aplikasi dalam organisasi

11
APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI Oleh: Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh 1 } ا ن إ ا ا ا و و ا ا ا ا ا أ ن { Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Hasyr: 18) Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan Allah SWT supaya bertaqwa, Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksud yang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah. Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan atau kisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimport ilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupan seharian mereka. Kemudianya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka. 1 Penolong Pensyarah, Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU)

Upload: kaizan-nazlan

Post on 18-Dec-2014

620 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi dalam organisasi

APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI

Oleh:

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh1

9( :9��ن4( أ674( ا��345 2'0�ا ا ���ا ا���� و01�/. -,+ '( )#�'& �$# وا ���ا ا���� إن� ا���� ��{; .<{

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan

memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah

kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

(Surah al-Hasyr: 18)

Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan

dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah

pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi

golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan Allah SWT supaya bertaqwa,

Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksud

yang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah.

Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan atau

kisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimport

ilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupan

seharian mereka. Kemudianya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka.

1 Penolong Pensyarah, Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU)

Page 2: Aplikasi dalam organisasi

Perihal pakej kepimpinan organisasi sudahpun dirakamkan di dalam Surah an-Naml ayat 15 dan 16,

penyelesaian terhadap perbezaan pandangan ada di dalam Surah al-Anbia’ ayat 78 dan 79,

mewujudkan sistem birokrasi2 dalam pentadbiran ada dalam surah an-Naml ayat 17, mengenai pakej

pekerja organisasi ada di dalam Surah an-Naml ayat 20, ketegasan pemimpin, sikap pengerusi

mesyuarat, mengambil kedatangan sebelum memulakan mesyuarat dan sebagainya sudah terakam di

dalam al-quran. Perkara sebeginilah yang perlu diterokai oleh umat Islam dan seterusnya

memperkenalkannya kepada dunia dengan bahasa yang semasa untuk diaplikasi manusia bagi bagi

membawa Islam kembali menaungi alam

PERIHAL AYAT TAQWA

Tidak kurang dari empat puluh enam (46) kali Allah SWT menyebut perihal taqwa samada dalam bentuk

amar (kata suruh), mahupun pernyataan. Dan setakat pengetahuan penulis, tidak ada khilaf dari kalangan

ulama’ bahawasanya kalam Allah SWT adalah mukjizat lafaz dan maknanya. Namun, kegagalan umat

Islam mengeluarkan kehebatan susunan, hikmah arahan al-Quran membuatkan al-Quran hanya sekadar

menjadi sumber pahala dan bahan pengajaran di dalam kelas.

ANALOGI

Sebagai seorang ibu dan ayah, apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ingin menyampaikan suatu

amanat yang AMAT PENTING kepada anak. Manakah antara berikut akan menjadi pilihan utama

tindakan kita?

1. Panggil acik dan berpesan kepada beliau agar sampaikan maklumat ini kepada along.

2. Memberikan maklumat kepada acik dengan nada yang kuat (menjerit) agar disampaikan kepada

along.

3. Memberikan maklumat kepada along dengan nada yang kuat (menjerit).

4. Memanggil along untuk berjumpa, saling menghadap lalu disampaikan maklumat tersebut.

Yang mana satukah pilihan kita?

Saya mengirakan kita semua sependapat untuk memilih yang keempat kerana sesuatu yang diterima

secara dharurat (common sense ) sekiranya kita ada maklumat yang sangat penting, maka maklumat

tersebut harus disampaikan terus kepada orang yang hendak dituju secara terus.

Begitu jugalah dengan ayat di atas.

2 Dengan maksud literal iaitu mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir. Kamus DBP edisi ke empat.

Page 3: Aplikasi dalam organisasi

Sekiranya diperhatikan konteks ayat ini (k4lق ا)<n) tidak ada sebarang panggilan (دى)0' ) bermula dari ayat

1 hinggalah ayat 17, kenapa tiba-tiba sahaja Allah memberikan arahan selepas ‘bercerita’. Tidak lain tidak

bukan, pastinya kerana apa yang Allah nak sampaikan pada ayat ini tersangatlah penting.

MENGEKALKAN MA’THURAT TAFSIR

Benar sekali pernyataan di atas.

Kebanyakan pentafsiran (sepengetahuan penulis) akan menghuraikan sekitar taqwa dan setiap amalan

akan dibawa ke hari akhirat untuk dihisab. Para mufassirin menghuraikan dengan menggunakan kaedah

yang ma’thur atau kaedah yang ma’qul (menggunakan logic akal) mengikut kesesuaian zaman mereka.

Untuk penulisan ini, penulis tidak bercadang untuk mengulang semula apa yang sudah tercatat dalam

kutub tafasir (buku-buku tafsir), tetapi cuba untuk membawa para pembaca untuk melihat ayat taqwa ini

dari sudut pengurusan organisasi.

Dari itu, penulis luncurkan kertas kerja ini untuk diperbahas, dikritik dan dimurnikan dan seterusnya

dijadikan sebagai panduan dalam setiap gerakerja yang dilakukan di Muassasah Darul Ulum ini.

MEMAHAMII DALIL SELARI DENGAN KEPERLUAN SEMASA

Tidak ada khilaf bahawasanya metodologi pentafsiran haruslah al-quran dengan al-quran atau dengan

hadis atau dengan pentafsiran para sahabat (metod pentafsiran ma’thur). Namun, di samping itu ia juga

boleh dilihat dari sudut yang berbeza dengan SYARAT tidak lari dari disiplin pentafsiran. Maka, untuk

penulisan ini penulis akan menggunakan kaedah bahasa arab untuk melihat panduan al-Quran dalam

menguruskan organisasi.

Kertas kerja ini bukanlah untuk mentafsirkan al-quran dengan menggunakan ilmu alat moden seperti

sains, teori pengurusan dan sebagainya tetapi hanya untuk melihat ayat ini dari sudut yang berbeza.cara

melihat seperti ini juga boleh dilihat dalam hadis yang masyhur:

..qr�sأ q-�7�ا آ9( رأ914�s3..و

Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang imam, maka ia memberi maksud pergerakan

imam mestilah mendahului makmum.

3 Sahih: Sahih Bukhari nombor 595

Page 4: Aplikasi dalam organisasi

Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang makmum, maka ia memberi maksud pergerakan

makmum mestilah seusai pergerakan imam.

Sekiranya kita melihat dari sudut seorang sikap makmum, apakah dia dilarang secara mutlak (haram)

untuk melihat selain dari tempat sujudnya(namun digalakkan untuk melihat tempat sujud)? Tidak, ini

kerana Nabi SAW berpesan agar melihat pergerakannya terlebih dahulu, maka ini bermakna para sahabat

perlu melihat ke hadapan, melihat imam, bukan hanya tempat sujud. Sekiranya haram mutlak, nescaya

Nabi sAW pasti akan melarang.

Sekiranya kita melihat dari sudut seorang keutamaan solat berdua atau ramai, maka hadis ini

menunjukan keutamaan solat secara beramai-ramai. Ini kerana pesanan Nabi SAW ini disebut secara

jama’ (plural)dan bukan mufrad (singular)atau muthanna (bermaksud dua).

Sekiranya kita melihat dari sudut sikap yang perlu ada bagi umat Islam ialah sentiasa berda’wah

samada dengan perilaku ataupun percakapan. Maka, berdsarkan hadis ini, berda’wah dengan menunjukan

perilaku akan lebih memberikan impak kepada sasaran da’wah.

Sekiranya kita melihat dari sudut kenegaraan, seorang Perdana Menteri perlulah daripada orang yang

boleh memimpin rakyatnya menunaikan solat, mendidik rakyatnya agar sentiasa mendahulukan Allah.

Dan keutamaan (sekiranya semua orang mempunyai kelayakan yang sama) untuk menjadi imam ialah

pemimpin organisasi.

Dan banyak lagi. Semuanya diambil dari hadis yang sama, Cuma cara memandang yang berbeza.

Semuanya sesuai digunakan mengikut sasaran dan subjek diskusi.

Samalah seperti melihat al-quran dari teropong sains. Ia bukan bermasud mentafsirkan al-quran, Cuma

melihat ayat al-quran dari sudut yang berbeza. Sebaagi contoh

#��w-وأ xy��); م ا��0(س�0�( ا��#4# �>� أر0�n( ر0r<��); )0�n(ت وأ-0�w( ':6~ ا�{1(ب واw<9�ان �>�

�ي� w4w�;�س �#4# و'0(�� �0��(س و�>:�~ ا���� '3 04�.� ورn�� ;(�$>� إن� ا���( �

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat

yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang

menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi

dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.

(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam

kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan

Page 5: Aplikasi dalam organisasi

kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-

rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi

Maha Kuasa. (al-Hadid: 25)

Sekiranya diamati, segelintir kitab tafsir (yang penulis dapati) menceritakan kelebihan besi dan

penggunaannya untuk sembelihan dan peperangan. Namun, para saintis moden mendapati keajaiban surah

ini. Kedudukan surah ini (nombor surah dan nombor ayat) menceritakan komposisi besi dan

penggunaannya untuk ilmu perubatan.4 Malangnya, semua penemuan ini dilakukan oleh saintis barat yang

akhirnya ditemui kasil kajian mereka oleh orang Islam dan melihat keselariannya dengan al-quran.

Persoalannya ialah kenapa umat Islam sendiri tidak mengeluarkan mukjizat-mukjizat yang ada di

dalam al-quran untuk dikaji dan dikembangkan.

MEMAHAMI ARAHAN TAQWA DALAM KONTEKS MODEN

Sekiranya diperhatikan pada ayat arahan taqwa, kita akan mendapati Allah menekankan aspek

pemahaman atau teori (inside in) dengan praktikal (inside out) (selepas ini akan banyak menggunakan

istilah inggeris ini). Sebagai contoh:

Hal yang sama juga para pembaca boleh dapati dalam ayat-ayat yang lain. Sebagaimana ayat di atas, ayat

ini juga mempunyai konsep teori (inside in) dan praktikalnya (inside out).

Penulis mengirakan konsep taqwa dengan ertikata mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala

larangan sudah diketahui umum dan tidak perlulah penulis menghuraikan dengan panjang lebar di sini.

4 http://www.harunyahya.com/articles/70miracle_of_iron.php

Page 6: Aplikasi dalam organisasi

Fokus penulisan ini ialah bagaimanakah pengaplikasikan konsep taqwa dalam pengurusan

organisasi berdasarkan ayat ini.

KAIZEN

KAIZEN ialah penambahbaikan secara berterusan. Benar, ayat di atas adalah berkenaan KAIZEN.

Secara ringkas maklumat berkenaan dengan KAIZEN yang diasaskan oleh Masaaki Imai (berasal dari

Jepun)5 ini adalah seperti berikut:

6

Bahkan pengamalan 5S yang banyak diamalkan di kebanyakan sektor kerajaan mahupun swasta di

Malaysia adalah dari buah fikiran orang Jepun. Shinkansen atau keretapi peluru (bullet train) adalah

contoh hasil pengamalan KAIZEN dalam kehidupan mereka.7

Mereka tidak pernah berhenti dari sentiasa membuat penambahbaikan.

BAGAIMANA ISTIDLAL KAIZEN DI DALAM AYAT

}وLMF NOELP <O QRS @TUVF وا;5IEا اDE7F إنE اABC DE7F@ <8> ;:578ن4( أ674( ا��345 2'0�ا ا ���ا ا���� { 5 http://www.kaizen.com/about-us/masaaki-imai-kaizen-founder-biography.html 6 http://www.valuebasedmanagement.net/methods_kaizen.html 7 Pembaca yang berminat boleh melayari alamat laman sesawang di bawah: http://en.wikipedia.org/wiki/Shinkansen#Early_proposals http://www.railway-technology.com/features/feature1216/ http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1892463,00.html

Page 7: Aplikasi dalam organisasi

Penulis dalam perbahasan ini akan memberikan fokus memahami ayat di atas dalam konteks pengurusan

organisasi.

Dari itu, pembaca akan dapati intipati penulisan ini tidak menggunakan kaedah ma’thur kerana penulis

mengirakan semua orang sudah memahami tafsir sebenar bagi ayat ini.

Penulis juga hanya akan menghuraikan perkataan-perkataan yang berkait rapat dengan maksud di atas

sahaja.

merupakan huruf ‘athaf kepada arahan sebelumnya. ‘athaf sebagaimana yang diketahui tidak :و

semestinya membawa maksud turutan atau kebersamaan ( k<:9ا�). Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud

menyambung )��:ا�( maksud ayat arahan berkenaan dengan taqwa dan juga membawa maksud spesifikasi

arahan Allah (specific order) selepas arahan umum untuk bertaqwa.

yang membawa maksud suruhan. Memandangkan ل iaitu huruf �م ا�'. pada perkataan ./01�: adalah ل

huruf ل ini merupakan sambungan arahan kepada suruhan taqwa, maka sebagaimana ka’edah yang

diketahui umum, kata suruh membawa maksud wajib selagi tidak ada dalil yang lain mengubah

maksudnya kepda maksud yang lain.

./0 : merupakan )ا��9(رع �:�( yang membawa maksud kata suruh kerana bersambung dengan .'م ا�� .

Buktinya juga juga boleh dilihat pada penghujung perkataan ini yang hurufnya berbaris sukun (ر ). Dari

itu, amat wajar untuk amati kerana ia berbentuk cakapan terus (direct conversation atau )��)�9ا� .

Sebagaimana analogi yang telah diberikan di atas, apabila Allah SWT memulai arahannya dengan

panggilan dan diikuti dengan cakapan terus ( ا��9(��( ia memberi satu gambaran bahawasanya arahan

yang bakal Allah berikan ini adalah sesuatu yang amat serius.

Di dalam ayat ini, Allah SWT menggunakan kalimah ./- berbanding .�; kerana faedahnya sangat besar

khususnya dalam konteks organisasi. Maksud perkataan ./- dalam konteks organisasi ialah hendaklah

kita membuat satu bedah siasat (post mortem) terhadap organisasi secara makro. Allah tidak

menggunakan dalam ayat ini .�; yang membawa maksud melihat atau melakukan bedah siasat sesuatu

itu sedalam-dalamnya (atomic post mortem) kerana bedah siasat hingga ke peringkat atom atau terlalu

micro akan mengambil masa yang sangat panjang dan menyusahkan bahkan kurang impaknya.

Page 8: Aplikasi dalam organisasi

&'�#( )' +,- : Di dalam entiti sesebuah organisasi, sumber tenaga pakar amat diperlukan. Allah

mengaitkan bedah siasat ini dengan kepakaran setiap sumber tenaga (+,-). Ini memberi makna

bahawasanya organisasi tersebut hendaklah melihat dan melakukan bedah siasat secara makro terhadap

segenap elemen dalam pentadbiran tersebut samada sistemnya, atau guna tenaganya atau silibusnya atau

prosedur operasi standardnya (standard operating procedure) dan lain-lain.

Hal ini boleh dilihat pada penggunaan perkataan )' di dalam ayat di atas. Sebagaimana di ketahui umum,

)' memberi maksud umum. Kejayaan sesebuah organisasi ialah kemampuan mereka memandu organisasi

tersebut dengan memahami keseluruhan perjalanan organisasi tersebut seperti sistemnya dan keselarasan

guna tenaganya. Namun, organisasi adalah berkenaan dengan kemanusiaan dan manusia tidak akan

terlepas daripada salah pandang (miss look) atau lemah tadbir. Dari itu, ikutilah saranan Allah Taala yang

Maha Pengetahui segala, untuk duduk sebentar dan memandang ke belakang melihat kepada hasil sistem,

silibus dan guna tenaga yang diguna dan dihasilkan setakat ini. Para pembaca pasti pernah mendengar

istilah penilaian separa penggal, separuh penggal, sepenggal, berehat sebentar (retreat), dan jawatankuasa

penambaikan sistem. Semua ini membawa maksud yang sama iaitu melihat semula hasil perjalanan

organisasi tersebut untuk dibuat penambahbaikan.

#$� : huruf ل di sini bukanlah memberi makna yang sama dengan huruf ل sebelumnya. Ini kerana huruf

ini membawa maksud tujuan ل sebelumnya membawa maksud arahan, namun huruf ل ) ا�1:�>�( . Itulah

maksud bagi teori pengurusan pendidikan iaitu pengurusan berdasarkan tujuan (management by

objective),pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jangkaan hasil (output based learning) dan analisa

SWOT (SWOT analysis). Semua teori-teori ini merupakan dapatan dan hasil eropah (barat) yang kita

ambil kerana melihat kepada keberkesanannya. Alangkah indahnya sekiranya sekiranya teori ini hasil

dapatan daripada umat Islam yang diambil daripada mu’jizat al-Quran.

Maka, sebelum ini penulis menekankan keperluan kepada organisasi untuk membuat bedah siasat

terhadap semua elemen yang ada di dalam organisasi. Persoalannya ialah untuk apa? Apa tujuannya?

Tidak lain tidak bukan ialah untuk penambahbaikan masa depan atau memperbaiki kelemahan. Sebagai

contoh (sekadar memberikan satu contoh sahaja) penulis tunjukan di bawah, bagaimana analisa SWOT

(S: Strength, W: Weakness, O: Opportunity, T: Threat) adalah bagi penambahbaikan masa depan dan

memberikan nilai tambah kepada masalah yang ada. Contohnya

Page 9: Aplikasi dalam organisasi

Dengan sikap semua masalah harus dilihat secara positif dan kolektif, ia boleh membawa kepada satu

inovasi yang baharu.

Kita sudah selesai membahaskan kepada keperluan membuat inovasi dan penambahbaikan, namun

bagaimana pula kita hendak mencari hikmah di dalam al-Quran berkenaan penambahbaikan berterusan

sedangkan di dalam ayat di atas tidak disebut.

Penulis tidak berhajat untuk membahaskan dari sudut usul fiqhnya � ؟ه� ا�'. 4,># ا�1{.ار أم kerana pembaca

lebih alim terhadap perkara sedemikian. Apa yang penulis ingin sentuh ialah pemahaman dalam teks itu

sendiri menyentuh berkenaan penambahbaikan berterusan.

ialah lafaz k$�)�' k$<s yang membawa maksud bersangatanlah ��>. : إن� ا���� ��>. ;9( :9��ن

mempunyai pengalaman dan keilmuan. Dan kalimah ini Allah SWT kaitkan dengan perkataan )' yang

sudah kita bahaskan tadi dan kalimat ن��9: yang disebut dengan lafaz kر�)�' (present and future tense).

Ini memberi satu indikasi bahawa Allah SWT akan sentiasa memerhatikan setiap penambahbaikan yang

Page 10: Aplikasi dalam organisasi

dibuat oleh organisasi tersebut samada sedang atau yang akan dibuat dan Dia Maha Pengetahui hasil

(output) yang akan terhasil daripada setiap perancangan kita.

Allah SWT tidak menggunakan perkataan ~<�:ا� atau .<ا��� kerana perkataan .<�� lebih menepati

maksud dan lebih diperlukan dalam ruang pengurusan organisasi. Pengalaman merupakan ilmu yang

paling berharga dalam sektor ini. Perhatikan sahaja khususnya dalam sector swasta, sekiranya

pengalaman menggunung, pastinnya gaji yang ditawarkan akan menggunung. Ini adalah harga bagi

kepakarannya dan pengalamannya.

Seorang yang pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak, sudah mengetahui sekiranya

berbuat begini dan begini pastinya hasil akan jadi begini. Tetapi sekiranya berbuat dengan cara lain pula,

akan jadi begini.

Sekiranya menggunakan baja itu, ini dan ini pastinya hasil akan jadi begitu dan begini.

Bagi renjer hutan yang sangat berpengalaman, dia pasti sudah tahu sekiranya pokok itu menunduk

sebegini, atau menegak sebegitu, pastinya perkara ini akan terjadi.

Allah sudah mengetahui apa yang sedang dan akan kita rancangkan. Dan Dia memerhatikan dengan

penuh maha berpengalaman.

Perumpamaannya manusia, sekiranya bos senantiasa akan datang memerhatikan kerja dan

penambahbaikan yang kita buat, apakah kita akan biarkan gerakerja kita statik tanpa ada perubahan?

Beranikah malas nak buat inovasi?

Bahkan.

MU’ASSASAH DARUL ULUM

Page 11: Aplikasi dalam organisasi

Kewujudan Mua’ssasah ini adalah hasil daripada orang yang berberkat, dengan tujuan yang berberkat

dengan guna tenaga yang berberkat.

Dari itu, saya menyeru semua pihak agar sama-sama kita berganding bahu untuk terus memacu

Mu’assasah ini untuk terus maju ke hadapan untuk mengepalai semua institusi pendidikan Islam yang

lain.

Dengan ruh islami,marilah sama-sama kita menghadham dan melaksanakan arahan Allah di dalam surah

ini untuk kita berubah agar terus maju bagi menghasilkan generasi rabbani sebagai pentadbir di bumi

bertuah ini.

Ayuh!