analisis kajian kes "the mascot"

7
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “THE MASCOT” Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya. Dalam masa yang sama, Cathy hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan ‘Mascot’ kerana Mrs Clem berat hati untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Masalah lain timbul apabila Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya. Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati ‘Science Kit’ yang diinginkan tiada di tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yang mengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun, Jabar tidak memberikan perhatian dengan

Upload: hagemaru

Post on 21-Jun-2015

1.703 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Kajian Kes "The Mascot"

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “THE MASCOT”

Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih

bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun

dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem

memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya. Dalam masa yang sama, Cathy

hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan ‘Mascot’ kerana Mrs Clem berat hati untuk

memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Masalah lain timbul apabila Mrs

Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan

kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak

membuat sebarang persediaan.

Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’

sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa

‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’

itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya.

Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati ‘Science Kit’ yang diinginkan tiada di

tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai

mengikutnya mengambil ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yang

mengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun,

Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy

menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja.

Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy

tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya

keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum

waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa

Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar

menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai

kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar

hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak

Page 2: Analisis Kajian Kes "The Mascot"

mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran.

Berdasarkan analisis cerita di atas, saya telah menggariskan bahawa terdapat

tiga model yang berkaitan iaitu Model Skinner’s- Modifikasi tingkah laku, Model

Dreikurs’s- Model akibat logikal dan Model Glasser’s- Terapi realiti.

Menurut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang

diberikan untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan

atau sikap yang baik. Tingkah laku yang diikuti ganjaran(pengukuhan) akan kerap

berlaku. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan ‘good

work tickets’ iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan cepat.

Melalui pengukuhan positif ini, sudah pasti tingkah laku murid-murid boleh dibentuk

walaupun ada sesetengah tingkah laku perlu dibentuk secara berperingkat-peringkat.

Pengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang

selanjutnya. Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap

Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam

pengajaran dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah

menyebabkan Cathy tidak diberi peluang untuk mengajar. Konflik ini berlaku sehingga

memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah disiplin

seterusnya menyebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar. Ringkasnya,

pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku

yang berubah dalam persekitaran kini.

Selain itu, penggunaan ‘Reverse Phsycology’ dilakukan untuk

menginsafkan murid yang melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Jabar sering

berbual dengan rakannya dan mengendahkan arahan Cathy ketika di dalam kelas.

dalam diri Jabar telah timbul rasa berkuasa kerana Mrs Clem sentiasa

menyebelahinya dan apabila Cathy menunjukkan kekecewaan, Jabar bertindak keluar

dari kelas.

Page 3: Analisis Kajian Kes "The Mascot"

Di dalam model ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikaji. Antara

kekuatan yang ada ialah penggunaan pengukuhan positif akan membawa tingkah laku

yang baik dan lebih berkesan berbanding pengukuhan negatif. Pengukuhan yang

berterusan akan mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, penggunaan strategi

modifikasi tingkahlaku akan menyedarkan guru agar peka dengan apa yang berlaku

dalam bilik darjah. Antara kelemahannya pula ialah murid akan dimanipulasi

melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran. Ia juga agak merbahaya jika digunakan

oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika.

Model kedua iaitu Model Akibat Logikal yang diutarakan oleh Dreikurs

menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan

kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian murid-

murid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi

kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar

mengambil ‘science kit’ itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan

perhatian terhadap pengajaran Cathy.

Selain itu, terdapat juga keperluan dalam membalas dendam seperti yang

ditunjukkan oleh Jabar. Dia bersikap kurang ajar kepada cathy kerana menyangka

Cathy tidak menyukainya. Konflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar

sebelum penahanannya selesai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana

Mrs Clem lebih berkuasa daripada Cathy. Mrs clem pula menggunakan kuasa yang

diberikan secara autokratik. Segala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka

bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai

ganjaran kepada murid yang menyiapkan kerja dengan cepat. Rasa berkuasa juga

timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem menyuruh dia mengambil ‘science kit’.

Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab ke

atas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang

setimpal dengan salah laku tertentu.

Page 4: Analisis Kajian Kes "The Mascot"

Model ketiga iaitu Terapi Realiti Glasser yang menekankan setiap individu

supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan dan

kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai Jabar.

Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Sikap manusia

yang ingin memiliki kuasa juga dilihat pada Jabar ketika Mrs Clem memilihnya untuk

membantu Cathy mengeluarkan ‘science kit’. Setiap individu bertingkah laku mengikut

cara tertentu agar membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.

Model ini berkesan bagi guru permulaan untuk pelan pengurusan bilik darjah yang

sistematik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid berupaya menyelesaikan

masalah tingkahlaku masing-masing kerana mereka belum mencapai kematangan

emosi, psikologi atau perkembangan.

Untuk mengatasi masalah di atas, terdapat beberapa strategi yang boleh

digunakan. Pertama, guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif

supaya dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid sesuai dengan

model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering berborak semasa

guru mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan.

Selain itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronok

dan berkesan. Sesuai dengan model Terapi Realiti Glasser, terdapat sepuluh langkah

yang disarankan bagi memastikan proses p&p berjalan lancar iaitu memilih strategi

yang sesuai digunakan, mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan

yang menarik dan relevan serta membina hubungan positif dengan murid,

meningkatkan cara penyoalan, membuat perbincangan dengan murid, meminta murid

membuat pelan tindakan yang positif, dan menghantar murid ke lokasi lain tetapi

selesa sambil dipantau guru bertugas. Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakan

mengikut kesesuaian murid tersebut.

Page 5: Analisis Kajian Kes "The Mascot"

Bukan itu sahaja, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk

memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi

kepercayaan atau kuasa kepada mereka. Pendekatan ‘reverse phsycology’ juga

sesuai digunakan bagi murid yang suka melawan dan tidak mengikut arahan.

Seterusnya, berdasarkan kes yang diberi, sebagai guru, Mrs Clem seharusnya

dapat mengenal pasti masalah di dalam kelas dan membina hubungan ‘rapo’ antara

dia dan Cathy. Cathy pula seharusnya melibatkan semua murid dalam proses p&p

supaya tidak ada seorang pun dianggap tersisih seperti Jabar. Perhatian yang lebih

perlu diberi kepada murid yang sukar dikawal. Cathy juga seharusnya sudah mahir

dalam teknik menangani kemampuan murid yang berbeza-beza. Selain itu, cathy dan

Mrs Clem hendaklah berbincang dengan mengenalpasti punca masalah yang berlaku

antara mereka dan berusaha mengatasinya bersama-sama.

Disediakan oleh:

(RAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM)