apakah itu transformer

Upload: zakiah-hayati

Post on 07-Mar-2016

465 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

khb form.3

TRANSCRIPT

APAKAH ITU TRANSFORMERTransformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Harus difahami bahawa arus ulang alik (a.u) ialah arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus terus (a.t.) ialah arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja.

Contoh transformer yang digunakan dalam industri

Struktur TransformerTransformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat di setiap sisi teras itu.

Transformer

Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input menghasilkan perubahan medan magnet. Perubahan medan magnet tadi akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output, iaitu gegelung sekunder.

Terdapat 2 jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun. Kedua-dua nya ada fungsi yang sedikit berbeza.

Jika dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, transformer memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses ini berjalan dengan baik.

Soalan HOTS : Bolehkah transformer digunakan untuk Arus Terus?

Transformers operate on the principle that current in a wire generates a magnetic field. And more importantly that a change in magnetic flux creates a current in a wire within that field.The input side of a transformer consists of multiple wraps around an iron core. The outputs is a similar set of wraps around the same core (the ratio of number of input wraps to output directly determines how much the voltage is transformed.)Since electricity in the output is dependent on CHANGE in magnetic flux, a DC input will not create any output except at the time it is switched on or off. So AC current is used which will continuously provide changing magnetic flux and therefore power at the outputs.Sumber :http://www.quora.com/Why-dont-transformers-work-with-direct-current

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memahami apa itu transformer, dan bagaimana trasnformer berfungsi. Semoga bermanfaat!

TRANSFORMER INJAK NAIK DAN TRANSFORMER INJAK TURUN

Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau pun menurukan voltan. Transformer terbahagi kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.

Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun

Persamaan1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut

Perbezaan1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunderTransformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder.Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.

2. Voltan outputVoltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan inputVoltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada voltan input

SISTEM PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIAPenghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda.Tapi tahukah anda bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia?

Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

1. Penjana di stesen janakuasa akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV.2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (Transformer Injak Naik)3. Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau 500kV.4. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh dan mengurangkan kadar kehilangan elektrik melalui haba semasa dipindahkan.5. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel penghantaran yang lebih dikenali sebagai Rangkaian Grid Nasional

Rangkaian Grid Nasional

6. Arus ulang alik mengalir ke kawalan kawasan dan lapangan suis.7. Kemudiannya, arus ulang alik ini dialirkan melalui satu lagi stesen transformer (Transformer Injak Turun)8. Voltan akan diturunkan kepada kawasan-kawasan mengikut keperluan.9. Kawasan industri berat menerima bekalan arus ulang alik pada 33kV10. Kawasan industri ringan menerima bekalan arus ulang alik pada 11kV11. Pejabat dan rumah menerima bekalan arus ulang alik pada 240VLANGKAH BERJAGA-JAGA DALAM PENGGUNAAN ELEKTRIKBanyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan.

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah2. Menyentuh suis dengan tangan basah3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket4. Penebat kabel koyak5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Langkah Keselamatan Dalam Litar1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus

Tindakan Keselamatan1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket2. Baiki peralatan elektrik yang rosak3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas5. Hubungi ambulans

Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa

KEPENTINGAN MEMULIHARA ELEKTRIKAda 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu mengurangkan pembaziran dan juga meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan tenaga elektrik. Jom kita tengok.

Cara Menjimatkan Elektrik1. Mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan2. Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen

3. Beli peralatan elektrik berkecekapan tinggi yang menggunakan kuasa rendah4. Tutup tingkap dan pintu jika menggunakan penyaman udara5. Bina bangunan pejabat dengan siling yang rendah supaya menjimatkan kos penggunaan penyaman udara dan kipas

Kesan Kekurangan Tenaga Elektrik1. Hidup tak selesa di rumah2. Tidak dapat menggunakan peralatan moden

3. Menganggu industri makanan yang melibatkan penggunaan suhu tinggi4. Ekonomi negara terganggu5. Komunikasi berteknologi tinggi menjadi sia-sia6. Sektor pengeluaran akan kerugian banyak duit dan faedah