antologi kasut kelopak jantung prosa tradisional

10
http://cikgusazali.blogspot.com CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3 KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1 (PROSA TRADISIONAL)

Upload: jessica-jones

Post on 14-Apr-2016

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

PT3

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

TINGKATAN 1 (PROSA TRADISIONAL)

Page 2: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 2

TAJU’L MULUK Sinopsis Taju’l Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga bakawali bagi mengubati mata ayahandanya yang buta. Namun, Taju’l Muluk perlu menyelamatkan abang-abangnya terlebih dahulu yang telah terperangkap akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati. Taju’l Muluk telah berjaya memperdayakan seorang perempuan tua yang tinggal di mahligai Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri Jenuh Hati dalam bermain catur. Lalu, Taju’l Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan Taju’l Muluk telah memenangi permainan catur tersebut. Taju’l Muluk telah berjaya menyelamatkan keempat-empat orang abangnya. Kemudian, Taju’l Muluk meneruskan pengembaraan untuk mencari bunga bakawali dan telah mengalami pelbagai rintangan dan penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri Bakawali. Di dalam hutan Taju’l Muluk telah berjumpa dengan raksasa yang simpati dengannya dan mengambil beliau sebagai anaknya. Taju’l Muluk berusaha untuk mengambil hati raksasa tersebut dengan memasak makanan yang sedap dan meminta raksasa menolongnya melihat Taman Bakawali. Raksasa membantu Taju’l Muluk dengan menyuruh jin utusannya menghantar Taju’l Muluk untuk berjumpa dengan Dewi Hamalah. Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah. Tema Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya. Persoalan i. Kebijaksanaan seorang putera raja. ii. Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya. iii. Keberanian dalam menghadapi segala cabaran. iv. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya. v. Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

Page 3: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 3

Watak dan Perwatakan Taju’l Muluk

• Anak raja negeri Syarqastan • Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik • Seorang putera raja yang bijaksana. Contohnya Taju’l Muluk bijak mengenakan muslihatnya

kepada perempuan tua dan Raksasa 1 sehingga mengambil Taju’l Muluk sebagai anak • Seorang putera raja yang berani. Contohnya Taju’l Muluk berani mengembara seorang diri dan

menempuh pelbagai cabaran untuk ke negeri Bakawali Puteri Jenuh Hati

• Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur • Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Taju’l Muluk dalam permainan catur dan terpaksa berkhidmat

kepada Taju’l Muluk Perempuan Tua

• Bersimpati kepada Taju’l Muluk • Seorang yang amat kaya • Sangat sayangkan Taju’l Muluk • Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Taju’l Muluk

Raksasa 1

• Mempunyai tubuh badan yang besar • Jadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkat • Sangat sayangkan Taju’l Muluk • Suka makan makanan yang dimasak oleh Taju’l Muluk

Dewi Hamalah

• Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2 • Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman Bakawali • Menculik Puteri Mahmudah • Mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah

Teknik Plot i. Teknik dialog.

Contoh: Pada suatu hari, kata raksasa itu,”Hai anakku Taju’l Muluk, apakah yang boleh dimakan oleh

manusia?” “Ya ayahanda, makanan manusia tiada lain banyak tepung, gula, dan minyak sapi,” jawab Taju’l Muluk

Page 4: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 4

ii. Teknik monolog.

Contoh: “Hai Taju’l Muluk, ikatlah pinggangmu kukuh-kukuh serta buangkan dirimu seperti menerjun ke dalam hutan. Jikalau ada lagi hayatmu, nescaya sampailah engkau ke seberang dan kehendakmu pun akan beroleh,” kata Taju’l Muluk di dalam hatinya.

Latar Masa Zaman dahulu kala, peristiwa berlaku pada waktu siang dan malam Tempat Negeri Syarqastan, di istana Raja Zainu’l Muluk, istana Puteri Jenuh Hati, hutan rimba Masyarakat Masyarakat istana iaitu raja dan kaum kerabatnya, masyarakat kayangan iaitu raksasa, dewa-dewa, mambang, jin dan masyarakat haiwan yang memahami arahan manusia Nilai i. Berani - Taju’l Muluk berani menempuh hutan untuk mendapatkan bunga bakawali ii. Kasih sayang - Taju’l Muluk berusaha mencari bunga bakawali untuk mengubati mata

ayahandanya iii. Baik hati - Taju’l Muluk memaafkan Puteri Jenuh Hati yang telah insaf iv. Ketabahan - Taju’l Muluk tabah menghadapi semua cabaran semasa mengembara untuk mencari bunga Bakawali Pengajaran i. Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu kerja ii. Janganlah kita suka memperdayakan orang iii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga yang dalam kesusahan iv. Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada setiap insan

Page 5: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 5

HIKAYAT MARAKARMA Sinopsis Bab 1: Maharaja Keinderaan Betara Angkasa Indera Dewa telah meminta kebenaran untuk turun ke bumi kepada Betara Guru untuk melihat temasya raja-raja di dunia. Betara Guru tidak membenarkannya tetapi selepas tiga kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara Guru, akhirnya diizinkan. Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi ditemani Dewi Kencana, iaitu isterinya. Bab 2: Isteri Si Miskin Mengidam Di bumi Betara Angkasa dikenali sebagai Si Miskin dan isterinya sebagai isteri Si Miskin. Si Miskin dan isterinya tinggal di negeri Anta Beranta dan telah dihina dan dikasari oleh penduduk negeri tersebut. Kemiskinan telah membuatkan Betara Angkasa dan isterinya mencari makanan dalam timbunan sampah dan mereka telah menjumpai sebiji ketupat basi dan sebuku tebu. Sebenarnya ketupat dan tebu yang mereka makan adalah anak kepada Betara Karma Jaya yang meminta izin untuk turun ke bumi. Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam hendak makan buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman raja. Si Miskin telah meminta buah tersebut daripada Maharaja Indera Dewa. Maharaja berasa kasihan dan memberikan buah tersebut kepada Si Miskin. Bab 3: Negeri Puspa Sari Isteri Si Miskin telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma. Si Miskin telah menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang dan kehidupan mereka berubah dengan sekelip mata. Si Miskin percaya bahawa anak lelakinya itu membawa rahmat dan berdoa agar terbina sebuah kerajaan.

Page 6: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 6

Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri dan Si Miskin memerintah kerajaan yang bernama Puspa Sari dan menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya dengan adil dan beliau seorang yang berjiwa rakyat. Tema Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari kayangan menempuh dugaan dan penderitaan hidup di bumi. Persoalan i. Kemahuan untuk mencari suasana baru dalam kehidupan. ii. Kesengsaraan dalam menempuh kehidupan dan tabah mengharunginya. iii. Ketaatan seorang isteri terhadap suaminya. iv. Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan nasib hamba-Nya. v. Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Watak dan Perwatakan Betara Angkasa Indera Dewa (Si Miskin)

• Seorang maharaja di kayangan • Gagah, berani, dermawan dan setiawan • Ingin turun ke bumi melihat temasya raja-raja • Sangat menyayangi isterinya • Seorang yang sabar dan tabah

Dewi Kencana

• Isteri Betara Angkasa Indera Dewa • Mengikut suaminya turun ke bumi • Setia kepada suaminya • Sangat menyayangi suaminya • Seorang yang sabar dan tabah • Mengidam buah mempelam dan nangka ketika hamil

Maharaja Indera Dewa

• Raja negeri Anta Beranta • Seorang yang baik hati kerana memberi buah mempelam dan nangka kepada isteri Si Miskin

yang mengidam

Page 7: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 7

Marakarma • Anak Si Miskin dan Dewi Kencana • Berasal dari kayangan • Mempunyai paras rupa yang menawan

Latar i. Masa: Zaman dahulu kala, pada waktu pagi hingga malam ii. Tempat: di negeri kayangan, di negeri Anta Beranta dan di negeri Puspa Sari iii. Masyarakat: masyarakat kayangan, masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, masyarakat

yang berani menempuh pelbagai kesusahan, dan masyarakat yang setia kepada pemerintah

Plot i. Permulaan:

Betara Angkasa Indera Dewa meminta keizinan daripada Betara Guru untuk turun ke bumi bagi melihat temasya raja-raja bersama isterinya, Dewi Kencana. Akhirnya dibenarkan oleh Betara Guru.

ii. Perkembangan

Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah turun ke bumi dan mereka hidup dalam kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta.

iii. Klimaks

Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas semasa sedang menggali tanah. Kemudian, kehidupan Si Miskin dan isterinya berubah menjadi senang.

iv. Peleraian

Si Miskin telah memerintah sebuah kerajaan bernama Puspa Sari. Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa. Baginda hidup bahagia bersama isteri dan dua orang anak bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.

Gaya Bahasa i. Diksi Penggunaan bahasa klasik. Contohnya: tajau, kaus, masyghulnya, bokor

Penggunaan bahasa istana. Contohnya: bertitah, tuanku, patik, murka, bermohon ii. Simile: Terlalu sebak hati suaminya melihat tingkah laku isterinya itu seperti orang hendak mati

Page 8: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 8

iii. Repetisi: Hamba ini orang miskin, hamba minta daun nangka yang gugur ke bumi barang sehelai

Nilai i. Keberanian - Betara Angkasa Indera dan isterinya berani menempuh kesusahan hidup di bumi ii. Kasih sayang - Dewi Kencana sanggup mengikut suaminya turun ke bumi iii. Tabah - Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi hinaan dan cercaan orang ramai iv. Simpati - Maharaja Indera Dewa bersimpati terhadap Si Miskin dan memberikan buah nangka dan mempelam yang diidamkan oleh isteri Si Miskin. Pengajaran i. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan ii. Kita hendaklah bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama manusia iii. Kita mestilah berani menghadapi risiko dalam kehidupan iv. Jangan menghina dan mencerca orang lain walaupun orang itu miskin dan susah

Page 9: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 9

BUDI SEORANG BAPA ANGKAT Sinopsis Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing mengambil Awang Sulung Merah Muda sebagai anak angkat setelah Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya mati dibunuh. Beliau telah menghantar Awang Sulung Merah Muda belajar mengaji dan merawi dengan Tuan Kadi Alim dan belajar mantik serta nahu bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil. Datuk Batin Alam pula mengajarkan ilmu mempertahankan diri kepada Awang Sulung Merah Muda. Awang Sulung Merah Muda seorang yang terang hati. Oleh itu, beliau dapat menguasai semua ilmu tersebut dalam masa yang singkat. Datuk Batin Alam telah mengadakan majlis keraian untuk mengkhatankan Awang Sulung Merah Muda. Selepas sembuh daripada berkhatan, Awang Sulung Merah Muda diasah giginya oleh Cuti. Kemudian, Cuti telah dibunuh supaya tiada orang yang serupa dengan Awang Sulung Merah Muda. Upah Cuti telah diberikan kepada keluarganya. Walaupun menerima wang yang banyak, keluarga Cuti berasa sedih kerana telah kehilangan orang yang disayangi. Tema Tanggungjawab seorang bapa memberikan didikan kepada anak angkatnya. Persoalan i. Mengutamakan ilmu dalam kehidupan ii. Rajin berusaha untuk menuntut ilmu iii. Menghormati ibu bapa iv. Kehebatan seorang anak raja v. Kasih sayang seorang bapa angkat terhadap anak angkatnya Watak dan Perwatakan Awang Sulung Merah Muda

• Berasal dari negeri Bandar Mengkalih • Anak kepada Tuanku Si Helang Laut • Yatim piatu sejak kecil • Terang hati dan cerdas

Page 10: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Tradisional 10

Datuk Batin Alam • Bapa angkat Awang Sulung Merah Muda • Seorang yang bertanggungjawab • Mengajar ilmu persilatan kepada Awang Sulung Merah Muda • Sangat menyayangi Awang Sulung Merah Muda

Uli Emak Si Anjing

• Isteri kepada Datuk Batin Alam • Ibu angkat dan ibu susu kepada Awang Sulung Merah Muda

Cuti

• Mahir mengasah gigi • Dibunuh selepas mengasah gigi Awang Sulung Merah Muda.

Latar • Masa: pada zaman dahulu, waktu siang dan malam • Tempat: Bandar Mengkalih, Mengkasar • Masyarakat: masyarakat yang mementingkan ilmu, masyarakat yang kuat pegangan agama dan masyarakat yang kuat berpegang pada adat Nilai i. Ikhlas - Datuk Batin Alam dan isterinya sanggup mengambil Awang Sulung Merah Muda sebagai

anak angkat ii. Bertanggungjawab - Datuk Batin Alam memberi pendidikan yang sewajarnya kepada Awang

Sulung Merah Muda iii. Kasih sayang - Datuk Batin Alam dan isterinya amat menyayangi Awang Sulung Merah Muda Pengajaran i. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan ii. Kita hendaklah amanah dalam menjaga kebajikan anak yatim iii. Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara iv. Anak-anak hendaklah mengenang budi dan membalas jasa orang tuanya