analisis politik

17

Click here to load reader

Upload: mustaza-kukuyaya

Post on 13-Aug-2015

46 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis politik

1.0 PENDAHULUAN

Ahmad boestaman merupakan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Nama asal

beliau ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil. Beliau dilahirkan pada 30 November 1920 dan

telah meninggal dunia pada 19 Januari 1983. Beliau merupakan seorang aktivis politik anti

penjajah Inggeris di Malaysia dan beliau pernah ditangkap dan dipenjara sebanyak 3 kali.

Beliau telah menggunakan nama Ahmad Boestaman sebagai nama penanya semasa

menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada 1945 di Ipoh, Perak dan nama ini telah popular.

Selain itu, beliau juga pernah menggunakan nama penanya seperti Ruhi Hayat dan Jiwalara.

Beliau merupakan seorang yang berbakat besar dalam penulisan dan juga seorang

pemidato yang handal. Belia juga pernah dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak

pada tahun 1976 dengan membawa gelaran Datuk. Bapanya yang bernama Raja Kechil

merupakan seorang petani dan ibunya pula bernama Rasiah. Ahmad Boestaman telah

dibesarkan di kampung Behrang Ulu, Tangjong Malim, Perak. Beliau mempunyai dua orang

kakak iaitu, Rasunin dan Ramlah. Beliau telah belajar di Sekolah Melaka Behrang Ulu pada

usia keenam dan pada tahun 1933, beliau telah memasuki Anderson School, Ipoh untuk

melanjutkan pelajarannya. Ahmad Boestaman menamatkan pelajaran dalam Darjah Lima

dengan keputusan yang cemerlang iaitu lulus dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas

Melayu Khas (“Special Malay Class”, SMC).

Ahmad Boestaman merupakan seorang wartawan akbar yang sangat prolofik. Beliau

telah bekerja untuk pelbagai syarikat akhbar. Beliau telah bermula kerjayanya dengan

akhbar pertama iaitu Saudara di Pulau Pinang. Selepas itu, beliau juga pernah bekerja

dengan Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta

Malaya di Singapura. Dalam pekerjaannya sebagai wartawan beliau telah bertembung dan

bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji

Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Dalam kegiatan beliau dalam bidang kewartawanan

telah memyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang

sedang memuncak pada tahun 1930-an. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang

memberi pendapat dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan dari segi ekonomi, sosial

dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan persaingan kedatangan

orang asing.walaupun tulisannya tidak setajam dengan rakan-rakannya yang lain, tetapi

beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka.

Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan

beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.

Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya

dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) dengan memegang jawatan sebagai penolong

Page 2: Analisis politik

setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhber Majlis Kuala Lumpur yang dipimpin oleh

Ibrahim Yaakob. Walaupun beliau hanya menjadi orang keempat penting dalam organisasi

yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British. Ahmad

telah dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar.

Penangkapan Boestamam pada 1941-1942 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan

penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik.

Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah yang secara langsung telah

memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Ini telah menjadi satu mengkin

kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh tentera

Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu. Beliau juga pernah menerbitkan testamen

politik api yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah’ namun begitu beliau telah

dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikut dan beliau telah

dikenakan denda sebanyak RM 1200.

Tambahan pula, Ahmad Boestaman juga merupakan seorang perancang yang bijak.

Hal ini kerana beliau telah menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air(KITA) yang bekerjasama

dengan Parti Komunis Malaya dan British yang sedang berusaha untuk memerangi tentera

Jepun. Selepas itu, Ahmad Boestaman juga pernah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM). PKMM ini bertujuan mahu menguasai tanah melayu dengan cara

perlembagaan telah membentuk satu “Barisan Bersatu Malaya” untuk mempengaruhi parti-

parti politik Melayu dan Kesatuan sekerja India. Selain itu, Ahmad juga amat disokong oleh

PKM kerana PKM telah membangkitkan sola tidak demokratik UMNO kerana memberi dua

sahaja undi kepada PKMM seperti persatuan negeri-negeri Melayu yang lain yang dikatakan

lebih kecil daripada PKMM. Ahmad Boestaman juga telah dipengaruhi oleh parti-parti lain.

Bab ini akan diterangkan pada bab-bab seterusnya.

Ahmad Boestaman telah mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis

bebes di akhbar-akhbar sebagai perintang waktu dan sedikit pendapatan untuk menyara

hidupnya. Dua tahun selepas menunaikan haji, beliau telah meninggal dunia pada tahun

1983 kerana penyakit barah paru-paru. Dengan itu, tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh

politik yang sangat dinamik dan menarik yang telah memberi warna-warna garang dan

terang serta corak yang berliku-liku dalam kehidupannya dan politik Malaysia khususnya.

Page 3: Analisis politik

Analisis

Perjuangan Awal Ahmad Boestamam dalam bidang penulisan.

Ketajaman pena Boestamam telah membawa kepada keterlibatan awalnya dalam bidang

politik yang dapat dilihat dengan jelas menerusi buku yang ditulis bertajuk Merintis Jalan ke

Puncak. Khalayak dapat menelusuri buah tangan pertama pengarang sewaktu menggali dan

membongkar bahan-bahan sejarah tanah air dalam gelanggang perjuangan menentang

penjajahan dan memperjuangkan Kemerdekaan. Beliau juga salah seorang perintis utama

dalam gelanggang ini semenjak era 30-an dan dirasakan pembaca dapat bertemu dengan

sumber asli dari pelaku utamanya sendiri. Hal ini disokong dengan sebuah ukilan buku yang

bertajuk Politik Melayu Pelbagai Aliran yang di tulis oleh Ishak Saat dimana menyatakan

Ahmad Bostamam dengan nekad telah mengambil alih prjabat Pencetakan Perak Shimbun

untuk meluahkan pendapat penanya selain memberikan kesedaran kepada orang lain.

Perampasan ini telah memudahkan mengeluarkan akhbar sendiri iaitu Suara Rakyat.1

Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat

dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat

naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang

kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan

kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Siang dan malam seperti tiada bezanya. Tembok besi

menjadi rakan setia dan pemisah kehidupannya dengan dunia luar. Beliau mengenang dan

terus mengenang nasibnya sepanjang berada di situ. Putaran kehidupannya terus mewarnai

bab ini.

Melalui satu memoir yang dihasilkan iaitu Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka

dengan Darah dalam Api, Boestamam telah disemadikan sebagai salah seorang tokoh yang

cukup gemilang dalam eranya. Manisnya memoir ini kerana mendapat sentuhan kata

pengantar oleh Tan Sri A. Samad Ismail. Beliau juga sahabat karibnya yang sama-sama

tajam mata penanya. Rentetan kehidupan Boestamam yang gemilang dan tragis dapat

dikesan menerusi penulisannya. Hal ini boleh dilihat, melalui sumbangan besar Boestamam

ialah dengan menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema

dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Beliau

turut menggariskan dasar perjuangan API untuk merdeka dengan darah di dalam testament

politiknya. Pada zaman perjuangannya, testament ini cukup dikenali. Tambahan pula,

kelebihan testament ini cuba menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira

ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Testament ini siap disusun

olehnya pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak.

1 Ishak Saat(2007) .Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Halaman 170.

Page 4: Analisis politik

Boestamam memberikan kata-kata semangat kepada pemuda-pemuda di negeri-

negeri Melayu untuk mencontohi pemuda-pemuda di Indonesia. Melalui kata-kata yang di

ucapkan di halaman 3 daripada Testament Politik :

“Semboyan yang dipakai oleh pemuda-pemuda Indonesia itu ialah;- “Kita menghadapi penjajah dengan revolutie. Kita tidak segan membasahi bumi ini dengan darah”. “Pemuda biar hancur, asal tanah air tak hancur”.2

Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa Boestamam ingin mewujudkan satu

angkatan pemuda yang bersedia untuk mengorbankan jiwa raga mereka untuk berjuang

menuntut kemerdekaan tanah air. Kebangkitan semangat pergerakan tanpa mengira ras

tenaga pemuda dan pemudi di Malaya serta di seluruh dunia digambarkan sebagai sama-

sama berjuang demi kemerdekaan Tanah Air masing-masing berlandaskan keyakinan dan

kepercayaan terhadap diri sendiri.

Selain dari terkenal sebagai seorang tokoh nasionalis yang cukup tersohor dengan

kebolehan dan bakat kepengarangannya, beliau juga dikenal sebagai penterjemah, novelis,

penyajak dan juga dianggap penulis yang cukup disegani. Idea Boestamam boleh dikesan

mengalir di pelbagai wadah penerbitan bagaikan air mengalir kerana kepekaannya dengan

keadaan di sekelilingnya. Rata-rata kejayaan hebatnya terkesan setelah berjaya

membongkar bahan-bahan sejarah tanah air dalam bentuk perjuangan dan diterapkan

menerusi tulisan-tulisannya yang masih boleh dirujuk sehingga kini. Menyedari cabaran dan

perjuangan dalam kehidupannya, beliau terus menggilap bakat seninya menerusi dunia

penulisan. Kebanyakan isu yang disentuh melalui buku-bukunya lebih tertumpu kepada

riwayat hidup dan perjuangannya dalam memberikan kesedaran kepada orang-orang

melayu untuk keluar daripada kepompong pemikiran yang mengikut telunjuk pihak British.

Dalam hubungan lain, pandangan Professor Khoo Khay Kim dalam catatan anak

Boestamam iaitu Rustam Abdullah Sani sewaktu kembalinya Ahmad Boestamam ke

rahmatullah taala (Mingguan Malaysia: 23 Januari 1983). Khoo berkata:

“Kini beliau telah pergi. Satu era dalam politik Malaysia telah tamat. Ramai berjuang dalam tahun empat puluhan dan lima puluhan namun tiada antara tokoh-tokoh zaman itu yang lebih berjaya melambangkan gaya dan corak perjuangan golongan radikal Melayu.”3

2 Ahmad Boestamam (1946). Testament Politik API, L.T API. Kuala Lumpur., hlm 3.

3 Dipetik melalui sebuah artikel internet Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada 8 FEB,2011 daripada http://arissani-rustam.blogspot.com/2006/09/ayahku-ahmad-boestamam.html.

Page 5: Analisis politik

Apakah ‘gaya dan corak’ pejuangan golongan tersebut yang terpancar pada kehidupan

Ahmad Boestamam? Pada analisis yang dibuat, gaya dan corak itu tidaklah terlalu berbeza

daripada gaya dan corak perjuangan para pemimpin dan gerakan-gerakan nasionalis lainnya

yang banyak muncul di seluruh rantau Asia dan Afrika pada tahun-tahun empat puluhan dan

lima puluhan itu iaitu gerakan-gerakan yang telah mengakhiri pemerintahan kolonial dan

melahirkan sebilangan negara-negara bebas di rantau yang kita kenal hingga ke hari ini.

Hanya satu matlamat yang ingin diperjuangkan iaitu menuntut kemerdekaan dan mengusir

anasir penjajah yang menduduki tanah airnya dengan slogan yang memperjuangkan jiwa

dan raga serta bersaksikan darah jika ianya perlu dilakukan.4 Kebanyakan gerakan tersebut

merupakan gerakan anti-kolonial dalam ertikata yang visionary (berwawasan). Penolakan

mereka terhadap kuasa penjajahan itu tidaklah didorong oleh rasa benci yang bersifat

perkauman, tetapi didorong oleh fahaman tentang keadilan, demokrasi dan kesamarataan

yang amat kuat. Jika Ahmad Boestamam menerapkan gaya yang demikian dalam

perjuangannya, maka hakikat itu sebahagian besarnya dipengaruhi oleh gaya perjuangan

yang biasa dilakukan dalam kalangan teman-temannya di negara ini sendiri, seperti Dr.

Burhanuddin Al-Helmi, Ishak Haji Mohamad, Taha Kalu, Abdullah Zawawi dan lain-lain.

Namun begitu, para pemimpin nasionalis rakyat seperti Ahmad Boestamam biasanya

melihat usaha mencapai cita-cita fahaman nasionalisme yakni cita-cita membentuk sebuah

nation (negara-bangsa) bagi kelompok rakyat yang diwakilinya sebagai suatu cabaran

kecendekiawanan untuk mencari dan merumuskan kembali gagasan jati diri bangsa itu dari

hakikat sejarahnya, bukannya sekadar suatu usaha mudah untuk meneruskan ‘pentadbiran

kolonial’ wilayahnya oleh anak negeri yang dipimpin oleh golongan kanan5 seperti UMNO

pada ketika itu yang dilabelkan sebagai anak emas British.. Dalam hal inilah saya

berpendapat bahawa beberapa gagasan yang telah mereka kemukakan misalnya konsep

‘Melayu Raya’ perlu kita kaji dan kita fahami dalam pengertian ideologi nasionalisme yang

lebih mendalam dan tidak sekadar menanggapnya sebagai kesan ‘pengaruh Indonesia’

seperti yang sering dikemukakan oleh beberapa ahli sejarah yang amat berbeza

perspektifnya.

Penglibatan dalam Arena Politik

Selain bergiat aktif dalam bidang penulisan dan kewartawanan, Ahmad Boestamam

juga terlibat aktif dalam bidang politik bagi memperjuangkan kemerdekaan. Hal ini kerana

4 Hal ini begitu sinonim dengan sentiment yang ingin dibawah oleh ahli-ahli Parti API yang memperjuangkan kemerdekaan dengan darah.5 Golongan kanan disini bolehlah saya tafsirkan sebagai golongan yang konservertif dan sentiasa mengikut arus. Mereka ini biasanya didokongi oleh individu yang dikawal oleh pihak penjajah dengan bersealiran dengan mereka.

Page 6: Analisis politik

minatnya terhadap bidang politik telah lama wujud iaitu sejak di bangku sekolah. Sepanjang

penglibatannya dalam bidang politik, beliau telah memilih gerakan berhaluan kiri6 atau

dikenali sebagai radikal yang bermotifkan penentangan untuk mengusir penjajah British dari

Tanah Melayu.

Kesatuan Melayu Muda

Penglibatan awalnya dalam arena politik bermula dengan Kesatuan Melayu Muda

(KMM) yang merupakan pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu serta

berideologikan Kebangsaan Melayu. KMM yang ditubuhkan oleh Ibrahim Hj. Yaacob sekitar

awal tahun 19387 telah menarik minat Ahmad Boestamam kerana baginya KMM adalah satu

organisasi yang berorientasikan rakyat bawahan serta dipimpin oleh rakyat biasa.8 Ahmad

Boestamam telah dilantik menjadi Penolong Setiausaha (PSU) KMM9 semasa beliau

berkhidmat sebagai wakil akhbar Warta Malaya iaitu sebagai penulis khas yang hanya

melaporkan beberapa peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur. Pada waktu itu, Ibrahim Hj.

Yaacob sebagai pemimpin KMM telah menjalankan kerjasama dengan pihak Jepun untuk

meruntuhkan pemerintahan British. Hal ini kerana Ibrahim Hj. Yaacob melihat kelemahan

pertahanan kerajaan British di Tanah Melayu. Oleh itu, perlantikan Ahmad Boestamam

tersebut merupakan salah satu strategi untuk meletakkan seorang pendukung cita-cita KMM

yang peka dengan cita-cita politiknya.

Pada 7 Disember 1941, Ahmad Boestamam bersama 139 orang Melayu ditangkap

oleh British kerana terbabit dalam kegiatan anti-British.10 Namun, penangkapan tersebut

tidak memeranjatkan dan merisaukan mereka kerana mereka tahu, mereka akan dibebaskan

sebaik sahaja Jepun menduduki Singapura. Hal ini dibuktikan melalui kata-kata Ahmad

Boestamam iaitu:

“Selama seluruh Malaya, termasuk Singapura tidak dapat ditawan oleh tentera Jepun,

selama itulah saya akan berada dalam tahanan. Ertinya pembebasan saya

bergantung semata-mata pada cepat atau lambatnya Jepun menghalau keluar

penjajah Inggeris dari bumi Malaya, termasuk Singapura.”11

6 Gerakan yang memilih jalan untuk tidak bekerjasama dengan pihak penjajah 7 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 21.8 Ahmad Beostamam, “Dari Nasionalis ke Sosialis”, hlm. 14.9 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 36.10 Ibid. hlm. 37.11 Ahmad Boestamam, “Penglibatan Pertama dalam Politik”, hlm. 39.

Page 7: Analisis politik

Penyokong Jepun (1942-1945)

Ahmad Boestamam juga pernah menjadi propaganda pihak Jepun setelah

dibebaskan dari penjara dua hari selepas Jepun menduduki Singapura seperti yang telah

dirancang oleh pihak Jepun dengan Ibrahim Hj. Yaakob. Sepanjang beliau berkhidmat

dengan pihak Jepun, beliau dikatakan bijak mengambil hati ketuanya, Hitomi. Hal ini terbukti

apabila Ahmad Boestamam berjaya mempengaruhi ketuanya untuk menubuhkan satu

pasukan separa tentera yang dikenali sebagai Barisan Pemuda Melayu (BPM)12 pada tahun

1943 dengan alasan sebagai satu cara supaya pihak Jepun mendapat sokongan terbuka

daripada pemuda Melayu Perak.13 Terdapat beberapa sebab penting penubuhan BPM.

Antaranya adalah bagi menggantikan KMM yang telah diharamkan oleh Jepun pada Ogos

1942.14 Ahmad Boestamam melihat satu kekosongan politik terutama bagi golongan kiri.

Penubuhan BPM sebagai sebuah pertubuhan separuh politik diharap dapat mengambil alih

corak dan cita-cita KMM.

Selain itu, Ahmad Boestamam juga menubuhkan Persatuan Anti-Komunis bagi

mendapatkan sokongan rakyat kepada Jepun disebabkan penentangan rakyat terhadap

Jepun mula kelihatan terutama MPAJA. Seterusnya beliau menubuhkan KITA (Gerakan Kiri

Tanah Air) pada akhir tahun 1944. KITA tidak terbuka kepada semua ahli BPM bagi

menggelakkan rahsia bocor kepada Jepun kerana KITA merupakan satu organisasi yang

menyokong MPAJA.15 Hal ini merupakan satu cara Ahmad Boestamam untuk

menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh MPAJA. Walaupun kedua-duanya tidak begitu

penting dalam konteks kegiatan politik kebangsaan Tanah Melayu tetapi melalui keduanya

Ahmad Boestamam dapat membina dirinya sebagai pemimpin politik. Kekalahan Jepun

dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan segala perancangan dan strategi yang diatur oleh

Ahmad Boestamam melalui BPM dan KITA tidak dapat dilaksanakan kerana kedua-dua

pertubuhan tersebut belum matang.

Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM)

12 Penubuhan BPM dilakukan di Dewab Jubli Ipoh dan dihadiri oleh 60 orang pemuda. Pucuk kepimpinannya dikenali sebagai empat serangkai iaitu Ahmad Boestamam, Dzulkiflie Ownie, Ramli Said dan Mokhtar Bakri. Anggota BPM lebih digalakkan untuk menganggotai Giyu-tai iaitu pasukan sukarela Jepun.13 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 46.14 Terdapat dua pendapat yang mengatakan KMM telah diharamkan oleh penjajah British dan penjajah Jepun. Keterangan lanjut sila baca Haji Buyong Adil, 1985, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajah Abad 15-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 246-250.15 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 54.

Page 8: Analisis politik

Selepas Perang Dunia Kedua, Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) telah

ditubuhkan pada 17 Oktober 194516 dan Ahmad Boestamam merupakan salah seorang

pengasas parti ini. Parti ini pada awal penubuhannya turut diresapi oleh fahaman yang

berideologikan komunis. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelantikan Mokhtaruddin Lasso

sebagai presiden PKMM dan Dr. Burhanuddin sebagai naib presiden. Ahmad Boestamam

pula hanya dilantik sebagai Ketua Pemuda PKMM.17 Kerjasama PKM dengan PKMM

mendatangkan beberapa faedah kepada PKMM iaitu meluaskan pengaruh PKMM dalam

kalangan semua bangsa dan dapat menjadikan PKMM lebih kuat. Namun, campur tangan

PKM dalam PKMM bererti PKMM tidak bebas daripada sebarang matlamat PKM.18

Dasar PKMM terbahagi kepada tiga bahagian besar. Pertama ialah PKMM ingin

membentuk sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka makmur dengan menggabungkan

bangsa-bangsa yang tinggal di Tanah Melayu sebagai satu bangsa “Malayan”. Kedua pula

ialah Tanah Melayu akan menjadi sebahagian negara besar yang dinamakan Republik

Indonesia Raya. Ketiga adalah kepentingan orang Melayu dari segi pelajaran dengan

menggunakan bahasa ibunda akan dimajukan.19 Dasar ini menguntungkan Ahmad

Boestamam kerana beliau berketurunan Indonesia serta beliau merupakan peminat dan

pengikut Sukarno. Namun dasar PKMM tidak dapat diterima oleh PKM kerana bertentangan

dengan dasarnya untuk menubuhkan republik komunis.20

Campur tangan PKM terhenti seketika apabila ketiadaan Mokhtaruddin Lasso serta

usaha serius Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam membersihkan PKMM daripada Komunis

selepas kembali dari menghadiri Asia Relations Conference di New Delhi, India. Namun

pihak PKM telah mengadakan kempen bagi menggantikan Ishak Hj. Muhammad sebagai

presiden dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penasihat agung PKMM.21 Dalam hal ini

memperlihatkan Ahmad Boestamam berjaya memujuk Dr. Burhanuddin untuk menjadi

penasihat agung PKMM.22 Kerjasama PKM dengan PKMM berlangsung sehingga tahun

1949 iaitu selepas Darurat diisytiharkan.

16 Ishak Saat, 2007, Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, KARISMA PUBLICATION SDN. BHD, Selangor, hlm. 89.17 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 72-73.18 Ibid, hlm. 78.19 Ibid, hlm. 80.20 Ibid, hlm. 84.21 Mereka juga menganggap sifat dan didikan agama Dr. Burhanuddin tidak akan mampu membawa PKMM menjadi lebih radikal serta dapat menggugat kedudukan UMNO yang mula mendapat tempat di hati orang Melayu.22 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 85.

Page 9: Analisis politik

Ahmad Boestamam dan Perkembangan PKMM

Ahmad Boestamam merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam

menghidupkan dan menggerakkan PKMM terutama pada peringkat awal bagi mengenalkan

parti ini kepada orang ramai. Menurut memoirnya, Merintis Jalan ke Puncak, beliau dan ahli

jawatankuasa parti itu menubuhkan cawangan PKMM di seluruh negeri Perak

memandangkan mereka berasal dari negeri itu. Pelbagai cara digunakan bagi menarik orang

ramai menyertai parti PKMM di negeri Perak seperti menyebarkannya melalui akhbar Suara

Rakyat dan mengadakan kongres PKMM.23 Kesungguhannya dalam melahirkan dan

menggerakkan PKMM di Perak telah membawa kepada satu fenomena baru dalam kegiatan

politik Tanah Melayu. Beliau berjaya menjadikan penubuhan PKMM bebas daripada campur

tangan luar serta menjadikan PKMM sebagai anak kandung Perak dengan menggunakan

persatuan yang telah didirikannya semasa pemerintahan Jepun bagi menubuhkan PKMM.24

Beliau berjaya menjadikan PKMM sebagai sebuah parti yang lahir dan berkembang di

bawah perhatiannya.25

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Dalam rapat umum PKMM di Ipoh 17 Februari 1946 iaitu lima bulan selepas

penubuhan PKMM, beliau mencadangkan penubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi

mengumpulkan kekuatan pemuda untuk menuntut kemerdekaan.26 Walaupun API pada

asalnya sayap pemuda PKMM dan AWAS sebagai sayap wanita PKMM tetapi kerana API

merupakan badan politik yang terlalu ekstrim, maka dalam persidangan kongres parti yang

kedua iaitu pada 23 Disember 1946, API telah dipisahkan dan menjadi pergerakan politik

yang tersendiri.27 Namun begitu, kebebasan yang diberikan oleh PKMM induk kepada API

tidak bermakna kebebasan sepenuhnya tetapi kebebasan bersyarat iaitu tidak boleh

mendahului PKMM induk.

Ahmad Boestamam menyedari kepentingan pemuda sebagai tenaga penggerak yang

cergas dalam membuat perubahan politik. Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau menubuhkan

23 Kongres pertama dan kedua yang diadakan di Ipoh berjaya menonjolkan Ahmad Boestamam sebagai pemimpin. Kongres itu Berjaya mengasaskan pengaruhnya dan PKMM di negeri Perak.24 Ahmad Boestamam menggunakan segala asas dan pengaruh yang telah dibinanya dalam BPM dan KITA.25 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 91.26 Ibid, hlm. 93.27 Ishak Saat, 2007, Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, KARISMA PUBLICATION SDN. BHD, Selangor, hlm. 175.

Page 10: Analisis politik

BPM semasa pendudukan Jepun. API dianggap sebagai kesinambungan BPM. Kepimpinan

API di bawah Ahmad Boestamam sebagai ketuanya dan Ibrahim Karim sebagai

setiausahanya telah menggerunkan pihak British. API menggunakan slogan “Merdeka

dengan Darah” yang bermaksud anggotanya sanggup bermandi darah untuk mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia. Mereka ingin mencapai kemerdekaan

melalui cara kekerasan dan pertumpahan darah. Testament Politik API menjadi panduan API

untuk bergerak. Terdapat lima matlamat API yang bersifat politik dan dua matlamat dasar.28

Dari segi ideologi, Ahmad Boestamam menjadikan API sebagai sebuah pertubuhan yang

bergerak ke arah kebebasan dan hak sama rata dalam hal politik, ekonomi dan sosial. Hal ini

telah menarik minat ramai orang untuk menjadi ahli. Sebagai bukti, ahli API telah bertambah

dari 2560 orang pada tahun 1946 menjadi 10000 atau 15000 orang pada pertengahan tahun

1947.29

Pada awal tahun 1947, British mula merasa bahang pengaruh API yang mula

mendapat sokongan orang ramai dan mula mengatasi pengaruh UMNO. Oleh itu, polis

Selangor telah menawarkan jawatan perisik kepada Ahmad Boestamam dengan gaji dan

kedudukan yang lumayan. Namun, Ahmad Boestamam menolaknya kerana baginya API

mampu membawanya untuk mencapai cita-citanya. Hal ini telah menyebabkan beliau

ditangkap dalam perjalanan pulang dari Pantai Timur semasa di dalam bas yang dinaikinya

di Kuala Lipis, Pahang pada 13 Mac 1947. Beliau telah ditahan dengan tiga tuduhan iaitu

mengeluarkan kata-kata yang menghasut orang ramai, menerbitkan satu penerbitan yang

menghasut dan mencetak penerbitan yang menghasut.30 Selain itu, pihak British juga melihat

API sebagai alat politik Tentera Republik Indonesia untuk menguasai Tanah Melayu

berdasarkan dasar Melayu Raya atau Indonesia Raya yang menjadi pegangannya sejak

menjadi anggota KMM. Oleh itu, API telah diharamkan pada Julai 1947 oleh pihak British.

Hal ini mendukacitakan Ahmad Boestamam kerana tidak dapat melaksanakan cita-citanya.

Walaupun begitu, beliau masih bergiat aktif dalam politik melalui PKMM yang diharamkan

pada tahun 1948 dengan penangkapannya selama tujuh tahun.

Pengharaman API telah memberi kesan kepada matlamat perjuangan UMNO

daripada “Hidup Melayu” kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini kerana kebanyakkan

ahli API telah menyertai Pemuda UMNO. Pengharaman API telah memberi kesan kepada

Pemuda UMNO dan arah politik UMNO.

28 Ramlah Adam, 2009, Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 164.29 Ibid, hlm. 167.30 Ketiga-tiga tuduhan ini didasarkan kepada Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam dan dicetak oleh Majlis Tertinggi API.

Page 11: Analisis politik

PENGLIBATAN AHMAD BOESTAMAM DALAM PUTERA-AMCJA, 1947-1948

Perlembagaan UMNO mengecewakan Ahmad Boestmam dan PKMM. Peranan

Ahmad Boestmam begitu penting dalam PKMM. Antara peranan beliau ialah bertindak

sebagai tenaga perancang kegiatan PKMM. Beliau sentiasa mengambil daya usaha yang

utama dalam perancangan PKMM. Ini kerana beliau secara peribadi sangat berminat

terhadap kemajuan PKMM. Ahmad Boestamam juga risau dengan API dan PKMM yang

tertinggal ke belakang daripada UMNO.

Selain itu, antara peranan penting Ahmad Boestamam ialah menubuhkan PUTERA

(Pusat Tenaga Rakyat) pada 22 Februari 1947 bagi melemahkan UMNO. Ahmad

Boestmam menjadi Timbalan Pengerusi bagi PUTERA manakala Ishak Hj. Muhammad

sebagai pengerusinya. PUTERA dianggotai oleh badan-badan kecil yang hanya mempunyai

jawatankuasa sahaja tanpa pengikut yang ramai.31 Dari segi matlamat, sekali lagi PUTERA

menjauhkan sokongan awam yang lebih luas kerana tetap berpusat ke Indonesia. Ahmad

Boestmam merupakan seorang pengikut setia Sukarno.32 PUTERA tidak mendapat

sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana beberapa sebab. Pertama, penubuhan

PUTERA dibuat terlalu lambat iaitu setelah setahun orang Melayu bekerjasama dengn

UMNO. Kedua, penubuhan PUTERA bukanlah sesuatu yang lahir daripada kesedaran

golongan kiri Melayu semata-mata. Menurut Ahmad Boestmam, PKMM telah dipelawa oleh

golongan bukan Melayu,33 yang bersatu dalam AMCJA (All-Malayan Council of Joint Action),

untuk bekerjasama dengan mereka menentang UMNO dan kerajaan British. Ahmad

Boestamam mempunyai peranan yang cukup penting dalam usaha untuk menentang dasar

yang di bawa oleh British dan UMNO. Beliau tidak bersetuju dengan kehendak UMNO yang

memonopoli politik Tanah Melayu dan British yang pro-UMNO dalam perundingan

membubarkan Malayan Union.

Disamping itu, Ahmad Boestamam membuat perancangan untuk menentang

cadangan perlembagaan UMNO. Antara peranan penting beliau ialah beliau dan API

membuat perancangan untuk menentang cadangan perlembagaan UMNO. Beliau

mengesyorkan satu Pan-Malayan Conference of Malay Youths yang akan dikendalikan oleh

API. Satu kenyataan telah dikeluarkannya bagi tujuan tersebut:

31 Ahmad Boestamam, Merintis Jalan ke Puncak, hlmn. 12532 Ahmad Boestamam, Merintis Jalan ke Puncak, hlmn 12433 Ibid., hlmn. 122

Page 12: Analisis politik

“ All Malay youths to realize the critical situation in Malaya today and relay together to

protest against the constitutional proposals, demand the immediate dissolution of the

Consultative Committee, expose the grateful intrigues of Dato’ Onn and fight for

democratic self-government.”34

Ahmad Boestamam melihat cadangan Perlembagaan 1948 UMNO dan British itu tidak

melahirkan satu pilihan raya dan kerajaan sendiri di Tanah Melayu.

at

Antara peranan Ahmad Boestamam yang lain dalam memperjuangkan kemerdekaan

Tanah Melayu ialah dengan menyertai persidangan besar-besaran di Teluk Anson pada 19

Februari 1947 dan membuat keputusan untuk menentang cadangan perlembagaan British.

Ahmad Boestamam sebagai pemimpin API dan ahli PKMM mengambil bahagian yang

cergas dalam kerjasama PUTERA-AMCJA. Beliau hadir untuk memberi ceramah dan

bekerjasama rapat dengan Gerald De Cruz untuk berkempen di seluruh pelosok kampung.35

KeduaKerjasama PUTERA-AMCJA ini menjadi lebih menarik dengan kemasukan Lembaga

Kesatuan Melayu Johor (LKMJ)36 pimpinan Dr. Hamzah Hj. Taib. LKMJ pada mulanya,

seperti juga PKMM telah menjadi anggota UMNO. Tetapi pada bulan Mei tahun 1947, ia

telah menarik diri daripada UMNO. Alasannya sangat sama dengan PUTERA, iaitu

menentang cadangan Perlembagaan UMNO-British. Sebagai ‘inner circle’ PUTERA, Ahmad

Boestamam mengambil peranan penting dalam perundingan di peringkat ahli jawatankuasa

PUTERA-AMCJA. Perundingan antara kedua-dua pihak telah dijalankan di Kuala Lumpur.

Perbezaan pendapat antara PUTERA-AMCJA itu memperlihatkan satu perkara dasar, iaitu

perbezaan ideologi politik antara kedua-dua pihak. PUTERA tetap melihat kepentingan

perjuangan untuk orang Melayu. Ahmad Boestamam menjadi ‘wira’ dalam kebuntuan ini.

Melalui undinya yang tunggal dari PUTERA, kehendak AMCJA terhadap kerakyatan jus soli

tercapai. AMCJA berjaya memujuk Ahmad Boestamam melepaskan kerakyatan jus soli.

Ahmad Boestamam membuat tindakan itu kerana dua sebab yang diyakininya sungguh-

sungguh. Pertama, kesetiaan anak angkat terhadap keluarga angkat melebihi kesetiaannya

kepada keluarga sendiri. Kedua, memikirkan perjuangan golongan kiri pada masa hadapan.

Di sebalik itu, Ahmad Boestamam tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap

kerakyatan orang Melayu.

34 Malayan Tribune, 24 Januari 194835 Misalnya, satu ceramah di Klang pada akhir bulan Oktober tahun 1947, De Cruz mewakili AMCJA. Beliau juga member ceramah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1947. Malayan Tribune, 25 Oktober 1947.36 Untuk keterangan lanjut, lihat Ramlah Adam (1991). “Pergolakan Politik di Johor 1946-1948.” JEBAT, No 19, hlmn. 83-105.

Page 13: Analisis politik

Antara peranan Ahmad Boestamam yang lain ialah sebagai pemula perpaduan

negara ‘Malayan’, seperti yang terbentuk pada hari ini. Ahmad Boestamam telah

memisahkan dirinya dari arus pemikiran popular masyarakat Melayu, yang masih

mempertahankan Tanah Melayu sebagai milik peribadi mereka. Tolak ansur kuasa politik

antara kaum di Tanah Melayu telah dimulakan oleh Ahmad Boestamam.

PEMIMPIN PARTI RAKYAT, 1955-1957

Pada 11 November 1955, Ahmad Boestamam memimpin Parti Rakyat Malaya (PRM).

Kepimpinan Ahmad Boestamam dalam PRM merupakan satu penerusan dalam kegiatan

politik radikal yang terputus selama tujuh tahun. Beliau tetap dengan pendiriannya,

‘menentang segala rupa penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan penuh secepat

mungkin.’37 Beliau tetap menegakkan kemerdekaan penuh Tanah Melayu, walaupun kini,

buat seketika, beliau tidak menyebut dasar Melayu Raya.

Ahmad Boestamam telah dilantik menjadi Ketua Pertama PRM. Beliau mengetuai

Dewan Harian yang merupakan badan pentadbiran PRM. Ahmad Boestamam menjadikan

PRM sebagai sebuah parti kebangsaan yang teguh laksana benteng bagi memperjuangkan

kemerdekaan tanah air.38 Ahmad Boestamam menjadikan PRM sebuah parti kebangsaan

yang bekerja untuk semua bangsa. Inilah peranan paling penting Ahmad Boestamam. Selain

itu, beliau juga sebagai pemimpin Melayu yang bekerja memajukan dan memperbaiki nasib

buruk orang Melayu.39 Ahmad Boestamam secara tegas menolak ketetapan Kongres PRM

yang menuntut supaya PRM menjalankan dasar “satu bangsa, satu negara dan satu

bahasa,” yang didasarkan kepada bangsa Melayu. Ahmad Boestamam mempunyai satu

sikap autokratik yang mesti di terima oleh pengikutnya.40 Sikapnya yang tegas dan sukar

berunding telah menyebabkan timbul ketegangan dalam Dewan Harian.

Peranan penting yang dibawa oleh Ahmad Boestamam ialah pendekatan poltik

Ahmad Boestmam kini lebih luas lagi. Ahmad Boestamam sebagai seorang ahli politik tidak

boleh mengasingkan diri dan partinya dari keadaan ini bagi mendapat sokongan masyarakat.

Pada tahap ini juga, Ahmad Boestamam mengemudi PRM dengan ideologi yang tegas.

Beliau menjadi lebih ‘dagmatik’. Ini adalah hasil daripada pembacaannya yang meluas di

penjara. Contohnya buku yang menjadi panduan beliau ialah Between Two War karya

Goney Zalikus, seorang Inggeris yang pernah bekerja di Jabatan Setiausaha, Pertubuhan

37 Utusan Melayu, 12 November 1955.38 Utusan Melayu, 23 April 1956.39 Utusan Melayu, 17 November 1955.40 Abd. Rahman Md. Yusuf, “Ahmad Boestmam, Sasterawan, ahli politik, Wartawan dan Sasterawan, hlmn. 439

Page 14: Analisis politik

Bangsa-Bangsa Bersatu. Menurut beliau, buku inilah yang mengajar beliau erti dan kebaikan

idealogi ‘sosialisme’. Melalui buku ini, beliau dapat melihat sistem kapitalisme telah

mewujudkan jurang kemiskinan dalam masyarakat, sedangkan sosialisme pula membela

rakyat. Melaui bacaannya inilah, beliau telah memilih sosialisme sebagai ideologi PRM.41

Inilah peranan paling besar beliau dalam memerdekakan Tanah Melayu iaitu dengan

mengambil konsep ‘Marhainisme’ daripada buku tersebut.

Pada bulan April tahun 1957, dasar Ahmad Boestamam dalam PRM menjadi lebih

jelas dan bergaya lagi. Dasar-dasar asal yang sangat sederhana pada tahun 1955, kini telah

dinamakannya sebagai “sosionalisme-demokrasi”. Ahmad Boestamam cuba menunjukkan

dasar ‘globalisme’ dalam politiknya. Beliau menuntut sesuatu yang bukan sahaja meliputi

Tanah Melayu, tetapi sebaliknya menjangkau dunia antarabangsa. Dengan kata lain, Ahmad

Boestamam menekankan satu keadaan dan layanan yang baik kepada rakyat bawahan

dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Tetapi yang paling menarik ialah gagasannya

untuk melahirkan satu sistem ekonomi berancang yang boleh memberi keadilan kepada

rakyat jelata.

Dasar Marhaenisme sosiodemokrasi dan sosionalisme yang dirangka oleh Ahmad

Boestamam terbahagi kepada enam perkara, yang akan dijadikan dasar kegiatannya.

Antaranya, termasuklah menentang ‘diktatoran’ terhadap rakyat, menolak perkauman,

kekerasan tentera, sikap mementingkan diri, menentang sebarang bentuk penjajahan yang

disebabkan “kapitalisme” yang boleh membawa penjajahan seperti yang berlaku di Tanah

Melayu.

Peranan Ahmad Boestamam yang besar dapat dilihat dari dasar ekonomi yang

diperkenalkannya. Ia adalah cara paling baik bagi membantu rakyat miskin. Melalui

pengagihan kerja, barang makanan utama dan pendapatan, kemakmuran negara dapat

dinikmati oleh setiap anggota masyarakat.

Perkara pertama yang dibidasnya ialah Suruhanjaya Reid dan rombongan

kemerdekaan Perikatan. Ahmad Boestamam mendapati ada beberapa perkara yang tidak

dipersetujuinya kerana bertentangan dengan kepentingan rakyat Tanah Melayu merdeka.

Antaranya, pengekalan tentera British selepas Tanah Melayu merdeka. Bagi beliau, ini

menunjukkan Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya. Ahmad Boestamam juga menuntut

kerajaan Perikatan supaya membebaskan orang tahanan golongan kiri yang masih

meringkuk dalam penjara. Selain itu, Ahmad Boestamam dan PRM juga mencadangkan

penubuhan satu persatuan yang dinamakan “Persatuan Bekas Tahanan Melayu Malaya”

bagi membela nasib orang tahanan yang melarat selepas dibebaskan.

41 Fikiran Rakyat, 1 Mei 1957.

Page 15: Analisis politik

AHMAD BOESTAMAN DAN KONGRES MELAYU TAHUN 1957

Ahmad Boestaman pernah dilantik sebagai soerang setiausaha Kehormat Kongres,

manakal Pengerusi dipegang oleh Dr Burhanuddin dan Dato’Onn sebagai Bendahari. Ahmad

Boestaman merupakan seorang yang mempunyai strategi politik yang baik dan luas . selain

itu, Ahmad Boestaman telah memainkan peranan yang penting dalam PRM iaitu

mengingatkan PRM supaya menyambut kemerdekaan dengan mengingati pejuang

kemerdekaan yang awal seperti Dato’ Bahaman, Dol Said dan sebagainya yang telah

dianggap sebagai penentang kerajaan British. Ahmad Boestamam juga pernah mendesak

para ahlinya supaya bekerja keras untuk mengisi kemerdekaan dengan ideologi sosialisme.

Dalam bidang ekonomi, Ahmad Boestamam mendesak diwujudkan sebuah negara

perusahaan, meluaskan perkhidmatan perubatan kepada rakyat dan mengadakan rumah

kepada rakyat. Dalam bidang sosial, Ahmad Boestamam mencadangkan badan yang

dibentuk menguruskan hal ehwal rakyat.

AHMAD BOESTAMAM DAN MALAYAN PEOPLE’S SOCIALIST FRONT, 1957-1959

Pada pertengahan tahun 1956, PRM telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya

(PBM). Gabungan ini dinamakan Malayan People’s Socialist Front (MPSF) atau ringkasnya

Socialist Front (SF). Ahmad Boestama sebenarnya cuba bekerjasama dengan

semuadengan sesiapa sahaja sama ada parti orang Melayu atau bukan Melayu dan Ahmad

Boestamam memilih PBM. Ahmad Boestamam membawa cadangan menubuhkan SF

kepada Dewan Tertinggi PRM pada 30 Julai 1957 untuk dibincangkan. Banyak pihak

meragui kerjasama PRM dan PBM. Namun Ahmad Boestamam menghiraukan kerana

gabungan dengan PBM ini dibuat dengan beberapa tujuan yang diyakininya. Pertama, untuk

membentuk satu kerjasama yang kuat bagi menghadapi pilihan raya tahun 1959 bagi

menjatuhkan Pakatan. Kedua, untuk menegakkan atau mendirikan satu masyarakat yang

berdasarkan sosialisme. Ia juga membentuk satu negara sosialis dengan mengutamakan

kaum petani.42 Pada tahun 1959, Ahmad Boestamam telah dilantik menjadi Pengerusi SF. Ini

merupakan satu peningkatan dalam bidang politik bagi Ahmad Boestamam. Selain itu,

Ahmad Boestamam juga bertanggungjawab menyediakan Manifesto SF bersama Ishak Hj

Muhammad. Selain itu, dalam satu ucapan Ahmad Boestamam, beliau berjanji

menghapuskan kapitalisme demi untuk mendapatkan keadilan sosial. Beliau akan

menyokong sebarang dasar yang bertujuan untuk memperbaiki kehidupan rakyat jelata.43

42 Fikiran Rakyat, 31 Mei 1957, dan 28 Julai 195743 Berita Harian, 26 Jun 1959.

Page 16: Analisis politik

Pendirian itu telah menjadi pendirian semua ahli SF. Disamping itu, Ahmad Bostamam

memberi perhatian utama dalam pilihan raya kebangsaan sebagai pemimpin SF tidak mahu

kalah teruk. Beliau juga menyusun semula partinya kerana ada unsure-unsur luar yang

merosakkanya.44 Ahmad Boestmam seperti yang telah diduga telah memenangi kerusi

parlimen Setapak. Beliau mendapat 6901 undi.

AHLI PARLIMEN, 1959-1963

Kemenangan Ahmad Boestamam telah membolehkan beliau menjadi ahl Dewan

Rakyat. Beliau telah dilantik sebagai ketua SF di Dewan Rakyat. Tugas pertamanya ialah

menyatakan perasaan dukacitanya terhadap kemangkatan Yang Di-Pertuan Agung. Beliau

juga mengutarakan persoalan mengenai kemiskinan dan ketidakadilan pemerintah. Pada

bulan Jun tahun 1960, Ahmad Boestamam telah membuat bantahan yang sangat penting

dalam persidangan Dewan Rakyat. Beliau menentang dengan sekeras-kerasnya tindakan

Perikatan memperkenalkan Internal Security Bill. Beliau tidak bersetuju dengan satu rang

unang-undang yang dianggapnya menekan orang ramai terutamanya golongan parti

pembangkang dan membidas kuasa Menteri Dalam Negeri yang terlalu luas. Ahmad

Boestamam juga telah membantah tuduhan St=yed Jaafar Albar yang menganggap SF tidak

tegas dengan dasar mendaulatkan bahasa kebangsaan di sekolah. Hal ini kerana PBM

memperjuangkan pelbagai bahasa.

Ahmad Boestamam memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan

kemerdeakaan Tanah Melayu. Beliau mengutarakan konsep Melayu-Raya yang dapat

membuka mata semua pihak dengan mengatakan bahawa kemerdekaan sesebuah negara

itu perlu diperjuangkan. Banyak usaha yang dilakukan oleh beliau untuk memperjuangkan

kemerdekaan. Antaranya ialah dengan menubuhkan pertubuhan parti politik.

KESIMPULAN

Kepentingan Ahmad Boestaman dalam gerakan nasionalisme dan politik Malaysia

tidak dapat diragukan lagi. Beliau telah terlibat dalam kedua-dua aspek ini sejak tahun 1930-

an sehingga 1970-an, ini merupakan satu jangka masa yang panjang. Beliau telah

menggerakkan pelbagai persatuan dan parti politik serta terlibat dalam pelbagai episod

politik yang penting dalam sejarah politik Malaysia. Ahmad Boestaman telah mengakhiri

sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis bebas di akhbar-akhbar sebagai seorang

perintang waktu dan sedikit pendapataan untuk menyara kehidupannya. Dua tahun selepas

menunaikan haji, beliau telah meninggal dunia kerana penyakit paru-paru. Dengan itu, maka 44 Berita Harian, 6 Julai 1959.

Page 17: Analisis politik

habislah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang sangat dinamik dan menarik yang telah

memberi warna-warna garang dan terang serta corak berliku-liku dalam kehidupannya dan

politik Malaysia Khususnya. Oleh itu, kepentingan beliau dalam sejarah politik Malaysia tidak

dapat dilupakan.