apakah rawatan, penjagaan dan sokongan yang ‘perlu dan ... · pdf filerisalah penerangan...

2
Risalah Penerangan www.lifetimesupport.sa.gov.au Bahasa Melayu / Malay P4 Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan Munasabah’? Adakah ‘berkaitan kecederaan’ sentiasa bermakna ‘rawatan, penjagaan dan sokongan’? Tidak. Anda mungkin anda keperluan berkaitan kecederaan yang bukan rawatan, penjagaan dan sokongan. Misalnya, anda mungkin perlu berjumpa peguamcara tentang tuntutan insurans anda. Meskipun berkaitan kecederaan, keperluan itu tidak memenuhi definisi ‘rawatan, penjagaan dan sokongan’ dalam Akta Kemalangan Kenderaan Bermotor (Skim Sokongan Seumur Hidup) 2013 dan dari itu tidak boleh ditanggung oleh LSA. Apakah khidmat yang ditanggung oleh LSA? Khidmat rawatan, penjagaan dan sokongan boleh meliputi: rawatan perubatan (termasuk ubat, pembedahan, imbasan, janji temu pakar dan X-ray) rawatan gigi pemulihan (termasuk fisioterapi, terapi kerja dan terapi pertuturan) pengangkutan ambulans penjagaan istirahat khidmat urus diri dan sokongan (termasuk pengurusan diri dan khidmat rumah tangga) alat bantu dan perkakas (termasuk kerusi roda, alat bantu pergerakan, katil, peralatan pernafasan dan alat komunikasi) prostesis latihan pendidikan dan vokasional pengubahsuaian rumah, kenderaan dan tempat kerja. Pihak Berkuasa Sokongan Seumur Hidup (LSA) membayar kos pelbagai khidmat rawatan, penjagaan dan sokongan, selagi berkaitan dengan kecederaan serta ‘perlu dan munasabah’. Apa ertinya ‘perlu dan munasabah’? LSA akan menimbangkan setiap permohonan anda untuk mendapatkan rawatan, penjagaan atau sokongan, lalu menentukan sama ada ‘perlu dan munasabah’ bagi anda. Dalam membuat keputusannya, LSA akan menimbangkan sejumlah faktor, termasuk: Berkaitan kecederaan – apa kaitan khidmat itu dengan kecederaan akibat kemalangan (misalnya, adakah X-ray diperlukan kerana kemalangan kenderaan, bukan kerana kecederaan/masalah yang memang dialami sebelumnya). Faedahnya bagi anda – bagaimana khidmat itu membantu mencapai matlamat anda untuk dapat berfungsi dan menyertai kehidupan seharian (misalnya, fisioterapi membantu kemampuan anda mendorong kereta roda). Kesesuaian khidmat itu – sama ada khidmat itu tepat untuk kecederaan anda (misalnya, apakah bukti bahawa hidroterapi merupakan rawatan paling berkesan bagi kecederaan anda dan matlamat anda? Apakah alternatif yang telah ditimbangkan / ditolak? Bagaimana kesesuaiannya dengan khidmat yang lain?). Kesesuaian pihak pembekal – sama ada pembekal perkhidmatan itu tepat untuk anda dan kecederaan anda (misalnya, adakah mereka berkelayakan dan berpengalaman dalam jenis kecederaan anda? Jika boleh, adakah mereka berada dekat dengan anda?). Keberkesanan kos adakah khidmat itu pilihan paling berkesan kos bagi keperluan anda (misalnya, bagaimana peralatan pakar dapat mengurangkan keperluan penjagaan urus diri bagi anda?).

Upload: truonglien

Post on 23-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan ... · PDF fileRisalah Penerangan Bahasa Melayu / Malay P4 Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan Munasabah’?

Risalah Penerangan

www.lifetimesupport.sa.gov.au

Bahasa Melayu / Malay P4

Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan Munasabah’?

Adakah ‘berkaitan kecederaan’ sentiasa bermakna ‘rawatan, penjagaan dan sokongan’?Tidak. Anda mungkin anda keperluan berkaitan kecederaan yang bukan rawatan, penjagaan dan sokongan. Misalnya, anda mungkin perlu berjumpa peguamcara tentang tuntutan insurans anda. Meskipun berkaitan kecederaan, keperluan itu tidak memenuhi definisi ‘rawatan, penjagaan dan sokongan’ dalam Akta Kemalangan Kenderaan Bermotor (Skim Sokongan Seumur Hidup) 2013 dan dari itu tidak boleh ditanggung oleh LSA.

Apakah khidmat yang ditanggung oleh LSA?Khidmat rawatan, penjagaan dan sokongan boleh meliputi:

� rawatan perubatan (termasuk ubat, pembedahan, imbasan, janji temu pakar dan X-ray)

� rawatan gigi

� pemulihan (termasuk fisioterapi, terapi kerja dan terapi pertuturan)

� pengangkutan ambulans

� penjagaan istirahat

� khidmat urus diri dan sokongan (termasuk pengurusan diri dan khidmat rumah tangga)

� alat bantu dan perkakas (termasuk kerusi roda, alat bantu pergerakan, katil, peralatan pernafasan dan alat komunikasi)

� prostesis

� latihan pendidikan dan vokasional

� pengubahsuaian rumah, kenderaan dan tempat kerja.

Pihak Berkuasa Sokongan Seumur Hidup (LSA) membayar kos pelbagai khidmat rawatan, penjagaan dan sokongan, selagi berkaitan dengan kecederaan serta ‘perlu dan munasabah’.

Apa ertinya ‘perlu dan munasabah’?LSA akan menimbangkan setiap permohonan anda untuk mendapatkan rawatan, penjagaan atau sokongan, lalu menentukan sama ada ‘perlu dan munasabah’ bagi anda. Dalam membuat keputusannya, LSA akan menimbangkan sejumlah faktor, termasuk:

� Berkaitan kecederaan – apa kaitan khidmat itu dengan kecederaan akibat kemalangan (misalnya, adakah X-ray diperlukan kerana kemalangan kenderaan, bukan kerana kecederaan/masalah yang memang dialami sebelumnya).

� Faedahnya bagi anda – bagaimana khidmat itu membantu mencapai matlamat anda untuk dapat berfungsi dan menyertai kehidupan seharian (misalnya, fisioterapi membantu kemampuan anda mendorong kereta roda).

� Kesesuaian khidmat itu – sama ada khidmat itu tepat untuk kecederaan anda (misalnya, apakah bukti bahawa hidroterapi merupakan rawatan paling berkesan bagi kecederaan anda dan matlamat anda? Apakah alternatif yang telah ditimbangkan / ditolak? Bagaimana kesesuaiannya dengan khidmat yang lain?).

� Kesesuaian pihak pembekal – sama ada pembekal perkhidmatan itu tepat untuk anda dan kecederaan anda (misalnya, adakah mereka berkelayakan dan berpengalaman dalam jenis kecederaan anda? Jika boleh, adakah mereka berada dekat dengan anda?).

� Keberkesanan kos – adakah khidmat itu pilihan paling berkesan kos bagi keperluan anda (misalnya, bagaimana peralatan pakar dapat mengurangkan keperluan penjagaan urus diri bagi anda?).

Page 2: Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan ... · PDF fileRisalah Penerangan Bahasa Melayu / Malay P4 Apakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan Munasabah’?

www.lifetimesupport.sa.gov.au

Lifetime Support Authority 1300 880 849

Ground Floor, Wakefield House 30 Wakefield Street, Adelaide SA 5000

PO Box 1218, Adelaide SA 5000 E-mel: [email protected]

Bahasa Melayu / MalayApakah Rawatan, Penjagaan dan Sokongan yang ‘Perlu dan Munasabah’?

Bagaimana jika keperluan dan keadaan saya berubah?Keperluan sokongan, penjagaan dan sokongan akan ditinjau dari semasa ke semasa supaya anda menerima khidmat yang diperlukan. Jika matlamat atau keperluan anda berubah, sila berbincang dengan Perancang Perkhidmatan anda.

Untuk penerangan lanjut, hubungan Pihak Berkuasa Sokongan Seumur Hidup

Apakah kos yang tidak ditanggung oleh LSA? Khidmat dan barang-barang yang tidak ditanggung LSA boleh meliputi:

� Khidmat untuk kecederaan atau masalah perubatan yang anda alami sebelum kemalangan, kecuali ada bukti keadaannya bertambah buruk akibat kemalangan itu

� Barang-barang umum di rumah seperti perabot biasa, pakaian, kasut, buku teks, yuran sekolah, tuala dan cadar, perkakas rumah, tempat simpanan serta peti sejuk dan sebagainya

� Pembelian rumah, kereta, atau perabot dan perkakas biasa

� Sewa atau cagaran atas hartanah sewa

� Rawatan, penjagaan atau sokongan untuk khidmat perubatan, peralatan atau ubat yang tiada kaitan dengan kecederaan anda akibat kemalangan (misalnya, pergi berjumpa doktor umum atau rawatan gigi)

� Barang-barang yang hilang atau rosak dalam kemalangan itu

� Kehilangan gaji atau faedah mingguan yang lain

� Bantuan untuk mengekalkan perniagaan, misalnya membayar gaji kakitangan sementara pengganti anda

� Perbelanjaan tambahan yang mungkin anda tanggung di hospital atau semasa pemulihan, misalnya makanan tambahan, dobi, surat khabar, majalah atau sewa TV

� Rawatan, penjagaan atau sokongan atau apa jua khidmat lain untuk ahli keluarga anda

� Kos pengangkutan selain daripada untuk pergi mendapatkan rawatan atau khidmat pemulihan.

P4