ancaman halus terhadap islam melalui sektor …

14
1 ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR KEBAJIKAN MUQADDIMAH Umat Islam harus menyedari bahawa perancangan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umatnya tidak pernah berhenti. Mereka merangka perancangan secara kreatif dan strategik dari masa ke masa merangkumi semua sektor dan aspek kehidupan manusia serta menggunakan pelbagai saluran dan platform untuk meletakkan umat Islam dalam kerugian, kebinasaan dan keruntuhan. Gerakan dan inisiatif musuh-musuh Islam bukan sahaja tertumpu pada usaha melaga- melagakan orang Islam dan menyebarkan perpecahan dalam kalangan mereka (sama ada antara individu, kumpulan mahupun bangsa) malah menggunakan pendekatan tersirat dan licik untuk merealisasikan matlamat menghancurkan Islam. Ini termasuklah menggunakan cara menyumbangkan bakti sosial atau inisiatif kebajikan untuk mempengaruhi umat Islam serta berusaha menggugat aqidah dan penghormatan terhadap Islam dan umatnya. Contohnya, menerusi institusi kebajikan atau yayasan, mereka menggerakkan agenda dengan menyalurkan bantuan perubatan, pendidikan, kebajikan sosial, perlindungan sosial, bencana alam, makanan, peluang pekerjaan, pembelaan undang-undang dan sebagainya. Berdasarkan perancangan dan gerak kerja musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umatnya menerusi sektor kebajikan, dapatlah dirumuskan bahawa strategi tersebut adalah sebahagian daripada agenda untuk menguasai jiwa dan pemikiran umat Islam atau dikenali juga sebagai ghazwul fikri (perang pemikiran). Menerusi ghazwul fikri, musuh-musuh Islam menggunakan beberapa taktik bagi merealisasikan matlamat mereka, antaranya:

Upload: others

Post on 24-Nov-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

1

ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR KEBAJIKAN

MUQADDIMAH

Umat Islam harus menyedari bahawa perancangan musuh-musuh Islam untuk

menghancurkan Islam dan umatnya tidak pernah berhenti. Mereka merangka

perancangan secara kreatif dan strategik dari masa ke masa merangkumi semua sektor

dan aspek kehidupan manusia serta menggunakan pelbagai saluran dan platform untuk

meletakkan umat Islam dalam kerugian, kebinasaan dan keruntuhan.

Gerakan dan inisiatif musuh-musuh Islam bukan sahaja tertumpu pada usaha melaga-

melagakan orang Islam dan menyebarkan perpecahan dalam kalangan mereka (sama

ada antara individu, kumpulan mahupun bangsa) malah menggunakan pendekatan

tersirat dan licik untuk merealisasikan matlamat menghancurkan Islam. Ini

termasuklah menggunakan cara menyumbangkan bakti sosial atau inisiatif kebajikan

untuk mempengaruhi umat Islam serta berusaha menggugat aqidah dan penghormatan

terhadap Islam dan umatnya. Contohnya, menerusi institusi kebajikan atau yayasan,

mereka menggerakkan agenda dengan menyalurkan bantuan perubatan, pendidikan,

kebajikan sosial, perlindungan sosial, bencana alam, makanan, peluang pekerjaan,

pembelaan undang-undang dan sebagainya.

Berdasarkan perancangan dan gerak kerja musuh-musuh Islam untuk menghancurkan

Islam dan umatnya menerusi sektor kebajikan, dapatlah dirumuskan bahawa strategi

tersebut adalah sebahagian daripada agenda untuk menguasai jiwa dan pemikiran umat

Islam atau dikenali juga sebagai ghazwul fikri (perang pemikiran). Menerusi ghazwul

fikri, musuh-musuh Islam menggunakan beberapa taktik bagi merealisasikan matlamat

mereka, antaranya:

Page 2: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

2

Page 3: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

3

Pendekatan dan taktik ghazwul fikri yang digerakkan oleh musuh-musuh Islam adalah

untuk mencapai matlamat berikut:

Page 4: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

4

BEBERAPA DALIL BERHUBUNG BERBUAT KEBAJIKAN

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan

barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat,

dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang

akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim

dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-

orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya

seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang

menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-

orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam

masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya),

mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan

mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah al-Baqarah; 2: 177)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

...dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia

telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya...

(Surah al-Maa’idah; 5: 32)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang),

dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah

amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(Surah al-Hajj; 22: 77)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang

sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan

sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

(Surah Ali ’Imraan; 3:92)

Page 5: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

5

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang Muslimin maka bukanlah dia

dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain

daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah.

(Hadis Riwayat at-Tabarani)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Kebajikan ialah apa saja yang menjadikan jiwa tenang dan hati menjadi tenteram. Dan

dosa ialah apa saja yang menjadikan jiwa tidak tenang dan hati tidak tenteram kendati

para pemberi fatwa berfatwa kepadamu.

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Kebajikan adalah akhlak terpuji, sedangkan dosa adalah apa yang diresahkan jiwa dan

kamu tidak suka bila dilihat orang lain.

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

Barangsiapa yang menginfakkan harta di jalan Allah, nilainya tujuh ratus kali lipat.

Barangsiapa yang mengeluarkan nafkah untuk dirinya, atau keluarganya, atau

menengok orang sakit, atau untuk menyingkirkan kendala dari jalan, maka termasuk

kebaikan yang nilainya sepuluh kali lipat.

(Hadis Riwayat Ahmad, al-Baihaqi)

Page 6: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

6

BEBERAPA STRATEGI DAN ANCAMAN HALUS OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM

MELALUI SEKTOR KEBAJIKAN

Page 7: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

7

Page 8: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

8

Page 9: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

9

Page 10: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

10

Page 11: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

11

Page 12: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

12

SYOR-SYOR UNTUK MENANGANI ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI

SEKTOR KEBAJIKAN

Page 13: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

13

Page 14: ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI SEKTOR …

14

PENUTUP

Kesimpulannya, adalah penting untuk umat Islam bersifat peka terhadap strategi dan

taktik halus yang digunakan oleh musuh-musuh Islam melalui sektor kebajikan. Dengan

memahami strategi dan taktik yang digunakan, umat Islam perlu berhati-hati dan

berwaspada dalam menerima sesuatu daripada individu mahupun pertubuhan bukan

Islam (sama ada peringkat tempatan mahupun dari luar negara). Tidak dinafikan

bahawa masyarakat Islam khususnya umat Melayu mempunyai sifat tolak ansur yang

tinggi. Namun, janganlah hendaknya sifat tolak ansur dan terbuka yang menjadi amalan

hidup memerangkap umat Islam-Melayu dalam agenda musuh-musuh Islam sehingga

menggugat aqidah dan pemikiran serta survival Islam dan umatnya.