apakah pelan warisan sg kita? kepada kami tentang pemikiran anda lewat soalan-soalan berikut: ... o...
TRANSCRIPT
Apakah Pelan Warisan SG Kita?
Pelan Warisan SG Kita adalah pelan induk pertama untuk sektor warisan dan
muzium Singapura. Ia menggariskan strategi dan daya usaha yang luas untuk sektor
ini bagi tempoh lima tahun yang akan datang (2018 - 2022) dan selanjutnya.
Melalui pelan ini, kami berharap dapat menyemai rasa bangga terhadap warisan kita
dan nilai-nilai yang menjadikan kita warga Singapura, di samping membina
masyarakat yang lebih bersatu padu dan berdaya tahan. Lebih penting lagi, kami
ingin melindungi dan memelihara warisan Singapura untuk generasi warga
Singapura pada masa hadapan.
Dalam membangunkan pelan ini, kami mengambil kira usaha-usaha warisan kita,
merujuk secara meluas kepada pihak-pihak yang berkepentingan utama kita, dan
mengambil kira saranan-saranan mereka.
Kini, kami berkongsi strategi dan daya usaha yang disyorkan untuk mendapatkan
maklumbalas umum dengan lebih lanjut.
Apa yang boleh diharapkan oleh warga Singapura:
Nikmati Warisan di Tempat-Tempat Kita
Tempat-tempat di mana kita diami, bekerja dan bermain menyimpan banyak
kenangan. Kami berharap dapat terus berkongsi kenangan-kenangan ini dengan
generasi-generasi yang akan datang. Oleh itu, kami akan meningkatkan rasa
penghargaan dan pemahaman mengenai warisan kita dengan menerapkan
unsur-unsur warisan kita ke dalam ruang-ruang kehidupan kita sehari-hari. Lebih
banyak usaha akan ditumpukan kepada pemeliharaan warisan ketara Singapura
dalam tempoh lima tahun yang akan datang (2018 - 2022) melalui usaha-usaha
penyelidikan dan perancangan.
Nikmati Warisan melalui Budaya Kita
Budaya kita merangkumi warisan kebudayaan tidak ketara, yang terdiri daripada
tradisi, upacara adat istiadat, pertukangan, ungkapan dan penglahiran,
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang kita amalkan dan turunkan dari
generasi ke generasi. Oleh kerana kesemua ini merupakan sebahagian daripada
warisan harian kita yang hidup, adalah penting untuk kita mendokumentasi dan
memeliharanya untuk generasi yang akan datang. Di sini, kami akan
membangunkan satu skema pengiktirafan untuk mengiktiraf para pengamal
budaya kita, dan mewujudkan khazanah yang berunsur warisan budaya tidak
ketara di Singapura.
Nikmati Warisan melalui Khazanah Kita
Muzium-muzium kita dan koleksi-koleksinya menceritakan kisah Singapura, Asia
dan juga dunia. Lebih banyak usaha akan dijalankan untuk melindungi "khazanah
tersirat” kita, menjadikan muzium-muzium kita dan koleksinya lebih mudah
diketahui oleh warga Singapura. Lebih banyak pameran dan program bagi
mendekati masyarakat yang kurang berkemampuan juga akan dianjurkan.
Muzium-muzium kita akan diubah menjadi ruang yang lebih mesra dan
menyeluruh untuk kesemua warga Singapura.
Nikmati Warisan bersama Masyarakat Kita
Warisan yang kita kongsi bersama membentuk satu ikatan yang menyatukan kita
sebagai sebuah masyarakat. Setiap di antara kita boleh memainkan peranan
dalam memelihara dan mendukung warisan kita. Kami berhasrat untuk
memperkukuhkan lagi usaha kerjasama dengan masyarakat, kumpulan-
kumpulan warisan dan para sukarelawan, di samping menggalakkan rasa
pemilikan yang lebih besar terhadap pemeliharaan dan penggalakan warisan
Singapura. Kami akan mencari tahu lebih banyak cara-cara bagi
memperkasakan rakan-rakan kongsi kami dengan mereka kandungan warisan
bersama-sama, menyediakan pelbagai sumber untuk menyokong lebih banyak
projek-projek masyarakat, dan bekerjasama dengan sukarelawan serta para
penderma untuk memberi kembali kepada masyarakat melalui kaedah warisan.
Kami Ingin Tahu Pendapat Anda
Kami telah melibatkan pelbagai kelompok-kelompok warga Singapura bagi
mendapatkan pandangan dan cita-cita mereka untuk warisan Singapura. Warisan
kita adalah milik semua, dan pandangan anda sangat penting kepada kami. Kami
ingin mendengar pendapat dan pemikiran anda tentang warisan, dan apa yang anda
inginkan untuk warisan Singapura pada masa akan datang.
Beritahu kepada kami tentang pemikiran anda lewat soalan-soalan berikut:
Nama: Nombor Tel./E-mel:
Bagi saya, warisan bermakna:
o Mengetahui kisah bagaimana Singapura terbentuk o Bangunan-bangunan dan tempat-tempat lama, serta kisah-kisah di sebaliknya o Muzium dan khazanah-khazanah yang mereka paparkan o Budaya kita (cth: makanan, cerita-cerita rakyat, seni persembahan tradisional,
amalan-amalan sosial, pesta-pesta)
Warisan adalah penting bagi saya kerana:
o Ia membantu saya untuk memahami identiti saya sebagai warga Singapura o Ia membantu saya mengenal tentang asal usul saya o Nilai-nilainya membantu dalam membimbing saya atau anak-anak saya untuk
masa depan o Ia berkaitan dengan kehidupan seharian saya
Saya bersedia untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan warisan seperti:
o Berkunjung ke muzium o Menghadiri pesta budaya o Meneroka jejak atau tapak warisan o Menjadi sukarelawan di acara-acara warisan
Saya akan mengambil bahagian dalam lebih banyak kegiatan warisan jika:
o Ia diadakan lebih dekat dengan rumah atau tempat kerja saya o Terdapat lebih banyak kegiatan untuk penonton bukan berbahasa Inggeris o Ia meraikan warisan keluarga atau masyarakat saya o Ia memaparkan segi-segi warisan kita yang tidak pernah saya ketahui
Mana satukah Warisan Budaya Tidak Ketara kita yang penting bagi anda?
o Cerita-cerita rakyat, dongeng dan lagu-lagu o Amalan sosial dan pesta-pesta perayaan o Seni persembahan tradisional o Pengetahuan mengenai alam semesta (cth: fengshui) o Perdagangan dan kraf-kraf tradisional o Warisan makanan Adakah anda dan keluarga anda mengamalkan salah satu daripada jenis Warisan Budaya Tidak Ketara?
o Ya o Tidak
Apakah erti muzium kepada anda?
o Sebuah sumber inspirasi o Sebuah tempat untuk mengenali tentang asal-usul Singapura o Sebuah tempat untuk mengetahui kedudukan Singapura di mata dunia o Sebuah tempat untuk memaparkan khazanah-khazanah kita o Sebuah tempat untuk bersiar-siar dengan keluarga dan rakan-rakan o Sebuah tempat untuk mendidik anak muda kita tentang warisan
Sekiranya anda bertanggungjawab untuk belanjawan bagi Pelan Warisan SG
Kita, apakah yang akan anda biayai?
o Acara-acara masyarakat (cth: pesta-pesta perayaan)
o Program-program pendidikan warisan untuk para pelajar
o Membangun kemahiran untuk mendukung pakar-pakar warisan
o Kajian tentang warisan
o Arkeologi atau Kaji Purba
o Teknologi digital untuk melibatkan lebih ramai orang tentang warisan
Bagaimanakah warisan dapat diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita?
Adakah anda mempunyai sebarang saranan lain tentang cara-cara kita dapat
melindungi dan menggalakkan warisan kita dengan lebih baik?
Segala maklum balas anda mungkin digunakan oleh NHB dalam penerbitan dan / atau di platform-
platform digital.
Terima kasih atas sumbangan anda kepada Warisan SG Kita!
Lelaman: oursgheritage.sg
Emel: oursgheritage.gov.sg
#OurSGHeritage