malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 10122018 - isnin.pdf · bagaimanakah ianya...

23
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 10 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 49 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L01645 Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk meneroka sumber-sumber baru wakaf. Wakaf adalah salah satu sumber pendapatan Negara, jika diurus tadbir dengan baik ia boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat. 2. PR-1412-L02131 Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) berapa sasaran amaun yang wajar dan bilakah penerbitan bon dan sukuk akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan; dan (b) apakah contoh aset Kerajaan Persekutuan yang disifatkan sebagai tidak kritikal dan bukan strategik yang ingin dijual dalam masa terdekat ini. 3. PR-1412-L01456 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kerajaan untuk memulihkan sungai-sungai kita yang tercemar, tersumbat oleh sampah sarap serta telah pupus hidupan air oleh pencemaran.

Upload: trinhlien

Post on 16-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 10 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

49

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L01645

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk meneroka sumber-sumber baru wakaf. Wakaf adalah salah satu sumber pendapatan Negara, jika diurus tadbir dengan baik ia boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat.

2. PR-1412-L02131

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapa sasaran amaun yang wajar dan bilakah penerbitan bon dan sukuk akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan; dan

(b) apakah contoh aset Kerajaan Persekutuan yang disifatkan sebagai tidak kritikal dan bukan strategik yang ingin dijual dalam masa terdekat ini.

3. PR-1412-L01456

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kerajaan untuk memulihkan sungai-sungai kita yang tercemar, tersumbat oleh sampah sarap serta telah pupus hidupan air oleh pencemaran.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

2 AUM DR 10/12/2018

4. PR-1412-L01503

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pempamer luar negara yang telah bersetuju untuk turut serta dalam LIMA’19 tahun depan. Adakah terdapat peningkatan berbanding dengan pameran siri lepas ; dan

(b) apakah impak kepada proses peningkatan pembangunan pertahanan negara dan serta proses modenisasi ATM.

5. PR-1412-L01433

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan dijangka akan memberhentikan kutipan tol di jambatan Pulau Pinang pertama dan Lebuhraya Utara Selatan seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-14.

6. PR-1412-L01887

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah Kerajaan

untuk menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di Malaysia.

7. PR-1412-L02431

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan tindakan-tindakan yang telah dan sedang diambil untuk mempertingkatkan harga minyak kelapa sawit dan menggalakkan industri-industri bahan-bahan sampingan daripada buah dan pokok kelapa sawit.

8. PR-1412-L02354

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan :-

(a) berapakah statistik Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang masih belum mendapat panggilan temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP); dan

(b) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan isu Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang tidak dipanggil temu duga sejak enam tahun lalu.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 3

9. PR-1412-L02508

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan atas dasar apakah Kementerian menetapkan harga bagi setiap caj perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah.

10. PR-1412-L01447

Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa banyak menara telekomunikasi yang telah dibina di Parlimen Sri Aman dari tahun 2013 – 2018.

11. PR-1412-L02838

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada pihak Kementerian berhasrat untuk memberikan kuasa autonomi kepada kesemua IPTA di Malaysia.

12. PR-1412-L01869

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh

pihak Kementerian dalam usaha memulihkan situasi membimbangkan yang sedang dialami oleh pihak tentera daripada sudut tahap kesiapsiagaan dengan kelengkapan ketenteraan yang sangat daif.

13. PR-1412-L01614

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) Encik Arutchelvan a/I Subramaniams ke Ibu Pejabat Polis IPD Putrajaya pada jam 10.00 pagi 28/09/2018 untuk disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah dan Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan tindakan beliau menyerahkan satu Memorandum di Pejabat Perdana Menteri pada 05/09/2018 berhubung isu Kampung Bukit Kuda. Adakah Kerajaan kini menganggap tindakan menyerahkan memorandum juga dianggap satu perbuatan jenayah.

14. PR-1412-L02274

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha reformasi institusi yang telah dilaksanakan sebagaimana janji HARAPAN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu. Apakah halangan utama pelaksanaan janji ini, jika ada, yang dapat dikenal pasti.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

4 AUM DR 10/12/2018

15. PR-1412-L01865

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan perancangan dan keperluan terhadap perkhidmatan hospital di daerah kecil Kemabong yang begitu mendesak bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan nyatakan jumlah pesakit yang dirawat dan ditempatkan di Hospital Tenom bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

16. PR-1412-L01970

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapakah hasil kutipan Tabung Harapan; dan

(b) bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai penerima wang tersebut.

17. PR-1412-L01580

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh

Kerajaan untuk memastikan kakitangan Kerajaan di kawasan pedalaman kekal dalam perkhidmatan demi kemudahan rakyat.

18. PR-1412-L02335

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah pendirian pihak Kementerian terhadap pelaksanaan projek menaiktaraf Jalan Pinangah dan Linayukan, Tongod. Adakah ianya akan diteruskan atau sebaliknya.

19. PR-1412-L01838

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sekiranya insinerator "sampah kepada tenaga" (WTE) diwujudkan di negara ini, bagaimanakah pihak berkuasa boleh memastikan agar insinerator teknologi baru ini tidak merbahaya kepada penduduk, malah memanfaatkan semua dengan tenaga elektrik yang dihasilkan.

20. PR-1412-L02415

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan penggubalan undang-undang (Akta) Warisan untuk mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, seperti batu, hutan dan warisan asli unik negara, kalau tidak kenapa, kalau ia, bila akan di bawa ke Dewan Parlimen.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 5

21. PR-1412-L02171

Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk mewujudkan satu garis panduan tadbir urus yang terpakai untuk semua institusi dan agensi Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk syarikat awam.

22. PR-1412-L02709

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian akan meneruskan dengan penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Keningau dan Tawau, Sabah, seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini atau ianya akan diselamatkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang dan dikekalkan sebagai IPG; dan

(b) sama ada akan ditutup atau tidak, diminta penjelasan kenapa ianya akan ditutup.

23. PR-1412-L01549

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik pekerja asing yang sah dan tidak sah dan apakah pelan tindakan Kementerian berhubung perkara ini.

24. PR-1412-L02214

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah kes

penipuan dalam talian (online) yang telah direkodkan oleh Kementerian bagi tempoh 2016 hingga suku tahun kedua 2018, khususnya berkaitan isu pencurian data peribadi, skim penipuan jual beli barang atas talian penipuan perbankan Internet dan apakah tindakan yang telah dilakukan dalam membanteras jenayah siber ini.

25. PR-1412-L02148

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah Rumah

Transit di Johor (pecahan mengikut daerah), jumlah Perumahan Transit Belia mengikut daerah di Johor dan perancangan pada masa akan datang untuk mewujudkan lebih banyak Rumah Transit di Johor .

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

6 AUM DR 10/12/2018

26. PR-1412-L02233

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status dan statistik projek-projek PR1MA mengikut pecahan negeri, termasuk jumlah yang dirancang, siap dibina, dan terbengkalai serta apakah strategi yang akan diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan projek PR1MA.

27. PR-1412-L01670

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian telah mengadakan pemantauan mengenai kewujudan syarikat-syarikat “scammer” yang melakukan penipuan jawatan kosong terhadap para pemohon kerja dengan menawarkan gaji yang terlalu lumayan.

28. PR-1412-L01929

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah program sokongan komuniti di pangsapuri kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu ibu bapa yang berhadapan masalah penjagaan anak akan dijalankan dan bagaimanakah Kementerian memantau pelaksanaan program ini supaya keselamatan kanak-kanak terjamin.

29. PR-1412-L02242

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan prestasi dalam tempoh suku kedua dan suku ketiga berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2017 mengenai prestasi BSKL dari segi CI, nilai pasaran dan jual beli oleh pelabur asing, prestasi FDI, prestasi ringgit berbanding USD dan kedudukan rizab antarabangsa serta usaha untuk memperkukuhkan semula prestasi keempat-empatnya itu.

30. PR-1412-L01537

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah program tajaan

pelajar ke luar negara akan diteruskan oleh MARA, dan adakah terdapat sebarang penambahan jumlah peruntukan atau bilangan pelajar yang ditaja untuk tahun 2018 ini.

31. PR-1412-L01988

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bilakah pembinaan loji air

untuk Pekan Sepulut akan dimulakan serta adakah terdapat sebarang masalah dalam memulakan projek tersebut.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 7

32. PR-1412-L02161

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan :-

(a) apakah unjuran pembangunan infrastruktur yang mampu diberikan Kementerian dalam kedudukan kewangan semasa negara; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan negara mempunyai dana pembangunan yang berterusan.

33. PR-1412-L01857

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) berserta penyelenggaraan rumah pangsa bagi Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun akan datang memandangkan negeri ini menerima bilangan unit PPR terendah iaitu hanya 999 unit (kurang 0.98%) berbanding 102,118 unit daripada jumlah keseluruhan seluruh negara kini.

34. PR-1412-L01443

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah proses tawaran kerja untuk projek pembinaan penggantian penuh 24 bilik darjah SK Pekan Pitas akan dapat dilaksanakan. Ini kerana bangunan sedia ada telah uzur dan perlunya projek tersebut dilaksanakan dalam kadar segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

35. PR-1412-L01905

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah impak pelaksanaan pemberian royalti petroleum 20% kepada prestasi PETRONAS dan syarikat-syarikat cari gali minyak yang lain.

36. PR-1412-L02463

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berikutan projek Trans-Sabah pipeline telah dibatalkan,

adakah Kementerian akan teruskan rancangan asal di mana loji penjana kuasa Liquefied Natural Gas akan dibina di Pantai Timur Sabah.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

8 AUM DR 10/12/2018

37. PR-1412-L02361

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan berapakah fasa bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan bagi pembinaan tersebut dan bagaimanakah perkembangan atau kemajuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tersebut.

38. PR-1412-L01821

Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah status pelaksanaan

program Sumber Kekayaan Baru (SKB) penanaman kelapa di Sarawak ketika ini.

39. PR-1412-L02623

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha Kementerian bagi menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan melibatkan penduduk pedalaman dan luar bandar yang mengalami masalah mobiliti untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

40. PR-1412-L02804

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan hasrat Kementerian untuk memiliki SSL (Self-Sufficiency Level/tahap sara diri) melebihi kadar sekarang iaitu 80% sahaja bagi pertanian padi, dan adakah ianya penting untuk keselamatan, geopolitik dan strategik negara.

41. PR-1412-L02024

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk

membina kem tentera di kawasan Empangan Bakun dan Empangan Murum untuk menjaga keselamatan empangan-empangan tersebut.

42. PR-1412-L02439

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah dasar baru pengambilan pembantu rumah asing akan diperkenalkan atau ditambah baik memandangkan dasar yang sedia ada amat menyulitkan pemohon tetapi sekadar menguntungkan agensi pembantu rumah.

43. PR-1412-L02626

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian meneruskan projek menaik

taraf Pelabuhan Sepanggar dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang sudah pun diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 9

44. PR-1412-L02397

Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan kelewatan Kerajaan dalam membuat pindaan kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] dengan memasukkan cadangan fasal 88A yang telah digugurkan oleh Kerajaan terdahulu kerana percanggahan dengan kes Mahkamah Persekutuan yang mana ianya tidak lagi bercanggah setelah kes M Indira Gandhi diputuskan.

45. PR-1412-L01802

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-

Kira Wang Negara (PAC) berhubung ‘kehilangan’ dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM18 bilion.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

10 AUM DR 10/12/2018

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018.

2. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

11 AUM DR 10/12/2018

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.24/2018 ) Rang Undang-undang Kewangan 2018 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. ( D.R.22/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.23/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

4. ( D.R.30/2018 ) Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

5. ( D.R.31/2018 ) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

6. ( D.R.28/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

7. ( D.R.29/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

8. ( D.R.25/2018 ) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

9. ( D.R.26/2018 ) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

10. ( D.R.27/2018 ) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Pendidikan ]

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 12

11. ( D.R.32/2018 ) Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST. 79 bagi tahun 2018 disahkan."

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST. 72, ST. 76 dan ST. 89 bagi tahun 2018 disahkan."

14. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

13 AUM DR 10/12/2018

15. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang-undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

16. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 14

18. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

19. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

20. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

15 AUM DR 10/12/2018

21. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

22. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

23. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 16

mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

24. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

17 AUM DR 10/12/2018

25. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 18

26. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

27. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

29. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

19 AUM DR 10/12/2018

30. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi. Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 20

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2018

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 72 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018

P.U(A) 221/2018 yang diwartakan pada 29 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 73 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan

Daripada Pembayaran Cukai) 2018

P.U(A) 210/2018 yang diwartakan pada 28 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 74 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Barang yang Dikecualikan

Daripada Cukai) 2018

P.U(A) 219/2018 yang diwartakan pada 28 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 75 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai (Barang Yang Dikecualikan Daripada

Cukai) (Pindaan) 2018

P.U.(A) 228/2018 yang diwartakan pada 30 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 76 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan)

2018

P.U(A) 233/2018 yang diwartakan pada 6

September 2018

10 Disember 2018

ST. 77 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan

Daripada Cukai) (Pindaan) (No.2) 2018

P.U(A) 234/2018 yang diwartakan pada 6

September 2018

10 Disember 2018

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

21 AUM DR 10/12/2018

TAHUN 2018

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 78 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan

Daripada Pembayaran Cukai) (Pindaan) 2018

P.U(A) 239/2018 yang diwartakan pada 27

September 2018

10 Disember 2018

ST. 79 Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018

P.U(A) 213/2018 yang diwartakan pada 28 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 80 Akta Kastam 1967

Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari

Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif

Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan

Barangan ASEAN) (Pindaan) 2018

P.U(A) 224/2018 yang diwartakan pada 30 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 81 Akta Kastam 1967

Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2018

P.U(A) 226/2018 yang diwartakan pada 30 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 82 Akta Eksais 1976

Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2018

P.U(A) 227/2018 yang diwartakan pada 30 Ogos

2018

10 Disember 2018

ST. 89 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan)

(No.2) 2018

P.U(A) 254/2018 yang diwartakan pada 8 Oktober

2018.

10 Disember 2018

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 22

TAHUN 2018

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 90 Akta Cukai Jualan 2018

Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan

Daripada Cukai) (Pindaan) (No.3) 2018

P.U(A) 253/2018 yang diwartakan pada 8 Oktober

2018.

10 Disember 2018

ST. 14 Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

Malaysia (SUHAKAM) Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST. 111 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Lembaga Totalisator Malaysia Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST.125 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Institut

Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

(MIROS) Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST. 129 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Lembaga Teknologis Malaysia Bagi Tahun

2016/2017

10 Disember 2018

ST. 133 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Lembaga Penyelidikan Dan Kemajuan Perusahaan

Timah Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST. 134 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-

Raja Dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri

Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST. 136 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Suruhanjaya Persaingan Malaysia Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

ST. 140 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia Bagi Tahun

2017

10 Disember 2018

ST.141 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Suruhanjaya Tenaga Bagi Tahun 2017

10 Disember 2018

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … 10122018 - Isnin.pdf · bagaimanakah ianya diagihkan serta kemukakan senarai ... Kerajaan seperti mana yang dibuat oleh Bursa Malaysia

AUM DR 10/12/2018 23

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 10.12.2018 (Isnin)

1. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang)

1. Bau Busuk Berlanjutan Di Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang

1. YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim

2. 10.12.2018 (Isnin)

2. YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Sungai Siput)

2. Cadangan Membaik Pulih Dan Menaik Taraf Dua Bangunan Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Siput

2. YB Menteri Pendidikan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)