koperasi wanita: cabaran untuk kekal · pdf filekoperasi wanita mempunyai perkembangan ......

7
Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal Kompetitif Hafizal Abu Bakar Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan Pengenalan The Alor Pongsu Woman Padi Planters Seasonal Cooperatives Credit Society Limited yang didaftarkan pada tahun 1948 mencatat sejarah sebagai antara koperasi wanita terawal yang ditubuhkan di negara kita. Tujuan utama koperasi ditubuhkan pada ketika itu adalah untuk membantu masalah keberhutangan dalam kalangan penduduk kampung dan juga kakitangan kerajaan. Sebagai contoh melalui sistem padi kunca, iaitu sistem peminjaman wang yang bayarannya dibuat dengan hasil tuaian padi dijual sebelum proses penanaman. Koperasi ini digerakkan sepenuhnya oleh golongan wanita dan berjaya membebaskan anggotanya daripada dibelenggu hutang dan seterusnya menebus tanah mereka. Penubuhan koperasi wanita seterusnya mencatatkan perkembangan positif. Sehingga 30 Jun 2015 jumlah koperasi wanita telah menjangkau sehingga lebih 205 buah dengan keanggotaan koperasi wanita seramai 31,137 orang. Bukan setakat koperasi wanita, koperasi ibu tunggal juga telah ditubuhkan sehingga berjumlah 24 buah dengan keanggotaan melebihi 1,000 orang. Nilai saham kesemua koperasi tersebut berjumlah RM15.57 juta dengan nilai aset mencecah RM61.73 juta. Hal ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan yang dicapai oleh kaum wanita dalam usaha untuk menjana dan meningkatkan pendapatan sendiri menerusi koperasi. Koperasi wanita mempunyai perkembangan yang positif dan mampu bersaing dengan koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai contoh, Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad. Walaupun diterajui oleh kaum wanita sepenuhnya, tetapi ini tidak menghalang koperasi untuk berada di kedudukan ke-66 dalam BIL. 48 JANUARI 2016 DIMENSIKOOP 75

Upload: danghanh

Post on 11-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

Koperasi Wanita:Cabaran untukKekal Kompetitif

Hafizal Abu BakarMaktab Koperasi Malaysia Zon Selatan

PengenalanThe Alor Pongsu Woman Padi Planters Seasonal Cooperatives Credit Society Limited yang didaftarkan pada tahun 1948 mencatat sejarah sebagai antara koperasi wanita terawal yang ditubuhkan di negara kita. Tujuan utama koperasi ditubuhkan pada ketika itu adalah untuk membantu masalah keberhutangan dalam kalangan penduduk kampung dan juga kakitangan kerajaan. Sebagai contoh melalui sistem padi kunca, iaitu sistem peminjaman wang yang bayarannya dibuat dengan hasil tuaian padi dijual sebelum proses penanaman. Koperasi ini digerakkan sepenuhnya oleh golongan wanita dan berjaya membebaskan anggotanya daripada dibelenggu hutang dan seterusnya menebus tanah mereka.

Penubuhan koperasi wanita seterusnya mencatatkan perkembangan positif. Sehingga 30 Jun 2015 jumlah koperasi wanita telah

menjangkau sehingga lebih 205 buah dengan keanggotaan koperasi wanita seramai 31,137 orang. Bukan setakat koperasi wanita, koperasi ibu tunggal juga telah ditubuhkan sehingga berjumlah 24 buah dengan keanggotaan melebihi 1,000 orang. Nilai saham kesemua koperasi tersebut berjumlah RM15.57 juta dengan nilai aset mencecah RM61.73 juta. Hal ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan yang dicapai oleh kaum wanita dalam usaha untuk menjana dan meningkatkan pendapatan sendiri menerusi koperasi.

Koperasi wanita mempunyai perkembangan yang positif dan mampu bersaing dengan koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai contoh, Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad. Walaupun diterajui oleh kaum wanita sepenuhnya, tetapi ini tidak menghalang koperasi untuk berada di kedudukan ke-66 dalam

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

75

Page 2: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2015. Selain itu, beberapa buah koperasi wanita turut disenaraikan antara koperasi terbaik seperti Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Koperasi Rancangan Tanah Beliawanis Bukit Mambai Segamat Berhad, Koperasi Wanita Islam Kelantan Berhad dan Koperasi Guru-guru Wanita Melayu Malaysia Berhad.

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) merupakan satu contoh koperasi wanita yang berjaya. Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2006 dengan keanggotaan seramai 100 orang sahaja, tetapi kini telah pun dianggotai oleh lebih 22,000 orang anggota yang terdiri daripada kaum wanita sahaja. Jumlah anggota yang ramai ini menjadi kekuatan kepada koperasi apabila mendapat hasil daripada kutipan yuran simpanan dan yuran kebajikan daripada anggota yang mencarum setiap bulan secara tetap. Tidak mustahil koperasi ini mampu menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan termasuklah memiliki Pusat Perubatan Coop yang terletak di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur dengan nilai RM8.2 juta. Kisah kejayaan KOPUTRI dan Koperasi Kaum Ibu Kubang Pasu ini seharusnya dijadikan dorongan kepada koperasi wanita yang lain. Walau bagaimanapun, gerakan koperasi wanita tidak harus berasa selesa dengan pencapaian yang diraih, bahkan perlu menambah baik strategi dan pengurusan agar terus kekal kompetitif.

Cabaran Koperasi WanitaGerakan koperasi hari ini dilihat semakin mencabar. Tanpa persediaan, ia boleh mengganggu gugat gerakan koperasi. Secara amnya, cabaran yang dihadapi oleh koperasi wanita tidak jauh beza dengan koperasi-koperasi yang lain. Tidak wujud diskriminasi jantina dalam gerakan koperasi di Malaysia, tetapi cabaran yang menanti lebih kepada aspek tadbir urus, kepimpinan, dan penglibatan anggota koperasi itu sendiri. Koperasi wanita perlu mengorak langkah untuk mengembangkan aktiviti dan perkhidmatan untuk terus bersaing. Berasaskan kepada Dasar

Koperasi Negara, semua koperasi wanita tanpa mengira fungsi koperasi harus berubah, menerima pembaharuan dan pembangunan selagi tidak bertentangan dengan perundangan koperasi dan matlamat penubuhan koperasi. Keprihatinan dan kesedaran tentang perkembangan semasa dari segi perubahan keanggotaan, perkembangan teknologi maklumat dan kedudukan ekonomi semasa amat penting kerana ia menentukan hala tuju sesebuah koperasi.

Tadbir UrusTa d b i r u r u s y a n g b a i k p a d a d a s a r ny a merangkumi penyer taan, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Kesemua elemen tersebut adalah bahagian yang amat penting dalam rangka kerja tadbir urus koperasi . Berikutan itu, rangka kerja tadbir koperasi yang berkesan memerlukan penglibatan semua pihak yang berkepentingan. Anggota sebagai pemilik perniagaan, pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan Lembaga sebagai peneraju dan penasihat kepada pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi. (Panduan Tadbir Urus Koperasi 2007).

Pelaksanaan amalan terbaik tadbir urus bukanlah matlamat akhir, bahkan merupakan suatu infrastruktur sokongan yang penting untuk koperasi mencapai prestasi yang tinggi dan perkembangan yang berterusan. Pengukuhan rangka kerja dan amalan tadbir urus korporat yang mantap telah menjadi semakin penting dalam persekitaran hari ini yang semakin tidak menentu dengan risiko sentiasa bertambah. Dengan wujudnya Garis Panduan 27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi, koperasi perlu mempunyai mekanisma yang cukup untuk pelaksanaan yang berkesan seperti sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan luaran, pengurusan risiko, ketelusan dan penzahiran, dan amalan pematuhan yang kukuh. Sesungguhnya adalah tepat pada masanya usaha-usaha ditumpukan kepada memperkukuh tadbir urus koperasi. Melalui pendekatan yang

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

76

Page 3: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

sepadu dan secara kumulatif, rangka kerja tadbir urus koperasi yang berkesan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pemimpin Pemimpin koperasi harus mengubah paradigma k e arah pembangunan k operas i secara holistik dengan tadbir urus yang cekap, telus, mengutamakan akauntabiliti dan berwibawa. Peranan anggota pula adalah sangat kritikal kepada kejayaan dan keutuhan sesebuah koperasi. Ramai anggota yang bercita-cita hendak menjadi ALK dan ingin membawa pembaharuan serta kemajuan kepada koperasi. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai persediaan sepatutnya. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang koperasi, pentadbiran, pengurusan, perundangan dan perakaunan koperasi, dan lebih teruk lagi ada yang tidak menyedari bahawa koperasi berbeza dengan entiti perniagaan atau organisasi lain.

Dalam memimpin koperasi, ALK tidak boleh hanya berpandukan kepada pengalaman semata-mata. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah pemimpin koperasi hendaklah mempelajari dan mendalami ilmu berkoperasi. Di Malaysia kita bertuah kerana wujudnya Maktab Koperasi Malaysia (MKM) yang berperanan untuk memberi pendidikan dan latihan kepada warga koperasi. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga memainkan peranan dalam memastikan ALK mempunyai ilmu asas untuk mentadbir koperasi melalui penguatkuasaan Garis Panduan 5: Garis Panduan Mewajibkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Menghadiri Kursus. Walaupun tidak ada penunjuk prestasi yang khusus untuk mengukur kecemerlangan prestasi , ALK sepatutnya memastikan prestasi mereka meningkat dari semasa ke semasa dan penglibatan anggota semakin bertambah.

Penglibatan Anggota KoperasiPenglibatan anggota koperasi secara langsung menggambarkan kesedaran anggota dalam

berkoperasi. Anggota yang berkualiti adalah tonggak kepada kejayaan sesebuah koperasi. Namun begi tu , apa yang ber laku agak menyedihkan apabila banyak anggota yang tidak mengambil tahu perjalanan koperasi. Bahkan, terdapat juga segelintir anggota yang tidak kenal dengan ALK, tidak mengambil tahu aktiviti koperasi serta tidak tahu matlamat penubuhan koperasi. Hal ini kerana pemikiran mereka tidak dibentuk, tidak dimantapkan, dan tidak diberi pendedahan serta pendidikan koperasi.

Pemikiran yang cetek mengenai jati diri koperasi seperti konsep, prinsip dan nilai asas koperasi menyebabkan anggota tidak memahami bagaimana cara koperasi bergerak mahupun faedah atas sumbangan (yuran dan syer). Tanpa pengetahuan asas yang kukuh, koperasi serta anggota koperasi akan tercicir dalam pembangunan koperasi. Pengabaian pendidikan anggota menyebabkan anggota tidak tahu peranan, hak dan tanggungjawab mereka terhadap koperasi. ALK juga perlu mengamalkan sikap positif terhadap pandangan, idea dan rungutan anggota untuk memastikan penglibatan berterusan daripada mereka. Sikap yang sedemikian dapat memastikan mereka sentiasa mendapat sokongan dan dorongan serta kerjasama dalam meningkatkan keunggulan dan kecemerlangan koperasi.

Strategi untuk Kekal KompetitifMantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek, dalam ucapannya menyatakan isu yang mengekang kemajuan gerakan koperasi perlu ditangani dengan berkesan. Bagi melonjakkan koperasi ke tahap yang lebih tinggi dan untuk terus kekal kompetitif, penekanan perlu diberi kepada perkara berikut:

a. Penglibatan koperasi dalam bidang ekonomi yang bernilai tinggi

b. Pembangunan modal insan yang kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

77

Page 4: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

c. Kesedaran tentang perubahan persekitaran

Kebanyakan koperasi wanita di negara ini berada dalam kluster mikro. Oleh itu, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah menyarankan kepada koperasi wanita di negara ini untuk bergabung. Hal ini kerana kebanyakan koperasi wanita mempunyai fungsi yang sama dan melalui penggabungan koperasi, diharapkan ia dapat mencetus sebuah gerakan koperasi yang besar dan kuat. ANGKASA juga sentiasa memberi sokongan dengan memperuntukkan sebanyak RM3 juta setahun sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan gerakan koperasi wanita. Justeru, gerakan koperasi wanita disarankan agar mengadakan program perniagaan dari semasa ke semasa supaya ia boleh memberi impak positif dari sudut ekonomi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Selain itu, kerjasama antara koperasi wanita dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan wanita seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi amat digalakkan.

Penglibatan Koperasi dalam Bidang Ekonomi yang Bernilai TinggiDasar Koperasi Negara 2011-2020 (DKN 2011-2020) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara di Kuantan, Pahang pada 16 Julai 2010. Fokus bagi DKN 2011-2020 adalah ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi anggota-anggota koperasi, prihatin terhadap persekitaran dan warga korporat yang bertanggungjawab. (Dato’ Mangsor Saad, 2010). Dasar yang diketengahkan ini akan memberi nafas baharu kepada gerakan koperasi untuk menarik koperasi keluar daripada perangkap kitaran zon selesa ke tahap yang baharu. Koperasi tidak seharusnya mengharapkan pemberian dan anugerah kerajaan sahaja tetapi berupaya terlibat

dengan aktiviti baharu dengan skala lebih besar, mengembangkan rantaian nilai, mengaplikasikan teknologi moden dan berani menerokai bidang-bidang baru yang bernilai tinggi. Lima Teras Strategik telah disasarkan untuk dilaksanakan dan salah satunya ialah Teras Strategik I (TS I) Merangsang Penglibatan Koperasi Dalam Sektor Ekonomi Bernilai Tinggi

Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi untuk bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi. Dari perspektif mikro, koperasi hendaklah menjadi penjana pertumbuhan ekonomi dan entiti perniagaan yang kompetitif dalam bidang yang diterajui. Sebagai institusi sosial berteraskan ekonomi , koperas i per lu meningk atk an kewibawaannya bagi menjadi organisasi bantu diri yang efektif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi anggota.

Pada 13 Mei 2014, Mantan Menter i Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam ucapan beliau semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan menggalakkan lebih banyak koperasi untuk menceburi pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti hartanah bagi meningkatkan perolehan koperasi. Menurut beliau, pelaburan dalam sektor hartanah merupakan sektor tambahan kepada lima sektor yang telah termaktub dalam DKN 2011-2020. Sektor ini merupakan sektor tambahan yang perlu diceburi jika gerakan koperasi di negara ini mahu mengorak langkah lebih luas di peringkat global. Lima sektor yang bernilai tinggi yang dikenal pasti sebelum ini ialah sektor perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, perladangan serta pertanian dan industri asas tani. Melalui pembabitan aktif koperasi wanita dalam sektor bernilai tinggi ini, ia dapat membawa pulangan

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

78

Page 5: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

yang baik kepada gerakan koperasi di Malaysia dan seterusnya membantu gerakan koperasi mencapai perolehan sebanyak RM50 bilion pada tahun 2020.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, turut menggesa koperasi yang dikendalikan oleh wanita diwujudkan di setiap daerah dalam usaha membantu usahawan wanita menjalankan perniagaan secara lebih berkesan dan mengukuhkan aset koperasi dan saham anggota masing-masing. Banyak anggota koperasi wanita mendapati sukar untuk mewujudkan jenama masing-masing disebabkan keluaran produk secara kecil-kecilan. Namun, jika koperasi wanita diwujudkan di setiap daerah, tidak mustahil produk keluaran akan menjadi lebih mantap, bahkan boleh menghasilkan satu jenama tersendiri. Langkah itu membolehkan koperasi dijadikan sebagai pusat pengumpulan untuk menggabungkan dan memasarkan produk keluaran anggota koperasi wanita di bawah satu jenama. Beliau juga mencadangkan agar koperasi wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan francais seperti produk kesihatan, kecantikan, jahitan, kraf tangan atau barangan makanan, yang dilihat berpotensi untuk membantu golongan ibu tunggal dan suri rumah meningkatkan pendapatan mereka.

Pembangunan Modal Insan yang Kreatif, Inovatif dan Berbudaya KeusahawananModal insan merupakan aset terpenting dalam kejayaan sesebuah koperasi. Selain daripada kualiti yang ada pada modal insan koperasi sebagai faktor penting dalam menentukan kejayaan koperasi tersebut, pendidikan juga merupakan salah satu elemen penting dalam usaha membina upaya modal insan, membangunkan kekuatan intelektual, meningkatkan pengetahuan dalam

perniagaan dan membentuk sikap positif. Modal Insan di dalam koperasi menurut Ahmad Raji Yaakub (2010), boleh dibahagikan kepada enam kategori iaitu:a. Anggota Lembaga Koperasi, b. Ahli Jawatankuasa Kecil, c. Pengurus, d. Kakitangan, e. Juruaudit Dalaman f. Anggota

Setiap kategori modal insan tersebut mempunyai peranan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain. Persoalannya di sini ialah sejauh mana gerakan koperasi telah memberikan penumpuan kepada aspek pembangunan modal insan? Aspek yang perlu difokuskan untuk membina sebuah koperasi yang lebih berjaya dan apakah strategi serta kaedah terbaik bagi meningkatkan keupayaan modal insan secara lebih efektif dan profesional?

Kreatif. Setiap individu mempunyai kreativiti atau potensi yang wujud dalam diri sendiri. Mereka yang kreatif ialah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing dan setiap individu mempunyai potensi kreativiti tersendiri yang berlainan daripada orang lain. (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2006). Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah menyatakan aset terbesar sesebuah negara ialah mempunyai masyarakat yang kreatif. Jelas di sini, kreativiti memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan dan kemajuan. Kreativiti adalah aktiviti mental yang sangat kompleks, tetapi sangat penting kepada kehidupan manusia. Bagi memiliki kemahiran berfikir secara kreatif, seseorang itu perlu mengetahui model dan asas berfikir kreatif supaya ia benar-benar difahami dan sekali gus seseorang itu dapat memperoleh hasil yang menarik. Kreativiti adalah disiplin yang perlu dikuasai menerusi pembelajaran serta pengalaman hidup, dan dengan itu, seseorang itu dapat mengukuhkan lagi peribadi dan personaliti kreatif yang sedia dimiliki.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

79

Page 6: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

Inovasi pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin dan membawa maksud pembaharuan. Glosari Teknologi Pendidikan (1995), pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baharu yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Inovasi boleh dirumuskan secara mudah sebagai:• Penghasilan baru• Proses penyusunan semula• Menggunakan unsur yang sedia ada• Unik, memudahkan dan bernilai

Pembudayaan keusahawanan merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar c intak an k e jayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini, usahawan dapat bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang. Persoalannya, bagaimana untuk memupuk budaya kreativiti, inovatif dan keusahawanan dalam kalangan modal insan koperasi?

Seksyen 45 (1) Akta Koperasi 1993, Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau Undang-undang Kecil koperasi itu atau arahan Mesyuarat Agungnya. Dengan erti kata lain, Lembaga koperasi hendaklah menjalankan perniagaan seolah-seolah perniagaan mereka sendiri dan bertindak seperti seorang usahawan. Sebagai seorang usahawan, hendaklah meneroka peluang perniagaan yang baru untuk melebar sayap dan menambah pasaran baru.

Sebagai panduan, terdapat empat jenis inovasi dalam keusahawanan yang boleh diguna pakai oleh usahawan-usahawan koperasi.

a. Penciptaan – reka cipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain. Contohnya Koperasi Usahawan Kampung (KUKAM) di Balik Pulau, Pulau Pinang yang menghasilkan kertas daripada batang pisang untuk dijadikan cenderamata.

b. Pengembangan - penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau proses yang sedia wujud. Contohnya restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken atau KFC. Daripada ayam goreng kepada produk lain seperti burger ayam, chicken chop, bubur ayam, dan nugget ayam.

c. Duplikasi - replikasi ke atas produk/proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan 100 peratus, tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk dgn sentuhan kreatif untuk bersaing dalam pasaran. Contohnya daripada kerepek ubi yang biasa, dijadikan pelbagai perisa seperti perisa budu, perisa lada hitam, perisa jagung dan sebagainya dan dipaketkan dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz.

d. Sintesis - gabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contohnya Tungku refleksi (haba & urutan) dan kertas bersabun (kertas & sabun).

Kesedaran tentang perubahan persekitaranJika disoroti kembali sejarah penubuhan koperasi di negara ini, tujuan utama adalah untuk mengatasi masalah keberhutangan dalam kalangan anggota kerajaan dan penduduk kampung. Cara pemikiran lama yang memfokuskan pendapatan koperasi kepada aktiviti pinjam meminjam perlu diubah bagi memastikan koperasi wanita terus kekal kompetitif bersama koperasi-koperasi yang lain. Oleh sebab perubahan itu terjadi dan pasti akan

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

80

Page 7: Koperasi Wanita: Cabaran untuk Kekal · PDF fileKoperasi wanita mempunyai perkembangan ... koperasi yang ditunjangi oleh kaum lelaki, sebagai ... sosioekonomi anggota-anggota koperasi,

selalu terjadi, ALK mestilah peka dan bersedia untuk melakukan perubahan. Gerakan Koperasi Malaysia diperhatikan mempunyai ciri asas yang agak unik. Sebahagian besar anggota koperasi tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh koperasi. Anggota-anggota melabur untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Akhirnya, beban mengurus dan memajukan koperasi dipertanggungjawabkan kepada ALK dan kakitangan pengurusan sahaja.

Berbeza dengan negara-negara maju, gerakan koperasinya seperti India, Jepun, Korea mahupun Eropah, koperasi-koperasi di sana memberi perkhidmatan yang secara langsung memajukan aktiviti ekonomi anggotanya, baik dalam bidang pertanian mahupun perusahaan yang lain. Ini merupakan koperasi tulen yang lebih dekat dengan definisi gerakan koperasi iaitu sebuah pertubuhan manusia yang berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrasi. Asas ini perlu diubah jika kita benar-benar mahu melihat gerakan koperasi memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi negara.

KesimpulanMenurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dinyatakan bahawa sekiranya kita mengecualikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara, ini bermakna tenaga kerja negara kita akan kurang dengan begitu mendadak kerana hampir 36 peratus daripada tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kaum wanita. Hal ini menunjukkan bahawa sesungguhnya kaum wanita memang memainkan peranan penting kepada kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dan ini tidak terkecuali dalam sektor koperasi. Mentaliti yang menyekat penglibatan aktif kaum wanita dalam koperasi harus dikikis kerana sesungguhnya kaum wanita mempunyai sifat tekun dan gigih, serta mempunyai sikap bertanggungjawab dan sanggup bertungkus lumus merebut peluang sedia ada. Pencapaian cemerlang Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad seharusnya dijadikan inspirasi kepada koperasi-koperasi wanita yang lain untuk memajukan koperasi supaya kekal kompetitif dalam gerakan koperasi di Malaysia.

Rujukan

A. Razak Din. (2014).Transformasi koperasi wanita jana keuntungan. Utusan Malaysia

Ahmad Raji Yaakub. (2010).Keperluan meningkatkan keupayaan modal insan dalam gerakan koperasi Malaysia. Seminar Pengupayaan Modal Insan Koperasi. Subang, Selangor.

Mangsor Saad. (2010). Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Seminar Pengupayaan Modal Insan Koperasi. Subang, Selangor.

Md. Ali Ahmad.(2010). Memupuk pemikiran Kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan dalam kalangan warga koperasi. Seminar Pengupayaan Modal Insan Koperasi. Subang, Selangor.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Dasar Koperasi Negara 2011-2020. Dicapai daripada http://www. skm.gov.my.

DK

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

81