apakah proses yang terlibat dalam pembentukan identiti etnik dan bagaimanakah ianya dijadikan satu...

6
Apakah proses yang terlibat dalam pembentukan identiti etnik dan bagaimanakah ianya dijadikan satu bentuk penyelesain imaginary (sementara) dalam pembentukan sub budaya remaja. Pengenalan Etnik -subset kategori identiti yang mana kelayakan untuk menjadi ahli kumpulan adalah ditentukan oleh sifat-sifat yang berkaitan dengan ataupun dipercayai berkaitann dengan aspek keturunan Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan Pembentukan Identiti Etnik dan bagaimana ia menjadi satu bentuk penyelesaian Imaginari dalam pembentukan sub budaya remaja (Black Metal) 1) Pengasingan (separation). Tumpuan ekslusif kepada nilai-nilai dan amalan-amalan budaya Contoh,muzik black metal akhir tahun 80-an dan awal 90-an banyak berkisar pada masalah sosial dan politik.Tetapi sejak pertengahan tahun 90-an,pengaruh muzik black metal bertukar pada keagamaan dan ajaran menyeleweng. Kebanyakan liriknya menghina agama Kristian. Malah kulit-kulit album juga bertukar kepada gambar-gambar biblical yang diubahsuai bagi tujuan menghina Kristian Mereka(kebanyakan anak Melayu) bila mendengar muzik black metal menjadi teruja/terpikat sebab tidak sangka sebuah kumpulan Barat yang semestinya menganut Kristian menghina agama mereka sendiri. Pada pendapat mereka black metal mewakili perasaan mereka yang antikristian. 2) Assimilasi (assimilation) Memilih untuk mengenal pasti diri semata-mata dengan budaya masyarakat yang dominan dan mengenepikan semua hubungan dengan warisan etnik yang asal. Contoh,lirik lagu black metal menyuntik fahaman anti-ketuhanan kepada pendengarnya sama ada secara langsung atau

Upload: pemburu-ilmu

Post on 15-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ttg

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Proses Yang Terlibat Dalam Pembentukan Identiti Etnik Dan Bagaimanakah Ianya Dijadikan Satu Bentuk Penyelesain Imaginary

Apakah proses yang terlibat dalam pembentukan identiti etnik dan bagaimanakah ianya dijadikan satu bentuk penyelesain imaginary (sementara) dalam pembentukan sub budaya remaja.

Pengenalan

Etnik -subset kategori identiti yang mana kelayakan untuk menjadi ahli kumpulan adalah ditentukan oleh sifat-sifat yang berkaitan dengan ataupun dipercayai berkaitann dengan aspek keturunan

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan

Pembentukan Identiti Etnik dan bagaimana ia menjadi satu bentuk penyelesaian Imaginari dalam pembentukan sub budaya remaja (Black Metal)

1) Pengasingan (separation). Tumpuan ekslusif kepada nilai-nilai dan amalan-amalan budaya Contoh,muzik black metal akhir tahun 80-an dan awal 90-an banyak berkisar pada masalah

sosial dan politik.Tetapi sejak pertengahan tahun 90-an,pengaruh muzik black metal bertukar pada keagamaan dan ajaran menyeleweng.

Kebanyakan liriknya menghina agama Kristian. Malah kulit-kulit album juga bertukar kepada gambar-gambar biblical yang diubahsuai bagi tujuan menghina Kristian

Mereka(kebanyakan anak Melayu) bila mendengar muzik black metal menjadi teruja/terpikat sebab tidak sangka sebuah kumpulan Barat yang semestinya menganut Kristian menghina agama mereka sendiri. Pada pendapat mereka black metal mewakili perasaan mereka yang antikristian.

2) Assimilasi (assimilation) Memilih untuk mengenal pasti diri semata-mata dengan budaya masyarakat yang dominan

dan mengenepikan semua hubungan dengan warisan etnik yang asal. Contoh,lirik lagu black metal menyuntik fahaman anti-ketuhanan kepada pendengarnya

sama ada secara langsung atau tidak,biasanya gunakan ayat pendek dan berulang-ulang. Ia melahirkan pengabdian pada syaitan

Contoh, Dalam lagu My Blessing (The Beginning of the End) liriknya nyatakan ‘Thy souls shall be taken over by the master Sekhmet, It shall be the new age of...Satan !’

Di Malaysia,kumpulan muzik black metal tempatan seperti Zubirun dan Astaroth, Silkhannas turut terbitkan pita demo yang diedarkan secara pos,dijual ketika gig (konsert).Kebanyakan kumpulan muzik Black Metal tempatan terbitkan pita demo lagu Inggeris dengan rentak sama,tetapi liriknya cenderung pada penceritaan ketahyulan, mistik,petikan dongeng dan cerita rakyat.

3) Integrasi (integration)

Page 2: Apakah Proses Yang Terlibat Dalam Pembentukan Identiti Etnik Dan Bagaimanakah Ianya Dijadikan Satu Bentuk Penyelesain Imaginary

Identifikasi yang kukuh dan penglibatan. Contohnya, black metal yang datang ke Malaysia ini adalah golongan minoriti/hanya sedikit,

dan bagaimana mereka mahu mengadaptasi kehidupan mereka/budaya black metal ini dengan masyarakat umum/majoriti.

4.Peminggiran (marginality).

Ketiadaan ataupun kehilangan budaya asal seseorang dan kurangnya penglibatan dengan masyarakat dominan.

Contohnya, golongan black metal ini biasanya melakukan perjumpaan dan ritual dan hidup dalam kelompok mereka ini sahaja dan tidak terlibat dengan masyarakat secara total/menyeluruh.

ASAL USUL

Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal. Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom, Mercyful Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem.

Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom ‘Black Metal’ yang bermaksud logam hitam.

Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immortal, Ancient dan Emperor.

Aliran muzik yang diasaskan di Barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan (anti agama) dan alam ghaib.

Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang di mainkan oleh mereka ialah berunsurkan menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Selain daripada itu juga kumpulan ini menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas

Gelombang Pertama

Gelombang pertama Black Metal merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang muncul pada awal 1980an. Muzik Black Metal terhasil dari gabungan Thrash Metal dan Speed Metal manakala nama Black Metal itu sendiri diangkat dari sebuah kumpulan dari England, Venom pada tahun 1982.

Walaupun album tersebut lebih ke arah Thrash Metal, namun yang membezakannya adalah lirik dan imej kumpulan tersebut yang cenderung kepada tema anti-Kristian dan satanic. Muzik yang dimainkan mereka bertempo laju, rakaman yang berkualiti sederhana serta vokal yang kasar.

Gaya ini telah tersebar dikalangan pemuzik Black Metal kini.

Gelombang Kedua

Page 3: Apakah Proses Yang Terlibat Dalam Pembentukan Identiti Etnik Dan Bagaimanakah Ianya Dijadikan Satu Bentuk Penyelesain Imaginary

Gelombang kedua bermula pada awal 1990an dan telah dimulakan dengan scene Norwegian Black Metal.

Pada tahun 1990 hingga 1994 beberapa kumpulan telah mula membuat persembahan awal dan mengeluarkan beberapa material Black Metal yang baru.

Beberapa buah kumpulan Black Metal dari Norway dikatakan bertanggungjawab atas beberapa siri jenayah dan kontroversi yang terjadi termasuklah kes-kes pembakaran gereja di sekitar Norway dan pembunuhan.

Di dalam scene ini, pemahaman anti-Kristian yang aggresif serta taksub merupakan faktor wajib bagi pemuzilk dan peminat muzik Black Metal

Pada pertengahan 1990an, scene Norwegian Black Metal telah tersebar ke seluruh dunia. Kumpulan Black Metal yang baru juga telah banyak mengubah struktur muzik di mana terdapat penambahan instrumen seperti keyboard, okestra dan synthesizers.

Kesan dari perubahan ini, muzik Black Metal mula hilang tumpuan dan tiada lagi Black Metal yang tulen dihasilkan sekarang.

Ciri Sub Budaya Black Metal

Muzik

Muzik berentak keras, unsur lirik kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang di mainkan oleh mereka ialah berunsurkan

menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Selain daripada itu juga kumpulan ini menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas

Gitar

Cepat, didalam Rhytm gitar yang cepat, permainan gitar yang laju dan aggresif disertakan dengan teknik tremolo picking

Banyak memainkan Power Chord

Drum

Drumnya pula menggunakan teknik blasting dan double bass. Kadang kita hanya akan mendengarkan bass drum yang berbunyi sedetik. Kadang, drum juga dimainkan dengan lambat, Tergantung suasana musik. Ada kalanya band-band seperti Burzum atau Xastur tidak menggunakan drum Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram

dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana muzik

Lirik, Vokal

Page 4: Apakah Proses Yang Terlibat Dalam Pembentukan Identiti Etnik Dan Bagaimanakah Ianya Dijadikan Satu Bentuk Penyelesain Imaginary

Tema lirik yang biasa ditemui dalam lagu-lagu Black Metal ialah tentang penolakan ajaran Kristian dan mana-mana agama rasmi yang lain.

Ramai penulis lirik Black Metal mengetengahkan konsep atheism, paganism dan satanic. Penghasilan lirik seperti ini sering dikaitkan dengan kegiatan keganasan yang terjadi

ditempat mereka. Namun demikian ada di antara penulis lirik telah memasukkan elemen lain dalan lirik mereka

seperti sejarah, mitos, cerita rakyat, falsafah dan juga fantasi. Selalu ada kesan di vokalnya dan terdengar suara seperti Atmospher. vokal secara jeritan, laju Struktur lagu Black Metal adalah kompleks, memiliki banyak pattern dalam sebuah lagu, dan

mempunyai jangka masa yang panjang serta rhythm yang berulang.

Simbol/ Ritual

1) Bintang Bersudut Lima Bintang bersudut lima atau orang sering mengatakan bintang terbalik adalah salah satu

simbol Black Metal yang sangat terkenal di kalangan masyarakat. Bintang bersudut lima ini mewakili unsur-unsur semangat, air, api, angin dan tanah. Menurut kepercayaan anggota Black Metal semua unsur yang ada di bintang terbalik itu

memilki makna dan lambang tertentu. Bumi atau tanah adalah simbol kestabilan, pertumbuhan, dan pendikan. Air adalah simbol gerak hati, lambang kekuasaan wanita, serta darah penyembuhan. Api adalah lambang kekuatan fisik serta aksi dan reaksi. Angin adalah simbol intelektual

atau perhubungan. Semangat atau ruh dianggap sebagai kekuatan penggerak. Setiap unsur tersebut sangat

berkuasa dan berpengaruh. Kelima unsur itu harus diarahkan pada kejahatan agar melancarkan setan berkuasa didunia

dan mengendalikan manusia

2) Kepala Kambing Selain bintang terbalik kita juga mengetahui atau sangat sering melihat bahwa banyak orang

yang menggunakan baju atau jaket yang merupakan simbol dari anggota Black Metal. Kepala kambing yang bertandung dua ini menjadi simbol kejahatan, keganasan, dan ruh

jahat. Simbol kepala kambing itu akan dipuja karena dipercaya akan menambah kekuatan

kejahatan kepada para pengikutnya. Pemujaan itu dilakukan dengan harapan agar ruh jahat dapat masuk ke dalam hati dan

menguasai pikiran pemujanya. Dengan demikian mereka tidak akan merasa takut ataupun malu lagi untuk melakukan kejahatan.

2) Salib Terbalik

Page 5: Apakah Proses Yang Terlibat Dalam Pembentukan Identiti Etnik Dan Bagaimanakah Ianya Dijadikan Satu Bentuk Penyelesain Imaginary

Selain Bintang terbalik dan Kepala kambing bertanduk dua Black Metal pun memilki simbol lain yaitu Salib Terbalik.

Simbol ini berarti bahwa kelompok Black Metal anti agama kristen. Segala hal yang dan tingkah laku mereka selalu berlawanan dengan ajaran agama kristen

Kesimpulan Kemasukan Black Metal di negara ini dapat dilihat dua aspek iaitu dijadikan sebagai hiburan

seperti menerima sebagai muzik dan dijadikan sebagai ideology sehingga menimbulkan kepada berlakunya syirik.

Lirik-lirik lagu Black Metal kebanyakannya menyesatkan dan tak perlu diikut.