apa itu pembelajaran berasaskan projek

7
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) @ Project Based Learning (PjBL) Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman JKM, Politeknik Kota Bharu, Km 24, Pangkal Kalong,16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia Email: [email protected], Tel: +6019-9021484 Hairul Nizam Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, 11800 USM,Pulau Penang, Malaysia. Email: [email protected], Tel:+6012-4122539 1.0 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan konsep pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek) yang piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia berpusatkan pelajar. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan model terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan produk atau artifak pelajar diluar kelas. Yangmana PBP menjana para pelajar agar berpeluang menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan pemasalahan secara berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara terarah mengikut kaedah dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di bengkel institusi atau di bengkel luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah telah memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka (kognitif). Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli ahli kumpulan dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik dan terarah. PBP merupakan model aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas yang berupaya membentuk gabungan aktiviti yang menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang sepatutnya diketahui oleh pelajar institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran kemahiran asas sekolah rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang sepusat bagi penyelia dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan produk, malahan PBP boleh diwujudkan melalui kaedah pemantauan maya (mengunakan web based) yangmana ianya boleh melangkaui sempadan jarak dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam setiap tugasan yang 1

Upload: mbaharuddin6851

Post on 29-Jun-2015

1.554 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kelebihan PBP

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)@ Project Based Learning (PjBL)

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul RahmanJKM, Politeknik Kota Bharu,

Km 24, Pangkal Kalong,16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia

Email: [email protected], Tel: +6019-9021484

Hairul Nizam Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,

11800 USM,Pulau Penang, Malaysia.Email: [email protected], Tel:+6012-4122539

1.0 Pengenalan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan konsep pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek) yang piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia berpusatkan pelajar. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan model terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan produk atau artifak pelajar diluar kelas. Yangmana PBP menjana para pelajar agar berpeluang menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan pemasalahan secara berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara terarah mengikut kaedah dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di bengkel institusi atau di bengkel luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah telah memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka (kognitif). Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli ahli kumpulan dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik dan terarah. PBP merupakan model aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas yang berupaya membentuk gabungan aktiviti yang menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang sepatutnya diketahui oleh pelajar institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran kemahiran asas sekolah rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang sepusat bagi penyelia dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan produk, malahan PBP boleh diwujudkan melalui kaedah pemantauan maya (mengunakan web based) yangmana ianya boleh melangkaui sempadan jarak dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam setiap tugasan yang dirancang selari dengan proses perlaksanaannya. Ahli kumpulan kerja juga di dedahkan agar dapat mentaksir pemasalahan yang akan timbul seterusnya menghasilkan cetusan idea pengawalan dari mula sampai akhir proses pembangunan produk. Melalui pemantauan dan penilaian formatif. Kaedah PBP ini dilihat sebagai salah satu contoh pembelajaran yang terfokus serta sistematik bagi gerak kerja pembangunan produk-produk kejuruteraan.

2.0 PBP Memotivasikan Pelajar

Pelajar akan dapat menterjemahkan kefahaman dan kemahiran mereka setelah menguasai konsep PBP ini melalui penghasilan produk yang inovatif serta dapat mencapai kualiti hasil kerja yang sepadan dengan produk keluaran industri. PBP secara langsung dapat menterjemahkan setiap kurikulum yang dirangka dalam mencapai objektifnya yang mutlak bilamana setiap perincian gerak kerja penghasilan direkodkan bermula di awal proses hingga

1

Page 2: Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

akhir. Kutipan dan analisa data hasil ujilari produk juga diterjemahka secara perinci. Malahan proses pemarkahan yang formatif menjadikan konsep PBP suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran (PnP) yang selaras serta merangkumi kehendak silibus yang berkaitan kerja-kerja kejuruteraan (cth : silibus aliran teknik dan vokasional). Pembangunan proses PBP oleh para pengkaji sebelumnya menunjukkan kosep ini bukan sahaja mampu membentuk siasah pelajar malahan ia dapat menjana minda (kognitif) pelajar melalui desakan yang terarah. Pembangunan motivsi dan meta-kognitif para pelajar merupakan antara aset yang amat penting dalam pengaplikasian konsep PBP, yangmana ia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang dilalui mencpai matlamat sebagaimana yang dikehendaki. Menurut Professor Howard Gradner melalui pandangan beliau yang bertajuk “Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences”, beliau menghuraikan terdapat tujuh aras pembangunan kepandaian manusia antaranya ialah; melalui olahan pemikiran, pembelajaran dan proses mendapat maklumat. PBP dilihat elah memenuhi “Frames of Mind” tersebut yang mana kumpulan pelajar yang ingin menghasilkan produk kejuruteraan akan mampu menterjemahkan olahan pemikiran, melalui proses pembelajaran yang terarah dan dapat mentaksir maklumat terkini secara terarah. Dengan melalui proses PBP, pelajar akan dapat menjana olahan minda yang pelbagai @ “Multiple Intelligences” dalam memastikan produk yang ingin dihasilkan dapat disiapkan sebagaimana turutan yang telah dirangka. Suatu yang amat bermanafaat melalui konsep PBP ialah ia mampu mengasak motivasi diri pelajar kejuruteraan sendiri setelah melalui proses PBP, ini dibuktikan melalui kajian rintis yang dilakukan di oleh pengkaji sendiri (Md. Baharuddin Haji Abdul Rahman et al., 2009) serta pengkaji bersama (Kamaruzaman Jusoff et al., 2010) dalam pengaplikasian konsep PjBL di Politeknik Kota Bharu. Malahan para pengkaji lain juga ada menyatakan yang pembangunan motivasi itu telah mejadikan mereka (kumpulan pelajar) mampu mengolah suatu pemahaman dan pengalaman baru yang amat berharga dalam penghasilan produk yang piawai. Dengan ini, ia secara tidak langsung mewujudkan teknik pembelajaran alaf baru yang tersendiri terhasil dari keupayaan pelajar itu sendiri apabila berjaya menguasai konsep PBP secara mutlak (mereka akan dapat mengembangkan ilmu teknologi & kejuruteraan terkini semasa proses pembangunan produk). Mereka juga akan dapat menjana minat yang mendalam dalam mentaksir ilmu kejuruteraan semasa proses pembangunan produk dilakukan. Selain dari itu, mereka juga mampu menjawab persoalan yang timbul serta dapat menyelesai pemasalahan dalam memastikan produk dapat dihasilkan/ dilaksanakan. Semua ini terjadi kerana desakan yang terkawal telah timbul melalui konsep PBP yang telah diaplikasi secara menyeluruh.

3.0 Mengapa Perlu PBP?

Kenapa konsep PBP ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya konsep ini dilihat tidak bermanafaat kepada sisem pendidikan di Malaysia. Kepentingan PBP juga ditekankan oleh KPM sebagai PBL (Project Based Learning) yang mana ianya mempunyai maksud yang sama dengan PjBL atau PBP disini. Jika dilihat PBP amat berguna bilamana pihak KPM juga telah mensarankan perlaksanaan konsep PBP ini melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bermula dari tahun 2006 lagi (rujuk: Project-Based Learning: Educating the Millennial Learner). Malahan Pihak KPM juga telah melaksanakan Projek Rintis: Project-Based Learning –Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007, yang mana ia amat signifikan dengan tahun kajian rintis pengkaji (2007) bagi kajian Pembangunan Modul PBP@PjBL dan Pengaplkasiannya di peringkat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Di sini PBP dilihat telah membantu dalam memurni dan menaik nilai tambah sistem pembelajaran dan pengajaran (PnP) di Malaysia. Selain dari itu, PBP dilihat signifikan dengan dasar dan matlamat Politeknik, KPTM dalam melancarkan “Outcome Based Education” (OBE) yang mana PBP boleh menjadi satu pilihan baru “konsep PnP” alternatif yng boleh digunapakai oleh para pendidik dan pensyarah dalam institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini bagi mencapai kehendak OBE tersebut. PBP juga merupakan suatu konsep PnP yang merangkumi penghasilan keperluan minda pelajar yang “out side the box”, “product based” dan “outcome based”. Gerak kerjanya menekankan kepada kumpulan pelajar perlu melakukannya secara total . Bagi membuktikan setiap langakah dilaksana , setiap cerapan data akan direkodkan

2

Page 3: Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

mengikut paiwaian sebenar kejuruteraan. Malahan penilaian akan diakukan oleh penyelia secara turutan mengikut mingguan (formatif). Pelajar akan sentiasa diasak agar peka kepada jadual kerja yang dirangka (rujuk Modul PBP). Ini bagi mengelakkan berlakunya kelewatan dalam menghasilkan produk yang ingin dihasilkan. Pemasalahan akan diatasi mengikut masa yang telah ditetapkan (sebarang kemusykilan akan sentiasa di sumangsaran agar pemasalahan dapat diselesaikan dengan segera). Pelajar diberi kepercayaan sepenuhnya dalam mantaksir pemasalahan malahan setiap saranan penyelesaian sesuatu masalah itu akan diterima pakai secara professional oleh semua pihak. Di sini olahan minda yang kritis akan timbul secara sepontan malahan sebarang ilmu kejuruteraan yang mereka pelajari akan dapat diterjemahkan semasa proses pembangunan produk dijalankan. Sebarang teknologi dan ilmu kejuruteraan terkini akan digunapakai bagi memastikan keperluan penambahan ilmu sentiasa wujud melalui konsep PBP ini. Gabungan hubungan dengan industri luar dalam penghasilan produk tersebut menjadikan para pelajar kejuruteraan akan sentiasa celik minda dan mendapat pengalaman baru. Ini terbukti apabila ilmu dan kepakaran luar tadi akan terserap secara tersendiri semasa proses kolaberasi antara kumpulan kerja dangan pihak bengkel kejuruteraan luar. Sumbangan kemahiran oleh industri tadi menjadikan konsep PBP merupakan pembangunan sistem PnP tradisional kepada konsep PnP yang mesra antara pelajar dan pihak industri.

4.0 Kelebihan PBP

Menyediakan ruang yang pelbagai kepada pelajar dalam menterjemah ilmu yang telah mereka pelajari,

Meningkatkan pengembangan minda (kognitif) yang pelbagai bagi pembangunan produk,

Dapat memenuhi kehendak pembelajaran alaf baru yang berpusatkan pelajar (alaf ke 21),

Merubah konsep pengajaran dan pembelajaran lama (tradisional) yang mengfokuskan dalam bilik darjah kepada konsep pmbelajaran baru yang diluar bilik darjah (menjurus kepada kemahiran dan kehendak dunia luar: mengikut keperluan sebenar),

Mengarahkan pelajar kepada melakukan gerak kerja secara total (pembagunan kepimpinan & pengurusan pelajar yang mutlak), bukannnya mengharapkan guru atau penyelia menjadi pembimbing secara total (guru sebagai pembimbing secara total),

Menjurus kepada pengaplikasian sumber teknologi baru secara total (pelajar digalakkan menakses bahan dan ilmu baru sepanjang pembangunan produk) cth: penggunaan computer, grafik, lukisan kejuruteraan yang piawai, rekabentuk piawai,perancangan dan pembangunan produk mengikut kehendak kejuruteraan sebenar,

Proses Pemantauan /Penyeliaan yang minima namun penghasilan produk yang efektif, Menambah ruang pelajar mendalami ilmu kemahiran kejuruteraan sebenar, cth:

kemahiran mengunakan mesin-mesin kejuruteraan, kerja-kerja ketukangan yang piawai, teknik dan kemahiran terkini dalam pengoperasian alatan teknikal terkini,

Membentuk proses PnP yang kolaberasi antara kumpulan pelajar projek, Membentuk pembangunan kendiri para pelajar, Membangun regulasi kendiri para pelajar, Merupakan suatu konsep pembelajaran yang terarah, Mewujudkan suasana pengembangan minda dan perkongsian pintar, menjana

kemahiran secara kolaberasi bagi setiap ahli kumpulan kerja, Perkongsian kemahiran yang sepadu, pemahaman konsep, pengarahan, olahan data,

keutamaan dalam melakukan gerak kerja bersama, Meyumbang kepada keperluan bantu membantu bagi setiap ahli kumpulan dalam

memastikan produk dapat dihasilkan secara bersama, Dapat memberi ruang kepad para pelajar dalam mengagih setiap tugas secara adil dan

saksama, Menjadi salah satu platform komunikasi selaras antara setiap ahli kumpulan dengan

kumpulan lain dalam memastikan proses berjalan mengikut perancangan,

3

Page 4: Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

Keutamaan dalam memahami setiap tugasan bagi memudahkan pelajar dan guru /penyelia melalui gerak kerja yang sistematik,

Pembentangan gerak kerja secara mingguan yang selaras dalam memastikan setiap progress kerja adalah selari dengan perancagan awal,

Wujud sokongan moral antara ahli kumpulan dan penyelia yang komprehensif, Menjana keupayaan pelajar dalam mengeluar idea dan kemahiran baru, Memberi ruang kepada para pelajar dalam sumbangsaran, pembentangan gerak kerja,

dan penyelesaian pemasalahan secara bersama, Menjadikan pelajar sebagai pembangun produk/projek yang sebenar bilamana mereka

perlu mengetahui secra total akan proses dan peranan sebenar mereka, Yang utama, pelajar akan dapat menterjemah kemahiran kejuruteraan semasa

pembangunan projek mengikut kehendak industri atau dunia kejuruteraan sebenar.

5.0 Kesimpulan

PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran ‘outside of the box’ – kreatif dan inovatif, ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya Pembelajaran Bestari iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada pelajar bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam aspek pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber, dan pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21. Justeru itu, PBP dilihat telah membawa inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PnP) bagi membantu negara mentransformasikan ekonomi daripada berasaskan produk kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy) melahirkan bakal pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran, merealisasikan matlamat pentaksiran berasaskan sekolah (school-based assessmen Membangunkan modal insan dan membina kemahiran yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan sebenar.

Bibliografi

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Nik Azida Abd Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Prject Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. Word Applied Sciences Journal 8(9):1086-1092, 2010. IDOSI Publication2010.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mt Daud, Kamaruzaman Jusoff, & Nik Azida Abd Ghani. (2009). Project Based Learning (PjBL) Practices at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Education Studies, 2(4),140-148. Retrieved from http://www.ccsenet.org/journal.html

Ministry of Education, Malaysia. (2006). Project-Based Learning :Educating the Millennial Learner. Kuala Lumpur: Educational Technology Division.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, & Khairul Azhar Mat Daud,. (2011). e-Library and Learning Object System (eL-LoS): An Alternative Online Library and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of Business and Social Science, Vol. 2, No. 2: February 2011. Retrieved from http:/www.ijbssnet.com/current.html

4

Page 5: Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

Markham, Thom et al. (2003), Project Based Learning Handbook, Buck Institute for Education, ISBN 0974034304

Synteta, P. (2001). EVA_pm: Design and Development of a Scaffolding Environment For Students Projects. Unpublished Master thesis, University of Geneva, Geneva, Switzerland.

Synteta, P.(2002). Project-Based e-Learning: The model and the mehod, the practice and the portal. Unpublished PhD proposal (Accepted oct, 2002), University of Geneva, Geneva, Switzerland.

Synteta, P. (2003). Project-Based e-Learning in higher education: The model and the method, the practice and the portal. Studies in Communication, New Media in Education. pp. 263-269.

Thomas, J. W., Mergendoller, J.R., & Michaelson, A. (1999). Project-based learning: A handbook for middle and high school teachers. Novato, CA: The Buck Institute for Education.

5