apakah perbezaan fonetik dan fonologi

Upload: mhd-amin-omar

Post on 08-Aug-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    1/9

    Perbezaan Fonetik dan Fonologi

    1.0 Pendahuluan

    Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau

    ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara

    berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-

    bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa

    yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan

    makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

    1.1 Definisi fonetik

    Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan

    tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan,

    didengar dan diinterpretasikan.

    Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa

    Greek yang kemudiannya disebut sebagaiphone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian

    tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau

    bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan

    diinterpretasikan.

    Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik

    ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang

    digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai

    mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,

    bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk

    setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

    Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik

    ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan

    memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    2/9

    menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia,

    terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

    1.2 Cabang-cabang fonetik

    Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi,

    fonetikakustikdan fonetik auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa

    dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam

    penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi

    bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.

    Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang

    dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang

    bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara

    sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan

    amplitud.

    Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui

    telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat

    dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan

    maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata

    dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya

    sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian

    Shah Omar, 2006).

    1.3 Definisi fonologi

    Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi

    bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-

    bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan,

    menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara

    terperinci.

    Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik

    deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    3/9

    manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan

    bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa

    dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik

    dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu

    pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

    Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi

    mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.

    Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem

    bunyi-bunyi dalam bahasa.

    1.4 Perbezaan fonetik dan fonologi

    Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang

    yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada

    bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang

    mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi

    bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang

    mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-

    lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan

    menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk

    menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

    Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan

    sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,

    dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola

    bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali

    sebagai bunyi bahasa.

    Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan

    dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem

    sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil

    dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    4/9

    bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam

    perkataan "cagar" dan "cakar".

    Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu

    sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila

    sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa

    dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa

    fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara

    kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis

    pemisahnya.

    2.0 Kepentingan kaedah fonetik kepada guru bahasa Melayu

    Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. Kaedah

    ini dikenali juga sebagai kaedah Reformatau Kaedah Lisan. (Raja Mukhtaruddin,

    1980). Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan

    mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi

    kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian,

    semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita. Melalui kaedah fonetik,

    tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-

    bahan yang telah didengar dan dibaca.

    Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh

    pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan

    perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari

    daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan

    daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan

    bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi

    dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang

    dipelajari dengan bahasa yang diketahui.

    Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa

    pertuturan. Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan

    dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang

    diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    5/9

    keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri Nik Ab.

    Kadir)

    Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi

    bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-

    bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan

    bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih

    dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak

    ayat yang tertentu. Dengan demikian, murid-murid mendapat asas bahasa yang

    kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan

    tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang

    dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri.

    2.1 Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik

    Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan

    pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang

    dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya

    membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan

    bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk

    menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak,

    misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu patut

    diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Oleh

    sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina

    menyebut bajusebagaimaju, bulusebagai mulu, rumahsebagai lumah, rokoksebaga

    i lokok, jalansebagai yalan, dalamsebagai lalamdan lain-lain lagi.

    Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran

    perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan

    bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan

    perkataan-perkataan yang serupa. Antaranya ialah coffee dengan kopi,

    radio dengan radio, biscuitdengan biskut, bagdengan beg, computerdengankomputer,

    dan yang seumpamanya.

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    6/9

    Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan

    bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk

    ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.

    2.2 Konsep Membaca Kaedah Fonetik

    Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem

    ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana

    strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara

    tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil

    masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran

    membaca.

    Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah

    fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang

    menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan

    beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling

    sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai

    kaedah otak manusia membaca.

    Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan

    bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar

    membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan

    lambang yang dilihat.

    Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam

    bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai

    lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan

    dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

    a. Bunyi vokala aaa

    e eee

    i iii

    o ooo

    u uuu

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    7/9

    b. Bunyi konsonan

    Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, danseterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh

    menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai

    sokongan.

    Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah

    mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina,

    kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-

    perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang

    menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

    3.0 KESIMPULAN

    Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.

    Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan

    setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi

    bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi

    b beh n en

    c ceh p peh

    d deh q qeh

    f feh r rer

    g geh s sss

    h heh t teh

    j jeh v vev

    k keh w weh

    l el y yeh

    m em z zez

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    8/9

    manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur

    tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

    Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

    alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala

    bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak

    bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis)

    tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara

    dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan

    atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka

    yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

    Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru

    mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara

    saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca

    dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan

    huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

    Rujukan

    Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa

    Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang

    kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

    Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS

    Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap

    pengajarantatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah

    Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

  • 8/22/2019 Apakah Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

    9/9

    Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa:

    Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.

    Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR:WAJ3104

    Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu.

    Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.

    Bhd.