analisis khutbah dan keberkesanannya dalam komunikasi awam

57
1. PENDAHULUAN Islam menjadikan khutbah salah satu daripada fardhu solat Jumaat dan orang akan mendengar khutbah sekali dalam setiap minggu dan masjid merupakan tempat dimana khatib atau jurubicara khutbah itu menyampaikan khutbah pada setiap minggu. Khutbah adalah merupakan senjata dakwah Islamiyyah yang menyeru kepada Islam dan ianya adalah merupakan suatu bentuk pengucapan awam yang berunsur pendidikan untuk menyampaikan pokok-pokok ajaran Islam melalui pengantaraan khatib kepada para jemaah dengan maksud menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan kepada para jema’ah. Khutbah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis yang terus dipakai dan diperkembangkan iaitu khutbah Diniyyah, khutbah Jihād, khutbah Wasiat, khutbah Mahafīl, khutbah Imlāk, khutbah Munadzarāt dan khutbah Siasah (Ahmad Asnawi, 1997: 163). Manakala di dalam perbincangan ini akan menghuraikan secara detail mengenai khutbah Diniyyah sahaja. Penyampaian khutbah khususnya adalah berbentuk c ubudiyyah atau lebih dikenali dengan khutbah diniyyah yang merupakan salah satu media dakwah yang memainkan peranan yang penting terhadap kesejahteraan masyarakat Islam. Khutbah diniyyah adalah menyeru umat Islam melakukan amalan yang dituntut oleh Islam seperti melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Seruan dakwah di dalam khutbah bentuk ini adalah berupa melaksanakan segala rukun-rukun 1

Upload: narisyah

Post on 11-Jun-2015

1.570 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

1. PENDAHULUAN

Islam menjadikan khutbah salah satu daripada fardhu solat Jumaat dan orang akan

mendengar khutbah sekali dalam setiap minggu dan masjid merupakan tempat dimana

khatib atau jurubicara khutbah itu menyampaikan khutbah pada setiap minggu. Khutbah

adalah merupakan senjata dakwah Islamiyyah yang menyeru kepada Islam dan ianya

adalah merupakan suatu bentuk pengucapan awam yang berunsur pendidikan untuk

menyampaikan pokok-pokok ajaran Islam melalui pengantaraan khatib kepada para

jemaah dengan maksud menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan kepada para

jema’ah. Khutbah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis yang terus dipakai dan

diperkembangkan iaitu khutbah Diniyyah, khutbah Jihād, khutbah Wasiat, khutbah

Mahafīl, khutbah Imlāk, khutbah Munadzarāt dan khutbah Siasah (Ahmad Asnawi, 1997:

163). Manakala di dalam perbincangan ini akan menghuraikan secara detail mengenai

khutbah Diniyyah sahaja.

Penyampaian khutbah khususnya adalah berbentuk cubudiyyah atau lebih dikenali

dengan khutbah diniyyah yang merupakan salah satu media dakwah yang memainkan

peranan yang penting terhadap kesejahteraan masyarakat Islam. Khutbah diniyyah adalah

menyeru umat Islam melakukan amalan yang dituntut oleh Islam seperti melaksanakan

amar makruf dan mencegah kemungkaran. Seruan dakwah di dalam khutbah bentuk ini

adalah berupa melaksanakan segala rukun-rukun yang terdapat di dalam agama seperti

solat, haji, memberi pengenalan mengenai hukum syarak dan menyelesaikan segala

sengketa yang muncul di kalangan umat Islam serta memberi peringatan mengenai

hakikat kematian dan balasan di hari akhirat. Oleh yang demikian itu, hakikat khutbah

diniyyah ini adalah merangkumi semua aspek yang berhubung dengan kehidupan

manusia di atas muka bumi ini (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 195) seperti firman

Allah S.W.T yang berbunyi :

1

Page 2: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

“ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah

kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah

dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih

baik: sesunguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan

orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih

mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

(An-Nahl 16: 125)

Khutbah diniyyah adalah terbahagi kepada dua jenis antaranya khutbah Jumaat

dan khutbah Hari Raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum

sembahyang fardhu Jumaat yang merupakan wajib hukumnya sementara khutbah kedua-

dua Hari Raya tersebut dilakukan selepas melakukan sembahyang (Ensiklopedia Islam

Jilid 6, 1998: 65). Berikutan itu juga, tajuk-tajuk khutbah adalah merupakan faktor yang

penting di dalam memberi kesan yang baik terhadap para jema’ah pendengar di masjid.

Corak dan gaya penyampaian khutbah yang dibacakan oleh khatib adalah berbeza

mengikut keadaan fizikal dan mental khatib itu sendiri. Gaya penyampaian khatib yang

agak kurang menarik minat para jema’ah mungkin akan mengakibatkan sebahagian

bilangan mereka merasa bosan dan adakalanya tertidur. Kemungkinan juga, boleh

dikatakan faktor fizikal masjid yang agak selesa dan nyaman turut mengundang

sebahagian para jema’ah itu tertidur walaupun di dalam keadaan sambil bersila sambil

tidak memberi perhatian terhadap isi khutbah yang disampaikan.

2

Page 3: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Khutbah adalah satu bentuk pengerak kepada minda para jema’ah di dalam memahami

isu yang berlaku dan berusaha melakukan perubahan sikap samada kepada diri atau

keluarga selari dengan kehendak isi khutbah yang disampaikan (Zulkiple Abd. Ghani,

2003: 49). Persoalannya sejauh manakah khutbah pada masa kini dapat memberi

keberkesanan di dalam masyarakat Islam? dan adakah gaya khatib dan isi yang kurang

menarik dapat mendorong para jema’ah sendiri merasa bosan? Melalui kajian di dalam

kertas ini cuba mengupas isu keberkesanan khutbah sebagai suatu pendidikan dan

penyebaran risalah Islam kepada orang awam.

2. DEFINISI TAJUK

Analisis ialah proses untuk menentukan sifat atau struktur, juzuk, binaan dan sebagainya

(Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 21) atau lebih dikenali dengan penyelidikan atau

penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan dan lain-lain untuk mengetahui

secara terperinci atau mendalam. Manakala khutbah pula didefinisikan sebagai pidato

iaitu (biasanya mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan) syarahan: membaca khutbah

mesti mendahului sembahyang Jumaat (Kamus Dewan Ed. Ke-3, 1997: 675).

Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan

sebagainya) (Kamus Komprehensif Melayu, 2005: 408).

Berkesan ialah berhasil: mendatangkan akibat (Kamus Komprehensif Melayu,

2005: 404). Komunikasi awam ialah ia berlaku di tempat awam (Zulkiple Abd. Ghani,

2003: 14) dan pembacaan khutbah juga adalah dibacakan di masjid yang merupakan

tempat awam. Oleh yang demikian itu, khutbah adalah merupakan suatu bentuk

komunikasi awam yang disampaikan kepada jema’ah pendengar di masjid pada setiap

hari Jumaat.

3

Page 4: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

3. KEPENTINGAN KHUTBAH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

Khutbah adalah suatu media dakwah yang sangat berkesan di dalam menguatkan

persefahaman di kalangan masyarakat Islam seperti telah dinyatakan oleh Shafie, Hussain

(t.th: 221) :

“ Khutbah adalah merupakan kalimah mingguan yang disampaikan

kepada jema’ah Muslimin pada setiap hari Jumaat untuk

diperdengarkan kepada mereka di dalam memberi pembaharuan kepada

umat Islam daripada segi keazaman, kekuatan iman dan mewujudkan

tali ikatan yang erat di kalangan masyarakat Islam.”

Khutbah adalah merupakan senjata yang dapat menguatkan benteng akidah umat

Islam disamping memberi kata-kata nasihat dan semangat yang kental terhadap pegangan

akidah agama. Kebiasaan manusia adalah sering kali berkehendak kepada sesuatu yang

dapat menguatkan mental dan fizikal tubuh badannya seperti manusia yang lapar

berkehendak kepada makanan samalah seperti manusia yang memerlukan kepada kata-

kata yang dapat menambahkan kekuatan mental dan keimanan mereka terhadap agama.

(cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 15) Berdasarkan firman Allah S.W.T yang berbunyi:

“ Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah

Ia menjadikan manusia semuanya menurut agama yang satu. (tetapi Ia

4

Page 5: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus

berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh

Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk

(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan

yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Ssesungguhnya Aku akan

memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang

berdosa)”

(Hūd 11: 118-119)

Oleh yang demikian itu, manusia selalu berselisih faham tidak kira samada

perselisihan dari segi pemikiran, pendapat dan perebutan harta duniawi yang mendorong

kepada permusuhan sehingga dapat melemahkan keimanan mereka. Jesteru itu, al-Qur’an

adalah sebagai panduan yang utama di dalam memperkukuhkan insan di dalam sesebuah

masyarakat (cAmmarah, Mahmud Mohd. 1993: 16). Khutbah adalah salah satunya teknik

atau cara yang berkesan di dalam menyampaikan pesanan Allah S.W.T kepada manusia

untuk melaksanakan kehidupan yang makmur dan sejahtera di kalangan masyarakat.

4. SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHUTBAH

4.1 Khutbah di zaman Jahiliyyah

Kaum Arab Jahiliyyah, mereka amat mahir di dalam berpidato atau khutbah dalam

bentuk syair dan di kalangan mereka menganggapkan khutbah sebagai kata yang boleh

menaikkan semangat mereka untuk berperang ataupun mendorong kepada perdamaian.

Faktor penting yang mendorong masyarakat Jahiliyyah ini mahir di dalam khutbah ialah

kerana mereka mempunyai keupayaan yang hebat di dalam berdebat. Kemahiran mereka

di dalam bahasa Arab telah mendorong kepada ramai di kalangan mereka berpidato.

Khutbah Jahiliyyah adalah menitikberatkan melalui perhimpunan kabilah-kabilah Arab

untuk berbincang mengenai beberapa perkara seperti mencetuskan peperangan dan

permusuhan serta menyelesaikan masalah sengketa di antara dua belah pihak.

5

Page 6: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Penyampaian khutbah oleh ketua-ketua kabilah Arab Jahiliyyah adalah menunjukkan

ketentuan dan keputusan terhadap sesuatu kabilah tersebut mengenai setiap perkara yang

diperbincangkan (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 164).

Kabilah Arab Jahiliyyah mempunyai keupayaan berfikir secara pantas di dalam

menyampaikan khutbah mereka dengan pertuturan yang baik dan tersusun mengenai

perkara yang berhubung dengan aspek kehidupan seperti soal ekonomi, politik dan

kehidupan sosial masyarakat pada ketika itu. Walaupun kehebatan mereka dalam

berdebat sekalipun tetapi secara umumnya kegiatan pidato atau khutbah pada zaman

Jahiliyyah mengandungi unsur syirik yang di jampi mentera oleh “Kāhin” di dalam

meniupkan semangat permusuhan di kalangan kabilah Arab sesama sendiri (Ahmad

Asnawi, 1997: 163).

4.2 Khutbah di zaman kemunculan Islam

Pidato atau khutbah pada zaman kemunculan Islam terbukti sebagai satu kemahiran dan

mempunyai seni dalam pengucapan yang dapat memberi kesan kepada umat Islam pada

ketika itu. Oleh itu, para anbiyak dikurniakan hikmah daripada Allah S.W.T untuk

menyampaikan risalahNya untuk umat manusia sejagat. Jesteru itu, para rasul sejak Nabi

Nuh A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan tokoh pemidato dalam

usaha dakwah mereka kepada manusia (Ahmad Asnawi 1997: 162). Terdapat beberapa

kenyataan ayat-ayat suci al-Qur’an telah menyebut mengenai wahyu yang telah

disampaikan kepada para rasul antaranya seperti Nabi Nuh A.S diutuskan untuk memberi

peringatan terhadap kaumnya :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,

maka tinggallah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima

puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedangkan

mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)”

(Al-Ankabut 29: 14)

6

Page 7: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Manakala Nabi Daud A.S pula, telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan hikmah dan

kepetahan berbicara :

“Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih

memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-tiap satunya mengulangi

tasbih masing-masing menurutnya”

(Sād 38: 19)

Sehubungan dengan itu juga, Nabi Musa A.S telah dikurniakan kemudahan di

dalam berdakwah dimana Allah S.W.T menyuruh baginda pergi berdakwah kepada Raja

Fircaun :

“Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya ia telah melampui batas. Nabi

Musa berdoa dengan kata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku,

dadaku; Dan mudahkanlah bagiku tugasku; Dan lepaskanlah simpulan

dari lidahku; Supaya mereka faham perkataanku;…..”

(Tāha 20: 24-35)

Berdasarkan maksud ayat-ayat di atas ternyata bahawasanya Allah S.W.T telah

mengurniakan hikmah berpidato kepada para-para rasulNya di dalam menyampaikan

risalahNya kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Kalau dilihat daripada

perspektif Sirah Rasulullah S.A.W pula, baginda telah menyampaikan dakwahnya di

dalam bentuk pidato atau khutbah dalam menyampaikan risalah kenabian kepada

kaumnya seperti baginda Rasulullah S.A.W berdakwah kepada kaum Quraisy di atas

bukit Sofa. Sehubungan dengan itu, khutbah adalah merupakan senjata yang khusus di

dalam menyiarkan syariat Islam. Menurut sejarah permulaan khutbah Jumaat di dalam

Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) telah menyatakan bahawa :

“Ucapan khutbah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi

iaitu sewaktu baginda di Madinah; tetapi kesemua khutbah yang

disampaikan oleh baginda itu dibuat selepas sembahyang. Orang yang

7

Page 8: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

pertama melakukan khutbah Jumaat sebelum sembahyang Jumaat ialah

Khalifah Umar bin al-Khattab atau Khalifah Uthman bin Affan atau

Marwan bin al-Hakam”

Sehubungan dengan itu, selepas kewafatan baginda Rasul S.A.W, terdapat

sebahagian umat Islam telah murtad dari Islam ketika di zaman pemerintahan khalifah

Abu Bakar as-Siddīq. Jesteru itu, khutbah adalah memainkan peranan yang penting di

dalam menyeru umat Islam yang murtad itu kembali kepada Islam. Terdapat beberapa

orang sahabat Rasulullah S.A.W telah mengambil inisiatif sedemikian dengan berkhutbah

kepada umat Islam yang telah murtad di beberapa buah tempat, antaranya Suhail Ibn. cAmrū telah menyampaikan khutbahnya di Mekah dan Uthmān Ibn. Abī Al-cAs di Thaīf.

Melalui khutbah juga, ianya disampaikan di dalam bentuk menaikkan semangat anggota

tentera Islam sebelum berperang sepertimana pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah

S.A.W sewaktu perang Badar, Uhud dan begitu juga pernah dilakukan oleh para Khalifah

Islam di dalam memerangi orang yang murtad serta berperang dengan tentera Rom.

Kemunculan khutbah di zaman Rasulullah S.A.W telah menampakkan beberapa

ciri perbezaan yang nyata berbanding dengan khutbah masyarakat Jahiliyyah. Kandungan

isi khutbah Islam dimuatkan dengan beberapa hujah yang berdasarkan kepada dalil-dalil

al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah S.A.W dengan bentuk susunan yang baik dan menarik

misalannya khutbah perkahwinan dan khutbah menyambut hari perayaan serta khutbah

menyeru kepada melaksanakan perintah yang disuruh oleh Allah S.W.T. Manakala

khutbah Jahiliyyah hanya dimuatkan dengan unsur-unsur syirik yang mengagungkan

nama baik kabilah yang mendorong kepada perbalahan dan pembunuhan di antara

kabilah Arab Jahiliyyah untuk melindungi keturunan dan nama baik kabilah masing-

masing.

Dorongan dan seruan khutbah Jahiliyyah yang sedemikian itu, boleh mencetuskan

peperangan di kalangan mereka yang membawa kepada perpecahan dan kemusnahan.

Manakala Islam pula, adalah memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dan

memohon balasan pahala dan keredhaan daripada Allah S.W.T sepertimana yang

termaktub di dalam al-Qur’an dan Hadith. Melalui khutbah juga dapat mempengaruhi

8

Page 9: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

jiwa manusia di dalam menerima balasan pahala syurga daripada Allah S.W.T melalui

nikmat yang diberikan disamping dapat menimbulkan rasa insaf serta takut dengan

balasan seksaan api neraka di akhirat kelak (Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh. 1987: 174-

179). Berikutan itu juga, terdapat beberapa tuntutan khutbah yang perlu di ambil

perhatian di dalam menimbulkan keberkesanannya terhadap para jema’ah Muslim.

5. TUNTUTAN KHUTBAH

1. Khutbah adalah merupakan amalan cubudiyah yang dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh yang demikian itu, khutbah harus dilaksanakan dengan memenuhi syarat-

syarat dan rukunnya.

2. Khutbah hendaklah diisikan dengan sifat umum dan ittifaqiyah dengan tidak

menimbulkan persoalan khilafiyah di antara pelbagai golongan dan sebagainya.

3. Khutbah disampaikan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jiwa ukhwah

Islamiyah di dalam saling bantu-membantu dan tolong-menolong serta

menguatkan keimanan jema’ah di dalam menunaikan perkara wajib yang dituntut

oleh agama Islam.

4. Khutbah hendaklah diisi dengan perkara yang sesuai dengan keadaan atau situasi

di dalam menghadapi kehidupan masyarakat disamping membimbing ke arah

ajaran Islam yang sebenar yang merupakan tuntutan terhadap kehidupan umat

Islam sejagat.

5. Khutbah hendaklah disampaikan di dalam bentuk bahasa yang mudah di fahami,

sederhana dan tidak terlalu panjang

6. Khutbah hendaklah di tanam dengan perkara yang dapat menguatkan keimanan,

menggalakkan segala ibadat wajib dan sunnah, menyucikan jiwa,

mempertinggikan budi pekerti dan akhlak serta memelihara tata tertib dan sopan

santun mengikut landasan Islam yang sebenar ( Moh, Rifai 1981: 5).

Peranan khutbah di dalam memupuk semangat dan kesedaran di kalangan umat

Islam adalah amat diperlukan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku terhadap

umat Islam itu sendiri. Khutbah boleh dikiaskan sebagai pendorong atau petunjuk kepada

9

Page 10: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

umat Islam di dalam sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesejahteraan iman dan

taqwa Muslim itu sendiri sepertimana Allah S.W.T telah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk

mengerjakan sembahyang pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi

(ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang

Juma’at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada sa’at itu) yang demikian

adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(al-Jumu’ah 62: 9)

Berdasarkan ayat di atas, “Zikrillah” (mengingati Allah) ialah merupakan isyarat

terdahap orang Mukmin di dalam mendengar khutbah yang diisikan dengan segala

pertunjuk mengenai soal ibadat dan bimbingan kehidupan dan kemasyarakatan umat

Islam. Segala perniagaan jual beli harus diberhentikan buat seketika di dalam menyahut

seruan menunaikan ibadat solat Jumaat.

6. KHUTBAH DARI PERSPEKTIF SYARcA

Ulama fiqh Islam dengan sepakat telah menyatakan bahawasanya khutbah Jumaat tidak

akan sah jika tidak memenuhi rukun dan syaratnya (Itbē, Nasīr Mustafa, 1995 : 54). Oleh

yang demikian itu, antara ciri-ciri yang dapat memenuhi keberkesanan khutbah adalah

terkandung di dalam perspektif syarca seperti berikut:

10

Page 11: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

6.1 Rukun Khutbah Jumaat:

1. Kata puji-pujian terhadap Allah S.W.T pada awal permulaan kedua-dua

khutbah

2. Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W

3. Berwasiat kepada diri khatib dan para jemaah agar bertaqwa kepada Allah

S.W.T pada kedua-dua khutbah

4. Membaca sekurang-kurangnya sepotong ayat al-Qur’an di dalam salah satu

daripada dua khutbah tersebut.

5. Mendoakan orang-orang Islam di dalam khutbah kedua

6.2 Syarat-Syarat Khutbah Jumaat:

1. Dilaksanakan sebanyak dua kali

2. Dilaksanakan pada waktu solat Zuhur

3. Dilaksanakan sebelum solat Jumaat

4. Khatib yang melaksanakannya menutup aurat

5. Khatib yang melaksanakannya suci daripada hadas kecil dan besar

6. Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah

7. Dihadiri oleh jemaah solat Jumaat

6.3 Sunnah-Sunnah Khutbah Jumaat:

1. Suci bersih dan menutup aurat

2. Khutbah dilaksanakan di atas mimbar

3. Khatib duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulakan

4. Khatib menghadap muka kehadapan tanpa berpusing ke kiri atau ke kanan

11

Page 12: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

5. Khatib memberi salam kepada jemaah masjid apabila menaiki mimbar

6. Azan di hadapan apabila khatib duduk di atas mimbar

7. Khutbah di sampaikan dengan nada yang tinggi dan suara yang keras

8. Khatib memegang tongkat atau pedang di sebelah tangan kiri

9. Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dripada

khutbah yang pertama.

10. Menegah jemaah masjid daripada bercakap-cakap ketika khatib membaca

khutbah (Mustafa, Nassīr 1995 : 55-59).

Sehubungan dengan itu juga, perkara yang boleh menimbulkan makruh di dalam

khutbah haruslah dielakkan seperti meninggalkan perkara sunnah seperti khatib

memanjangkan khutbah dan tidak bersuci daripada hadas kecil mahupun besar

berdasarkan kata sepakat para ulama fiqh Islam.

7. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KEBERKESANAN KHUTBAH

Khutbah adalah sebagai suatu komunikasi awam yang khusus di dalam bentuk

penyampaian terhadap orang ramai yang dapat memberi keberkesanan terhadap para

jema’ah di atas tujuan mendidik mereka di dalam pelbagai aspek dalam ajaran Islam.

Keberkesanan khutbah dapat dipengaruhi melalui beberapa faktor apabila merujuk

kembali maksud keberkesanan adalah sesuatu perkara yang dapat menimbulkan hasil

yang diharapkan dan membawa kepada sesuatu perubahan (Kamus Dewan Ed. Ke-3,

1997: 663).

Oleh yang demikian itu, melalui perbincangan di dalam konteks khutbah ini adalah boleh

dikatakan dapat memberi kesan dan perubahan kepada para jema’ah yang menghadiri

solat Jumaaat. Antara faktor-faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan khutbah

iaitu faktor isi khutbah, faktor khatib, faktor fizikal masjid, faktor pendengar khutbah dan

faktor politik.

12

Page 13: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

7.1 FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN KHUTBAH

7.1.1 Tajuk dan Isu Khutbah

Melalui bahagian ini, penulis telah membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit di

dalam beberapa khutbah yang telah di sampaikan kepada para jema’ah adalah

berdasarkan kepada tajuk-tajuk khutbah Jumaat yang telah disediakan oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Analisis ini adalah bertujuan untuk mengkaji

beberapa isu-isu yang disampaikan kepada para jema’ah pendengar oleh JAKIM dari

tahun 2004-2005 dan dari 6 Jan.- 11 Ogos 2006.

Jadual 1 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara

16 Januari – 31 Disember 2004.

Bil Tajuk Tarikh Kategori Isu

1 Perpaduan Umat Nadi Keamanan Negara 16 Jan 04 Sosial

2 Hijrah Menjana Kecemerlangan Umat 20 Feb 04 Isu Semasa

3 Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi Yang

Bertakwa

24 Feb 04 Akidah

4 Minggu Perbankan Islam 5 March 04 Ekonomi

5 Tanggungjawab Bersama Membina

Kecemerlangan Ummah

26 March 04 Sosial

6 Pembangunan Ummah 9 April 04 Isu Semasa

7 Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam 16 April 04 Akhlak/Tasawuf

8 Tanggungjawab Sosial Dalam Masyarakat 16 April 04 Sosial

9 Penghayatan Maulidurrasul Dalam Kehidupan 30 April 04 Sirah

10 Kepentingan Nilai Integriti Dalam

Melaksanakan Tugas

7 Mei 04 Isu Semasa

11 Guru Berkualiti Pemangkin Negara Gemilang 21 Mei 04 Isu Semasa

12 Persaudaraan Dalam Islam 28 Mei 04 Akhlak/Tasawuf

13 Tanggungjawab Melindungi Wanita Islam 4 Jun 04 Sosial

13

Page 14: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

14 Kasih Sayang Asas Pembentukan Keluarga

Bahagia

11 Jun 04 Sosial

15 Ikhlas Menurut Kaca Mata Islam 18 Jun 04 Akhlak/Tasawuf

16 Meningkatkan Ekonomi Ummah Dengan

Pertanian

25 Jun 04 Ekonomi

17 Khutbah Khas Hari Pahlawan 26 Julai 04 Isu Semasa

18 Khutbah Khas Sempena

Hari Angkatan Tentera

10 Sept 04 Isu

Semasa/Khutbah

Khas

19 Manfaatkan Bioteknologi 1 Okt 04 Isu Semasa

20 Al-Qur’an Sumber Kebahagiaan Hidup 8 Okt 04 Akidah

21 Hayati Ramadhan Dengan Meningkatkan Amal

Ibadat

15 Okt 04 Akidah

22 Hikmah Puasa Ramadhan Dalam Kehidupan 22 Okt 04 Akidah

23 Al-Qur’an sejarah Dan Pengertiannya 29 Okt 04 Akidah

24 Pendidikan Melalui Penghayatan Ramadhan 5 Nov 04 Isu Semasa

25 Khutbah Hari Raya

Aidil Fitri 1425H

14 Nov 04 Isu

Semasa/Khutbah

Khas

26 Muhasabah Selepas Ramadhan 19 Nov 04 Akhlak/Tasawuf

27 Zakat Fitrah Penyambung Kasih Sayang 22 Nov 04 Akhlak/Tasawuf

28 Bersama Melaksanakan Tanggungjawab Sosial

Dalam Masyarakat 26 Nov 04

Sosial

29 Kesempurnaan Akhlak 3 Dis 04 Akhlak/Tasawuf

30 Mengawal Dan Menghindari Perasaan Marah 10 Dis 04 Akhlak/Tasawuf

31 Keutamaan Memelihara Sifat Malu 17 Dis 04 Akhlak/Tasawuf

32 Tanggungjawab Ummah Memakmurkan Masjid 24 Dis 04 Akhlak/Tasawuf

33 Menghayati Ketinggian Akhlak Rasulullah

S.A.W

31 Dis 04 Sirah

34 Hakikat Menghadapi Ujian Allah 31 Dis 04 Akidah

(Sumber : JAKIM 2004)

14

Page 15: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Berdasarkan jadual di atas, antara bulan Januari hingga Disember 2004, pihak

JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 34 buah khutbah yang dapat

dikelompokkan ke dalam enam kategori isu iaitu sirah, akidah, akhlak/tsawuf, sosial, isu

semasa dan ekonomi . Berikutan adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang

dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:

Jadual 2: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM

(16 Januari – 31 Disember 2004)

Kategori Isu Kekerapan Peratus %

Akidah 6 17.64

Isu Semasa/Khutbah Khas 9 26.47

Sosial 6 17.64

Ekonomi 2 5.88

Akhlak/Tasawuf 9 26.47

Sirah 2 5.88

Berdasarkan jadual di atas, kecenderungan pihak JAKIM di dalam menyampaikan

khutbah sepanjang tahun 2004 adalah tertumpu kepada perkara akidah, isu semasa, sosial

dan akhlak/tasawuf berbanding khutbah yang berkaitan dengan ekonomi dan sirah hanya

disampaikan dua kali sahaja di dalam tahun tersebut.

Jadual 3: Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara

7 Januari – 30 Disember 2005.

Bil Tajuk Tarikh Kategori Isu

1 Iktibar Bencana Tsunami 7 Jan. 05 Isu Semasa

2 Hakikat Sebenar Pengobanan Dalam 14 Jan. 05 Akhlak/Tasawuf

15

Page 16: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Islam

3 Penghayatan Dalam Perlaksanaan Ibadah

Korban

21 Jan. 05 Ibadah

4 Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita 28 Jan 05 Isu Semasa

5 Muhasabah Ke Arah Meningkatkan Amal

Ibadat

4 Feb. 05 Akhlak/Tasawuf

6 Hijrah Menjana Kemajuan Ummah 11 Feb. 05 Isu Semasa

7 Masjid Sebagai Pusat Pembangunan

Ummah

18 Feb. 05 Sosial

8 Mencegah Penyakit Lebih Baik Daripada

Mengubati

25 Feb. 05 Kesihatan

9 Keutamaan Mengawal Keselamatan Diri

Dengan Menjauhi Dadah

4 Mac. 05 Sosial

10 Menjana Keseimbangan Hidup Di Dunia

Dan Di Akhirat

11 Mac. 05 Akidah

11 Fardhu Kifayah Dalam Pengeluaran

Makanan Halal

18 Mac. 05 Isu Semasa

12 Mencegah Jenayah Tanggungjawab

Bersama

25 Mac. 05 Sosial

13 Keutamaan Ilmu Dalam Kehidupan 1 April 05 Akhlak/Tasawuf

14 Peranan Suami Dalam Meningkatkan

Kesihatan Keluarga

8 April 05 Kesihatan

15 Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah 15 April 05 Akidah

16 Menghayati Ketinggian Akhlak

Rasulullah S.A.W

22 April 05 Akhlak/Tasawuf

17 Kerja Berkualiti Menjana Kemajuan

Negara

29 April 05 Sosial

18 Ibu Tonggak Kerukunan Rumahtangga 6 Mei 05 Sosial

19 Keluarga Cemerlang Membina Generasi

Gemilang

13 Mei 05 Sosial

20 Memartabatkan Guru Sebagai Insan

Mulia

20 Mei 05 Isu Semasa

21 Memanfaatkan Masa Ke Arah Melahirkan 27 Mei 05 Akhlak/Tasawuf

16

Page 17: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Kehidupan Berkualiti

22 Mentaati Pemerintah 3 Jun 05 Sosial

23 Strategi Menangani Penyelewengan

Akidah Umat

10 Jun 05 Akidah

24 Tanggungjawab Masyarakat Mencegah

Gejala Sosial

17 Jun 05 Sosial

25 Islam Menjana Kehidupan Berkualiti 24 Jun 05 Akidah

26 Amalan Membaca Menjana

Kecemerlangan Ummah

1 Julai 05 Sosial

27 Remaja Berkualiti Harapan Negara 8 Julai 05 Sosial

28 Bersama Mencegah Dan Menjauhi

Penyakit

15 Julai 05 Kesihatan

29 Kekuatan Rohani Menjauhi Amalan Keji 22 Julai 05 Akhlak/Tasawuf

30 Khutbah Sambutan Hari Pahlawan 5 Ogos 05 Isu Semasa

31 Bencana Jerebu Menyuci Kalbu 12 Ogos 05 Isu Semasa

32 Murid DiKasihi Guru Dihormati 19 Ogos 05 Akhlak/Tasawuf

33 Mengekalkan Kemerdekaan Melalui

Perpaduan

26 Ogos 05 Isu Semasa

34 Ibadat Solat Melahirkan Insan Yang

Mulia

2 Sept. 05 Ibadah

35 Hayati Qur’an Dalam Kehidupan 9 Sept. 05 Akhlak/Tasawuf

36 Muhasabah Memperkukuhkan Jatidiri

Ummah

16 Sept. 05 Akhlak/Tasawuf

37 Peranan Ibadah Dalam Melahirkan Jiwa

Penyayang

23 Sept. 05 Ibadah

38 Persediaan Menyambut Ramadhan Al-

Mubarak

30 Sept. 05 Ibadah

39 Ibadat Puasa Mendatangkan Rahmat Dan

Keampunan Allah

7 Okt. 05 Ibadah

40 Ibadat Puasa Melahirkan Keinsafan Dan

Mendapat Keampunan Allah

14 Okt. 05 Ibadah

41 Ibadah Ramadhan Menjauhkan Diri Dari

Azab Neraka

21 Okt. 05 Ibadah

17

Page 18: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

42 Kesan Ibadah Puasa Terhadap

Pembentukan Peribadi Muslim

28 Okt. 05 Ibadah

43 Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Jawi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah

Khas

44 Khutbah 2 Aidil-Fitri 1426H (Rumi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah

Khas

45 Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H (Rumi) 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah

Khas

46 Khutbah 1 Aidil-Fitri 1426H 3 Nov. 05 Isu Semasa/Khutbah

Khas

47 Menjana Kemuliaan Hati Dan Ketulusan

Jiwa Di Bulan Syawal

4 Nov. 05 Isu Semasa

48 Mengutamakan Integriti Dalam

Melaksanakan Tanggungjawab

11 Nov. 05 Akhlak/Tasawuf

49 Sifat Istiqamah Membina Kejayaan 18 Nov. 05 Akhlak/Tasawuf

50 Hikmah Perkahwinan Menurut Islam 25 Nov. 05 Sosial

51 Tanggungjawab Memelihara Alam

Sekitar

2 Dis. 05 Sosial

52 Kewajipan Menjauhi Amalan Rasuah 9 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf

53 Hargailah Masa 16 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf

54 Tanggungjawab Ibubapa Mendidik Anak-

Anak

23 Dis. 05 Sosial

55 Membina Azam Dan Semangat

Menyambut Tahun Baru

30 Dis. 05 Akhlak/Tasawuf

(Sumber: JAKIM 2005)

Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga Disember

2005, pihak JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 55 buah khutbah yang dapat

dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Berikut adalah taburan

kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan melalui jadual seperti berikut:

Jadual 4: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM

(7 Januari – 30 Disember 2005)

18

Page 19: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Kategori Isu Kekerapan Peratus %

Akidah 4 7.27

Isu Semasa/Khutbah Khas 13 23.63

Sosial 13 23.63

Akhlak/Tasawuf 14 25.45

Kesihatan 3 5.45

Ibadah 8 14.54

Berdasarkan jadual di atas, khutbah pihak JAKIM sepanjang tahun 2005 banyak

cenderung kepada isu semasa, sosial, akhlak/tasawuf dan ibadah berbanding dengan

khutbah yang berkaitan dengan akidah dan kesihatan hanya disampaikan dua kali sahaja

dalam tahun tersebut.

Jadual 5 : Tajuk-tajuk khutbah JAKIM dan kategori isu antara

6 Januari – 11 Ogos 2006

Bil Tajuk Tarikh Kategori Isu

1 Berwaspada Terhadap Bahaya Pengaruh

Black Metal

6 Jan. 06 Sosial

2 Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H

(Rumi)

10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah

Khas

3 Khutbah Kedua Aidil-Adha 1426H 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah

Khas

4 Khutbah Pertama 1426H (Rumi) 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah

Khas

5 Khutbah Pertama 1426H 10 Jan. 06 Isu Semasa/Khutbah

Khas

6 Sifat Takwa Teras Kemurniaan Akidah 13 Jan. 06 Akhlak/Tasawuf

7 Tuntutan Membangun Ekonomi Ummah 20 Jan. 06 Ekonomi

8 Hijrah Membentuk Ummah Berilmu Dan

Bertamadun

27 Jan. 06 Isu Semasa

9 Menghiasi Kehidupan Dengan Beramal 3 Feb. 06 Akhlak/Tasawuf

19

Page 20: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Jariah

10 Tanggungjawab Membantu Anak Yatim 10 Feb. 06 Akhlak/Tasawuf

11 Mencegah Penyalah Gunaan Dadah

Tanggungjawab Bersama

17 Feb. 06 Sosial

12 Kekuatan Akidah Melahirkan Generasi

Yang Bertakwa

24 Feb. 06 Isu Semasa

13 Berjimat Cermat Amalan Mulia 3 March 06 Ekonomi

14 Tuntutan Menjaga Kebersihan Diri Dan

Persekitaran

10 March 06 Isu Semasa

15 Kesempurnaan Amal Ibadah Membentuk

Insan Bertakwa

17 March 06 Ibadah

16 Solat Membentuk Ketenangan Jiwa 24 March 06 Ibadah

17 Memakmurkan Negara: Satu

Tanggungjawab

31 March 06 Akhlak/Tasawuf

18 Ketinggian Ahklak Asas Keteguhan Iman 7 April 06 Akhlak/Tasawuf

19 Al-Qur’an Dan As-Sunnah Merupakan

Panduan Ummah

14 April 06 Akidah

20 Hindarilah Sifat Membazir 21 April 06 Akhlak/Tasawuf

21 Mengukuhkan Amalan Integriti Dalam

Pekerjaan

28 April 06 Isu Semasa

22 Suburkan Kehidupan Dengan Kemuliaan

Iman

5 Mei 06 Akhlak/Tasawuf

23 Kasih Keluarga Membawa Ke Syurga 12 Mei 06 Sosial

24 Guru Pembimbing Generasi Bangsa 19 Mei 06 Sosial

25 Kepentingan Ekonomi Dalam Islam 26 Mei 06 Ekonomi

26 Tanggungjawab Menjaga Dan

Memakmurkan Negara

2 Jun 06 Isu Semasa

27 Anak Soleh Idaman Ibubapa 9 Jun 06 Akhlak/Tasawuf

28 Tanggungjawab Memelihara Jati Diri

Muslim

16 Jun 06 Akhlak/Tasawuf

29 Pembangunan Tamadun Ummah Satu

Kefardhuan

23 Jun 06 Isu Semasa

30 Peranan Ibubapa Dan Masyarakat Dalam 30 Jun 06 Sosial

20

Page 21: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Membenteras Gejala Dadah

31 Al-Qur’an Panduan Hidup Muslim 7 Julai 06 Akidah

32 Jadikan Amalan Membaca Satu Budaya 14 Julai 06 Isu Semasa

33 Menghayati Dan Memahami Hakikat

insan

21 Julai 06 Isu Semasa

34 Mengelak Pembaziran Satu Tuntutan 28 Julai 06 Akhlak/Tasawuf

35 Menghargai Dan Mensyukuri Jasa

Perwira Negara

4 Ogos 06 Isu Semasa

36 Bersama Memerangi Keganasan 11 Ogos 06 Isu Semasa

(Sumber: JAKIM 2006)

Berdasarkan jadual di atas, tajuk khutbah JAKIM antara bulan Januari hingga

Disember 2006, JAKIM telah mengeluarkan khutbah sebanyak 36 buah khutbah yang

dikelompokkan ke dalam enam kategori isu yang berkenaan. Oleh yang demikian itu,

berikut adalah taburan kekerapan khutbah berdasarkan isu yang dapat ditunjukkan

melalui jadual seperti berikut:

Jadual 6: Taburan kekerapan kategori isu khutbah JAKIM

(6 Januari – 11 Ogos 2006)

Kategori Isu Kekerapan Peratus %

Akidah 2 5.55

Isu Semasa/Khutbah Khas 14 38.88

Sosial 5 13.88

Akhlak/Tasawuf 10 27.77

21

Page 22: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Ibadah 2 5.55

Ekonomi 3 8.33

Berdasarkan jadual di atas, khutbah yang disediakan oleh pihak JAKIM bermula dari 6

Januari hingga 11 Ogos banyak cenderung kepada isu semasa dan akhlak/tasawuf

berbanding dengan khutbah yang berkaitan dengan akidah, ekonomi, sosial dan ibadah.

Berdasarkan khutbah-khutbah yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekitar tahun 2004

hingga 2005 dan 6 Januari hingga 11 Ogos 2006.

Terdapat pelbagai isu yang kerap kali diulangi dan kurang disentuh berdasarkan

terhadap nilai peratus kekerapan yang dinyatakan sebelum ini. Isu semasa,

akhlak/tasawuf dan sosial sering kali di sentuh di dalam penyampaian khutbah dimana

antara setiap isu dan tajuk khutbah tersebut amat memberi pengaruh yang besar terhadap

para jema’ah. Tetapi sejauh manakah penumpuan dan perhatian yang diberikan oleh para

jema’ah terhadap isu tersebut?. Kebiasaannya para jema’ah pendengar amat meminati

khutbah yang mempunyai isu-isu yang terkini, panas dan sensasi.

Oleh yang demikian itu, tajuk dan isu khutbah haruslah dibentuk secara relevan

dengan keadaan semasa dan sesuai didengari oleh semua para jema’ah bagi mengelakkan

sebahagian jema’ah sahaja yang mendapat manfaat khutbah berbanding sebahagian

jema’ah lain yang kurang mendapat manfaat. Memandangkan khutbah pada masa kini,

kurang membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif sedangkan ia amat penting di dalam

mendidik para jema’ah itu sendiri. Jika dilihat pada masa sekarang terdapat banyak gejala

sosial muncul di dalam masyarakat Islam yang jarang disebut di dalam khutbah sebagai

memberi peringatan yang sewajarnya terhadap para jema’ah itu sendiri. Antara khutbah

yang jarang menyentuh persoalan tersebut iaitu gejala pelacuran, pembuangan anak, mat

rempit dan pelbagai hiburan atau konsert yang mendorong kepada kelalaian umat Islam

itu sendiri. Walaupun terdapat juga sebahagian khutbah yang menyentuh mengenainya,

tetapi isi khutbah yang disampaikan itu cuma tidak menyentuh dengan secara terperinci,

padat dan tepat serta tegas. Amat sayang sekali jika dilihat melalui isi yang dimuatkan di

22

Page 23: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

dalam khutbah pada masa kini, masih kurang memberi kesan terhadap para pendengar di

dalam mencapai hidayah yang sebenar.

7.1.2 Isi Khutbah

Tajuk dan isi khutbah yang mantap dan padat dengan isu terkini, dapat menarik perhatian

para jema’ah pendengar ketika mereka berada di dalam masjid. Isi khutbah yang

berkesan bermula dengan mukaddimah yang baik. Apabila khatib memulakan khutbah,

sering kali para jema’ah masjid akan menimbulkan persoalan di hati mereka mengenai

tajuk apakah yang akan dibacakan oleh khatib. Tajuk khutbah yang menarik akan terus

membuatkan para jema’ah dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dari awal hingga ke

akhirnya.

Mengenai isi khutbah juga, hendaklah dititikberatkan kepada pengungkapan

aspek-aspek ajaran Islam, iman kepada Allah, Malaikat, al-Qur’an dan Rasul,

menghuraikan segala perkara mengenai syurga dan neraka serta menerangkan ganjaran

pahala yang akan diberikan kepada mereka yang beriman kepada Allah S.W.T. Pada

umumya khutbah adalah pengetuk pintu hati mukmin Islam yang mendengarnya supaya

meresap masuk ke dalam jiwa mereka di dalam mengentalkan keimanan dan ketakwaan

terhadap Allah S.W.T (Nasution, M.Yunan 1974: 18). Apa yang sering kita perhatikan

pada hari ini, terdapat sebahagian para jema’ah menundukkan kepala mereka apabila

makaddimah khutbah selesai dibacakan oleh khatib. Malahan pula berdasarkan pendapat

oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003: 50) bahawa kenapa khutbah tidak menimbulkan daya

tarikan kepada para jema’ah pendengar sebabnya ialah :

“Khutbah pada hari ini hanya dilihat oleh sebahagian masyarakat

Islam adalah sebagai syarat sah menyempurnakan sembahyang

Jumaat sahaja”.

Oleh yang demikian itu, di dalam mengekalkan tumpuan para jema’ah dengan

secara sepenuhnya semestinya isi yang menarik dimuatkan di dalam khutbah untuk

menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan jema’ah mengenai perkara yang

23

Page 24: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

diperkatakan oleh khatib daripada awal hingga ke akhir penutup khutbah tersebut.

Melalui isi khutbah yang menarik juga, para jema’ah dapat membayangkan dan

memahami mengenai perkara yang disentuh serta dapat menimbulkan satu teguran rohani

di kalangan para jema’ah. Dalil-dalil al-Qur’an dan Hadith perlu dimuatkan di dalam

khutbah untuk mengukuhkan pendapat dan hujah mengenai isi yang disampaikan bagi

menambah keyakinan terhadap jema’ah.

Walau bagaimanapun isi yang dimuatkan di dalam khutbah mestilah tepat dan

ilmiah supaya tidak dapat menimbulkan kekeliruan di kalangan para pendengar khutbah

itu sendiri. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah merupakan khutbah yang sudah

digubal oleh panel penggubal yang bertauliah untuk mengelak daripada berlaku

percampuran dengan isi khutbah yang tidak memenuhi etika penulisan isi khutbah yang

sesuai. Isi khutbah yang tidak gubal boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan para

jema’ah seperti perkara yang boleh mendorong kepada fasiq dan khurafat. Oleh yang

demikian itu, Majlis Agama Islam ialah merupakan badan tertinggi yang mempunyai

sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam menyediakan khutbah yang sedia

dihantar ke masjid-masjid seluruh kawasan bagi setiap negeri.

Khutbah adalah sebahagian bidang tugas khatib di dalam menegakkan amar

makruf dan melarang semua perkara yang mungkar dan garis panduan khutbah yang betul

adalah suatu perkara yang perlu diberi penekanan supaya tidak menimbulkan kesan yang

negatif terhadap masyarakat Islam. Antara faktor terpenting di dalam mencapai

keberkesanan isi khutbah sebagai salah satu media penting ke arah pembangunan ummah

serta penggerak giat masyarakat adalah seperti kandungan isi khutbah haruslah

menyeluruh bagi menjawab dan menghuraikan persoalan besar yang berlaku di dalam

masyarakat. Dengan demikian itu, kesedaran dan penghayatan Islam di dalam masyarakat

akan sentiasa peka dan meningkat dari masa ke semasa. (Ahmad Asnawi, 1998: 165)

7.1.3 Penggunaan Bahasa

24

Page 25: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Berdasarkan tuntutan khutbah yang disebutkan sebelum ini, penggunaan bahasa di dalam

khutbah yang disampaikan kepada para jema’ah hendaklah mudah difahami dan tidak

menggunakan perkataan yang agak sukar untuk difahami oleh sebahagian jema’ah yang

hadir. Penggunaan bahasa daerah bagi kawasan yang tertentu adalah digalakkan supaya

mudah untuk difahami sepenuhnya oleh setiap jema’ah yang terdiri daripada pelbagai

lapisan masyarakat mengenai isi khutbah yang hendak disampaikan. Menurut pendapat

sarjana Islam (Nasution, M.Yunan 1974: 16) belum terdapat dalil-dalil yang sahih

mengenai pengunaan bahasa Arab itu adalah wajib disampaikan di dalam isi khutbah.

Penggunaan bahasa yang positif dalam khutbah Jumaat dapat mempengaruhi para

jema’ah masjid malahan ianya merupakan perkara yang penting untuk menimbulkan rasa

minat orang yang mendengarnya. Secara ringkasnya, bagaimanakah cara yang baik untuk

menarik minat para jema’ah dalam mendengar khutbah?. Pakar-pakar komunikasi dan

pakar-pakar psikologi telah menyatakan bahawa faktor penggunaan bahasa yang positif

dengan gaya bahasa ke atas gaya bahasa orang-orang lain (loghat) dapat menimbulkan

kesan yang baik malah dapat mengeratkan jurang di antara khatib dan para jema’ah

masjid ketika khatib menyampaikan khutbah (Abdullah Hassan, 2001: 113).

Disamping itu juga, khatib haruslah berusaha mencetuskan segala inspirasi yang

timbul di dalam fikirannya dengan kata-kata yang sederhana yang biasa dipergunakan

dalam perbicaraan harian dengan orang awam. Ketika khatib berada di atas mimbar harus

memahami tahap pemahaman para jema’ah daripada segi umur dan kecerdasan mereka di

dalam memahami isi khutbah. Sekiranya khatib terpaksa menggabungkan percakapannya

dengan istilah asing, maka ia harus memberi penjelasan yang lengkap dalam bahasa yang

mudah difahami.

Penggunaan istilah asing tanpa menjelaskannya dengan secara lengkap mungkin akan

menimbulkan pengertian yang salah di kalangan orang awam (Muhammad Nashiruddin

2002: 75) seperti yang telah dinyatakan di dalam Ensiklopedia Islam Jilid 6 (1998:66) :

“ Dahulu kesemua khutbah disampaikan dalam bahasa Aarab. Tetapi

amalan ni telah diubah sejak zaman Turki, dimana khutbah disampaikan

25

Page 26: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

dalam bahasa Turki. Walau bagaimanapun, menurut ulama Islam

khutbah boleh disampaikan dalam apa jua juga bahasa kerana

tujuannya ialah supaya orang yang mendengarnya faham.”

Oleh itu, aspek bahasa dan penggunaan perkataan amat dititikberatkan di dalam

penulisan khutbah agar jema’ah pendengar dapat memahaminya dan kesukaran di dalam

memahami isi khutbah boleh menjadikan khutbah tersebut tidak memberi kesan yang

baik terhadap jema’ah.

7.1.4 Panjang Khutbah

Khutbah yang panjang boleh menimbulkan kebosanan kepada para jema’ah masjid dan

boleh mengundang kepada kurang keberkesanan khutbah itu sendiri. Golongan jema’ah

yang menghadiri masjid terdapat sebahagian mereka terdiri daripada kalangan orang tua

yang lemah dan mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor yang mempunyai

kesuntukkan masa serta mempunyai tugas kerja. Oleh itu, khatib perlu memahami

kehendak makmun yang perlu kepada masa singkat di dalam mendengar khutbah Jumaat

dan ianya tidak seharusnya panjang dengan mengambil masa yang lama (Nasution,

M.Yunan. 1974: 12) sehingga menimbulkan rasa bosan. Khutbah yang baik dan ideal

hanya mengambil masa dalam lingkungan 15 minit di dalam menghuraikan isi khutbah

pertama dan 5 minit untuk khutbah yang kedua. Mengenai khutbah yang mengambil

masa yang panjang di dalam solat Jumaat, hadith yang diriwayatkan oleh (Muslim, Sahih.

Kitab 3, bab 12) telah menyatakan :

“ Sesungguhnya lama solatnya seseorang dan singkat khutbahnya

adalah petanda kedalaman agamanya, maka panjangkanlah solat dan

persingkatlah khutbah”

Berdasarkan maksud Hadith di atas telah menunjukkan bahawa khatib

seharusnya meringkaskan penyampaian khutbah yang hanya menghuraikan secara

“direct to the point” (Nasution, M.Yunan. 1974: 14) dan teks khutbah perlu

kepada perancangan tempoh masa yang sesuai untuk menggelakkan penyampaian

26

Page 27: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

khutbah yang terlalu lama dan panjang. Sehubungan dengan itu juga, sarjana

tempatan Najmi Ahmad (1997:61) telah menyatakan pendapatnya berkaitan

dengan penyesuaian masa di dalam khatib menyampaikan khutbah iaitu,

“Dari sudut psikologi, jelas menunjukkan penumpuan pertama manusia

adalah sekitar 15 hingga 30 minit. Selepas itu fikiran manusia sudah

tidak dapat lagi memberi penumpuan yang sebaiknya terhadap apa yang

didengarinya”.

Jesteru itu, khatib seharusya prihatin dengan mengutamakan khutbah yang

bercirikan kepadatan isi, pendek dan penyampaian idea yang mempunyai

perkaitan antara satu sama lain. Tindakkan penyampaian khutbah yang terlalu

panjang dan meleret harus dielakkan agar tidak menimbulkan kegelisahan

terhadap para jema’ah pendengar.

7.1.5 Faktor Penggunaan Media

Khutbah adalah merupakan media komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej

Islam kepada para jema’ah pendengar di masjid melalui lisan. Sehubungan dengan itu,

aspek yang utama yang perlu diberi perhatian penting mengenai keberkesanan khutbah

ialah fungsi penggunaan media di dalam masjid. Setiap masjid pada hari ini saling

mempunyai pembesar suara di dalam melakukan perkara ibadat seperti solat fardhu,

ceramah agama, penyampaian khutbah setiap Jumaat dan lain-lain lagi. Kemudahan

pembesar suara dapat menangani masalah kurang didengari oleh sebahagian para jema’ah

yang membanjiri masjid sehingga melimpah ke luar pada hari Jumaat. (Muhammad

Nashiruddin 2002: 87) Penggunaan pembesar suara yang meliputi mikrofon, kotak

pembesar suara, amplifier dan pendawaian dapat mendorong khatib menyampaikan

khutbah dengan suara jelas yang dapat didengari daripada setiap penjuru masjid. Suara

khatib yang jelas melalui sistem audio bukan sahaja terhad kepada para jema’ah yang

hadir ke masjid sahaja malahan pula dapat mempengaruhi masyarakat setempat yang

tinggal di kawasan tidak berjauhan dari masjid terutamanya kaum wanita dan mereka

yang bukan beragama Islam atau non-Muslim.

27

Page 28: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Malangnya terdapat beberapa masjid pada hari ini, tidak mempunyai kewangan

yang mencukupi atau tidak memberi penekanan yang penting terhadap sistem bunyi yang

baik lantaran saiz masjid yang kecil yang dapat memuatkan kapisiti para jema’ah yang

kurang daripada seratus orang. Oleh yang demikian itu, sikap perihatin terhadap sistem

pembesar suara adalah merupakan aspek utama yang dapat mempengaruhi keberkesanan

khutbah terhadap para jema’ah masjid yang hadir.

7.1.6 Faktor Khatib

Khatib adalah pembaca atau penyampai isi khutbah untuk diperdengarkan kepada para

jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat. Personaliti khatib adalah merupakan

aspek yang utama di dalam memberi keberkesanan khutbah terhadap para jema’ah

pendengar. Sehubungan dengan itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh khatib di

dalam meningkatkan keberkesanan khutbah iaitu penguasaan ilmu pengetahuan,

keikhlasan dan kejujuran di dalam menyampaikan mesej khutbah kepada para jema’ah

dan mempunyai daya tarikan yang menarik. Ini termasuk kebolehan yang tertentu seperti

kepetahan dalam menyampaikan khutbah, sikap suka menolong dan kekemasan fizikal

(Zulkiple Abd. Ghani. 2003: 51-52).

Namun demikian itu, khutbah harus disampaikan di dalam bentuk percakapan bukan

bacaan dan khatib perlu mempunyai tata-tertib dalam menyampaikan khutbah. Antara

ciri-ciri yang perlu diambil perhatian oleh khatib ialah corak pemakain, air muka,

kewibawaan, suara, suasana kesatuan dan menguasai bahan (Muhammad Nashiruddin.

2002: 78-82). Pakaian yang sesuai dan sopan bagi sesuatu tempat perlu diberi perhatian

kerana ia boleh menimbulkan perasaan yang baik atau sebaliknya di kalangan para

jema’ah seperti kenyataan berikut,

28

Page 29: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

“ Khatib yang membaca khutbah itu mestilah seorang yang alim dalam

agama dan memakai pakaian yang khusus ketika menyampaikan

khutbah. Di negara Arab, khususnya di Saudi Arabia dan Mesir,

kesemua memakai pakaian jubah dan serban(‘imamah). Di Malaysia

keadaannya tidak seragam, ada yang berjubah dan berserban, ada yang

berpakaian Melayu dan bersongkok. Walau bagaimanapun, syarat

utama dari segi pakaian khatib ialah menutup aurat”.

(Ensiklopedia Islam Jilid 6, 1998: 65-66)

Malahan air muka pula, khatib seharusnya menunjukkan sikap yang tegas dan

wajah yang riang ketika berada di atas mimbar. Sehubungan dengan itu, kewibawaan

khatib perlu menghindari diri daripada berlaku perbuatan yang mensia-siakan misalanya

kancing baju terbuka dan di pasang kembali, menggaru bahagian badan berkali-kali

apabila terasa gatal dan sebagainya. Perbuatan ini boleh menimbulkan tanggapan yang

negatif oleh para jema’ah terhadap khatib itu sendiri.

Ekoran daripada itu juga, suara khatib haruslah lembut dan tidak terlalu kuat

sehingga menyakitkan telinga dan tidak terlalu perlahan sehingga sukar didengari oleh

para jema’ah. Tindakkan melembutkan suara samada dari segi penyebutan perkataan

hendakklah sesuai dengan keadaan, masa dan tempat supaya dapat menarik perhatian dan

melembutkan hati orang yang mendengarnya seperti yang telah dinyatakan oleh sarjana

tempatan Abdullah Hassan (2001: 68),

“Pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi menunjukkan

bahawa orang-orang yang pandai berkomunikasi adalah orang-orang

yang dipandang sebagai orang-orang yang memiliki daya tarikan

tinggi”.

Sehubungan dengan itu juga, elakkan diri khatib daripada berlaku kasar,mencerca dan

memaki hamun atau sebagainya semasa menyampaikan khutbah dan tindakkan ini boleh

membawa kepada dosa (Aziz Salleh, 2002: 72). Khatib perlu mencetuskan suasana

kesatuan antara khatib dan para jema’ah di dalam khutbahnya iaitu bersama-sama

29

Page 30: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

mengambil inisatif terhadap isi khutbah yang disampaikan itu. Kecerdasan mental dan

fizikal diri khatib di dalam menyampaikan khutbah adalah merupakan satu penilaian

yang khusus oleh para jema’ah dalam keupayaannya berkhutbah. Jesteru itu, sebagai

khatib yang berkaliber tinggi haruslah peka dan memahami reaksi yang ditonjolkan oleh

para jema’ah masjid sendiri (Aziz Salleh, 2002: 50).

Antara beberapa reaksi yang dapat ditonjolkan oleh sebahagian mereka yang tidak

berminat mendengar khutbah iaitu mula menguap-guap, tidak duduk tegap sambil

merendahkan badan seolah hendak tidur dan sebagainya. Ini merupakan reaksi yang turut

memberi makna yang negatif terhadap khatib sendiri di dalam penyampaian khutbahnya.

Oleh itu, walaupun isi khutbah yang baik dan padat dengan mutunya tetapi belum lagi

memberi kesan yang positif terhadap tahap keupayaan penyampaian khatib itu sendiri.

Sebaliknya jika kita lihat, isi khutbah yang tidak begitu padat tetapi gaya dan corak

penampilan khatib yang pandai menyampaikan khutbah dapat mempengaruhi para

jema’ah masjid sebagaimana yang disebutkan oleh Zulkiple Abd. Ghani (2003:52),

“Aspek kekemasan tidak boleh dipandang ringan kerana khatib

yang selekeh akan turut menjejaskan mesej di mata makmum

walaupun mesejnya mungkin nampak menarik. Semakin tinggi

karakter khatib, semakin tinggi pula keberkesanan mesej, begitu

juga sebaliknya”

Khatib seharusnya mempunyai kebolehan di dalam menguasai bahan khutbah dengan

lengkap terutamanya al-Qur’an dan Hadith Rasulullah S.A.W. Pemahaman khatib di

dalam bahasa Arab adalah penting di dalam menyampaikan hujah dalil daripada al-

Qur’an dan Hadith yang terkandung dalam khutbah. Oleh itu, khatib harus elak dirinya

daripada tersalah bacaan di hadapan khalayak umum yang mungkin menimbulkan

keraguan di kalangan para jema’ah dan menjatuhkan kewibawaan khatib itu sendiri. Apa

yang dapati pada hari ini, khatib terdiri daripada golongan yang berpengetahuan agama

yang telah mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri dan telah menjalani

krusus pentadbiran masjid anjuran Jawatankuasa Agama Islam Negeri.

30

Page 31: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

7.1.7 Faktor Fizikal Masjid

Masjid adalah merupakan tempat yang menjalankan aktiviti ibadat seperti solat lima

waktu yang merupakan tiang agama Islam dan sebagai pusat ilmu dan perbincangan,

pusat bantuan dan takaful serta sebagai tempat untuk memberi pandangan dan

bermesyuarat pada masa kini. Masjid mempunyai peranan yang penting di dalam

menyusun dan menyatu-padukan umat Islam dari segi zahir dan batin. Malahan masjid

adalah berfungsi sebagai jantung yang mengerakkan masyarakat dan daulah Islamiyyah

dengan landasan tauhid. Jesteru itu, fungsi masjid sebagai pusat ibadat yang bermakna di

dalam menghubungkan manusia dengan Tuhan (Ahmad Asnawi, 1998: 160). Oleh yang

demikian itu, masjid mempunyai potensi yang penting sekali di dalam menggerak

masyarakat Islam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Masjid pada hari ini, tersergam indah dengan seni bina yang unik dan cantik.

Adakah reka bentuk dan saiz masjid itu dapat memberi keberkesanan terhadap khutbah?.

Melalui seni bina yang cantik dan unik sememangnya dapat mempengaruhi keberkesanan

khutbah. Pembinaan masjid di dalam sesuatu lokasi atau kawasan perlu diberi perhatian

yang penting agar berada jauh daripada kawasan yang boleh menimbulkan kesukaran dan

keselesaan para jema’ah masjid seperti kawasan perindustrian dan jalan raya. Faktor

seperti ini dapat menimbulkan halangan ketika khatib menyampaikan khutbah seperti

gangguan bising, pencemaran udara seperti bau busuk dan seupamannya.

Kawasan persekitaran masjid yang cantik dan dihiasi dengan taman serta pokok bunga

adalah fungsi utama untuk menimbulkan ketenangan jiwa dan rohani para jema’ah

sendiri. Kebersihan masjid dan persekitarannya perlu diambil perhatian oleh

jawatankuasa masjid yang dapat menimbulkan keselesaan ketika menunaikan ibadat solat

dan mendengar khutbah. Islam amat menggalakkan kebersihan di kalangan umatnya

malahan ia merupakan tuntutan agama yang mendorong keimanan dan ketakwaan

terhadap Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mendengar khutbah di dalam masjid dan

persekitarannya tidak bersih? dan sejauh manakah penumpuan para jema’ah yang hadir

31

Page 32: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

ke masjid untuk mendengar khutbah?. Belum lagi wujud jawatankuasa khusus yang

menjalankan pemantauan terhadap masjid-masjid di dalam setiap kawasan atau negeri

untuk memastikan kebersihannya. Sifat keperihatinan ini perlu wujud di kalangan umat

Islam sebagai contoh dan teladan yang baik supaya dapat diaplikasikan di dalam

kehidupan seharian.

7.1.8 Faktor Pendengar Khutbah

Para jema’ah pendengar khutbah yang menghadiri ke masjid adalah terdiri daripada

pelbagai golongan dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebahagian mereka

terdiri daripada petani, pegawai kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, ahli perniagaan

dan warga asing beragama Islam yang bekerja di dalam pelbagai sektor. Oleh yang

demikian itu, terdapat kepelbagaian pendengar khutbah yang turut mendorong kepada

hasil keberkesanan khutbah yang disampaikan oleh khatib samada baik atau sebaliknya.

Jema’ah masjid pada hari ini, apa yang kita lihat terdapat sebahagian mereka yang tidak

memberi perhatian mengenai khutbah yang disampaikan oleh khatib malahan

menimbulkan kebisingan ketika mereka berada di belakang masjid.

Para jema’ah masjid juga, ada yang tertidur sepanjang khutbah disampaikan boleh kita

lihat dimana-mana masjid. Ekoran itu, bunyi bising adalah berpunca daripada suara

kanak-kanak dan pelajar sekolah yang duduk berkelompok di belakang atau tepi masjid

sambil berbual-bual sesama mereka. Tambahan pula tiada teguran daripada para jema’ah

yang hadir solat jumaat terhadap golongan ini agar tidak membuat bising ketika khatib

membaca khutbah. Teguran terhadap golongan kanak-kanak ini agak kurang kita lihat

dan hanya terdapat segelintir para jema’ah sahaja yang perihatin berani menegur mereka.

Sering kali kita lihat terdapat sebahagian jema’ah masjid yang tertidur sambil duduk

ketika khutbah sedang dibacakan oleh khatib.

32

Page 33: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Faktor pemakanan dapat menyebabkan sebahagian mereka ini mengantuk semasa

khutbah. Pemakanan yang terlalu banyak dan mengenyangkan perut sebelum ke masjid

banyak menyumbang kepada rasa mengantuk yang agak sukar dikawal oleh sebahagian

para jema’ah. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para jema’ah sendiri agar tidak

mengambil pemakanan yang terlalu lebih dan mengenyangkan perut mereka yang boleh

menimbulkan rasa kurang selesa apabila menghadiri solat Jumaat sambil mendengar

khutbah.

Para jema’ah Muslim yang menghadiri solat Jumaat perlu mempunyai kesedaran

di dalam diri mereka bahawa kehadiran mereka ke masjid bukan sekadar melaksanakan

fardhu yang perintahkan oleh Islam tetapi untuk mendapat nasihat atau pendidikan

daripada khutbah yang disampaikan. Sifat dan kesedaran ini perlu dititikberatkan oleh

muslimin di dalam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum pergi

ke masjid seperti menyucikan diri daripada kekotoran yang ada pada tubuh badan. Mental

yang kuat akan dapat menerima mesej khutbah yang disampaikan oleh khatib dengan

baik untuk di asplikasikan di dalam kehidupan seharian dengan sempurna dan sejahtera.

7.1.9 Faktor Politik

Jika lihat pada hari ini, terdapat sebahagian orang menganggapkan masjid merupakan

tempat melepaskan geram mereka yang menyokong atau memihak kepada mana parti

politik samada UMNO atau PAS. Beberapa masjid di negara ini telah di labelkan sebagai

masjid UMNO atau PAS dan ini adalah merupakan hasil daripada masyarakat setempat

yang terlalu fanatik terhadap parti politik. Isu ini bukan satu perkara yang baru muncul di

dalam masyarakat Muslim malah telah menjadi perkara biasa.

33

Page 34: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Terdapat beberapa masjid menyampaikan khutbah yang cenderung kepada isu-isu

politik atau sengaja dikatakan unsur politik. Masjid UMNO menyampaikan khutbah yang

disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri yang agak kurang menarik dan banyak

memuji pihak kerajaan berbanding dengan masjid PAS dimana penyampaian khutbahnya

adalah cenderung kepada mengkritik kerajaan mengenai isu gejala sosial, maksiat dan

sebagainya. Khutbah yang berunsur politik amat memberi kesan yang besar terhadap para

jema’ah masjid tidak kira mereka itu berpihak kepada mana-mana parti politik samada

PAS ataupun UMNO.

Sebahagian para jema’ah meminati khutbah yang disampaikan di dalam bentuk

politik berbanding sebahagian yang lain menganggapkan perkara ini tidak sesuai dan

tidak selesa diperkatakan di dalam urusan ibadat. Khutbah yang berunsur politik hanya

boleh menimbulkan kurang keberkesanannya di dalam penerimaan jema’ah terhadap

keseluruhan khutbah. Namun demikian itu, khutbah yang berunsur politik seperti begini

seharusnya di elakkan agar tidak menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat Islam

itu sendiri.

8. USAHA KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI KHUTBAH

Khutbah yang berkualiti adalah merupakan khutbah yang telah digubal dan diteliti oleh

pihak berkuasa agama sebelum diedarkan kepada imam-imam masjid. Tugas pihak

berkuasa ialah merupakan badan kuasa yang menjalankan tanggungjawab melantik

penulis-penulis khutbah yang mempunyai kelayakkan baik dari segi pendidikan agama

dan akademik. Oleh yang demikian itu, pengisian khutbah hendaklah mengikut peredaran

zaman, relevan dengan isu semasa dengan menampilkan isu-isu yang menarik agar dapat

memberi kesan yang positif terhadap para jema’ah pendengar di masjid.

34

Page 35: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Peraduan pertandingan menulis khutbah oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah

merupakan satu galakkan yang baik dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat

dengan tawaran hadiah yang berupa wang tunai. Inilah adalah bertujuan untuk

mencungkil bakat-bakat penulis Islam yang mempunyai kebolehan di dalam penulisan

khutbah dan berusaha menyumbang pendapat mereka untuk menimbulkan kesedaran dan

keinsafan terhadap masyarakat Islam sambil bersama-sama mengaplikasikan kehidupan

yang sejahtera di dunia mahupun di akhirat.

Ekoran daripada itu juga, prestasi khatib harus dipertingkatkan dari masa ke

semasa di dalam memperbaiki ciri-ciri penyampaian khutbah seperti latihan, penglibatan

diri dalam penulisan khutbah dan pertukaran pengalaman dengan rakan-rakan khatib dari

luar negara iaitu melalui lawatan, muzakarah bersama dan sebagainya (Aidit Ghazali

1997: 76). Melalui tindakkan yang sedemikian itu, dapat menambahkan lagi keupayaan

khatib dalam bentuk penyampaian khutbah yang berkesan terhadap para jema’ah masjid.

9. KESIMPULAN

Khutbah adalah merupakan medium komunikasi pendidikan dan dakwah di dalam

membimbing dan membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan cemerlang. Khatib

adalah sebagai jurubicara Islam ditugaskan menyampaikan dan menyebarkan kefahaman

yang menyeluruh ke arah meningkatkan dan mendaulatkan hukum-hukum Allah S.W.T

yang dituntut oleh Islam sebagai suatu nasihat terhadap para jema’ah masjid. Namun

demikian itu, tugas khatib adalah begitu berat di dalam membimbing masyarakat dan

35

Page 36: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

khatib perlu mempunyai daya kemampuan yang sempurna dan lengkap agar tidak

menimbulkan masalah dihadapan jem’ah ketika berucap.

Disamping itu juga, pengisian isi khutbah seharusnya relevan dan hujah-hujah

hendaklah bernas serta tidak bercampur-aduk dengan pengaruh politik yang ekstrem

sebagai menarik tumpuan para jema’ah di dalam mendengarnya. Krusus khatib anjuran

pihak berkuasa Islam adalah sebagai satu jalan yang baik untuk melatih dan

memperlengkapkan diri mereka dengan teknik-teknik penyampaian khutbah yang betul

dan berkesan. Oleh yang demikian itu, kita sebagai umat Islam yang mukmin hendaklah

menitikberatkan segala nasihat yang diberi oleh khatib sebagai penjana semangat dan

berusaha mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T di dunia dan

di akhirat.

Bibliografi

Al-Qur’an al-Karim, “Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

cAmmarah, Mahmud Mohd, 1413H/1993M. Al-Khitābah fī Maukibi Al-Dcawah, cet.

Pertama, Dārul Al-Khair, Beirut, Lubnan.

36

Page 37: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Abdullah Md. Zin, Che Yussof Che Mamat, Ideris Endot (penyunting). 1998. “Prinsip

Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia”, Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aziz Salleh, 2002. “Teknik Berkomunikasi Dan Berinteraksi Yang Efektif”, cet. Pertama,

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 2001. “Komunikasi Untuk Bakal Pendakwah”, cet. Pertama, Penerbit

Pts Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Ensiklopedia Islam, 1998. cet. Pertama, Jil: 6 Kuala Lumpur: Penerbit Malaysian

Encyclopedia Research Center Berhad, Anzagain Sdn. Bhd.

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/ 11/8/2006.

Itbee, Nasīr Mustafa, 1995. Jawlā fī Fan Al-khitābah, cet. Pertama, Dār Al-Fathi,

Amman, Jurdan.

Tengku Iskandar, “Kamus Dewan”, 1997. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, 2005. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

Muhammad Nashiruddin, 2002. “ Pembahasan Mengenai Khutbah Jumaat”, cet.

Pertama, Penerbit Perniagaan Jahabersa.

Mohd. Yusof Din, Azhana Abdul Mutalib, “Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke

Arah Kecemerlangan Umat”, cet. Pertama, Kuala Lumpur: Penerbit Institut

Perkembangan Minda (INMIND).

37

Page 38: Analisis Khutbah Dan Keberkesanannya Dalam Komunikasi Awam

Nasution, M.Yunan. 1974. “ Pedoman Khutbah”, cet. Pertama, Penerbit Bulan Bintang,

Jakarta.

Rifai, Moh., 1981. “ Suara Mimbar”, cet. Pertama, Alharamaian Pte. Ltd. Singapura.

Shafie, Hussain. t.th. Duca Al-Saurah, Kementerian Agama Islam Republik Arab Mesir.

Shalbī, cAbd. Al-Jalīl cAbduh, 1987. Al-Khatābah Wa cIdād al-Khatīb, cet. Ketiga, Dār

al-Syurūq Qaherah Misr.

Zulkiple Abd. Ghani, 2003. “Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat”, Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

.

38