apakah kebaikan gst

Upload: celcom78

Post on 02-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    1/16

    1

    Apakah Kebaikan GST? Fakta atau Auta?

    Kadang-kadang kita dengar tentang sesuatu benda, kita tanpa berfikir atau berusahamencari maklumat yang betul. Kita cuma dengar dan percaya kepada apa yang sampaikepada kita. GST adalah satu cukai baru yang akan dikenakan oleh kerajaan kepada

    rakyat. Kita telah dengar bahawa pemimpin pembangkang, menghentam kerajaandengan isu GST dan terpekik terlolong kononnya mereka pentingkan rakyat.

    Di bawah sini adalah senarai kebaikkan GST yang patut anda semua baca. Janganhanya dengar kepada satu pinak sahaja. Dengar kedua-dua pihak dan cubaimbangkannya. Insyallah pembaca semua akan mengerti, apa itu GST. SelamatMembaca!

    GST: Manfaat serta-merta

    PUTRAJAYA Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai

    barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untukpelbagai jenis barang.

    Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussainberkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus ketika menjamuselera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggidikenakan sekarang.

    Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan danperkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualanatas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

    Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasilpenjimatan daripada pembayaran cukai, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hariini.

    Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks HargaPengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

    GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GSTdilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain, katanya.

    Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GSTdiperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekalpada harga asal.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    2/16

    2

    Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahuiimpak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan hargabarang tersebut pada kadar yang sesuai.

    Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST

    menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan,katanya.

    Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujukpasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barangberkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.

    Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan olehpelaksanaan GST.

    Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga

    peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula ditempat lain, katanya.

    Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar enam peratusadalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkahlain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.

    Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuanmengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan danperkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

    GST tidak sebabkan harga barang naik

    KUALA LUMPURPelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadarjangkaan sebanyak enam peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naikberdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

    Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussainberkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayarcukai sebanyak enam peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatansebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

    Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yangakan dikenakan adalah pada kadar enam peratus berbanding kadar cukai jualan danperkhidmatan yang dikenakan sekarang, katanya pada Forum GST anjuran Affin BankBhd. di sini, hari ini.

    Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke ataspendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkanberlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    3/16

    3

    GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkansejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

    GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangankeperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

    GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini denganpenjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4bilion untuk sektor eksport.

    Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripadaRM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

    Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata,buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belummembuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.

    GST tidak membebankan

    SEMPORNA Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akanbermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,sebaliknya kadar enam peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbandingcukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

    Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana

    langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

    Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasilkepada negara, katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepadamangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

    Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafardan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.

    Cukai GST sekitar 6%

    KUALA LUMPUR Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yangbermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar enam peratus berbandingkadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    4/16

    4

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST jugadikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asasbagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin danberpendapatan rendah.

    Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga dinegara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektorperniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

    Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripadaRM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

    Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikanpengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikatbesar daripada membayar beberapa yuran profesional.

    Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dankerajaan, katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

    Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukaike atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula,tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

    Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buatpertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

    Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah

    pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yangbelum dibahaskan.

    Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolakbantahan Manoharan itu.

    Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidangDewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

    GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatansedia ada.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    5/16

    5

    GST: Naik harga kena tindakan

    PUTRAJAYA Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut KeuntunganBerlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itupenting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihanoleh para peniaga.

    Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar enamperatus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadaryang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

    Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungipengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama

    SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan, kata beliau.

    Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepadapara pengarang media di sini hari ini.

    Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakanke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai sertamengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

    Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972,kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

    Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat keranapengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanianserta makanan asas

    Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, dagingdan ayam, kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecual iandiperkenalkan untuk mengurangkan beban rakyat.

    Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di

    negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektorperniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

    Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripadaRM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    6/16

    6

    Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikanpengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikatbesar daripada membayar beberapa yuran profesional.

    Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan

    kerajaan, katanya.

    Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

    IPOHKerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancanganpelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidakmenjejaskan kesejahteraan rakyat.

    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masasama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuahnegara yang mempunyai daya saing.

    Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjagakesejahteraan rakyat, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cekbernilai RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.

    Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama padaakhir sidang Dewan Rakyat.

    Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadarenam peratus.

    Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GSTdan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negaraterbabit.

    Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yangbelum memperkenalkan GST, ujar Ahmad Husni.

    Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyakRM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagimenggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    7/16

    7

    Kajian komprehensif GST

    IPOH Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensifmengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kataMenteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskankesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negarakompetitif.

    Kita telah membuat kajian yang mendalammatlamat kita adalah untuk menjagakesejahteraan rakyat, katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengahpihak terhadap pelaksanaan GST.

    Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan RangUndang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan

    pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata,kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar enam peratus.

    Segala mengenai GST/CBP ada disini

    http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_hdw.aspx

    Sebelum kita mempercayai sesuatu berita. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu. Jangandengar khabar angin dan sokong membabi buta.

    GST: Cukai Barang Dan Pekhidmatan Bahagian 1

    1. Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)?

    GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilaiditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkatpengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang danperkhidmatan yang diimport.

    2. Adakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru?

    GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukaiperkhidmatan. Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalahdari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluarandan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar keatas input perniagaan. Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada,

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    8/16

    8

    dimana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasabarang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukaiperkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu padaperingkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.

    3. Mengapa cukai jualan dan cukai perkhidmatan perlu diganti dengan GST?

    GST adalah merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus,efisien dan mesra perniagaan. Diperhatikan GST boleh mengatasi berbagai kelemahanyang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada. Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia adaadalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isukebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dansebagainya. Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukaidan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah

    berasaskan kepada kaedah self policing. Selain daripada itu, pihak peniaga hanyaperlu mengemukakan penyata cukai yang ringkas mengikut format yang disediakan,manakala semua rekod dan dokumen berhubung dengan transaksi yang berkaitanhanya perlu disimpan di premis syarikat untuk diaudit oleh juruaudit GST di kemudianhari.

    4. Mengapakah kerajaan hendak melaksanakan GST ?

    Pelaksanaan GST adalah merupakan sebahagian daripada program pembaharuanterhadap sistem percukaian negara sebagai langkah Kerajaan untuk meningkatkan

    keupayaan, keberkesanan dan ketelusan dalam pengurusan cukai.

    5. Mengapakah kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripadakadar cukai semasa?

    Kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai semasabagi tujuan mengimbangi impak GST terhadap rakyat dan pengguna supaya ianya tidakterlalu membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatanrendah. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah, dijangka penggunaakan mendapat manfaat daripadanya oleh kerana kebanyakan barang dan

    perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    9/16

    9

    6. Adakah benar mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulanyang pada ketika ini tidak dikenakan cukai pendapatan, perlu membayar cukai dibawah GST?

    Persepsi berkenaan adalah kurang tepat berikutan kaedah pengenaan cukai bagikedua-dua jenis cukai tersebut adalah sangat berbeza. Dimaklumkan bahawa kaedahpengenaan cukai pendapatan adalah berasaskan kepada jumlah pendapatan yangdiperolehi oleh seseorang individu, manakala pengenaan GST adalah berdasarkankepada kepenggunaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan yang digunakan.

    Pada ketika ini pun, mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan masih tetapmembayar cukai jualan atau cukai perkhidmatan ke atas barang dan perkhidmatanyang digunakannya.

    Persoalannya, kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa harga barang atau

    perkhidmatan yang dijual oleh peniaga runcit telah termasuk elemen cukai. Padahakikatnya, pengenaan GST tidak akan memberi sebarang perbezaan dalam aspekbebanan cukai yang ditanggung oleh mereka yang berpendapatan kurang daripadaRM3,000 sebulan kerana pada masa ini mereka telah pun membayar cukai terhadapbarang dan perkhidmatan tertentu yang digunakan.

    7. Bilakah kerajaan akan melaksanakan GST?

    Kerajaan masih belum menetapkan tarikh untuk melaksanakan GST di Malaysia. Padamasa kini, Kerajaan sedang giat berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman

    mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan GST. Jika sekiranya GST dilaksanakan,Kerajaan akan memberi ruang masa yang mencukupi di antara 18 hingga 24 bulankepada pihak industri dan peniaga untuk membuat persediaan bagi pelaksanaan GST.

    8. Bagaimanakah GST beroperasi?

    GST adalah dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yangdikeluarkan di dalam negara termasuk yang diimport. GST hanya boleh dicaj sertadipungut oleh peniaga yang telah berdaftar di bawah GST.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    10/16

    10

    GST yang dipungut ke atas output perlu diremitkan kepada Kerajaan. Walaupunbagitu, pihak peniaga adalah dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai inputmelalui mekanisme dan kaedah seperti berikut:

    i. GST yang dipungut ke atas output (cukai output) tolak GST yang telah dibayar keatas input (cukai input).ii. Jika terdapat lebihan, amaun tersebut hendaklah diremitkan kepada Kerajaan dalamtempoh masa yang ditetapkan.iii. Jika terdapat kekurangan, pihak peniaga boleh menuntut pembayaran balik (refund)daripada Kerajaan.

    9. Apakah cukai input, cukai output dan kredit cukai input?

    Cukai input adalah merupakan GST yang dikenakan ke atas pembelian barang danperkhidmatan yang digunakan dalam aktiviti perniagaan. Manakala cukai output adalahmerupakan GST yang dicaj dan dipungut ke atas penjualan/pembekalan barang danperkhidmatan. Kredit cukai input bermaksud cukai input yang boleh dituntut olehpeniaga yang berdaftar di bawah GST.

    10.Apakah pembekalan berkadar standard, berkadar sifar dan dikecualikan?

    Pembekalan berkadar standard adalah merupakan bekalan barang dan perkhidmatanyang dikenakan GST pada kadar cukai yang ditetapkan. Manakala pembekalan

    berkadar sifar adalah merupakan bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakanGST pada kadar sifar iaitu tidak dikenakan GST sama ada di peringkat output mahupundi peringkat input.

    Sementara pembekalan dikecualikan adalah merujuk kepada barang dan perkhidmatanyang tidak dikenakan GST pada peringkat output iaitu pada peringkat ianya dibekalkankepada pihak pengguna. Namun begitu, GST yang dibayar ke atas input oleh pihakpeniaga yang terlibat tidak boleh dituntut semula sebagai kredit cukai.

    11. Siapa yang akan memungut GST dan membayarnya kepada kerajaan?

    GST hanya boleh dipungut oleh mereka yang telah berdaftar di bawah GST dan cukaitersebut hendaklah diremitkan kepada kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    11/16

    11

    12. Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan bahawa pihak peniaga akanmeremit amaun pungutan cukai yang betul kepada Kerajaan?

    Di dalam memastikan pihak peniaga meremitkan amaun pungutan cukai yang betul,

    Kerajaan akan membuat program pengesanan awal melalui kaedah audit meja danaudit transaksi ke atas borang penyata cukai yang dikemukakan oleh pihak peniagapada setiap tempoh bercukai.

    Pasukan audit GST juga akan menjalankan pengauditan luar ke atas rekod dan akaunperniagaan syarikat bagi memastikan tiada sebarang aktiviti manipulasi cukai yangtelah dilakukan oleh pihak peniaga. Selain daripada itu, sistem penilaian risiko GSTadalah merupakan kaedah pengesanan berkomputer yang akan memberi amaran(alerts) berhubung dengan keskes yang berisiko tinggi.

    13. Adakah semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST?

    Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatanyang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport. Walaupun begitu, beberapamakanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan dagingternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikanswasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidakdikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golonganberpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.

    14. Adakah semua perniagaan dikehendaki berdaftar di bawah GST?

    Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun diwajibkanuntuk mendaftar dibawah GST. Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunanyang dinyatakan diatas tidak perlu mendaftar dibawah GST. Walau bagaimanapun,mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

    15. Mengapakah nilai ambang (threshold) ditetapkan pada tahap RM500,000setahun?

    Penetapan nilai ambang pada tahap RM500,000 setahun adalah bertujuan untukmengecualikan pembekalan syarikat dan perniagaan kecil daripada dikenakan GSTsupaya mereka tidak perlu menanggung semua kos yang berkaitan (kos permulaan dankos pematuhan) sekiranya perlu mendaftar di bawah GST.Berdasarkan kajian, dianggarkan sebanyak 78% daripada jumlah entiti perniagaan tidakakan termasuk dalam sistem GST.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    12/16

    12

    Dengan ini, pengguna boleh membuat pilihan untuk membeli barang keperluan merekadaripada peniaga yang tidak mengenakan GST. Secara tidak langsung, penggunakhususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak akan dibebankan denganGST.

    16. Bagaimanakah hendak menentukan samada nilai ambang RM500,000 telahdicapai ataupun tidak?

    Kiraan nilai ambang hendaklah dibuat berdasarkan kepada kaedah berikut :

    Kaedah 1Pengiraan berdasarkan rekod jualan bagi tempoh 12 bulan ke belakang.

    Kaedah 2Pengiraan berdasarkan anggaran jualan yang dijangkakan bagi tempoh 12 bulan akandatang.

    17. Jika nilai ambang tidak mencapai RM500,000, bolehkah mendaftar dibawahGST?

    Pihak peniaga masih boleh berdaftar secara sukarela dibawah GST walaupun tidakmencapai nilai ambang yang ditetapkan. Walaupun begitu, mereka yang mendaftarsecara sukarela dikehendaki kekal berdaftar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua

    tahun.

    18. Bolehkah pendaftaran GST dibuat secara online?

    Kerajaan memang menggalakkan pendaftaran GST dibuat secara online. Walaupunbegitu, pendaftaran secara manual masih diterima pakai.

    19. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan pendaftaran GST?

    Permohonan secara online boleh dibuat dengan menggunakan borang yang bolehdicapai melalui laman web GST. Bagi permohonan secara manual, borang permohonanboleh didapati dari mana-mana pejabat Kastam ataupun dimuat turun dari laman webGST.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    13/16

    13

    20. Bila dan dimana permohonan pendaftaran GST perlu dibuat?

    Peniaga yang telah mencapai nilai ambang RM500,000 perlu memohon untukdidaftarkan dibawah GST dalam tempoh 28 hari selepas akhir bulan dimana nilai

    ambang tersebut dicapai. Permohonan pendaftaran secara manual hendaklahdikemukakan kepada mana-mana pejabat Kastam yang berdekatan.

    Permohonan secara online akan dikemukakan secara talian terus kepada PusatPemprosesan Setempat. Permohonan secara online juga boleh dibuat denganmenggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di semua pejabatGST di seluruh negara.

    21. Adakah pendaftaran GST akan dikenakan sebarang caj?Tiada sebarang caj yang dikenakan ke atas proses pendaftaran GST.

    22. Adakah barang dan perkhidmatan yang dieksport dikenakan GST?Barang dan perkhidmatan yang dieksport tidak akan dikenakan GST (dikenakan padakadar sifar) bagi tujuan untuk meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaranantarabangsa.

    23. Adakah petani dikehendaki berdaftar di bawah GST?

    Skop pengenaan GST adalah meliputi semua sektor ekonomi termasuk aktivitipertanian. Oleh yang demikian, petani juga perlu mendaftar di bawah GST tertaklukkepada nilai ambang seperti mana yang ditetapkan.

    Walau bagaimanapun, sekiranya produk pertanian berkenaan merupakan barang yangtidak dikenakan GST (dikenakan pada kadar sifar), maka petani tersebut boleh memilihuntuk tidak berdaftar di bawah GST.

    24. Adakah nelayan dikehendaki berdaftar di bawah GST?

    Skop pengenaan GST adalah meliputi semua sektor ekonomi termasuk aktivitiperikanan. Oleh yang demikian, nelayan juga perlu mendaftar di bawah GST tertaklukkepada nilai ambang seperti mana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya

    produk perikanan berkenaan merupakan barang yang tidak dikenakan GST (dikenakanpada kadar sifar), maka nelayan tersebut boleh memilih untuk tidak berdaftar di bawahGST.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    14/16

    14

    25. Bagaimanakah Kerajaan akan mengawal harga?

    Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang lebih serius di dalam memastikanpeniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan GST untuk

    menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antaralangkah yang akan diambil oleh Kerajaan ialah memperkenalkan Anti Profiteering Act,penguatkuasaan yang intensif melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitanShoppers Guide, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (pricesetter).

    Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda danpenalti yang lebih berat akan dikenakan. Segala langkah yang dinyatakan di atasdiharapkan dapat mengubah sikap yang mementingkan keuntungan serta menjalankanperniagaan secara tidak beretika.

    26. Adakah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) tertakluk kepada GST?Pihak NGOs akan dikenakan GST jika terlibat secara langsung dalam aktivitiperniagaan sekiranya barang atau perkhidmatan tersebut adalah bercukai.

    27. Adakah pertubuhan amal tertakluk kepada GST?Pertubuhan amal seperti institusi orang kurang upaya, rumah anak yatim dan rumahorang tua tidak akan dikenakan GST sekiranya perkhidmatan yang disediakan hanyalahuntuk ahli-ahli persatuannya dan tidak dikenakan sebarang caj.

    Pertubuhan amal perlu mendaftar di bawah GST jika sekiranya aktiviti yang

    dilaksanakan berunsurkan perniagaan.

    28. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu IKS semasaGST dilaksanakan?

    Kerajaan akan memastikan pelaksanaan GST tidak akan memberi impak negatifkepada pembangunan IKS. Di dalam usaha untuk membantu IKS, Kerajaan akanmengadakan program-program latihan dan pendidikan secara menyeluruh kepadasemua IKS di seluruh negara.

    Program-program ini akan dijalankan secara kerjasama diantara KementerianKewangan dengan SME Corp. Di samping itu, Kerajaan juga sedang merancang untukmenyediakan pakej perisian perakaunan GST dalam bentuk CD kepada IKS yang tidakmempunyai sistem perakaunan sendiri.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    15/16

    15

    29.Adakah cukai jualan dan cukai perkhidmatan masih dikuatkuasakan denganpelaksanaan GST?Pelaksanaan GST adalah untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatanyang sedang berkuat kuasa pada ketika ini. Dengan yang demikian, kedua-dua jeniscukai tersebut akan dimansuhkan pada tarikh mula pelaksanaan GST.

    30. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempastikan GSTdilaksanakan dengan lancar?

    Kerajaan akan memberi tempoh masa yang mencukupi bagi pihak peniaga bersiapsedia untuk melaksanakan GST. Program kesedaran dan pendidikan GST akandijalankan secara berterusan sehingga tarikh GST dilaksanakan.Dalam usaha untuk menyebarkan maklumat GST kepada orang awam,

    Kerajaan telahpun menubuhkan Pusat Panggilan Kastam (call centre) yang akan

    beroperasi di Kelana Jaya, Selangor. Disamping itu, pelbagai panduan industri akanditerbitkan sebagai garis panduan kepada pihak industri berhubung dengan layanandan prosedur-prosedur GST terhadap industri-industri tertentu.

    Pihak Jabatan Kastam akan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan bagimemberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya peniaga dapat memahami denganlebih jelas terhadap prosedur dan peraturan GST.

    Kerajaan juga akan memastikan sistem perkomputeran GST disiapkan sepenuhnyasebelum GST dilaksanakan. Sistem pengkomputeran GST ini akan diuji melalui pilot

    project dalam proses pendaftaran awal yang akan dijalankan 6 bulan sebelum tarikhpelaksanaan GST.

    31. Adakah jentera kerajaan telah bersedia untuk melaksanakan GST?

    Kerajaan sememangnya telah bersedia untuk melaksanakan GST pada bila-bila masasahaja. Pada ketika ini, jentera Kerajaan yang berkaitan seperti KementerianKewangan, Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan telah mengambil langkah bagi menyediakan keperluan-keperluanpelaksanaan GST yang merangkumi aspek perundangan, pembangunan sistem

    komputer, penyediaan logistik dan infrastruktur, latihan dan publisiti sertapengorganisasian.

    32.Siapa akan mentadbir GST?Kerajaan telah memutuskan supaya Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM)mengurus dan mentadbirkan operasi GST yang akan dilaksanakan di Malaysia.

  • 8/10/2019 Apakah Kebaikan GST

    16/16

    16

    33. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani isuketidak patuhan dan frod?

    Untuk menangani isu berhubung dengan ketidak patuhan dan frod, beberapa

    pendekatan akan digunakan oleh Kerajaan seperti berikut:-

    i. mengadakan program penilaian risiko bagi mengenal pasti jenis perniagaan danorang yang berpotensi untuk melakukan aktiviti ketidak patuhan dan frod. Langkahuntuk menguatkuasakan undang-undang akan dilaksanakan lebih tegas denganmengenakan denda dan penalti yang tinggi;ii. mengadakan program pengauditan secara menyeluruh ke atas rekod dan akaunperniagaan; daniii. memastikan Jabatan Kastam meningkatkan tahap keupayaan dan kemahiranpegawainya dalam bidang-bidang yang berkaitan perakaunan, kewangan dan

    perundangan serta melengkapkan mereka dengan teknik dan kaedah pengauditanyang terkini termasuk penggunaan perisikan secara forensik. Di samping itu, kaedahperkongsian maklumat dengan agensi penguat kuasaan yang lain juga adalah pentinguntuk dilaksanakan.Dengan pendekatan dan kaedah yang dinyatakan di atas, dijangka aktiviti ketidakpatuhan dan frod akan dapat dikurangkan.