apakah maklumat yang perlu guru miliki pada hari pertama pengajaran pembelajaran

4
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN SGDE 4013: PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN PENSYARAH: TN.HJ ABU HASSAN OTHMAN DISEDIAKAN OLEH NAMA : ZULHILMI BIN MAT ZAIN NO.MATRIK: 820112 KUMPULAN: A TARIKH SERAHAN: 13 FEBRUARY 2016

Upload: muhammad-al-fateh

Post on 14-Apr-2017

85 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah maklumat yang perlu guru miliki pada hari pertama pengajaran pembelajaran

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

SGDE 4013: PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENSYARAH: TN.HJ ABU HASSAN OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : ZULHILMI BIN MAT ZAIN

NO.MATRIK: 820112

KUMPULAN: A

TARIKH SERAHAN: 13 FEBRUARY 2016

Page 2: Apakah maklumat yang perlu guru miliki pada hari pertama pengajaran pembelajaran

APAKAH MAKLUMAT YANG PERLU GURU MILIKI PADA HARI PERTAMA PENGAJARAN PEMBELAJARAN? MENGAPA?

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu agen terpenting yang

memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar,

masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mana mungkin

terhasilnya seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu,

kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan amatlah

dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai ciri-ciri atau gaya kepimpinan seorang

guru, kita perlulah memahami dengan lebih jelas tentang apakah dan siapakah yang

dikatakan sebagai guru ini. Menurut Kamus Dewan (2002), guru didefinisikan

sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih.

Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup,

mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan

melatih bermakna mengembangkan keterampilan-keterampilan kepada para

pelajarnya. Dalam konteks pendidikan Islam pula, “pendidik” atau guru disebut

dengan murabbi, mu’allim, mu’addib, mudarris, dan mursyid.

Setiap perkataan ini mengandungi maksudnya yang tersendiri. Murabbi adalah

orang yang mendidik dan menyiapkan pelajarnya agar mampu berdikari serta

mampu mengatur dan memelihara hasil kerjanya untuk tidak menimbulkan masalah

bagi diri, masyarakat dan alam sekitarnya. Mu’allim adalah orang yang menguasai

ilmu dan mampu mengembangkannya serta menjelaskan fungsinya dalam

kehidupan, menjelaskan secara teori dan praktikalnya, sekaligus melakukan

pemindahan ilmu pengetahuan secara internalisasi beserta implementasinya.

Mu’addib pula adalah orang yang mampu menyiapkan pelajarnya untuk

bertanggungjawab dalam membangun peradaban yang berkualiti di masa depan.

Manakala mudarris pula adalah orang yang memiliki kepekaan intelektual dan

informasi serta memperbaharui pengetahuan secara berterusan dan berusaha

mencerdaskan pelajarnya, menggilap pengetahuan mereka, serta melatih

ketrampilan mereka sesuai dengan bakat, minat dan kemampuannya. Akhir sekali

Page 3: Apakah maklumat yang perlu guru miliki pada hari pertama pengajaran pembelajaran

definisi guru dalam bidang pendidikan islam ialah mursyid iaitu orang yang mampu

menjadi model yang positif bagi pelajarnya.

Bagi merealisasikan pelbagai definisi guru yang dinyatakan ini, seseorang guru itu

perlu mempersediakan dirinya untuk melaksanakan proses pengajarannya semenjak

hari pertama pengajarannya lagi. Antara maklumat yang perlu guru miliki untuk

menjayakan hari pertama pengajaran pembelajaran ialah mengetahui tahap

keupayaan ilmu pengetahuan para pelajarnya. Ini dapat dilaksanakan dengan guru

tersebut memberi bantuan klinikal kepada para pelajarnya. Bantuan klinikal yang

dinyatakan disini ialah guru tersebut mendiagnosis keupayaan pelajar menguasai

ilmu pengetahuan dan kebolehan mereka. Ini membantu guru tersebut menyediakan

pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan para pelajarnya

secara individu. Guru hendaklah bertindak ibarat sebagai seorang doktor iaitu

merawat dan menyediakan ubat untuk pesakit iaitu para pelajarnya. Oleh itu

peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran

sehingga pelajar itu mampu menguasainya. Disamping itu, maklumat kedua yang

perlu dimiliki oleh seseorang guru itu ialah perancangan pengajaran yang sempurna.

Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai

untuk para pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar memerlukan

perancangan pengajaran yang teliti. Hal ini kerana perkara-perkara ini merupakan

pemboleh ubah yang perlu dikawal oleh guru terhadap para pelajarnya untuk

menghasilkan keputusan yang diharapkan dan akan menghasilkan kejayaan seperti

yang dirancang. Maklumat ketiga yang wajar dimiliki setiap guru dalam memulakan

pengajarannya ialah mengetahui teknik melaksanakan pengajaran yang efektif.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru hendaklah

menarik dan memberi impak positif kepada para pelajar. Kemahiran dan keupayaan

guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yang betul dan terkini akan

merangsang diri para pelajar agar lebih produktif dan hasilnya para pelajar akan

mencapai kejayaan yang diimpikan dengan menggunakan kaedah pembelajaran

yang lebih bersesuaian dan bertepatan dengan tahap para pelajar tersebut. Di

samping itu, maklumat yang juga penting untuk dimiliki oleh para guru ialah

pengetahuan berkaitan pengurusan bilik darjah. Menyediakan suasana

pembelajaran dan persekitaran yang sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah

akan menyeronokkan pelajar dan membantu perkembangan pengetahuan mereka.

Keadaan ini juga akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka

Page 4: Apakah maklumat yang perlu guru miliki pada hari pertama pengajaran pembelajaran

dengan lebih kondusif. Selain itu, para guru juga perlu mendapatkan maklumat

berkaitan latar belakang peribadi pelajar. Maklumat ini berguna kepada guru bagi

memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa dan

mengesan sebarang masalah yang terjadi sehingga mengganggu tahap pencapaian

pelajar. Akhir sekali, sebagai seorang guru, beliau perlulah memiliki pengetahuan

dalam menterjemahkan perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku yang menggambarkan

sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai,

membimbing, memberi sokongan dan pengiktirafan. Hal ini dapat menolong dan

membantu guru tersebut melaksanakan tugas dengan perasaan gembira dan

menyeronokkan.