apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

11
Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah? Cikgu Remi akan mengadakan latihan sukaneka. Beliau akan melatih kita berlari sambil membawa bola pingpong dengan sudu.

Upload: khoo0408

Post on 23-Jun-2015

373 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah?Cikgu Remi akan mengadakan latihan sukaneka. Beliau akan melatih kita berlari sambil membawa bola pingpong dengan sudu.

Page 2: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Ke manakah kamu berdua hendak pergi?

Saya dan Herina hendak pergi ke sekolah.

Mari, Ai Ling. Kita pergi ke sekolah.

Page 3: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Kita perlu menjalani latihan sukaneka kerana hari sukan tahunan sudah hampir.

Kamu hendak pergi atau tidak?

Ya, saya hendak pergi tetapi saya perlu meminta kebenaran daripada ibu.Baiklah. Jika ibu kamu benarkan, kita akan berjalan kaki ke sekolah.

Page 4: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Kita perlu berhati-hati semasa berjalan kaki supaya tidak berlaku kemalangan.

Mereka bertiga pun berjalan kaki menuju ke sekolah.

Page 5: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

1. Berhati-hati semasa melintas jalan raya.

2. Kita boleh melintas di lintasan undan.3. Tekan butang pada tiang lampu isyarat.

Page 6: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

4. Isyarat orang merah masih bernyala.

5. Sekarang isyarat orang hijau bernyala.6. Kita boleh melintas dengan selamat.

Page 7: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Lintasan undan merupakan satu daripada tempat melintas jalan yang selamat. Pejalan kaki akan menggunakan lintasan undan untuk melintas jalan.

Page 8: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Sebelum melintas, kita hendaklah menekan butang yang terdapat pada tiang lampu isyarat undan. Jika isyarat orang merah masih bernyala, kita dilarang melintas jalan. Tunggu sehingga isyarat orang hijau bernyala barulah kita boleh melintas jalan. Semua kenderaan hendaklah berhenti untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki melintas jalan dengan selamat.

Page 9: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

Kawan-kawan, kita perlu mengamalkan lima langkah ketika melintas jalan raya seperti yang berikut:

Page 10: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah

1. kita hendaklah berhenti sebentar di bebendul jalan.

Page 11: Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah