluan ......... ............ ...... ............ ...... ...... ................. 2

Analisis Kajian ........................................................... ... 4

Kajian Masa Lepas .. , ...................................................... 11

Kenyataan Masalah ......... " . ... ... ... . .. .... . . ... . . . ... . . . . . ............ ... 12

Metodoloji Kajian .......................................................... 13

Hipotesis Kaj ian ................................ '" . ... ... . ..... .... .. ... ... 15

Objektif Kajian ............................................................. 15

Karya Rujukan, .............................................................. 16

Karya Artis . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. 16

Perbandingan Kaya.......................................................... 17

Karya Periabdi . .. .. . . . . . . . .. . .. . . .. .. . .. . .. . .. . . .... . . . . . . . .. . . . . ............. 19

Kupasan Isu Yang Disampaikan ......................................... 19

Kesimpulan ... ... ... .. . . .. . . . . . . . . . ... . . . . ... .. . . . .. . . . . ... . .. . .. . .. . .. ..... 22

Bibliografi ................................................................... 24

v

Page 7: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

ABSTRAK

Aplikasi video dalam penghasilan seni tampak di Malaysia wujud pada sekitar tahun

1980an yang bertitik tolak daripada evolusi yang berpusatkan medium elektronik sebagai

medium pilihan untuk berkarya. Justeru, perkembangan teknologi maklumat yang melanda

dunia membawa bersamanya penemuan baru yang berkonsepkan teknologi dalam seni dalam

penghasilan karya seni tampak. Artis seni tarnpak di Malaysia juga turut menerokai bidang

barn ini yang merupakan satu kaedah baru dalam menghasilkan karya, jauh menyimpang dari

kaedah konvesional. Dari dulu hingga kini perkembangan seni video ini masih terbatas

walaupun banyak pihak telah berusaha memperkembangkannya.

1

1

Page 8: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA

SENI T AMPAK DI MALAYSIA

Peodahuluao

Aplikasi Seni Video dalam penghasilan karya seni tampak di Malaysia bolehlah

dikatakan sebagai satu penemuan amalan baru dalam dunia penghasilan karya seni di negara

kita. Kemajuan pesat yang dicapai oleh negara dalam bidang komunikasi atau lebih tepat lagi

daLam bidang media masa, telah memperlihatkan satu evolusi baru dalam menonjolkan

pelbagai corak karya seni tampak, baik yang berbentuk catan,atau menggunakan pelbagai

medium dari medium konvensyenal, hinggalah ke satu lagi medium yang mungkin

mencetuskan paradigma baru dalam penghasilan karya seni di Malayisa, iaitu penggunaan

video untuk menghasilkan satu bentuk karya seni.

Menurut Kamus Dewan terbitan tahun 1998- Aplikasi membawa maksud

menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan , atau perihal mengaplikasikan sesuatu.

Video pula diertikan sebagai alat untuk merakamkan dan menayangkan filem yang

mengunakan pita video. Pita video bermagnet yang digunakan itu pula boleh merakamkan

gambar dan suara sekaJigus dan televisyen dijadikan monitor untuk menayangkan apa yang

telah dirakamkan itu. Justeru, ApJikasi video dalam penghasilan karya seni itu adalah

bermaksud seseorang pengkarya seni ( artis ) itu memilih serta menggunakan secara praktik

perakam video untuk mengucapkan ( mempertontonkan ) hasH karya seni yang telah

dirakamkannya terlebih dahulu. Televisyen dijadikan sebagai monitor utamanya untuk

enayangkan rakaman atau hasil karya seninya yang telah dibuat.

2

Page 9: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,.....

Dalam dunia yang semakin mengagong-agongkan sistem interaktif multimedia, para

artis yang aktif berkarya tidak ketinggalan juga menerokai pelbagai bentuk media baru,

semata-mata ingin mencari satu bentuk kelainan daripada amalan atau ali ran seni yang sedia

ada. Justero, artis-artis yang menggunakan video sebagai medium utama mereka untuk

berkarya, secara tidak langsung mereka dapat merasai bahawa satu medium dengan medium

yang lain itu sentiasa berkaitan, malah segalanya berkait ( Cotton: 1993 ) serta saling perlu

memerlukan antara satu bahan dengan bahan yang lain. Video itu sendiri contohnya,

televisyen digunakan untuk menayangkan hasil karya seni yang telah dirakamkan kepada

" I audien. Malah, televisyen disebut juga sebagai ibu kepada seni video ( Hasnul J Saidon; 2000)

kerana video dan televisyen sentiasa berkaitan antara satu sarna lain apabila mengetengahkan

karya seni video .

Dalam kajian penulisan ilmiah saya ini, saya hanya mengupas tentang kewujudan

artis-artis di Malaysia yang menggunakan video ini sebagai medium utama mereka untuk

mengucapkan karya seni. Kewujudan seni video di negara kita ini, boleh dikatakan masih

dipinggiran, (Hasnul Jamal Saidon, 2000) malah memperkatakan tentang seni video, kita

tidak akan dapat melarikan diri dari mengaitkannya dengan kehadiran teknologi maklumat dan

telekomunikasi yang serb a canggih,malah kian berkembang dengan pesat yang sekaligus telah

merubah senario kelangsungan seni video itu sendiri.

Artis seni video di Malaysia juga tidak ketinggalan turut menongkah arus cabaran

dunia leT ( 1m/ormation and Cummincation Technology). Malah sekaligus ianya memberi

banyak ruang untuk mereka berkarya dengan mengaitkan kepenggunaan video dengan

3

Page 10: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,..... ,.

I'

teknologi baru serba canggih serta mencantumkan pelbagai aspek dan unsur seni yang canggih.

Hasilnya, aplikasi video yang digunakan dalam pengucapan seni mereka itu sungguh hebat

hasilnya. Malah sekali lagi, mereka melangkah ke depan dengan satu azam, artis seni video

berupaya juga mengharungi pelantar ''pe/bagai dimensi" dalam arus penghasilan karya seni

mereka. Sesuai dengan ledakan teknologi maklumat yang melanda dunia pada ketika ini.

Analisis Kajian :

Pengelibatan Artis Malaysia Dalam Seni Elektronik dan Video.

Awal kemunculan seni video di Malaysia, yang bolehlah dikatakan menerima

bahang kemunculan seni video ini dari barat, sesungguhnya seni video ini bolehlah dikatakan

satu revolusi barn dalam sejarah seni tampak di Malaysia pada ketika itu. Apa tidaknya, seni

video ini wujud hasH daripada cebisan fahaman para pengkarya ( arlis ) fahaman Dada, Fluxus

juga Konseptual, yang bagaikan mahu melarikan diri daripada berkarya menggunakan medium

yang sedia ada. Justrn, karya Pop Art yang begitu cenderung bermain dengan pemikiran­

manipulasi minda, yang di dalamnya terkandung tanggapan dari para peminat seni tampak itu

sendiri, adakah hasil pengkarya itu bersifat seni ?

Tidaklah menghairankan kerana ali ran ledakan kemajuan dalam teknologi maklumat

yang berpusat di negara barat itu, tidak boleh tidak bahangnya tetap ada juga di negara kita.

Senario seropa terjadi di dalam kewujudan seni video di Malaysia itu sendiri. Artis seni video

4

Page 11: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,......

barat, Bruce Nauman dengan seni videonya bertajuk Green Light Coridor, yang dihasilkan

pada tahun 1970 itu telah memperlihatkan seni video atau karya video artis ini telah cuba

menampilkan ciri-ciri terkini (pada lretilea itu) dengan menampilkan eksplorasi seni dan

teknologi.

Awal kemunculan seni video di Malaysia, boleh dibilang dengan jari jumlah artis

kita yang berani menceburi aliran seni ini. Ini kemungkinan disebabkan seni lukis di Malaysia

terlebih dahulu bertapak dengan kukuh dengan menyaksikan begitu ramai para pelukis tanah

air yang aldif berkarya dan artis kita yang terlibat dengan seni video ini juga adalah golongan

artis atau pelukis ( artis sen; tampak ) yang mencuba untuk berkarya menggunakan medium

lain. Bukan sebagai escapisme. tetapi mungkin juga sekadar mencuba medium baru atau

sengaja membuat eksplorasi seni dengan mengabungkan pelbagai teknik dan bahan.

Kita cukup berbangga dengan kemunculan Allahyarham Ismail lain yang

merupakan satu-satunya insan seni tampak Malaysia yang berani melopori seni digital di

Malaysia. ( Vincent, 1988 - Nasyid. 1988). Walau pada hakikatnya, karya yang dihasilkannya

bukanlah menggunakan medium video dan televisyen, tetapi, teknologi cetakan berkomputer

yang digunakan oleh beliau adalah merupakan titik tolak kepada penghasilan seni digital yang

lebih canggih, sesuai dengan kewujudan ledakan teknologi maklumat yang melanda dunia pada

ketika itu. Mungkin ketika Ismail lain aktif berkarya, kamera video belum lagi dipasarkan

secara meluas. Kalau ada pun mungkin harganya terlalu mahal untuk seorang artis seni video

yang belum tentu boleh menjamin pulangan yang lumayan. Bayangkan juga kalau Ismail lain

menggunakan atau mengaplikasikan video dalam menghasilkan karyanya seni.

5

Page 12: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

Di negara kita, Balai Seni Lukis Negara telah memainkan peranan yang penting

dalarn usaha mengetengahkan para pengkarya seni yang berusaha menggunakan video sebagai

medium utama mereka untuk berkarya. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah berjaya

mencungkil bakat-bakat muda (artis baru) yang turut mengaplikasikan penggunaan medium

video dalam menghasilkan karya mereka. BSLN telah berjaya mengadakan beberapa

pertandingan yang berkaitan dengan seni tampak di Malaysia, juga yang berkaitan dengan seni

video. Antaranya ( sekadar menyebut contoh ) Bakat Muda Sezaman 1988, dan International

Video Festival, 1990, juga Video Art Festival, 1994. (Katalog Bakat Muda Sezaman, 1988 dan

International Video Festival, 1990 dan Video Art Festival, 1994).

Melalui usaha BSLN ini telah melahirkan nama - nama insan seni tampak yang

berani mengaplikasikan penggunaan video dalam mengetengahkan karya mereka. Nama-nama

artis seperti Hasnul Jamal Saidon, Kungyu Liew, dan Wong Hoi Chon~ (sekadar menyebut

nama beberapa orang artis sebagai contoh ) lahir melalui melalui usaha BSLN yang

sesungguhnya ingin melahirkan seberapa ramai artis seni video atau seni elektronik bagi

menyahut cabaran ledakkan teknologi maklumat yag melanda negara dewasa ini. Jelasnya,

BSLN ingin melahirkan artis-artis seni tampak Malaysia yang bukan sahaja menggunakan catan

dan kanvas ( lukisan dan catan ) untuk berkarya, tetapi ingin melihat agar artis seni tampak di

Malaysia dapat memperaktikkan serta mengaitkan seni dengan teknologi. Maiah teknologi

yang wujud sarna sekali tidak mengasingkan seni, juga mampu bekerjasama sebagai satu

proses ataupun orientasi objek seni. (Wan Jamarul Imran, 2000).

Namun sebelum kewujudan pengaplikasian seni video di Malaysia, ada beberapa

CUI_ ill berani daripada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang ingin menceburi bidang ini

6

Page 13: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

untuk diketengahkan. Universiti Sains Malaysia (USM) misalnya, pemah mencipta seni rupa

dalam bentuk robotik sekitar lewat 80an. Untuk diketengahkan sebagai projek tahun akhir,

Latif Kamaludin bersama dengan Ray Langenbach telah mengusahakan penggunaan media

elektronik yang menggunakan sistem litar tv dalaman yang bertemakan kritikan dan komentar

temadap hubungan antara media massa eletronik dengan pemantauan politik dan propaganda

peperangan. (Saidon & rajah, 1997).

Universiti Teknologi Mara ( UITM) juga tidak ketinggalan dalam percubaan untuk

menghasilkan karya seni elektronik ini melalui pensyarahnya iaitu Kamarudzaman Mat Isa.

Kamarudzaman menggunakan komputer Amiga untuk menjana imajan-imajan elektronik pada

era di mana penyuntingan imajan secara digital tetapi masih lagi di tahap primitif. Penerokaan

Kamarudzaman ini telah melengkapkan penerokaan awal berkenaan seni yang me'libatkan

penggunaan medium elektronik yang pemah dipelopori oleh Ismail Zain berkenaan kolaj

digital, yang dipamerkan semasa beliau mengadakan pameran solo pada tahun 1988.

Penerokaan kolaj didigtal yang seumpama ini (yang pernah dipelopori oleh Ismail

lain) turut di peraktikkan juga oleh beberapa orang artis tanah air yang tidak mahu

ketinggalan untuk menceburi seni elektronik ini. Karya seni yang berkonsepkan Cetakan

digital ini telah diteruskan oleh artis - artis seperti Ponirin Amin, Bahaman Hashim, dan juga

Suhaimi Tobid. (Saidon & Rajah, 1997).

Era video pula menyusul selepas itu, iaitu lewat 80an. Liew Kung Yu dan Wong

Hoy Chong ( dua artis in; sudah dinyatakan di atas tadi) merupakan antara pengkarya atau

awal tempatan yang mengaplikasikan video dalam menghasilkan karya mereka.

7

1

Page 14: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

r

Penerokaan awal mereka ini telah membawa kepada penggunaan konsep multidisiplin dalam

proses menhasilkan karya mereka, yang telah mencetuskan satu konsep baru dalam kaedah

berkarya menggunakan medium video. Liew Kyung Yu dengan karyanya bertajuk "Passage

Through Literacy" (Liew Kyung-Yu, 1988), dan Wong Hoy Cheong dengan karyanya bertajuk

"SookChing'. (Wong Hoy Cheong,1990).

Karya Kung-Yu memberi komentar tentang jurang antara generasi muda yang

terdidik oleh pengaruh media masa dengan generasi tua masyarakat Cina yang berbekalkan

semangat imigran 'meneroka kehidupan baru'. Sementara "Sook Ching" karya Wong Hoy

Cheong merupakan sebuah karya yang berbentuk dokumentari yang berintikan sejarah sebagai

sabjek utamanya. Ianya berkisar tentang penaklukan Jepun yang diolah semula berdasarkan

sudut pandangan peribadi beberapa responden yang pemah melaluinya. ( Katalog Bakat Muda

Sezaman, 1988 dan International Video Festival, 1990).

Pengkarya generasi 90an yang aktif berkarya mengunakan video sebagai

mediumnya ialah Faizal Zulkifli yang mana karya Faizal boleh dianggap sebagai antara

pemangkin kepada penggunaan video oleh beberapa orang pengkarya yang menggunakan

sistem litar tv . (video dan tv ). Antara artis lain yang terabit ialah Noor Azizan Rahman dan

Suhaila, yang menghasilkan karya mereka bertajuk "On Air" , pada tahun 2003. Selain

mereka berdua ini, Chia Meow Ling, Lau Mun Leng dan Muhd Faizal Sidik adalah antara

segelintir pengkarya muda yang pemah bereksprimentasi dengan video dan monitor tv.

(ulasan karya dalam catalog Bakat Muda Sezaman,2003).

8

I

Page 15: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

Pengkarya muda era lewat 90an Masnoor Ramli dan Ahmad Fuad Osman, dari

kumpulan Matahati telah menggunakan medium video untuk karya - karya pemasangan

mereka dalam pameran PL (/999). Karya bertajuk "Mat Jenin" oleh artis Ahmad Fuad

membawa penonton kealam surreal yang merakam 'angan-angan' seorang insan yang sedang

nazak menanti kematian di katil hospital. Masnor Ramli pula dengan karya bertajuk " Festival

99" yang merujuk kepada pergolakan politik orang Melayu pasea 1999. Dengan menggunakan

demam pilihanraya sebagai titik tolak kepada ide pengkarya. (Katalog Matahati PL,1999).

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) juga bergiat eergas dalam mengembangkan

seni elektronik ini. lni dapat kita lihat pad a 1996 Unimas telah menganjurkan "Jambori

Rimba" yang merupakan konsert multimedia dan karya pemasangan interaktif yang

berpusatkan penonton. Persembahan ini menggunakan bunyi-bunyian elektro-akustik dengan

diringi seni video yang berasaskan teknologi komputer. Dengan menggunakan imajan, bunyi­

bunyian hutan dan alat muzik tradisional masyarakat Sarawak yang disampel dan diproses

secara digital. Projek ini mengizinkan penonton meneroka seeara interaktif dalam bunyian dan

visual berkaitan dengan hutan dalam usaha memberi kesedaran ekologikal tentang hubungan

manusia dengan alam semulajadi.

Selain itu, Unimas juga mengusahakan projek "Wayang Virtuaf' pada tahun 1997,

yang mana "Wayang Virtual" ini di usahakan sebagai sebuah persembahan komtemperari yang

mengabungkan penggunaan karektor animasi 3D dengan karektor patung yang dipetik dari

persembahan wayang kulit. lanya mengabungkan kedua-dua elemen bunyi dan visual

berasaskan tradisi dan teknologi dalam persembahan seeara langsung.

( ~n & rajah,2000).

9

I

Page 16: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,....... r

Seterusnya Hasnul Jamal Saidun sendiri telah berjaya mendapat perlawaan

mengadakan pameran diperingkat antarabangsa dengan seni e1ektronik pemasangannya yang

bertajuk "Kdek! Kdek! Ong!" di pameran Asian Pacific Triennial of Contemporary Art ,

Brisbane, Australia. (1996). Sekaligus ianya dilihat sebagai satu pengiktirafan antarabangsa

terhadap usaha gigih artis tanah air dalam mengembangkan seni video di Malaysia.

Pertandingan Seni video Malaysia (Malaysian Video Awards) yang dirintis oleh

Moon K Chan dan pasukannya dari Malaysian Video Awards Council sejak 1994 dilihat

sebagai satu usaha yang pro aktif dalam usaha untuk mengembangkan seni video ini. Dengan

adanya anugerah seumpama ini, ianya pasti berjaya memperkembangkan minat masyarakat

terhadap seni video itu sendiri. Melalui pertanding seumpama ini juga, ianya telah berjaya

mencungkil bakat pengkarya muda seperti Tan Jin Ho yang menghasilkan karya bertajuk "A

Malaysian Friday" (2001) Karya beliau ini merupakan karya animasi yang diketengahkan

dalam bentuk seni video yang mengisahkan tentang kehidupan seorang penduduk kampong

yang digambarkan oleh Tan dengan begitu realistik, dan juga artis - artis seperti Zahir Zainal

Abidin, Cheah Yew Chung, Farhan Wahidi dan Nekhat Sultana Tarique. Pengkarya muda ini

menghasilkan karya berkumpulan mereka yang berjudul "Cut" (2002) yang merupakan

komentar mereka terhadap ketandusan ide-ide original dalam arus perdana filem - filem

tempatan.

Dengan tertubuhnya beberapa buah institusi pengaj ian tinggi di negara kita, ianya

sekaligus telah turut menyumbang kepada perkembangan seni tampak , khasnya yang

berkaitan dengan seni elektronik atau seni video ini. Antaranya termasuklah One Academy,

10

I

Page 17: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

,.......

Lim Kok Wing Institute Of Creative Art, (LICT) Center For Advanced Design (Cenfad) dan

Multimedia University (MMU) ( sekadar menyebut beberapa contoh ).

Adalah diharapkan negara kita berjaya menjadikan seni video ini sebagai satu lagi

cabang seni yang popular, malah diharapan ianya juga mampu mengangkat martabat seni

tampak di Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kajiao Masa Lepas

Kajian masa lepas berkenaan aplikasi video dalam mengetengahkan karya srtis,

khasnya di Malaysia hanyalah berkisar secara minority atau secara sampingan sahaja. Ini

disebabkan bilangan pengkarya atau artis Malaysia yang terlibat dalam menghasHkan karya

menggunakan medium video agak kecil bilangannya. Jelasnya, kelahiran seni video yang juga

merupakan rentetan dari aliran Dadaisme, Fluxus serta seni konseptual yang hampir dengan

pendekatan seni video belum lagi menerima sambutan yang diluar dugaan di Malaysia. Malah

ianya masih lagi dalam peringkat memperkembangkan lagi pengaruh seni video yang

mengabungkan penggunaan perakam video dan televisyen yang diadun serta disunting dengan

teliti menggunakan komputer, sebelum hasil karya itu dipersembahkan ke khalayak ramai.

Peneroka awal artis yang mengaplikasikan penggunaan video dalam pengucapan

seninya tidak lain dan tidak bukan iaitu Num June paik pada tahun 1965. Namun di Malaysia

pengaplikasian video dalam menghasilkan karya seni hanyalah diperaktikan secara aktif oleh

-:..- .. rtis seperti, Hasnul Jamal Saidon, Wong Hoy Chong dan Kungyu. Itupun hanya

11

l I

Page 18: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

diketengahkan pada Video Art Festival 1994 yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara. Ini

diikuti oleh pameran solo Hasnul Jamal Saidon pada tahun 1997 di Hyperview yang mana

beliau telah memperkenalkan kolaj digital yang digabungkan dengan interaktif multimedia

serta seni video. Kemudian, seni video terus dikembangkan dengan menyertai pameran

Ekplorasi yang mana pameran ini telah diadakan di Galeri Petronas pada 1997, yang masih

juga memperlihatkan penyertaan artis yang sarna yang diketuai oleh Hasnul Jamal Saidon .

Perkembangan seni video di Malaysia dewasa ini mungkin akan menjurus kepada

pengelibatan para karyawan artis seni tampak yang lain dengan Ilebih aktif dewasa ini

memandangkan kini kehadiran teknologi maklumat (ICT - Information and Communication

Technology) yang serba canggih telah membawa perubahan radikal kepada kelangsungan seni

video ini.

Justru, semakin ramai para artis seni tampak di Malaysia yang akan

mengaplikasikan penggunaan video ini sebagai wadah utama untuk mereka berkarya.

Kenyataan Masalah

Dalam proses saya membuat kajian untuk penulisan ilmiah saya Inl, masalah­

masalah yang saya hadapi adalah seperti berikut :­

i. Susah bagi saya untuk mencari maklumat terkini tentang sejarah pengapilkasian

video dalam penghasilan karya seni di Malaysia, secara lengkap. Ini disebabkan

12

Page 19: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

setakat ini tidak ada buku ilmiah yang membicarakan khusus tentang sejarah seni

video di negara kita ini. Kalauada pun, ianya agak terhad.

ii. Maklumat yang diperolehi dari bahan-bahan yang saya dapat selalunya serupa

isi kandungannya. Justru, saya agakkeliru fakta mana yang harus didahulukan dan

fakta mana yang harus dikemudiankan.

iii. Maklumat-maklumat di website selalunya tidak "up to date" dan keadaan ini

menyukarkan saya membandingkan maklumat yang betul-betul sesuai dengan

kehendak penulisan ilmiah saya.

iv. Sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan tajuk penulisan ilmiah saya

hanya diperolehi melalui katalog-katalog pameran, website yang berkaitan serta

buku-buku berkaitan tajuk yang terdapat di perpustakaan. (CAIS).

Metodologi Kajian

Kajian saya ini hanyalah berkisar tentang penggunaan atau aplikasi video dalam

mengbasilkan karya seni visual (seni tampak ) di Malaysia pada awal kemunculan seni video

ini. Justru, merujuk kepada karya-karya yang terdahulu, saya dapati penggunaan video dalam

menghasilkan karya seni di Malaysia ini agak terbatas. Penglibatan para artis yang serious

menggunakan medium ini juga masih kurang. Oleh itu, segala paparan maklumat yang saya

perolehi agak. terbatas, saya cuma bergantung kepada rujukan di internet, katalog-katalog

l3

Page 20: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

pameran, dan agak kurang buku-buku ilmiah yang membicarakan tentang penggunaan medium

video yang mengkhusus membicarakan penglibatan artis Malaysia dalam seni video.

Berikut merupakan metodologi kajian yang saya gunakan dalam usaha saya

mengkaji tentang penglibatan artis Malaysia dalam menggunakan medium video untuk

menghasilkan karya seni mereka ketika sejarah awal kewujudan seni video di Malaysia.

i. Penyelidikan di internet dengan melayari laman web yang terpilih yang ada

hubungkait dengan paparan tajuk yang saya pilih sarna ada di Malaysia mahupun di

peringkat global.

H. Membacajoumal, majalah akademik, bahan media cetak lain yang berkaitan dengan

tajuk.

iii. Kajian di CAIS dengan merujuk buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan seni video

di Malaysia khasnya, dan peringkat global amnya.

Iv. Penyelidikan tentang.pendekatan (approach) karya video artis terdahulu khasnya di

Malaysia ataupun di peringkat global untuk mencari kesesuaian atau sebagai bahan

rujukan untuk menghasilkan karya seni video. ( seni video ).

v. Mendapatkan maklumat tentang seni video di Malaysia dengan berbincang bersama

pensyarah penyelia, artis terbabit mahupun rakan pelajar yang lainnya.

14

Page 21: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

i.

'''u 'at hidmal Ma lu t UNIVE m MALAY IA ARA:

Q4100 KOla Samarah;tQ

IIipotesiI Kajian

Kajian saya ini banya berkisar tentang aplikasi video sebagai wadah untuk

menbasilkan karya seni di Malaysia. Justeru, kajian saya hanya menjurus kepada penglibatan

artis seni tampak Malaysia dari permulaan seni video bertapak di Malaysia hingga kini yang

aktifberkarya menggunakan video sebagai medium pengucapan seni mereka.

Diharapkan juga, hasil kajian saya ini akan mengetengahkan kuantiti sebenar art is

. tampak Malaysia yang turut terlibat menjadikan video sebagai medium untuk

mengetengahkan hasil karya mereka., yang berdasarkan kepada elemen - elemen penyertaan

serta bahan-bahan yang dicatat dalam mana-mana catatan rasmi yang mengiktiraf artis terbabit

sehagai seorang artis yang menggunakan video dalam mengutarakan hasil seninya.

Objekdf Kajian

Saya ingin membuat kajian berkenaan aplikasi video dalam penghasilan karya seni

di Malaysia dengan harapan :-

Mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah awal berkenaan penggunaan video

oleh artis - artis seni tampak di Malaysia pada awal kemunculan seni video ini.

il. Mengenalpasti apakah kesan secara langsung dan tidak langsung ledakan leT kepada

perbmbangan seni video dari mula kewujudannya hingga kini.

15

Page 22: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

ill. Teknologi maklumat dikatakan sebagai "mematikan" langsung seni video pada

tcknikalnya. Justru saya ingin mengetengahkan maklumat-maklumat yang

mcnyebabkan penyataan di atas itu betul berpandukan kepada pengabungan dengan

teknologi digital ketika ini yang sekaligus teknik asas seni video dipinggirkan.

Untuk projek tahun akhir saya, saya telah memilih untuk menggunakan medium

video sebagai alat untuk saya mengetengahkan karya saya. Sesuai dengan tema yang diberikan

bpada kami pada tahun ini, iaitu Ekspiorasi seni Dan Teknoiogi, aplikasi video sebagai alat

untuk. mengucapkan karya dilihat sebagai menyahut cabaran bahawa seni dan teknologi itu

bolcb bergerak bersama, malah saling perlu memerlukan dalam usaha menghasilkan karya seni

JIIII beorientasikan teknologi, sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat

dewasa ini.

---"-Artis

Untuk menghasilkan karya seni video saya, saya telah mengkaji tentang kesesuaian

konsep dan ciri-ciri pendekatan yang digunakan oleh artis - artis seni tampak di Malaysia

II1IIwpun artis seni video dari negara barat yang menggunakan medium video ini untuk

)elary:L Saya tertarik deogan hasil karya artis seni video Malaysia, iaitu Hasnul Jamal

16

Page 23: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

beUau.

r--,.-..dingan Karya

peopruh fesyen dari barat.

~

SUa dengan karyanya yang bertajuk "Fashion Parade, The Smiling Van Gogh And Gaugin"

dibasilkannya pada tahun 1997.

Saya memilih karya artis ini kerana ianya sesuai dengan konsep yang ingin saya

bteDgahbn melalui karya seni video saya. Karya Hasnul ini merupakan isntalasi video yang

berlatar belakangkan catan kanvas bagi menguatkan lagi mesej yang ingin disampaikan oleh

Pendekatan yang Hasnul gunakan dalam hasil karyanya ini begitu sesuai dengan

paIdekatan atau konsep yang ingin saya sampaikan dalam hasil karya projek tahun akhir saya.

Artis Rujukao:- Hasoul Jamal Saidoo

FtIIdIIM Parae, The Smiling Van Gogh And Gaug;n"

Karya Hasnul yang bertajuk "Fashion Parade, The Smiling Van Gogh And Gaugin"

ito telah menyampaikan kritikan peribadi beliau terhadap kegilaan masyarakat kita terhadap

Penerimaan pengaruh fesyen dari barat ini telah menyebabkan

muyarakat kita pada masa itu ( ketika karya itu dihasilkan) menerima dengan bulat-bulat

peapruh pakaian barat, tanpa merujuk kepada amalan dan budaya hidup masyarakat timur

(IfIIIqQI'Qlcat Malaysia) yang hidup penuh dengan adap dan sopannya.

8agi saya, kritikan peribadi Hasnul ini masih relevan hingga kini kerana kegilaan

_yarakat terhadap pengaruh fesyen dari barat mahupun pengaruh fesyen dari timur ( dari

kian ketara, malah ianya kini telah menjadi satu trend yang cukup popular yang

17

Page 24: APLIKASI VIDEO DALAM PENGHASILAN KARYA SENI TAMPAK DI …

_

'.

IIDIJIUl·1D dengan kalangan remaja. Malah ianya telah menjadi satu trend global yang dialami

setiap penduduk di negara-negara maju yang dipelopori oleh Amerika Syarikat, Britain,

Penmchis, Jepun, ( selcadar menyebut beberapa negara contoh ) dan juga dunia ketiga turut

1IIaIerima babang ini yang wujud dan menjadi satu rangkaian budaya global yang kukuh

berIapak eli setiap minda para penduduk negara tersebut. Justru, di sana sini kita dihidangkan

"!!po pemandangan yang kurang elok pada cara para remaja kita berpakaian, yang seakan­

tidak cukup bin, terlalu ketat dan sendat, atau sebagainya. Maka kalau dinilai dari sudut

pepupn kepercayaan kita, kritikan Hasnul melalui karya beliau ini ada benamya. Malah,

bagi saya karya beliau ini boleh memberi ingatan kepada audien bahawa pengaruh fesyen dari

itu sentiasa dialami oleh mana-mana negara di dunia ini atas sebab perkembangan pesat

•scgi tekonolgi pembuatan dan permintaan hebat dari seluruh penduduk dunia.

Terpulanglah kepada diri individu terbabit untuk menilai kebaikan, kesesuaian atau

__1Il memilih mana-mana fesyen atau pakaian yang sesuai dengan diri sendiri atau dalam

lain, lepuk dada, tanyalah selera.

18