borang permohonan anggota pertubuhan ......peladang klik 2019 4 1. pengenalan tujuan sistem ini...

18
MANUAL PENGGUNA PKLIK VERSI 1.1 BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) ATAS TALIAN PELADANG KLIK http://www.pklik.lpp.gov.my [Pemohon]

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

MANUAL PENGGUNA PKLIK

VERSI 1.1

BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) ATAS TALIAN

PELADANG KLIK http://www.pklik.lpp.gov.my

[Pemohon]

Page 2: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

2

REKOD PINDAAN

VERSI REKOD PINDAAN TARIKH PINDAAN

1.1 KEMASKINI PENGGUNAAN TATABAHASA 17/03/2020

Page 3: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

3

ISI KANDUNGAN # TAJUK M/S

ISI KANDUNGAN 3

1. PENGENALAN 4

2. PRA-KEPERLUAN 4

3. LANGKAH 1 – CAPAI LAMAN PERMOHONAN 5

4. LANGKAH 2 – SEMAKAN PEMOHON 5

5. LANGKAH 3 – PERSETUJUAN SYARAT MENJADI AHLI 7

6. LANGKAH 4 – BORANG (MAKLUMAT PEMOHON) 7

7. LANGKAH 5 – BORANG (PERTUBUHAN LAIN YANG DIANGGOTAI) 9

8. LANGKAH 6 – BORANG (AKTIVITI/PROJEK PERTANIAN) 10

9. LANGKAH 7 – BORANG (PENAMA) 11

10. LANGKAH 8 – BORANG (LAMPIRAN) 12

11. LANGKAH 9 – BORANG (PERAKUAN) 13

12. PERMOHONAN SELESAI – PAPARAN BORANG PERMOHONAN 14

13. PENJELASAN STATUS PERMOHONAN 16

14. PERMOHONAN RAYUAN 18

Page 4: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

4

1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dinamakan sebagai Peladang Klik atau singkatannya “PKLIK”. Aplikasi ini juga menyediakan fungsi penyesuaian PPK yang berhampiran dengan Alamat Premis / Projek pengguna bagi memudahkan borang permohonan dihantar kepada PPK yang berkenaan. Sistem ini boleh dicapai melalui enjin carian Google (https://www.google.com) dengan kata kunci “Peladang Klik” atau “PKLIK”. Sistem ini boleh dicapai terus menggunakan alamat URL sistem ini dengan melayari http://www.pklik.lpp.gov.my.

2. PRA-KEPERLUAN

a. Komputer, Telefon Mudah Alih atau Tablet. b. Capaian Internet. c. Pelayar Web (Web Browser)

i. Google Chrome ii. Apple Safari

iii. Mozilla Firefox iv. Internet Explorer

d. Salinan dokumen (Softcopy) - Kad Pengenalan (Depan & Belakang) *** Wajib e. Salinan dokumen (Softcopy) - Geran Tanah (Jika ada) f. Salinan dokumen (Softcopy) - Lesen Perniagaan (Jika ada)

Page 5: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

5

3. LANGKAH 1 – CAPAI LAMAN PERMOHONAN

a. Klik pada menu Permohonan.

b. Anda juga boleh membuat semakan dilaman Utama yang mempunyai fungsi yang sama.

4. LANGKAH 2 – SEMAKAN PEMOHON

a. Masukan No. Kad Pengenalan dan klik butang Semak untuk membuat semakan

Page 6: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

6

b. Jika anda belum pernah menggunakan sistem ini, butang Mohon akan dipaparkan.

c. Jika anda telah menggunakan sistem ini, ruangan Pengesahan Kedua akan dipaparkan untuk pengesahan. Anda perlu mengisi Pengesahan Kedua dan klik butang Seterusnya. Anda boleh menukar Pengesahan Kedua dengan klik ikon “Refresh”.

d. Jika anda telah menjadi Anggota PPK, Pemberitahuan akan dipaparkan dan anda tidak boleh membuat permohonan.

Page 7: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

7

5. LANGKAH 3 – SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA PPK

a. Syarat-syarat Menjadi anggota akan dipaparkan, selepas anda membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat menjadi anggota. Sila klik pada kotak Saya bersetuju... dan klik butang Seterusnya

Page 8: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

8

6. LANGKAH 4 – BORANG (MAKLUMAT PEMOHON)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan pengisian maklumat, yang mempunyai tanda * adalah wajib dipenuhi dan klik butang Seterusnya untuk mengisi bahagian lain.

Page 9: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

9

b. Menu Bahagian – adalah Bahagian yang perlu diisi untuk melengkapkan borang permohonan. Jika diisi lengkap satu bahagian, tanda “Pangkah” berwarna merah akan bertukar menjadi tanda “Betul” berwarna hijau.

c. Progress – adalah untuk memberitahu berapa peratusan lengkap pengisian borang permohonan.

d. Alamat Kediaman adalah alamat tempat tinggal sekarang dan Alamat Premis/Projek adalah alamat di mana premis/projek anda jalankan, jika alamat Premis/Projek adalah sama, klik pada Alamat Premis/Projek adalah sama seperti alamat kediaman.

e. Sila pastikan maklumat lengkap bagi No. Telefon, Emel, Tempat Lahir, dan Poskod (Kediaman) kerana maklumat ini akan menjadi Pengesahan Kedua.

7. LANGKAH 5 – BORANG (PERTUBUHAN LAIN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Yang mempunyai tanda * adalah wajib dipenuhi dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam senarai di atas.

b. Sila klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

c. Jika anda tiada Pertubuhan Lain Yang Dianggotai, anda tidak perlu mengisi Bahagian ini dan klik butang Seterusnya.

Page 10: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

10

8. LANGKAH 6 – BORANG (AKTIVITI/PROJEK PERTANIAN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Tanda * adalah wajib diisi maklumat dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam senarai di atas.

b. Klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

Page 11: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

11

9. LANGKAH 7 – BORANG (PENAMA)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Yang mempunyai tanda * adalah wajib dipenuhi dan klik Tambah untuk menambah maklumat ke dalam senarai di atas.

b. Klik ikon ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat dan klik ikon ‘Hapus’ untuk menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

Page 12: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

12

10. LANGKAH 8 – BORANG (LAMPIRAN)

a. Anda perlu mengisi kesemua ruangan yang disediakan. Pilih Tajuk dan lampirkan dokumen yang berkaitan. Klik Muat Naik untuk menambah maklumat ke dalam senarai di atas.

b. Klik ikon ‘Papar’ untuk papar lampiran yang dimuat naik dan klik ikon ‘Hapus’ untuk menghapuskan maklumat dalam senarai di atas.

c. Hanya dokumen berformat PDF, JPG, JPEG, dan PNG sahaja dibenarkan.

Page 13: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

13

11. LANGKAH 9 – BORANG (PERAKUAN)

a. Anda akan diberi cadangan PPK yang berhampiran dengan Alamat Premis/Projek anda. Klik pada ruangan Pilihan PPK yang berkenaan dan klik Perakuan seterusnya klik butang Hantar.

b. Pilihan PPK akan disesuaikan berdasarkan Alamat Premis/Projek dalam Laman Borang Permohonan – Maklumat Pemohon.

Page 14: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

14

12. SELESAI – PAPARAN BORANG PERMOHONAN

a. Paparan borang secara digital dipaparkan di halaman ini. Semua maklumat yang diisi oleh pengguna akan dipaparkan di paparan Borang Permohonan ini.

b. Pengguna boleh memaparkan Lampiran yang telah dimuat naik di Bahagian (E) Lampiran dan klik pada ikon ‘Papar’.

c. Klik pada butang Muat Turun Borang untuk muat turun Borang Permohonan berbentuk PDF (Format sebenar).

Page 15: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

15

Page 16: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

16

13. PENJELASAN STATUS PERMOHONAN

a. DRAF – Pemohon belum menghantar borang permohonan dan masih lagi boleh dikemaskini. Klik butang Kemaskini untuk kemaskini borang.

b. DALAM PROSES – Borang permohonan telah dihantar dan diterima oleh Urusetia PPK / LPP Negeri yang berkenaan untuk menentukan kelulusan permohonan. Klik butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.

c. DILULUSKAN – permohonan anda telah diluluskan oleh PPK / LPP Negeri yang berkenaan. Anda dikehendaki ke PPK yang berkenaan untuk menjelaskan bayaran / urusan selanjutnya. Klik butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.

i. Klik pada nama PPK yang berkenaan untuk maklumat lanjut tentang direktori PPK.

ii. Jelaskan Bayaran Masuk dan Saham Anggota sebelum tarikh dipaparkan.

Page 17: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

17

d. DITOLAK – Permohonan anda telah ditolak oleh PPK. Klik butang Rayuan untuk

membuat rayuan terhadap permohonan yang sama. Klik butang Batal Permohonan untuk membatalkan permohonan ini.

e. AHLI – Pemohon telah secara rasmi menjadi anggota PPK yang berkenaan. Klik butang Papar untuk paparan Borang Permohonan.

Page 18: BORANG PERMOHONAN ANGGOTA PERTUBUHAN ......PELADANG KLIK 2019 4 1. PENGENALAN Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna bagi membuat Permohonan Menjadi Anggota Pertubuhan

PELADANG KLIK 2019

18

14. PERMOHONAN RAYUAN

a. Jika permohonan anda Ditolak, butang Rayuan akan dipaparkan dalam Laman Status Permohonan / Ringkasan Permohonan seterusnya klik butang Rayuan.

b. Paparan Borang Permohonan akan dipaparkan, klik butang Rayuan untuk membuat Permohonan Rayuan.