apakah ciri historiografi melayu

15
APAKAH CIRI-CIRI HISTORIOGRAFI MELAYU. BAGAIMANAKAH IA DAPAT DIMANFAATKAN DALAM MENULIS KEMBALI SEJARAH KEBANGSAAN MALAYSIA? Sejarah merupakan sekumpulan peristiwa penting yang pernah berlaku pada masa dahulu dan merupakan perkara utama dalam masyarakat dimana ia mengajar golongan muda mengenali diri mereka supaya pandai membawa diri pada masa hadapan. Sejarah juga adalah satu persoalan tentang ketepatan sesuatu peristiwa serta pemahaman sepenuhnya mengenai masa dan perkara yang lalu. Menurut E.H.Carr, sejarah adalah satu dialog antara yang telah berlaku pada masa dahulu dengan masa kini. ia juga dianggap sebagai interaksi antara sejarawan dengan fakta- faktanya. Carr seterusnya mendefinasikan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman- pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. *Nota: Artikel berikut merupakan artikel akademik dan tiada kaitan dengan pendirian sebarang organisasi. Menurut pandangan John Tosh, sejarah dan masa lampau mempunyai hubung kait yang rapat.Berdasarkan gambaran awal tentang sejarah, maka ia menjelaskan bahawa sejarah adalah kajian yang dilakukan terhadap perkara yang berlalu yang benar-benar berlaku.[1] Kajian tersebut mempunyai unsur moral yang berharga. Sejarah akan menjadi kesahihan yang tepat melalui keadah-keadah saintifik yang mengekalkan objektivitinya. Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi tetapi penulisan sejarah lebih dikenali sebagai pensejarahan ataupun historiografi. Sejarawan barat dan sejarawan Melayu mempunyai beberapa ciri penulisan mengikut konsep mereka. Sejarawan Melayu pula mempunyai ciri mereka tersendiri dalam 1

Upload: ct-awer-yusoh

Post on 23-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

APAKAH CIRI-CIRI HISTORIOGRAFI MELAYU. BAGAIMANAKAH IA DAPAT DIMANFAATKAN DALAM MENULIS KEMBALI SEJARAH KEBANGSAAN MALAYSIA?

Sejarah merupakan sekumpulan peristiwa penting yang  pernah berlaku  pada masa dahulu dan merupakan  perkara utama dalam masyarakat dimana ia mengajar golongan  muda mengenali diri mereka  supaya pandai membawa diri pada masa hadapan. Sejarah  juga adalah  satu persoalan tentang ketepatan sesuatu peristiwa serta pemahaman sepenuhnya mengenai  masa dan perkara yang lalu.

Menurut E.H.Carr, sejarah adalah satu dialog antara yang telah berlaku pada masa dahulu dengan masa kini. ia juga dianggap sebagai interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya. Carr seterusnya mendefinasikan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.

*Nota: Artikel berikut merupakan artikel akademik dan tiada kaitan dengan pendirian sebarang organisasi.

Menurut pandangan John Tosh, sejarah dan masa lampau mempunyai hubung kait yang rapat.Berdasarkan gambaran awal tentang sejarah, maka ia menjelaskan bahawa sejarah adalah kajian yang dilakukan terhadap perkara yang berlalu yang benar-benar berlaku.[1]Kajian tersebut mempunyai unsur moral yang berharga. Sejarah akan menjadi kesahihan yang tepat melalui keadah-keadah saintifik yang mengekalkan objektivitinya.

Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi tetapi penulisan sejarah lebih dikenali sebagai pensejarahan ataupun historiografi. Sejarawan barat dan sejarawan Melayu mempunyai beberapa ciri penulisan mengikut konsep mereka. Sejarawan Melayu pula mempunyai ciri mereka tersendiri dalam menghasilkan karya pensejarahan. Antara karya historiografi yang terkenal di Alam Melayu adalah seperti hikayat raja-raja Pasai , Sulalatus Salatin, Bustan al-Salatin dan Tuhfat al- Nafis.Kesemua karya historiografi Melayu ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Di dalam esei ini kita akan melihat ciri-ciri historiografi Melayu dan cara ianya dapat dimanfaatkan dalam menulis kembali sejarah kebangsaan Malaysia.

MITOS DAN LEGENDA

Unsur mitos dan legenda merupakan satu ciri yang penting dalam historigrafi Melayu. Hal ini adalah kerana sejarawan pada masa itu terikat dengan kewibawaan sultan. Jadi , sejarawan menulis karya-karya sejarah dengan menggunakan unsur mitos dan legenda untuk menunjukkan kesaktian Sultan mereka sebagai penghormatan kepada sultan dan pembesar sesebuah negara atau negeri.[2]

1

Page 2: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

Bagi pendapat Ismail Hamid dalam buku The Malay Islamic Hikayat mitologi Melayu adalah sesuatu bentuk penceritaan yang lebih menumpukkan tentang pandangan Alam Melayu sebelum kedatangan Islam.[3] Hal ini adalah kerana, pada ketika itu masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama hindu lebih percaya kepada kuasa luar biasa dan ajaib yang boleh mengawal semua roh serta dapat menguasai dunia.[4]

Manakala legenda pula berbeza dengan mitologi kerana ia adalah cerita-cerita berkenaan dengan tokoh-tokoh terkenal pada suatu masa atau tempat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin pernah hidup dalam sejarah tempatan atau mungkin kebenaran sejarah tokoh tersebut tidak dapat dibukti namun hal ini dipercayai oleh masyarakat.

Ciri-ciri metos dan leganda dapat dilihat dalam sejarah Melayu. Misalnya kisah Raja Suran turun ke laut dengan menggunakan peti kaca berkunci untuk melihat segala kekayaan di dalam laut sehingga peti kaca tersebut jatu ke negeri Dika yang dihuni oleh kaum Bu Sum dan Raja Suran hidup di sana bersama isteri dan anaknya seperti berikut:

..Maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci

dan pesawat dari dalam…maka Raja dihulurkan oranglah

kedalam laut maka peti itu pun tenggelam

maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam

peti itu pelbagai kekayaan Allah..Maka Peti Raja Suran

itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.[5]

Selain itu, Terdapat juga contoh lain yang menggunakan unsur mitos dan legenda dalam sejarah Melayu digunakan untuk menunjukkan kegagahan seorang tokoh seperti cerita padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuah emas apabila raja Suran turun ke Bukit Siguntang Mahameru . [6]Dan juga peristiwa -peristiwa yang berkaitan dengan Hang Tuah.

BERTEMAKAN KISAH RAJA-RAJA

Selain daripada unsur mitos dan legenda, ciri historiografi Melayu yang lain ialah Tema sesebuah karya sejarah. Hal ini adalah kerana kebanyakan penulisan sejarah melayu lebih bertemakan kisah raja-raja Melayu serta golongan istana sahaja.

Tema kisah raja-raja ini hanya merangkumi salasiah atau geneologi raja-raja Melayu yang biasanya berhubung dengan keturunan Iskandar Zulkarnian, Pembukaan Kerajaan, peperangan, perhubungan dengan negara-negara luar bagi mengukuhkan lagi kedudukan atau keagungan sultan yang memerintah,hubungan pemerintah dengan golongan bangsawan dan kehidupan golongan istana termasuk adat istiadatnya.[7]

2

Page 3: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

Kebanyakan penulisan sejarah bertemakan kisah raja-raja kerana kebanyakan sejarawan Melayu yang menghasil karya sejarah merupakan para pembesar istana yang hidup di dalam lingkungan istana dan berkhidmat dengan raja yang memerintah seperti Tun Seri Lanang yang menghasilkan sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.

Jadi segala aspek yang berhubung dengan kerajaan dianggap sebagai peristiwa bersejarah dan perlu dipaparkan oleh pengarang. Aspek ini dapat dilihat dalam Sejarah Melayu dimana pengarah telah menceritakan tentang keaguangan Raja Iskandar Shah yang keturunan Iskandar Zulkarnian yang telah membentuk Melaka dan memerintah kerajaan Melaka yang telah mengambarkan sebagai sebuah negeri yang aman dan makmur dan kaya dengan segala kekayaan seperti berikutnya:

Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang

Sekalian,diamlah baginda di Melaka.Adapun baginda di Singapura tiga

Puluh dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa;baginda bersemayam

Di Melaka tiga tahun,maka datanglah perederan dunia, baginda pun magkat

Anakanda baginda Raja Muda kerajaan menggantikan ayahanda.

Baginda,terlalu adil perintah baginda itu .[8]

Selain daripada keagungan raja, ciri tema ini juga memaparkan kepintaran dan kehebatan golongan-golongan istana dan pembesar Melayu dalam penulisan sejarah. Hal ini adalah kerana pengarang telah menunjukkan kepintaran pembesar-pembesar Melayu dalam mengekalkan kemakmuran da kedaulatan sesebuah negeri serta mengangkat lagi martabat seseorang raja atau sultan di kaca mata pembaca.

Misalnya hal ini dapat dilihat melalui beberapa contoh yang dapat dalam sulalutin salatin seperti keberanian dan kepintaran Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka dan di Majapahit. Di Melaka, Hang Tuah telah digambarkan sebagai seorang yang cerdik dan berani sehingga tiada seorang pun menyamainya.contohnya, ketika berlaku peristiwa orang mengamuk beliau yang telah dilantik sebagai laksamana dititahkan oleh Sultan untuk menangani segala permasalahan tersebut sehingga berjaya membunuh 74 orang yang mengamuk itu. Ketika mengiringi Sultan Mansur Shah ke Majapahit pula, beliau telah digambarkan sebagai seorang yang gagah perkasa sehingga dikatakan “jika ia di pesiban,pesiban gempar, jika ia ke pasa gigir, jika ia ke warung gaduh;jika ia di panggunan,panggungan hangar.”[9]

Kebijaksanaan Tun perpatih Putih juga telah dibincangkan di salalutin salatin dimana pengarang telah memceritakan kebijaksanaan Tun Perpatih Putih di hadapan Maharaja China semasa lawatan mereka ke negeri tersebut. Beliau dikatakan telah mendapat mencari helah untuk melihat wajah dan singgahsana Maharaja China dengan meminta dihidangkan sayur Kankung yang dibelah tetapi tidak dipotong. Ketika memakan dengan

3

Page 4: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

cara menengadah, rombongan Melaka telah dapat melihat kedudukan sebanar raja China itu,iaitu baginda dikatakan duduk di atas kerusi di dalam mulut naga pada mungkur kacanya.[10]

Jadi melalui tema berunsur kisah raja-raja, sejarawan Melayu telah menunjukkan kedaulatan sesebuah negeri berdasarkan kepada keaguangan raja dan kehandalan pembesar dan ciri ini merupakan ciri yang terdapat dalam karya sejarah lain seperti hikayat raja-raja pasai, Misa Melayu dan lain -lain.

Aspek konsep Daulat dan Derhaka

Konsep daulat dan derhaka juga merupakan salah satu ciri historiografi Melayu . Hal ini adalah kerana seperti di nyatakan di atas, kebanyakan karya sejarah adalah bertemakan kisah raja dan Sultan dan kebanyakan sejarawan pada masa itu merupakan pembesar istana. Jadi , sejarawan telah mengunakan aspek daulat dan derhaka dalam penulisan mereka.[11]

Selain itu , konsep daulat dan derhaka menjadi satu ciri historiografi adalah kerana pada sebelum zaman kedatangan agama Islam raja-raja di Tanah Melayu dianggap sebagai devaraja iaitu anak kepada tuhan dan selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu pula sultan dianggap sebagai khalifah atau khalifatullah di muka bumi. Jadi, sultan mempunyai ciri-ciri yang sendiri dan luar biasa serta rakyat haruslah patuh kepada sultan dan tidak boleh derhaka sultan.[12] Jadi konsep ini telah digunakan dalam karya sejarah Melayu. Misalnya dalam Sulalatus Salatin, dimana terdapat sebuah perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana seperti raja tidak boleh mengeji, mencela atau mengaibkan rakyatnya. Manakala rakyat pula tidak boleh menderhaka dan menitikan darah raja walaupun raja bersalah,zalim atau sebagainya.[13]

Dalam karya Misa Melayu juga pengarang telah mengunakan aspek konsep daulat dan derhaka sebagai satu aspek yang penting. Misalnya, hal ini dapat dilihat dalam peristiwa dimana Sultan Iskandar memerintah Raja Muda dan Para pembesar mendirikan istana berupa mahligai di Pulau Indera Sakti. Walaupun berat hati para pembesar mahupun segala tukang untuk melaksanakannya kerana mereka tidak pernah melihatnya apalagi tidak gambaran mengenalinya di dalam hikayat-hikayat silam, namun mereka terpaksa akur dengan titah perintah tersebut. Disebabkan bimbang dianggap menderhaka kerana tidak berupaya memenuhi dan melaksanakan titah perintah tersebut, maka tiga orang pembesar iaitu Bendahara Syarif Abu Bakar, Temenggung Tan Bantan dan Orang Kaya Menteri Syarif Hussien dengan rasa rendah diri sanggup meletakkan jawatan mereka supaya dapat disandang orang yang lebih berkelayakan. [14] Di sini menunjukkan bagaimana sejarawan Melayu telah menggunakan konsep daulat dan derhaka untuk menunjukkan kesetian rakyat dan pembesar kepada sultan.

UNSUR KEAGAMAAN

Selain daripada ciri di atas , unsur keagaman juga merupakan satu ciri yang terdapat dalam historiografi Melayu. Kebanyakan Sejarawan Melayu telah memasukan unsur ini

4

Page 5: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

dalam karya -karya mereka. Hal ini adalah kerana selepas kedatangan agama Islam di Tanah Melayu, Semula sultan dan pembesar telah memeluk agama Islam dan telah menyebarkan agama Islam ke mata dunia. Jadi Sejarawan telah memggunakan unsur ini dalam karya mereka untuk menunjukkan kelebihan agama Islam dan juga telah menceritakan bagaimana sultan -sultan telah memeluk agama Islam.[15] Misalnya hal ini dapat dilihat dalam karya sejarah hikayat raja-raja Pasai pengarangnya telah menceritakan mengenali seorang sufi yang bernama Syeikh Ismail yang telah mengislamkan Merah Silu dan dikatakan Merah Silu dapat membaca Al-Quran sebaik sahaja memeluk Islam tanpa mempelajarinya.

Selain itu terdapat juga kisah pengislaman Raja Kecil Besar di Melaka, dimana pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W lalu mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan menukarkan namanya kepada Sultan Muhhamad Syah. Raja Kecil Besar diberitahu Nabi dalam mimpi itu bahawa sebuah kapal akan tiba esok harinya dan baginda hendaklah ikut barang katanya. Setelah bangun daripada beradu Raja Kecil Besar mendapati badanya berbau narwastu dan kemaluan sudah berkhatan, permaisuri dan orang dalam istana menyangka baginda gila mengucapkan sesuatu yang mereka tidak faham dan terus memanggil bendahara.

Seperti yang diceritakan kepada bendahara, betul petang itu sampai kapal-kapal yang membawa Syeikh Abdul Aziz.Syeikh ini turun dan sembahyang asar di Pantai

Nyatalah demikian seperti dalam mimpi itu,

Maka raja pun bergurulah pada

Makhdum akan tertib sembahyang

Baginda digelarnya seperti Sabda Nabi Salla’llahu

‘alaihi wa sallam sultan Muhammad Syah.[16]

Selain daripada itu, Sejarawan pada masa itu telah menggunakan unsur- unsur keagaman dan pengaruh Arab dalam karyanya misalnya pengarang Sulalutin salatin sering mengaitkan perjalanan sejarah dengan kuasa Maha Allah dan perkataan yang sering digunakan adalah “ telah berlakulah hukum Allah atas segala makhluknya”, “dengan izin Allah” dan sebagainya[17]. Hal ini juga dapat dilihat dalam kisah Sultan Mahmud yang gering selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah tersebut seperti berikut:

Hatta betapa lama selangnya, dengan takdir Allah

Taala, maka Sultan Mahmud Syah pun geringlah,

Sakit buang air, pada sehari dua tiga belas kali buang air.

5

Page 6: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

Maka Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah pun tiadalah

Berceria dengan Baginda… Maka baginda pun dipelihara

oleh Bendahara

Dan Laksamana perlahan-perlahan.

Maka dengan dipelihaa Allah Subha nahu wataala,belum

Lagi habis rupanya suratan ajal baginda,

maka Sultan Mahmud Syah pun semuhlah[18]

Selain itu, dalam karya Misa Melayu, terdapat beberapa petikan ayat Al -Quran yang digunakan oleh pengarangnya seperti Wa innallah la tukhliful mi’ad dan sebagainya untuk menunjukkan pengaruh agama Islam.[19]

CIRI-CIRI LAIN

Selain daripada ciri-ciri utama yang telah di bincangkan di atas terdapat juga ciri-ciri Historiografi sampingan yang lain yang dapat dilihat dalam dalam historiografi Melayu. Antaranya adalah seperti:

TIADA NAMA PENGARANG

Sejarawan- sejarawan Melayu pada masa lampau biasanya tidak akan menulis nama mereka sebagai pengarang sesebuah karya yang telah mereka menghasilkan . Hal ini adalah kerana biasanya sejarawan Melayu pada masa itu bersikap rendah diri di hadapan Sultan.[20]Oleh sebab itu mereka hanya menggunakan gantinama fakir menganti nama mereka. Hal ini dapat dilihat dalam sulalatus salatin dimana Tun Seri Lanang mengunakan perkataan fakir, dalam Misa Melayu dimana Raja Chulan juga telah mengunakan perkataan fakir. Contoh ungkapan yang di gunakan oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus adalah seperti berikut:

Wa ba’adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir

Yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya…

Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun

‘ala jahlihi’[21]

Selain itu, Sejarawan Melayu pada masa itu juga telah mengamalkan tradisi penyalinan sebuah karya . Jadi hal ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kesan seperti terdapat banyak versi dalam sesuatu karya sejarah dan berlaku percanggahan fakta, berat sebelah

6

Page 7: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

dan penyalinan sesebuah karya menambah dan mengurangkan cerita mengikut kepentingan mereka.

TIADA TARIKH

Ciri historiografi Melayu lain ialah sejarawan Melayu pada masa itu tidak menggunakan tarikh dalam karya mereka untuk memberitahu kepada pembaca bilamasa sesuatu peristiwa itu berlaku dan bila sebuah karya itu dihasilkan.[22]

Misalnya pengarang Sulalatus Salatin gemar menggunakan ungkapan “selang beberapa hari”, “tidak berapa lamanya”, “setelah empat puluh dua tahun umur Sultan Muzaffar Syah”[23]. Maka, ciri ini merupakan satu ciri historigrafi Melayu kerana kita dapat melihat ciri ini dalam karya sejarah lain seperti Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis dan sebagainya.

BERSIKAP BIAS

Ciri bersikap bias oleh pengarang atau penyalin terhadap sesesuatu peristiwa juga merupakan satu ciri historigrafi Melayu. Hai ini berlaku dalam historigrafi Melayu kerana kebanyakan karya hanya ditulis oleh seseorang sejarawan mengikut kepentingan mereka dan Sultan mereka. Jadi mereka terpaksa bersikap kecenderungan dalam menghasilkan idea sejarah.[24] Karya -karya yang dihasilkan ataupun di salinkan lebih memaparkan tentang bangsa masing-masing. Misalnya dalam Sulalatus Salatin, Tun seri Lanang bersikap berat sebelah dari segi salasilah keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat, perisitiwa-peristiwa yang melihat semua jenis tokoh Melaka seperti Tun Perak, Hang Tuah dan sebagainya. Hal ini adalah kerana sebagai Bendahara, Tun Seri Lanang terpaksa memenuhi titah perintah daripada Sultan dan hal ini menyebabkan beliau sukar bebas daripada bersikap bias kerana takut dimurka oleh Sultan. Bukan sahaja Sulalatus Salatin tetapi karya sejarah lain seperti Misa Melayu, Hikayat raja- raja Pasai dan sebagai juga mempunyai ciri ini.

UNSUR HINDU-BUDDHA

Selain daripada ciri-ciri yang di bincangkan di atas, unsur Hindu-Buddha dalam karya Sejarah Melayu juga adalah salah satu ciri historiografi Melayu. Hal ini adalah kerana unsur hindu-buddha masih lagi tebal dalam masyarakat Melayu pada masa itu walaupun penulisan historiografi Melayu bermula selepas penyebaran agama Islam.[25]

Jadi, unsur Hindu Buddha ini telah menjadi satu ciri dalam historiografi Melayu seperti Sulalutin Salatin, Hikayat raja-raja Pasai, Misa Melayu dan lain-lain lagi. Misalnya kita dapat lihat unsur ini dalam kegunaan nama-mana yang berunsur hindu seperti gunung Mahameru, dan juga beberepa peristiwa yang bercampur mitos yang diceritakan karya-karya sejarah lama berbaur kehinduan.

CARA HISTORIOGRAFI MELAYU DAPAT DIMANFAATKAN DALAM MENULIS KEMBAL SEJARAH KEBANGSAAN MALAYSIA.

7

Page 8: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

Historiografi Melayu seperti Sulalatus Salatin, Bustan al- Salatin,Salasilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu,Tuhfat al-Nafis dan lain -lain lagi merupakan satu gambaran kepada generasi masa kini tentang bagaimana kehidupan masyarakat pada masa itu. Walaupun pensejarahan Melayu mengandungi unsur-unsur mitos dan legenda yang sering membangkitkan keraguan sejarawan barat seperti J.C. Bottoms, R.O Winstedt dan Wilkinson yang telah menyatakan pensejarahan Melayu tidak boleh dianggap sebagai sains (ilmiah) dan sastera tetapi hanya sekadar hiburan semata-mata.[26]

Namun ia amatlah penting dalam menulis kembali sejarah kebangsaan Melayu kerana unsur mitos dan legenda ini telah menunjukkan penghormataan rakyat terhadap sesebuah negara, Raja dan pembesar kepada generasi masa kini. Melalui unsur ini, generasi masa kini dapat mengambarkan bagaimana rakyat-rakyat pada masa itu telah menghormati Sultan dan pembesar dan mempercayai mereka mempunyai kesaktian yang luar biasa.

Walaupun Sejarawan barat tidak menganggap unsur ini sebagai fakta sejarah tetapi secara tidak langsung mereka juga telah menggunakan unsur-unsur seperti kehadiran tuhan, dewa-dewi dan kepercayaan karut dalam karya awal mereka seperti dalam karya Perang Parsi untuk menunjukkan kekuatan negara atau tokoh mereka kepada generasi masa kini.[27]

Selain itu, peranan historiografi Melayu adalah penting dalam menulis kembali sejarah kebangsaan Malaysia kerana historiografi Melayu dapat dimanfatkan melalui tiga aspek penting iaitu melalui aspek politik, ekonomi dan sosial.

ASPEK POLITIK

Historiografi Melayu adalah amat penting dari segi politik kerana seperti yang dinyatakan diatas, Sejarah tradisi ini telah memberi satu gambaran dari segi politik kepada generasi pada masa ini. Dalam karya-karya sejarah Melayu, penulis atau penyalin telah menceritakan bagaimana seorang sultan dan pembesar-pembesarnya mentadbir sesebuah negeri sehinggalah negeri itu menjadi makmur dan juga penulis menceritakan tentang kehandalan dan kebijaksaan seseorang sultan dan pembesar dalam mentadbir sesebuah negera .

Selain itu, Historiografi Melayu ini juga telah banyak menceritakan serta mengambar bagaimana seseorang sultan mendapat tahkta dan bagaimana mereka bersusah payah memgekalkan kedudukan mereka. Tambahan pula,melalui aspek ini, kita dapat mengetahui tentang hubungan diplomatik kerajaan di Alam melayu dengan negara-negara luar dan juga memberi maklumat tentang persahabatan kerajaan di Alam Melayu dengan negara-negara di Asia Timur, Asia barat, Eropah dan sebagainya.

ASPEK EKONOMI

Dari segi ekonomi pula, aspek ini amat penting dalam menulis sejarah kebangsaan Malaysia berdasarkan historigrafi Melayu kerana sepertimana penulis mengambarkan

8

Page 9: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

aspek politik seperti itu penulis sejarah melayu tradisi telah mengambarkan keadaan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu.[28]

Misalnya seperti dalam Sulalatus Salatin dan histiografi lain, Penulis telah mengambarkan dengan jelas tentang gambaran kegiataan ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat pada masa itu dan juga bagaimana sesebuah negeri seperti Melaka jadi pusat perdagangan yang terkenal pada masa itu sehingga berlaku perhubungan antarabangsa, kegiatan mengutip cukai dan bagaimana Melaka dapat mengekalkan kemakmuran sebagai pusat perdagangan.

ASPEK SOSIAL

Dari segi sosial pula, historigrafi Melayu amat penting kerana melalui historiografi ini kita dapat mengetahui bagaimana kehidupan sosial sesebuah negeri Melayu pada masa itu dan juga kepercayaan, hukum adat, peraturan dan undang-undang. Misalnya melalui historigrafi Melayu inilah kita dapat mengambarkan bagaimana masyarakat melayu pada masa itu patuh dan taat kepada Sultan dan mereka mengamalkan konsep dewaraja, bukan itu sahaja malah, melalui aspek ini lah kita dapat membuat gambaran yang jelas mengenali stukutur sosial masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa lapis.

Jadi, hal ini dapat di maanfatkan dalam penulisan Sejarah Kebangsaan Malaysia melalui historiografi Melayu untuk generasi yang akan datang.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, Histioriografi Melayu merupakan satu asset yang penting kepada sejarawan masa kini dalam mengkaji dan meneliti mengenai sejarah di Malaysia. Histiografi Melayu mempunyai ciri -ciri yang tertentu seperti dibincangkan di atas tetapi ia amat penting dan berguna kepada generasi masa kini.

Walaupun, Sejarawan barat seperti R.G.Collingwood tidak menggangap histiografi Melayu sebagai karya-karya sejarah dan menyata bahawa sejarah mestilah bersifat ilmiah (Scientitic), humanistic, rasional dengan self revelatory tetapi historiografi Melayu ini telah memainkan peranan penting dalam mengambarkan tentang pertumbuhan masyarakat Melayu beberapa abad lama, kita juga mengetahui “World View” iaitu pandangan masyarakat Melayu tentang dunia melalui historiografi Melayu ini.[29]

[1] Tosh, J., The Pursuit Of History Aims, Methods and New Directions in The Study of Modern History,3nd ed.,Harlow England:Longman,2000,

[2] Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,edisi kedua,1988,

[3] Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat,Monograf 1,UKM: Institut Bahasa,1983,

9

Page 10: APAKAH CIRI Historiografi Melayu

[4] Rajantheran,M., Sejarah Melayu: Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1999

[5] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1996,

[6] Ibid.,

[7] Muhd.Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1997,

[8] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,hlm.71-72.

[9] Ibid.

[10] Ibid.,

[11] Kratz, E.Ulrich, Segi-segi Karangan Melayu Tradisional, Fatimah Zainal (penterjemah), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,2004,

[12] Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional,

[13] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu.

[14] Raja Chulan, Misa Melayu,Kuala Lumpur:Pustaka Antara,1991,

[15] Harun Mat Piah et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional,

[16] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

[17] Ibid

[18] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

[19]Raja Chulan, Misa Melayu.

[20] Liaw,Y.F. (ed), Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik,Singapura: Pustaka Nasional,1975,

[21] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

[22] Muhd.Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960,

[23] A.Samad Ahmad ( Penyelenggara), Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu,

[24] Arbaiyah Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.

10