anggota teras kecemerlangan koperasi · kepada anggota koperasi untuk mengemukakan pertanyaan,...

9
Maktab Koperasi Malaysia 61 Gerakan Koperasi di Peringkat Global P ertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa dengan bertemakan “Cooperative Enterprise Build A Better World”. Pengiktirafan ini sangat bermakna kepada gerakan koperasi kerana koperasi kini merupakan pertubuhan yang disegani di seluruh dunia. Walaupun koperasi telah wujud hampir 200 tahun, namun gerakan koperasi masih tetap relevan. Memetik ucapan Setiausaha Agung PBB bersempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012, Cooperative are a reminder to the international community that it is possible to pursue both economic viability and social responsibility. Keunikan koperasi bukan sahaja dari model perniagaannya, tetapi kemampuan koperasi untuk mengimbangi kepentingan perniagaan dengan ANGGOTA TERAS KECEMERLANGAN KOPERASI Shamsiah Syamsudin Ahmaddian Abdul Kassim Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah tanggungjawab sosial demi anggota menjadi intipatinya. Perkembangan gerakan koperasi dalam bidang perniagaan di peringkat global tidak boleh disangkal lagi. Berdasarkan Jadual 1: Prestasi Perniagaan tahun 2008, gerakan koperasi telah membuktikan mempunyai impak serta pengaruh yang begitu tinggi kepada kehidupan manusia dan ekonomi di seluruh dunia. Gerakan koperasi mecatatkan perolehan sebanyak USD 1.6 trilion dengan bilangan anggota seramai 1 bilion orang serta bilangan pekerja koperasi seramai 100 juta orang. Pada tahun tersebut juga, dilaporkan gerakan koperasi telah berkembang di 100 buah negara dengan jumlah bilangan koperasi nasional mencecah sebanyak 1.4 juta buah koperasi dan jumlah bilangan orang yang bergantung mata pencarian dengan koperasi adalah seramai tiga bilion orang.

Upload: truongdieu

Post on 29-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Maktab Koperasi Malaysia 61

Gerakan Koperasi di Peringkat Global

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan

tahun 2012 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa dengan bertemakan “Cooperative Enterprise Build A Better World”. Pengiktirafan ini sangat bermakna kepada gerakan koperasi kerana koperasi kini merupakan pertubuhan yang disegani di seluruh dunia.

Walaupun koperasi telah wujud hampir 200 tahun, namun gerakan koperasi masih tetap relevan. Memetik ucapan Setiausaha Agung PBB bersempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012, Cooperative are a reminder to the international community that it is possible to pursue both economic viability and social responsibility.

Keunikan koperasi bukan sahaja dari model perniagaannya, tetapi kemampuan koperasi untuk mengimbangi kepentingan perniagaan dengan

ANGGOTA TERAS KECEMERLANGAN KOPERASIShamsiah SyamsudinAhmaddian Abdul KassimMaktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah

tanggungjawab sosial demi anggota menjadi intipatinya.

Perkembangan gerakan koperasi dalam bidang perniagaan di peringkat global tidak boleh disangkal lagi. Berdasarkan Jadual 1: Prestasi Perniagaan tahun 2008, gerakan koperasi telah membuktikan mempunyai impak serta pengaruh yang begitu tinggi kepada kehidupan manusia dan ekonomi di seluruh dunia. Gerakan koperasi

mecatatkan perolehan sebanyak USD 1.6 trilion dengan bilangan anggota seramai 1 bilion orang serta bilangan pekerja koperasi seramai 100 juta orang. Pada tahun tersebut juga, dilaporkan gerakan koperasi telah berkembang di 100 buah negara dengan jumlah bilangan koperasi nasional mencecah sebanyak 1.4 juta buah koperasi dan jumlah bilangan orang yang bergantung mata pencarian dengan koperasi adalah seramai tiga bilion orang.

62 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Begitu juga dengan statistik yang dikeluarkan oleh The UK Cooperative Economy (Jadual 2: Statistik gerakan koperasi di empat benua) membuktikan bahawa kebanyakan koperasi adalah merupakan pertubuhan perniagaan yang berjaya dan mampu memenuhi keperluan dan meningkatkan taraf ekonomi anggotanya serta ekonomi sesebuah negara.

Koperasi Terbesar di Peringkat Global

Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Koperasi dan Pertubuhan Sosial Eropah

Jadual 1: Prestasi perniagaan koperasi di seluruh dunia bagi tahun 2008

Perolehan (USD)

Bilangan anggota

Bilangan pekerja

koperasi

Bilangan orang yang bergantung mata pencarian dengan

koperasi

Bilangan koperasi peringkat nasional

(global)

Bilangan negara

1.6 trilion setahun

1 bilion orang

100 juta Orang 3 bilion orang 1.4 juta koperasi

nasional 100 negara

Sumber: The UK Cooperative Economy 2012

Jadual 2 : Statistik gerakan koperasi di empat benua

sumber: The UK Cooperative Economy 2012

(Euricse) telah menyenaraikan 300 buah koperasi sebagai koperasi terbesar di peringkat global. Penyenaraian ini diukur berdasarkan prestasi perniagaan bagi tahun 2010, iaitu jumlah perolehan secara collective bagi 300 buah koperasi tersebut adalah sebanyak USD 2 trilion. Jadual 3, menunjukkan antara sepuluh koperasi terbesar di peringkat global dengan jumlah perolehan yang begitu tinggi.

Kepelbagaian bidang perniagaan seperti pengguna, pertanian, perbankan, kesihatan, perumahan dan perkhidmatan di seluruh dunia serta berbeza dari segi suasana ekonomi,

sosial dan budaya, membuktikan model perniagaan koperasi yang berasaskan keperluan anggotanya amat diminati, dan sesuai untuk diadaptasi.

Kejayaan Koperasi di Malaysia

Berbeza dengan senario koperasi di Malaysia, walaupun belum mampu setanding dengan koperasi-koperasi di luar negara, gerakan koperasi di negara ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan mereka apatah lagi dengan sokongan kuat daripada pihak kerajaan. Sehingga kini, Bank Rakyat telah disenarai dalam Global 300 manakala 13 koperasi Malaysia turut disenaraikan dalam Developing 300 oleh pihak ICA pada tahun 2008. Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 – 2020 pula memberi cabaran kepada koperasi untuk terus berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu menjelang 2020 sektor koperasi menjadi penyumbang signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.

Maktab Koperasi Malaysia 63

Jadual 3: Senarai sepuluh koperasi terbesar di peringkat global

Sumber: World Cooperative Monitor-ExploringThe Cooperative Economy 2012.

Namun begitu, apakah dan di manakah kekuatan koperasi yang menjadikannya mampu bertahan lama dan berdaya maju. Bagi menjawab persoalan di atas, artikel ini akan merungkai isu berkaitan salah satu komponen terpenting di dalam sesebuah koperasi iaitu anggota.

Siapa itu Anggota Koperasi?

Anggota ialah seseorang yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut peraturan atau Undang-undang Kecil Koperasi selepas pendaftaran sesebuah koperasi.

Penglibatan Anggota Dalam Gerakan Koperasi

Kekuatan sesebuah koperasi terletak pada anggotanya. Anggota merupakan tulang belakang koperasi dan juga merupakan nadi koperasi. Kecemerlangan koperasi bergantung kepada sokongan serta komitmen anggota.

Berikut ialah hubungkait penglibatan anggota dengan kecemerlangan koperasi:

i) Penglibatan aktif anggota

Anggota yang ramai dan melibatkan diri secara aktif dengan cara menyokong serta melanggan produk koperasi

Bil. Nama koperasiPerolehan

(USD bilion)Negara Aktiviti

1. Zenkroyen 70.70 Jepun Insuran

2. Zen Noh 60.88 Jepun Pertanian

3. Edeka Zentrale 58.16 Jerman Pengguna/Peruncitan

4. State Farm Group 56.87 Amerika Syarikat Insuran

5. Nippon Life 55.50 Jepun Insuran

6. ReWe Group 52.10 Jerman Pengguna/Peruncitan

7. ACDLEC - E.Leclerc 49.53 Perancis Pengguna/Peruncitan

8. Group Credit Agricole 45.73 Perancis Perbankan

9. Aiser Permanente 44.20 Amerika Syarikat Insuran

10. Meiji Yasuda Life 37.81 Jepun Insuran

Peranan Anggota

Jenis Anggota

64 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

membolehkan koperasi mencapai tahap Economies of Scale. Dengan langganan yang banyak, ianya membolehkan koperasi membeli produk secara pukal daripada pembekal dan seterusnya mendapat kelebihan dari segi harga di mana pembekal akan memberikan diskaun. Maka kos belian akan menjadi lebih rendah dan hasilnya anggota akan dapat membeli produk koperasi pada harga yang lebih rendah berbanding di kedai lain.

ii) Anggota sebagai pemodal

Anggota yang komited bermakna anggota bertanggungjawab menyumbang modal koperasi melalui saham dan/ atau yuran dan seterusnya berusaha menambah dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan. Dengan itu koperasi lebih mampu mengembangkan aktivitinya untuk memenuhi keperluan anggota dengan lebih berdaya saing.

iii) Anggota sebagai pemilik

Anggota yang bertanggungjawab bermaksud anggota harus aktif melibatkan diri dalam tadbir urus koperasi. Kreadibiliti anggota biasa, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Juru Audit Dalaman (JAD) amat penting untuk mengawasi perjalanan koperasi daripada penipuan. Anggota bersama-sama memberi pandangan, idea dan pemikiran yang inovatif untuk

Koperasi Pengguna The Cooperative Group di United Kingdom mempunyai anggota seramai 7.2 juta orang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang perniagaan peruncitan. Kejayaan koperasi tersebut menjadi koperasi pengguna yang terbesar di Eropah adalah disebabkan oleh sokongan anggotanya yang

menjadi pelanggan setia koperasi. Dilaporkan jumlah pelanggan yang berlanggan di koperasi ini adalah seramai 14.5 juta orang setiap minggu dan perolehan koperasi tersebut pada tahun 2010 ialah sebanyak £ 14.8 bilion.

memajukan koperasi. Dengan ini imej koperasi lebih terserlah dan boleh memberikan keyakinan kepada pelanggan, pembekal dan seterusnya kepada komuniti terhadap aktiviti perniagaan koperasi.

iv) Anggota sebagai pendokong ideologi

Anggota dan ALK bertanggungjawab memahami jati diri koperasi. Anggota dan ALK juga perlu menyebarkan jati diri koperasi kepada masyarakat. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan antaranya melalui media sosial, aktiviti kebajikan atau kemasyarakatan, mengadakan majlis gotong royong, majlis ilmiah dan sebagainya. Pendekatan ini bukan sahaja memberikan pemahaman mengenai konsep koperasi malah manfaatnya

dengan lebih jelas. Apabila wujud kefahaman jati diri koperasi maka akan terjalinlah semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan anggota dan juga masyarakat.

Faktor Penentuan Penglibatan Anggota yang Membawa kepada Kecemerlangan Koperasi

“Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama”. Koperasi adalah pertubuhan yang berasaskan nilai-nilai koperasi, dimiliki bersama oleh anggota dan dikawal secara demokratik. Maka adalah penting penglibatan anggota yang proaktif dan profesional bagi menentukan kecemerlangan koperasi demi mencapai matlamatnya. Namun, keberkesanan penglibatan anggota adalah bergantung pada beberapa faktor. Antaranya:

Maktab Koperasi Malaysia 65

(a) Penghayatan prinsip-prinsip koperasi, nilai koperasi dan nilai etika

Koperasi yang gagal sering kali dikaitkan dengan kurangnya penghayatan terhadap prinsip koperasi dalam pengurusan mahupun pada anggota-anggotanya. Kegagalan anggota koperasi mengamalkan prinsip koperasi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor, antaranya ialah ketiadaan kesedaran tentang wujudnya prinsip koperasi, ketiadaan kerjasama atau permuafakatan, ketiadaan pengorbanan dari segi penglibatan aktif anggota, ketiadaan maklumat tentang kepentingannya dan sebagainya. Sikap memandang ringan atau mudah terhadap faktor tersebut memberi kelebihan kepada pihak tertentu untuk menjadikan koperasi sebagai sumber pendapatan peribadi dan melaksanakan kuasa veto dalam membuat keputusan dasar perniagaan koperasi.

Sememangnya, penghayatan prinsip koperasi yang juga merupakan intipati dalam berkoperasi dalam kalangan anggota koperasi sehingga kini amat mendukacita dan membimbangkan. Anggota koperasi wajar dipupuk untuk menjiwai dan mencintai koperasi masing-masing khususnya terhadap nilai berkoperasi dan nilai etika koperasi itu sendiri. Bagi memajukan diri sendiri sebagai anggota koperasi yang unggul, anggota koperasi perlu berusaha memahami prinsip koperasi sama ada mendapatkan maklumat daripada pusat sumber, media massa, Internet ataupun pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi itu sendiri. Keteguhan sesebuah koperasi dapat dipertingkatkan melalui kerjasama, permuafakatan dan toleransi dalam kalangan komponen koperasi untuk merealisasikan prinsip koperasi.

Dalam usaha menerap dan merealisasikan prinsip koperasi dalam diri anggota, setiap prinsip koperasi mempunyai intipati tersendiri dan hendaklah dihuraikan secara teratur mengikut suasana persekitaran koperasi dan perundangan koperasi. Semasa proses penerapan ini berlangsung, pemimpin koperasi atau mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dalam penerapan ini perlu memberi ruang kepada anggota koperasi untuk mengemukakan pertanyaan, persoalan dan mengadakan sesi perbincangan. Perhubungan dua hala atau interaksi, memudahkan anggota koperasi memahami dan menghayati dengan lebih dekat serta menyelesaikan perkara yang membelenggu minda anggotanya. Amat penting segala maklumat dalam prinsip koperasi tidak dilupai atau diabaikan dalam pengamalnya secara bersepadu serta berterusan adalah langkah bijak dalam zaman globalisasi dan liberalisasi.

66 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Penghayatan, kesedaran dan pemahaman anggota di dalam amalan berkoperasi amat penting bagi menentukan tahap penglibatan mereka. Antara contoh koperasi yang berjaya hasil penglibatan anggota adalah Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Koperasi ini menduduki kedudukan ke -17 antara 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi 2012. Koperasi ini mempunyai anggota seramai 1,334 orang dengan modal syer RM15,861,549.00, mempunyai nilai perolehan RM27,138,587.00 dan; jumlah aset RM195,103,751.00. Atas nilai ini telah memberi gambaran kejayaan kepada koperasi ini secara keseluruhannya. Faktor pencapaian ini hasil dari penglibatan yang baik dari setiap anggotanya. Tanpa sokongan dan penglibatan anggota dalam segala aktiviti dan program koperasi sudah pasti koperasi ini tidak mampu untuk mencapai nilai perolehan seperti yang dinyatakan. Menurut En. Zainuddin, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga kini koperasi ini tiada masalah dalam mendapat kuorom untuk mengadakan mesyuarat agung kerana kehadiran anggota boleh mencapai sehingga 95%. Penglibatan seperti ini adalah bukti bahawa anggotanya mampu menghayati prinsip-prinsip koperasi, nilai koperasi dan nilai etika yang membawa kepada kejayaan koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

Oleh itu bagi melahirkan seseorang anggota koperasi yang berwawasan, berdaya saing dan berdaya maju, ALK perlu merancang dan mengenal pasti strategi untuk menerapkan jati diri koperasi seperti mengadakan program pendidikan koperasi dalam bentuk seminar, kursus, bengkel dan sebagainya melalui bantuan pihak SKM, MKM dan ANGKASA.

(b) Mengetahui peranan, hak dan tanggungjawab sebagai anggota koperasi

ALK sedia ada perlu membentuk dan membimbing anggotanya sepanjang masa terutama kepada anggota baharu, anggota yang pasif dan anggota yang mengamalkan sikap “tunggu dan lihat” untuk memahami konsep berkoperasi yang sebenar. Berasaskan kepada keperluan ini, pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi perlu memberikan pendidikan berkoperasi bagi menjamin keutuhan minda dan etika anggotanya.

Justeru, adalah menjadi kewajipan anggota koperasi diberi pendedahan tentang peranan, hak, dan tanggungjawab mereka sebagai anggota koperasi secara terperinci. Anggota koperasi yang aktif dan berkualiti adalah anggota yang mengenali koperasinya, memahami peranan, setia dan berupaya memberi sumbangan kepada koperasinya. Ini boleh direalisasikan melalui pendidikan anggota yang

teratur, sistematik dan berfokus. Kepentingan ini adalah berasaskan kepada perubahan dan perkembangan persekitaran ekonomi semasa, persaingan daripada sektor korporat, cabaran Dasar Koperasi Negara 2010–2020, dan mencapai matlamat Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sebagai contoh, Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad (KPDL) merupakan salah satu koperasi yang berjaya hasil daripada penglibatan anggotanya. Peranan yang dimainkan oleh anggotanya sangat besar. Anggota sentiasa yakin dan menyokong penuh dengan apa jua yang dirancang dan dilaksanakan oleh koperasi. Sokongan yang padu anggota ditunjukkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Anggota aktif memberi cadangan dan idea yang baik kepada gerakan koperasi. Faktor lainnya, anggota juga bersedia menambah pelaburan modal saham serta amalan muafakat dan sukarela bagi melicinkan segala urusan serta mempertahankan imej KPDL. Disebabkan penglibatan setiap anggota inilah telah memberikan imej yang baik kepada koperasi. Maka, tidak hairanlah KPDL boleh berada di kedudukan ke-18 antara 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi 2012. Keanggotaan koperasi seramai 3,055 orang dan modal syer sebanyak RM1,526,008.00. Koperasi mempunyai nilai perolehan berjumlah RM25,671,900.00 dan aset RM5,859,907.00.

Maktab Koperasi Malaysia 67

Antara koperasi lain yang berjaya, hasil daripada penglibatan anggotanya yang jitu adalah Koperasi Adik Kakak Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu (KODIKA). KODIKA telah berjaya mendapat sijil Penarapan Koperasi (FLAME-T) 5 Bintang bagi 2010 hingga 2012 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Hal ini disebabkan oleh kejayaan KODIKA mengurus kutipan hutang daripada anggota dan sehinggakan KODIKA tidak mempunyai sebarang hutang lapuk. Kaedah yang digunakan oleh KODIKA dalam proses memungut semula pinjaman daripada anggotanya adalah dengan melantik wakil. Wakil yang dilantik sebagai pemungut hutang mestilah mempunyai kriteria atau peribadi yang baik, antaranya anggota yang disegani dalam kumpulan keluarga, bertangungjawab, khidmat sukarela, komitmen yang tinggi, jujur dan amanah. Hasilnya amat memberangsangkan apabila koperasi tidak menghadapi masalah dalam menangani hutang lapuk.

Justeru, sebagai pemilik, anggota koperasi perlu memberi tumpuan secara serius. Anggota perlu mengikuti perkembangan, melibatkan diri, berusaha memberikan kerjasama bagi memajukan koperasi demi kebajikan bersama.

(c) Memperkasakan anggota dari aspek keyakinan dan kesetiaan terhadap koperasi

Bagi menarik minat anggota untuk berurus niaga dengan koperasi pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi hendaklah bijak memenuhi keperluan anggotanya. Sebagai contoh, menggunakan konsep rebat atas belian mengikut agar anggota setia melanggan di koperasi. Rebat ini boleh dilakukan dalam dua cara iaitu potongan serta merta atau potongan diberi pada akhir tahun kewangan koperasi. Selain daripada pemberian rebat, anggota koperasi juga akan memperoleh dividen berdasarkan keuntungan tahunan mengikut prestasi koperasi masing-masing. Justeru, anggota koperasi faham bahawa keuntungan koperasi akan dipulangkan kembali kepada mereka melalui pelbagai kaedah dan ia bukan untuk dikumpulkan atau disimpan sepenuhnya.

Berdasarkan kepada konsep jati diri dan berjiwa koperasi, pihak pentadbiran dan pengurusan serta anggota perlu mengenal pasti aktiviti sosial yang mampu mewujudkan jalinan kerjasama antara anggota dengan anggota dan masyarakat luar. Walaupun aktiviti ini tidak memberikan keuntungan dari segi wang ringgit tetapi ia mampu memupuk nilai perpaduan yang boleh dikongsi bersama dengan masyarakat.

ALK juga boleh mencadangkan pelbagai jenis kegiatan sosial yang lain untuk anggotanya. Antara yang boleh dirancang adalah seperti lawatan muhibah, perkhemahan atau aktiviti lasak, kebajikan, hari keluarga dan peruntukan sagu hati bagi mengerjakan haji. Selain itu, bantuan pendidikan, yuran peperiksaan, dan buku persekolahan juga harus menjadi keutamaan dan perhatian ALK demi menjaga kepentingan anggotanya.

Berlandaskan kepada prinsip koperasi yang ke-7, koperasi juga digalakkan memberikan sumbangan kepada organisasi atau badan yang memerlukan bantuan material atau kewangan. Antaranya seperti rumah kebajikan orang tua, masjid, Persatuan Alam Sekitar dan sebagainya. Kerjasama yang berterusan antara anggota koperasi memupuk semangat harmonis, perpaduan masyarakat dan berupaya melahirkan genarasi yang berwawasan. Sesungguhnya perubahan ini dapat meningkatkan keupayaan dan menangani cabaran dalaman koperasi ke arah mencapai matlamat berkoperasi.

(d) Kompetensi

Keberkesanan penglibatan anggota memerlukan keupayaan anggota yang mantap. Anggota perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

68 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

i) Ilmu pengetahuan dan kemahiran

ii) Sikap positifiii) Pemikiran inovatif dan

kreatifiv) Berwawasan

(e) Mengamalkan budaya kerja yang berintegriti, telus dan profesional

Dari segi perkhidmatan kepada anggota dan organisasi, ALK juga perlu memastikan adanya ketelusan dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi bagi menarik minat anggota mendekati koperasi. Apa juga cabaran dan permasalahan yang timbul dalam organisasi perlu ditangani bersama secara profesional. Sikap bertolak ansur dan kesedaran manfaat membuat keputusan bersama akan meyakinkan anggota untuk mendekati dan terlibat secara aktif dalam koperasi.

(f) Memiliki ciri kepimpinan yang berkualiti

Kepimpinan yang berkualiti perlu ada pada setiap ALK. Ciri kepimpinan ini mampu mempengaruhi setiap anggota dalam koperasi. Kejujuran, berhemah tinggi, berpendirian baik dan benar antara ciri- ciri yang perlu ada dalam diri ALK dan anggota.

(g) Memperkasakan keusahawanan koperasi

Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting.

Pelbagai program telah disediakan bagi pembangunan perniagaan kepada usahawan baru. Koperasi pada masa kini lebih ke arah itu dan perlu diterajui oleh anggota yang berkaliber dalam bidang perniagaan. Maka, setiap anggota perlu diterapkan nilai keusahawanan. Penerapan nilai keusahawanan ini merupakan kaedah yang terbaik untuk membawa kejayaan perniagaan koperasi. Anggota perlu pandai merebut peluang-peluang perniagaan dan mampu menganalisa setiap kekuatan perniagaan yang diambil. Dalam memperkasakan keusahawanan, koperasi perlu melatih anggota agar bersemangat kental dan berupaya untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam koperasi dan perniagaan. Anggota perlu faham pada masa ini bukan masa untuk “tunggu dan lihat” sahaja tetapi mereka perlu mempunyai inisiatif untuk bergerak ke hadapan. Seorang yang berinisiatif adalah individu yang membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah, mempunyai sikap proaktif dan giat berusaha

untuk membangunkan dan menjayakan koperasi.

(h) Pembangunan modal insan yang berterusan

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan. Usaha ini sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan (Buku rasmi tahunan Malaysia 2006 Jabatan Penerangan Malaysia). Sejajar dengan revolusi ini, koperasi perlu berusaha menyediakan anggota dengan bekalan ilmu pengetahuan, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, kreaktif, sihat, semangat patriotik, adil, prograsif, cekal, dan berdaya saing. Inilah modal insan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam koperasi. Keperibadian anggota yang akan mencorak hala tuju koperasi pada masa hadapan.

Maktab Koperasi Malaysia 69

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa gerakan koperasi terbukti merupakan model perniagaan yang efisien, bertahan lama, berdaya saing dan berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota dan komuniti. Di samping itu, gerakan koperasi juga merupakan penjana pertumbuhan ekonomi kepada negara.

Melalui Dasar Koperasi Negara II (DKN), kerajaan kita menyasarkan gerakan koperasi akan menyumbang lima peratus pada tahun 2013 dan sepuluh

peratus pada tahun 2020. Seterusnya dari perspektif mikro, kerajaan yakin koperasi adalah entiti perniagaan yang kompetitif, sebuah organisasi bantu diri yang efektif serta peka dan proaktif terhadap persekitaran.

Maka dengan ini, usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan penglibatan anggota dalam koperasi bagi memastikan gerakan koperasi agar terus berkembang sejajar dengan arus perdana kemajuan negara. Anggota harus

memainkan peranan mereka dan bekerjasama dengan ALK bagi memastikan usaha menjadikan gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dapat direalisasikan. Aspirasi dan harapan kerajaan yang dinyatakan dalam DKN hanya akan mampu tercapai dengan adanya keterlibatan anggota secara aktif dalam tadbir urus koperasi dan aktiviti perniagaan koperasi kerana penglibatan anggota teras kecemerlangan koperasi.

Rujukan

Asan Ali Golam Hassan. Gerakan Koperasi Malaysia: Peranan dan Strategi Dalam Pembangunan Negara. Kedah: Universiti Utara Malaysia

ICA. The UK cooperative economy. Dicapai pada Jan 13,2013 daripada http://www.thenews.coop/blog/review-uk-co-operative-economy-2012

ICA . World cooperative monitor : exploring the cooperative economy. Dicapai pada Jan 13,2013 daripada http://www.thenews.coop/blog/review-uk-co-operative-economy-2012

Kejayaan Koperasi. Kajian Kes Dalam dan Luar Negara. Petaling Jaya: Maktab Koperasi Malaysia.

Nor Aslamiah Ali & Rosidah Rashid. Kisah kejayaan koperasi KODIKA Terengganu. Kajian Kes. Petaling Jaya: Maktab Koperasi Malaysia.

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), UiTM. Keusahawanan. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara

Siri Pengurusan. Pentadbiran Koperasi. Petaling Jaya: Maktab Koperasi Malaysia