1.1 overview of the chromelab...

24
1.1 Overview of the ChromeLab Components Latihan ChromeLab Mudah Alih Modul Latihan 2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook

Upload: duongkien

Post on 24-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

1.1 Overview of the ChromeLab Components

Latihan ChromeLab Mudah Alih

Modul Latihan

2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook

Page 2: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Modul 2.1: Objektif Latihan Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan produk yang terperinci kepada para peserta kursus. Setelah para peserta menamatkan kursus, mereka akan memahami tentang semua perbezaan ciri dan fungsi ChromeLab Mudah Alih ini dan kaedah penyelesaian masalahnya. Mereka juga akan berupaya untuk menasihat para pengguna di sekolah tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang berbeza, demi mencapai dengan cemerlang matlamat tugas mereka. 2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook Chromebook telah direka untuk membawa anda masuk ke dalam web secepat yang mungkin. Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda melalui kawan-kawasan utama yang akan hadapi semasa menggunakan Chromebook. Ia meliputi:

● Skrin Daftar Masuk (Sign-in screen) ● Kawasan desktop anda ● Tetingkap pelayar anda

Dalam usaha untuk membuatkan pelayar web semudah yang mungkin, kami telahpun menyesuaikan papan kekunci untuk web. Jika anda menggunakan Chromebook, anda akan menerima beberapa tip tentang penggunaan pad sentuh untuk bergerak di sekitar skrin.

2.1.1 Skrin daftar masuk Chromebook anda bermula dengan sangat cepat. Hanya buka penutup Chromebook dan tekan butang kuasa. Skrin pertama yang anda akan lihat sebaik sahaja menghidupkan Chromebook ialah skrin daftar masuk utama. Semua Google Account yang anda telah tambahkan pada peranti akan dipaparkan di sini. Dengan itu, sesiapa sahaja yang menggunakan Chromebook anda boleh mengakses pilihan dan tetapan pelayar dalam akaun mereka sendiri.

Page 3: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Di sini adalah perkara-perkara penting boleh anda lakukan pada skrin: Sign in (Daftar masuk)

Hanya klik pada Google Account yang anda mahu gunakan dan masukkan kata laluan anda. Anda anda dapat melihat

Add a new account (Tambah akaun baru) Untuk menggunakan Google Account yang tidak tersenarai pada skrin, klik + Add User di sudut kiri bawah skrin. Pastikan anda telah bersambung dengan Internet agar akaun anda boleh disahkan.

Page 4: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Browse as a guest (Layari sebagai tetamu)

Rakan dan ahli keluarga anda boleh meminjam Chromebook anda dan melayari web, walaupun sekiranya mereka tidak mempunyai Google Account. Anda juga boleh memanfaatkan pelayaran tetamu untuk melayari web secara peribadi. Klik Browse as Guest dari kawasan pelancar untuk memulakan sesi pelayan tetamu.

Remove accounts (Buang akaun) Klik butang X di sudut kanan atas gambar akaun untuk membuang akaun tersebut dari skrin. Jangan bimbang, anda tidak sebenarnya tidak membuang akaun 1BestariNet atau data dan tetapan disegerakkan dengan akaun tersebut.

Page 5: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Shut down (Matikan)

● Klik butang di sudut kiri skrin atau tutup sahaja penutupnya untuk mematikannya.

2.1.2 Menyambung Chromebook dengan monitor atau projektor luaran Chromebook dilengkapi dengan port HDMI-VGA Converter yang terletak di bahagian belakang peranti. Ini membolehkan guru untuk memancarkan imej melalui projektor di dalam kelas, semasa mengajar.

Bagaimana Mengaktifkan Monitor Luaran

1. HIDUPKAN Chromebook anda. 2. Pasangkan HDMI-VGA Converter yang dibekalkan bersama dengan troli ChromeLab. 3. Pasangkan kabel VGA projektor kepada HDMI-VGA Converter. 4. Selepas memasangnya, ia seharusnya mempprojek secara lali kepada mod dekstop yang

dilanjutkan. Tiada suis atau butang kombo yang boleh digunakan. 5. Jika anda telah menyambungkan skrin tetapi tiada apa-apa yang terpapar, periksa

semula sambungan kabel. Tekan ctrl + maximize untuk berkitar melalui mod paparan jika skrin kosong.

Bagaimana untuk menyelaras Tetapan Monitor Luaran Selepas bersambung dengan Monitor Luaran, kita akan dapat melihat desktop dalam mod desktop yang dilanjutkan, yang memberikan dua kali ganda ruangan untuk bekerja. Jika anda mahu mencerminkan imej pada skrin Chromebook anda atau laraskan resolusi Chromebook. Nota: Menu ini hanya boleh diakses jika anda mempunyai skrin yang disambungkan. Terdapat dua cara untuk anda mengakses menu: Pertama, taipkan "chrome://settings/display" ke dalam bar omnibox/carian.

Page 6: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Kedua ialah dengan mengakses melalui bar status. Ini dilakukan dengan mengklik jam di sudut bawah kanan skrin. Selepas menarik bar status ke atas, klik pada "Extending screen to…" Selepas mengklik "Extending screen to…" atau menaip "chrome://settings/display" ke dalam omnibox, menu tetapan paparan akan dipaparkan.

Anda kini boleh melakukan 3 perkara pada skrin ini:

● Menyelaras skala/resolusi dengan penyelarasan kecil dalam menu TV Alignment ● Mencerim paparan ● Menjadikan paparan sebagai Paparan Utama

Dalam menu TV Alignment, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk menyelaras resolusi dan kekunci shift sebagai pengubahsuai.

Page 7: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

2.1.3 Mengurus Penyimpanan Setempat Setiap Chromebook dibina dengan 16 GB Solid State Drive. Ia digunakan untuk menyimpan fail ke dalam Chromebook. Penyimpanan ini adalah berbentuk sementara dan ruangannya adalah terhad, bergantung kepada berapa ramai pengguna akaun yang telah ditambah ke dalam Chromebook.

Senario: Chromebook dengan 1 pengguna. Pengguna ini mempunyai penyimpanan on-board 16GB. Apabila pengguna lain ditambah, ruang penyimpanan dibahagikan di antara keduanya. Oleh itu, setiap pengguna tersebut mempunyai 8GB ruang penyimpanan. Senario: Chromebook dengan ramai pengguna. Setiap pengguna mempunyai bahagian daripada penyimpanan on-board 16GB yang tersedia. Apabila pengguna baru ditambah, ruang penyimpanan akan dibahagi lagi di antara para pengguna.

Lebih ramai pengguna yang ditambah pada Chromebook, lebih kecil ruangan penyimpanan untuk setiap daripada mereka. Fail-fail yang dimuat turun ke dalam ruang penyimpanan seharusnya dimuat naik ke dalam Google Drive pengguna, yang akan muncul secara automatik apabila pengguna mengakses fail-fail mereka. Ini adalah cara untuk mengakses penyimpanan fail setempat:

• Klik pada “Apps” di Bar Pelancaran • Klik pada ikon “Files”untuk mengakses

penyimpanan On-board • Klik pada “Google Drive” yang terdapat di sudur

kiri tetingkap “Files” untuk mengakses Google Cloud Storage.

Page 8: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

2.1.4 Mencetak dengan Pencetak Awan Guru dinasihatkan untuk Guru-guru dinasihatkan mengikuti urutan langkah-langkah yang dinyatakan di bawah untuk mencetak dokumen dengan menggunakan Pencetak Awan: 1. Log masuk ke dalam Chromebook dengan Yes ID. 2. Buka pelayar Chrome dan pergi ke Menu.

3. Pilih ‘Print’ dari menu ke bawah.

Page 9: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

4. Pilih pencetak HP Cloud yang diinginkan dengan mengklik pada ‘Change’ di bawah ‘Destination’ dalam menu yang terdapat di sebelah kiri.

5. Masukkan tetapan seperti Page Range, Page Layout/Orientation, Margins, dan sebagainya.

Page 10: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

6. Pilih ‘Print’ dari pilihan di sebelah kiri.

Dokumen anda kini dicetak. 2.1.5 Papan Kekunci Menggunakan Fungsi Papan Kekunci/Kekunci Pintas Fungsi dan kekunci pintas adalah direka untuk membolehkan Chromebook anda digunakan dengan pantas dan mudah, tanpa perlu mengklik beberapa kali pada papan kekunci anda. Bahagian ini akan membawa anda setiap fungsi kekunci pintas/fungsi papan kekunci.

Nota: Fungsi papan kekunci yang disenaraikan di bawah mungkin berbeza mengikut negara anda. Fungsi berikut adalah berdasarkan fungsi piawai papan kekunci AS.

Page 11: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Kekunci Pintas

Berikut adalah pengenalan tentang kekunci pintas pada barisan atas papan kekunci.

Kekunci Pintas Fungsinya

Kembali ke halaman sebelumnya dalam sejarah pelayar anda.

Pergi ke halaman seterusnya dalam sejarah pelayar anda.

Memuat semula halaman anda yang sedia ada.

Membuka halaman anda dalam mod skrin penuh.

Beralih ke tetingkap seterusnya.

Kurangkan kecerahan skrin.

Tambah kecerahan skrin.

Tutup suara.

Kurangkan kelantangan.

Tambah kelantangan.

Page 12: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Kekunci Shift

Tekan dan tahan kekunci Shift untuk memasukkan huruf besar.

Kekunci Carian

Ia terletak di lokasi Caps Lock pada papan kekunci tradisional, tetapi di sini ia adalah kekunci Carian. Tekan untuk pergi ke bar alamat pada halaman New Tab untuk melakukan pencarian web. Jika anda benar-benar memerlukan Caps Lock, pergi ke halaman Settings untuk menjadikan kekunci Carian berperanan sebagai kekunci Caps Lock.

Fungsi Hot Key

Tekan kekunci berikut pada masa yang sama.

Hot keys akan terpapar pada Chrome OS.

+ +

Dengan menekan kekunci shift dan ctrl serentak, pilihan Hot Keys yang ditekan akan dipaparkan.

Page 13: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Chromebook Shortcut Keys Papan kekunci pintas merupakan kombinasi beberapa papan kekunci dan klik yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan tertentu, seperti mengambil gambar skrin. Dengan mengetahui beberapa pintasan dalam senarai di bawah, anda boleh menjimatkan masa. Anda juga boleh menekan Ctrl+Alt+? apabila anda telah daftar masuk ke dalam Chromebook anda untuk melihat peta pintasan ini pada skrin. Pintasan: Tab dan Tetingkap

Ctrl+N Buka tetingkap baru

Ctrl+Shift+N Buka tetingkap baru dalam mod incognito

Ctrl+T Buka tab baru

Ctrl+O Buka fail dalam pelayar

Ctrl+Shift+Q (dua kali) Daftar keluar dari Google Account pada Chrome OS

Ctrl+W Tutup tab semasa

Ctrl+Shift+W Tutup tetingkap semasa

Ctrl+Shift+T Buka semula tab terakhir yang anda telah tutup. Google

Chrome mengingati 10 tab terakhir yang anda telah tutup.

Page 14: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Ctrl+1 through Ctrl+8 Pergi ke tab di kedudukan yang ditetapkan dalam

tetingkap

Ctrl+9 Pergi ke tab terakhir dalam tetingkap

Alt+1 sehingga Alt+8 Pergi ke tetingkap pada kedudukan yang ditetapkan

Alt+9 Pergi ke tetingkap terakhir yang terbuka

Ctrl+Tab Pergi ke tab seterusnya dalam tetingkap

Ctrl+Shift+Tab Pergi ke tab sebelumnya dalam tetingkap

Alt+Tab Pergi ke tetingkap berikutnya yang anda telah buka

Alt+Shift+Tab Pergi ke tetingkap sebelumnya yang anda telah buka

Klik dan tahan anak panah ke Back

atau Forward dalam bar alatan pelayar

Lihat sejarah pelayaran tab anda

Backspace, atau tekan Alt dan anak

panah kiri

Pergi ke halaman sebelumnya dalam sejarah pelayaran

anda

Shift+Backspace, atau tekan Alt dan

anak panah kanan

Pergi ke halaman berikutnya dalam sejarah pelayaran

anda

Page 15: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Tekan Ctrl dan klik pada pautan Buka pautan dalam tab baru dalam latar belakang

Tekan Ctrl+Shift dan klik pada pautan Buka pautan dalam tab baru dan beralih ke tab yang baru

dibuka

Tekan Shift dan klik pada pautan Buka pautan dalam tetingkap baru

Seret pautan ke tab Buka pautan dalam tab

Seret pautan ke ruangan kosong pada

jalur tab

Buka pautan dalam tab baru

Taipkan URL ke dalam bar alamat,

kemudian tekan Alt+Enter

Buka URL dalam tab baru

Tekan Esc semasa menyeret tab Kembalikan tab ke kedudukan asalnya

Ctrl+Shift+L Kunci skrin anda

Pintasan: Pintasan Halaman

Tekan Alt dan anak panah

ke atas

Ke atas halaman

Page 16: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Tekan Alt dan anak panah

ke bawah

Ke bawah halaman

Space bar Skrol halaman web ke bawah

Tekan Ctrl+Alt dan anak

panah ke atas

Home

Tekan Ctrl+Alt dan anak

panah ke bawah

End

Ctrl+P Cetak halaman semasa

Ctrl+S Simpan halaman semasa

Ctrl+R Muat semula halaman semasa

Ctrl+Shift+R Muat semula halaman semasa tanpa menggunakan

kandungan cache

Ctrl dan + Zum masuk halaman

Ctrl dan - Zum keluar halaman

Page 17: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Ctrl+0 Set semula tahap zum

Esc Hentikan pemuatan halaman semasa anda

Tekan Alt dan klik pautan Buka pautan dalam tab baru dalam latar belakang

Ctrl+D Simpan halaman web semasa sebagai bookmark (penanda

buku)

Ctrl+Shift+D Simpan semua halaman dibuka dalam tetingkap semasa anda

sebagai bookmark (penanda buku) dalam folder baru

Seret pautan ke bar

bookmark

Simpan pautan sebagai bookmark (penanda buku)

Ctrl+F Buka bar carian untuk mencari halaman semasa anda

Ctrl+G atau Enter Pergi ke padanan berikut untuk input anda dalam bar carian

Ctrl+Shift+G Pergi ke padanan sebelumnya untuk input anda dalam bar

carian

Ctrl+K atau Ctrl+E Lakukan carian. Taipkan istilah carian selepas tanda soal

Page 18: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

dalam bar alamat dan tekan Enter.

Ctrl+Enter Menambah www. dan .com untuk input anda dalam bar

alamat dan buka URL yang terhasil

Ctrl+ Mengambil gambar skrin halaman semasa anda

Ctrl+ Shift+ Mengambil gambar skrin separa

Ctrl+U Melihat sumber halaman

Ctrl+Shift+I Togol paparan panel Developer Tools

Ctrl+Shift+J Togol paparan panel DOM Inspector

Pintasan: Tetapan Pelayar

Ctrl+Shift+B Togol paparan bar bookmark. Bookmark dipaparkan pada New

Tab jika bar tersebut disembunyikan.

Alt+Shift+M Buka aplikasi Files

Ctrl+. Paparkan fail-fail tersembunyi dalam aplikasi Files

Page 19: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Ctrl+H Buka halaman History

Ctrl+J Buka halaman Downloads

Shift+Esc Buka Task Manager

Ctrl+Alt+/ Buka senarai kekunci pintasan papan kekunci yang tersedia

Ctrl+? Pergi ke Help Center

Ctrl+ Konfigurasi paparan monitor

Shift+Alt+S Buka kawasan status di sudut kanan bawah skrin

Shift+Alt+L Fokus terhadap pelancar

● Tekan Tab atau anak panah kanan untuk fokus kepada item berikutnya dalam bar alatan

● Tekan Shift+Tab atau anak panak kiri untuk fokus pada item sebelumnya dalam bar alatan

● Tekan Space atau Enter untuk mengaktifkan butang, termasuk tindakan halaman dan pelayar

● Tekan Shift + untuk membuka menu konteks butang (jika ada)

● Tekan Esc untuk kembali fokus kepada halaman

Page 20: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Ctrl +

ATAU

Ctrl +

Tekan Ctrl dan kekunci belakang atau ke hadapan untuk menukar

fokus kepada anak tetingkap papan kekunci-bleh akses. Anak

tetingkap merangkumi:

● Ruang status yang mengandungi masa, ikon rangkaian dan ikon bateri di sudut kanan bawah skrin

● Launcher (Pelancar) ● Bar Address ● Bar Bookmark (jika kelihatan) ● Kandungan utama web (termasuk bar info) ● Bar Downloads (jika kelihatan)

Alt+Shift+B Fokus pada bar bookmark. Gunakan senarai tindakan Shift+Alt+T

untuk menggerakkan fokus.

Alt+E atau Alt+F Buka menu Chrome pada bar alatan pelayar

Shift+Search+Volume

Up

Buka menu klik kanan untuk item fokus

Ctrl+Alt+Z Aktifkan atau nyah aktif ciri-ciri boleh akses jika anda tidak

mendaftar masuk dengan Google Account. Jika anda mendaftar

masuk, anda boleh mengkonfigurasi ciri-ciri boleh akses pada

halaman Settings.

Ctrl+Shift dan + Tambah skala skrin

Ctrl+Shift dan - Kurangkan skala skrin

Page 21: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Ctrl+Shift dan ) Set semula skala skrin

Ctrl+Shift dan Refresh Putarkan skrin 90 darjah

Pintasa: Pengeditan Teks

Ctrl+A Pilih semua yang ada pada halaman

Ctrl+L atau Alt+D Pilih kandungan dalam bar alamat

Tekan Ctrl+Shift dan anak

panah kanan

Pilih perkataan atau huruf berikutnya

Tekan Ctrl+Shift dan anak

panah kiri

Pilih perkataan atau huruf sebelumnya

Tekan Ctrl dan anak panah

kanan

Bergerak ke akhir perkataan seterusnya

Tekan Ctrl dan anak panah kiri Bergerak ke permulaan perkataan sebelumnya

Tekan Alt dan anak panah ke

atas

Ke atas halaman

Page 22: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Tekan Alt dan anak panah ke

bawah

Ke bawah halaman

Tekan Ctrl+Alt dan anak panah

ke atas

Home

Tekan Ctrl+Alt dan anak panah

ke bawah

End

Ctrl+C Salin kandungan yang dipilih ke clipboard

Ctrl+V Tampal kandungan ke clipboard

Ctrl+Shift+V Tampal kandungan dari clipboard sebagai teks biasa

Ctrl+X Cut (potong)

Ctrl+Backspace Padam perkataan sebelumnya

Alt+Backspace Padam huruf seterusnya (forward delete)

Ctrl+Z Buat asal tindakan terakhir anda

Page 23: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong

Page 24: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.1-kes-kes... · 2.1.2 Menyambung Chromebook dengan ... Menyelaras skala/resolusi dengan