apakah itu modal dibenarkan

6
Apakah itu Modal Dibenarkan (Authorised Capital)? Modal Dibenarkan (Authorised capital) sesebuah syarikat (kadangkala dirujuk sebagai modal saham yang dibenarkan atau modal nominal) ditakrifkan, kadang-kala, sebagai modal yang berdaftar bagi sesebuah syarikat di Malaysia. Ini adalah jumlah maksimum modal saham yang mana sesebuah syarikat sdn bhd dibenarkan untuk dikeluarkan kepada pemegang-pemegang sahamnya. Setiap Syarikat perlu mendaftar modal dibenarkannya apabila diperbadankan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jumlah modal dibenarkan akan dinyatakan dalam Memorandum Persatuan setiap Syarikat. Setiap Syarikat hanya akan dibenarkan untuk mengeluarkan modal berbayar sehingga jumlah maksimum modal dibenarkan yang berdaftar dengan SSM. Syarikat : Authorised & Paid-up Capital (Modal Dibenarkan & Modal Berbayar) Salam, Modal Dibenarkan - Authorised Capital. Ianya di kategorikan dlm susunan spt di bawah : 1. Modal - RM100,000 2. Modal - RM500,000 3. Modal - RM1,000,000 4. Modal - RM5,000,000 5. Modal - RM10,000,000 6. Modal - RM25,000,000 dan seterusnya. ....Modal Dibenarkan (Authorised Capital) di atas tadi adalah had-had modal yg dibenarkan untuk diterbitkan...contoh RM100,000...maka had yg boleh diterbitkan adalah terhad kepada RM100,000 sahaja. Kalau nak lebih contohnya RM500,000 maka kena apply dan daftar di SSM. ...Modal Berbayar (Paid-up Capital) adalah modal yg telah dilanggan

Upload: dmegah

Post on 24-Oct-2015

408 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Itu Modal Dibenarkan

Apakah itu Modal Dibenarkan (Authorised Capital)?

Modal Dibenarkan (Authorised capital) sesebuah syarikat (kadangkala dirujuk sebagai modal saham yang dibenarkan atau modal nominal) ditakrifkan, kadang-kala, sebagai modal yang berdaftar bagi sesebuah syarikat di Malaysia. Ini adalah jumlah maksimum modal saham yang mana sesebuah syarikat sdn bhd dibenarkan untuk dikeluarkan kepada pemegang-pemegang sahamnya.

Setiap Syarikat perlu mendaftar modal dibenarkannya apabila diperbadankan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jumlah modal dibenarkan akan dinyatakan dalam Memorandum Persatuan setiap Syarikat.

Setiap Syarikat hanya akan dibenarkan untuk mengeluarkan modal berbayar sehingga jumlah maksimum modal dibenarkan yang berdaftar dengan SSM.

Syarikat : Authorised & Paid-up Capital (Modal Dibenarkan & Modal Berbayar)

Salam,Modal Dibenarkan - Authorised Capital. Ianya di kategorikan dlm susunan spt di bawah :1. Modal - RM100,0002. Modal - RM500,0003. Modal - RM1,000,0004. Modal - RM5,000,0005. Modal - RM10,000,0006. Modal - RM25,000,000 dan seterusnya.

....Modal Dibenarkan (Authorised Capital) di atas tadi adalah had-had modal yg dibenarkan untuk diterbitkan...contoh RM100,000...maka had yg boleh diterbitkan adalah terhad kepada RM100,000 sahaja. Kalau nak lebih contohnya RM500,000 maka kena apply dan daftar di SSM.

...Modal Berbayar (Paid-up Capital) adalah modal yg telah dilanggan dan dibayar. Disini ia perlu mematuhi had maksimum Modal Dibenarkan (Authorised Capital) di atas tadi. Sebagai Contoh...Modal Dibenarkan (Authorised Capital) adalah RM500,000 ...maka modal yg boleh dilanggan dan dibeli adalah terhad kepada(maksimum) RM500,000..tidak boleh lebih.

...Kalau mahu lebih...perlulah diubah dan ditambah akan Modal Dibenarkan (Authorised Capital) ke had yg lebih tinggi seperti RM1,000,0000.

Page 2: Apakah Itu Modal Dibenarkan

Syarikat : Jenis-jenis Saham, Bon & Debentur

Definisi:Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan saham sebagai..'saham dalam saham modal sesebuah perbadanan dan termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stock dan saham dinyatakan atau disiratkan.

Ciri Saham:Seksyen 98 Akta Syarikat...'saham atau lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam Syarikat hendaklah merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yg diperuntukkan oleh Artikel2 Persatuan da tidak boleh merupakan sifat harta tak alih.

Jenis-jenis Saham:1. Saham Biasa (Ordinary Share)2. Saham Keutamaan (Preference Shares)3. Debentur.

Saham Biasa (Ordinary Shares):Juga dikenali sebagai Saham Ekuiti. Pemegang saham diiktiraf sebagai pemilik perniagaan. Ia merupakan saham yg paling lazim dikeluarkan oleh sesebuah Syarikat. Saham yg diterbitkan tanpa mempunyai tempoh matang dan pemilik boleh menjual sahamnya bila-bila masa.

Hak-hak Pemegang Saham Biasa:1. Hak-hak mengundi termasuk dalam memilih dan menentukan Ahli Lembaga Pengarah2. Hak Preemtif - iaitu mendapat keistimewaan untuk membeli saham tambahan Syarikat terlebih dahulu sebelumdijual oleh kepada orang luar. Ini dapat mengekalkan peratus pemilikannya dalam Syarikat.

Kebaikan Saham Biasa:1. Bayaran dividen bukannya satu kemestian2. Tidak mempunyai tempoh matang3. Meningkat kebolehupayaan kredit Syarikat4. Meningkat kepercayaan dalam permohonan kemudahan, pinjaman & fasilities dsb

Saham Keutamaan(Preference Shares):Saham yg menggabungkan sebahagian ciri-ciri Saham Biasa dan sebahagian ciriS-ciri Bon . Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan Saham Keutamaan sebagai 'saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberik hak kepada pemegangnya kepada hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung atau kepada apa-apa hak untuk menyertai melebihi amaun

Page 3: Apakah Itu Modal Dibenarkan

yg ditetapkan dalam apa-apa pembahagian samada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya'.

Hak-hak Pemegang Saham Keutamaan:1. Keutaman tuntutan terhadap pembahagian dividen. Pemegang saham keutamaan berhak menerima kadar dividen yg tetap dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yg diperolehi. Dividen yg diterima adalah tetap dan terjamin.2. Dividen saham keutamaan akan dibayar dahulu sebelum pembayaran dividen kepada pemegang saham biasa.3. Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang saham keutamaan mempunyai keutamaan tuntutan ke atas pembahagian aset syarikat. Saham keutamaan akan dilunaskan selepas tuntutan Pemiutang (Creditors) selesai.4. Pemegang saham keutamaan bukan pemilik Syarikat dan tidak berhak untuk mengundi atau campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran.

BON & DEBENTURMerupakan satu sekuriti jangka panjang yg diterbitkan oleh sesuatu entiti seperti Syarikat, Firma atau Kerajaan untuk mendapatkan pembiayaan jangka panjang yg besar. Bon menjanjikan bayaran semula prinsipal (modal asal) pada tarikh matang disamping bayaran faedah yg tetap secara berkala untuk sesuatu tempoh tertentu.Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan...'Debentur termasuklah stok debentur, bon, nota & lain2 sekuriti perbadanan samada merupakan cagaran ke atas aset-aset perbadanan atau tidak.

Kos pinjaman terhad kepada bayaran bunga sahaja sahaja dan bayaran faedah bon boleh ditolak cukai pendapatan dan peminjam dapat mengurangkan jumlah cukai yg perlu dibayar. Debentur digunakan oleh sesuatu Syarikat untuk mendapatkan modal bagi pembesaran Syarikat. Ianya merupakan satu cara tambahan untuk mendapatkan modal tanpa mengadaikan aset syarikat seperti tanah untuk mendapat pinjaman daripada bank.

Syarikat : Panduan & Hak Para Pengarah

Syarikat tidak boleh mengurus dirinya dan perlu diurus oleh para Pengarah yg dilantik oleh Pemegang Saham Syarikat. Syarikat perlu diurus oleh Pengarah-pengarahnya yang bertanggungjawab dalam segala tindakan pengurusannya kepada Pemegang Saham Syarikat keseluruhannya. Walaupun Pemegang Saham mempunyai kuasa untuk melantik dan menyingkirkan pengarah-pengarah, tetapi tidak mempunyai hak mutlak untuk menjadi pengarah dan masuk campur dalam

Page 4: Apakah Itu Modal Dibenarkan

urusan pengurusan syarikat. Pada amnya pemegang-pemegang saham terpisah daripada kuasa pengurusan syarikat. Semuanya diserahkan kepada Pengarah-pengarah untuk mengurus dan mengawalnya. Jika sesuatu keputusan pengurusan itu tidak dipersetujui oleh pemegang-pemegang saham, mereka mempertikaikan dan menyoal keputusan-keputusan Pengarah-pengarah itu dalam mesyuarat agung atau mengantikan saja Pengarah-pengarah yang ada dengan orang lain :

Definisi :Seksyen 4 Akta Syarikat mendefinisikan 'Pengarah sebagai Pegawai Eksekutif utama sesebuah Syarikat yg pada masa itu dengan apa2 pun nama yg dipanggil dan sama ada atau tidak ia seorang Pengarah'. Akta Syarikat juga mengatakan Pengarah termasuklah ...'mana2 orang yg menduduki kedudukan Pengarah perbadanan melalui apa2 pun nama yg dipanggil dan temasuklah seseorang mengikut mana2 arahan atau perintah Pengarah2 perbadanan tersebut lazim bertindak dan Pengarah silih ganti atau Pengarah ganti...' .

Setiap Syarikat disyaratkan mempunyai sekurangnya 2 orang Pengarah dan tiada had berkanun mengenai bilangan maksima melainkan yg telah ditetapkan oleh Artikel Syarikat. Pada kebiasaanya maksima bilangan Pengarah dalam Artikel Syarikat adalah 50 orang.

Akta Syarikat 1965 menerangkan hanya 2 kelayakan yg diperlukan untuk membolehkan sesorang itu menjadi Pengarah Syarikat :1. Ia mestilah seorang manusia2. Ia mestilah cukup umur dan berkeupayaan

Kuasa Perlantikan Pengarah:Kuasa melantik Pengarah merupakan suatu kaedah yg termatub didalam M&A Syarikat. Undang2 tidak menghadkan cara atau larangan ke atas apa yg tertulis di dalam M&A di dalam melantik sesorang Pengarah. Pada kebiasaanya kuasa perlantikan ini diperolehi di dalam mesuarat am Pemegang Saham. Namun begitu satu peruntukan boleh dibuat bagi membolehkan Lembaga Pengarah atau orang luar melantik Pengarah secara sah.

Terdapat 3 cara perlantikan Pengarah :

1. Melalui M & A - Setelah diperbadankan dan dimasukkan nama Pengarah ke dalam Artikel atau Memorandum Syarikat.

2. Melalui perlantikan Lembaga Pengarah - Melalui resolusi yg dibuat oleh Pemegang Saham atau Lembaga Pengarah

3. Dengan jemputan dari Lembaga Pengarah

Antara Jenis-jenis Pengarah : Pengarah Urusan - Managing Director

Page 5: Apakah Itu Modal Dibenarkan

Pengarah Bayangan - Shadow Director

Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif - Executive and Non Executive Director

Pengarah Urusan - Managing Director:Pengarah Urusan (MD) merupakan Pengarah yg memiliki kuasa yg luas bagi menentukan operasi dan perlaksanaan Syarikat. Artikel Syarikat seperti menurut Jadual A memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk melantik seorang atau lebih dari kalangan mereka sendiri untuk menjadi Pengarah Urusan (MD) pada satu j/masa tertentu. Pengarah Urusan (MD) boleh juga dilantik melalui Resolusi Mesyuarat Am ataupun seperti termaktub dalaam Artikel Syarikat.

Pengarah Bayangan - Shadow Director:Menurut Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, Shadow Director merupakan orang yg memainkan peranan yg penting di dalam Syarikat. Beliau tidak menjawat jawatan Pengarah dalam Syarikat tetapi 'Pengarah Bayangan merupakan orang yang memberikan segalan arahan dan rancangan yg akan dilakukan oleh Pengarah Syarikat'.

Pengarah Eksekutif and Bukan Bukan Eksekutif-Executive and Non Executive Director:Seseorang pengarah eksekutif biasanya dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan eksekutifnya daripada kumpulan pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat jawatan pengarah eksekutif. Pengarah bukan eksekutif pula biasanya tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, tetapi bertanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.