aktiviti-aktiviti - anm.gov.my · disampaikan oleh ustaz wan akashah wan abd hamid daripada sekolah...

24
AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN Jabatan Akauntan Negara Malaysia Laporan Tahunan 2009 105 Aktiviti Kelab Dan Persatuan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Janm (JHEAIN) Aktiviti-Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Upload: vubao

Post on 08-Apr-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

105

Aktiviti Kelab Dan PersatuanJawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Janm (JHEAIN)

Aktiviti-AktivitiKelab Dan Persatuan

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

106

JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAMJANM (JHEAIN)

Sepanjang tahun 2009, JHEAIN telah berjaya menganjurkan beberapa siri ceramah agama selaras dengan hari-hari

kebesaran Islam. Siri ceramah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Jabatan Akauntan

Negara Malaysia (JANM). Pengurusan Tertinggi JANM bersama dengan kira-kira 200 hingga 250 orang warga JANM telah

hadir setiap kali ceramah diadakan.

Majlis Ceramah Agama sempena Maal Hijrah 1430H

Majlis ceramah sempena Maal Hijrah 1430H telah diadakan pada 24 Muharam 1430H bersamaan

21 Januari 2009. Pada kali ini JHEAIN telah berjaya mendapatkan Y. Bhg. Mejar Jeneral Dato’ Hj. Jamil

bin Hj. Baharom, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (sekarang Menteri di Jabatan Perdana

Menteri) untuk menyampaikan ceramah. Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud, Akauntan Negara

Malaysia (ANM) dan Pengurusan Tertinggi JANM telah bersama-sama dengan warga JANM

meluangkan masa mengikuti ceramah yang berlangsung di Dewan Serbaguna JANM.

Mesyuarat Agong PERASAMA

Mesyuarat Agong PERASAMA telah diadakan pada 27 Julai 2009 di Hotel Renaissance, Kota Bharu bersempenaPersidangan Akauntan sektor Awam Kali ke 24. Pada mesyuarat Agong kali ini, pemilihan Ahli Majlis PERASAMA bagi sesi2009/2012 telah dijalankan. Senarai Ahli Majlis PERASAMA yang telah dilantik pada pemilihan tersebut adalah sepertiberikut:-

1. Presiden : Tuan Haji Baharuddin bin Haji Ahmad2. Naib Presiden : Tuan Haji Mohamad Azmi bin Ali3. Setiausaha : Cik Arpah binti Jais @ Hj. Mohd Dahlan4. Penolong Setiausaha : Cik Siti Mariam binti Mat Noh5. Bendahari : Puan Maslina binti Kamarudin6. Penolong Bendahari : Cik Farah Ezarena binti Musah 7. Pengerusi Biro

a. Kerjaya & Profesionalisme : Y. Bhg. Dato’ Zamimi bin Awangb. Keahlian : Tuan Haji Ramli bin Chikc. Ekonomi : Tuan Haji Ahmad Hamzah bin Dolrahimd. Sosial & Kebajikan : Puan Wan Maheran binti Wan Abdullahe. Komunikasi : Encik Nor Hasrin bin Katuk

PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAMMALAYSIA (PERASAMA)

Ahli PERASAMA membuat undianmelantik Ahli Majlis

Y. Bhg. Mejar Jeneral Dato’ Hj. Jamil bin Hj. BaharomPengarah Kor Agama Angkatan Tentera(sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

107

Majlis Ceramah Agama sempena Maulidur Rasul 1430H

Majlis Ceramah Maulidur Rasul 1430H telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 28 Rabiulawal 1430H/25 Mac 2009.

Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna JANM bermula jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Ceramah telah

disampaikan oleh Ustaz Wan Akashah Wan Abd Hamid daripada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Y. Bhg.

Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud, Akauntan Negara Malaysia serta Pengurusan Tertinggi JANM bersama 200 orang warga

JANM telah hadir ke majlis ceramah tersebut.

Majlis Ceramah Israk Mikraj 1430H

Majlis Ceramah Israk Mikraj 1430H telah diadakan pada 29 Rejab 1430H bersamaan 22 Julai 2009 di

Dewan Serbaguna JANM Putrajaya. Ustaz Hj. Md Daud bin Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia

Travel & Tours telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Seramai 250 warga JANM telah

menghadiri ceramah tersebut.

Ustaz Hj. Md Daud bin Che Ngah

Ustaz Wan Akashah mengunjungi Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmudsebelum menyampaikan ceramah Maulidur Rasul

Warga JANM yang diketuai oleh En. Mohd Azizi bin MohdAspar memimpin Selawat semasa Majlis Maulidur Rasul

ANM, Ustaz Wan Akashah dan Pengurusan TertinggiJANM bersama warga JANM berselawat sempenaMajlis Ceramah Maulidur Rasul

Warga JANM memenuhi dewan untuk mengikuticeramah Maulidur Rasul

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

108

Warga JANMsedang mendengartazkirah Ramadan

Ustaz Ahmad Faiz sedang memberikan Tazkirah Ramadan sementara menunggu waktu berbuka puasa

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih 1430H/2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bagi tahun 1430

Hijrah telah diadakan pada 14 Ramadan 1430H/

4 September 2009. Akauntan Negara Malaysia serta

Pengurusan Tertinggi JANM bersama 200 orang warga

JANM telah menghadiri majlis berbuka puasa ini. Majlis

berbuka puasa ini telah diisi dengan Tazkirah Ramadan

yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Faiz bin Hj.

Ahmad Hamzah, seorang Hafiz Al Quran yang sedang

belajar di Universiti Yarmuk Jordan. Seterusnya Ustaz

Ahmad Faiz telah memimpin Solat Tarawih yang diadakan

di surau JANM aras 6.

Ceramah Zohor di Surau JANM

Ceramah zohor telah diadakan di surau JANM aras 6

sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dalam bulan

Ramadan kekerapan ceramah zohor dipertingkatkan

sehingga empat kali seminggu bagi memenuhi permintaan

warga JANM. Kira-kira 100 orang warga JANM telah hadir

pada setiap kali ceramah zohor diadakan dalam bulan

Ramadan.

Kelas Tajwid

Kelas Tajwid telah diadakan pada hari Selasa setiap minggu

mulai jam 1.00 hingga 1.45 tengah hari. Kelas ini telah

dihadiri oleh 40 orang peserta tetap.

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

109

PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITAPERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (PUSPANITA)

PUSPANITA JANM telah mengadakanMajlis Perjumpaan Pengerusi dan ahlipada 3 April 2009 bertempat di DewanSerbaguna Aras 7, JANM. Tujuan majlisini diadakan adalah untuk mengeratkanhubungan di antara ahli dengan AhliJawatankuasa.

Y.Bhg. Datin Norlizam, PengerusiPUSPANITA JANM mengambilkesempatan ini untuk mengucapkantahniah kepada ahli PUSPANITAJANM, kerana aktif menjalankanpelbagai aktiviti yang bermanfaat dan

menarik. Jika diimbas kembali,PUSPANITA atau Persatuan Suri danAnggota Wanita Perkhidmatan AwamMalaysia yang telah ditubuhkan padasekitar tahun 80-an telah menggariskanbeberapa objektif yang antaranya adalahuntuk merapatkan hubungan silaturahimdi antara anggota wanita dan isteri-isteri pegawai dalam perkhidmatanawam, menggalakkan perkembanganpengetahuan, kemahiran dan kemajuandiri, mengeratkan perhubungan denganpertubuhan-pertubuhan wanita yang laindan menjalankan kerja-kerja amal.

Sehingga ke hari ini, objektif-objektif initernyata masih relevan dan dengansumbangan-sumbangan melalui pelbagaitabung, ceramah, seminar, bengkel,lawatan dan sebagainya, PUSPANITAsecara kolektifnya mampu berbanggakerana telah banyak membantu usaha-usaha kerajaan dalam memperdanakanwanita dalam arus pembangunan negaradisamping memperkukuhkan institusikekeluargaan.

• PengerusiY.Bhg. Datin Norlizam binti Atan

• Timbalan PengerusiY.Bhg. Datin Paziah bintiChe Abdullah(sehingga 31 Oktober 2009)

• Ketua Pegawai EksekutifPuan Rosini binti Abd Samad

• Ketua Pegawai OperasiPuan Fauziah binti Abdullah

• Setiausaha KehormatPuan Wan Nor Ashikin binti Ibrahim

• Penolong SetiausahaPuan Rahani binti Seman

• Bendahari Cik Sunita binti Mohd Sari

• Penolong BendahariPuan Nurul Irsalina binti Mohd Nadzmi

• Ahli Jawatankuasa

Cik Kalthom binti Salim

Puan Sabariah binti Sulaiman

Puan Roszaharah binti Abdul Karim

Puan Zaidah binti Awang

Puan Zuraidah binti Ishak

Puan Rusmiha binti Ismail

Puan Halijah binti Sudin

Puan Rosinah binti Haron

Majlis Perjumpaan Pengerusi Dan Ahli Puspanita JANM

Y.Bhg. Datin Norlizam binti Atan, Pengerusi PUSPANITA JANM, Puan Rosini binti Abd Samad Ketua Pegawai EksekutifPUSPANITA JANM dan Puan Fauziah binti Abdullah, Ketua Pegawai Operasi PUSPANITA JANM bergambar bersama AJK.

Senarai Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JANM

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

110

Majlis Ladies Night PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan

Puspanita Cawangan Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Ladies Night bertemakan “Ala-Arabia” pada

19 Jun 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kewangan. Seramai 400 orang ahli PUSPANITA daripada

8 Jabatan/Agensi hadir di majlis tersebut. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Penaung PUSPANITA Kementerian

Kewangan, Y.A.B. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang di Pertua PUSPANITA Kebangsaan Y.Bhg. Puan Sri Wan

Noorlina Wan Hussin isteri kepada Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi-pengerusi PUSPANITA Jabatan/Agensi.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengeratkan tali silaturahim di antara ahli-ahli PUSPANITA Jabatan/Agensi di bawah

Kementerian Kewangan dan pemimpin atasan.

Sambil menjamu selera dengan hidangan masakan arab, tetamu di majlis tersebut diserikan dengan dendangan oleh

artis in-house, cabutan nombor bertuah, game show dan pertandingan pakaian paling glamor yang bersesuaian dengan

tema pada malam tersebut.

Ketibaan Y.A.B. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, disambut olehY.Bhg. Puan Sri Hayati Omar, Pengerusi PUSPANITA CawanganKementerian Kewangan

Bergambar kenangan bersama Y.A.B. Datin Paduka SeriRosmah Mansor

Antara tetamu kehormat yang hadir Y.Bhg. Datin Paziah, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JANMbergambar bersama dengan Puan Rosini binti Abd Samad,Pengarah BPAD, Puan Wan Selamah binti Wan Sulaiman,Pengarah BPOPA dan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JANMyang lain

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

111

Majlis Tazkirah Ramadan

Biro Agama dan Kebajikan, PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan yang di terajui oleh PUSPANITA JANM

telah mengadakan Majlis Tazkirah Ramadan pada 4 September 2009 bersamaan dengan 14 Ramadan 1430H,

bertempat di surau Aras 6, Jabatan Akauntan Negara. Seramai 130 orang ahli PUSPANITA Jabatan/Agensi telah turut

serta dalam majlis ini.

Majlis ini telah diketuai oleh Ustazah Mariam binti Ismail, beliau memulakan dengan Tazkirah Ramadan, kemudian

semua ahli yang hadir mengadakan Bacaan Surah Yasin dan Tahlil. Program diteruskan dengan Solat Zohor, Solat

Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Tasbih. Semoga majlis ini memberi manfaat kepada hadirin yang

hadir dan mengambil keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Majlis diakhiri dengan bermaaf-maafan dan Puan Hajah Jamela binti Mohd Syed, Timbalan Akauntan Negara

(Korporat), bagi pihak PUSPANITA menyampaikan cenderahati kepada Ustazah Mariam.

TAN (K) Bersama Ahli PUSPANITA Mendengar Tazkirah Ramadan

Antara Ahli PUSPANITA Jabatan/Agensi yang hadir Puan Hajah Jamela binti Mohd. Syed menyampaikan cenderahatikepada Ustazah Mariam

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

112

Y.Bhg. Datin Norlizam binti Atan, Pengerusi JANM bersama dengan tetamu yang hadir

Lawatan Kebajikan Ke Rumah Pengasih Warga Prihatin

Biro Kebajikan dan Agama PUSPANITA Cawangan Kementerian

Kewangan, telah mengadakan aktiviti Lawatan ke Rumah

Pengasih Warga Prihatin (RPWP), bertempat di Sg. Ramal Baru ,

Kajang pada 21 Disember 2009. Lawatan ini telah dikelolakan

oleh PUSPANITA JANM sebagai Biro Kebajikan dan Agama. Hari

ini merupakan hari bersejarah bagi Rumah Pengasih Warga

Prihatin (RPWP) menerima kunjungan kasih yang pertama, iaitu

dari PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan.

Kunjungan yang disertai oleh 35 wakil PUSPANITA dari Kementerian itu diketuai oleh 4 Pengerusi

PUSPANITA dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Kewangan. Di antaranya adalah Y.Bhg. Puan Sri

Hayati binti Omar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan, Y.Bhg. Datin Norlizam binti

Atan, Pengerusi PUSPANITA JANM, Y.Bhg. Datin Yang Fatimah binti Md. Piah, Pengerusi PUSPANITA Bank

Negara Malaysia (BNM) dan Y. Bhg. To’Puan Khamisah binti Hj. Affendi, Pengerusi PUSPANITA Jabatan

Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ketibaan peserta lawatan telah disambut oleh Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin Dr. Hj. Masjuki bin Hj. Mohd

Musuri dan Ahli Jawatankuasa serta anak-anak RPWP dengan berselawat dan paluan kompang. Peserta lawatan telah

dibawa ke Dewan di mana acara akan dimulakan. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa, persembahan

nasyid dan pidato oleh anak di RPWP.

Peserta lawatan telah diberi taklimat oleh Dr. Hj. Masjuki bin Hj. Mohd Masuri, Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin,

RPWP ini ditubuhkan secara fizikalnya pada tahun 2006, namun telah bertapak sejak 10 tahun lalu. Ia diilhamkan oleh

sekumpulan kecil jemaah Warga Prihatin yang terdiri daripada golongan profesional hinggalah kepada golongan fakir miskin

dan asnaf yang menjalani hidup berkeluarga di bawah naungan Rumah Prihatin itu sendiri. Pada masa ini terdapat seramai

120 orang yang menghuni di Rumah Prihatin ini di mana 70 orang daripadanya adalah kanak-kanak. Di Rumah Pengasih

ini warganya terdiri dari bayi berumur 2 bulan sehinggalah warga emas berumur 70 tahun.

Antara Ahli PUSPANITA yang hadirKetibaan Y.Bhg. DatinNorlizam binti Atan,

PengerusiPUSPANITA JANM

disambut olehKakitangan Rumah

Prihatin

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

113

Pengasas Rumah Prihatin memberikantaklimat mengenai penubuhan RumahPengasih Warga Prihatin

Anak-anak Rumah Pengasih menyampaikan nasyid

Y.Bhg. Datin Norlizam dengan tetamuyang hadir menikmati jamuan makantengah hari

Bergambar kenangan dengan sebahagian anak-anak Rumah Pengasih

Beliau menyatakan di antara keunikan Rumah Pengasih ini ialah ia dibina hasil

usaha pengasas-pengasas Rumah Pengasih itu sendiri, menggunakan dana

yang sangat terhad yang dikumpulkan oleh kira-kira 20 orang keluarga Warga

Prihatin dengan mengambil inisiatif sendiri, menggunakan bahan-bahan yang

terpakai untuk mendirikan Rumah Pengasih (yang kini masih dalam pembinaan).

Setelah siap, rumah ini boleh menampung kehadiran lebih 200 orang penghuni.

Penekanan sumbangan Rumah Pengasih ialah dengan melimpahkan kasih

sayang serta pendidikan berterusan sebagai bapa atau keluarga terhadap

anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin dan Orang Kurang Upaya

(OKU) tanpa memisahkan mereka dengan ibu bapa dan anak-anak mereka.

Selain pembentukan akhlak yang baik, anak-anak Warga Prihatin juga diberi

penekanan dalam bidang akademik.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan, melawat sekitar pembinaan

Rumah Pengasih dan jamuan makan tengah hari.

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

114

ANM bersama-sama dengan Menteri Kewangan II, Ketua Setiausaha Perbendaharaan danTimbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan)

ANM bersama-sama olahragawan JANM

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATANAKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)Kejohanan Pesta Sukan Perbendaharaan Malaysia 2009

Pesta Sukan Perbendaharaan Malaysia 2009 telah diadakan mulai 25 Jun hingga 12 Julai 2009. Pesta sukan pada kali

ini disertai oleh 5 pasukan berdasarkan kepada sektor dan jabatan iaitu:

a. Pasukan JANM

b. Pasukan Kawalan

c. Pasukan Pengurusan

d. Pasukan Dasar

e. Pasukan Pinjaman Perumahan

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

115

Pesta Sukan JANM 2009

Pesta Sukan JANM atau lebih dikenali sebagai Sukan Zon telah diadakan pada 30 April hingga 3 Mei 2009. Jumlah

kontinjen yang mengambil bahagian pada kali ini bertambah kepada 10 kontinjen berbanding 8 pada temasya terdahulu

setelah pembentukan 2 kontinjen baru iaitu Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) yang dipecahkan kepada 3, iaitu JMS A,

JMS B dan JMS C. Penambahan 2 kontinjen baru ini bertujuan meramaikan lagi penyertaan dan penglibatan anggota

perkhidmatan perakaunan yang berkhidmat di luar JANM.

Dengan memilih Negeri Terengganu Darul Iman sebagai destinasi dan Stadium Tertutup Negeri sebagai lokasi sukan pada

kali ini, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd. Salleh bin Mahmud, ANM dalam suasana yang

penuh warna-warni sementara pancaragam Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu mengiringi perbarisan

kontinjen bertanding. Dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan JANM dan JMS

bersama warga JANM dari seluruh Negara serta ahli keluarga menjadikan temasya sukan ini bertambah meriah.

Kontinjen JANM di Sukan Perbendaharaan Kontinjen JANM bersama-sama dengan Menteri Kewangan II,Y.B. Dato’ Ahmad Husni bin Hanadzlah dan KSP

Di kejohanan tersebut, Pasukan JANM telah menjadi juara keseluruhan dengan menjadi juara kepada 5 acara sukan dan

JANM telah berjaya merangkul tempat pertama bagi bola tampar wanita, bola jaring dan badminton dan tempat ke-2 bagi

pertandingan olahraga.

Bagi acara olahraga, peserta JANM iaitu Encik Mohd Shahril bin Baharuddin telah dinobatkan sebagai olahragawan

sempena pesta sukan tersebut. Beliau telah mendapat pingat emas bagi acara 100 m, 200 m, 4 x 100 m dan 4 x 400.

ANM selaku Ketua Kontinjen telah menerima piala pusingan pasukan terbaik sumbangan Y.Bhg. Tan Sri Wan Abdul Aziz

bin Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) pada majlis penutup pesta sukan tersebut yang

disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, iaitu Y.B. Dato’ Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah.

A K T I V I T I K E L A B D A N P E R S A T U A N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

116

Pengurusan tertinggi JANM turut serta menyertai senamrobik

Maskot Sukan Zon JANM bersama-sama ANM, TAN (O)dan TAN (K)

Pasukan bola sepak daripada Ibu Pejabat

Kontinjen Ibu Pejabat masih mengekalkan kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut, manakala bagi pertandingan

perbarisan pula telah mencatat sejarah apabila 2 kontinjen telah diisytiharkan sebagai pemenang iaitu kontinjen Ibu Pejabat

dan Kontinjen Sabah yang mendapat jumlah mata yang sama.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan pada majlis makan malam yang diadakan sempena penutup sukan

tersebut. Ternyata sukan ini telah dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga JANM dari seluruh negara serta

perkhidmatan perakaunan amnya.

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

117

Aktivti-AktivitiLain

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

118

Penerima-penerima anugerah HonoraryMembership of CPA AustraliaY.Bhg. Dato’ Sri Nazir Razak,

Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmuddan Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Azman Hashimbersama-sama Presiden CPA Australia,

Alex Malley dan Duta Australia diMalaysia, Penny Williams

MAJLIS PENYAMPAIAN HONORARY MEMBERSHIP OF CPAAUSTRALIA

Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud, Akauntan Negara Malaysia telah diberikan penghormatan oleh CPA Australia

melalui anugerah Honorary Membership of CPA Australia. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini, memberikan

pengiktirafan kepada ketua-ketua perniagaan dan perkhidmatan yang memberikan sumbangan kepada pembangunan

profesion perakaunan dan perniagaan di dalam negara dan berjaya membina hubungan dua hala antara Malaysia-

Australia.

Majlis telah diadakan pada 20 Februari 2009 di pejabat

kedutaan Australia di Kuala Lumpur. Anugerah Honorary

Membership telah disampaikan oleh presiden CPA

Australia iaitu Encik Alex Malley. Selain Y. Bhg. Dato’

Mohd Salleh bin Mahmud, turut menerima anugerah

pada kali ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB

Group, Y. Bhg. Dato’ Sri Nazir Razak dan Pengerusi

Eksekutif Ambank Group iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dato’

Azman Hashim. Presiden CPA Australia, Alex Malley

menyifatkan penerima-penerima anugerah Honorary

Membership of Australia pada kali ini merupakan contoh

terbaik kepada generasi muda di atas usaha-usaha yang

mereka telah lakukan untuk meningkatkan imej

profesional perakaunan dan perniagaan negara Malaysia.

Presiden CPA Australia Alex Malley menyampaikan anugerahHonorary Membership of CPA Australia kepada ANM

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

119

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PERSARAAN TIMBALANAKAUNTAN NEGARA (KORPORAT)

Puan Hajah Jamela menyerahkan nota serahtugas kepada Y. Bhg. Dato’ Jamaluddin yangmenanggung jawatan tersebut sambildiperhatikan oleh ANM

ANM menyampaikan Sijil Persaraan kepada Puan Hajah Jamela

Puan Hajah Jamela mengetikkad perakam masa buat kaliterakhir sambil diperhatikan

oleh ANM

ANM, Pengurusan Tertinggi dan warga JANM bergambarkenangan dengan Puan Hajah Jamela

Satu Majlis Penyerahan Tugas telah diadakan bersempena

persaraan wajib Timbalan Akauntan Negara (Korporat),

Puan Hajah Jamela binti Mohd Syed pada 17 September

2009 (Khamis) bersamaan 27 Ramadan 1430 Hijrah. Majlis

tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna, Aras 7,

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya yang telah

dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud,

Akauntan Negara Malaysia, Pengarah-pengarah Bahagian,

Pengarah-pengarah JANM Negeri, Ketua-ketua Akauntan

JMS, pegawai-pegawai kanan dan warga kerja JANM.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd

Salleh bin Mahmud dan disusuli dengan ucapan Puan

Hajah Jamela binti Mohd Syed yang banyak mengimbau

kembali pengalamannya selama berkhidmat di JANM

berselang-seli dengan pantun nasihat kepada warga JANM

supaya terus bersungguh-sungguh bekerja dan menaikkan

nama JANM.

Penyerahan tugas telah disempurnakan oleh Puan Hajah

Jamela binti Mohd Syed kepada Timbalan Akauntan

Negara (Operasi) Y. Bhg. Dato’ Jamaluddin bin Abu Samah

yang menanggung tugas TAN (K) dengan disaksikan oleh

Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud, Akauntan Negara

Malaysia. Sebaik selesai Majlis Penyerahan Tugas, pada

pukul 5.00 petang telah diadakan Upacara Mengetik Kad

Perakam Waktu oleh Puan Hajah Jamela binti Mohd Syed

buat kali yang terakhirnya bagi menandakan tamatnya

perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam setelah

berkhidmat selama 32 tahun 5 bulan 20 hari.

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

120

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PERSARAAN TIMBALANAKAUNTAN NEGARA (OPERASI)

Pada 30 Oktober 2009 (Jumaat) bersamaan 11 Zulkaedah

1430H jam 3.00 petang, telah diadakan Majlis Penyerahan

Tugas Timbalan Akauntan Negara (Operasi) bertempat

di Dewan Serbaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara

Malaysia, Putrajaya. Majlis diadakan bersempena dengan

persaraan TAN (O), Dato’ Jamaluddin bin Abu Samah pada

31 Oktober 2009.

Y.Bhg. Dato’ Jamaluddin lengkap berbaju Melayu berwarna

hijau mencuit hati para hadirin dengan ucapannya yang

penuh kelucuan namun padat dengan nasihat dan

pesanan. Majlis disusuli dengan ucapan oleh Y.Bhg. Dato’

Mohd Salleh bin Mahmud, Akauntan Negara Malaysia.

Penyerahan tugas telah

disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’

Jamaluddin bin Abu Samah

kepada Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh

bin Mahmud, Akauntan Negara

Malaysia dengan disaksikan

oleh Tn. Hj Shafii bin Hamat,

Pengarah Bahagian Pembangunan

Perakaunan dan Pengurusan

(BPPP). Turut hadir ke Majlis

tersebut adalah semua Pengarah

Bahagian, Ketua-ketua Akauntan JMS, pegawai-pegawai

kanan dan warga JANM. Majlis diakhiri dengan jamuan

ringan.

Sebaik selesai Majlis Penyerahan Tugas telah diadakan

Upacara Mengetik Kad Perakam Waktu oleh Y. Bhg. Dato’

Jamaluddin bin Abu Samah buat kali yang terakhirnya bagi

menandakan tamatlah perkhidmatan beliau sebagai

penjawat awam setelah berkhidmat selama 31 tahun dan

5 bulan.

Penyerahan Nota Serah tugas kepada ANM disaksikan olehPengarah BPPP

ANM menyampaikan Sijil Persaraan kepada Y.Bhg. Dato’Jamaluddin bin Abu Samah

Y.Bhg. Dato’ Jamaluddin mengucapkan selamat tinggal kepadaANM

Y.Bhg. Dato’ Jamaluddinmengetik kad buat kaliterakhir

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

121

Warga JANM menunggusate dengan penuh

kesabaran

Warga JANMmenikmati cendol

yang disediakan

Juadah utama Hari Raya lemang danrendang tidak dilupakan.

Datin Norlizam menyampaikan duit raya kepadaanak-anak warga JANM

KSP berbicara sesuatu dengan ANM di jamuan Hari Raya JANM

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JANM 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 telah diadakan

serentak dengan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti

JANM iaitu pada 15 Oktber 2009 bertempat di Laman

Persiaran Perdana JANM. Sambutan ini bermula pada

jam 12.00 tengah hari yang dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri

Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Ketua Setiausaha

Perbendaharaan (KSP), Kementerian Kewangan

Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud,

Akauntan Negara Malaysia, Timbalan Akauntan Negara

(Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian serta

Pengarah-pengarah Cawangan. Majlis ini turut diserikan

dengan kehadiran mantan-mantan Akauntan dan

Timbalan Akauntan Negara Malaysia, Ketua-ketua

Akauntan dari JMS serta wakil-wakil bank di sekitar

Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelbagai juadah istimewa telah disediakan untuk menjamu

para tetamu. Di antaranya ialah sate, lemang, rendang,

rojak, nasi himpit, roti jala serta banyak lagi yang

menyelerakan. Sepanjang majlis ini para tetamu dihiburkan

dengan dendangan koleksi lagu raya. Kemuncak majlis ini

adalah penyampaian duit raya dan goodies oleh Y.Bhg.

Datin Norlizam binti Atan, selaku Pengerusi PUSPANITA

JANM kepada anak-anak warga JANM yang turut serta

dalam majlis ini.

Warga JANM sungguh berseleramenjamu selera

A K T I V I T I - A K T I V I T I L A I N

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

122

ANM menyerahkan kunci van kepada wakil daripada Rumah Anak Yatim Sungai Besar

Salah sebuah van yang didermakan

Sebagai sebuah jabatan kerajaan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia juga mengambil berat kebajikan golongan yang

memerlukan. Atas inisiatif itu, JANM telah mendermakan 2 buah van yang hendak dilupuskan kepada Rumah Anak Yatim

Sungai Besar, Sabak Bernam. Majlis penyerahan kunci van telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin

Mahmud, ANM kepada wakil daripada Rumah Anak Yatim Sungai Besar yang telah diadakan di pejabat Akauntan Negara

Malaysia di Putrajaya pada 5 Februari 2009. Semoga amal jariah yang diberikan mendapat manfaat yang baik kepada

rumah anak yatim tersebut.

PENYERAHAN KUNCI VAN KEPADA RUMAH ANAK YATIMSUNGAI BESAR

A H L I J A W A T A N K U A S A

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

123

AhliJawatankuasa

A H L I J A W A T A N K U A S A

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

124

SENARAI AHLI JAWATANKUASALAPORAN TAHUNAN 2009

Dari kiri ke kanan

• Puan. Sh. Saidtul Fazilah bintiSyed Azman Zurimy(Urus Setia)

• Encik Zahari bin Mat Amin(wakil UPSM)

• Encik Er Beng Kiong(Urus Setia)

• Puan Rahani binti Seman(wakil PUSPANITA)

• Encik Noor Sidin bin Harun(Urus Setia)

Dari kiri ke kanan

• Tn. Hj. Shafii bin Hamat(Pengerusi)

• Puan Azida binti Abdul Aziz(wakil UPSM)

• Puan Wan Selamah binti WanSulaiman(Penasihat)

• Puan Zuraini binti Ismail(wakil Unit Kewangan)

A H L I J A W A T A N K U A S A

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

125

Dari kiri ke kanan

• Puan Noor Maliza binti Jamal(wakil Unit Pentadbiran)

• Puan Khairul Adyanibinti Mohd Khairuddin (wakil BPTM)

• Encik Norhasrin bin Katuk(Urus Setia)

• Puan Baizurah binti Sabri (wakil HRMIS)

• Puan Nor Ashrani binti Mohd Rafdzi(wakil BPAD)

Dari kiri ke kanan

• Cik Nurulhuda binti Md Salleh(Urus Setia)

• Puan Norfarazila binti Abdul Rahim(wakil EGAG)

• Cik Juliana binti Johari(wakil BPOC)

• Puan Zyerullida binti Shaharudin(wakil BPOPA)

• Cik Kalthom binti Hj. Salim(wakil KESAN)

TIADA DALAM GAMBAR

• Puan Nazatul Ruhaiza binti Abdul Wahab

• Encik Rozaimi bin Idris

• Puan Izatol Afizah binti Awalludin

• Cik Siti Mariam Binti Mat Noh

• Puan Sasila binti Mohd Japeri

• Encik Hariz bin Abu Hasshim

• Encik Noramin bin Juminen

• Encik Mior Afiq bin Mior Hahididdin(jurugambar)

• Encik Norazmi bin Alias(juruvideo)

A H L I J A W A T A N K U A S A

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

126

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

127

NotaNota

A H L I J A W A T A N K U A S A

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

128

PenghargaanPengerusi dan Ahli Jawatankuasa Laporan Tahunan 2009Jabatan Akauntan Negara Malaysia merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibatdalam menyumbangkan masa serta tenaga dalam menjayakanpenerbitan laporan tahunan ini.