koperasi tenaga nasional berhad 96 jalan bangsar, … alk 2014-2017.pdf · a. subseksyen 43(1) akta...
TRANSCRIPT
KOPTNB/AGM63 3 Mac 2014 Kepada semua perwakilan 2013/2015, PER : PENCALONAN PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 63 akan diadakan pada 25 Mei 2014 (Ahad) di Bayview Hotel, Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Selaras dengan Undang-undang Kecil 33 (d), pemilihan anggota Lembaga akan diadakan semasa mesyuarat ini. 2. Perwakilan yang ingin bertanding sebagai calon Anggota Lembaga perlu memenuhi kriteria berikut:
a) Undang-undang Kecil 36 dan Aturan-aturan Pemilihan Anggota Lembaga:-
i) Gaji pokok bulanan tidak kurang dari RM2,000.00; ii) Mempunyai pegangan modal syer sebanyak RM1,000.00 sebelum atau pada
31hb Disember 2013; iii) Mempunyai yuran tidak kurang dari RM2,000.00; iv) Telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 24 bulan; v) Seorang perwakilan yang telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Kawasan pada
tahun 2013; vi) Pencadang dan Penyokong mestilah terdiri daripada perwakilan yang telah
dipilih di Mesyuarat Agung Kawasan yang telah diadakan pada tahun 2013.
b) Seksyen 43 Akta Koperasi 1993 dan garis panduan (GP3) bagi pelantikan atau pelantikan semula Anggota Lembaga Koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
3. Perwakilan yang memenuhi kriteria di atas dan ingin bertanding sebagai calon Anggota Lembaga perlu melengkapkan borang-borang berikut:
i) BORANG PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA 2014/2017 ii) BORANG SKM/BP
Dilengkapkan dan dimajukan kepada Setiausaha Koperasi TNB; iii) BORANG SKM/TAP/KEW
Dilengkapkan dan dimajukan kepada Setiausaha Koperasi TNB; iv) LAPORAN KREDIT
Sila hadir ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia* dengan membawa kad pengenalan bagi mendapatkan sendiri LAPORAN KREDIT daripada LINK BANK NEGARA MALAYSIA atau BNM TELELINK. Laporan ini hendaklah dimajukan kepada Setiausaha Koperasi TNB.
KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
96 JALAN BANGSAR, PETI SURAT 11065, 50734 KUALA LUMPUR TEL : 03 - 2282 4660 FAX : 03 - 2282 7680/ 1267
*Cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia adalah seperti berikut:-
Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur
Bank Negara Malaysia Pulau Pinang No. 27, Lebuh Light 10200 Pulau Pinang
Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Bank Negara Malaysia Johor Bahru Jalan Bukit Timbalan 80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim
4. Seterusnya, permohonan ini akan dimajukan untuk mendapat penentusahan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sama ada seseorang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai seperti yang ditentukan oleh SKM.
5. Perwakilan yang berminat untuk memohon sebagai calon Anggota Lembaga hendaklah menghubungi Cik Norsheila binti Nasir di talian 03-22824660/399/736 sambungan 105 atau menghantar SMS “ALK NAMA <jarak> NO. PEKERJA” ke 019-3720616 atau muat turun dari laman web Koperasi di www.koptnb.com untuk mendapatkan borang-borang yang berkenaan. 6. Borang-borang asal dan Laporan Kredit hendaklah dipenuhi dengan lengkap serta teratur dan diterima oleh Setiausaha Koperasi TNB sebelum atau pada 18 Mac 2014.
“Dengan Salam Koperasi” Yang benar, KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD Mohd Roszeli Majid Setiausaha Kehormat
Borang Semakan
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________ Tarikh: _________________
Setiausaha Koperasi Tenaga Nasional Berhad 96 Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur Tuan, PER: PERMOHONAN PENCALONAN SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA Disertakan permohonan pencalonan sebagai Anggota Lembaga Koperasi TNB dan bersama-sama ini dilampirkan BORANG ASAL dokumen-dokumen yang telah diisi dengan lengkap untuk pengesahan pihak tuan dan dimajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti berikut:-
2. Saya juga sedia maklum bahawa permohonan pencalonan saya sebagai Anggota Lembaga Koperasi Tenaga Nasional Berhad ini tertakluk kepada penentusahan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sekian, terima kasih. Yang benar, ______________________________
Nama : No. Pekerja :
1. BORANG SKM/BP
Maklumat peribadi calon
2. BORANG SKM/TAP/KEW
Tapisan kewangan calon
3. LAPORAN KREDIT
Laporan Kredit daripada LINK Bank Negara Malaysia atau BNM TELELINK
4. BORANG PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA 2014/2017
Borang Pencalonan Anggota Lembaga daripada Koperasi TNB
5. SALINAN KAD PENGENALAN (DEPAN DAN BELAKANG)
Ditandakan “Untuk Kegunaan SKM Sahaja”
6. SALINAN SIJIL MENGHADIRI KURSUS WAJIB ANGGOTA LEMBAGA (JIKA ADA)
Anjuran Maktab Kerjasama Malaysia, ANGKASA atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia
7. 1 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT Gambar calon akan dicetak di atas kertas undi
BORANG SKM/BP
SULIT
Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi
BORANG SKM/BP mengandungi 4 Bahagian:
BAHAGIAN A Maklumat Peribadi Calon
BAHAGIAN B Kebenaran Calon untuk Mendedahkan Maklumat
BAHAGIAN C Akuan Calon
BAHAGIAN D Lampiran I, II dan III
Sila ambil maklum bahawa bahagian ini adalah untuk rujukan calon sahaja dan tidak perlu dihantar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Lampiran I : Keterangan Mengenai Jenis Institusi Kewangan,
Jenis Akaun dan Jenis Jaminan
- Lampiran II : Keterangan Mengenai Jenis Koperasi, Jenis
Akaun dan Jenis Jaminan
- Lampiran III : Untuk Calon yang Memohon
A. Subseksyen 43(1) Akta Koperasi 1993
B. Kriteria Minimum Layak dan Sesuai untuk menjadi Anggota
Lembaga Koperasi
Arahan
1. BORANG SKM/BP hendaklah diisi oleh calon yang dicadangkan oleh Koperasi
sebagai anggota Lembaga koperasi.
2. Maklumat dalam BORANG SKM/BP hendaklah ditulis atau ditaip dengan jelas.
3. Sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi, kertas tambahan boleh
dilampirkan. Sila tandatangan di atas semua muka surat tambahan.
4. Sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan nyatakan “Tiada” atau
“Tidak Berkaitan” sekiranya perkara tersebut tiada kaitan.
5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar melalui koperasi
pemohon kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia di alamat seperti berikut:
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tingkat 10-15, 17-19 Putra Place 100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur (U.P. : Bahagian Statutori dan Pendaftaran)
BORANG SKM/BP
Muka Surat 1/4 BAHAGIAN A
MAKLUMAT PERIBADI CALON
KOPERASI PEMOHON
1. NAMA [Encik/Puan/Lain-lain (sila nyatakan)]
2. NO. KAD PENGENALAN 1
Baru
Lama
3. TARIKH LAHIR
4. ALAMAT KEDIAMAN SEKARANG
5. NOMBOR TELEFON UNTUK DIIHUBUNGI
6. KELAYAKAN AKADEMIK DAN IKHTISAS 2
Kelulusan Institusi Pengajian Negara Tahun 3
7. KETERANGAN MAJIKAN SEKARANG
Nama Organisasi
Jawatan Disandang
Alamat
No. Telefon
8. PENGALAMAN BEKERJA (Sila nyatakan jawatan terakhir yang disandang terlebih dahulu)
Jawatan/Jabatan
Tanggungjawab Utama
Organisasi/(Aktiviti Utama) Tempoh
Nota :
1 Sila sertakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dengan ditandakan “Untuk Kegunaan SKM Sahaja”
2 Sila nyatakan kelulusan terkini terlebih dahulu
3 Merujuk kepada tahun kelayakan diperolehi
Tandatangan ....................................................
BORANG SKM/BP
Muka Surat 2/4 BAHAGIAN A
(MAKLUMAT PERIBADI CALON ..... sambungan)
9. KEAHLIAN PENGARAH DI SYARIKAT-SYARIKAT
Nama Syarikat No.
Syarikat Tarikh
Penubuhan Jawatan Aktiviti Utama Syarikat
10. PENYERTAAN SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI DI KOPERASI-KOPERASI LAIN
Sila nyatakan nama dan nombor pendaftaran koperasi. Sekiranya anda menjadi penjamin di
koperasi-koperasi ini, sila nyatakan maklumat berkaitan jaminan tersebut di butiran 14(B)
Nama Koperasi No. Koperasi
Tarikh Pendaftaran
Jawatan Aktiviti Utama Koperasi
11. MAKLUMAT TANGGUNGAN DI INSTITUSI KEWANGAN Arahan : Sila rujuk kepada definisi yang diberi dalam Lampiran I sebelum mengisi seksyen ini
A. Maklumat akaun persendirian/Akaun Bersama/Akaun Perniagaan Calon
Nama Peminjam No. KP/
No. Syarikat Tarikh
Penubuhan Nama Institusi
1 Jenis 2
Akaun No.
Akaun
B. Maklumat akaun perniagaan syarikat milik keluarga
Nama Peminjam
No. Syarikat
Tarikh Penubuhan
Nama Institusi Jenis Akaun
No. Akaun
C. Jaminan yang diberikan kepada individu/bukan individu
Nama Peminjam
No. KP/ No. Syarikat
Tarikh Penubuhan
Nama Institusi Jenis Akaun
No. Akaun
1 Sila rujuk Lampiran I untuk jenis institusi yang terlibat
2 Sila rujuk Lampiran I untuk jenis akaun yang perlu diisytiharkan
Tandatangan : ..............................................
BORANG SKM/BP
Muka Surat 3/4 BAHAGIAN A
(MAKLUMAT PERIBADI CALON ..... sambungan)
12. MAKLUMAT TANGGUNGAN DI KOPERASI
Arahan : Sila rujuk kepada definisi yang diberi dalam Lampiran II sebelum mengisi seksyen ini
A. Maklumat akaun persendirian/Akaun Bersama/Akaun Perniagaan Calon
Nama Koperasi
1
Alamat Di mana Akaun Diselenggarakan
Jenis
Pinjaman 2
No. Anggota
B. Maklumat mengenai Jaminan yang diberikan kepada individu-individu (Anggota)
(Sila rujuk Lampiran II untuk jenis Jaminan yang perlu dilaporkan)
Nama Peminjam
Nama Koperasi
1
Alamat Di mana Akaun Diselenggarakan
Jenis
Pinjaman 2
No. Anggota
1 Sila rujuk Lampiran II untuk jenis koperasi yang terlibat
2 Sila rujuk Lampiran II untuk jenis akaun yang perlu diisytiharkan
Tandatangan : ..............................................
BORANG SKM/BP
Muka Surat 4/4 BAHAGIAN B
AKUAN BERKANUN CALON
13. AKUAN BERKANUN CALON Sebelum menandatangani akuan di bawah, calon adalah dinasihatkan supaya membaca
Lampiran III yang menerangkan mengenai akuan yang perlu dibuat.
Saya ......................................................... (nama calon) ............................................ (No. K/P)
dengan ini mengakui dan mengesahkan bahawa:
(a)
(b)
Saya tidak dianggap tidak layak menurut subseksyen 43(1) Akta Koperasi 1993.
Saya tidak dianggap sebagai seorang bankrap dan tiada sebarang tindakan
kebankrapan sedang diambil terhadap saya.
(c) Saya tidak pernah menghadapi sebarang tindakan atas suatu kesalahan berikut:
(i) rasuah di bawah Akta Rasuah 1997; dan
(ii) jenayah di bawah Jadual 1 dan 2, Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan
Orang-Orang Tak Diingini 1969.
(d) Saya memenuhi kriteria minimum layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota
Lembaga koperasi sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pelantikan
atau Pelantikan Semula Anggota Lembaga Koperasi.
(e) Semua maklumat yang diberikan dalam borang SKM/BP ini adalah benar, betul dan
lengkap.
DAN SAYA MENGAKUI DENGAN SESUNGGUH DAN SEBENARNYA MEMBUAT AKUAN INI DENGAN KEPERCAYAAN BAHAWA SEGALA MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN DALAM BORANG INI ADALAH BENAR DAN LENGKAP, SERTA MENURUT AKTA BERKANUN 1960. DIPERBUAT DAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA DIAKUI OLEH YANG TERSEBUT NAMANYA DI ATAS IAITU
........................................................................
DI ...................................................................
DI NEGERI ....................................................
PADA ............ HARIBULAN ............................, TAHUN .....................
DI HADAPAN SAYA, ......................................................................
(TANDATANGAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN, MAJISTRET ATAU PESURUHJAYA SUMPAH)
BAHAGIAN C
KEBENARAN CALON UNTUK MENDEDAHKAN MAKLUMAT
14. KEBENARAN
Menurut subseksyen 99(1)(a) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989, subseksyen 120(1)(c)
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan subseksyen 34(3)(a) Akta Bank Islam 1983, saya
dengan ini memberi kebenaran kepada Institusi-institusi Berlesen, Institusi-institusi Kewangan
Pembangunan dan Bank-bank Islam, di mana akaun atau liabiliti saya disenggarakan, untuk
mendedahkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebarang maklumat berkaitan akaun dan
liabiliti saya bagi tujuan memproses permohonan ini.
Tandatangan:
.................................................................. Tarikh: .......................... Nama Penuh:
..................................................................
BORANG SKM/BP
BAHAGIAN D LAMPIRAN I
Nota: Lampiran I, II dan III yang disertakan adalah untuk rujukan calon sahaja. Sila ceraikan dan simpan Bahagian ini sebelum menghantar Borang SKM/BP kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
HENDAKLAH DIBACA BERSAMA-SAMA DENGAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN BAGI BUTIRAN 11 BORANG SKM/BP
Definisi
1. Jenis Institusi
Institusi-institusi Berlesen merujuk kepada Bank-bank Perdagangan, Syarikat-syarikat
Kewangan, Bank Perdagangan dan Syarikat Kewangan (BAFINs), Bank-bank Saudagar,
Syarikat-syarikat Diskaun dan Broker-broker Wang yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan
Institusi-institusi Kewangan 1989 dan institusi-institusi dilesenkan di bawah Akta Bank Islam
1983.
Institusi-institusi yang Ditetapkan merujuk kepada institusi-institusi yang dikawal selia di
bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 termasuk Bank Pembangunan dan
Infrastruktur Malaysia Berhad, Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad, Export-Import
Bank Malaysia Berhad, Malaysia Export Credit Insurance Berhad, Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia Berhad dan lain-lain
institusi-institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan.
2. Tanggungan Kewangan
Merujuk kepada semua akaun persendirian/bersama/akaun perniagaan (tidak termasuk akaun
tabungan dan akaun simpanan tetap), liabiliti, akaun syarikat milik keluarga dan peruntukan
bagi jaminan di dalam institusi-institusi di atas:
(a) Akaun Persendirian/ Bersama/ Akaun Perniagaan
Merujuk kepada liabiliti seperti Pinjaman Tetap, Pinjaman Perumahan, Pinjaman
Kenderaan, Overdraf, Akaun Semasa dengan Kemudahan Overdraf, Kad Kredit, Kad
Caj, Butiran Luar Kunci Kira-kira dan lain-lain liabiliti di mana Pemohon
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang peminjam. Liabiliti ke atas Kad Kredit
dan Kad Caj adalah termasuk pemegang kad tambahan.
(b) Akaun Syarikat Milik Keluarga
Merujuk kepada liabiliti seperti Pinjaman Tetap, Pinjaman Penyambung (Bridging Loan),
Pinjaman Kenderaan/ Sewa Beli, Overdraft, Akaun Semasa dengan Kemudahan
Overdraf, Kad Kredit, Kad Caj, Butiran Luar Kunci Kira-kira dan lain-lain liabiliti oleh
syarikat milik keluarga di mana Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya (termasuk menjadi penjamin) ke atas hutang peminjam. Liabiliti ke atas Kad Kredit dan Kad Caj
adalah termasuk pemegang kad tambahan.
3. Jenis Jaminan
Jaminan adalah termasuk jaminan peribadi atau jaminan korporat, jaminan kewangan atau
bukan kewangan, tanggung rugi (indemnity), aku janji atau tanggungan-tanggungan lain
obligasi di mana Calon bertanggungjawab sepenuhnya dalam apa-apa keadaan ke atas
hutang-hutang syarikat/ perniagaan/ perkongsian/ peminjam.
4. Syarikat Milik Keluarga
Syarikat Milik Keluarga bermaksud syarikat di mana:
(a) Calon;
(b) Suami/ Isteri Calon; atau
(c) Anak Calon,
memegang, atau mana-mana dua atau lebih seorang yang tersebut di atas, memegang,
secara bersama-sama atau sendirian, melebihi lima puluh peratus kepentingan saham-saham
syarikat berkenaan.
BORANG SKM/BP
BAHAGIAN D LAMPIRAN II
Nota: Lampiran I, II dan III yang disertakan adalah untuk rujukan calon sahaja. Sila ceraikan dan simpan Bahagian ini sebelum menghantar Borang SKM/BP kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
HENDAKLAH DIBACA BERSAMA-SAMA DENGAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN BAGI BUTIRAN 12 BORANG SKM/BP
Definisi
1. Jenis Koperasi
Koperasi merujuk kepada koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi
1993.
2. Jenis Akaun Pinjaman di Koperasi
Merujuk kepada semua akaun pinjaman, liabiliti dan peruntukan bagi jaminan
di dalam koperasi-koperasi di atas. Ini termasuk pinjaman peribadi, pinjaman
perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman pajak gadai, pinjaman pelajaran,
pinjaman pengguna dan liabiliti-liabiliti lain di mana pemohon
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang peminjam.
3. Jenis Jaminan
Jaminan adalah termasuk jaminan peribadi atau jaminan kewangan atau
bukan kewangan, tanggung rugi (indemnity), aku janji atau tanggungan-
tanggungan lain di mana calon bertanggungjawab sepenuhnya dalam apa-
apa keadaan ke atas hutang-hutang peminjam.
BORANG SKM/BP
BAHAGIAN D LAMPIRAN III
Untuk Calon Anggota Lembaga Koperasi Lampiran ini merupakan sebahagian daripada butiran 13 borang ini
A. Subseksyen 43(1) Akta Koperasi 1993
Subseksyen 43(1) memperuntukkan bahawa:
Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga atau kekal
sebagai seorang anggota Lembaga koperasi jika dia telah:
(i) disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(ii) Dipecat sebagai pegawai sesuatu koperasi.
B. Kriteria Minimum Layak dan Sesuai sebagai Anggota Lembaga Koperasi
(i) Anggota Lembaga koperasi hendaklah seorang yang berkebolehan
memandangkan mereka diamanahkan oleh anggota untuk memastikan
pengurusan aktiviti koperasi berjalan dengan berkesan dan mantap.
Mereka mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran,
pengalaman dan kompeten bagi membolehkan mereka menjalankan
tanggungjawab dengan berkesan.
(ii) Dalam menentukan sama ada seseorang individu itu adalah layak dan
sesuai untuk dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi, pertimbangan
perlu diberi terhadap perkara-perkara berikut:
(a) kejujuran, ketekunan, kompeten dan waras;
(b)
(c)
reputasi, tingkah laku dan integriti;
tidak melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(d) tidak didakwa atau melakukan kesalahan di bawah Jadual 1 dan 2,
Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak
Diingini; dan
(e) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan.
BORANG SKM/TAP/KEW Muka Surat 1/2
SULIT
TAPISAN KEWANGAN Liabiliti Pemohon dengan Koperasi-koperasi
Arahan kepada Pemohon
1. BORANG SKM/TAP/KEW disediakan bagi pemohon yang telah dicalonkan
sebagai anggota Lembaga oleh koperasi untuk mengarahkan koperasi-koperasi1 mengendalikan tapisan kewangan ke atas akaun-akaun dan
liabiliti-liabiliti pemohon.
2. Pemohon perlu memastikan bahawa maklumat yang terdapat dalam
Bahagian A BORANG SKM/TAP/KEW adalah yang berkaitan dengan akaun-
akaun dan liabiliti-liabiliti yang diselenggarakan di sebuah koperasi sahaja.
3. Pemohon perlu membuat salinan borang ini sekiranya melibatkan lebih
daripada satu koperasi. Setelah Bahagian A BORANG SKM/TAP/KEW
dilengkapkan, pemohon dikehendaki menghantar terus borang tersebut
kepada koperasi di mana akaun atau kemudahan kredit diperoleh untuk
tindakan selanjutnya.
4. Apabila menerima Borang SKM/TAP/KEW yang telah diisi dengan lengkap
daripada koperasi, pemohon hendaklah memajukan borang tersebut kepada
koperasi untuk dihantar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Arahan kepada Koperasi-koperasi apabila Menerima BORANG SKM/TAP/KEW daripada Pemohon
Apabila menerima BORANG SKM/TAP/KEW, koperasi dikehendaki melengkapkan
proses tapisan kewangan dengan memberi komen-komen di Bahagian B dan
seterusnya mengembalikan borang yang telah dilengkapkan sepenuhnya kepada
pemohon untuk tindakan selanjutnya.
Nota : 1
Koperasi merujuk kepada koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.
BORANG SKM/TAP/KEW Muka Surat 2/2
A. LIABILITI PEMOHON – UNTUK DIISI OLEH PEMOHON
1. NAMA PEMOHON
2. NO. KAD PENGENALAN Baru : Lama :
3. MAKLUMAT KEWANGAN (Sila isikan satu borang bagi setiap institusi)
Koperasi
Alamat Cawangan
Jenis Akaun/Liabiliti
No. Akaun Jumlah
Pinjaman Baki
Pinjaman
4. TANDATANGAN
5. TARIKH
B. KOMEN BERKAITAN PENYENGGARAAN AKAUN-AKAUN
- UNTUK DIISI OLEH KOPERASI YANG MEMBERI KEMUDAHAN KREDIT/PINJAMAN
1. Sila nyatakan sama ada akaun disenggarakan dengan baik atau sebaliknya. Jika akaun tidak disenggarakan dengan baik, sila beri maklumat lanjut termasuk jumlah dan bulan yang tertunggak, status tindakan undang-undang yang telah dan sedang diambil (jika ada) dan status akaun iaitu berbayar atau tidak berbayar
2. TANDATANGAN
3. NAMA
4. JAWATAN
5. NO. TELEFON (Pejabat)
6.
TARIKH/COP RASMI
������������������ �������� �������������������
Saya .................................................................................................................................................................
(nama seperti di dalam Kad Pengenalan) dengan ini bersetuju untuk bertanding sebagai Anggota Lembaga di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
ke 63 yang akan diadakan di Bayview Hotel, Pulau Langkawi pada 25 Mei 2014 dan sekiranya terpilih
sebagai Anggota Lembaga, saya dengan sukarela sedia berkhidmat dengan berhemat selaras dengan
Undang-undang Kecil 46. Saya juga dengan ini, mengesahkan bahawa saya memenuhi segala syarat-
syarat yang terkandung di dalam Garis Panduan bagi Pelantikan Anggota Lembaga Koperasi dari
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Undang-undang Kecil 36 dan Aturan-aturan Pemilihan Anggota Lembaga.
Tandatangan Calon : .......................................................................................................................................
Nama : ....................................................................................................................................... (seperti di dalam Kad Pengenalan)
No. Pekerja : ............................ No. Anggota : .......................... No. K/P : ........................................
Alamat Pejabat : .......................................................................................................................................
Jawatan : ..................................................................Tel. Pejabat : ...............................................
Alamat Rumah : .......................................................................................................................................
Alamat E-mail : .......................................................................... No. H/P: .............................................
Tandatangan Pencadang : .......................................................................................................................................
Nama : .......................................................................................................................................
No. Pekerja : ............................ No. Anggota : .......................... No. K/P : ........................................
Alamat Pejabat : .......................................................................... No. H/P: .............................................
Tandatangan Penyokong : .......................................................................................................................................
Nama : .......................................................................................................................................
No. Pekerja : ............................ No. Anggota : .......................... No. K/P : ........................................
Alamat Pejabat : .......................................................................... No. H/P: .............................................
��� �����
• BORANG PENCALONAN HANYA DITERIMA MELALUI BORANG ASAL PENCALONAN DAN HENDAKLAH SAMPAI KEPADA SETIAUSAHA KOPERASI TNB SEBELUM ATAU PADA 18 MAC 2014.
• BORANG PENCALONAN DIHANTAR MELALUI FAX DAN EMEL TIDAK DITERIMA OLEH KOPERASI TNB.
• CALON ANGGOTA LEMBAGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT YANG DITENTUKAN OLEH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) DAN KOPERASI TNB DARI SEMASA KE SEMASA.
�������� ��������������������96 JALAN BANGSAR, PETI SURAT 11065, 50734 KUALA LUMPUR TEL : 03 - 2282 4660 FAX : 03 - 2282 7680/ 1267
1
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
BAHAGIAN A : PENGENALAN
TUJUAN
Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta)
untuk menggariskan etika dan larangan yang wajib dipatuhi oleh calon anggota
Lembaga sesuatu koperasi.
LATAR BELAKANG
2. Seksyen 42 Akta memperuntukkan bahawa sesebuah koperasi hendaklah
mempunyai suatu Lembaga yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam
orang dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dilantik dengan
sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan sesuatu koperasi.
3. Lembaga mempunyai peranan penting dalam memastikan dasar dan
amalan koperasi dikendalikan dengan berkesan serta memahami
tanggungjawabnya terhadap anggota. Lembaga bertanggungjawab sepenuhnya
2
terhadap perjalanan koperasi di samping memastikan nilai dan kepentingan
anggotanya terpelihara.
4. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Lembaga hendaklah
berhemat dalam mentadbir dan mengurus koperasi dengan berlandaskan
peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, perintah, garis panduan,
undang-undang kecil dan keputusan mesyuarat agung koperasi.
5. Dalam senario masa kini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya)
mendapati wujudnya salah laku serta penyelewengan yang boleh membawa
kepada pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang tidak berkualiti dan
seterusnya memudaratkan koperasi seperti penyelewengan dalam bentuk politik
wang atau kempen yang tidak harmoni.
6. Sehubungan ini, garis panduan ini dikeluarkan bagi memberi panduan
kepada koperasi dalam memastikan pemilihan ALK dilaksanakan secara
beretika.
7. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Garis Panduan
Pengurusan Mesyuarat Agung.
BAHAGIAN B : ETIKA CALON
8. Nilai-nilai etika yang perlu ada pada seseorang calon hendaklah seperti
berikut:
(a) kejujuran;
(b) keterbukaan;
3
(c) ketelusan;
(d) kebertanggungjawaban; dan
(e) keprihatinan.
dalam melaksanakan tugas untuk membangunkan koperasi.
9. Seseorang calon yang dipilih hendaklah memahami dan menghayati
konsep dan prinsip koperasi supaya dapat mencerminkan integriti yang kukuh
bagi sesebuah koperasi.
Salah Laku Dan Larangan Kepada Calon
10. Berdasarkan kepada nilai-nilai yang telah dinyatakan di para 8, seseorang
calon yang bertanding adalah dilarang sama sekali daripada membuat apa-apa
tindakan salah laku yang boleh mencemar proses pemilihan calon ALK.
Tindakan berkenaan antara lain termasuklah seperti berikut –
(a) Rasuah
(i) Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau
tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana
orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau
memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana-
mana orang dalam mana-mana pencalonan bagi pihaknya
sendiri atau bagi pihak lain, termasuklah menggunakan
kedudukan atau kuasanya secara salah bagi mendapat
undi.
4
(ii) Memberi, meminjam, meminta atau bersetuju untuk
memberi atau meminjam atau meminta, atau berjanji akan
mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan,
apa-apa wang atau balasan bernilai untuk seseorang
anggota atau untuk seseorang yang lain, dengan tujuan
mendorong seseorang anggota supaya mengundi atau
tidak mengundi dalam mana-mana pencalonan bagi pihak
dirinya sendiri atau bagi pihak lain.
(iii) Memberi atau menerima atau membenarkan anggota
keluarganya atau mana-mana orang untuk memberi atau
menerima bagi pihaknya, secara langsung atau tidak
langsung, kepada atau daripada mana-mana anggota
koperasi yang lain apa-apa jua hadiah, benda atau faedah
samada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong
seseorang anggota supaya mengundi atau tidak mengundi
dalam mana-mana pencalonan bagi pihaknya sendiri atau
pihak lain.
(b) Menggunakan Kekerasan
Mengguna kekerasan atau ugutan mengguna atau mengancam
untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara
fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara
langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui
seseorang lain bagi pihaknya, dengan tujuan untuk membawa atau
mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-
mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana anggota
koperasi atau keluarga agar mengundi atau tidak mengundi mana-
mana anggota koperasi lain dalam mana-mana pencalonan.
5
(c) Penggunaan Media Cetak dan Elektronik
Penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet,
menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makalah,
buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung,
yang mempunyai unsur-unsur menyokong, menfitnah, mencela,
mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana
anggota koperasi yang disiarkan melalui media massa, elektronik
atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang
berkenaan anggota yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi
atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana
pencalonan.
(d) Kenyataan Palsu
Mana-mana calon yang mengeluarkan sesuatu kenyataan palsu
atau memburukkan reputasi seseorang calon lain dengan ini telah
melakukan suatu perbuatan yang boleh mengakibatkan calon
tersebut diambil tindakan disiplin.
(e) Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi
Calon samada bagi pihaknya sendiri atau melalui ejen, pelobi,
pengurus kempen atau perayu undi dilarang daripada berkempen
secara provokatif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmoni
dalam koperasi.
6
(f) Majlis dan Pertemuan
Kecuali semasa mesyuarat agung tahunan, pertemuan atau majlis
yang dianjurkan oleh koperasi berkenaan, calon atau ejen, pelobi,
pengurus kempen atau perayu undi bagi pihak dirinya, dilarang
dalam tempoh pemilihan, menganjurkan, samada secara langsung
atau tidak langsung, sebarang perhimpunan, pertemuan jamuan,
kursus, lawatan atau apa-apa majlis yang membabitkan anggota-
anggota bagi mendorong seseorang anggota supaya mengundi atau
tidak mengundi calon berkenaan.
(g) Derma atau Bantuan
(i) Calon dilarang, samada secara langsung atau tidak
langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau
peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain
dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau
mempengaruhi anggota-anggota di dalam mana-mana
pencalonan bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak calon
lain.
(ii) Mana-mana calon yang ingin memberi derma atau sebarang
bentuk pemberian lain hendaklah disalurkan menerusi
koperasi.
7
(h) Pernyataan Akhbar atau Awam
Calon dilarang membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam
secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun
dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam
berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan yang telah
dibuat oleh koperasi termasuk keputusan disiplin koperasi yang
boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan koperasi.
(i) Calon Yang Masih Menjawat Jawatan Dalam Koperasi
Calon yang masih menjawat jawatan dalam koperasi adalah
dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa-apa
yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka bagi tujuan
persendirian di dalam menjalankan pentadbiran koperasi dan
hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar koperasi.
(j) Tingkah Laku Sewaktu Menjalankan Mesyuarat Agung
Kawasan
Calon yang ditugaskan menjalankan mesyuarat agung kawasan,
adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau
apa-apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka
dengan tujuan bagi manfaat pihak sendiri atau bagi pihak lain dan
hendaklah sentiasa menjalankan dasar-dasar koperasi dan
mengikut arahan-arahan Lembaga.
8
BAHAGIAN C : PELANGGARAN ETIKA
11. Seseorang anggota boleh mengemukakan aduan serta-merta dan tidak
lewat daripada tujuh hari daripada kesalahan itu berlaku kepada Jawatankuasa
Disiplin (Jawatankuasa) mengenai mana-mana calon yang melanggar etika di
sepanjang tempoh tarikh penamaan calon hingga hari pengundian. Aduan
hendaklah dikemukakan berserta bukti yang kukuh iaitu:
(a) laporan polis;
(b) rakaman suara;
(c) rakaman video;
(d) laporan perubatan;
(e) gambar; atau
(f) dokumen seperti salinan cek, tiket penerbangan, baucer, resit atau
invois.
12. Urusan yang melibatkan pelanggaran etika calon hendaklah dikendalikan
oleh Jawatankuasa Disiplin yang dibentuk oleh Lembaga.
9
Jawatankuasa Disiplin
13. Lembaga hendaklah menetapkan komposisi Jawatankuasa dan
menentukan bidang tugas mereka. Jawatankuasa bolehlah terdiri daripada
pegawai atau mana-mana orang yang dilantik oleh Lembaga yang tidak terlibat
dalam membuat aduan atau siasatan atau yang mempunyai pertalian
persaudaraan dengan pengadu. Sekurang-kurangnya seorang daripada
Jawatankuasa hendaklah mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan.
14. Pengerusi Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada mana-mana anggota
Lembaga. Pengerusi dalam semua hal adalah tertakluk kepada penyeliaan dan
arahan Jawatankuasa dan hendaklah —
(a) melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa;
(b) menjalankan mana-mana tugas Jawatankuasa yang diwakilkan
kepadanya oleh Jawatankuasa;
(c) menandatangani bagi pihak Jawatankuasa segala notis,
pengumuman dan sebarang dokumen yang dikeluarkan atas nama
dan bagi pihak Jawatankuasa; dan
(d) mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa.
15. Jawatankuasa mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
(a) memastikan perkara-perkara berkaitan dengan disiplin calon dalam
tempoh pencalonan sehingga hari pengundian mengikut kehendak
perundangan koperasi;
10
(b) menerima, mengkaji, mendengar dan memutuskan aduan-aduan
terhadap calon; dan
(c) mewakilkan apa-apa tanggungjawab dan tugasnya kepada mana-
mana orang yang difikirkan perlu tertakluk kepada terma dan syarat
atau sekatan yang ditentukan.
Keputusan Aduan
16. Jawatankuasa hendaklah memaklumkan keputusan terhadap aduan yang
diterima dalam tempoh tidak lewat empat belas hari dari tarikh aduan diterima
dengan mengambil kira faktor keadilan semulajadi (natural justice).
17. Sekiranya calon ALK didapati bersalah sebelum mesyuarat agung, calon
berkenaan hendaklah dihalang daripada bertanding.
18. Sekiranya mana-mana calon didapati terlibat dalam kes disiplin dan masih
belum diberi keputusan oleh Jawatankuasa, maka dia boleh terus bertanding
serta memegang jawatan sebagai ALK. Jika calon ALK didapati bersalah setelah
dipilih menjadi ALK, calon hendaklah mengosongkan jawatannya dan
kekosongan jawatan hendaklah diisi mengikut undang-undang kecil koperasi.
19. Jika ada calon ALK yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah
dibuat menurut para 16, maka calon berkenaan boleh mengemukakan rayuan
kepada Jawatankuasa. Sekiranya keputusan rayuan tidak diterima sebelum MAT
maka calon tersebut dibenarkan bertanding.
11
PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA
20. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta,
Peraturan-Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
21. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai tarikh ia
dikeluarkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
(DATO’ MANGSOR BIN SAAD) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tarikh :
“Peneraju Kecemerlangan Koperasi”