soalan lazim penyakit novel coronavirus (covid-19) · walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci...

28
1 Kementerian Kesihatan Malaysia SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) Soalan 1: Apakah coronavirus? Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaharu yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Soalan 2: Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (COVID-19) merebak? Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada individu yang lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemas kini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik. Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung atau N95, adakah ia membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19? Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah

Upload: others

Post on 25-May-2020

24 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

1

Kementerian Kesihatan Malaysia

SOALAN LAZIM

PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

Soalan 1: Apakah coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaharu yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Soalan 2: Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?

Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada individu yang lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemas kini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik. Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung atau N95,

adakah ia membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah

Page 2: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

2

disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini. Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ia lebih sesuai diguna pakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan. Soalan 4: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-

19?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan

sukar bernafas.

Soalan 5: Saya mempunyai gejala batuk dan hidung berair. Saya baru balik dari mengembara ke negara-negara yang terdapat kes pneumonia disebabkan jangkitan COVID-19. Perlukah saya pergi ke klinik swasta atau adakah saya perlu pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma hospital Kerajaan? Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana. Soalan 6: Apakah rawatan untuk jangkitan COVID-19?

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan

COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang

dialami pesakit.

Soalan 7: Adakah penyakit jangkitan COVID-19 ini boleh menyebabkan

kematian? Apakah perbezaannya dengan SARS?

COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah

Page 3: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

3

kesihatan atau sistem imun yang rendah. Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19.? Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut: • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap

mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask)

serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul

rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual

haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan

• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak

dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan. Soalan 9: Rakan sekerja / rakan sekelas / kawan saya melancong ke

negara yang mempunyai kes COVID-19. Apabila mereka kembali,

adakah mereka perlu mengasingkan diri mereka?

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment Tool serta Health Alert Card (Lampiran1). Mereka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2

Page 4: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

4

minggu. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama Health Alert Card. Soalan 10: Apakah peranan agensi pelancongan dalam mengawal

penularan jangkitan COVID-19.?

Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini kejadian wabak penyakit COVID-19 dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dari semasa ke semasa iaitu:

Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara China sehingga dimaklumkan kelak.

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

Sekiranya lawatan ke negara yang mempunyai kes COVID-19 tidak dapat dielakkan, semasa berada di sana:

o Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak

bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala; o Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang

menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

o Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.

Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang ke tanah air

Pengembara yang datang dari negara yang mempunyai kes COVID-19 perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.

Page 5: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

5

Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

Soalan 11: Apakah tindakan KKM dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit COVID-19 ini? KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumber-sumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i. Membuka Bilik Gerakan COVID-19. ii. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan

kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini. iii. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa

Malaysia. iv. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan

isolasi kes di hospital-hospital terpilih. v. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat

pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.

vi. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital. vii. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam

menjalankan ujian pengesanan virus ini. viii. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya

penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul. ix. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala

dan komplikasi mencukupi. x. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus

COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak. Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 – 8881 0200 / 0600 / 0700 emel ke [email protected] dan Whatsapp ke 010 969 9435 untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing juga boleh dihubungi (Lampiran 2).

Page 6: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

6

Soalan 12: Siapakah golongan berisiko tinggi? Orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di hospital. Golongan berisiko adalah:

Kanak-kanak

Warga emas berusia 65 tahun ke atas

Pesakit dengan penyakit kronik

Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah

Wanita hamil Penting - (Jangan melawat pesakit di hospital sekiranya anda demam atau mengalami selesema dan batuk) Soalan 13: Bagaimanakah pengesanan kontak dilakukan? Temu bual - Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi perjalanan dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas. Penyiasatan - Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesan dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan maklumat lanjut. Mengenal pasti - Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Sekiranya kontak mengalami GEJALA - beliau akan dirujuk ke hospital untuk pengasingan dan rawatan lanjut. Sekiranya kontak SIHAT beliau akan menjalani ujian untuk pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di rumah bagi tempoh 14 hari. Soalan 14: Bolehkah pengambilan sampel COVID-19 di rumah? Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuat naik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan

Page 7: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

7

sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta seperti di bawah: a) Bookdoc b) Pantai Premier Pathology Sdn Bhd c) Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ) d) Qualitas Medical Group Sdn Bhd e) Gleneagles Kuala Lumpur f) Pantai Hospital Kuala Lumpur g) Pantai Hospital Cheras h) Pantai Hospital Klang i) Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka J) Twin Tower Medical Centre, KLCC k) DoctorOnCall Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa. Soalan 15: Apakah yang perlu dilakukan ketika dibawah Perintah pengawasan rumah (Home Surveilance)?

Sentiasa berada di rumah, pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.

Hadkan pelawat.

Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda

Amalkan adab batuk yang betul/beretika. Tutup mutut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.

Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitizer.

Sentiasa pakai face mask.

Cuci tangan dengan kerap.

Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.

Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula.

Buka semua tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik. . Soalan 16: Senarai Hospital Rujukan Bagi Mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) Dan Kes Sahih COVID-19

Page 8: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

8

Negeri Bil. Nama Hospital No. Telefon

Perlis 1. Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000

Kedah 2. Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233

3. Hospital Sultanah Maliha 04-9663333

Pulau Pinang

4. Hospital Pulau Pinang 04-2225333

Perak 5. Hospital Raja Permaisuri Bainun

05-2085000

6. Hospital Teluk Intan 05-6298400

7. Hospital Slim River 05-4508000

Kelantan 8. Hospital Raja Perempuan Zainab 2

09-7452000

9. Hospital Sultan Ismail Petra 09-9611666

10. Hospital Kuala Krai 09-9611666

11. Hospital Tumpat 09-7263000

12. Hospital Tanah Merah 09-9545000

Terengganu 13. Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121

14. Hospital Hulu Terengganu 09-6813333

Selangor 15. Hospital Sungai Buloh 03-61454333

WP Kuala Lumpur

16. Hospital Kuala Lumpur 03-26155555

Negeri Sembilan

17. Hospital Tuanku Ja‘afar 06-7684000

18. Hospital Rembau 06-6860600

Melaka 19. Hospital Melaka 06-2892344

Johor 20. Hospital Sultanah Aminah 07-2257000

21. Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom

07-7787000

22. Hospital Permai 07-2311000

Sabah 23. Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu

088-517555

24. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

089-248600

25. Hospital Tawau 089-983533

26. Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas

088-522600

27. Hospital Lahad Datu 089-895111

28. Hospital Keningau 087-313000

Sarawak 29. Hospital Umum Sarawak, Kuching

082-27666609

Page 9: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

9

Negeri Bil. Nama Hospital No. Telefon

30. Hospital Miri 085-420033

31. Hospital Bintulu 86-859000

32. Hospital Sibu 084-343333

WP Labuan 33. Hospital Labuan 087- 596888

Soalan 17: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di tempat kerja? Setiap majikan dan pekerja perlu mengamalkan langkah-langkah ini walaupun tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Pastikan tempat kerja anda bersih dan bebas kuman - Kerap lap permukaan dan alatan dengan bahan disinfeksi.

Tingkatkan kekerapan dan membasuh tangan dengan betul (20 saat) dalam kalangan pekerja dan pelanggan - Letakkan “hand sanitizer” di tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan ia kerap diisi semula.

Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untuk pekerja yang selesema atau berkahak - Sediakan juga tempat lupus tisu yang sesuai.

Menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum melakukan tugas yang memerlukan pekerja bertugas di kawasan yang dilanda wabak

Beri taklimat kepada pekerja dan pelanggan sekiranya COVID-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di rumah jika tidak sihat

Soalan 18: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di sekolah? Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman & disinfeksi di permukaan yang mudah dicemari seperti:

1. Kerusi 2. Meja 3. Tombol pintu 4. Papan kekunci komputer

Page 10: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

10

Sekiranya terdapat warga sekolah/pekerja yang disahkan positif COVID-19, sekolah / pejabat tidak perlu ditutup. Memadai kerap lakukan nyahkuman/ disinfeksi. Pakai penutup hidung & mulut (face mask) sekiranya bergejala, basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer. Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala. Soalan 19: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di pusat beli belah dan kenderaan awam? Pemilik premis/ kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman/disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti eskalator & susur tangan, troli, tombol pintu, butang lif dan mesin ATM.

Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer

Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.

Pengusaha/pemilik kenderaan awam perlu kerap melakukan nyahkuman / disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang.

Pakai penutup hidung & mulut (mask) jika bergejala. Soalan 20: Panduan penganjuran atau menghadiri majlis / kenduri kahwin? Tanggungjawab & tindakan tuan rumah

Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tetamu (gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri).

Sekiranya bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu.

Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.

Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun.

Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer kepada tetamu. Tanggungjawab & tindakan tetamu

Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tuan rumah dan tetamu lain (gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri)

Page 11: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

11

Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun

Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

Sekiranya bergejala, pakai topeng muka untuk menghadiri majlis kenduri atau lebih baik tidak menghadiri majlis tersebut.

Soalan 21: Apakah kesesuaian penganjuran program ketika COVID-19?

Penganjuran program di tempat awam adalah tertakluk kepada penilaian serta keputusan oleh pihak penganjur program tersebut.

Mengambil kira kemampuan pihak penganjur program untuk melaksanakan dengan sebaiknya langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam kalangan peserta program bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 semasa program tersebut diadakan.

Tindakan haruslah dilaksanakan oleh para peserta dan penganjur program bagi bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19 semasa penganjuran program terbabit.

Tindakan Peserta Program:

Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, berehat di rumah bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan elakkan dari menghadiri program berkaitan, di samping turut mendapatkan rawatan bagi gejala yang dialami.

Mengamalkan etika batuk - iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.

Sentiasa menjaga kebersihan, khususnya cuci tangan dengan betul dan lebih kerap - iaitu gunakan air dan sabun sekurang- kurangnya untuk tempoh selama 20 saat atau gunakan hand sanitizer

Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

Tindakan Penganjur Program:

Menjalankan saringan dalam kalangan peserta program dan TIDAK membenarkan mana-mana peserta yang dikesan mempunyai demam mahupun gejala jangkitan saluran pernafasan (seperti sakit tekak, batuk, selesema) untuk menghadiri program tersebut, di samping

Page 12: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

12

menasihatkan mereka untuk mendapatkan rawatan.

Menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dalam kuantiti yang mencukupi dan diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk kegunaan para peserta program.

Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai kejadian jangkitan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan serta kawalan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman web sebagaimana berikut:

1. http://www.moh.gov.my 2. https://www.infosihat.gov.my/ 3. https://kpkesihatan.com/

Soalan 22: Bagaimana mengendalikan majlis? Lebih 80% kes positif COVID-19 di Malaysia adalah dalam kalangan kontak rapat kepada kes positif. Situasi ini berlaku semasa menghadiri majlis yang melibatkan ramai orang. Sebaiknya tangguhkan dahulu pelaksanaan majlis. Jika majlis perlu diteruskan, ambillah langkah-langkah berikut: Tanggungjawab Tuan Rumah / Pengendali Majlis

Letakkan tangan kanan di dada kiri sebagai ganti bersalam bagi meraikan

Pastikan pekerja katering tiada gejala demam atau batuk atau sakit tekak atau sukar bernafas

Guna peralatan makan minum pakai buang

Pastikan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) disediakan dan diletakkan di lokasi strategik.

Pastikan tempat basuh tangan beserta sabun yang mencukupi disediakan

Pastikan lokasi majlis mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan hadiri majlis sekiranya anda:

Baru pulang dari negara terjejas COVID-19

Demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas Soalan 23: Apakah yang dimaksudkan dengan perintah kawalan pergerakan ketika COVID-19? Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini

Page 13: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

13

terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada

masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang

dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini

memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat

mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan

Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di

seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan

dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah

Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di

seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis

perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit

dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus

untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan

surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat

Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar

negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki

menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara

sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam

negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk

sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat

tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan

swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Page 14: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

14

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang awam boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 atau ikuti Telegram & Facebook Majlis Keselamatan Negara untuk perkembangan semasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

Soalan 24: Senarai klinik kesihatan yang membuat penyaringan persampelan COVID-19?

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

1. PERLIS

Kangar i. KK Beseri

ii. KK Kangar

iii. KK Padang Besar

vi. KK Simpang Empat

2. KEDAH

Langkawi i. KK Kuah

ii. KK Padang Matsirat

iii. KK Ayer Hangat

Padang Terap i. KKIA Kuala Nerang

Sik i. KK Jeniang

Yan i. KK Guar Cempedak

Pendang i. KK Pendang

Kulim i. KK Taman Selasih

Kota Setar i. KK Bandar Alor Setar

ii. KK Simpang Kuala

iii. KK Simpang Empat

iv. KK Kuala Kedah

v. KK Alor Janggus

vi. KK Jalan Putra

vii. KK Langgar

Page 15: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

15

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

viii. KK Pokok Sena

ix. KK Kota Sarang semut

x. KK Datuk Kumbar

Bandar Baharu i. KK Bandar Baharu

ii. KK Lubuk Buntar

iii. KK Serdang

Kubang Pasu i. KK Ayer Hitam

ii. KK Banai

iii. KK Changlun

iv. KK Kodiang

v. KK Laka Temin

vi. KK Napoh

vii. KK Tunjang

Kuala Muda i. KK Bedong

ii. KK Bukit Selambau

iii. KK Bakar Arang

iv. KK Kota Kuala Muda

v. KK Sg Lalang

vi. KK Merbok

vii. KK Bandar Sungai Petani

Baling i. KK Malau

ii. KK Kupang

iii. KK Parit Panjang

iv. KK Tawar

v. KK Kuala Ketil

vi. KK Kampung Lalang

3. P. PINANG

Timur Laut i. KK Jalan Perak

Barat Daya ii. KK Bayan Baru

Seberang Perai Utara iii. KK Sungai Dua

Seberang Perai Timur iv. KK Seberang Jaya

Seberang Perai Selatan v. KK Bukit Panchor

4. PERAK

Kinta i. KK Jelapang

ii. KK Greentown

Kampar iii. KK Kampar

Hulu Perak iv. KK Lenggong

Kuala Kangsar v. KK Padang Rengas

Page 16: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

16

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

Batang Padang vi. KK Tapah

Perak Tengah vii. KK Seri Iskandar

Hilir Perak viii. KK Teluk Intan

Kerian ix. KK Bagan Serai

LMS x. KK Simpang

Manjung xi. KK Sitiawan

Mualim xii. KK Tanjung Malim

5. SELANGOR

Kuala Selangor i. KK Bestari Jaya

ii. KK Kuala selangor

iii. KK Jeram

iv. KK Ijok

Hulu Langat i. KK Bandar Tun Hussein Onn

ii. KK Semenyih

iii. KK Bangi

iv. KK Batu 14

Kuala Langat i. KK Jenjarom

ii. KK Teluk Datuk

iii. KK Teluk Panglima Garang

iv. KK Sijangkang

v. KK Kebun Baru

vi. KK Bandar

vii. KK Tg. Sepat

viii. KK Bukit Changgang

Klang i. KK Bandar Botanik

Petaling i. KK Kelana Jaya

ii. KK Taman Medan

iii. KK Puchong

iv. KK Seksyen 19 Shah Alam

v. KK Seksyen 7 Shah Alam

vi. KK Seri Kembangan

Gombak i. KK Sg Buloh

ii. KK Selayang Baru

iii. KK AU2

iv. KK Taman Ehsan

v. KK Rawang

vi. KK Gombak Setia

vii. KK Kuang

Page 17: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

17

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

viii. KK Batu Arang

ix. KK Hulu Kelang

x. KK Batu 8

Hulu Selangor i. KK Serendah

ii. KK Ulu Yam Bharu

iii. KK Rasa

iv. KK Kalumpang

v. KK Selisik

vi. KK Soeharto

Sabak Bernam i. KK Simpang Lima

Sepang i. KK Salak

ii. KK Sg Pelek

iii. KK Dengkil

iv. KK Sepang

6. W.P KUALA LUMPUR

Cheras i. Pejabat Kesihatan - drive through

Kepong ii. KK Jinjang

Lembah Pantai iii. PLAN Msia (Bangunan lama Jab. Perancangan Bandar & Desa Msia, next to JKWPKL) - drive through

Titiwangsa iv. KK Kuala Lumpur

v. KK Putrajaya Presint 9

vi. Pejabat Kesihatan Putrajaya - drive through

8. N. SEMBILAN

Seremban i. KK Nilai

ii. KK Senawang

iii. KK Seremban 2

Port Dickson iv. KK Lukut

v. KK Pasir panjang

Jempol vi. KK Bahau

vii. KK Palong 4,5.6

Tampin viii. KK Gemas

ix. KK Gemencheh

Kuala Pilah x. KK Juasseh

xi. KK Terachi

Rembau xii. KK Rembau

Page 18: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

18

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

xiii. KK Astana Raja

Jelebu xv. KK Pertang

xvi. KK Simpang Durian

xvii. KK Titi

9. MELAKA

Melaka Tengah i. KK Tengkera

ii. KK Seri Tanjung

iii. KK Ayer Keroh

iv. KK Kuala Sg. Baru

v. KK Masjid Tanah

Alor Gajah i. KK Rembia

ii. KK Durian Tunggal

iii. KK Alor Gajah

Jasin i. KK Merlimau

ii. KK Simpang Bekoh

10. JOHOR

Tangkak i. KK Payamas

ii. KK Sg Mati

Johor Bahru iii. Wad B2, Hospital Permai

Pontian iv. KK Pekan Nanas

Kulai i. KK Kulai Besar

ii. KK Kulai

Batu Pahat i. KK Batu Pahat

ii. KK Senggarang

iii. KK Yong Peng

Kluang iv. KK Jalan Mengkibol

v. KK Simpang Renggam

Kota Tinggi vi. Asrama Jururawat

Muar vii. KK Maharani

viii. KK Parit Jawa

Mersing ix. KK Jemaluang

Segamat x. KK Segamat

11. PAHANG

Kuantan i. KK Balok

ii. KK Beserah

iii. Klinik Kesihatan Bandar

iv. Klinik Kesihatan Indera Mahkota

v. Klinik Kesihatan Kurnia

Page 19: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

19

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

vi. Klinik Kesihatan Paya Besar

vii. Klinik Kesihatan Permatang Badak

viii. Klinik Kesihatan Jaya Gading

ix. Klinik Kesihatan Gambang

x. Klinik Kesihatan Bkt Goh

xi. Klinik Kesihatan Sg Lembing

Lipis i. KK Benta

ii. KK Padang Tengku

iii. KK Bukit Betong

iv. KK Merapoh

v. KK Mela

vi. KK Sungai Koyan

vii. KK Betau

viii. KK Jerkoh

ix. KKIA Lipis

Cameron Highland i. KK Ringlet

ii. KK Kg. Raja

iii. KK Tanah Rata

Temerloh i. KK Temerloh

ii. KK Tanjung Lalang

iii. KK Bandar Mentakab

iv. KK Kuala Krau

v. KK Sanggang

vi. KK Kerdau

vii. KK Lanchang

Pekan i. KK Bandar Pekan

ii. KK Peramu Jaya

iii. KK Chini

iv. KK Nenasi

Bera i. KK Padang Luas

ii. KK Bandar 32

iii. KK Purun

iv. KK Triang

v. KK Kemayan

vi. KK Bukit Mendi

vii. KK Tembangau

Raub i. KK Dong

Page 20: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

20

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

ii. KK Jeruas

iii. KK Tersang

iv. KK Lembah Klau

Rompin i. KK Rompin

ii. KK Tanjung Gemok

iii. KK Tekek

iv. KK Leban Chondong

v. KK Bukit Ibam

vi. KK Bandar Tun Abdul Razak

vii. KK Perantau Damai

viii. KK Chanis

ix. KK Perwira Jaya

Maran i. KK Maran

ii. KK Sri Jaya

iii. KK Pekan Tajau

iv. KK Chenor

v. KK Pekan Awah

vi. KK Jengka 2

vii. KK Jengka 22

viii. KK Bandar Jengka

ix. KK Jengka 7

Bentong i. KK Bentong

ii. KK Karak

iii. KK Mempaga

iv. KK Simpang Pelangai,

v. KK Chemomoi

vi. KK Telemong

vii. KK Lurah Bilut

Jerantut i. KK Jengka 8

ii. KK Sg Tekam Utara

iii. KK Bandar Jerantut

iv. KK Damak

v. KK Kuala Tembeling

12. TERENGGANU

Marang i. KK Bukit Payong

Kuala Nerus ii. KK Batu Rakit

Dungun iii. KK Ketengah Jaya

Kuala Terengganu iv. KK Manir

Page 21: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

21

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

Hulu Terengganu v. KK Kuala Berang

Setiu vi. KK Rahmat

Besut vii. KK Padang Luas

Kemaman viii. KK Batu 21/2

13. KELANTAN

Kota Bharu i. KK Kota Jembal

ii. KK Perol

Pasir Mas iii. KK Meranti

Bachok iv. KK Mahligai

Machang v. KK Labok

Jeli vi. KK Jeli

Pasir Puteh vii. KK Pasir Puteh

Gua Musang viii. KK Gua Musang

14. SABAH

i. Semua KK

15. SARAWAK

Kuching i. Kompleks Belia dan Sukan

Samarahan i. KK Kota Samarahan

ii. KK Sebuyau

iii. KK Asajaya

iv. KK Sadong Jaya

v. KK Munggu Lallang

Serian i. Institut Latihan KKM Serian

Sri Aman i. KK Sri Aman

ii. KK Lubok Antu

Betong i. KK Mid Layar

ii. KK Debak

iii. KK Pusa

iv. KK Beladin

v. KK Roban

vi. KK Kabong

Mukah i. Emergency & Trauma Depart. Hospital Mukah

Sibu i. KK Lanang

Sarikei i. KK Bintangor

ii. Emergency & Trauma Depart. Hospital Sarikei

Bintulu i. KK Bintulu

Page 22: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

22

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

ii. KK Tatau

Kapit i. KK Kapit

ii. KK Song

iii. KK Sg Asap

iv. KK Belaga

Miri i. KK Miri

Limbang i. KK Kuala Lawas

ii. Emergency & Trauma Depart. Hospital Limbang

16. W. P LABUAN

Labuan i. KK Labuan Updated 20.03.2020

Tempoh operasi klinik kesihatan yang membuat saringan adalah 8.00 pagi hingga 5.00

petang bagi hari Isnin sehingga Jumaat dan hari Ahad hingga Khamis bagi Negeri

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor. Walau bagaimanapun berikut adalah klinik yang

menyediakan saringan semasa hujung minggu.

BIL. DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

1. PERLIS

i. KK Kangar - Sabtu 8.00pg - 11.00pg

ii. KK UTC - Sabtu 8.00pg - 4.00ptg - Ahad 8.00pg - 4.00ptg

2. KEDAH (dari 20 Mac 2020 - 22 Mac 2020 pukul 8.30 pagi - 12.00 tengahari)

Langkawi i. KK Kuah

Kota Setar ii. KK Bandar Alor Setar

Kuala Muda iii. KK Bandar Sg Petani

Kubang Pasu iv. KK Changlun

Kulim v. KK Taman Selasih

Pendang vi. KK Pendang

Baling vii. KK Kuala Ketil

Padang Terap viii. KKIA Kuala Nerang

SIK ix. KK Jeniang

Bandar Baharu x. KK Serdang

Yan xi. KK Guar Cempedak

3. KELANTAN

Page 23: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

23

BIL. DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN

KLINIK KESIHATAN

(Hujung minggu KK ini beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang)

Kota Bharu i. KK Kota Jembal

ii. KK Perol

Pasir Mas iii. KK Meranti

Bachok iv. KK Mahligai

Machang v. KK Labok

Jeli vi. KK Jeli

Pasir Puteh vii. KK Pasir Puteh

Gua Musang viii. KK Gua Musang Updated 20.03.2020

Soalan 25: Adakah saya dibenarkan untuk keluar bersukan/beriadah di tempat awam seperti taman, tasik, gimnasium, kolam renang dan lain-lain? Tidak. Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 melarang orang awam dari keluar bagi tujuan keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan. Soalan 26: Jika saya mempunyai maklumat mengenai pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan, bagaimanakah saya boleh melaporkannya? Jika mana-mana orang mempunyai maklumat tentang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan bolehlah melaporkannya ke Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886 8110 atau 03-8886 8126 Soalan 27: Jika saya baru pulang dari luar negara, adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun saya tidak pergi ke negara yang dijangkiti COVID-19 atau pun tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan? Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mewajibkan semua rakyat Malaysia atau pemastautin tetap yang baru pulang dari luar negera hendaklah melalui pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara tidak kira sama ada pulang dari negara yang tidak mempunyai kes COVID-19 atau tidak menunjukkan sebarang simptom.

Page 24: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

24

Soalan 28: Adakah perkhidmatan perhotelan dan penginapan boleh beroperasi seperti biasa? Kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum. Namun, kesemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Perkhidmatan sajian di premis penginapan pelancong hanya boleh dibuat bagi tujuan tempahan oleh in-house guest secara room service. Perkhidmatan dan fasiliti sampingan seperti kolam renang, ruang permainan gimnasium dan spa adalah tidak dibenarkan. Untuk maklumat lanjut tentang perhotelan dan penginapan bolehlah merujuk kepada MoTAC. Soalan 29: Adakah perkhidmatan sokongan seperti call centre, logistik atau pentadbiran bagi premis/syarikat yang memberi perkhidmatan perlu boleh beroperasi seperti biasa bagi menyokong perkhidmatan tersebut? Ya. Soalan 30: Semua soalan-soalan berkaitan cuti di syarikat swasta? Perkara ini hendaklah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.

Page 25: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

25

Lampiran 1

Health Assessment Tool

Page 26: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

26

Health Alert Card

TATACARA PENILAIAN KESIHATAN KENDIRI

Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:

Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk

berehat di rumah;

Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;

Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus

selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;

Amalkan adab batuk yang baik;

Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan

dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer),

terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask)

apabila berurusan dengan orang lain.

Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk

mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana

tanda dan gejala seperti berikut:

Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula

selepas 3 hari

Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir

bertukar menjadi kebiruan

Batuk berdarah

Sakit dada yang berterusan

Jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas, segera:

Dapatkan rawatan di: _______________________________

atau

Buat panggilan ke nombor: ___________________________

Pergi dapatkan rawatan dengan menggunakan kenderaan persendirian; atau

Jika perkhidmatan ambulan diperlukan, sila dail 999 untuk bantuan.

*Perhatian: Sila simpan kad ini bersama anda dan serahkan kepada mana-mana fasiliti kesihatan

yang anda kunjungi. Kad ini perlu disimpan selama 14 hari dari tarikh ia diberikan kepada anda.

Kepada Pengamal Perubatan Yang Merawat Pesakit Ini

Individu yang membawa kad ini adalah merupakan penumpang atau anak kapal yang baru pulang

dari Wuhan, China atau negara yang mengalami penularan aktif jangkitan (dalam tempoh 14 hari

yang lepas). Jika anda mendapati beliau mengalami gejala seperti demam (≥38°C), radang paru-

paru atau jangkitan respiratori serius dengan susah bernafas, sila rujuk ke hospital yang

berhampiran dengan SEGERA.

Page 27: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

27

Lampiran 2

NOMBOR TELEFON JABATAN KESIHATAN NEGERI

BIL. NEGERI WAKTU OPERASI NOMBOR TELEFON

EMEL

1. Perlis Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 04-9760712 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Beroperasi melalui pegawai atas panggilan

2. Kedah Ahad - Khamis 8.00 pagi - 6.00 petang 04-7741174 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 12.00 tengahari

3. Pulau Pinang Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 04-2629902 [email protected] Sabtu, Ahad & Cuti

Umum 10.00 pagi - 2.00 petang

4. Perak Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 05-2433962 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

10.00 pagi - 5.00 petang

5. Selangor Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 03-51237366 03-51237367

[email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi - 1.00 petang

6. WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 03-26983757 03-22687301

[email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi - 3.00 petang

7. Negeri Sembilan Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 06-7641326 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 5.00 petang

8. Melaka Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 06-2345999 [email protected]

Page 28: SOALAN LAZIM PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) · Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Soalan 8: Apakah

28

BIL. NEGERI WAKTU OPERASI NOMBOR TELEFON

EMEL

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi - 5.00 petang 06-2883019

9. Johor Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 07-238 2217 [email protected]

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

8.00 pagi - 5.00 petang

10. Pahang Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 09-570 7910 09-570 7914 09-570 7909

[email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 12.00 tengahari

11. Terengganu Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 09-6229775 09-6353752

[email protected]

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

9.00 pagi - 3.30 petang

12. Kelantan Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 09-747 2089 [email protected]

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

9.00 pagi - 12.00 tengahari

13. Sabah Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 088-219455 088-512531 088-512533

[email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 5.00 petang

14. Sarawak Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 082-443248 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 5.00 petang

15. WP Labuan Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 087-596160 [email protected]

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi - 5.00 petang