jbpm - swcorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan....

20
Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 06/2017 Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews 9 772289 898005 ISSN 2289-8980 #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik MS5 Laksana PTS serentak di 8 lokasi Cubaan rasuah penguatkuasa SWCorp bawa padah Peserta Pertandingan Kitar Semula terima anugerah KSU tinjau operasi Stesen Pemindahan Taman Beringin dan Tapak Pelupusan Sungai Udang MS2 MS7 MS5 MS14

Upload: dangquynh

Post on 06-Jun-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 06/2017

Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMIMASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik

MS5

Laksana PTS serentak di

8 lokasiCubaan rasuah penguatkuasaSWCorp bawa padah

Peserta PertandinganKitar Semula terima anugerah

KSU tinjau operasi StesenPemindahan Taman Beringin dan Tapak Pelupusan Sungai Udang

MS2 MS7MS5 MS14

Page 2: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

NASIONALSWCorp NEWS2

info

SIDANG EDITOR Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejaldan Pembersihan Awam (SWCorp) Alamat:Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor D.E

No. Tel:03-8312 4000

Faks:03-8312 4003

Facebook:www.fb.com/swcorp/MY

PENAUNGDATO’ DR. ZULKAPLI MOHAMED

EDITORFADZILAH HASSAN

JURU FOTO MUHAMMAD SHAZWAN ABD RAZAK

PROMOSI DAN EDARAN NURUL SHAFIEKA MOHD PAUZI

WARTAWANZAITUN ABDUL RASHIP

PENASIHATMOHAMMAD DIAH WAHARI MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA

Siapakah yang perlu memiliki lesen?

Kesalahan tidak memiliki lesen

SIAPAKAH YANG PERLU MEMILIKI LESEN?

Semua penyedia perkhidmatan seperti berikut perlu memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam:

(a)

(a)

(b)

(b)

(c)

(c)

Mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;

Didenda tidak kurang daripada RM 50,000 dan tidak melebihi RM 100,000; atau

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun; atau

Kedua-duanya sekali.

Menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal; atau

Mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan.

Page 3: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

▶CYBERJAYA

Program Transformasi Sosial (PTS) NBOS My Beautiful Neighbourhood (Kejiranan Indah) telah diadakan secara serentak di lapan lokasi pada 30

Disember lalu. Antara objektifnya ialah mewujudkan satu mekanisme kejiranan indah yang mampan dengan penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti yang dijalankan dan mewujudkan nilai kebertanggungjawaban di kawasan setempat meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Ia juga bertujuan untuk memastikan kesejahteraan sosial dipupuk dalam nilai masyarakat setempat sebagai usaha meningkatkan kejiranan yang sejahtera dari segi fizikal, mental dan sosial selain menggalakkan penyertaan penduduk dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. Melalui program ini, antara komponen yang terlibat ialah BOMBA Komuniti (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia). Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan kebakaran dan mengeratkan hubungan anggota bomba. Menerusinya masyarakat akan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja kebombaan seperti menjaga pili dan sebagai agen penyampai maklumat segera semasa kecemasan. Demonstrasi dan pameran turut diadakan. Komponen berikutnya ialah Bandar Selamat (Plan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia) yang akan melaksanakan rondaan keselamatan bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk. Taklimat kepada komuniti diberikan berhubung program keselamatan Bandar Selamat dan kerjasama antara komuniti dengan kerajaan dalam membanteras jenayah. Manakala untuk komponen COMBI (Jabatan Kerajaan Tempatan) pula, ia akan membantu kerajaan dalam kempen kesedaran kesihatan bagi penyakit berjangkit dan pemeriksaan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes. Bagi komponen KOMUNITI 3R (SWCorp, JPSPN) pula, ia membabitkan taklimat atau promosi kepada penduduk berhubung kempen 3R serta program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Setiap lokasi dibekalkan dengan dua unit Sangkar Kitar Semula untuk mendorong masyarakat membudayakan kitar semula. Bagi RAKAN TAMAN (Jabatan Landskap Negara) pula, ia membabitkan program kesukarelawan dan bumi hijau yang menggalakkan masyarakat setempat membantu kerajaan menjaga, memelihara, menyelenggara taman. Lapan lokasi yang terlibat ialah Flat PKNS Seri Kembangan; PPR Kota Damansara, Seksyen 8; Pangsapuri Sandalwood, Bandar Tasik Puteri, Rawang; Pangsapuri Taman Sri Mentari, Petaling Jaya; Rumah Pangsa PKNS Seksyen 20, Shah Alam; Taman Saujana Putra, Kuala Langat; Pangsapuri Ruvena Villa, Sepang; dan Pangsapuri Nuri, Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

NASIONALSWCorp NEWS 3

Bagi komponen KOMUNITI 3R (SWCorp, JPSPN) pula, ia membabitkan taklimat atau promosi kepada penduduk berhubung kempen 3R serta program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Setiap lokasi dibekalkan dengan dua unit Sangkar Kitar Semula untuk mendorong masyarakat mengamalkan kitar semula.

Taman Saujana Putra, Kuala Langat

Rumah Pangsa PKNS, Seksyen 20, Shah Alam

Pangsapuri Sandalwood, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Pangsapuri Ruvena Villa, Sepang Pangsapuri Nuri, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

PPR Kota Damansara, Seksyen 8 Flat PKNS Seri Kembangan

Pangsapuri Taman Sri Mentari, Petaling Jaya

8 LOKASI PTS

Tan Sri Noh OmarMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan

Page 4: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI4 SWCorp NEWS

▶PUTRAJAYA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SWCorp menjalin

kolaborasi strategik dalam melaksanakan fungsi dan peranan mereka khususnya dalam aspek kebersihan dan keselamatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. Bagi merealisasikan kerjasama berkenaan, satu Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kedua-dua agensi ini telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Wan Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. MoU yang disaksikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar itu dibuat bersempena Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam KPKT. P e r h i m p u n a n dianjurkan oleh JBPM di Dewan Kristal, KPKT pada 4 Disember yang lalu. Selain kolaborasi strategik, kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan impak yang lebih berkesan dan menjimatkan

sumber seperti kewangan dan anggota. Ia juga akan meningkatkan imej KPKT dalam memberikan perkhidmatan yang menggembirakan rakyat dan seterusnya menjadikan SWCorp dan JBPM sebuah organisasi dekat di hati masyarakat. Melalui kerjasama antara dua organisasi ini, mereka akan memberikan kerjasama dalam aspek perkongsian latihan (bagi anggota penguatkuasa) dan tenaga pengajar serta fasiliti sedia ada mengikut keutamaan dan kepentingan agensi; penggunaan pusat latihan untuk latihan kawad dan lain-lain; program tanggungjawab sosial seperti gotong-royong melibatkan kedua-dua belah pihak; program amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle); perkongsian ruang kerja (bagi pejabat SWCorp Perak di Balai Bomba Jalan Stadium, Ipoh); dan lain-lain kerjasama yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. MoU ini bukanlah kerjasama pertama antara dua organisasi ini, namun ia kini lebih bersifat terancang selain sebagai penggalak dan pendorong untuk meningkatkan kerjasama yang telah sedia berlangsung.

Untuk rekod, kerjasama di antara kedua-dua organisasi ini telah bermula sejak SWCorp beroperasi iaitu awal tahun 2009. Dalam tempoh ini pelbagai program telah dijalankan seperti gotong-royong pembersihan kawasan melibatkan kedua-dua belah pihak.

JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik

Tan Sri Noh Omar menyaksikan Ketua Pengarah JBPM dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp memeterai MoU.

MoU ini bukanlah kerjasama

pertama antara dua organisasi

ini, namun ia kini lebih bersifat

terancang selain sebagai penggalak dan

pendorong untuk meningkatkan

kerjasama yang telah sedia

berlangsung.

Page 5: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

▶KEPONG

Ketua Setiausaha K e m e n t e r i a n Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dato’ Sri Mohammad Mentek telah turun padang untuk meninjau sendiri operasi Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lawatan ini turut disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan),

SWCorp; wakil dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara; Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd.; dan jurutera yang berkaitan antaranya bertujuan untuk mengetahui status operasi di stesen pemindahan berkenaan yang mempunyai kapasiti sebanyak 2,400 tan sisa pepejal sehari bagi sisa pepejal di sekitar Kuala Lumpur. Ia juga merupakan satu-satunya fasiliti yang menerima sisa pepejal di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Tapak

Pelupusan Sanitari di Bukit Tagar. Dalam siri lawatan ini juga, beliau telah meninjau kemajuan kerja bagi pembaikan di stesen berkenaan untuk menanggani isu leachate atau air larut resap yang masuk ke Sungai Batu berhampiran. Turut dilawati ialah Loji Rawatan Leachate “Snowflakes” yang mana ia merawat leachate yang dijana oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin yang telah ditutup selamat. Selain Stesen Pemindahan

Taman Beringin, lawatan juga dibuat ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di Melaka yang merupakan satu-satunya tapak pelupusan di negeri ini. Dengan keluasan 64 hektar (Fasa 1 dan Fasa 2), tapak pelupusan ini menampung kira-kira 950 sehingga 1,000 tan sisa pepejal sehari dari seluruh negeri Melaka. Malah, sejak April 2015 sehingga Disember 2017, tapak pelupusan ini telah menerima 883,579 tan sisa pepejal. Lawatan ke tapak pelupusan ini adalah untuk

meninjau kemajuan projek bagi sel tambahan dan pembangunan sel baharu. Sel tambahan dibina untuk menangani tapak sedia ada yang telah penuh. Hasil lawatan berkenaan, Dato’ Sri Mohammad telah meminta kontraktor untuk memastikan kerja-kerja yang dijalankan mengikut perancangan jadual bagi mengelakkan berlaku masalah tapak pelupusan penuh.

KOLABORASI5SWCorp NEWS

Tapak Pelupusan Taman Rimba Mas tampung sisa pepejal seluruh Perlis▶PADANG BESAR

Memulakan operasi pada 1 April 2017 yang lalu, Tapak Pelupusan Taman

Rimba Mas yang menggantikan tapak pelupusan Padang Siding menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. Dalam lawatan bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, Shahrizal Samat; Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md. Dzahir; serta Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman Sdn. Bhd., Mhd Saiful Anuar Zainal, Dato’ Zulkapli berpeluang melihat sendiri operasi tapak berkenaan yang berkeluasan 29.75 hektar. Lawatan yang diadakan pada 22 November lalu memberi peluang mereka yang terlibat

untuk melihat usaha-usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan operasi di tapak pelupusan berjalan lancar.

Tapak pelupusan yang terletak di Mukim Chuping Rimba Mas, Padang Besar itu dipindah milik daripada tanah milikan kerajaan negeri kepada tanah persekutuan. Tapak ini dirancang untuk dijadikan sebagai tapak pelupusan sanitari tahap empat melalui dua fasa pembinaan. Jangka hayat tapak ini dijangka dapat menampung sisa pepejal di seluruh negeri Perlis untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bagi pembinaan fasa satu. Secara umumnya, purata sisa pepejal yang diterima di tapak ini mencecah 100 hingga 150 tan sehari. Operasi tapak ini diuruskan oleh Green Resource Recovery Sdn. Bhd. Dato’ Zulkapli sebelum itu meluangkan masa selama dua

jam bersama warga kerja SWCorp Perlis bagi menyampaikan amanat dan nasihat supaya operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksanakan dengan cekap.

Jangka hayat tapak ini dijangka dapat menampung sisa pepejal di seluruh negeri Perlis untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun bagi pembinaan fasa satu. Operator tapak pelupusan sedang menjalankan operasi pemadatan

sisa pepejal menggunakan jentera.

KSU tinjau operasi Stesen Pemindahan Taman Beringin dan Tapak Pelupusan Sungai Udang

Lawatan di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang, Melaka. Lawatan di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong.

Page 6: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI6 SWCorp NEWS

▶TENGGARA

Satu bengkel untuk melaksanakan Modul Pengajaran dan Pengurusan

Sisa Pepejal dan Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) telah dilaksanakan di Johor. Bengkel selama dua hari itu diadakan di Pusat Latihan Pengurusan Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Bandar Tenggara, Johor dengan dihadiri seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga melibatkan seorang wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah di setiap daerah. Bengkel yang diadakan selama dua hari itu bertujuan melatih semua guru supaya dapat memberi pengajaran yang berkesan kepada murid prasekolah mereka dengan berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan. Modul Pembelajaran 3R ini akan diajar kepada murid prasekolah bermula pada tahun ini.

Semasa bengkel diadakan, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan membuat pembentangan mengikut tajuk yang dibincangkan. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan untuk kefahaman peserta. Taklimat dan penerangan berhubung program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan penerangan 3R turut disampaikan. Di pengakhiran bengkel, Pengarah SWCorp Johor telah hadir untuk majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan PerKiSS peringkat Johor bagi tahun 2017. Turut serta dalam majlis penutup adalah wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Musleha Mohd Ghozali. Untuk rekod, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Merentas Kokurikulum Prasekolah berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R telah dilancarkan pada 17 Ogos 2017 yang lalu.

Modul ini merupakan inisiatif Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyebarkan maklumat mengenai pengurusan sisa pepejal dan pemeliharaan alam sekitar termasuk pengurusan sisa makanan secara berhemah kepada generasi awal kanak-kanak menerusi pembelajaran dalam bilik darjah. Ia akan melibatkan aktiviti menarik dan berkesan.

Modul ini akan digunakan secara rasmi di semua prasekolah, Tabika Perpaduan dan Tabika Kemas di seluruh Malaysia.

Guru prasekolah di Johor terima latihan

▶KOTA BHARU

SWCorp meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan

pelajar dan guru mengenai kepentingan menjaga alam sekitar menerusi program kitar semula di sekolah. Bagi negeri Kelantan, program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti, Kota Bharu pada 1 November tahun lalu. Ia melibatkan guru, pelajar praktikal dan pelajar-pelajar SMK Raja Sakti. Antara objektif program berkenaan adalah untuk mengurangkan penjanaan bahan buangan ke tapak pelupusan dengan meningkatkan kadar kitar semula di peringkat sekolah. Pengisiannya ialah Taklimat 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca; pengumpulan dan kutipan barang kitar semula; pengkomposan dan lawatan Laman Hijau SMK Raja Sakti. Dalam majlis lain pula diadakan perasmian mural “Jom Kitar Semula” dan Program Kempen “Hero Jaga Bumi”. Program diadakan pada 24 November lalu bertempat di Sekolah Kebangaan Chabang

Empat, Tumpat merupakan anjuran SWCorp Kelantan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan PIBG Sekolah. Inisiatif ini diambil dengan harapan warga kerja sekolah dan ibu bapa dapat membudayakan amalan kitar semula dan menitikberatkan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan harian mereka. Ia juga untuk meningkatkan imej korporat dan memperkasakan sistem penyampaian SWCorp dalam kalangan orang awam melalui program melukis mural yang bertemakan “Jom Kitar Semula”. Selain itu, pelajar juga dilantik sebagai duta untuk mendidik masyarakat sekeliling dalam mengamalkan budaya kebersihan dan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Mereka diberi benih tumbuhan yang perlu ditanam menggunakan baja kompos takakura dan akan dijaga oleh para pelajar.

Kempen kesedaran Kitar Semula berjaya

Kejiranan indah, denggi pun tiada▶LANGKAP

Mencegah penyakit berjangkit memerlukan komitmen semua

pihak terutamanya apabila ia membabitkan penyakit yang boleh membawa maut seperti demam denggi. Justeru itu, satu usaha bersepadu telah diadakan menerusi Program Kejiranan Indah, Pencegahan Denggi. Program juga turut menekankan kempen penubuhan Komuniti Kitar Semula yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Langkap untuk meningkatkan kadar kitar semula. Semua usaha ini dibuat atas inisiatif SWCorp Perak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak. Diadakan pada 12 November lalu di Padang Taman Desa Maju, Langkap, seramai 168 orang peserta telah mengambil bahagian. Ini termasuk kehadiran EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin merangkap ADUN Sg. Manik. Melalui program ini, penduduk dapat bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan pemusnahan

tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengamalkan gaya hidup sihat. Yang pasti, program ini dapat memberi pendedahan kepada penduduk dan JPP berkenaan tentang proses menjalankan komuniti kitar semula bermula dari membuat hebahan, pengumpulan, rekod dan penjualan kepada vendor kutipan. Sepanjang program turut diadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak serta “Explore Race Kitar Semula”. Pameran kesihatan dan pameran interaktif oleh SWCorp dengan pengisian seperti kuiz dan aktiviti upcycling (membuat produk baru menggunakan barangan terpakai) juga menarik minat pengunjung. Kesannya, ia telah memberi kesedaran kepada penduduk membersihkan kawasan kediaman dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengamalkan gaya hidup sihat. Penduduk pula dapat membersihkan kawasan rumah terutamanya di garaj, bilik, dapur dan stor dengan mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula dikumpul dan dijual.

Hasil jualan barangan kitar semula juga didermakan kepada Tabung Surau Langkap. Jumlah berat kutipan sebanyak 443 kilogram / RM142.80 Penduduk yang menyertai juga terutamanya kaum wanita dapat mempelajari kaedah membuat beg dan sarung bantal menggunakan t-shirt dan jersi terpakai. Manakala kanak-kanak dapat mempelajari jenis-jenis barangan yang boleh dikitar semula dan mengisi masa di hujung minggu dengan aktiviti yang bermanfaat.

Modul ini merupakan inisiatif

Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan bagi menyebarkan

maklumat mengenai pengurusan

sisa pepejal dan pemeliharaan alam sekitar termasuk

pengurusan sisa makanan

secara berhemah kepada generasi

awal kanak-kanak menerusi pembelajaran

dalam bilik darjah.

TAHUKAHANDA?

Kira - kira 400 ribu tan sisa plastik yang diimport ke Malaysia dalam tempoh setahun untuk diproses dan kemudian dieksport semula.

Page 7: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

▶KUALA LUMPUR

Salah satu fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMK-11) adalah

untuk mentransformasikan sektor pembinaan negara. Antara strategi yang digariskan adalah memupuk amalan lestari dalam rantaian nilai pembinaan dan menggubal undang-undang yang menyokong aktiviti pembinaan lestari tersebut. Untuk itu, satu seminar mengenainya telah diadakan pada 14 Disember lalu bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, di Kuala Lumpur oleh SWCorp. SWCorp melalui Bahagian Binaan dan Perniagaan (BBP) mengambil inisiatif mengadakan “Seminar Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan Di Tapak Bina Yang Sistematik” itu untuk memberi pendedahan kepada stakeholder dan industri pembinaan tempatan mengenai amalan pengurusan sisa pepejal pembinaan yang mampan dan bersistematik selaras dengan peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Seminar ini membabitkan lima penceramah iaitu, Siti Norain Abdullah, Jurutera SWCorp yang bercakap mengenai Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan; Noor Fazierah Yaakub, Pengurus CIDB bertajuk Towards Sustainable Construction; Profesor Dr. Ismail Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Akademik, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bertajuk Issue of C&D Waste in

Malaysia Construction Industry; Sri Kanes Supramaniam dari Beyond Success Sdn. Bhd. bertajuk Sistem Pemantauan Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan; dan Suaathi A/P Kaliannan UTHM bertajuk Faktor dan Impak. Dihadiri 210 orang yang terdiri daripada penggiat industri pembinaan dan 137 orang adalah terdiri daripada warga kerja SWCorp dan lain-lain agensi kerajaan, seminar ini bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan perundangan dan peraturan yang berkaitan pengurusan sisa pepejal pembinaan yang merupakan salah satu kategori sisa pepejal terkawal. Ia turut memberi pendedahan dan penerangan supaya sisa pepejal pembinaan dapat diurus dengan cara yang baik tanpa memberi impak negatif terhadap alam sekitar dan memberi ancaman kepada kesihatan awam. Di samping itu, seminar ini juga dapat membantu untuk mengurangkan jumlah sisa yang dilupuskan di tapak pelupusan melalui pengasingan sisa pepejal dan pengamalan konsep “waste minimization”; mempromosikan

pendekatan ke arah “zero waste” kepada semua industri pembinaan di Malaysia; serta memberi pendedahan untuk mengaplikasikan penggunaan sistem pengurusan sisa pepejal pembinaan yang dibangunkan. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekuitf SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed dalam ucapan perasmiannya pada seminar berkenaan menekankan mengenai pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan antara indikator utama yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam mencapai sebuah negara maju. “SWCorp dengan kerjasama UTHM serta CIDB telah membangunkan sebuah

sistem bagi m e n g u m p u l m a k l u m a t janaan sisa p e p e j a l p e m b i n a a n di tapak bina di Malaysia di mana ia m e r u p a k a n m a k l u m a t yang penting bagi merangka kaedah dan

strategi bagi menguruskan sisa pepejal pembinaan secara lestari. “Menurut kajian, komposisi sisa pepejal pembinaan di Malaysia merangkumi 28.3 peratus daripada keseluruhan jumlah komposisi sisa pepejal. Antara komponen sisa pepejal pembinaan yang sering dijana adalah sisa konkrit dan agregat, tanah, pasir, kayu, logam, batu-bata, pembalut bahan binaan dan lain-lain komponen termasuk seramik, papan gipsum dan sebagainya. Ini menunjukkan hampir semua sisa pepejal yang dijana boleh di guna semula atau dikitar semula tanpa perlu dihantar ke tapak pelupusan,” katanya.

PENGUATKUASAAN7SWCorp NEWS

Cubaan merasuah penguatkuasa SWCorp bawa padah▶KUALA LUMPUR

Seorang pengurus syarikat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda sebanyak

RM15,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas tuduhan memberi suapan sebanyak RM3,000. Kes berkenaan adalah kes pertama berkaitan sampah haram yang didakwa atas Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Cheong Fook Seong, 57 tahun didakwa memberi suapan RM3,000 kepada pegawai penguatkuasa dari SWCorp Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Harry Susanto.

Suapan didakwa diberi supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang terhadap lori milik syarikat isterinya Ngan Chooi Huah Enterprise yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Kesalahan dilakukan pada jam 4.30 petang, 12 Disember lalu di pejabat SWCorp di Jalan Pantai Jaya di ibu negara. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman berkenaan sebaik tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh

dipenjara bermula tarikh dia ditangkap pada 12 Disember 2017 yang lalu selain penjara 20 bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Tertuduh membayarnya. Terdahulu tertuduh diwakili peguambela Lim Chi Chou memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada tertuduh. Bagaimanapun Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqah Ab. Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambilkira kepentingan awam.

SWCorp anjur SeminarPengurusan Sisa Pepejal PembinaanYang Sistematik

Cheong Fook Seong dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas dijatuhkan hukuman.

Page 8: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

▶MELAKA

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka baru-baru ini telah menganjurkan majlis

penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKiSS) 2017 Negeri Melaka. Program anjuran bersama SWCorp ini dihadiri sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini sejak awal lagi. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Abu Bakar Sahari. Dalam pertandingan itu, dua kategori dipertandingkan iaitu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi kategori sekolah rendah, Johan dimenangi Sekolah Kebangsaan Air Molek, Naib Johan dimenangi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Siang Lin manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Air Baruk. Bagi kategori sekolah menengah, dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar dan Naib Johan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah. SWCorp turut menyediakan Sijil Anugerah Khas (Inovasi Barangan Kitar

Semula) bagi menghargai kreativiti pelajar. Antara penerima sijil ialah Sekolah Kebangsaan Air Molek dengan produk inovasi “Smart Bin”; Sekolah Kebangsaan Air Baruk dengan produk inovasi “Jump and Winner”; Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah dengan produk “GCC ECOSIS 2017”; dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar dengan produk inovasi “Tong Pengasingan Barangan Kitar Semula”. Sekolah Kebangsaan Air Molek turut menerima Sijil Anugerah Khas (Inisiatif Kompos) sekaligus menerima Anugerah Pembudayaan Amalan 3R Terbaik PerKiSS 2017. Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, plaque beserta sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Pengarah SWCorp Melaka, Ir. Mohd Azwan Mohd Nor Rezan. Dalam acara berasingan pula, usaha memantapkan operasi penguatkuasaan petugas penguatkuasa SWCorp dilakukan melalui satu ujian fizikal. Ujian yang bermula jam 7.30 pagi itu merangkumi larian 2.4 kilometer, tekan tubi dan lain-lain.

Selain ujian fizikal, SWCorp Melaka juga telah mengambil inisiatif mengadakan program gotong-royong di Tanah Perkuburan Tok Haji Dalip, Pokok Mangga sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka. Ia dilihat dapat menjalinkan hubungan baik antara warga kerja penguatkuasa di dalam satu pasukan selain meningkatkan kerjasama erat antara SWCorp dan masyarakat setempat. Program turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Klebang Kecil, 50 orang pekerja SWM Environment Sdn. Bhd. dan komuniti Dun Klebang Kecil.

DALAM NEGERI8 SWCorp NEWS

▶SEBERANG PERAI

Satu majlis penghargaan telah diadakan bagi menghargai petugas yang terlibat dalam

operasi pembersihan pasca banjir di Seberang Perai Utara pada 7 hingga 12 November tahun lalu. Majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed itu turut dihadiri oleh Pengarah SWCorp Kedah, Hazahar Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif, Environment Idaman Sdn. Bhd. Mhd Saiful Anuar Zainal; dan Pengerusi Kelab Pemuliharaan Alam Sekitar (EPIC), Ahmad Tarmizi Mohd Saad. Dato’ Dr. Zulkapli mewakili Kementerian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) khususnya Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar, merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. dalam menjayakan operasi pembersihan pasca banjir Seberang Perai. Dalam kejadian banjir terburuk yang menimpa Pulau Pinang itu banyak kawasan terjejas teruk membabitkan peralatan rumah, kenderaan dan harta benda musnah dan rosak. Operasi dimulakan selepas air surut. Seramai 138 orang tenaga kerja terlibat di dalam operasi tersebut yang terdiri daripada anggota penguatkuasa SWCorp Kedah dan Perak serta kakitangan Environment Idaman Sdn. Bhd. Bantuan turut diterima daripada Alam Flora Sdn. Bhd. dan SWM Environment Sdn. Bhd. Operasi memfokuskan kerja-kerja pembersihan selepas banjir seperti sampah perabot, pukal, pakaian dan pokok tumbang. Pelbagai jentera dan peralatan telah digunakan sepanjang operasi pembersihan berkenaan.

Petugas pembersihan banjir dirai

PerKiSS hargai kreativiti pelajar

Kongsi ilmu uruskewangan dan pinjaman▶CYBERJAYA

Panduan mengurus kewangan dan prosedur pinjaman perumahan

sektor awam yang dikongsi sempena perhimpunan bulanan pada Disember lalu banyak memberi manfaat kepada semua warga kerja SWCorp. Rata-rata warga kerja yang ditemui berkata, kedua-dua taklimat tersebut telah memberi pendedahan tentang kaedah pinjaman perumahan dan cara pengurusan kewangan yang berhemah. Salah s e o r a n g peserta yang ditemubual oleh SWCorp News, Hartini Mhd Azmi memberitahu pelbagai input berguna telah dipelajari dan boleh digunakan untuk perancangan pembelian aset tersebut. Selain itu, menerusi taklimat “Kebankrapan Di Kalangan Penjawat Awam” pula,

beliau mengakui faktor terikut dengan gaya hidup semasa penyumbang masalah kewangan kepada generasi muda masa kini. SWCorp mengadakan sesi taklimat berkaitan dengan pengurusan kewangan kepada warga kerjanya bagi memberi peluang warga kerja belajar, memahami dan bijak mengurus kedua-dua perkara berkenaan agar lebih cekap mengendalikan perbelanjaan seharian. Taklimat Prosedur Pinjaman Perumahan Sektor Awam telah disampaikan oleh Yunny Hasfaniza Hussain dari Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA), manakala taklimat Kebankrapan Di Kalangan Penjawat Awam disampaikan oleh Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan dari Jabatan Insolvensi, Ibu Pejabat Putrajaya.

Seramai 138 orang tenaga kerja terlibat di dalam operasi tersebut yang terdiri daripada anggota penguatkuasa SWCorp Kedah dan Perak serta kakitangan Environment Idaman Sdn. Bhd. Bantuan turut diterima daripada Alam Flora Sdn. Bhd. dan SWM Environment Sdn. Bhd.

Pelbagai input berguna telah dipelajari dan boleh digunakan untuk perancangan

pembelian aset tersebut. Selain itu, menerusi taklimat “Kebankrapan Di Kalangan Penjawat Awam” pula, beliau mengakui faktor terikut

dengan gaya hidup semasa penyumbang masalah kewangan kepada generasi muda

masa kini.

Pemenang Pertandingan PerKiSS menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah SWCorp Melaka disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Hartini Mhd AzmiPegawai Perhubungan Awam

Page 9: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI9SWCorp NEWS

▶CYBERJAYA

Integriti Di Hati dipilih menjadi tema sambutan Hari Integriti SWCorp 2017 yang

telah diadakan pada 7 Disember 2017 lalu. Sambutan yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, diadakan di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp Cyberjaya dengan dihadiri 150 warga kerja SWCorp dan enam agensi pempamer. Antara agensi pempamer ialah Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); Suruhanjaya Pilihanraya (SPR); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Unit Psikologi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT); dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Hadir meraikan sambutan ialah Ketua Unit Integriti KPKT, Syamsul Badrin Mohsin. Sepanjang sehari sambutan, antara pengisian yang dibuat ialah ceramah integriti dari Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman dengan membawa tajuk “Integriti Pemangkin Organisasi Berkualiti”. Turut diadakan ceramah tatatertib yang disampaikan dari pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Halimatun Munawarah Tasu bertajuk “Tatakelakuan dan Larangan dalam Perkhidmatan Awam”. Selain itu, warga kerja turut didedahkan mengenai “Taklimat Gangguan Seksual Di

Tempat Kerja” yang disampaikan oleh ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datin Dr. Sabitha Marican. Sambutan Hari Integriti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai amalan dan pembudayaan integriti dalam

kalangan warga kerja semasa menjalankan tugas dengan lebih telus dan amanah yang akhirnya akan melahirkan warga kerja SWCorp yang berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi.

“Integriti Di Hati”jadi tema sambutan

▶PUTRAJAYA

SWCorp terus melakar kejayaan bagi tahun 2017 apabila dinobat sebagai

Johan Debat Piala KSU yang diadakan sempena sambutan Hari Intergriti peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kejayaan itu diraih apabila pasukan debat SWCorp

berjaya menumpaskan pihak lawan yang merupakan pasukan debat Pejabat Ketua Setiausaha (KSU) pada peringkat pusingan akhir. Pasukan debat SWCorp kali ini terdiri daripada Muhammad Zahir Ab’Aziz, dari Bahagian Pendidikan Masyarakat; Siti Adora Rahtimin dari Bahagian Undang-undang; dan seorang lagi wakil dari KPKT iaitu Thailis Bounya

Anak Ngelayang dari Bahagian Keurusetiaan Strategik telah menunjukkan kepetahan berhujah dengan berperanan sebagai kerajaan berjaya mempengaruhi pihak hakim untuk menerima usul sebulat suara. Usul perlawanan peringkat akhir adalah “Dewan Ini Percaya Undang-undang Tegas Menjamin Integriti Penjawat Awam”. Manakala

bagi anugerah pendebat terbaik diterima Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif dari Pejabat KSU. Pertandingan ini bertujuan mengetengahkan budaya berintegeriti, mengangkat bahasa kebangsaan sebagai medium hujahan intelektual serta menyuburkan budaya pemikiran kritikal dan kritis dalam kalangan warga KPKT. Perlawanan akhir yang berlangsung di Bilik Teratai KPKT pada 22 November itu telah disempurnakan oleh Timbalan KSU (Kesejahteraan Bandar) KPKT, Zamri Salleh. Para peserta memperoleh hadiah wang tunai RM400 bagi johan dan piala pusingan sumbangan KSU KPKT, Dato Sri’ Mohammad Mentek sendiri. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan KSU (Pengurusan) KPKT, Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 23 November lalu semasa sambutan Hari Integriti peringkat KPKT. Tajuk yang diperdebatkan ialah Ketamakan Punca Utama Rasuah.

SWCorp Johan Debat Piala KSU

▶CYBERJAYA

SWCorp menjadi agensi pertama di bawah Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dianugerahkan Sijil Pematuhan SAGA. P e n g a n u g e r a h a n berkenaan telah berlangsung pada 22 November lalu di The Light Hotel, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan tema “Elegant Corporate”. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengiktiraf SWCorp selepas Panel Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA menilai Sistem Perakaunan dan Kewangan Agensi dengan memastikan SWCorp mematuhi 12 Kriteria Fungsional (Bahagian Kewangan) dan tujuh Kriteria Teknikal (Bahagian Teknologi Maklumat). Hasilnya, panel telah memperakukan kepada Jawatankuasa Pemandu SAGA bahawa sistem SAGA di SWCorp layak memperolehi Sijil Pematuhan SAGA. Kelulusan mengenainya telah dikeluarkan pada 15 November 2017. Dengan adanya pensijilan SAGA ini ia telah memberi 10 peratus markah penarafan Indeks Akauntabiliti dan telah memenuhi kriteria Key Performance Indicator (KPI). Selain SWCorp, sebanyak 23 agensi dari pelbagai bidang telah dipilih untuk menerima sijil yang sama. Malam anugerah yang penuh bererti buat SWCorp itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Mohammad Diah Wahari dan Pengarah Bahagian Kewangan, Ummi Kalthum Shuib.

SWCorp terima Sijil Pematuhan SAGAPanel telah memperakukan kepada Jawatankuasa Pemandu SAGA bahawa sistem SAGA di SWCorp layak memperolehi Sijil Pematuhan SAGA. Kelulusan mengenainya telah dikeluarkan pada 15 November 2017.

Page 10: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

AI

SR

KJ

S

MAC

AI

SR

KJ

S

JANUARI

AI

SR

KJ

S

FEBRUARI

AI

SR

KJ

S

APRIL

AI

SR

KJ

S

MEI

AI

SR

KJ

S

JUN

AI

SR

KJ

S

JULAI

AI

SR

KJ

S

OGOS

AI

SR

KJ

S

SEPTEMBER

AI

SR

KJ

S

OKTO

BER

AI

SR

KJ

S

NOVEMBER

AI

SR

KJ

S

DISEMBER

1 JA

N

TA

HU

N B

ARU

201

814

JAN

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N Y

AN

G D

I-PER

TUA

N B

ESA

R N

EGER

I SEM

BILA

N21

JAN

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

KED

AH

31 JA

N

HA

RI T

HA

IPU

SAM

1 FE

B

HA

RI W

ILAY

AH

PER

SEKU

TUA

N16

& 1

7 FE

B TA

HU

N B

ARU

CIN

A4

MA

C

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N P

ERTA

BALA

N S

ULT

AN

TER

ENG

GA

NU

23 M

AC

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N JO

HO

R30

MAC

G

OO

D F

RID

AY14

APR

IL

ISRA

K D

AN

MIK

RAJ

15 A

PRIL

H

ARI

PER

ISYT

IHA

RAN

MEL

AKA

BA

ND

AR

BERS

EJA

RAH

26 A

PRIL

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

TER

ENG

GA

NU

1 M

EI

H

ARI

PEK

ERJA

7 M

EI

H

ARI

HO

L PA

HA

NG

17 M

EI

AWA

L RA

MA

DH

AN

17 M

EI

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N K

EPU

TERA

AN

RA

JA P

ERLI

S29

MEI

H

ARI

WES

AK

30 &

31

MEI

PE

STA

KEA

MAT

AN

1 &

2 JU

N

PERA

YAA

N H

ARI

GAW

AI

2 JU

N

N

UZU

L Q

URA

N15

& 1

6 JU

N

HA

RI R

AYA

AID

ILFI

TRI

7 JU

LAI

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N P

ENG

ISYT

IHA

RAN

TAPA

K W

ARI

SAN

DU

NIA

14 JU

LAI

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

NEG

ERI P

ULA

U P

INA

NG

22 JU

LAI

HA

RI K

EMER

DEK

AA

N S

ARA

WA

K22

OG

OS

HA

RI R

AYA

AID

IL A

DH

A23

OG

OS

HA

RI R

AYA

AID

IL A

DH

A31

OG

OS

HA

RI K

EBA

NG

SAA

N9

SEPT

H

ARI

KEP

UTE

RAA

AN

SER

I PA

DU

KA B

AG

IND

A Y

AN

G D

I-PER

TUA

N A

GO

NG

11 S

EPT

AWA

L M

UH

ARR

AM

16 S

EPT

HA

RI M

ALA

YSIA

6 O

KT

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

SA

BAH

12 O

KT

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

MEL

AKA

15 O

KT

HA

RI H

OL

ALM

ARH

UM

SU

LTA

N IS

KAN

DA

R24

OKT

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

PA

HA

NG

2 N

OV

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

PER

AK

6 N

OV

H

ARI

DEE

PAVA

LI11

& 1

2 N

OV

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N K

ELA

NTA

N20

NO

V M

AULI

DU

R RA

SUL

11 D

IS

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N S

ELA

NG

OR

25 D

IS

HA

RI K

RISM

AS

KA

LE

ND

AR

TA

HU

N 2

018

Page 11: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

AI

SR

KJ

S

MAC

AI

SR

KJ

S

JANUARI

AI

SR

KJ

S

FEBRUARI

AI

SR

KJ

S

APRIL

AI

SR

KJ

S

MEI

AI

SR

KJ

S

JUN

AI

SR

KJ

S

JULAI

AI

SR

KJ

S

OGOS

AI

SR

KJ

S

SEPTEMBER

AI

SR

KJ

S

OKTO

BER

AI

SR

KJ

S

NOVEMBER

AI

SR

KJ

S

DISEMBER

1 JA

N

TA

HU

N B

ARU

201

814

JAN

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N Y

AN

G D

I-PER

TUA

N B

ESA

R N

EGER

I SEM

BILA

N21

JAN

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

KED

AH

31 JA

N

HA

RI T

HA

IPU

SAM

1 FE

B

HA

RI W

ILAY

AH

PER

SEKU

TUA

N16

& 1

7 FE

B TA

HU

N B

ARU

CIN

A4

MA

C

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N P

ERTA

BALA

N S

ULT

AN

TER

ENG

GA

NU

23 M

AC

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N JO

HO

R30

MAC

G

OO

D F

RID

AY14

APR

IL

ISRA

K D

AN

MIK

RAJ

15 A

PRIL

H

ARI

PER

ISYT

IHA

RAN

MEL

AKA

BA

ND

AR

BERS

EJA

RAH

26 A

PRIL

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

TER

ENG

GA

NU

1 M

EI

H

ARI

PEK

ERJA

7 M

EI

H

ARI

HO

L PA

HA

NG

17 M

EI

AWA

L RA

MA

DH

AN

17 M

EI

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N K

EPU

TERA

AN

RA

JA P

ERLI

S29

MEI

H

ARI

WES

AK

30 &

31

MEI

PE

STA

KEA

MAT

AN

1 &

2 JU

N

PERA

YAA

N H

ARI

GAW

AI

2 JU

N

N

UZU

L Q

URA

N15

& 1

6 JU

N

HA

RI R

AYA

AID

ILFI

TRI

7 JU

LAI

HA

RI U

LAN

G TA

HU

N P

ENG

ISYT

IHA

RAN

TAPA

K W

ARI

SAN

DU

NIA

14 JU

LAI

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

NEG

ERI P

ULA

U P

INA

NG

22 JU

LAI

HA

RI K

EMER

DEK

AA

N S

ARA

WA

K22

OG

OS

HA

RI R

AYA

AID

IL A

DH

A23

OG

OS

HA

RI R

AYA

AID

IL A

DH

A31

OG

OS

HA

RI K

EBA

NG

SAA

N9

SEPT

H

ARI

KEP

UTE

RAA

AN

SER

I PA

DU

KA B

AG

IND

A Y

AN

G D

I-PER

TUA

N A

GO

NG

11 S

EPT

AWA

L M

UH

ARR

AM

16 S

EPT

HA

RI M

ALA

YSIA

6 O

KT

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

SA

BAH

12 O

KT

HA

RI JA

DI Y

AN

G D

I-PER

TUA

MEL

AKA

15 O

KT

HA

RI H

OL

ALM

ARH

UM

SU

LTA

N IS

KAN

DA

R24

OKT

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

PA

HA

NG

2 N

OV

H

ARI

KEP

UTE

RAA

N S

ULT

AN

PER

AK

6 N

OV

H

ARI

DEE

PAVA

LI11

& 1

2 N

OV

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N K

ELA

NTA

N20

NO

V M

AULI

DU

R RA

SUL

11 D

IS

HA

RI K

EPU

TERA

AN

SU

LTA

N S

ELA

NG

OR

25 D

IS

HA

RI K

RISM

AS

KA

LE

ND

AR

TA

HU

N 2

018

Page 12: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI12 SWCorp NEWS

▶KOTA BHARU

Kerabat Diraja Kelantan menzahirkan sokongan mereka dalam usaha

memastikan negeri berkenaan kekal bersih dan lestari. Ini terbukti dengan usaha menyediakan sudut “Kitar Semula” sebagai simbolik menyokong aktiviti kitar semula di negeri berkenaan yang diharap akan memberi kesedaran awam. Usaha yang dilakukan oleh Kelab Diraja Kelantan; Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB); dan SWCorp Kelantan berlangsung di Dataran Kota Bharu dan Perkarangan

Stesen Bas Kota Bharu pada 12 November lalu. Selain perasmian sudut “Kitar Semula” oleh Pemangku Raja Kelantan, YM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, turut diadakan program Gotong-Royong. “Program Come Clean For Kelantan” ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-48. Melaluinya juga, SWCorp Kelantan telah diminta untuk menyediakan sudut kitar semula oleh MPKB sebagai salah satu pengisian program untuk meningkatkan tahap kesedaran

penduduk setempat tentang kepentingan kebersihan dan kitar semula. Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan; Yang DiPertua MPKB; Pengarah SWCorp; Kerabat Diraja Kelantan; serta pegawai-pegawai kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, satu lagi program membabitkan warga kerja SWCorp Kelantan dan pelajar praktikal Universiti Sains Malaysia serta pelajar Sekolah Kebangsaan Lubok Stol, Pasir Mas, Kelantan telah dilangsung pada 26 Oktober lalu.

Program Hari Bersama SWCorp Kelantan itu antara lain bertujuan mendidik dan menyampaikan mesej 3R (Reduce, Reuse, Recycle) berbentuk “games” yang menyeronokkan untuk menarik perhatian pelajar dalam membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Selain belajar dalam suasana yang menyeronokkan, sekolah berkenaan juga bercadang untuk menyertai program Bank Kitar Semula.

Kerabat Diraja Kelantansokong kitar semula

“Townhall” beri impak positif▶NILAI

Seramai lebih 100 orang hadir pada sesi “Townhall” Pengasingan Sisa Pepejal

Di Punca di bawah program Local Agenda (LA21) Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Mereka yang hadir terdiri daripada Ahli Majlis MPN, Alan Lai Chien Kong, Pegawai MPN, penduduk sekitar Nilai dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Townhall yang diadakan di Dewan Serbaguna Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan itu dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Dato’ Abd Halim Abd Latif pada 10 Disember lalu. Dalam ucapan perasmiannya, beliau antara lain menyentuh mengenai kepentingan pengasingan sisa pepejal bagi merealisasikan harapan kerajaan supaya pengurusan sisa pepejal dilaksanakan bermula dari rumah dengan baik dan cekap. Pada sesi townhall berkenaan turut diadakan ceramah berkaitan pengasingan sisa pepejal meliputi keperluan dan kaedah melaksanakannya. Ia disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa SWCorp, Khairuladha Ab. Mutalib. Rata-rata peserta yang hadir berpendapat sesi berkenaan adalah penting kerana dapat memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan pengasingan sisa pepejal serta implikasinya jika tidak diamalkan bermula dari sekarang. Bagi pelajar USIM pula, mereka melihat ini sebagai keperluan berterusan bagi menyedarkan masyarakat berkenaan hal penjagaan alam sekitar. Peserta yang hadir juga mencadangkan agar program ini diteruskan di peringkat akar umbi iaitu di peringkat JKKK dan KRT di taman perumahan. Program ini merupakan kali kedua diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh MPN berdasarkan kluster bandar/pekan sepertimana yang telah dipilih melalui perbincangan bersama SWCorp iaitu di Taman Tuanku Jaafar (Selatan Nilai), Chempaka (Nilai Tengah) dan di Mantin (Utara Nilai). Lokasi ini merupakan lokasi strategik bagi memberi penerangan kepada penduduk sekitar Bandar Baharu Nilai di samping kawasan juga mempunyai radius perumahan yang besar.

▶PEKAN

SWCorp Pahang baru-baru ini berpeluang memberi pendidikan dan

kesedaran berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan dan membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) bersempena dengan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2017. Pada program yang diadakan di Kampung Semangat, Jalan Kuantan – Pekan itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya Pertandingan Gubahan Menggunakan Barang Kitar Semula dan SWCorp Pahang telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi juri kepada peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Bagi memastikan pendidikan dapat diterapkan kepada semua lapisan masyarakat, permainan Dam Ular Kitar Semula pula diadakan untuk menarik minat kanak-kanak. Manakala bagi menghargai pihak yang sentiasa berkolaborasi dengan SWCorp, mereka telah diberi anugerah dalam kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan, Industri dan Komuniti. Anugerah tersebut diberikan kepada Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET), Syarikat Elektrisola

Sdn. Bhd. dan Regional Environment Awareness Cameron Highlands (REACH) atas usaha mereka menjaga persekitaran dan aktif bersama dalam usaha memelihara alam sekitar. Sementara itu, satu lagi program turut diadakan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Program yang diadakan pada 4 November lalu itu memfokus kepada usaha membersihkan pantai. Program ini dijalankan oleh Mat-Mat Motor #14b32d dalam usaha untuk memastikan persekitaran bersih dan sejahtera. Apa yang menarik ialah komitmen yang ditunjukkan oleh mat-mat motor ini melalui sikap yang harus dicontohi kerana tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Pembersihan kawasan pantai ini dijalankan dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. yang mana kawasan ini merupakan satu lokasi tarikan pelancong. Program ini diketuai oleh kakitangan SWCorp Ibu pejabat Cyberjaya, Mohd Ridzuan Zainal.

Amalan 3R, bersihkan pantai hiasi sambutan Hari Alam Sekitar Pahang

Page 13: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI13SWCorp NEWS

▶PENDANG

Seramai lebih 15,000 pengunjung hadir pada Pesta Pendang dan Hari

Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Pendang yang telah diadakan pada 23 hingga 26 November lalu ini. Yang menariknya, SWCorp Kedah turut terlibat dalam pesta ini dan menjadi antara salah satu agensi kerajaan yang dikunjungi orang ramai. Selain SWCorp, pesta anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah ini turut melibatkan 52 agensi lain. Pesta yang menjadi program tahunan ini sentiasa mendapat sambutan kerana para pengunjung berpeluang untuk membeli belah pelbagai barangan serta hasil daripada produk pertanian, perladangan

dan perikanan. Pada tahun ini, daerah Pendang dipilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan program berskala besar ini bertepatan sebagai salah satu usaha atau platform untuk “Road to MAHA 2018”. Program yang berskala besar ini sekaligus memberi peluang kepada SWCorp untuk lebih dikenali kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Ceramah 3R; Sudut Informasi SWCorp, Free Market, Demonstrasi Baja Kompos; dan penjualan baja ternyata menarik minat pengunjung. Ia secara tidak langsung mempromosikan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, anti litter dan kempen Value Food No Waste kepada setiap agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan, pengusaha pengusaha makanan,

para peniaga dan pengunjung. Taklimat dan penerangan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) oleh Pengurus Cawangan Pendang, Mohd Hafiz Abdul Razak dan bengkel kraftangan menghasilkan itik yang diperbuat daripada botol plastik (sabun) kepada pelajar sekolah menengah dari sekolah-sekolah di daerah Pendang juga begitu mengujakan. Bengkel ini yang dikendalikan oleh Sukarelawan JICA iaitu Koh Hamada. Secara keseluruhannya, penyertaan SWCorp Kedah selama empat hari ini telah memberi impak positif bukan sahaja kepada SWCorp malah kepada pengunjung yang hadir ke booth pameran. SWCorp bukan sahaja berpeluang mendekati

masyarakat, malah dapat memperkenalkan fungsi serta peranannya kepada umum. Rata-rata pengunjung yang hadir gembira dengan aktiviti Free Market Pakaian Terpakai khususnya, kerana mereka berpeluang untuk membawa balik pakaian yang masih elok untuk dipakai. Pesta ini dihadiri oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato’ Sri. Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Suraya Yaacob.

SWCorp dekati orang Pendang

Beg plastik biodegradasi berinformasi #Asingkan diedarkan kepada peniaga.

Page 14: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI14 SWCorp NEWS

▶KUANTAN

SWCorp Pahang baru-baru ini telah terlibat untuk bersama-sama dalam

program My Child’s bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2017. Pada kesempatan itu SWCorp mengambil peluang mengadakan aktiviti yang dinamakan “Seni Jemari” bagi check point yang diwajibkan oleh kanak-kanak yang menyertainya untuk mencukupkan syarat dalam aktiviti yang diadakan. Kanak-kanak ini dimestikan melawat dan melakukan aktiviti yang disediakan untuk mendapatkan tandatangan dan cop pengesahan. Untuk aktiviti Seni Jemari ini, ia menggunakan kaedah Art Work Tissue yang mana peserta menggunakan tisu dan teknik cantingan pada tisu yang diikat, untuk menghasilkan produk hiasan yang menarik. Hasil seni berkenaan kemudiannya akan diletakkan di dalam bingkai untuk dijadikan sebagai hiasan di dinding rumah mahupun di pejabat. Pada masa kini, kebanyakan SWCorp di negeri lain juga turut mempromosikan teknik tersebut.

Selain SWcorp, 10 agensi lain turut menyertai program berkenaan. Program diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Pahang pada 15 November tahun lalu. Pada satu majlis yang lain pula, telah diadakan penganugerahan dan penyampaian hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PeRKiSS) peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2017. Ia diadakan pada 14 November 2017 di Dewan Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Majlis bertujuan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah di negeri Pahang yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang padu kepada SWCorp dalam merealisasikan hasrat SWCorp untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada warga sekolah. Sebanyak 20 sekolah telah menerima pengiktirafan tersebut berdasarkan kepada kategori yang telah dipertandingkan. Pemenang telah diberi hadiah berupa barangan komputer, plaque dan sijil penghargaan.

“Seni Jemari” meriahkanHari Kanak-Kanak Sedunia

▶KANGAR

Majlis Anugerah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-

Sekolah Peringkat Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md. Dzahir. Turut hadir adalah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Mohd Azran Mohamad dan Pengurus Besar Operasi, Environment Idaman Sdn. Bhd. Azmi Amin Sarji, baru-baru ini. Pertandingan bagi

peringkat negeri Perlis itu sebelum ini telah diadakan bermula pada 1 Januari 2017 hingga 31 Ogos 2017 dengan tiga kategori iaitu, Pengumpulan Barangan Kitar Semula Tertinggi; Inovasi Daripada Barangan Kitar Semula; Inisiatif Baja Kompos dan Kelab Kitar Semula. Pada majlis berkenaan pengiktirafan diberi kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan aktiviti kitar semula dan sebagai penghargaan kepada guru-guru yang bergiat aktif di dalam melaksanakan program kitar semula dengan menggelarkan “Champion” di

kalangan pendidik. Antara anugerah yang disampaikan adalah Kategori Sekolah Rendah; Kategori Sekolah Menengah; dan Anugerah “Champion” Kitar Semula 2017.

▶KUALA TERENGGANU

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus menyatakan sokongan

terhadap usaha menjadikan persekitaran lebih lestari. Ini terbukti apabila institusi awam berkenaan telah melaksanakan Kempen Kebersihan dan Kempen Kitar Semula 3R bersempena Pesta Konvokesyen UMT pada 16 hingga 20 November lalu.

Antara pengisian sepanjang kempen ialah melaksanakan Operasi Pembersihan yang melibatkan tujuh set tong pengasingan sisa pepejal. Sebanyak 2,928.2 kilogram sisa pepejal telah dihasilkan sepanjang program berlangsung dan 428.2 kilogram daripadanya terdiri daripada sisa kitar semula. Selain itu turut diadakan kempen kebersihan melibatkan

pemasangan banner, bunting, roll-up serta pameran. Khidmat sukarelawan juga disediakan untuk mendidik pengunjung khususnya belia menjaga kebersihan serta aktiviti anti litter. Sepanjang program berlangsung seramai 80 sukarelawan Green Rangers daripada pelajar-pelajar UMT turut terlibat dalam menjayakan program tersebut. Pasukan sukarelawan

Green Rangers itu kemudiannya dipecahkan kepada enam kumpulan yang bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Turut diadakan pertandingan Anugerah Gerai Terbersih, Pengumpulan Barangan Kitar Semula Tertinggi dan Pertandingan Mewarna supaya dapat memupuk budaya dan pendidikan kitar semula. Sempena kempen itu SWCorp mengambil peluang menjalankan soal selidik kepada

semua peniaga dan pengunjung berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Seramai 184 responden telah diperoleh. Hasil kajian mendapati 92 peratus faham terhadap konsep Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan 52 peratus melaksanakannya. Kejayaan UMT ini juga dianggap sebagai penanda aras untuk institusi berkenaan merangka program yang lebih berkesan pada masa hadapan.

UMT sukses laksana kempen kebersihan dan kitar semula

Penyampaian hadiah Anugerah Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perlis disampaikan oleh Pengarah SWCorp Perlis sambil disaksikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Peserta Pertandingan Kitar Semulaterima anugerah

Page 15: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

DALAM NEGERI15SWCorp NEWS

▶KUALA LUMPUR

Dengan tema “Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Alam”, Kelab Teater Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Putri, muncul juara mengalahkan lima lagi sekolah lain menerusi teater mereka yang bertajuk Fantasi. Teater yang telah dipersembahkan semasa Pertandingan Teater Pendek Kanak-Kanak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017 ini merupakan program kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan; Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Alam Flora Sdn. Bhd.; dan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain persembahan teater, pertandingan diserikan

dengan deklamasi Puisi Patriotik yang disampaikan oleh wakil SWCorp, Zaki Harry Susanto serta penyampaian hadiah PerKiSS peringkat Wilayah Persekutuan. P e r t a n d i n g a n dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Padilah Ali. Objektif pertandingan ialah untuk meningkatkan apresiasi masyarakat khususnya kanak-kanak terhadap seni teater sebagai wahana yang berperanan membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Selain itu ia dapat memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mempamerkan bakat mereka dalam bidang teater selaras dengan usaha DBP untuk

mencungkil dan memupuk bakat kesusasteraan sekaligus melahirkan modal insan yang kreatif, produktif dan berketrampilan di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak melalui teater yang penuh dengan mesej pengajaran kesedaran, rasa kasih sayang dan prihatin terhadap penjagaan alam persekitaran. Sementara itu satu kursus kraftangan menggunakan majalah dan surat khabar terpakai telah diadakan pada 16 Oktober lalu. Kursus anjuran bersama SWCorp Wilayah Persekutuan dan Biro Alam Bina Lestari PUSPANITA Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar kemahiran membuat kraftangan

daripada bahan kitar semula selain memupuk amalan guna semula bahan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar dan tin aluminium malah menjadikan ia sebagai suatu benda berharga yang boleh dijadikan pendapatan tambahan di samping memberi latihan kepada kakitangan untuk

menyediakan cenderamata yang menarik dan menjimatkan.

“Fantasi” juara teater pendekkanak-kanak

Page 16: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

ROHANI DAN KESIHATAN16 SWCorp NEWS

Kena khusyuk ketika solat

Bukan sakit perut biasa!JIKA anda mengalami sakit

perut, diikuti cirit birit yang berlarutan, jangan pandang

ia sebagai sakit perut biasa. Anda perlu segera mendapatkan rawatan dari doktor kerana ada kemungkinan anda diserang TAUN! Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia terjadi disebabkan jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti taun akan mengalami cirit-birit. Lebih memburukkan apabila penyakit ini melarat hingga boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk. Mungkin anda jarang mendengar ahli keluarga atau orang sekeliling anda diserang taun, tetapi pada masa kini, ia tidak mustahil terutamanya apabila kebersihan seringkali diabaikan. Kita perlu ingat bahawa penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak

mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Wabak taun juga wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika. Agen penyebab kepada penyakit taun ialah bakteria Vibrio Sholerae. Ia berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti. Jadi anda perlu berhati-hati dengan setiap makanan dan minuman yang hendak dimakan atau diminum. Jika hendak membeli makanan di tempat yang anda tidak tahu kebersihannya, perhatikan dahulu persekitaran dan tinjau cara penyediaan makanan premis berkenaan.

Bagaimana ia terjadi?

Bakteria pembawa taun ini akan melalui proses pengeraman.

Ia biasanya mengambil masa beberapa jam hingga lima hari. Tetapi purata adalah selama dua atau tiga hari. Adalah agak sukar untuk mengetahui anda sakit perut biasa atau telah terkena wabak taun. Ini kerana kebanyakan jangkitan adalah asimptomatik. Kes ringan hanya mengalami cirit-birit tanpa gejala lain. Namun apabila anda mengalami sakit perut yang teruk, diikuti cirit birit yang berterusan dengan loya dan muntah, anda pastinya telah terkena wabak ini. Lebih malang jika lambat menerima rawatan, anda kemungkinan besar akan mengalami dehidrasi yang teruk.Bagi kes yang tidak dirawat, dehidrasi teruk boleh menyebabkan asidosis, gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggang.

Kematian boleh berlaku kerana komplikasi ini.

Rawatan

Rehidrasi

Kehilangan cecair yang ringan atau sederhana boleh dirawat dengan larutan rehidrasi oral (ORS). Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi teruk, dapatkan rawatan di hospital bagi suntikan rehidrasi dengan larutan pelbagai elektrolit yang seimbang untuk mengelakkan renjatan dan komplikasi dehidrasi.

Antibiotik

Untuk memendekkan tempoh cirit-birit dan mengurangkan jumlah larutan rehidrasi yang diperlukan, antibiotik seperti Tetracycline, Trimethoprim dan Sulfamethoxazole (TMP-

SMX), Furazolidone atau Erythromycinboleh diberikan.

Pencegahan

Bagi anda yang ingin ke mana-mana negara atau melancong, biasanya tidak disarankan mengambil vaksin taun. Risiko untuk pelancong adalah sangat rendah walaupun di negara yang sering mengalami wabak taun. Apa yang disarankan ialah anda perlu memastikan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta mengambil makanan dan minuman daripada sumber yang dipercayai tidak tercemar.

Solat itu tiang agama! Setiap umat islam diwajibkan solat lima waktu sehari iaitu

subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Adakalanya kita merasakan diri kita sudah cukup sempurna atas kejayaan kita menunaikan kelima-lima solat ini setiap hari. Namun di sebalik rasa kejayaan itu, pernahkah kita terfikir adakah kelima-lima solat kita itu diterima olah Allah S.W.T? Cuba anda tanyakan pada diri anda, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati anda semasa mengerjakan solat? Adakah fokus anda tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat? Adakah anda dapat merasai apa yang telah anda fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan di dalam solat itu adakah anda melakukan dengan sedar? Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?

Apa itu khusyuk?Anda mesti khusyuk ketika bersolat! Tapi berapa ramai yang benar-benar faham dan tahu apa erti solat yang khusyuk

Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu anda mengerjakan solat. Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu untuk akur, taat dan patuh kepadaNya.

5 langkah untuk khusyuk ketika 1) Mencari pengertian (Faham)Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun quali) dan erti setiap perbuatan dalam solat. Apabila mengucapkan takbirratulihram dan membaca surah Al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu persatu.

2) Memusatkan fikiran (Fokus)Tahap kedua adalah tumpuan. Menghindarkan gangguan hal-hal lain sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya fokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.

3) Membesarkan Allah (Rasa “Haibah”)Perlu diingat, tumpuan bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi kepada makna di sebalik bacaan itu. Ertinya, tumpuan bukan hanya kepada huruf dan ayat serta sebutan, tetapi pada makna tafsirannya. Inilah yang dimaksudkan dengan “Pengertian”.

4) Kagum dan takut akan keagungan Allah (Rasa Khauf)Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepadaNya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain. Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

5) Rasa mengharap kepada AllahRasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah. Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan Al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan Qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk di antara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat dan lain-lain). Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk,

kesemuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.

Page 17: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

17SWCorp NEWS

TrEES pulihara alam sekitar dengan merubah minda komuniti

BERPENGALAMAN lebih 21 tahun dalam program pemuliharaan alam

sekitar, TrEES terus unggul dengan konsep dan ideanya yang tersendiri dalam setiap usaha dan kerjasama yang dijalankan dengan mana-mana pihak ke arah memulihara alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1995, TrEES menggalakkan gaya hidup yang mampan di Malaysia dan bekerjasama dengan kumpulan dan komuniti untuk membangunkan program yang memberi peluang kepada orang ramai untuk terlibat secara aktif dalam hal yang bersangkutan alam sekitar. Menurut TrEES, gaya hidup yang mampan akan menggalakkan anak-anak dan

generasi akan datang dapat terus menikmati faedah-faedah yang disediakan oleh persekitaran semulajadi yang indah di Malaysia. Program TrEES kebiasaannya memfokus kepada kawasan di bandar kerana gaya hidup masyarakat bandar mempunyai kesan yang luar biasa terhadap sumber semulajadi Malaysia, tetapi komuniti ini adalah yang paling terputus dari persekitaran semulajadi. Keinginan untuk melihat alam sekitar yang baik dan membuat sedikit perbezaan dari apa yang kita ada hari ini menjadi komitmen yang mendorong TrEES untuk melaksanakan apa yang telah mereka laksanakan sehingga ke hari ini. Setakat ini pencapaian TrEES boleh dilihat dalam pelbagai sudut. Antaranya

ialah pertubuhan ini telah melaksanakan program kitar semula komuniti sejak tahun 1995. Lebih besar lagi apabila mereka telah bekerjsama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan Taman Warisan Negeri Selangor yang merupakan taman ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Taman ini, seluas 108,000 hektar, melindungi sebahagian sumber alam semulajadi Selangor yang paling penting dan merupakan asal-usul sungai di Selangor yang menyediakan lebih dari 90 peratus bekalan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. TrEES juga telah menjalankan program pendidikan alam sekitar di sekolah sejak tahun 1997 yang telah menghasilkan beribu-ribu pemimpin alam sekitar muda.

TrEES Young for Conservation (YV4C) adalah papan loncatan untuk pelajar di sekolah untuk aktif mengambil bahagian dalam memelihara dan melindungi alam sekitar. TrEES boleh dihubungi di Treat Every Environment Special Sdn. Bhd. (TrEES), No. 72, Jalan SS4/10, 47301, Petaling Jaya, Selangor. T : +60378769958, F : +6037865/1457; E-mel : [email protected]. Anda juga boleh layari http://www.trees.org.my/about untuk mendekati pertubuhan ini.

Gaya hidup yang mampan akan menggalakkan anak-anak dan generasi akan datang dapat terus menikmati faedah-faedah yang disediakan oleh persekitaran semulajadi yang indah di Malaysia.

Page 18: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

TIPS 3R

Untuk ruangan kali ini, SWCorp News akan berkongsikan beberapa barangan yang dihasilkan dengan menggunakan barangan terpakai.

“Tangga lama jadi rak

buku”“Kerusi lipat jadi rak

atau penyangkut”“Buku lama menjadi rak”

“Gigi rantai jadi jam”“Penutup botol jadi

bekas lilin”

“Spanar bengkok

menjadi cangkok”

“Sarung tangan menjadi

patung”“Penyangkut baju menjadi penghadang”

“Televisyen lama

menjadi aquarium”

Page 19: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan

KARIBIA - Ia adalah sebuah perairan yang tercatat dalam sejarah dunia sebagai laluan utama pedagang suatu ketika duhulu.

Keindahan dan keunikannya disajikan untuk tatapan dunia menerusi filem unggul “Pirates of the Carribean”. Siapa pun tidak boleh menafikan bahawa laut Karibia punya sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri. N a m u n itu kisah dahulu. Kisah indah yang menjadi k e b a n g g a a n orang di situ. K e i n d a h a n laut yang terbentang luas dengan k e h a d i r a n kapal-kapal p e d a g a n g dari serata dunia, sudah lenyap di makan zaman. Yang tinggal untuk tatapan pelancong kini ialah lautan sampah yang terdiri dari pelbagai sudu, garfu dan bekas-bekas makanan. Laut Karibia telah berubah menjadi lautan plastik yang menyakitkan mata dan pastinya membunuh ribuan hidupan laut yang menjadikan laut itu sebagai tempat tinggal yang aman sebelum ini.   Keadaan ini terbongkar apabila sekeping gambar tentang kehadiran sampah di perairan Karibia telah menjadi tular di media sosial. Gambar berkenaan menunjukkan lautan yang sebahagian besarnya terdiri daripada styrofoam dan plastik. Gambar-gambar itu telah diambil oleh jurukamera dari bawah laut di Pulau Roatan, Kepulauan Hondura pada 16 Oktober 2017. Jelas dalam beberapa gambar yang ditunjukkan, kelihatan sampah yang berkumpul di perairan Karibia meliputi puluhan meter. Berdasarkan maklumat dari media, sampah-sampah itu berada di antara Pulau Roatan dan dua pulau kecil iaitu Cayos Cochinos yang berlokasi kurang lebih 30 kilometer dari pantai Kota La Ceiba, Honduras. Organisasi pemerhati, Blue Planet Society

menjangkakan sampah-sampah tersebut berasal dari Sungai Motagua yang dibawa dek arus ketika hujan lebat. Sungai yang berada di Guatemala itu hakikatnya telah menjadi sumber populasi laut sejak dahulu.

Untuk rekod, Karibia  atau  Hindia Barat  adalah sekelompok pulau

yang terdapat di Laut Karabia.

Pulau-pulau ini terbentang menuju ke

arah selatan dari bawah Florida

ke barat laut Ve n e z u e l a di Amerika Selatan. Pa l ing tidak ia t e r d i r i dari 7,000 p u l a u -p u l a u kecil dan k a r a n g a n

laut.Di wilayah

Karibia berdiri beberapa negara,

seperti  Kuba, Kolombia, Jamaika,

Honduras, Haiti, Guatemala, Dominika

dan Suriname. Laut ini dikenali sebagai laut yang

pada zamannya memiliki banyak kapal laut yang berlayar di atasnya. Sebagai salah satu jalan perdagangan ketika itu, tidak hairan jika banyak perompak yang menjadikan lautan ini sebagai sasaran untuk merompak kapal-kapal pedagang. Selain perompak, keindahan laut Karibia juga sebelum ini sangat terkenal di seluruh dunia. Setiap tahun, laut ini dikunjungi ramai pelancong. Namun, baru-baru ini laut Karibia mengalami perubahan yang menyedihkan.

19SWCorp NEWS

TRIVIA PerspektifBagaimanakah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek kebersihan persekitaran.

Kesedaran haruslah dipupuk sejak kecil. Selain itu, pelbagai aktiviti

kesedaran boleh dilaksanakan seperti mengadakan gotong-

royong, membersihkan kawasan persekitaran dan meletakkan

kemudahan tong sampah di sekitar kawasan untuk memudahkan

orang awam terutamanya yang masih kecil untuk membuang

sampah di tempat yang sepatutnya.

Penerapan kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan bermula dari

sekolah. Contohnya mengadakan karnival kebersihan alam sekitar atau mengadakan pertandingan

untuk menggalakkan masyarakat menjaga kebersihan khususnya

golongan kanak-kanak.

Salah satu keadah untuk mendidik masyarakat adalah dengan

penguatkuasaan undang-undang contohnya dengan mengenakan

saman dan denda terhadap mereka yang membuang sampah merata-rata dan tidak mengasingkan sisa

pepejal.

Dengan menambah tong kitar semula di merata-rata tempat

terutamanya di pusat membeli belah, taman permainan serta

kawasan perumahan dapat menggalakkan masyarakat

mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula. Selain itu, pelbagai

kempen boleh dilaksanakan sama ada di bandar mahupun luar

bandar.

Mengadakan aktiviti bersama pelajar di sekolah, universiti dan

sebagainya secara gotong-royong serta aktiviti seperti reduce,

reuse dan recycle di kawasan persekitaran.

Proses pembelajaran dan program yang dilaksanakan di peringkat

sekolah dan universiti dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat. Contohnya amalan

pengkomposan sisa makanan dan kitar semula.

Nisa Maisara, Pelajar

Zeus, Pekerja Swasta

Veronica, Pelajar

Husna Misani, Pelajar

Negulan, Pelajar

Isabelle, Eksekutif

Page 20: JBPM - SWCorp jalin kerjasama strategik€¦ · perancangan dan pelaksanaan aktiviti kesukarelawan. ... Merentas Kokurikulum ... program diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan