ancaman halus terhadap islam melalui industri muzik dan

21
1 ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN HIBURAN MUQADDIMAH Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang bertamadun.Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam batas-batas tertentu. Batas-batas itu ditentukan dalam kerangka syari’at Islam bertujuan mengawal hawa nafsu manusia supaya manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dan dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah menterjemahkan nilai- nilai kesopanan, adab dan akhlak mulia dalam kehidupan. Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trend-trend budaya hiburan ala Hollywood, Bollywood dan K-Pop yang bersifat keterlaluan bila diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri muzik dan hiburan mula merebak bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi mula menyusup ke daerah-daerah luar bandar sehingga mendorong pada aktiviti-akiviti sumbang yang lain seperti minuman keras, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, hubungan seks bebas dan sebagainya yang merosakkan aqidah, aqal, jiwa dan akhlak masyarakat termasuk umat Islam. Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau pementasan tarian yang bersifat melalaikan, merangsang nafsu berahi, mengenepikan adab, atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas ternyata melanggar batas-batas hukum, akhlak dan etika yang digariskan oleh syari’at Islam. Kesannya, masyarakat khususnya generasi muda Islam tidak lagi tahu menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui muzik mahupun cabang hiburan yang lain seperti filem, drama, teater, tarian dan sebagainya.

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

1

ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN HIBURAN

MUQADDIMAH

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan tabii manusia yang

bertamadun.Islam mengiktiraf keperluan tabii manusia ini dan membenarkannya dalam

batas-batas tertentu. Batas-batas itu ditentukan dalam kerangka syari’at Islam

bertujuan mengawal hawa nafsu manusia supaya manusia sebagai makhluk yang paling

sempurna dan dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah menterjemahkan nilai-

nilai kesopanan, adab dan akhlak mulia dalam kehidupan.

Pada masa kini industri hiburan tempatan banyak sekali dipengaruhi oleh trend-trend

budaya hiburan ala Hollywood, Bollywood dan K-Pop yang bersifat keterlaluan bila

diukur dari kacamata agama Islam dan nilai-nilai moral yang murni. Industri muzik dan

hiburan mula merebak bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi mula menyusup ke

daerah-daerah luar bandar sehingga mendorong pada aktiviti-akiviti sumbang yang lain

seperti minuman keras, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, hubungan seks bebas

dan sebagainya yang merosakkan aqidah, aqal, jiwa dan akhlak masyarakat termasuk

umat Islam.

Pergaulan bebas lepas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian dan

perhiasan diri yang tidak menghormati nilai-nilai agama; muzik, nyanyian atau

pementasan tarian yang bersifat melalaikan, merangsang nafsu berahi, mengenepikan

adab, atau yang mendorong penonton supaya turut sama berhibur secara bebas

ternyata melanggar batas-batas hukum, akhlak dan etika yang digariskan oleh syari’at

Islam. Kesannya, masyarakat khususnya generasi muda Islam tidak lagi tahu

menghargai nilai kesederhanaan dan tata susila Islam dalam berhibur sama ada melalui

muzik mahupun cabang hiburan yang lain seperti filem, drama, teater, tarian dan

sebagainya.

Page 2: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

2

BEBERAPA TAKRIFAN DAN KONSEP TENTANG HIBURAN

Page 3: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

3

BEBERAPA DALIL MENGENAI MUZIK DAN HIBURAN

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan

yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang

yang bertakwa.Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

(Surah al-An’aam; 6:32)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan

hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta

perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di

antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba

membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah

seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan

penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu

bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa

kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di

akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan

kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah

(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa)

kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah al-Hadiid; 57:20)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian

alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan “al-mazamir” (alat muzik yang ditiup

seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik bertali) serta berhala yang

disembah di zaman jahiliyyah.

(Hadith Riwayat Ahmad)

Page 4: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

4

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sungguh akan ada dalam kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina,

sutera, khamr, dan alat-alat muzik.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah.

Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-

penari), alat-alat yang melalaikan (muzik)…..

(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesungguhnya aku tidak melarang (kamu) menangis, tapi aku melarangmu dari dua

suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan, iaitu suara ketika gembira, iaitu

bernyanyi-nyanyi, bermain-main, dan seruling-seruling syaitan dan suara ketika

mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju dan ratapan-ratapan

syaitan.

(Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Abiddunya, al-Ajurri dan lain-lain)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya

dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh

penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi

dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Wahai Aisyah ,tidak adakah bersama-sama kamu akan hiburan? Sesungguhnya kaum

Ansar mereka teruja akan hiburan.

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Page 5: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

5

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba

daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang

Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah

penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah Nabi ini terdapat serunai syaitan?

Sedangkan pada hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri. Rasulullah bersabda, “Wahai Abu

Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.”.

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:

Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinanku, lalu Baginda duduk di tempat tidurku

seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu

kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga

salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan

berlaku pada hari esok.”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa

yang engkau katakan sebelum itu.”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Page 6: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

6

GARIS PANDUAN BERHIBUR MENGIKUT SYARI’AT ISLAM

i. Niat dan tujuan sesuatu muzik/nyanyian/hiburan diadakan/dibuat

ii. Isi kandungan lagu/nyanyian/hiburan

Page 7: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

7

iii. Keadaan waktu muzik/nyanyian/hiburan itu dilakukan

Page 8: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

8

iv. Cara perlakuan dan pelaksanaan muzik/ nyanyian itu

Page 9: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

9

v. Kesan sesuatu muzik/nyanyian/hiburan itu kepada pendengar atau

penontonnya

BEBERAPA STRATEGI DAN ANCAMAN HALUS OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM

MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN HIBURAN

Page 10: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

10

Page 11: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

11

Page 12: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

12

Page 13: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

13

Page 14: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

14

Page 15: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

15

Page 16: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

16

STRATEGI MENANGANI ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MUZIK DAN

HIBURAN

Institusi Keluarga

Page 17: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

17

Kerajaan

Page 18: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

18

Institusi Agama

Page 19: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

19

Institusi Pendidikan

Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi)

Page 20: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

20

Media

Penggiat-penggiat seni

Page 21: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI INDUSTRI MUZIK DAN

21

PENUTUP

Ternyata jelas bahawa walaupun muzik dan hiburan menjadi suatu seni dan khazanah

setiap bangsa dan budaya di dunia, namun pengaruh buruk yang dibawa melalui lirik,

penampilan pemuzik dan peminat mereka yang fanatik telah banyak membawa imej

yang merosakkan. Muzik dan hiburan yang berunsur ganas dan kasar serta lirik lagu

yang memuja syaitan, menghina ketuhanan dan menggalakkan seks bebas tentunya

merosakkan jiwa, pemikiran dan perlakuan individu mahupun masyarakat termasuk

umat Islam.

Hakikatnya, agenda serta konspirasi menerusi muzik dan hiburan dijayakan secara

halus dan licik. Hasil seni yang begitu indah rupanya tersembunyi racun khususnya

kepada umat Islam. Ia datang bukan sendirian, sebaliknya ia datang dalam pakej iaitu

dalam pelbagai bentuk hiburan yang ada pada hari ini sama ada dalam bentuk audio,

muzik video, konsert, komik, majalah, permainan komputer, pakaian, imej dan

perusahaan dan bisnes. Semuanya telah digunakan sebagai propaganda dan agenda

oleh musuh-musuh Islam termasuklah Evangelisme, Zionis dan Satanis.

Realiti ini menuntut kesedaran dan komitmen daripada pelbagai pihak supaya

penularan ancaman halus melalui industri muzik dan hiburan dapat dibendung secara

kolektif dan berkesan. Strategi dan pelan tindakan pemantapan ummah wajar digubal

supaya matlamat membentuk khaira ummah dan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur

berjaya direalisasikan.