ancaman perubahan iklim global

Upload: nan15834

Post on 17-Jul-2015

140 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL

Masa depan generasi pelapis semakin terancam akibat sikap rakus dan tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar. ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan masa yang panjang. Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara. Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia. APAKAH PERUBAHAN IKLIM GLOBAL? Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas. PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN IKLIM Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim

dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.

Negara Malaysia Thailand Australia Jepun Amerika Syarikat

Tahun 1990 1994 1990 1990 1990 1994 1990 1994

Pembebasan gas hijau (juta tan) 138.0 144.0 225.0 572.0 1,215.9 1,276.1 5,895.9 6130.

rumah

Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000 IMPAK/KESAN PERUBAHAN IKLIM DUNIA KEPADA NEGARA Perubahan iklim dipercayai telah mempercepatkan proses-proses cuaca sehingga menyebabkan berlaku pelbagai perubahan mendadak dalam tempoh masa yang tidak menentu. Perubahan iklim dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan/ketenteraman awam, kestabilan politik dan keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Antara kesan fizikal perubahan iklim dunia kepada negara adalah seperti berikut:Bencana Alam Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, kadar taburan hujan yang tidak menentu merupakan antara fenomena perubahan iklim. Suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas. Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka. Dengan 9% daripada kawasan daratan di Malaysia (29,000 sq.km) terdedah kepada fenomena banjir, sejumlah 2.7 juta masyarakat negara ini mungkin menjadi mangsa. Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan kejadian bencana. Contoh terbaik adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar. Sumber air Pembangunan pesat proses urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap sumber air terutamanya bagi sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi rumah. Perubahan iklim telah mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaitu Malaysia mengalami peningkatan taburan hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan taburan hujan bermakna Malaysia terdedah kepada fenomena banjir yang mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa. Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan yang

mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor pertanian dan industri. Ekonomi Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat. Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. Kesihatan Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.

Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian. Ekosistem Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik. Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera.

Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Kegiatan harian dan penempatan manusia terganggu Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka. Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia dalam tempoh 50 akan datang. Kesan buruk akibat perubahan iklim dunia kepada negara Kesan perubahan iklim global turut memberi kesan psikologi kepada masyarakat negara ini. Fenomena kesan perubahan iklim sudah pasti menjejaskan kehidupan dan keselamatan manusia dan tidak terkecuali turut menimpa masyarakat negara ini. Krisis dan bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim harus ditangani dengan sewajarnya kerana ia merupakan elemen penting menguruskan keresahan rakyat. Perkara ini jika tidak ditangani akan mengundang permasalahan yang lebih besar. Tidak mustahil kegagalan menangani krisis dan bencana mungkin mengakibatkan kepada keruntuhan dan menimbulkan kegawatan kepada institusi keluarga, masyarakat seterusnya melemahkan sistem pentadbiran negara. Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada masyarakat. Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan kehidupan seharian. CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

Secara global, cabaran yang dihadapi amat besar kerana ancaman perubahan iklim dan pemanasan global adalah masalah sejagat dan usaha menangani secara berkesan perlu membabitkan komuniti antarabangsa, penduduk dunia dan Kerajaan, terutamanya melibatkan negara maju yang menjadi pengeluar utama gas rumah hijau. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau. Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara. Sememangnya ada pihak yang berpengaruh terus menafikan bahawa ancaman perubahan iklim itu datang daripada penggunaan bahan api yang membebaskan karbon dioksida ke udara. Pengaruh inilah yang menyebabkan selama ini AS tidak menerima Protokol Kyoto hingga melewatkan tindakan menghadapi ancaman perubahan iklim ini. Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu menjejaskan perkembangan industri masing-masing. Bagi Malaysia, cabaran utama dalam menghadapi kesan perubahan iklim adalah untuk memperkenalkan langkah adaptasi dalam sektor-sektor tertentu bagi mengurangkan kesan jangka panjang fenomena ini. Di samping itu, terdapat keperluan untuk menyedarkan rakyat diperingkat akar umbi tentang ancaman perubahan iklim menerusi program dan aktiviti kerana sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai ancaman perubahan iklim. Sebagaimana diketahui kesan perubahan iklim tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perubahan berlaku secara begitu perlahan. PERANAN MASYARAKAT Tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia mengenai aspek penjagaan alam sekitar didapati masih rendah. Aktiviti dan cara hidup masyarakat Malaysia memerlukan perubahan terutamanya dari aspek menjaga dan memulihara alam sekitar. Langkahlangkah dan strategi yang diambil tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada masyarakat sendiri. Peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat antaranya ialah: mengurangkan pembaziran sumber tenaga elektrik mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta impak dan kesan pemanasan global.

menanam lebih banyak pokok sebagai sumber oksigen mengitar semula bahan terbuang. membantu Kerajaan dalam mengenalpasti pihak yang terlibat mencemarkan alam sekitar. Perubahan iklim dunia dan pemanasan global yang mengundang pelbagai permasalahan sewajarnya menyentap kesedaran semua manusia di seluruh dunia agar lebih menghargai alam sekitar. Walaupun negara berada dalam suasana yang aman, namun hakikatnya tanpa disedari, sebenarnya negara berhadapan dengan peperangan yang mengancam keselamatan rakyat yang bernaung di bawahnya. Perubahan iklim global yang melanda dilihat merungkai kerakusan yang berpunca daripada manusia sendiri. Ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan juga komuniti antarabangsa dalam memelihara alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita ( Mahatma Gandhi)

ALOR SETAR: Berikutan banjir yang semakin buruk di utara Semenanjung jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat dan menyebabkan gangguan bekalan air di tiga daerah di negeri Kedah. Di KEDAH, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri itu dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak dua hari lepas. Daripada jumlah itu 12,872 penduduk daripada 3,655 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,908 mangsa daripada 984 keluarga adalah dari Padang Terap, 3,182 penduduk daripada 878 keluarga di Kota Setar dan 940 penduduk daripada 217 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata 88 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 40 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, empat di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar. Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap. Sementara itu, tiga daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian kawasan di daerah Pendang mengalami gangguan bekalan air bermula semalam dan hari ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) hari ini, gangguan bekalan air itu disebabkan oleh Intake Loji Bukit Pinang Fasa 1, 2, 3, dan 4 dan Nephelometric Turbldity Unit (NTU) ditenggelami air terlalu tinggi. Pihak Sada memohon maaf di atas kesulitan itu dan sebarang aduan dan pertanyaan boleh hubungi Pusat Informasi Sada di talian hotline 1-300-88-0017. Di PERLIS, keadaan banjir di sekitar Kangar bertambah buruk dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,052 orang berbanding lebih 4,500 mangsa petang semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan yang diwujudkan di seluruh Perlis.

Setakat ini, 4,127 mangsa yang dipindahkan ialah dari kawasan Kangar manakala 1,091 dari kawasan Padang Besar dan 834 orang dari kawasan Arau. Sementara itu, para petugas media di Perlis beroperasi di luar pejabat hari ini berikutan laluan ke pejabat di bandar Kangar ditenggelami air. Beberapa wartawan juga terpaksa berhadapan dengan tugas sukar kerana ada yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah termasuk dua wartawan Biro Bernama di Perlis. Di KELANTAN, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah pagi ini bertambah iaitu seramai 452 orang berbanding semalam 297 mangsa berikutan limpahan air Sungai Golok. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata kesemua mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan stesen keretapi lama di pekan Rantau Panjang. Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah mengarahkan 1,182 pegawai dan kakitangan bersiap sedia bagi menghadapi musim banjir khususnya di bahagian utara semenanjung Malaysia berikutan amaran hujan lebat di tiga negeri itu mulai semalam. Beliau berkata ini kerana banjir mendedahkan masyarakat kepada risiko berlakunya penyakit berjangkit seperti cirit-birit, deman kepialu, taun dan leptospirosis. Seperti kita sedia maklum, banjir boleh menimbulkan berbagai masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga tua. Jadi, kumpulan ini perlu diberi perhatian sewajarnya, katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini. Katanya pasukan kesihatan dan perubatan di pusat-pusat pemindahan akan ditempatkan secara tetap sekiranya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut melebihi 500 orang. Liow berkata tindakan yang akan diambil juga merangkumi penyediaan serta memastikan stok ubat-ubatan, peralatan, vaksin dan alat pelindung diri sentiasa mencukupi. BERNAMA

Majalah: SUKEJ Edisi: 110 Kolum: Tumpuan Genre: Artikel Terbitan: Mac 2007 Oleh: Mohd Zaki M.Noor Banjir yang melanda negara kita beberapa ketika dulu sudah cukup untuk membangkitkan persoalan; adakah dunia ini selamat didiami lagi? Tidak kira di mana kita berada, kita dikepungi lautan dengan 70 peratus permukaan bumi adalah air. Maka, kewujudan air sangat berkait rapat hampir pada setiap aspek kehidupan, lebih-lebih lagi aspek keselamatan dan nyawa. Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan boleh melenyapkan negara. Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh manusia, bahkan boleh melenyapkan negara. Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya kepada ekonomi manusia. Sekurangkurangnya, kita memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk mengembalikan keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti. Apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan barangan juga berlaku, maka ia menyebabkan kerugian di pihak peniaga. Syarikat yang menyertai bursa saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak selamat dan mula mengalihkan modal kepada negara-negara lain sebagai alternatif. Justeru, minat pelabur yang luntur akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada industri pelaburan dan tidak mustahil, krisis kewangan tahun 1999 boleh berulang. Maka, banjir yang melanda Johor secara dahsyat bukan saja memberi kesan buruk kepada negeri Johor, bahkan memungkinkan risiko kepada ekonomi negara kita seluruhnya. Walaupun ini cuma logika sebab dan musabbab, namun risiko ini tidak harus dipandang remeh. Banjir juga mengancam kesihatan. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan farmasi, berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran. Bahkan kesesakan di

pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat pada awal Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia. Bakteria yang tersebar melalui air banjir mengancam keselamatan kerana penularan yang tidak terkawal. Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah. Murid-murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-tengah. Keadaan boleh menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan generasi kecil kita. Realitinya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat, bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan menghadapi banjir. Banjir telah membuka mata kita berkenaan sistem perparitan yang dilaporkan bermasalah, serta beberapa aktiviti pembalakan yang tidak terancang. Dakwaan tambakan pasir oleh Singapura menyebabkan banjir juga mendapat perhatian yang tidak sedikit, sekurang-kurangnya banjir telah menyebabkan kita lebih peka kepada banyak perkara yang sebelum ini lebih bersifat tersembunyi. tulisan Mohd Zaki M Noor pada 4:30 AM

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)PnLeela on Tue Apr 07, 2009 10:27 pmAlam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

PnLeelaAdmin

Posts: 363 Join date: 2008-01-03

RE: Esei Minggu 3 - Kebersihan alam sekitarmarilyn(U6B) on Sat Apr 11, 2009 5:49 pmIsi 1: Antara kesan pencemaran alam sekitar ialah terganggunya kesihatan manusia. Hal ini dapat dikaitkan dengan perbuatan manusia yang membuang bahan-bahan buangan seperti sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Bahan-bahan buangan ini akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air selain mengalakkan pembiakan bakteria.Mereka yang terminum atau terguna air yang tercemar ini kemungkinan besar akan menghidap penyakit atau masalah kesihatan seperti keracunan makanan dan penyakit kulit. Selain itu,pencemaran udara seperti kebakaran hutan, pembebasan karbon monoksida melalui ekzos kenderaan dan kilang industri juga menyumbangkan kesan terhadap kesihatan manusia.Contohnya, kes kebakaran hutan di Sumatera telah menyebabkan berlakunya jelebu yang berpunca daripada nukleus pemeluwapan yang terdiri daripada zarah debu, asap dan bahan

pencemar.Hal ini bukan sahaja mengurangkan kadar penglihatan sekeliling malah menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana gas-gas toksik seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan nitrogen oksida pula akan menyebabkan pendarahan pulmonari.

marilyn(U6B)

Posts: 6 Join date: 2009-03-24

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Soo Hui Sun(U6A) on Sat Apr 11, 2009 5:59 pmPendahuluan: Alam sekitar didefinisi sebagai semua kehidupan dan bukan kehidupan yang berada di dalam dunia. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Jika berlaku kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ini jelas menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar. Walau demikian manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti yang telah mengancam keharmonian alam sekitar. Pada minggu lepas, European Commission telah mengatakan bahawa masalah alam sekitar telah menjadi masalah yang semakin serius, ia telah memberi kesan negatif terhadap sektor-sektor seperti pertanian, perikanan, perkhidmatan, perdagangan dan lain-lain.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts: 6 Join date: 2009-03-25

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Mow Jiun You (U6A) on Sat Apr 11, 2009 6:05 pmIsi 1: Ancaman terhadap alam sekitar memang boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Perubahan iklim global merupakan salah satu kesan negatifnya. Pendedahan kepada perubahan cuaca yang ekstrem menyebabkan berlakunya pengurangan dalam jumlah biodiversiti di sesuatu tempat. Fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia lebih dikenali sebagai pemanasan global. Kesan pemanasan global adalah disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pemanasan global adalah berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas serta secara langsungnya menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosphera. Akibatnya, gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosphera menyebabkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan juga merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat. Justeru itu, masalah pemanasan global ini haruslah ditangani bersama dengan segera sebelum masalah ini menjadi lebih kritikal.

Mow Jiun You (U6A)

Posts: 6 Join date: 2009-03-27

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Lim Je Wei (U6A) on Sat Apr 11, 2009 6:10 pmIsi 2 : Kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab adalah punca utama ancaman terhadap flora dan fauna. Contohnya, pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Pembalakan tidak terancang akan menggangu keseimbangan ekosistem. Penebangan hutan hujan tropika secara berleluasa untuk mendapat kayu balak yang diperlukan dalam industri pembuatan perabot telah mempengaruhi habitat flora dan fauna, seterusnya menyebabkan kepupusan hidupan. Tambahan pula, pembalakan tidak terancang juga menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semula jadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Selain itu, aktiviti seperti menangkap haiwan berspesis istimewa seperti ikan paus untuk daging dan lemaknya menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekologi. Implikasinya, pembiakan hidupan terganggu dan terbantut. Pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan ekosistem. Contohnya, pencemaran air disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka membuang sampah-sarap ke dalam laut. Ini menjejaskan pertumbuhan kehidupan akuatik kerana minyak yang terapung di permukaan air menghalang penembusan cahaya matahari dan gas oksigen. Akibatnya kehidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen. Yang menyedihkan, alam sekitar semakin terancam dan menimbulkan kesan negatif yang lebih padah akibat sikap tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Lim Je Wei (U6A)

Posts: 6 Join date: 2009-03-27

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)claraliew04 (U6A) on Sat Apr 11, 2009 6:11 pmIsi 3: Tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti gas asli, petroleum dan air yang terlampau serta sisa-sisa industri yag mencemarkan persekitaran telah menyebabkan alam sekitar kita yang bersih diancam. Pendedahan kepada gas-gas racun seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang secara asasnya terhasil daripada pembakaran bahan api fosil dan penggunaanpenggunaan kimia akan melambatkan tindak balas menyebabkan rasa mengantuk, inflamasi paru-paru dalam manusia. Selain itu, pelepasan dari industri yang mengandungi pelbagai jenis pencemaran air termasuk bahan organic dan bahan kimia seperti logam-logam berat dan kompaun yang tidak boleh dibiodegrasikan juga mempunyai kesan yang ketara ke atas kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.

claraliew04 (U6A)

Posts: 8 Join date: 2008-06-10 Age: 21

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Goh Moon Hong (U6A) on Sat Apr 11, 2009 6:13 pmIsi 4: Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik.

Goh Moon Hong (U6A)

Posts: 6 Join date: 2009-03-27

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)waiyee(U6A) on Sat Apr 11, 2009 6:14 pm

Penutup: Kesimpulannya, jika langkah-langkah segera tidak diambil, kehidupan manusia di bumi akan mengalami kehancuran. Generasi muda perlu bersikap positif dalam mengorak langkah ke arah ini. Pelbagai badan sukarela dan bukan kerajaan perlu berusaha dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini. Pihak berkuasa juga harus lebih tegas dalam menangani isu ini supaya pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

waiyee(U6A)

Posts: 6 Join date: 2009-03-23

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Steph on Sat Apr 11, 2009 7:17 pmCikgu,adakah tajuk ini memerlukan 2 isi utk kepentingan alam sekitar yg bersih dan 2 isi utk kesan-kesan ancaman terhadap alam sekitar?Harap cikgu blh reply me...thx

Steph

Posts: 7 Join date: 2009-03-25

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)reeann on Sat Apr 11, 2009 10:52 pmpendahuluan Dalam usaha memajukan negara, meningkatkan taraf hidup penduduk, ekonomi dan proses pembangunan yang begitu mendesak telah mencemarkan alam sekitar . Hal ini amat membimbangkan memandang kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan bumi kita. Pencemaran, boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Alam sekitar yang sedang mengalami pencemaran akan membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan semua hidupan. Antara kesan-kesannya adalah seperti, penjejasan kesihatan manusia, pencemaran udara dan jerebu , fenomena hujan asid,pencemaran air ,kepupusan hidupan akuatik, pemanasan setempat, keracunan, hakisan tanah dan banjir.

Last edited by reeannU6B on Sun Apr 12, 2009 6:24 pm; edited 2 times in total

reeann

Posts: 5 Join date: 2009-03-18

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)WeiShi_L6F on Sun Apr 12, 2009 2:08 pmPendahuluan: Alam sekitar merupakan anugerah Allah Subhanahu Wataala yang besar nilainya. Kita sebagai manusia yang memerlukan manfaat alam sekitar yang bersih, perlu untuk menjaganya dan bersifat sensitif. Ini adalah kerana udara yang dihirup, air bersih dan bermacam lagi kegunaan alam sekitar adalah amat berguna manfaatnya. Jika tidak, mungkin kita akan terdedah kepada bahaya seperti penyakit antaranya denggi, kolera dan sebagainya. Begitu juga keindahan alam sekitar itu memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Ini adalah kerana hasil dari pendapatan itu akan dapat menambah lagi sumber kewangan negara.

WeiShi_L6F

Posts: 34 Join date: 2008-05-13 Age: 21

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)Steph on Sun Apr 12, 2009 10:07 pmKita juga tidak dapat menafikan bahawa kerosakan terhadap alam sekitar menyebabkan penularan jangkitan penyakit.Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke longkang,parit dan sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria.Hal ini kerana sampah sarap yang dibuang sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja telah menyekat pengaliran air sehingga parit tersumbat dan tertakungnya air.Keadaan ini membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentikjentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes.Maka tidak hairanlah statistik menunjukkan bahawa Lembah Klang mencatatkan bilangan kes Deman Denggi yang tinggi.

Steph

Posts: 7 Join date: 2009-03-25

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)SenHan_U6F on Mon Apr 13, 2009 7:21 pmIsi 1:Alam Sekitar merupakan kawasan tadahan bagi flora dan fauna.Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.Air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan

disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.Jika alam sekitar diterokai maka aliran air menjadi tidak sempurna,mudah tersejat,menghakis tanah dan air mengalirkan ke sungai menjadi kotor.Semua ini bukan sahaja membawa kesan kepada sistem peredaran air itu sendiri tetapi juga kepada manusia.

SenHan_U6F

Posts: 29 Join date: 2008-05-13

Penutup(U6B)Ong Yee Teng on Tue Apr 14, 2009 3:17 pmIntihannya , kerosakan alam sekitar menyebabkan kerugian bukan sahaja terhadap manusia, tetapi semua hidupan atas bumi. Malahan, kesan-kesan negatif ini tidak dapat dibaiki dalam masa yang singkat. Justeru itu, manusia harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah itu. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang yang tegas , perubahan sikap dalam kehidupan harian , penyelidikan-penyelidikan , kempen , dan lain-lain. Sematkan di jiwa bahawa bumi ini anugerah Tuhan , hendaklah dijaga rapi ke akhir zaman.

Ong Yee Teng

Posts: 6 Join date: 2009-03-29

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)KeeSengU6F on Wed Apr 15, 2009 12:19 amIsi ke-2: Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan pernafasan yang sihat. Udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Namun begitu, pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan kita. Udara dan bahan cemar yang terperangkap dalam udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan mamasuki paru-paru malalui trakea. Karbon monoksida adalah antara gas yang dapat maracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon boleh menmibulkan kerengsaan. Habuk, asap dan kabus juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.