tahap kepercayaan ahli anggota koperasi terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/ic...

Download Tahap Kepercayaan Ahli Anggota Koperasi Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 040.pdf · Kes Di Koperasi Serbaguna Perkhidmatan Pendidikan Sabak ... antaranya

If you can't read please download the document

Upload: nguyendan

Post on 06-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    444

    Tahap Kepercayaan Ahli Anggota Koperasi Terhadap Tadbir Urus Koperasi : Kajian

    Kes Di Koperasi Serbaguna Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad

    (KOSPEP) Sungai Besar, Selangor

    Nor Suhaily Bakara, Muhamad Fauzi Mohamad Basri

    b,

    Nur Suriana Awaludina & Shuhaimi Jaafar

    a

    a

    Department of Accounting, Faculty of Management and Muamalah,

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia b

    Bachelor of Human Resource Managament (Hons),

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

    Abstrak

    Peranan gerakan koperasi semakin meningkat sejajar dengan arus pembangunan Negara.

    Justeru itu, anggota, Ahli Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan dan Jawatankuasa

    Audit Dalaman (JAD) mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam

    mentadbir koperasi dengan cekap dan berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada tadbir urus

    koperasi di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kepercayaan anggota

    terhadap tadbir urus koperasi yang dipimpim oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK), pihak

    pengurusan dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) di Koperasi Serbaguna Perkhidmatan

    Pendidikan Sabak Bernam Berhad (KOSPEP). Kajian ini telah dijalankan pada guru-guru

    sekolah yang menjadi anggota KOSPEP dari dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah

    Kebangsaan Seri Bedena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar dengan

    responden berjumlah 160 orang. Kesimpulannya, dapatan kajian mendapati anggota koperasi

    meletakkan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pentadbiran dan pengurusan dalam

    memastikan kejayaan gerakan koperasi ini.

    Kata Kunci : Kepercayaan, Tadbir Urus, Koperasi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Pihak

    Pengurusan, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).

    PENGENALAN Pada era kini, koperasi adalah dianggap sebagai sebuah institusi penting yang memainkan

    peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Koperasi adalah sebuah organisasi

    ekonomi dan perniagaan yang ditubuhkan samada secara individu atau berkumpulan untuk

    mencapai objektif perniagaan tertentu. Pada prinsipnya, koperasi adalah sebuah syarikat

    kerjasama yang melakukan pelbagai aktiviti perniagaan untuk memajukan ekonomi ahlinya

    secara keseluruhan dan negara amnya.

    Koperasi dijelaskan oleh International Co-operative Alliance (ICA) sebagai persatuan

    autonomi orang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan mereka yang sama

    ekonomi, sosial dan budaya dan aspirasi melalui sebuah syarikat yang dimiliki bersama dan

    dikawal secara demokratik' (ICA, 2009). Di Malaysia, kerajaan mempunyai keyakinan dan

    komitmen yang tinggi terhadap gerakan koperasi untuk tujuan pembangunan negara. Di

    samping itu, koperasi juga dijangka menjadi enjin penting ketiga selepas sektor awam dan

    swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia (Dasar Koperasi Negara, 2002). Pada

    Jun 2011, kira-kira 110 koperasi daripada 8,606 yang dicatatkan pada tahun yang telah

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    445

    diklasifikasikan sebagai kelompok besar kerana pulangan yang diterima daripada perniagaan

    mereka mencecah hampir RM5 juta setahun (Utusan Malaysia, 2012).

    Selain itu, betapa pentingnya tadbir urus yang kukuh untuk kawalan dalaman yang lebih baik

    adalah satu cara untuk memperbaiki susun atur pentadbiran telah menyebabkan kerajaan dan

    pihak bertanggungjawab mengeluarkan peraturan-peraturan dan undang-undang tadbir urus

    baru yang lebih tegas untuk menggalakkan akauntabiliti dan perilaku korporat.

    Walaubagaimanapun, usaha untuk membentuk semula sistem tadbir urus dalam koperasi di

    Malaysia tidaklah begitu meluas seperti sistem tadbir urus di syarikat-syarikat tersenarai

    awam di Malaysia.

    Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi koperasi yang pertama untuk mengetuai

    halatuju koperasi di Malaysia yang dikenali sebagai Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002-

    2010. Polisi ini juga memperkenalkan institusi sokongan kerajaan iaitu Suruhanjaya Koperasi

    Malaysia (SKM) yang memberikan sokongan kewangan, pembangunan perniagaan,

    pembaharuan undang-undang, dan kawalan berperaturan untuk koperasi. Selain itu SKM

    bertanggungjawab menyediakan garis paduan tadbir urus yang telah dikeluarkan pada tahun

    2005 dan di perhalusi semula pada tahun 2015 bagi memperkasakan peranan dan

    tanggungjawab pengurusan sesebuah koperasi.

    Penyataan Masalah

    Koperasi di Malaysia adalah pertama ditubuhkan pada tahun 1922, tahun di mana Koperasi

    Enakmen 1922 adalah digubal. Objektif awal koperasi adalah untuk meningkatkan taraf

    hidup di kawasan luar bandar dan membasmi kemiskinan. Sejak itu, gerakan koperasi di

    Malaysia mempunyai memberi kesan dalam pembangunan ekonomi negara (Aini, Hafizah,

    dan Zuraini, 2012). Dalam konteks Malaysia, koperasi boleh ditakrifkan sebagai 'pertubuhan

    yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan objektif untuk menggalakkan

    kepentingan ekonomi di kalangan ahli-ahlinya mengikut koperasi prinsip (Suruhanjaya

    Koperasi Malaysia, 2009). Tadbir urus korporat yang baik menyediakan pengaruh positif dan

    kesan bukan sahaja kepada pemilik atau ahli-ahlinya tetapi juga kepada seluruh masyarakat.

    Seperti yang kita ketahui, struktur pentadbiran koperasi di Malaysia melibatkan satu proses di

    antara ahli yang akan mengundi dan melantik lembaga pengarah dan jawatankuasa audit

    dalaman di kalangan mereka sendiri dalam mesyuarat agung tahunan. Semua yang berada di

    dalam koperasi layak untuk mengundi dalam sistem satu ahli-satu undi, tanpa mengambil

    kira saiz saham mereka di dalam koperasi. Selain itu, lembaga pengarah koperasi melantik

    pengerusi, bendahari, dan orang-orang penting dalam pengurusan. Justeru, tadbir urus dalam

    koperasi memberi panduan tentang bagaimana objektif bakal ditentukan, kaedah untuk

    dicapainya, proses kawalan dan bagaimana prestasi koperasi semasa dinilai.

    Namun begitu terdapat juga beberapa kes yang telah berlaku dan memberi kesan yang negatif

    kepada ahli anggota terhadap tadbir urus koperasi. Antara kes yang hebat di sabitkan dalam

    mahkamah ataranya:

    i. Kes pertama Pada tahun 2006, Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, kelmarin atas 20 pertuduhan pecah amanah dan

    penyelewengan duit Koperasi Serbaguna Pekerja Malaysia Berhad (Kospek)

    berjumlah RM122,000 (Sinar Harian, 16 Jun 2013).

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    446

    ii. Kes kedua, Seorang calon ahli politik di Dun Bukit Pinang, Omar Saad telah dipecat daripada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah termasuk jawatan yang

    disandangnya sebagai Setiausaha kerana didakwa pecah amanah (MALAYSIA

    KINI, 29 Februari 2009).

    Oleh kerana kes-kes inilah yang telah menimbulkan persepsi buruk ahli anggota koperasi

    terhadap tadbir urus koperasi yang diketuai oleh orang-orang yang arif dalam mentadbir urus

    koperasi.

    Melihat kepada sektor korporat pula, terdapat kes-kes para pengurus atau eksekutifnya yang

    dituduh menerima rasuah dan juga didapati bersalah menerima rasuah antaranya:

    i. Kes yang difailkan seorang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru meminta rasuah berjumlah RM295,000 pada

    2009 dan 2010 (Utusan Malaysia 2013).

    ii. Kes mahkamah lain bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas

    didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap pertuduhan

    memberi suapan kepada Penolong Pengurus Perolehan, Telekom Malaysia Berhad

    (Sinar Harian 2013).

    Berdasarkan isu yang dikemukakan diatas, kajian ini merungkai sejauh mana tahap

    kepercayaan ahli anggota terhadap mereka yang mentadbir dan menjalankan tanggungjawab

    menguruskan operasi koperasi. Ini adalah kerana ahli anggota yang mencarum atau

    menyumbang modal samaada melalui potonga gaji, tunai dan sebagainya berhak untuk

    memastikan ALK dan pihak pengurusan menjalankan tugas dengan menggerakkan operasi

    koperasi untuk kepentingan anggota koperasi. JAD pula mengawal dan memastikan operasi

    koperasi dilaksanakan mengikut polisi dan garis panduan penubuhan koperasi. Oleh itu ahli

    anggota mengharapkan ALK, pihak pengurusan dan JAD melaksanakan tugas dan

    tanggungjawab kerana mereka mengharapkan pulangan yang baik dalam gerakan kopeasi.

    Objektif Kajian

    Objektif kajian ini adalah :

    i. Untuk mengukur tahap kepercayaan ahli anggota koperasi terhadap tadbir urus koperasi.

    KAJIAN LITERATUR Pergerakan Koperasi di Malaysia

    Koperasi merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan manusia yang

    mempunyai kepentingan atau tujuan ekonomi yang sama di mana mereka membuat

    keputusan untuk bergabung tenaga serta mengumpul modal bagi menjalankan aktiviti untuk

    menyediakan kemudahan atau perkhidmatan kepada ahli. Ia diuruskan sebagai badan

    perniagaan tetapi tidak bermotifkan keuntungan semata-mata dan lebih mengutamakan

    kebajikan dikalangan ahli atau tanggungjawab sosial. Menurut International Cooperative

    Alliance (ICA, 2013) atau (Akta Koperasi 1993, Sekyen 2) telah mendefinasikan koperasi

    sebagai persatuan autonomi orang bersatu secara sukarela untuk bertemu sesama keperluan

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    447

    ekonomi mereka, sosial dan budaya serta aspirasi melalaui syarikat milik bersama dan

    kawalan perusahaan demokratik berdasarkan kepada prinsip-prinsip koperasi.

    International Cooperative Alliance (ICA, 2013) mempunyai tujuh prinsip-prinsip koperasi

    yang diterima pakai oleh koperasi seluruh dunia sebagai prinsip asas untuk mendirikan

    sesebuah koperasi. Koperasi telah meletakkan nilai ini ke dalam amalan koperasi mereka.

    Rajah 2.1 di bawah menunjukkan antara tujuh prinsip-prinsip asas koperasi ini adalah seperti:

    Rajah 2.1 : Prinsip-Prinsip Asas Koperasi

    Selain daripada itu, pemimpin koperasi perlu mengenal pasti perkara yang perlu dielakkan

    antaranya ialah yang menyalahi perundangan koperasi, penyelewengan dan pengabaian

    anggotanya. Pemimpin koperasi yang ingin kekal atau terus memimpin koperasi mesti

    menitikberatkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti (Marzuki, 2004).

    Pergerakan sesuatu koperasi berdasarkan atas nilai bantu diri sendiri, tanggunjawab diri

    sendiri, demokrasi, keadilan dan perpaduan sesama ahli. Sejajar dengan pengasasnya, ahli

    koperasi menerima nilai etika kejujuran, kebebasan, tanggungjawab sosial dan mengambil

    berat terhadap orang lain yang telah dituntut oleh Pakatan Koperasi Antarabangsa (ICA,

    2013). Koperasi juga dianggap sebagai sebuah agensi ekonomi dengan tanggungjawab sosial

    yang kuat ke arah sesama ahli khususnya dalam masyarakat sekeliling.

    Lebih sedekad yang lalu, pengkaji tempatan menyatakan bahawa di peringkat permulaan

    koperasi ditubuhkan bertujuan untuk memberi pinjaman kepada ahli dan membuka kedai

    runcit secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan ahli tetapi telah berkembang mengikut

    peredaran semasa (Abdul Aziz, 2001). Menurut pengkaji ini lagi terdapat beberapa

    kelemahan yang ketara yang ditemui dalam koperasi sekolah iaitu pengurusan yang tidak

    cekap, kurang pengetahuan tentang perniagaan, sistem perakaunan yang lemah, kedudukan

    kewangan yang lemah dan tidak ada matlamat serta perancangan yang teliti, Secara tidak

    langsung masalah ini menyebabkan koperasi sekolah tidak boleh berkembang maju kerana

    pengurusan kewangan merupakan faktor yang penting dalam menentukan jatuh bangun

    sesebuah perniagaan itu.

    Beberapa kajian telah menekankan bahawa kejayaan koperasi bergantung kepada cara di

    mana organisasi koperasi berstruktur (Imran, Shahnawaz, Khurram & Sohail, 2009; Salvosa,

    Keahlian Sukarela dan

    Terbuka

    Ahli Kawalan Demokratik

    Penglibatan Ahli Ekonomi

    Autonomi dan Bebas

    Pendidikan, Latihan dan

    Malumat

    Kerjasama di Kalangan Ahli

    Koperasi

    Mengambil Berat

    Terhadap Masyarakat

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    448

    2007). Di samping itu, keberkesanan koperasi didapati tidak ketara dan bergantung kepada

    kewujudan tadbir urus yang baik untuk penyertaan, kebertanggungjawapan dan ketelusan

    (Mahazril, Hafizah & Zuraini, 2012; Othman, Mohamad & Abdullah, 2013). Oleh itu, dalam

    usaha untuk koperasi dapat dikekalkan, tadbir urus koperasi yang baik adalah penting dari

    segi untuk mencegah penipuan dan salah urus dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap

    ALK, pihak pengurusan dan JAD untuk mentadbir koperasi dengan cekap dan berkesan.

    Ia juga telah menyatakan bahawa keupayaan koperasi untuk menyediakan perkhidmatan yang

    cekap dan berkesan telah dikreditkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk

    professionalisma pengurusan (Salvosa, 2007). Selain itu, kekuatan koperasi juga telah

    disebabkan oleh faktor-faktor untuk ahli seperti, modal saham, organisasi, faedah dan

    penglibatan masyarakat (Hashim, Zakaria & Ahmad Fawzi, 2014). Oleh itu, kekurangan

    amalan tadbir urus korporat yang baik dalam koperasi telah memberi kesan kepada

    keupayaan pengurusan dan pengalaman yang dicipta tidak sepadan dalam kecekapan

    pengurusan dan kakitangan serta mengelakkan timbul rasa tidak percaya kepada tadbir urus

    koperasi.

    Dalam satu kajian semasa oleh Abdul Manap dan Tehrani (2014), ia telah dicadangkan

    bahawa untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, koperasi perlu

    diselaraskan dan dipantau oleh perundangan yang kukuh dan kuat. Mereka juga menyatakan

    bahawa koperasi perlu membangunkan sumber manusia dengan maklumat, kemahiran dan

    latihan untuk mengendalikan tanggungjawab dan tugas-tugas mereka dalam pengurusan

    koperasi. Oleh itu, dalam usaha untuk koperasi dapat dikekalkan, tadbir urus korporat yang

    baik adalah penting dari segi untuk mencegah penipuan dan salah urus, menggalakkan

    banyak membuat keputusan, mengelakkan denda yang mahal, membuat atau mengekalkan

    imej korporat yang positif, menarik dan mengekalkan pembiayaan dan pelaburan (Abdul

    Manap & Tehrani, 2014; Dayanandan 2013; Shaarani, Arshad, Hassan, Abdullah & Mohd

    Roslin, 2013).

    Perundangan Koperasi Malaysia

    Menurut Ahmad Marzuki (2005) yang diterangkan dalam bukunya yang berjudul

    Kepimpinan koperasi : dipimpim dan memimpim menjelaskan perubahan dan

    perkembangan koperasi di Malaysia semenjak tahun 1922 memerlukan pengawalan dan

    pemantaun oleh pihak kerajaan. Perundangan koperasi telah diselaraskan oleh kerajaan dan ia

    merangkumi di dalam Akta Koperasi (1993), Peraturan-peraturan Koperasi (1995), Undang-

    Undang Kecil (UUK) Koperasi, Pekeliling Pendaftar dan Warta Kerajaan.

    Melihat kepada Akta Koperasi (1993) yang digubal dengan tujuan untuk menyatukan

    pergerakan koperasi dan memastikan hala tuju koperasi itu jelas dan difahami oleh

    keseluruhan warga koperasi, Manakala Peraturan-peraturan Koperasi (1995) yang digubal

    dengan tujuan tentang hal-ehwal koperasi yang diterangkan oleh Seksyen 86, Akta Koperasi

    (1993). Peraturan-peraturan yang terkadung dalam ini dihuraikan dengan lebih terperinci

    mengikut kehendak Akta Koperasi (1993).

    Selain itu, dari segi Undang-undang Kecil (UUK) Koperasi digubal dengan tujun untuk

    mengikat anggotanya dengan perjalanan koperasi berkenaan dan anggota koperasi perlu

    memahami bahawa UUK boleh dipinda mengikut keperluan semasa selagi ia tidak

    bertentangan dengan Akta Koperasi (1993) dan Peraturan-peraturan Koperasi (1995).

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    449

    Manakala dari segi Pekeliling Ketua Pendaftar digubal dengan bertujuan untuk memastikan

    koperasi bergerak dengan telus dan ditadbir secara demokratik. Ia diketuai oleh Ketua

    Pendaftar dan pemimpin koperasi perlu prihatin terhadap pekeliling Ketua Pendaftar

    Koperasi yang dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dalam mengawal,

    menyelia dan memantapkan pentadbiran dan pengurusan koperasi di Malaysia.

    Di akhir sekali, melalui Warta Kerajaan dan Undang-Undang yang digubal untuk koperasi

    berdaftar perlu akur dengan mana-mana warta kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke

    semasa seperti pekeliling JPA disebabkan kebanyakkan anggota, ALK dan JAD masih lagi

    berkhidmat dengan pihak kerajaan.

    Struktur Pentadbiran Dan Pengurusan

    Menurut Ahmad Marzuki, (2005) menjelaskan bahawa pengabaian pendedahan berserta

    dengan perundangan koperasi menyebabkan koperasi berdaftar terpaksa menghadapi karenah

    anggotanya yang kadangkala boleh menjejaskan kepimpinan dan imej koperasi mereka.

    Ketiadaan forum dan majlis suai kenal di kalangan anggota koperasi dengan pemimpin

    koperasi menyukarkan anggota mereka untuk memahami tentang peranan, hak dan

    tanggungjawab dalam memantapkan pentadbiran dan pengurusan koperasi. Oleh itu, dengan

    tindak tanduk sebegini mungkin akan membuatkan anggota tertanya tentang kredibiliti ALK,

    pihak pengurusan dan JAD dalam pentadbiran koperasi sama ada melaksanakan

    tangungjawab mereka atau pun tidak dan mewujudkan rasa kepercayaan terhadap mereka.

    Selain itu, peranan anggota, ALK dan pihak pengurusan dapat dikaitkan dengan teori agensi.

    Glautier (1997) berpendapat model teori agensi dapat menjelaskan kelakuan manusia dalam

    organisasi yang melibatkan hubungan di antara prinsipal dan agen. Prinsipal ini adalah sama

    peranan sebagai anggota koperasi yang merupakan pemberi modal, penanggung risiko dan

    pembentuk insentif, manakala agen (ALK dan pihak pengurusan) membuat keputusan bagi

    pihak prinsipal dan menanggung risiko keputusan tersebut. Menurut Ahmad Marzuki (2005),

    rajah 2.2 dibawah menunjukkan hubungan skop kerjasama dalam tabir urus koperasi yang

    dijadikan teori untuk tadbir urus koperasi. Oleh itu, perhubungan yang erat, kerjasama dan

    peranan diantara teori yang terdapat dalam pentadbiran koperasi menjadi teratur.

    Rajah 2.2 : Hubungan Dalam Tadbir Urus Koperasi

    Sumber dari Ahmad Marzuki, 2005

    Pentabiran Koperasi

    Anggota Koperasi

    Ahli Lembaga Koperasi

    Jawatankuasa Audit dalaman

    Pihak Pengurusan

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    450

    Daripada teori diatas tersebut, pengkaji telah terdapat tiga elemen atau faktor sebagai

    pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi kepercayaan anggota koperasi terhadap

    tadbir urus, iaitu tadbir urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK), tadbir urus pihak pengurusan

    dan tadbir urus Jawtankuasa Audit Dalaman (JAD). Kajian bagi mengenal pasti dan menemui

    faktor yang mempunyai sebahagian besar yang memberi kesan dan mempengaruhi

    kepercayaan terhadap tadbir urus dikalangan guru-guru yang menjadi anggota KOSPEP.

    Kepercayaan Ahli Anggota Terhadap Tadbir Urus Koperasi.

    Siapa ahli anggota dan siapa serta tujuan mereka untuk menjadi anggota koperasi. Menurut

    Ahmad Marzuki (2005) menerangkan bahawa anggota yang ingin terlibat dengan pergerakan

    koperasi untuk tujuan tertentu. Dijelaskan lagi bahawa ada beberapa anggota yang boleh

    dikateorikan iaitu anggota yang berminat untu terlibat dalam koperasi tetapi tidak melibatkan

    diri kerana kesibukan bekerja, ada anggota yang terpengaruh dengan rakan sejawatan,

    majikan dan kemudahan perkhidmatan pinjaman wang akan tetapi tidak mengetahui koperasi

    dengan lebih mendalam. Selain itu, beliau menambah terdapat keluhan, rungutan dan

    ketidakpuashatian anggota terhadap koperasi kerana pihak pengurusan dan ALK mengambil

    kesempatan terhadap anggota dengan cara skim pinjaman. Justeru, apabila anggota lain

    mendengar kes-kes seperti ini menyebabkan rasa kepercayaan mereka terhadap pihak

    pengurusan dan ALK akan menjadi samar-samar disebabkan tanggungjawab yang mereka

    pikul tidak dilasanakan dengan jujur dan amanah.

    Di dalam kajian ini memperlihatkan teori agensi di mana menjelaskan bahawa tadbir urus

    koperasi didefinisikan sebagai hubungan di antara anggota sebagai pemilik perniagaan, pihak

    pengurusan yang mengendalikan perniagaan dan lembaga sebagai peneraju dan penasihat

    kepada pengurusan bagi pihak pemilik dengan tujuan untuk mencapai matlamat penubuhan

    koperasi (Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2007). Melalui definisi tersebut dijelaskan bahawa

    mempunyai kesamaan diantara tadbir urus korporat akan tetapi terdapat perbezaan sedikit

    diantara objektif mereka. Melihat kepada tadbir urus korporat yang ditakrifkan sebagai "

    Hubungan antara pemegang saham, pemiutang, dan syarikat-syarikat; antara pasaran

    kewangan, institusi dan syarikat, dan di antara pekerja dan syarikat.

    Melalui pandangan tadbir urus koperasi dan tadbir urus koperat mempunyai kerangka

    pentadbiran yang berasaskan code and conduct serta garis panduan yang telah ditentukan

    lebih awal di dalam (SOP, KPI etc). Selain itu, tadbir urus korporat akan juga merangkumi

    isu korporat tanggungjawab sosial, termasuk aspek-aspek seperti sebagai urusan firma itu

    berkenaan dengan budaya dan alam sekitar (Claessens,2003, p5). Berbeza diantara objektif

    koperasi dimana menjadikan koperasi lebih kearah kepada organisasi bukan bermotifkan

    keuntungan semata-mata, manakal korporat pula bermotifkan keuntungan dan kedua-dua

    organisasi juga menjaga dari segi tangungjawab sosial.

    Bercerita lebih lanjut mengenai tadbir urus korporat adalah proses dan struktur yang

    digunakan untuk menggerakkan dan menguruskan perniagaan dan hal-ehwal syarikat ke arah

    meningkatkan kemajuan perniagaan dan akauntabiliti korporat dengan muktamad

    berdasarkan objektif yang ingin merealisasikan jangka panjang nilai pemegang saham, di

    samping mengambil kira akaun kepentingan pihak berkepentingan yang lain (Kod 2007).

    Walaupun asal-usulnya boleh dikesan kepada sektor swasta, tadbir urus korporat adalah

    mempunyai hubung kait berkenaan dengan koperasi yang merupakan satu bentuk

    perbadanan. Oleh itu koperasi juga menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan tadbir urus.

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    451

    Lembaga koperasi bermain fungsi penting dalam menghubungkan tindakan pengurus 'untuk

    kepentingan ahli mereka dan pelanggan. Lembaga koperasi yang bertanggungjawab

    terutamanya untuk memantau prestasi pengurusan, membentuk pelan jangka panjang yang

    strategik, menilai cadangan yang dibentangkan oleh pihak pengurusan, dan memahami

    kewangan dan strategi tindakan yang diambil oleh koperasi (Bond, 2009). Melihat kepada

    baik dan berkesannya sesuatu tadbir urus dapat membantu untuk meningkatkan prestasi

    kewangan dan kemampanan koperasi.

    Terdapat beberapa kajian mengenai hubungan antara koperasi dan amalan tadbir urus

    korporat (Abdul Manap & Tehrani, 2014; Mahazril, Hafizah & Zuraini, 2012; Nilsson, 1996;

    Othman, Mohamad & Abdullah, 2013;. Shaarani et al, 2013; Salvosa 2007) . Oleh itu, ia

    menunjukkan kepentingan tadbir urus korporat untuk diaplikasikan dalam koperasi walaupun

    pembangunan dan pelaksanaan amalan tadbir urus korporat yang baik kepada koperasi masih

    sangat banyak pada peringkat awal. Ini terjadi disebabkan pasaran dalam menubuhkan

    organisasi kerana koperasi bukanlah organisasi yang besar yang mempunyai pentadbiran

    yang baik serta telus, kewangan yang kukuh serta fasiliti yang mencukupi untuk bersaing

    dengan organisasi korporat yang sedia ada yang memang terkenal dengan kewibawaan

    mereka. Justeru, semua ahli semasa koperasi termasuk ALK, pihak pengurusan serta JAD

    sentiasa memperbaiki diri dengan menuntut ilmu pengkorporatan dengan lebih mendalam

    agar menjadikan koperasi sebagai sebuah organisasi berjaya serta mewujudkan persepsi yang

    baik dikalangan ahli semasa terhadap pentadbiran koperasi.

    Melalui pemahaman dan kesedaran terhadap tadbir urus amat penting diguna pakai dalam

    usaha untuk mempertingkatkan prestasi daya saing sesebuah koperasi. Sehubungan itu,

    persepsi anggota terhadap tadbir urus dapat ditekan melalui pemahaman kesedaran bahawa

    tadbir urus itu penting pada masa kini agar pihak berkepentingan seperti ALK, pihak

    pengurusan dan JAD dapat menjalankan tanggungjawab mereka demi membalas jasa

    kepercayaan ahli koperasi. Secara umum, tadbir urus koperasi yang baik dapat menggalakkan

    disiplin, ketelusan, kebebasan, akauntabiliti, tanggungjawab, keadilan dan tanggungjawab

    sosial (Chibanda, Ortmann dan Lyne, 2009).

    Keperluan pelaksanaannya menjadi bertambah penting terutamanya apabila koperasi

    berhadapan pelbagai senario ekonomi yang semakin mencabar. Di arena globalisasi, koperasi

    perlu bersaing dalam pasaran kewangan, modal dan pelaburan bukan sahaja di kalangan

    koperasi tetapi juga dengan sektor ekonomi yang lain. Sehubungan dengan itu, semua

    koperasi di Malaysia perlu bersedia menangani cabaran-cabaran tersebut jika ingin terus

    relevan dan berdaya saing di peringkat global.

    Tadbir Urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

    Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dilantik oleh Mesyuarat Agong tahunan koperasi.

    Mesyuarat Agong merupakan kuasa tertinggi dalam sesuatu organisasi koperasi. Pemilihan

    Ahli Lembaga Pengarah biasanya dibuat melalui pengundian semasa mesyuarat agong

    tahunan. ALK yang akan membentangkan kedudukan laporan tahunan, cadangan bajet

    tahunan dan perkembangan semasa koperasi kepada anggota koperasi semasa mesyuarat

    agong tahunan. Garis panduan dan strategi ALK akan memastikan matlamat ini. Setiap

    organisasi ini mempunyai lembaga pengarahnya sendiri yang memainkan peranan utama

    sebagai pemegang amanah (Abdul Murad, 1998). Peranan utama lembaga pengarah ialah

    memantau hal-ehwal organisasi dari semasa ke semasa dengan menentukan hala tuju,

    matlamat jangka masa panjang dan pendek, dasar-dasar utama dan juga untung rugi

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    452

    organisasi. Tanpa amanah atau tanggunjawab yang dipegang dengan baik akan menyebabkan

    hala tuju sesuatu koperasi itu tidak berjalan dengan lancar dan akan menimbulkan persepsi

    dan reaksi ahli semasa koperasi berkenaan dengan kewibawaan ahli lembaga koperasi

    mengetuai ahli koperasi sebagai ketua mereka.

    Akauntabiliti merupakan prinsip di mana individu yang berkuasa dikawal kuasanya oleh

    peraturan dan norma yang berada di dalam mahupun luaran organisasi (Chander & Plano,

    1988). Di saat mesyuarat agung tahunan yang dilaksanakan atas nama koperasi untuk

    pemilihan atau pencalonan atas jawatan ahli lembaga koperasi ianya bakal disambut dengan

    pelbagai reaksi dan persepsi yang timbul dikalangan ahli semasa. Ini kerana adakah terdapat

    ciri-ciri yang berada dalam diri seorang ALK yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi atau

    pun tidak. Justeru, kekuatan yang perlu ada pada ahli lembaga pengarah ialah sifat

    kepimpinan dan berwibawa yang tinggi dan kukuh dalam membawa organisasi mencapai

    matlamat penubuhannya.

    Beberapa kajian yang lepas juga menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara saiz

    lembaga dan prestasi firma (Haniffa & Hudaib, 2006; Hermalin & Weisbach, 1991;

    Yermack, 1996). Sehubungan itu, dalam kajian menyiasat peranan lembaga dalam

    meningkatkan prestasi firma, tidak ada kata sepakat mengenai sama ada lembaga besar atau

    kecil adalah lebih baik untuk syarikat. Menurut (Adams dan Merhan, 2005) dan (Dalton dan

    Dalton, 2005) pula mencadangkan bahawa prestasi yang lebih baik dikaitkan dengan lembaga

    besar. Sekali lagi, (Jensen, 1993) dan (Lipton dan Lorsch, 1992) berhujah bahawa jika

    kenaikan saiz lembaga di luar jangkaan tertentu, kelemahan akan mempengaruhi kelebihan

    mempunyai lembaga besar, dan seterusnya, prestasi firma yang lebih rendah dijangka.

    Walaubagaimana pun, koperasi telah kerap menghadapi persaingan luaran yang lemah

    melalui pembiayaan subsidi dari kerajaan yang juga telah membolehkan pengurus tidak

    cekap untuk terus hidup dengan itu koperasi perlu rangka kerja dasar tadbir urus yang

    menyokong dapat dikekalkan (Cuevas & Fisher, 2006). Justeru, ALK harus bijak

    menggunakan kemahiran yang ada dalam mendapatkan dana demi meningkatkan prestasi

    semasa koperasi agar ahli koperasi semasa melihat perjuangan para-para pihak lembaga lebih

    serius dan telus dalam menggerakkan operasi koperasi.

    Melihat sebaliknya, kajian sebelum ini telah mendapati terdapat pengaruh positif yang

    penting dalam perancangan strategik pada prestasi koperasi. Ini disokong oleh rangka kerja

    sementara yang dibangunkan dalam kajian yang dijalankan mempunyai pelan jangka masa

    yang panjang untuk koperasi akan mempengaruhi prestasi koperasi di Malaysia (Sushila etc

    Nurizah, MohdShahron, Rafedah dan Farahaini, 2010). Selain itu, menurut kajian sebelum ini

    lagi di kalangan 250 lembaga pengarah koperasi di Malaysia juga mendedahkan bahawa

    koperasi yang mempunyai pelan strategik untuk sekurang-kurangnya tiga tahun dengan

    pantasnya menyumbang ke arah kejayaan koperasi. Sebaliknya, perancangan dan penyertaan

    daripada ahli strategik tidak dianggap sebagai faktor utama yang menyumbang kepada

    prestasi koperasi. Mahazril, Hafizah dan Zuraini (2012) menunjukkan bahawa kedua-dua

    faktor menyumbang kepada kejayaan koperasi tetapi mereka tidak memberi kesan kepada

    prestasi koperasi. Justeru itu, mereka mencadangkan bahawa ALK perlu terlibat dalam

    membuat keputusan melalui komunikasi dan dan aktiviti yang berkesan. Berbalik kepada

    kajian ini, menjadikan satu medan untuk ALK bertindak dengan cepat dalam membuat

    keputusan lebih-lebih lagi bersama ahli koperasi semasa kerana tanpa mereka sesebuah

    organisasi bernama koperasi tidak akan wujud di dunia ini.

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    453

    Memperlihatkan situasi yang lain berkenaan konflik yang berlaku dalam koperasi, ALK perlu

    mengunakan peluang ini untuk menunjukkan kredibiliti mereka selaku orang besar dalam

    organisasi dalam menangani sesuatu konflik. Ini disokong oleh (Goleman, 1998)

    mendefinisikan pengurusan konflik sebagai kemahiran dalam rundingan dan menyelesaikan

    aspek-aspek yang tidak dipersetujui. Beliau menyatakan individu yang memiliki ciri-ciri ini

    berkemampuan menyelesaikan konflik orang-orang yang bermasalah dan mewujudkan

    suasana diplomasi, dapat mengenal pasti aspek-aspek atau isu-isu yang membawa kepada

    konflik, dan mendorong kepada perbincangan secara terbuka terhadap aspek-aspek yang

    membawa kepada perbalahan atau konflik dalam organisasi seterusnya membawa kepada

    penyelesaian yang lebih adil. Sehubungan itu, tanpa disedari dengan situasi ini akan dilihat

    oleh ahli semasa koperasi terhadap ALK dalam menguruskan konflik ini. Ahli semasa

    koperasi akan melihat ini sebagai penanda aras bahawa orang besar dalam pentadbiran

    koperasi mempunyai kredibilti untuk membawa koperasi yang lebih sempurna dalam

    pentadbiran mereka. Ini dilihat oleh pengurusan konflik memerlukan individu lebih sensitif

    terhadap isu-isu yang terselindung, berkeyakinan, mempunyai kemahiran dan berani untuk

    mengendali sesuatu isu secara bersungguh-sungguh (Ellis, 2010). Justeru, ia akan

    mewujudkan persepsi atau rasa kepercayaan yang baik terhadap kredibiliti ALK ini.

    Terdapat kajian yang dilakukan bahawa di satu pihak, para pengurus koperasi atau di

    Malaysia dipanggil ALK cenderung memiliki keinginan yang sangat kuat untuk terlibat

    dalam operasi koperasi sehari-hari. Sedangkan di pihak lain, para pengurus koperasi atau ahli

    lembaga koperasi kekadang menyalahgunakan pangkat yang dimilikinya, untuk mengaut

    keuntungan semata-mata (Mubyarto, 1992). Jadi seseorang ALK itu harus mempunyai sifat

    kejujuran dan akauntabiliti yang kuat di dalam diri agar dapat mentadbir koperasi ke arah

    cemerlang, terbilang dan gemilang. Justeru, untuk melicinkan lagi pentadbiran semasa

    koperasi, ALK haruslah belajar sesuatu daripada tadbir urus baik dalam (Good Governance)

    di dalam pengurusan tadbir urus korporat.

    Menurut Subyantoro (2008) bahawa dalam lembaga koperasi terdapat dua peranan yang

    mendorong lembaga koperasi, iaitu peranan lembaga kelompok berkoperasi (cooperative

    group) dan peranan lembaga koperasi usaha (cooperative enterprise). Kedua-dua kelompok

    tersebut ingin melihat kedua-dua sifat tersebut mempunyai hubung kait anggota koperasi

    yaitu anggota sebagai pemilik sekaligus pelanggan. Ini dijelaskan bahawa mana-mana ahli

    semasa koperasi boleh menjadi atau dicalonkan sebagai ALK kerana di dalam koperasi hanya

    ahli yang mengetahui setiap pergerakan atau operasi koperasi tersebut. Jadi sama ada akan

    adanya persepsi kepercayaan timbul dikalangan ahli semasa koperasi terhadap calon-calon

    yang bakal menduduki kerusi jawatan ALK ini muncul, percaya atau tidak dengan kredibiliti

    yang ada pada ALK ini.

    Othman, Mohamad dan Abdullah (2013) telah menjalankan kajian mengenai isu tadbir urus

    dalam pergerakan koperasi di Malaysia dan mendapati bahawa masalah utama di koperasi

    dikompaun apabila ahli mempunyai masalah sikap tidak peduli dan kemahiran rangkaian

    yang miskin. Mereka juga menekankan bahawa Lembaga Pengarah memainkan peranan yang

    penting dalam mengintergrasikan tindakan pengurus itu apabila mereka diberi tanggungjawab

    untuk memantau prestasi pengurusan. Oleh itu, Lembaga Pengarah mesti mempunyai literasi

    asas dalam kewangan dan kefahaman strategi perniagaan untuk menguruskan koperasi. ALK

    atau ahli lembaga pengarahlah yang bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    454

    pentadbiran sesuatu koperasi agar tiada pihak lain yang ingin mengambil kesempatan ke atas

    usaha perjalanan koperasi tersebut.

    Tadbir Urus Pihak Pengurusan

    Pihak Pengurusan dan kakitangan koperasi adalah dilantik dan diupah oleh ALK atas dasar

    kemahiran dan kompeten dalam menguruskan urusan koperasi secara sepenuh masa. Dalam

    struktur pengurusan koperasi, pihak pengurusan koperasi bertangguungjawab secara langsung

    terhadap keselamatan harta-harta koperasi (stok, kerosakan, kehilangan dan sebagainya).

    Menurut Ahmad Marzuki (2005) menjelaskan secara umumnya, pihak pengurusan perlu

    menyedari bahawa terdapat anasir-anasir luar yang tidak menyenangi tentang kejayaan

    bebarapa buah koperasi yang berdaftar dan mereka mampu mengambil kesempatan terhadap

    anggota koperasi untuk mewujudkan persepsi yang buruk terhadap pihak pengurusan. Beliau

    menambah lagi, bahawa pihak pengurusan harus menerima segala apa rintangan, isu

    mahupun masalah yang dihadapi dalam membangunkan pentadbiran dan pengurusan ke arah

    yang lebih dinamik dan lebih baik.

    Dalam memastikan gerakan koperasi memenuhi kehendak dan keperluan anggota, ALK

    dicadangkan mewujudkan pelbagai jawatankuasa yang terdiri dari kalangan anggota (Ahmad

    Marzuki, 2004). Ini kerana dengan peluang dan ruang yang diberikan kepada anggota

    koperasi akan memudahkan pihak pentadbiran dan pihak pengurusan koperasi menerapkan

    konsep, nilai-nilai dan prinsip koperasi serta mengurangkan bebanan kepada ALK dalam

    menjalankan tugas harian. Akan tetapi, jika tiada dikalangan anggota yang dapat mengisi

    setiap jawatankuasa dengan sebab-sebab tertentu, ALK perlu mencari pihak pengurusan yang

    bukan dari anggota tetapi berminat dan mempunyai kelayakkan serta ruangan masa untuk

    bekerja secara tetap bagi merencana perjalanan koperasi. Justeru, dengan rasa saling

    mempercayai antara satu sama lain akan menjadikan koperasi mengikut kehendak objektif

    dan menjadi tadbir urus yang baik.

    Kakitangan atau pihak pengurusan yang prihatin, berwawasan dan berdidikasi dalam

    mentadbir koperasi adalah penentu pencapaian dan kejayaan setiap aktiviti (Ahmad Marzuki,

    2004). Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan perlu mengenal pasti bentuk pengurusan

    yang sesuai dengan persekitaran. Antara bentuk pengurusan koperasi yang sesuai ialah

    pengurusan berkualiti dan berpasukan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada

    anggotanya yang terdiri dari pelbagai sosiobudaya. Beliau menambah lagi dengan

    mengatakan strategi pengurusan yang berkualiti memudahkan pihak pengurusan membuat

    perancangan, perlaksanaan dan perjalanan urus niaga bagi sesuatu kegiatan koperasi selaras

    dengan kehendak tadbir urus koperasi. Oleh itu, strategi pengurusan berkualiti ini dapat

    menonjolkan pihak pengurusan di mata anggota dan mewujudkan rasa yakin anggota

    terhadap pihak pengurusan untuk mentadbir urus koperasi.

    Fungsi pihak pengurusan koperasi ialah membantu pemimpin koperasi mencapai matlamat

    aktiviti ekonomi dan sosial koperasi yang terkandung dalam strategi yang digubal dalam

    Mesyuarat Lembaga Koperasi. Oleh sebab itu, tanggungjawab pihak pengurusan membantu

    pemimpin koperasi mengatasi cabaran dan permasalahan yang timbul amat penting. Selain

    itu, jika pihak pengurusan ingin menyakinkan anggota koperasi dan masyarakat luar tentang

    Koperasi perlu mengikut langkah seperti mengutamakan kehendak dan keperluan anggota,

    peka terhadap perubahan luaran dan dalaman koperasi, menggunakan semaksimum mungkin

    sumber dalam koperasi dan mengekalkan pengamalan jati diri koperasi, tadbir urus koperasi

    dan perundangan koperasi (Ahmad Marzuki, 2005).

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    455

    Antara tanggungjawab pihak pengurusan di dalam Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi 2005

    (GP 27) menggariskan : (i) mempamerkan kepimpinan yang baik, iaitu berkomunikasi secara

    efektif mengenai visi dan misi, falsafah pengurusan dan strategi perniagaan kepada

    kakitangan, (ii) memaklumkan kepada Lembaga semua aspek penting berkaitan operasi, (iii)

    koperasi dan membekalkan maklumat yang mencukupi kepada anggota Lembaga; dan (iv)

    memastikan pengurusan harian perniagaan koperasi diurus dengan berkesan. Selain itu,

    dalam memastikan setiap jawatankuasa atau pihak pengurusan dapat menjalankan tugas

    dengan baik, ALK perlu merangka program pembangunan kakitangan pengurusan

    terutamanya dari segi ilmu koperasi, ilmu pengurusan dan ilmu perniagaan (Ahmad Marzuki,

    2004). Beliau menambah lagi bahawa tanpa ilmu atau pengetahuan tentang koperasi,

    kakitangan pengurusan tidak berupaya memenuhi kehendak ALK dan anggotanya. Keperluan

    ini disebabkan pihak pengurusan bertanggungjawab dalam mencapai objektif koperasi

    dengan menyusun pelbagai perancangan yang telah diputuskan semasa Mesyuarat Agung

    Tahunan Koperasi dan Mesyuarat Lembaga Koperasi.

    Tadbir Urus Jawatankuasa Audit Dalaman

    Audit dalaman didefinisikan oleh Institut Juruaudit Dalaman (IIA) Malaysia (2012) seperti

    berikut ...audit dalaman merupakan satu unit yang bebas, memberi kepastian mengenai

    pencapaian objektif dan memberi khidmat perundingan ke arah menambah nilai dan

    memperbaik operasi organisasi. Di samping itu, audit dalaman membantu organisasi

    mencapai objektif dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk

    menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dan proses tadbir urus

    (IIA Malaysia, 2012).

    Menurut Ahmad Marzuki, (2004) menerangkan di dalam Seksyen 42(6), Akta Koperasi 1993

    bilangan JAD diantara 3 orang hingga 6 orang sahaja. Keperluan JAD dalam pergerakan

    koperasi adalah jelas iaitu memastikan koperasi berjalan dengan telus dan meningkatkan

    keyakinan warga koperasi. Beliau menambah lagi dengan mayatakan dari buku Pengauditan

    Dalaman Koperasi Menangani Alaf-Baru Isu dan Cabaran yang ditulis oleh (Ali Hassan)

    keperluan audit dalam pergerakan koperasi antaranya, mengesan penyelewangan,

    meningkatkan keberkesanan tadbir urus pengurusan, memastikan perbelanjaan dibuat dengan

    berhemat, memastikan sumber-sumber yang digunakan dengan cekap dan ekonomik,

    memastikan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan

    UKK koperasi serta sebagainya. Oleh itu, JAD perlu mempunyai pengetahuan atau ilmu,

    kemahiran dan sentiasa berusaha memantapkan diri dengan elemen pengauditan. Cabaran-

    cabaran yang disebutkan bukan untuk menakutkan JAD tetapi bagi memantapkan tadbir urus

    JAD di mata anggota koperasi.

    Melihat kepada tugas audit dalaman perlu melihat kepada jawatankuasa audit sebagai

    pelanggan, manakala jawatankuasa untuk mempertimbangkan fungsi audit dalaman

    merupakan sumber penting maklumat, Ia telah menjadi jelas dalam tahun baru-baru ini

    bahawa Ketua Audit Dalaman dan Jawatankuasa Audit telah membangunkan hubungan yang

    baik bagi bekerjasama untuk dicirikan oleh aspek khas seperti "garis pelaporan, " dan

    perlindungan autonomi. "Ini tidak bermakna apa-apa cara, bahawa juruaudit dalaman bekerja

    secara berasingan daripada keseluruhan pentadbiran (J. Cattrysse, 2005, ms36). Ditekan lagi

    bahawa selaku ketua audit hendaklah memantau setiap kerja dari jawatankuasa audit agar

    tidak berlakunya kesilapan, mengambil kesempatan atau berlaku penyelewangan di dalam

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    456

    laporan tahunan nanti. Sokongan pengurusan merujuk kepada pendekatan yang ditunjukkan

    oleh pihak pengurusan dalam memberi sokongan mereka terhadap peranan dan nilai audit

    dalaman serta memberi mereka kuasa untuk melaksanakan peranan mereka dengan berkesan

    (Alzeban & Gwilliam 2012). Ia juga merupakan penyumbang yang penting kepada fungsi

    audit dalaman untuk melaksanakan operasi mereka dalam sesebuah organisasi.

    Kajian ini didorong oleh kes penipuan (KPMG Malaysia Fraud Survey Report 2009), rasuah,

    salah guna kuasa dan pecah amanah (Aminah 2009) yang dikenal pasti sebagai penyumbang

    masalah utama bukan sahaja kepada perniagaan malah turut melibatkan pentadbiran sektor

    awam di Malaysia. Pendedahan salah laku ini tentunya menuntut kepada keperluan tadbir

    urus dan akauntabiliti yang berkesan khususya dalam sektor awam. Isu yang dibangkitkan di

    atas dapat dikesan melalui fungsi audit dalaman yang mantap (Coram, Ferguson & Moroney

    2006; KPMG Malaysia Fraud Survey Report 2009; Unegbu & Kida 2011; Normah &

    Katerina 2012; Laporan Ketua Audit Negara 2012). Sehubungan itu, pihak berkepentingan

    dalam pentadbiran koperasi iaitu JAD perlu mematuhi etika ketika menjalankan

    tanggunjawab agar tidak menimbulkan persepsi buruk dari ahli-ahli semasa koperasi terhadap

    mereka.

    Menurut Goetsch (2010), sesebuah jawatankuasa hanya akan berjaya dalam pencapaian

    matlamatnya apabila ahlinya memberikan sokongan dan komitmen. Disini menjelaskan lagi

    bahawa ahli-ahli koperasi perlu memberi sokongan dan dorongan kepada pihak jawatankuasa

    audit dalaman dalam melaksanakan gerak kerja mereka kerana dengan sokongan ahli

    koperasi menjadikan orang yang memegang jawatan sebagai jawatankuasa audit dalaman

    sesebuah koperasi lebih yakin dengan peranan mereka untuk melaksanakan gerak kerja

    mereka. Selain itu, dapat membantu mereka membina persefahaman kerja dalam kerja

    mengaudit dan menjadikan mereka satu jabatan yang boleh perbaiki setiap ceruk dalam

    pengurusan pentadbiran dan membendung penyalahan gunaan kuasa.

    METODOLOGI Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan oleh penyelidik adalah kajian deskriktif dan korelasi. Kajian deskriktif

    digunakan dalam mengenal pasti dan mendapatkan hasil maklumat mengenai sesuatu ciri-ciri

    masalah atau isu tertentu (Collis & Hussey, 2009). Kajian deskriktif adalah satu jenis kajian

    statistik. Di mana, melalui kajian jenis statistik ini penyelidik dapat menganalisis data

    populasi dengan cara menggambarkan data yang telah terkumpul tanpa membuat kesimpulan.

    Bukan itu saja, melalui pemilihan kajian deskriptif juga akan memudahkan penyelidik

    melihat tentang perhubungan diantara pembolehubah yang berkaitan dengan kajian mengenai

    siapa, apa, di mana, bila atau banyak mana (T. Ramayah, 2011). Melaui kajian ini sampel

    kajian adalah terdiri daripada guru-guru sekolah yang menjadi anggota KOSPEP di dua buah

    sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Seri Bedena dan Sekolah

    Menengah Kebangsaan Sungai besar di Sungai Besar, Selangor. Namun begitu, populasi

    yang diambil sebanyak 160 orang guru dan 113 telah diambil untuk dijadikan sampel sebagai

    kajian dalam penyelidikan ini.

    Selain itu, dalam kajian ini juga penyelidik menggunakan kuantitatif sebagai kajian ini bagi

    mengukur data yang telah dikumpulkan. Menurut Uma Sekaran (2003), kajian kuantitatif ini

    boleh dilaporkan dari segi bilangan. Ini bermaksud data yang dikumpulkan itu hasil

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    457

    penyelidikan yang akan dipersembahkan melalui data berangka. Tambahan pula, jenis kajian

    ini menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif ini dapat

    dikukur melalui beberapa proses pengukuran yang memerlukan alat-alat pengukuran seperti

    soal selidik dan ujian. Dalam mengumpul data kuantitatif pengkaji telah menggunakan satu

    set borang soal selidik bagi mengumpulkan data atau mendapatkan jawapan dari responden

    bagi mendapatkan maklumat mengenai kepercayaaan ahli anggota terhadap tadbir urus

    koperasi.

    Rangka Kerja Teori Kajian

    Menurut Uma Sekaran (2009), melalaui kerangka teori kajian ini akan memaparkan

    hubungan diantara pembolehubah dan penghuraian ciri atau sifat dan juga hala tuju sesuatu

    hubungan. Bagi kerangka teori kajian ini, pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah

    kepercayaan terhadap tadbir urus. Manakala pemboehubah tidak bersandar adalah terdiri

    tadbir urus tadbir urus ALK, tadbir urus pihak pengurusan dan tadbir urus JAD. Rujuk rajah

    3.1 di bawah.

    Rajah 3.1: Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

    Pembolehubah Tidak Pembolehubah

    Bersandar Bersandar

    Jadual 3.1 Kaedah Analisis Data

    Bil Objektif Kaedah Pengukuran

    1 Objektif Pertama: Mengukur Tahap

    Kepercayaan Ahli Anggota Terhadap Skor Min

    Tadbir Urus Koperasi

    Saiz Sampel Menurut Krejcie & Morgan (1970) di mana populasi sasaran adalah 160, maka saiz sampel

    113 adalah amat mencukupi. Jumlah populasi guru yang menjadi anggota koperasi KOSPEP

    di antara Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena dan Sekolah Menengah Kebangsaan

    Sungai Besar yang berada di Sungai Besar adalah 160. Mewujudkan rangka sampel, kajian

    ini meliputi meliputi guru-guru dari bidang yang berbeza dimana seperti Bahasa Melayu,

    English, Sejarah, Matematik dan Sains. Rujuk jadual 3.2 di bawah.

    Tadbir Urus Ahli Lembaga

    Koperasi (ALK)

    Tadbir Urus Pihak

    Pengurusan

    Jawatankuasa Audit

    Dalaman (JAD)

    Kepercayaan Terhadap

    TadbirUrus

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    458

    Jadual 3.2 : Saiz Sampel

    Populasi Sampel Sampel tidak Sampel sah

    sah

    160 160 47 113

    Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah alat kajian yang digunakan pengkaji untuk mengumpul data daripada

    sampel. Dalam pembinaan instrumen kajian ini, pengkaji boleh mereka sendiri atau

    mengubah instrumen kajian yang terdahulu dan menggunakan instrumen standard yang sedia

    ada (Rafeah Yaakub, 2011).

    Dalam kajian ini, pengkaji membentuk atau mereka item-item borang soal selidik kajian

    adalah melalui daripada hasil bacaan buku rujukan, jurnal, kajian yang terdahulu.

    Pembentukan instrumen kajian ini berdasarkan daripada persoalan dan objektif kajian.

    Melalui borang soal selidik pengkaji akan dapat memastikan data yang dikumpul adalah tepat

    dan sahih serta boleh dipercaya.

    DAPATAN UTAMA KAJIAN Skor Min

    Analisis pengelasan skor min dan tahap penilaian digunakan berdasarkan jadual 4.1 bagi

    mengukur tahap kepercayaan anggota terhadap tadbir urus koperasi.

    Jadual 4.1 : Analisis Pengelasan Skor Min dan Tahap Penilaian

    Bil Skor min Tahap Penilaian

    1. 1.00 2.00 Rendah

    2. 2.01 4.00 Sederhana

    3. 4.01 6.00 Tinggi

    Taburan nilai skor min dan keputusan bagi penilaian tahap kepercayaan ahli anggota terhadap

    tadbir urus koperasi iaitu objektif pertama bagi kajian ini ditunjukkan dalam jadual 4.10

    sehingga 4.12.

    Objektif Pertama: Mengukur Tahap Kepercayaan Ahli Anggota Terhadap Tadbir

    Urus Koperasi.

    Jadual 4.2 berikut menunjukkan skor min dan tahap penilaian kepercayaan ahli anggota

    terhadap tadbir urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

    Jadual 4.2 : Skor Min Bagi Tadbir Urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

    Bil. Item Min Tahap

    QC 1.1 Saya yakin dan percaya setiap ahli lembaga 5.18 Tinggi

    koperasi (ALK) telah mengkaji dan

    meluluskan strategi, perancangan perniagaan

    dan dasar-dasar serta memantau tahap kerja

    pihak pengurusan yang mengendalikan

    perniagaan koperasi.

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    459

    QC 1.2 Saya yakin dan percaya bahawa ahli 5.21 Tinggi

    lembaga koperasi (ALK) telah membangunkan

    budaya etika dan integrity yang tinggi dan

    pengurusan yang professional.

    QC 1.3 Saya yakin dan percaya ahli lembaga koperasi 5.27 Tinggi

    (ALK) mampu memastikan proses

    pemilihan dan perlantikan pihak pengurusan

    yang kompeten.

    QC 1.4 Saya yakin dan percaya ahli lembaga koperasi 5.18 Tinggi

    (ALK) juga memastikan sistem kawalan

    dalaman yang berkesan wujud dalam koperasi.

    QC 1.5 Saya yakin dan percaya ahli lembaga koperasi 5.15 Tinggi

    (ALK) menyediakan dasar pengurusan

    risiko yang komprehensif dan berkesan.

    JUMLAH 5.20 Tinggi

    Berdasarkan jadual 4.2 ini menunjukkan ahli anggota meletakkan kepercayaan pada tahap

    yang tinggi kepada tadbir urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK) iaitu skor min keseluruhan

    5.20 yang dicatatkan. Ahli anggota yakin dan percaya ALK bertanggungjawab ke atas tugas

    yang telah di peruntukan seperti di dalam Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi (GP27, 2015)

    dari segi:

    i. Memastikan proses pemilihan dan perlantikan pihak pengurusan yang kompeten. ii. Membangunkan budaya etika dan integriti yang tinggi serta pengurusan yang

    professional.

    iii. Mengkaji dan meluluskan strategi, perancangan perniagaan dan dasar-dasar serta memantau tahap kerja pihak pengurusan yang mengendalikan perniagaan

    koperasi.

    iv. Memastikan sistem kawalan dalaman yang berkesan wujud dalam koperasi. v. Menyediakan dasar pengurusan risiko yang komprehensif dan berkesan.

    Jadual 4.3 berikut menunjukkan skor min dan tahap penilaian kepercayaan ahli

    anggota terhadap tadbir urus pihak pengurusan koperasi.

    Jadual 4.3 : Skor Min Bagi Faktor Tadbir Urus Pihak Pengurusan

    Kod Item Min Tahap

    QC 2.1 Saya yakin dan percaya pihak pengurusan 5.30 Tinggi

    yang dilantik mempunyai kemahiran dan

    kepakaran yang sewajarnya untuk

    mengendalikan perniagaan koperasi.

    QC 2.2 Saya yakin dan percaya pihak pengurusan 5.27 Tinggi

    meneliti pembahagian peranan dan

    tanggungjawab kakitangan dalam pengurusan

    operasi perniagaan koperasi.

    QC 2.3 Saya yakin dan percaya pengawasan kakitangan 5.25 Tinggi

    dalam menjalankan tugas-tugas berlaku mengikut

    dasar dan prosedur yang ditetapkan.

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    460

    QC 2.4 Saya yakin dan percaya pihak pengurusan 5.30 Tinggi

    mempamerkan kepimpinan yang baik kepada

    kakitangan.

    QC 2.5 Saya yakin dan percaya pihak pengurusan 5.19 Tinggi

    memastikan pengurusan seharian perniagaan

    koperasi adalah diurus dengan berkesan.

    JUMLAH 5.26 Tinggi

    Berdasarkan jadual 4.3 ini menunjukkan ahli anggota meletakkan kepercayaan pada tahap

    yang tinggi terhadap tadbir urus pihak pengurusan koperasi. Pihak pengurusan adalah terdiri

    daripada pengurus koperasi dan kakitangan sokongan lain dengan skor min keseluruhan 5.26

    yang dicatatkan. Ahli anggota yakin dan percaya pihak pengurusan telah melaksanakan

    tanggungjawab dan tugas seperti di dalam Garis PanduanTadbir Urus Koperasi (GP27, 2015)

    dari segi:

    i. Mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sewajarnya untuk mengendalikan perniagaan koperasi.

    ii. Mempamerkan kepimpinan yang baik kepada kakitangan. iii. Meneliti pembahagian peranan dan tanggungjawab kakitangan dalam pengurusan

    operasi perniagaan koperasi.

    iv. Pengawasan kakitangan dalam menjalankan tugas-tugas berlaku mengikut dasar dan prosedur yang ditetapkan.

    v. Memastikan pengurusan seharian perniagaan koperasi adalah diurus dengan berkesan.

    Jadual 4.4 berikut menunjukkan skor min dan tahap penilaian kepercayaan ahli anggota

    terhadap tadbir urus Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).

    Jadual 4.4 : Skor Min Bagi Faktor Tadbir Urus Jawatankuasa Audit Dalaman

    KOD ITEM MIN TAHAP

    QC 3.1 Saya yakin dan percaya jawatankuasa 5.33 Tinggi

    audit dalaman (JAD) yang dilantik

    adalah benar-benar kompeten untuk

    menentukan kedudukan dan prestasi

    kewangan secara benar dan saksama.

    QC 3.2 Saya yakin dan percaya peranan 5.34 Tinggi

    Jawatankuasa audit dalaman (JAD)

    mampu mempertingkatkan keberkesanan

    pengurusan dan proses pentadbiran oleh

    ahli lembaga koperasi (ALK) dan pihak

    pengurusan.

    QC 3.3 Saya yakin dan percaya fungsi jawatankuasa 5.32 Tinggi

    audit dalaman (JAD) mengesan sebarang

    bentuk kesilapan dan penipuan supaya

    tindakan pembetulan dapat diambil dengan

    segera.

    QC 3.4 Saya yakin dan percaya jawatankuasa 5.36 Tinggi

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    461

    audit dalaman (JAD) mampu memastikan

    perbelanjaan digunakan dengan berhemah

    dan sumber-sumber digunakan dengan baik.

    QC3.5 Saya yakin dan percaya pelaksanaan 5.35 Tinggi

    tugas pengauditan yang efektif menggalakkan

    operasi koperasi yang telus, efisen serta

    dapat mengurangkan kesilapan dan salah laku.

    JUMLAH 5.34 Tinggi

    Berdasarkan jadual 4.4 ini menunjukkan ahli anggota meletakkan kepercayaan pada tahap

    yang tinggi kepada tadbir urus Jawatan Kuasa Audit Dalaman (JAD) iaitu skor min

    keseluruhan 5.34 yang dicatatkan. Ahli anggota yakin dan percaya JAD sentiasa menjalankan

    tanggungjawab dan tugas yang telah di peruntukan seperti di dalam Garis PanduanTadbir

    Urus Koperasi (GP27, 2015) dari segi:

    i. Memastikan perbelanjaan digunakan dengan berhemah dan sumber-sumber digunakan dengan baik.

    ii. Melaksanakan tugas pengauditan yang efektif, menggalakkan operasi koperasi yang telus, efisen serta dapat mengurangkan kesilapan dan salah laku.

    iii. Mempertingkatkan keberkesanaan pengurusan dan proses pentadbiran oleh ahli lembaga koperasi (ALK) dan pihak pengurusan.

    iv. Menentukan kedudukan dan prestasi kewangan secara benar dan saksama. v. Mengesan sebarang bentuk kesilapan dan penipuan supaya tindakan pembetulan

    dapat diambil dengan segera.

    Rumusan analisis skor min bagi menentukan kepercayaan ahli anggota terhadap tadbir urus

    koperasi ditunjukkan di dalam jadual 4.5.

    Jadual 4.5 : Rumusan Analisis Skor Min dan Tahap Penilaian

    Item Skor Min Tahap

    Tadbir urus ahli lembaga koperasi (ALK) 5.20 Tinggi

    Tadbir urus pihak pengurusan 5.26 Tinggi

    Tadbir urus jawatankuasa audit dalaman (JAD) 5.34 Tinggi

    Berdasarkan jadual 4.5 di atas merumuskan objektif kajian yang pertama iaitu ahli anggota

    meletakkan kepercayaan pada tahap yang tinggi kepada ALK) pihak pengurusan dan JAD.

    Ini menunjukkan ahli anggota meletakkan setiap tanggungjawab dan tugas tadbir urus ALK,

    pihak pengurusan dan JAD pada tahap yang sama kerana mereka adalah pemangkin kejayaan

    operasi sesuatu koperasi itu (Ahmad Marzuki, 2015).

    PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Perbincangan tentang dapatan kajian ini adalah berdasarkan persoalan kajian yang telah

    dirangka di dalam bab pertama sebagai tanda aras bagi mendapatkan keputusan kajian yang

    sah dan boleh diguna pakai. Daripada analisa maklumat kajian, terdapat beberapa dapatan

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    462

    dan kesimpulan yang telah dikeluarkan. kesimpulan dapatan kajian ini dibincangkan lebih

    lanjut secara terperinci dalam persoalan kajian pertama, persoalan kajian kedua dan persoalan

    kajian ketiga.

    i. Apakah tahap kepercayaan ahli anggota terhadap tadbir urus koperasi iaitu di antara tadbir urus ahli lembaga koperasi (ALK), tadbir urus pihak pengurusan dan

    tadbir urus jawatankuasa audit dalaman (JAD)?

    Persoalan kajian pertama: Apakah tahap kepercayaan ahli anggota terhadap tadbir

    urus koperasi iaitu di antara tadbir urus ahli lembaga koperasi (ALK), tadbir

    urus pihak pengurusan dan tadbir urus jawatankuasa audit dalaman (JAD)?.

    Ahli anggota koperasi meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ALK Pihak Pengurusan

    dan JAD dalam menngemudi koperasi bagi kepentingan ahli-ahlinya. Namun begitu, skor

    min tertinggi adalah kepercayaan terhadap tadbir urus JAD diikuti oleh pihak pengurusan dan

    seterusnya ALK.

    Kepercayaan ahli anggota terhadap tadbir urus JAD membantu ALK dan pihak pengurusan

    koperasi dalam menjalanankan operasi sesuatu koperasi mengesan sebarang penyelewengan

    yang boleg berlaku.. Guru menganggap dengan cara ini mereka akan mengetahui sejauh

    mana kelemahan dari pihak pendtadbir koperasi dalam mengendalikan operasi dalam

    koperasi dan berharap pihak pentadbir akan memperbaiki setiap kelemahan mereka dalam

    mengendalikan operasi koperasi dan untuk meningkatkan mutu serta kewibawaan koperasi di

    mata ahli anggota koperasi.

    IMPLIKASI Berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan faktor-faktor kepercayaan terhadap

    tadbir urus adalah amat penting buat KOSPEP. Ini kerana melalui faktor-faktor tersebut bakal

    mempengahruhi pencapaian prestasi dalam mentadbir urus bersama dengan kerjasama

    masing-masing. Selain itu, setiap pihak berkepentingan seperti ALK, pihak pengurusan dan

    JAD perlu mengambil kira dan tanggungjawab terhadap apa yang anggota mahukan dan

    luahkan agar kepercayaan anggota ini terhadap pihak berkepentingan akan terus

    berpanjangan dan mentadbir KOSPEP dengan lebih telus dan cemerlang. Oleh itu, pihak

    berkepentingan seperti ALK, pihak pengurusan dan JAD perlu memainkan peranan penting

    dalam mengelola pentadbiran KOSPEP dengan cara mempelbagaikan aktiviti diantara

    anggota dan pihak berkepentingan ini. ini kerana dapat mengeratkan hubungan sesame

    mereka serta mengenali anatara satu sama lain bagi tujuan untuk mengukuhkan kepercayaan

    mereka terhadap ALK, pihak pengurusan dan JAD untuk terus diberi kepercayaan dalam

    pentabiran KOSPEP.

    CADANGAN Setiap pihak berkepentingan seperti ALK, pihak pengurusan dan JAD perlu menyediakan

    kursus, seminar dan program untuk mereka sendiri dalam memantapkan atau menambah baik

    ilmu pengetahuan mereka tentang selok belok dalam mengurus dan mentadbir setiap

    pergerakan KOSPEP. Ini kerana kebanyakkan mereka yang menjadi ALK dan JAD adalah

    dari kalangan guru-guru sekolah yang mungkin kekurangan masa dalam melaksana program,

    seminar dan kursus tentang pentadbiran koperasi kerana mereka adalah tenaga pengajar di

    sekolah, maka mungkin banyak masa mereka akan berada di sekolah. Selain itu, untuk pihak

    pengurusan pula yang berada di dalam KOSPEP bukanlah dari kalangan guru, maka dengan

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    463

    waktu yang mereka ada ini sama-sama membantu menguruskan apa perancangan dari segi

    seminar, kurus atau apa-apa program berkenaan pentadbiran koperasi dilaksanakan.

    Oleh itu, untuk kalangan anggota KOSPEP mereka perlu memainkan peranan mereka sebagai

    anggota KOSPEP dan bukan hanya dengan membayar yuran caruman tanpa melibatkan diri

    dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalan oleh KOSPEP. Semua kita tahu, bahawa

    KOSPEP adalah sebuah koperasi yang berdaftar maka tanpa menimbulkan pelbagai masalah,

    kerugian dan konflik dengan menghadiri mesyuarat agung tahunan adalah yang terbaik untuk

    para anggota ini. selain itu, melalui mesyuarat agung tahunan, anggota akan lebih terdedah

    atau mengenali barisan-barisan kepimpinan yang lama dan baru yang dilantik semasa

    mesyuarat agung tahunan yang dipilih sendiri oleh anggota untuk mengemudi barisan

    pentadbiran KOSPEP. Oleh itu, para anggota juga dapat melihat setiap calon yang bakal

    dijadikan sebagai barisan kepimpinan dengan melihat kriteria dan pengetahuan mereka dalam

    selok belok pentadbiran koperasi sebelum dipilih untuk menjadi pemimpin di dalam

    KOSPEP. Ini kerana, dengan cara ini anggota akan merakan bahawa pilihan mereka keatas

    pilihan pimpinan ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan mereka dalam mentadbir urus

    KOSPEP.

    BATASAN KAJIAN Bagi kajian ini terdapat beberapa batasan kajian semasa menjalankan kajian ini. Antaranya

    adalah:

    i. Sampel saiz hanya berdasarkan kepada dua buah sekolah sahaja iaitu guru-guru yang menjadi anggota KOSPEP dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai

    Besar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena yang berada di Sungai

    Besar.

    ii. Pembolehubah tidak bersandar berdasarkan tadbir urus pihak pentadbir koperasi iaitu ALK pihak pengurusan dan JAD secara amnya berdasarkan Garis Panduan

    Tadbir Urus Koperasi 2015. Pembolehubah tidak bersandar dari segi faktor luaran

    seperti pemantauan Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga boleh menjaktor untuk

    ahli anggota terus meletakkan kepercayaan pada operasi koperasi.

    CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Berdasarkan kajian dari pengkaji, terdapat beberapa cadangan untuk penyelidik akan datang

    yang ingin membuat kajian berkaitan isu tadbir urus koperasi iaitu :

    i. Kajian akan datang hendaklah diperluaskan dengan mencari skop kajian yang lebih luas seperti koperasi yang lebih besar dan terkenala agar memudahkan

    pengakaji mendapat sumber maklumat yang lebih baik.

    ii. Perlu menambah item-item di dalam borang soal selidik agar pengetahuan anggota terhadap koperasi dapat menambah input untuk anggota.

    iii. Kajian yang akan datang perlu menggunakan lebih banyak rujukan mengenai kajian-kajian lepas dengan lebih luas berkaitan tadbir urus koperasi.

    KESIMPULAN Kesimpulanya, kajian ini telah mengkaji tentang hubungan antara faktor tadbir urus dari

    ALK, pihak pengurusan dan JAD dengan kepercayaan terhadap tadbir urus di kalangan guru-

    guru yang menjadi anggota KOSPEP di dua buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah

    Kebangsaan Seri Bedena dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar di Sungai Besar,

    Selangor.

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    464

    Berdasarkan hasil kajian, keputusan menunjukkan semua pembolehubah mempunyai

    hubungan yang positif mengenai pentingnya tadbir urus itu. Oleh itu, semua pihak di dalam

    KOSPEP seperti ALK, pihak pengurusan dan JAD serta anggota perlu memainkan peranan

    yang penting dan bekerjasama dalam memacu ke arah pentadbiran yang cemerlang. Selain

    itu, cadangan-cadangan yang telah diberikan oleh pengakaji dapat dilaksanakan oleh

    responden dan juga pihak ALK, pihak pengurusan dan JAD.

    Akhir sekali, pengkaji meminta penyelidik di masa akan datang diharapkan terus melakukan

    kajian mengenai tentang koperasi dan bukan hanya dari segi tadbir urus saja, makan

    diperluaskan lagi dengan skop kajian yang lain yang berkaitan dengan koperasi.

    RUJUKAN

    Abdul Manap, N. & Tehrani, P. M. (2014). The contribution of cooperative law to economic

    development in Malaysia. Asian Social Science, 10(15): 283-290.

    Abdul Murad Ahmad. (1998). Ikhtisar peranan pengarah. Batu Caves, Selangor: Pustaka

    Ilmi.

    Adams, R. B., & Mehran, H. (2005). Corporate performance, board structure and its

    determinants in the banking industry. Paper presented at EFA 2005 Moscow

    Meetings. Available at SSRN http://ssrn.com/abstract302593.

    Ahmad Marzuki Ismail(a). 2004. Panduan Asas Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia.

    Selangor: Yeohprinco Sdn. Bhd.

    Ahmad Marzuki Ismail (2005). Kepimpinan Koperasi: Memimpin dan Dipimpin. Kuala

    Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Aini, Y. M., Hafizah, H. A. K., and Zuraini, Y. (2012), Factors Affecting Cooperatives

    Performance in Relation to Strategic Planning and Members Participation,

    Procedia-Social and Behavioral Sciences, 65, 100-105.

    Akta Koperasi 1993. Petaling Jaya, Percetakan Maktab Kerjasama Malaysia.

    Akotia, P. (2003), Public sector records systems in Ghana: some lessons in development

    management, African Journal of Library Archives and Information Science, Vol. 13

    No. 2, pp. 107-117.

    Alzeban, A. & Gwilliam, D. 2012. Perceptions of managers and internal auditors as to

    factors affecting the effectiveness of internal audit in the public sector context. In

    Paper presented at the 10th European Academic Conference on Internal Audit and

    Corporate Governance, 1-24. Italy: University of Verona. http://www.iacmaster.it/

    iacgconference2012/.

    Aminah, H. 2009. Penilaian terhadap pengurusan sumber kewangan secara berkesan selaras

    dengan prinsip tadbir urus terbaik. Jurnal Pendidikan PKPSM 1: 24-33.

    Anderson, Raymond; Sawyer, Hugh. (2013), "The Board of Directors as an Agent of Change

    in Turnarounds". ISSN 2329-9134.

    Andreas Kaplan, (2014). European Management and European Business Schools: Insight

    from The History of Business Schools. European Management Journal.

    Baron, M. L. (2007). Defining the Frontiers of the Firm through Property Rights Allocation:

    The Case of the French Retailer Cooperative Leclere. Review of Social Economy, 3,

    293-317.

    https://www.transactionadvisors.com/insights/board-directors-agent-change-turnaroundshttps://www.transactionadvisors.com/insights/board-directors-agent-change-turnaroundshttps://en.wikipedia.org/wiki/International_Standard_Serial_Numberhttps://www.worldcat.org/issn/2329-9134

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    465

    Bold, M. (2001). Retrieved April 9, 2003, from University of North Texas Center for Parent

    Education Website: http://www.unt.edu/cpe/module3blk2survey2.htm.

    Bond, J. K. (2009), Cooperative Financial Performance and Board of Director

    Characteristics: A quantitative investigation, Journal of Cooperatives, 22, 22-44.

    Chibanda, M., Ortmann, G. F., and Lyne, M. C. (2009), Institutional and Governance

    Factors Influencing the Performance of Selected Smallholder Agricultural

    Cooperatives in KwaZulu-Natal, Agrekon, 48(3), 293-315.

    Chua Yan Piaw. (2006). Asas statistik penyelidikan (buku 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.

    Bhd.

    Chandler, Raliph C. & Plano, Jack C. (1988), The Public Administration. Dictionary (2 nd)

    ed. California: ABC-CLIO.

    Claessens, S. (2003), Corporate governance and development global corporate governance

    forum focus 1, Washington World Bank. [Retrieved October

    3,2013],http://www.gcgf.org/wps/wcm/connect/7fc17c0048a7e6dda8b7ef606d5911/F

    ocus_1_Corp_overnance_and_Development.pdf?MOD=AJPERES.

    Cohen, P. C. (2003). Applied multiple regression / correlation analysis for the behavioural

    science, 3rd ed. Mahwah, New Jersey, USA: Lawrence Erlbaum Associates.

    M. W. E. Glautier, Brian Underdown. (1997). Accounting Theory and Practice. Sixth Edition.

    London : Pitman, 1997

    Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education. London:

    Routledge.

    Cooper, J.L., Greene, E.A., Till, B.J., Codomo, C.A., Wakimoto, B.T., Henikoff, S. (2008).

    Retention of induced mutations in a Drosophila reverse-genetic

    resource. Genetics 180(1): 661--667. (Export to RIS).

    Coram, P., Ferguson, C. & Moroney, R. (2006). The value of internal audit in fraud

    detection. In Papers presented at the 2006 AFAANZ Conference 48: 1-32.

    Creswell, J. (2002). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative

    and qualitative research. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.

    Cuevas, C. & Fischer, K. (2006). Cooperative financial institutions: Issues in governance,

    regulation and supervision, World Bank Working Paper No 82.

    Dalton, C. M. & Dalton, D. R. (2005). Boards of directors: Utilizing empirical evidence in

    developing practical prescriptions. British Journal of Management, 16(1): 91-97.

    Das, T.K. and Teng, B.-S. (2001). Trust, control, and risk in strategic alliances: An

    integrated framework. Organization Studies 22, 251-283.

    DeVellis, R. (2003) Scale Development: Theory and Applications (2nd

    Ed). Thousand Oaks:

    Sage Publications. Educational and Psychological Measurement, 30 607-610.

    Donald R. Cooper, Pamela S. Schindler. (2001). Business research methods. Seven Edition.

    Boston, [Mass.] ; London : Irwin/McGraw-Hill, c2001.

    Ellis, A. (2010). Exploring the relationship of emotional intelligence and conflict

    management styles. Ph.D. The University of North Carolina at Greensboro, United

    States -- North Carolina.

    https://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22M.+W.+E.+Glautier%22&source=gbs_metadata_r&cad=3https://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Brian+Underdown%22&source=gbs_metadata_r&cad=3http://dx.doi.org/10.1534/genetics.108.092437http://flybase.org/cgi-bin/fbrf2ris.cgi?ids=FBrf0206022

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    466

    Gay, L. R., & Airasian, P. W. (2000). Educational research: Competencies for analysis and

    application. Upper Saddle River, N.J: Merrill.

    Goleman, D. (1998a). What makes a leadership? Harvard Business Review, pp. 93 102.

    Haniffa, R., &Hudaib, M. (2006). Corporate governance structure and performance of

    Malaysian listed companies. Journal of Business Finance & Accounting, 33: 1034-

    1062.

    Hashim, M. K., Zakaria, M. & Ahmad Fawzi, D. (2014). Cooperatives in Malaysia: Their

    strengths, weaknesses, opportunities and threats. Paper proceeding for the 5th

    International Conference on Business and Economic Research, 24-25 March 2014,

    Sarawak, Malaysia.

    Hermalin, B. &Weisbach, M. (1991). The effects of board composition and direct incentives

    on firm performance. Financial Management, 20(4): 101-12.

    ICA - International Cooperative Alliance. (2009). Information on cooperatives. Retrieved

    from http://www.ica.coop/coop/index.html, 17 January.

    Imran, S. C., Shahnawaz, M., Khurram, N. K. &Sohail, R. (2009). Factors affecting good

    governance in Pakistan: An empirical analysis. European Journal of Scientific

    Research. 35(3): 337-346.

    Institute of Internal Auditors (IIA). 2013. Retrieved: 13 November 2013.

    https://na.theiia.org/standards-guidance/mandatory-guidance/Pages/Definition-of-

    Internal-Auditing.aspx.

    International Co-operative Alliance (ICA) (2013), Official website of the International Co-

    operative Alliance. (n.d.). ICA: International Co-operative Alliance. [Retrieved

    October 5, 2013], http://ica.coop/.

    Jensen, M. (1993). The modern industrial revolution, exit, and the failure of internal control

    systems. The Journal of Finance, 48(3): 831-80.

    Jill Collis & Roger Hussey. 2009. Business Research:A Practical Guide for Undergraduate

    and Postgraduate Students. Third Edition. London. Palgrave Macmillan.

    Jabatan Audit Negara (JAN). 2013. Laporan Ketua Audit Negara 2012. Putrajaya: Percetakan

    Nasional Berhad.

    Kerlinger, F. N. 1. (1986). Foundations of behavioral research (3rd ed.). Fort Worth:

    Harcourt Brace Jovanovich.

    Kimball, D.B. (1990). Math For The Real World Series. Syracuse, NJ : New Readers

    Press.

    Kotler dan Armstrong. (2001). Prinsip-prinsip Pemasaran. Jakarta: Erlanga.

    La Porta, R., Lopez-de-Silanes, F., Shleifer, A., Vishny, R. (2000). Investor protection and

    corporate governance, Journal of Financial Economics, 58, 3-27.

    Lay Yoon Fah dan Khoo Chwee Hoon (2009). Introduction to Statistical Analysis in Social

    Sciences Research (Series 1). Venton Publishing (M) Sd. Bhd.

    Lay Yoon Fah dan Khoo Chwee Hoon (2009). Introduction to Statistical Analysis in Social

    Sciences Research (Series 2). Venton Publishing (M) Sd. Bhd.

    Lipton, M. & Lorsch, J. W. (1992). A modest proposal for improved corporate governance.

    Business Lawyer, 48: 59-77.

    Mahazril, A. Y., Hafizah, H. A. K. & Zuraini, Y. (2012). Factors affecting cooperatives

    performance in relation to strategic planning and members participation.

    https://na.theiia.org/standards-guidance/mandatory-guidance/Pages/Definition-of-Internal-Auditing.aspxhttps://na.theiia.org/standards-guidance/mandatory-guidance/Pages/Definition-of-Internal-Auditing.aspxhttp://ica.coop/

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    467

    International Congress on Interdisciplinary Business and Social Sciences, 65: 100-

    105.

    Mahd Ali Al- jabali, Osama Abdalmanam & Khalifeh N. Ziadat. (2011), Internal Audit and

    its Role in Corporate Governance, Middle Eastern Finance and Economics, 1450-

    2889.

    Mubyarto. (1992). Strategi Pengembangan Kelembagaan Koperasi. Makalah Seminar, FE

    UGM-DEPKOP Yogyakarta.

    Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Mukesh Kumar, S. A. (2013). Business Research Methods. Oxford University Press.

    Mouly, George J. (1970). The Science of educational research. Van Nostrand Reinhold.

    Previous ed., New York: American Book Co.

    National Cooperative Policy (2002). National Co-operative Policy (NCP 2011-2020).

    Suruhan Jaya Koperasi Malaysia, Kuala Lumpur

    Normah, O. & Katerina, M.A.B. (2012). Fraud prevention mechanisms of Malaysian

    Government-Linked Companies: An assessment of existence and effectiveness.

    Journal of Modern Accounting and Auditing 8(1): 15-31.

    Othman, I. W., Mohamad, M. & Abdullah, A. (2013). Cooperative movements in Malaysia:

    The issue of governance. World Academy of Science, Engineering and Technology,

    International Journal of Social, Management, Economics and Business Engineering,

    7(6): 659-663.

    Robert V. Krejcie, Daryle W. Morgan (1970). Determining Sample Size for Research

    Activities. Educational and Psychological Measurement 1970, 30, 607-610.

    Roularta Media Group, Cattrysse, J., ( 2005 ),Reflections on Corporate Governance and the

    Role of The Internal Auditor,pp32-34 .

    T. Ramayah, Lee, W. C. Boey, C. I. (2011). Network Collaboration and Performance in The

    Tourism Sector, Servis Business, 5(4), 411-428. (Springer) (SSCI ISI Impact Factor

    0.826.

    The Code (2007), The Malaysian Code on Corporate Governance. [Retrieved October 6,

    2013], from http://www.micg.net/brochure.

    The Institue of Internal Auditor Inc. USA by The of Institue Internal Auditors Malaysia,

    Standard Guidance, IPPf-2013

    Thomas S. Kuhn. 1962. The Structure of Scientific Revolutions. Otto Neurath. Second

    Edition. Chicago. The University of Chicago.

    Salvosa, C. R. (2007). Bridging the governance divide in the Philippines: Perspectives from

    the cooperative sector. Dissertation submitted to the University of the Philippines-

    National College of Public Administration and Governance, Diliman, Quezon City.

    Sidek Mohd. Noh (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Universiti

    Putra Malaysia, Serdang.

    Sinar Harian. (2015). Rasuah: Bekas eksekutif akaun Alcatel dipenjara dan didenda. Diakses

    dari http://www.sinarharian.com.my/semasa/rasuah-bekas-eksekutif-akaun-alcatel-

    dipenjaradan-didenda-1.135386.

    Subyantoro, Arief. (2008). Strategi Pengembangan Koperasi dalam Upaya Meningkatkan

    Ketahanan Ekonomi Bangsa. UPN Veteran Yogyakarta. Yogyakarta.

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), (2007) Panduan Takbir urus koperasi.

    http://www.micg.net/brochure

  • Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

    e-ISBN: 978-967-2122-15-9

    468

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). (2009). Co-operatives in Malaysia. Retrieved from

    http://www.jpk.gov.my, 17 January.

    Sushila Devi, R., Nurizah, N., Mohd. Shahron, A. S., Rafedah, J., &Farahaini, M. H. (2009).

    Factors influencing the performance of cooperatives in Malaysia: A tentative

    framework. Malaysian Journal of Co-operative Management, 5: 43 62.

    Uma Sekaran (2003). Research method for business: A skill building approach, 4th edition,

    John Wiley & Sons.

    Unegbu, A.O. & Kida, M.I. 2011. Effectiveness of internal audit as instrument of improving

    public sector management. Journal of Emerging Trends in Economics and

    Management Sciences (JETEMS) 2(4): 302-309.

    Utusan Malaysia. 2015. Timbalan CEO Johor Port didakwa minta rasuah. Diakses dari

    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131024/ma_06/KetuaPegawai-

    Eksekutif-Johor-Port-mengaku-tidak-bersalah-mintarasuah#ixzz3Wbf3AFVq.

    Yap Kioe Sheng. (n.d.). What is Good Governance? United Nations Economic and Social

    Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP). Retrieved 7 Nov 2014 from

    http://www.unescap.org/sites/default/files/good-governance.pdf.

    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131024/ma_06/Ketuahttp://www.unescap.org/sites/default/files/good-governance.pdf