analisis agihan kos operasi sekolah di sekolah · pdf filerasmi sekolah yang fokus kepada...

13
ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH INDONESIA: Kajian Kes di Makassar Ahmad ([email protected]) Lokman Bin Mohd. Tahir Bambang Sumintono Fakulti Pendidikan UTM Johor Abstrak: Kos operasi sekolah merupakan sebahagian daripada pembiayaan pendidikan asas di sekolah menengah di Indonesia. Ianya merupakan salah satu aspek penting yang disediakan bagi menyokong aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bagi kejayaan program wajib belajar. Oleh itu, agihan kos operasi sekolah mestilah disasarkan kepada aktiviti proses P & P di setiap sekolah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti agihan dana Bantuan Operasi Sekolah (BOS) di peringkat sekolah menengah di Makassar, dan penglibatan ahli jawatankuasa sekolah dalam proses pengurusannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitiatif dengan pendekatan kajian kes yang dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah pertama (SMP). Kaedah pengumpulan data menggunakan temubual,analisis dokumen, pemerhatiandan soal selidik.Responden terdiri daripada pengetua, guru, dan ahli jawatankuasa sekolah.Tekinik analisis data menggunakan kaedah analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan dana BOS dikira berasaskan bilangan pelajar di setiap sekolah, komponen-komponen kos operasi ditetapkan oleh kerajaan pusat, dan penglibatan ahli jawatankuasa sekolah dalam pengurusannya belum dilaksanakan secara maksimum. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengurusan dana BOS bersifat berpusat (sentralistik). Keadaan ini menyebabkan pihak sekolah masih kurang berupaya melakukan inovasi dalam memformulasikan item- item operasi sekolah yang realistik. Selain itu, penglibatan jawatankuasa sekolah masih berkurangan.Oleh itu, pengurusan pembiayaan berasaskan sekolah bolehlah dikatakan masih belum terlaksana sepenuhnya. Kata kunci: kos operasi sekolah, dana BOS,P & P, wajib belajar, dan pengurusan. Pengenalan Usaha untuk mencapaikesaksamaan pendidikan khususnya pendidikan asas telah menjadi sebahagian daripada kesepakatan dan program pembangunan masyarakat antarabangsa yang termaktub dalam program Millenium Development Goals (MDG) bahagian ke 2 yang bertujuan untuk mewujudkan pendidikan asas untuk semua (UNESCO, 2007; Badan Perencanaan Pembangunan Nasional, 2007). Berdasarkan kepada dasar tersebut, setiap negara wajib memberikan pendidikan asas kepada setiap warganegaranya dan disasarkan dapat mencapainya pada tahun 2015 sebagai komitmen bersama. Komitmen pendidikan untuk semuayangterdapat di dalam Perlembagaan Negara Republik Indonesia dalam Undang-Undang Dasar 1945telah menegaskan bahawa pendidikan merupakan salah satu hak asasi manusia.Oleh itu, pematuhan kepada hak setiap orang untuk mendapat pendidikan khususnya pendidikan asas di Indonesia merupakan kewajipan negara. Maka,pembentukan pendidikan kebangsaan mesti berupayauntuk menyediakan dan memberikanperhidmatan pendidikan asas tanpa membezakan latar belakang ekonomi, status sosial, etnik, agama dan jantina. Kerajaan Indonesia telahmemberikan pendidikan asas kepada warganegaranya lebih dari 25 tahun dengan memberikan keutamaan kepada anak yang berusia tujuh hingga 12 tahun (sekolah rendah) melalui suatu program wajib belajar pendidikan asas enam tahun.

Upload: truongtuong

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH

MENENGAH INDONESIA: Kajian Kes di Makassar

Ahmad ([email protected])

Lokman Bin Mohd. Tahir

Bambang Sumintono

Fakulti Pendidikan

UTM Johor

Abstrak: Kos operasi sekolah merupakan sebahagian daripada pembiayaan pendidikan asas di

sekolah menengah di Indonesia. Ianya merupakan salah satu aspek penting yang disediakan bagi

menyokong aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bagi kejayaan program wajib

belajar. Oleh itu, agihan kos operasi sekolah mestilah disasarkan kepada aktiviti proses P & P di

setiap sekolah. Kajian ini bertujuan mengenalpasti agihan dana Bantuan Operasi Sekolah (BOS) di

peringkat sekolah menengah di Makassar, dan penglibatan ahli jawatankuasa sekolah dalam proses

pengurusannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitiatif dengan pendekatan kajian kes yang

dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah pertama (SMP). Kaedah pengumpulan data

menggunakan temubual,analisis dokumen, pemerhatiandan soal selidik.Responden terdiri daripada

pengetua, guru, dan ahli jawatankuasa sekolah.Tekinik analisis data menggunakan kaedah analisis

tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan dana BOS dikira berasaskan bilangan pelajar di

setiap sekolah, komponen-komponen kos operasi ditetapkan oleh kerajaan pusat, dan penglibatan ahli

jawatankuasa sekolah dalam pengurusannya belum dilaksanakan secara maksimum. Kajian ini

menyimpulkan bahawa pengurusan dana BOS bersifat berpusat (sentralistik). Keadaan ini

menyebabkan pihak sekolah masih kurang berupaya melakukan inovasi dalam memformulasikan item-

item operasi sekolah yang realistik. Selain itu, penglibatan jawatankuasa sekolah masih

berkurangan.Oleh itu, pengurusan pembiayaan berasaskan sekolah bolehlah dikatakan masih belum

terlaksana sepenuhnya.

Kata kunci: kos operasi sekolah, dana BOS,P & P, wajib belajar, dan pengurusan.

Pengenalan

Usaha untuk mencapaikesaksamaan pendidikan khususnya pendidikan asas telah menjadi

sebahagian daripada kesepakatan dan program pembangunan masyarakat antarabangsa yang

termaktub dalam program Millenium Development Goals (MDG) bahagian ke 2 yang bertujuan

untuk mewujudkan pendidikan asas untuk semua (UNESCO, 2007; Badan Perencanaan

Pembangunan Nasional, 2007). Berdasarkan kepada dasar tersebut, setiap negara wajib

memberikan pendidikan asas kepada setiap warganegaranya dan disasarkan dapat mencapainya

pada tahun 2015 sebagai komitmen bersama. Komitmen pendidikan untuk semuayangterdapat di

dalam Perlembagaan Negara Republik Indonesia dalam Undang-Undang Dasar 1945telah

menegaskan bahawa pendidikan merupakan salah satu hak asasi manusia.Oleh itu, pematuhan

kepada hak setiap orang untuk mendapat pendidikan khususnya pendidikan asas di Indonesia

merupakan kewajipan negara. Maka,pembentukan pendidikan kebangsaan mesti berupayauntuk

menyediakan dan memberikanperhidmatan pendidikan asas tanpa membezakan latar belakang

ekonomi, status sosial, etnik, agama dan jantina.

Kerajaan Indonesia telahmemberikan pendidikan asas kepada warganegaranya lebih dari

25 tahun dengan memberikan keutamaan kepada anak yang berusia tujuh hingga 12 tahun

(sekolah rendah) melalui suatu program wajib belajar pendidikan asas enam tahun.

Page 2: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Seterusnya,pada tahun 1994 program ini diperluas menjadi sembilan tahun daripada umur 7

hingga 15 tahun hingga ke sekolah menengah (tingkatan 1-3) atau bagi anak yang berusia 13

hingga 15 tahun. Dengan demikian, program tersebut menjadi program wajib belajar pendidikan

asas sembilan tahun yang masih dijalankan sehingga kini. Dalam perlaksanaannya, Kerajaan

telah menganggarkan secara khusus pembiayaan yang berkait langsung dengan proses

pembelajaran dan pengajaran melaluidana BOS sejak tahun 2005 sehingga kini. Kejayaan

program wajib belajar pendidikan asas bagi sekolah menengah dapat dilihat dari pelbagai

indikatorantaranya besarnya agihan kos operasi sekolahdan kadar penglibatan sekolah

Latar Belakang

Berdasarkan laporan hasil kajian United Nations Development Programme (UNDP),

kualiti pembinaan insan Indonesia perlu diberikan perhatian yang serius kerana kedudukan

Indeks PembinaanInsan (HDI) dalam tiga tahun terakhir menunjukkan Indonesia berada pada

kedudukan 111, 108, dan 124 daripada 182 negara yang melibatkan diri (UNDP, 2009; 2010;

2011). Di mana pendidikan adalah satu dari tiga indikator yang ada di dalamnya.Dapatan kajian

Hanushek dan Wobmann (2007) yang melakukan pengukuran literasi di pelbagai negara

termasuk Indonesiamendapati bahawa hanya 59 peratus pelajar Indonesia yang boleh

menamatkan pendidikan asas sekolah menengah (tahun 1-3). Di samping itu, hanya 46 peratus

pelajar yang mempunyai kemampuan literasi, dan 56 peratus yang lainnya tidak memperoleh

kompetensi asas. Laporan publikasi Badan Pusat Statistik Republik Indonesia tentang

pencapaian beberapa indikator perlaksanaan program wajib belajar di sekolah menengah

(tingkatan 1-3) di Indonesia yang menunjukkan bahawa kadar penyertaan kasar (APK, Angka

partisipasi Kasar) ialah 81 peratus lebih; kadar penyertaan sekolah (APS) 67 peratus lebih; kadar

keciciran 2.5 peratus(Badan Pusat Statistik Republik Indonesia, 2009). Keadaan ini

menunjukkan bahawa kadar keciciran belum dapat diatasi sepenuhnya dan APS bagi

pelajarsekolah menengah masih belum mencapai target dari masa yang telah ditentukan

(Depdiknas, 2009; Kompas, 2010; MDGs, 2009). Oleh itu, program wajib belajar pendidikan

asas di sekolah menengah merupakan elemen penting kerana masih terdapat ramai pelajar yang

berusia di antara 12 hingga15 tahun di Indonesia yang tidak dapat bersekolah.

Dapatan kajian di peringkat sekolah turut mendapati bahawa kos pendidikan yang

ditanggung oleh ibu bapa adalah lebih daripada 70 peratus dari jumlah perbelanjaan pendidikan

di sekolah (Gozali, 2005; Supriyadi, 2003; Toyamah dan Usman, 2004; Clarck, et al., 1998).

Keadaan ini merupakan impak daripada kos pendidikan langsung dan kos pendidikan tidak

langsung yang masih dibebankan kepada ibu bapa (Handayani, et al., 2009). Bagi ibu bapa yang

tidak mempunyai kewangan yang mencukupi, maka ia akan menyebabkan kesukaran bagi anak-

anak mereka untuk hadir di sekolah bagi menerima pendidikan (Hartono & Ehrmann, 2001;

Filmer et al., 1999). Perkara ini memang sukar dihindari kerana kos operasi yang diberikan oleh

kerajaan kepada pihak sekolah adalah amat kecil (Muchlis, 2009; World Bank, 2008; Toyamah

dan Usman, 2004).Oleh itu, pelbagai dapatan kajian tentang pengagihan kos yang seimbang yang

ditanggung di antara kerajaan dan ibu bapa yang diberikan ke sekolah juga ditekankan (Muchlis,

2009; World Bank, 2008; Gozali, 2005; Supriyadi, 2003; Toyamah dan Usman, 2004; Hartono

dan Ehrmann, 2001; Filmer, et al., 1999; Clarck, et al., 1998). Situasi ini yang sepatutnya tidak

berlaku kerana setiap pembiayaan pendidikan asas merupakan tanggungjawab kerajaan pusat dan

daerah yang merupakan satu mandat daripada Perlembagaan Negara Indonesia dan Undang-

Page 3: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Undang Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi mengagihkan bajet pendidikan minimum sebanyak

20 peratus daripada anggaran belanja negara dan daerah.

Peranjawatankuasa sekolah, pengetua, dan guru adalah sebagai orang yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan wajib belajar pendidikan asas bagi memahami situasi

yang sebenar di sekolah masih belum dapat menunjukkan sebarang pembaharuan.

Walaubagaimanapun, pelbagai kajian tentang perananjawatankuasa sekolah yang merupakan

perwakilan pihak berkepentingan dalam menjalankan penyeliaan di sekolah masih tidak

menunjukkan sebarang keberkesanan terutamanya dari segi pengetahuan dan kompetensi yang

tidak memadai. Oleh itu,peranan jawatankuasa sekolah di dalam agihan kos operasi sekolah

sebagai penyeliakurang maksimum (Fitriah, 2010; USAID, 2005; Handisumarto, 2000).

Daripada pelbagai dapatan mengenai situasi sebenar pendidikan di sekolah menengah

Indonesia yang ditunjukaan oleh indikator pendidikan asas sekolah menengah di atas. Hasil itu

mencerminkan perlaksanaan program wajib belajar pendidikan asas di sekolah menengah masih

belum mencapai matlamatnya seperti yang disasarkan oleh kerajaan, iaitu APK sekolah

menengah (tahun 1-3) minimum 95 peratus pada tahun 2008 belum tercapai sehingga sekarang.

Oleh itu, perhatian yang bersungguh-sungguh perlu diberikan kepada pembiayaan pendidikan

asas di sekolah menengah merupakan salah satu aspek penting dan berpengaruh dalam

menentukan kejayaan program wajib belajar (UNICEF, 2010; Usman, 2001). Oleh itu, agihan

pembiayaan operasi sekolah khususnya dana BOS dan peran jawatankuasa sekolah dalam

penyeliaannya perlu dianalisis secara terperinci dan mendalam di dalam kajian ini.

Objektif Kajian

Berdasarkan pelbagai dapatan kajian di atas, jelas bahawa aspek pembiayaan operasi

sekolah merupakan salah satu faktor penentu dalam kejayaan program wajib belajar pendidikan

asas. Oleh itu, sokongan dari segi peruntukan pembiayaan operasi sekolah dan penglibatan

jawatankuasa sekolahdalam penyenyeliaannyadiperlukan.

Oleh itu, kajian ini bermaksud untuk (1) mengenalpasti agihan pembiayaan operasi

sekolah di peringkat sekolah menengah, (2) mengenalpasti cabaran dan kesukaran yang dihadapi

bagi mencapai kejayaan pembiayaan operasi sekolah, dan (3) mengenalpasti pemahaman, dan

maklum balas, guru, jawatankuasa sekolah dan ibu bapa mengenai kos operasi sekolah

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes dengan memilih tiga lokasi kajian di

peringkat sekolah menengah di Makassar.Pengumpulan data dilakuakan beberapa cara iaitu

temubual, soal selidik,analisis dokumen, dan pemerhatian. Pengutipan data menggunakan temu

bual dengan melibatkan 12 respondenyang berperan sebagai informan terdiri daripada tiga orang

pengetua, tiga jawatankuasa sekolah, enam guru. Analisis dokumen iaitu menganalisis dokumen

rasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti

pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian dilakukan pada masa proses formulasi agihan

biaya operasi sekolah. Soal selidiksepara berstruktur dan tidak berstruktur iaitu pengumpulan

data secara tidak langsung daripada responden yang dipilih bagi memberi maklum balas yang

Page 4: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

disedia serta memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab secara bebas lanjutan

soalan sebelumnya.Sebahagian lagi tidak berstruktur iaitu responden mengisi sesuai dengan

pendapat responden sendiri bagi memperolehi perspektif baru daripada individu.Item yang

dibina memberi fokus kepada pendapat, keadaan dan keyakinannya mengenai kos operasi

sekolah. Soal selidik ini melibatkan 180 responden terdiri daripada 20 pengetua, 40 jawatankuasa

sekoah, masing-masing 60 guru dan ibubapa yang tersebar di 20 buah sekolah termasuk lokasi

kajian kes. Analisis data menggunakan kaedah kualitatif dengan bantuan perisian Nvivo.

Seterusnya hasil analisis yang diperolehi diteruskan dengan pentafsiran.

Dapatan kajian

Berasaskan hasil temu bual kepada tiga pengetua sekolah yang dijadikan sekolah mereka

sebagai lokasi kajian kes didapati pelbagai sumber pembiayaan operasi sekolah, iaitu: dana

“Bantuan Operasi Sekolah (BOS)”, “Block Grand”, “Pendidikan Gratis (percuma)”, “Subsidi

Penuh”, dan sumbangan ibubapa.Namun tidak semua sekolah boleh menerima bentuk biaya

operasi tersebut, kecuali dana BOS. Adapun dana operasi lainnya yang diterima sekolah

tergantung bentuk sekolah. Ada empat bentuk sekolah dilihat dari biaya operasi yang diterima.

Pertama, Rancangan Sekolah Bertaraf International (RSBI) iaitu sekolah yang memperoleh dana

operasi yang bersumber dari dana Block Grand, BOS, dan Pendidikan Percuma serta sumbangan

dari ibubapa. Kedua, Sekolah Standar Nasional (SSN) iaitu sekolah yang memperoleh sumber

dana BOS, Block Grand, dan Pendidikan Gratis. Ketiga, Sekolah Reguler yaitu sekolah yang

dana operasinya dari dana BOS dan Pendidikan Gartis. Keempat, Sekolah Bersubsidi Penuh iaitu

sekolah yang sumber operasinya dari BOS dan Subsidi Penuh. Dari ke empat-empatnya sumber

operasi sekolah hanya dana BOSyang diagihkan secara kebangsaan yang diperuntukkan bagi

sekolah rendah dan sekolah menengah (tahun 1-3) kebangsaan sama ada sekolah swasta atau

khusus bagi program wajib belajar pendidikan asas (Peraturan Menteri Pendidikan dan

Kebudayaan, 2012). Kajian ini hanya menganalis pembiayaan operasi sekolah sahaja yang

diagihkan melalui program dana BOS di sekolah yang dijanlankan di sekolah menengah

kebangsaan.

AGIHAN DANABOS

Di dalam agihan biaya operasi sekolah khususnya dana BOS ada enam hal pokok yang

didapati oleh penyelidik dilapangan iaitu formulasi agihan, prosedur dan masa pencairan,

impak, cabaran dan kesukaran di dalam pengagihannya, penyeliaan, serta pemahaman dan

maklum balas pihak berkepentingan di sekolah terhadap dana BOS.

Formulasi agihan dana BOS

Proses formulasi agihan dana BOS di peringkat sekolah menengah, sekolah diberi kuasa

untuk menentukan agihannya. Sekolah boleh membuat perancangan dengan caranya sendiri, di

mana antara sekolah yang satu dengan lainnya boleh berbeza, walaubagaimanapun tetap merujuk

kepada panduan teknis Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan yang didalamnya telah

ditetapkan ada 13 komponen (Peraturan Menteri Pendididikan dan Kebudayaan, 2011).

Berdasarkan hasil temubual, dalam perancangan agihan dana BOS, didahului beberepa aktiviti

pihak sekolah iaitu:

Page 5: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Melakukan refleksi terhadap program sekolah di masa lepas yang disebut evaluasi

diri sekolah (EDS). EDS ini mengevaluasi kembali program sekolah di masa lepas,

mana-mana program yang telah terlaksana sesuai target,dan mana-mana program

yang belum terlaksana, EDS ini untuk menemukan kekuatan dan kelemahan program

lepas, Hasil EDS ini dilaporkan ke jawatan pendidikan (Dinas Pendidikan) daerah

untuk diberi skor 1(kurang); 2 (sedang); 3 (cukup); 4 (baik) (I-1).

Membentuk tiem BOS, tiem ini mempersiap perancangan agihan dana BOS dengan

penglibatan semua unsur pengurusan di sekolah iaitu timbalan pengetua bidang

kurikulum, sarana dan prasarana, kesiswaan, dan hubungan masyarakat (I-2; I-3).

Hasil perancangan sementara agihan dana BOS dipresentasi dihadapan ahli

jawatankuasa sekolah dan ibupa untuk memperoleh persetujuan mereka. Hasil

presentasi yang telah sepakati diformulasikan dalam bentuk Rancangan Kerja

Sekolah

Catatan: I-1: I: temubual; 1 bilangaan temubual

(RKS) dan Perancangan Aktiviti Pembiayaan Sekolah (RKAS = rencana kegiatan

anggaran sekolah). Formulasi RKS-RKAS ini mesti sesuai dengan panduan teknis

daripada Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (I-1; I-2; I-3)

Seterusnya RKS-RKAS yang ada disetiap sekolah di kirim ke Jawatan Pendidikan Peringkat

Daerah untuk diketahui /disetujui, selanjutnya diteruskan ke Jawatan Pendidikan Peringkat

Negeri (provinsi) juga untuk dilakukan perkara yang sama, dan seterusnya di kirim ke Jakarta.

Inilah yang menjadi asas Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan di dalam mengagihkan dana

BOS dalam skala Kebangsaan (I-7; Ds-1)

Prosedur dan masa pencairan dana BOS

Sistem dan prosedur pencairan dana BOS terus mengalami perubahan, pada tahun ini

dibezakan menjadi dua bahagian iaitu di peringkat kebangsaan dan peringkat sekolah. Pencairan

dana BOS di peringkat kebangsaan diagihkan berdasarkan jumlah pelajar di setiap sekolah yang

besesuaian dengan data siswa dari masing-masing daerah dan provinsi, dana tersebut ditransfer

langsung ke akaunt sekolah. Pencairan dana BOS diperingkat sekolah berpandu padaRKS-RKAS

masing-masing sekolah, walaupun prosedur pencairannya setiap sekolah berbeza berasaskan

kuasa pengetua. Melalui temubual, didapati sekolah menempuh sistem pencairan dengan cara:

Setiap item pencairan dana mesti ada yang bertanggungjawab dengan cara

mengajukan proposal aktiviti kepada bahagian pengurusan aktiviti yang bersesuaian,

misalnya aktiviti yang berkait rapat dengan P & P maka proposal itu harus diketahui

oleh oleh timbalan pengetua pengurusan kurikulum; seterusnya diteruskan ke

pengetua dan jawatan kuasa sekolah untuk meminta persetujuannya; atas persetujuan

itulah dana BOS boleh cair; langkah selanjutnya penanggungjawab aktiviti membuat

laporan aktiviti dan penggunaan dananya kepada pengetua (I-4).

Proses pencairan dana BOS baik berupa pengadaan barang (ATK= alat tulis kantor)

sama ada alat/bahan/buku yang berkait langsung dengan proses P & P ditangani

langsung oleh bendahari sekolah (I-9).

Page 6: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Berasaskan hasil soal selidik kedua-dua cara itu telah berlaku di dalam pencairan dana

BOS. Walaupun kecenderungan sekolah mengikuti cara yang pertama. Masa pencairan dana BOS

daripada Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan ke akaunt sekolah tahun ini hampir tepat masa

dibanding tahun sebelumnya. Dimana tahun sebelumnya dana ditransfer dari Kementerian

Pendidikan ke akaunt Kerjaan Distrik selanjutnya ke sekolah yang sering mengalami

keterlambatan (I-1). Selanjutnya pihak sekolah mengagihkan dana BOS beradasarkan item-item

pembiayaan operasi yang ada di dalam RKS-RKAS, namun masa pengagihannya ke item-item

utamanya yang berkait dengan P & P di kelas masih kurang tepat masa (I-9). Baik pencairan dari

kementerian ke rekening sekolah sama ada dari sekolah ke item-item pembiyaan operasi diberikan

per triulan.

Impak Dana BOS

Tujuan utama agihan dana BOS adalah memperlancar aktiviti P & P di sekolah,

membantu masyarakat meringankan biaya pendidikan terutamanaya yang kurang mampu dari

segi ekonomi supaya tidak berlaku angka keciciran dan menarik kembali pelajar yang terlanjur

keciciran serta mempertingkatkan qualiti pendidikan (Peraturan Menteri Pendidikan, 2012).

Keberadaan dana BOS dianggap telah bermanfaat dalam memperlancar sebahagian aktiviti

operasi sekolah (I-4). Dana BOS telah berperan penting dalam membantu dan meringankan

sebahagian beban biaya ibubapa terutamanya bagi kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Kerana dana BOS telah menutupi sebahagian daripada pengeluaran rumah tangga dalam

pendidikan anak-anak mereka seperti berkurangnya beban biaya buku pelajaran, tiadanya yuran

komite dan biaya lainnya dalam proses P & P (I-10). Namun dana BOS baru dapat menalangi

sebahagian biaya aktiviti P & P, kerana ianya baru dapat menalangi keperluan asas dalam aktiviti

pembelajaran (I-3).

Perkara ini dapat dimaklumi kerana agihan dana BOS yang diberikan kesekolah dihitung

berdasarkan jumlah siswa yang nilainya relatif kecil, dapatan ini selari dengan beberapa hasil

kajian yang telah dijalankan sebelumnya oleh Muchlis(2009), World Bank (2008), Toyamah dan

Usman (2004). Setiap siswa hanya diagihkan sekitar RM 235.00/tahun atau kurang daripada RM

20.00/siswa/bulan (I-11).Oleh itu dana BOS belum dapat mempertingkatkan kualiti P & P seperti

yang ditargetkan dalam RKS-RKAS sekolah. Perkara ini dapat dilihat dalam dokumen RKS-RKAS

salah satu sekolah yang dijadikan sebagai lokasi kajian, dimana sekolah ini hanya

menyelesaikan programnnya sekitar 60 sehingga 80 peratus dari target yang direncanakan (Ds-

3). Walaubagaimanapun sekolah ini sebenarnya telah mendapat tambahan dana operasi dari

yuran komite siswa (kerana sekolah ini termasuk Rancangan Sekolah bertaraf Internasional yang

masih di izinkan memungut sumbangan dari ibu bapa, sedangkan sekolah lainnya tidak boleh).

Tentu dapat dibayangkan bagaimana dengan sekolah lainnya yang tiada izin menarik

sumbangan daripada ibubapa, dia hanya mampu menuntaskan program aktiviti mereka sekitar 40

peratus sahaja (I-4).Tentu ini berimplikasi pada halatujuh BOS lainnya iaitu menarik siswa yang

telah keciciran atau anak yang tidak melanjutkan ke sekolah menengah kembali bersekolah

masih sukar berlaku. Perkara ini dapat dilihat terhadap penelusuran salah satu dokumen RKS-

RKAS sebuah sekolah (Ds-1), dan panduan teknis pengagihan dana BOS dari Kementerian tidak

ditemukan adanya item-item yang berkait dengan perkara tersebut (Peraturan Menteri

Pendidikan dan Kebudayaan, 2011).

Page 7: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Cabaran dan kesukaran dalam agihan dana BOS.

Berasaskan hasil soal sedilidik yang respondennya terdiri daripada ibubapa, kecilnya

agihan dana BOS yang diberikan ke sekelahbelum seimbang dengan pengeluaran biaya

transfortasi siswa untukhadir di sekolah. Dari hasil soal selidik didapati besarnya biaya

transportasi yang dikeluarkan oleh ibubapa berpariasi mulai dari sekitar RM20.00 hingga

RM100.00 lebih setiap bulan.Adanya variasi ini disebabkan oleh rute siswa dari rumah ke

sekolah yang berbeza, atau purata RM 60.00/perbulan yang jauh melebihi biaya operasi

yang diberikan kerajaan pusat melalui dana BOS sekitar RM 20.00/bulan.Di mana biaya ini

mendominasi dari seluruh pengeluaran pembiayaan pendidikan oleh ibubapa. Ketersediaan

dana BOS yang terhad menyebabkan ketersedian alat/bahan (buku paket, computer, alat Lab

dan sarana penyokong lainnya) yang belum mencukupi untuk menyokong aktiviti pelajar di

dalam P & P yang berkualiti, menjadi sebahagian dari cabaran

Catatan: Ds-1: dokumen sekolah; bilangan sekolah.

bagi siswa untuk berkreatifiti, seperti yang dikemukakan salah seorang responden dari ibubapa:

Terbatasnya pembiayaan dari sekolah, dapat mengurangi kretifiti anak yang

memerlukan dana lebih besar dimana dana BOS sendiri belum mampu menalangi

seluruhnya (Q-55).

Didapati pula sebahagian sekolah belum menanggulangi buku “lembaran kerja siswa (lks)” yang

diperlukan siswa yang kini menjadi kebiasaan sebahagian guru di dalam bilik darjah. Yang

digunapakai bagi memberi tugas di sekolah sama ada di rumah bagi siswa mereka. Masalahnya

adalah buku ini biasanya langsung diagihkan ke siswa di dalam bilik darjah di masa mula

berlangsungnya pembelajaran, dan mesti di bayar langsung, atau hanya diberi kesempatan

kepada siswa pada sesi pertemuan berikutnya mesti dibayar lunas. Perkara semacam ini

menyebabkan siswa menghindar hadir (absen) dalam bilik darjah ketika dia belum punya wang,

seperti yang diutarakan salah satu responden ibubapa:

Cabaran kami sebagai orang tua iaitu apabila siswa di haruskan memiliki lks, tapi

belum sempat memiliki anak kami sukar ke sekolah, karena malu sama kawannya

yang sudah punya lks (Q-76).

Cabaran lainnya adanya faktor eksternal iaitu adanya pungutan tidak rasmi (illegal) yang

dilakukan oleh oknum NGO (LSM) dan oknum kakitangan kerajaan daerah. Mereka biasa

datang ke sekolah-sekolah meminta sejumlahsumbangan yang peruntukannya tidak jelas dan

tiada hubungkait dengan aktiviti pembelajaran (I-6; I-9). Fakta ini penyeleidik dapati berlaku di

tiga sekolah ketika penyelidik sedang menyebarkan soal selidik ke sekolah-sekolah. Satu yang

pasti bahawa ada seseorang yang saya dapati di dalam bilik pengetua mengatasnamakan dirinya

sebagai “wartawan” menyodorkan selembar “resit” ke pengetua meminta diklaim dengan

sejumlah wang, walaupun masa itu pengetua tidak memberi wang, tetapi pengetua memasukkan

ke saku bajunya. Beberapa saat kemudian orang ini meminta permisi keluar. Kemudian saya

tanyapengetua “itu siapa?” oh biasa “wartawan tanpa surat kabar” jawab pengetua. Di dua

sekolah lainnya saya dapati lagi seseorang oknum wartawan terlihat di sakubajunya sebuah kad

bertuliskan ahli pers (wartawan). Biasanya mereka datang di sekolah memposisikan diri seperti

penyelia yang merefresentasikan diri sebagai NGO, tetapi ketika mereka hendak balik biasanya

mereka meminta sejumlah “wang transport”.

Page 8: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Penyeliaan dana BOS

Dari hasil temubual didapati dua bentuk penyeliaan dana BOS iaitu penyelia eksternal

dan internal. Penyelia eksternal iaitu Badan Penyelia Kewangan (BPK), Badan Penyelia

Kewangan Pembangunan (BPKP) dan Bawasda (I-4). Penyelia ini adalah rasmi dari kerjaan

pusat dan daerah yang ditugasi mengaudit semua penggunaan kewangan negara termasuk dana

BOS. Badan ini biasanya mengaudit berapa jumlah dana BOS yang diagihkan ke sekolah dan

bentuk penggunaannya dengan memeriksa dokumen kewangan bendahari sekolah. Penyelia

eksternal biasanya legal formalnya yang diutamakan iaitumemeriksa kesesuaian anggaran yang

diagihkan oleh Kerajaan Pusat sama ada Kerajaan Daerah ke sekolah dengan dokumen laporan

kewangan bendahari sekolah apakah bersesuaian dengan peruntukannya.

Penyelia internal yang diwakilkan kepada jawatankuasa sekolah, dimana ahlinya terdiri

dari ibubapa, guru, tokoh masyarakat dan masyarakat persekitaran.Sebenarnya penyeliaan

internal lebih fungsional iaitu lebih mengarah kepada penyeliaan proses pelaksanaan aktiviti

operasi sekolah. Sesungguhnya yang paling bersesuain dalam penyeliaan penggunaan kewangan

dalam bentuk aktiviti seperti aktiviti P & P adalah jawatankuasa sekolah. Namun dari hasil soal

selidik, didapati ada enam hal: pertama, hanya 63 peratus pengetua yang melaporkan

penggunaan dana BOS secara rutin ke jawatankuasa sekolah; kedua, ditemukan sekitar 45 persen

pengurus komite sekolah tidak mengetahui bentuk pelaporan penggunaan dana BOS oleh pihak

sekolah ke komite sekolah; ketiga, Ada 37 peratus komite sekolah yang tidak mengetahui

mekanisme agihan dana BOS; kelima, Ada 41 peratus komite sekolah yang tidak memahami

langkah-langkah penyeliaan penggunaan dana BOS; Keenam, Ada sekitar 70 persen kolite

sekolah yang tidak pernah trening tentang cara penyeliaan penggunaan dana BOS.Maknanya

adalah penglibatan jawatankuasa sekolah belum maksimum,umumnya di sekolah-sekolah aktiviti

jawatankuasa sekolah kurang aktif, cenderung formalistik sahaja dimana ahlinya umumnya

guru.Ini didapati penyelidik di lokasi kajian ketika hendak melakukan temubual dengan

jawatankuasa ternyata semua yang ditunjuk mewakili jawatankuasa semuanya guru.Setelah

temubual, saya bertanya bagaimana keaktifan ahli komite lainnya (selain guru), mereka jawab

“tidak aktif”.

Pemahaman dan maklum balas pihak berkepentingan di sekolah terhadap dana BOS

Hasil temubual dan soal selidik daripada responden pengetua, guru, dan ibubapa telah

bermanfaat dalam memperlancar sebahagian aktifiti operasi sekolah. Pengetua memandang

agihan dana BOS tahun ini cukup baik dari segi masa pencairan, kerana telah memperlancar

aktiviti operasi sekolah (I-1; I-2; I-3; I-4), namun jumlanya masih perlu dipertingkatkan.

Mereka mengharapkan sekitar RM 400.00 sehingga RM 670.00/siswa/tahun untuk dapat

menciptakan P & P yang berkualiti. Sedangkan guru merasa terbantu dalam menjalankan P & P

dimana sebahagian keperluan P & P telah terpenuhi, namun pengurusan dana BOS mesti lebih

transfaran dan mengikutkan banyak guru di dalam formulasi agihannya agar supaya lebih

berkesan sesuai peruntukannya. Seperti yang diharpkan salah seorang responden guru:

Penggunaan dana BOS baik kalau sesuai dengan koridor-koridornya tetapi tidak baik

kalau dana BOS hanya diperuntukkan untuk hal-hal yang bukan pada tempatnya jika

mulai pada penyusunan RKS-RKASnya hanya orang-orang tertentu saja yang

mengetahui hal ini yang banyak memunculkan kecurigaan karena tidak terlibatnya

seluruh guru-guru dan staf pengajar (Q-137).

Page 9: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Sebahagian besar responden ibubapa merasa terbantu dengan adanya dana BOS, kerana dana

BOS telah membantu mereka tidak terbebanimembeli buku pelajaran (textbook) dan membayar

yuran bulanan, seperti yang diungkapkan salah seorang responden:

Dana BOS dapat meringankan biaya sekolah anak kami, sebab anak kami dapat bebas

dari pembayaranyuran komite setiap bulan dan biaya buku (Q-75).

Perbincangan

Penglibatan komuniti sekolah dan masyarakatdi dalam menyumbang kepada pembangunan

sekolah adalah penting (Stone, 1995). Hal ini bersesuaian dengan proses formulasi agihan dana

BOS di mana Kementerian Pendidikantelah menyerahkan sepenuhnya ke pihak sekolah

denganharapan melibatkan stakeholder sekolah, seperti guru, pengetua, ibubapa dan

jawatankuasa sekolah (Hanson, 2006). Maksudnyaagarsupayasasaran agihan dana BOS lebih

berkesan

Catatan Q-76: Q: soal selidik; 76: bilangan responden

pemanfaatannyakerana ditentukan sendiri oleh pihak berkepentingan sesuai peruntukannya.

Tentu dasar ini membawa “udara segar” bagi sekolah kerana memungkinkan pihak sekolah

boleh berinovasi dalam aktifiti khususnya proses P & P. Ternyatapenyerahan kuasa ini ke

sekolahtidak sepenuhnya memberi “kebebasan” kepada pihak sekolah seperti yang diharapkan,

kerana item-item pembiayaan yang diagihkan sebahagian belum mencerminkan kepentingan dan

keperluan sekolah, walaubagaimanapun disusun oleh pihak sekolah sendiri tetapi harus

berasaskan patron dari Jakarta.

Perkara tersebut di atas disebabkan oleh panduan agihan dana BOSsebagai “patron”

dimana seluruh sekolah mesti mengikuti item-item pembiayaannya yang telah ditentukan di

dalam panduan teknis dari Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan di Jakarta, di dalamnya ada

13 komponen pembiayaan yang mesti disesuaikan dengan RKS-RKAS setiap sekoah. Item-item

pembiayaan yang disusun berasaskan komponen tersebut kemungkinan mengabaikan

sebahagiandaripada kepentingan dan keinginan sekolah, maka impaknya mungkin sangat ada

item yang tidak perlu atau tidak sesuai lagiuntukdiprogramkan tetapi tetapmenjadi program

yangmestidibiayai dan mesti ada di dalam RKS-RKAS.Patron ini dapat menyebabkan tidak

berkesannya penggunaandana BOS. Kemungkinan lainnya akan berlaku keseragaman RKS-

RKASdiantara satu sekolah dengan sekolah lainnya, padahal keperluan dan kepentingan setiap

sekolah berbeza. Polisi ini seakan-akan membawa pesan bahawa Kementerian Pendidikan telah

memberi kuasa desentralisasi kepada sekolah dalam menentukan program sama ada pembiayaan

operasinya, yang wujud di dalam pengurusan berbasis sekolah (school based management),

padahal ini belum sepenuhnya berlaku.

Pengagihan dana BOS berdasarkan RKS-RKAS yang kurang bersesuaian dengan

keperluan dan kepentingan sekolah dapat menimbulkan ketidakberkesanan dalam aktiviti P & P

meskipun telah dicairkan dari Kementerian Pendidikan tepat masa, namun tidak tepat sasaran. Ini

adalah impak dari peraturan yang kaku dalam pengagihannya, di mina bajet suatu item tidak

boleh di alihkan ke item lainnya meskipun item itu sekolah atau guru menganggapnya tidak perlu

lagi dibiayai. Kalau seperti ini dana itu tidak boleh di belanjakan dan mesti dikembalikan ke

akaunt Kementerian Pendidikan, sementara ada item tertentu yang memerlukan pembiayaan

tetapi tidak boleh diagihkan kesitu hanya kerana tidak bersesuaian dengan panduan teknis.

Page 10: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Aturan seperti itulah yang membuat penggunaan dana BOS di sekolah kurang berkesan

dan menyebabkan guru dan pengetua kurang inovatif.Impak lainnya adalah mungkin sangat

pihak sekolah membuat laporan agihan penggunaannya secara formal bersesuaian dengan RKS-

RKASyang ada di sekolah tetapi sesungguhnya dilapangan tidak demikan adanya (I-5).Jika ini

berlaku, maka “kesalahan kolektif formal” dalam pembuatan laporan agihan dana BOS dapat

berlaku secara “estafet” dimulakan dari guru yang terlibat di dalam tiem pengurusan BOS,

pengetua, jawatankuasa sekolah dan jawatan pendidikan daerah dan negeri (lihat dokumen RKS-

RKAS, 2012).

Faktor lainnya adalah birokrasi pencairan dana BOS di sekolah dianggap oleh guru

terlalu formalistik, seperti penggunaan dana BOS dalam proses P & Pdimana guru mesti

membuat proposal penggunaan anggaran seterusnya diserahkan ke bendahari sekolah kemudian

menunggu pencairan, seterusnya guru mesti membuat laporan pemanfaatan dana. Cara seperti ini

tepatanya pada agihan penggunaan dana dalam bidang sarana yang berwujud fisik. Namun

kurang tepat dalam aktifiti P & P, sebab dalam P & P tidak semua dalam wujud fisik tetapi

kebanyakan dalam bentuk proses aktifiti yang dapat dinilai pada pencapaian keberjayaan hasil

belajar siswa. Demikian juga akan mengganggu skedul program pembelajaran guru yang telah

dirancang di mula P & P kerana ketergantungan pada satu sumber pembiayaannya iaitu dana

BOS.Oleh itu, kalau seperti ini bentuk agihan penggunaanyamaka yang berlaku di dalam

pelaporan penggunaan dana BOS adalah lebih formalistik kerana sekolah lebih mengarah pada

target yang telah ditentukan dalam 13 komponen dibanding substansinya.

Meskipun dana BOS telah memberikan impak yang positif dalam membantu meringankan biaya

operasi sekolah dan sebahagian beban biaya ibubapa serta mampu menekan angka keciciran,

namun ianya belum mampu mempertingkatkan kualiti aktifiti operasi sekolah terlihat pada

pencapaian target program yang ada di RKS-RKASyang hanya mengharapkan dana BOS baru

mencapai sekitar 40 pertus. Dana BOS juga belum mampu menarik anak yang terlanjur keciciran

dan menjamin kesinambungan pendidikan anak dari Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah, ini

dapat kita lihat pada kadar penyertaan sekolah (APS) di Makassar bagi anak usia 13 hingga 15

tahun baru mencapai sekitar 86.6 peratus pada tahun 2010, hanya mengalami peningkatan 0.3

peratus sejakak tahun 2007 iaitu 86.3 pertus atau kurang 0,1 pertahun (Badan Pusat Statistik

Kota Makassar, 2012). Angka ini masih lebih tinggi satu peratus dibanding APS secara

kebangsaan tetapi pertingkatannya lebih dari 0.2 peratus/tahun (BPS, 2009) .Artinya kehadiran

dana BOS hanya mampu mempertahankan anak yang sudah bersekolah, tetapi kurang signifikan

di dalam mempertingkatkan APS usia 13 hingga 15 tahun, apalagi untuk mencapai target

pendididikan untuk semua di tahun 2015APS sekolah menengah 95 peratus.

Dari soal selidik didapati biaya transportasi siswa perbulan purata RM 60.00 peratus jauh

lebih besar disbanding dana BOS sekitar RM 20.00. Dua jenis pembiayaan ini adalah paling ril,

jika dijumlahkan mencapai RM 80.00.Ertinya ibubapa masih menaggung sekitar 75 peratus

biaya untuk menghadirkan anak mereka di sekolah. Dapatan ini selari dengan hasilkajian yang

telah dijalankan oleh Handayani, et al(2009), Gozali (2005), Supriyadi (2003), Toyamah dan

Usman (2004),dan Clarck, et al. (1998).

Peran jawatankuasa sekolah secara fungsional di sekolah sebagai penyelia internal agihan

dana BOS dan aktiviti operasi sekolah masih banyak mengalami cabaran. Dari tiga lokasi kajian

ada satu sekolah yang tidak memiliki struktur pengurusan jawatankuasa. Pelbagai masalah masih

berlaku di sekolah iniadanya konflik internal antara sesama ahli yang berkepanjangan, dan antara

jawatankuasa dengan ibubapa tentang penggunaan kewangan sekolah yang bersumber daripada

Page 11: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

sumbangan ibubapa yang pengagihannya kurang transparan (I-2). Peranan jawatankuasa di

sekolah ini dibekukan oleh ibubapa dan dianggap sebagai status quo oleh pihak ibubapa,

akhirnya selama dua tahun terakhir tidak ada aktiviti yang bererti di sekolah ini (I-2).Fakta ini

disokong oleh hasil pemerhatian pengkaji pada masa berlangsunya mesyuarat ibubapa yang

disokong oleh tiem “konsolidasi ibubapa” pada tarikh 13 september 2012, tidak ada

pertanggungjawapan penggunaan kewangan yang bersumber daripada sumbangan ibubapa oleh

jawatankuasa kepada ibubapa, demikan halnya penggunaan dana BOS oleh pengetua tidak

dilaporkan. Lain masalahnya di sekolah yang kedua dan ketiga, yang berperan sebagai

jawatankuasa sekolah adalah guru yang ada di dalam sekolah itu sendiri, ketika pengkaji

menanyakan ahli lainnya ke pengetua, mereka menjawab kurang aktif.

Kes yang berlaku di sekolah yang pertama telah berimpak langsung berkurangnya

kepercayaan ibubapa kepada pengetua dalam menyerahkan pengurusan sumbangan mereka

kerana tidak adanya legitimasi, terbukti tidak adanya sumbangan ibubapa ke sekolah ini selama

dua tahun terakhir, (I-2). Selain itu penyeliaan dana BOSsudah pasti tidak akan berlaku.

Sementara yang berlaku di sekolah yang kedua dan ketiga, penyeliaan dana BOS oleh

jawatankuasa sukar dilakukan secara maksimum, kerana independensi dan obyektif mereka

kurang maksimum di dalam menjalankan fungsinya secara mandiri dan professional (Peraturan

Pemerintah no. 17, 2010),sebab peran mereka sukar terlepas sebagai kakitangan pengetua

sekolah.Jelas, bahawajawatankuasa sekolah yang merangkap sebagai guru sukar memberikan

koreksi yang obyektif terhadap polisi di sekolah.

Keadaan ini telah berlaku di Makassar,berasaskan hasil soal selidik yang dilakukan

pengkaji sejak 30 Juli hingga 11 Agustus 2012 di 20 sekolah menengah kebangsaan, lebih dari

50 peratus ahli jawatan kuasa merangkap sebagai guru di sekolah tersebut. Perkara ini tidak

bersesuaian dengan Peraturan Pemerintah No. 17 (artikel 197:1) dimana ahli jawatankuasa

sekolah teridiri dari ibubapa, tokoh masyarakat dan pakar pendidikan.Namun hal ini mungkin

sangat berlaku, kerana banyak guru yang merangkap sebagai ibubapa di sekolah.Kalau aturan ini

mengakomodasi hal yang demikian, maka kemungkinan lainnya boleh berlaku pada pengetua

yang boleh merangkap sebagai ahli komite kerana kedudukannya di sekolah juga boleh sebagai

ibubapa hanya karena ada anak mereka yang bersekolah di sekolah tersebut.Jika ini berlaku,

maka akan berdampak terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh jawatankuasa sekolah terhadap

penggunaan dana operasi sekolah termasuk dana BOS kurang maksimum.

Dari hasil soal selidik yang dilakukan pengkaji pada masa yang sama di atas telah

didapati beberapa haldalam penyeliaan dana BOS, dimanapelaporan penggunaan dana BOS oleh

sebahagian sekolah belum berlangsung secara rutin ke jawatankuasa sekolah menyebabkan

sekitar 45 peratus ahlijawatankuasa sekolah tidak mengetahui bentuk pelaporan penggunaan

dana BOS oleh pihak sekolah. Disamping itu masih rendahnya pemahaman sebahagian

jawatankuasa sekolah tentang mekanisme dan langkah-langkah penyeliaan agihan dana

BOSsebagai impak daripada kurangnya trening yang diberikan kepada jawatankuasa oleh

kerajaan daerah sama ada sekolah. Dapatan ini selari dengan hasil kajian yang telah dijalankan

oleh Fitriah (2010), USAID(2005), dan Handisumarto (2000).

Hasil temubual, soal selidik dan pemerhatian terhadap peyeliaan dana BOSyang

dijalankan oleh jawatankuasa sekolah menunjukkan hal yang sama iaitu belum maksimum.

Page 12: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Kesimpulan

Dari hasil perbincangan di atas dapat disimpulkan bahwa pengurusan dana BOS masih bersifat

terpusat.Agihan dana BOS tidak sepenuhnya berdasarkan keperluan dan kepentingan sekolah

kerana item-item pengagihannya cenderung sama bagi semua sekolah mengikut panduan

perlaksanaan (juknis) yang mesti diikuti oleh semua sekolah.impaknya sekolah kurang berupaya

melakukan inovasi item-item pembiyaan yang dapat mempertingkatkan kualiti P & P. Dana BOS

yang diagihkan kesekolah dihitung berdasarkan bilangan pelajar bukan berdasarkan aktifiti dan

masih kurang efektif dalam peruntukannya serta nominalnya masih relative kecil disbanding

besarnya biaya operasi yang diperlukan sekolah secara ril. Walaupun dana BOS telah

meringankan sebahagian biaya ibubapa dan memperlancar aktiviti P & P. Agihan dana BOS

hanya mampu menanggulangi sekitar 40 peratus program atifiti sekolah dan ibubapa masih

menanggung porsi pembiayaan lebih dari 75 peratus.Selain itu penglibatan masyarakat yang

direpresentasikan oleh jawatankuasa sekolah masih berkurangan.Oleh itu pengurusan pembiyaan

berasakan sekolah belum terlaksana sepenuhnya.

Rujukan

BPS Kota Makassar. (2012). Makassar Dalam Angka 2012. Makassar: Badan Pusat Statistik

Kota Makassar

BPPN.(2007). Laporan Pencapaian Millennium Development Goals Indonesia 2007. Jakarta:

Badan Perencanaan Pembangunan Nasional.

BPS.(2009). Indikator Pendidikan 1994-2009.BPS. Jakarta: BPS

Clarck, D., Hough, J., Pongtuluran, A., Sembiring, R., & Trisnawati, N. (1998).Financing of

education in Indonesia. Manila: Asian Development Bank.

Depdiknas.(2009). Buku Panduan Bantuan Operasional Sekolah (BOS) untuk Pendidikan Gratis

Dalam Rangka Wajib Belajar 9 Tahun yang Bermutu.Depdinas. Jakarta, Depdiknas.

Filmer, D. (2007). If You Build It, will They Come? School Availability and School Enrolment

in 21 Poor Countries. Journal of Development Studies, Vol. 43(5), 901-928.

Fitriah, A. (2010). Community Participation in Education: Does Decentralisation Matter? An

Indonesian Case Study of Parental Participation in School Management.Massey

University, New Zeland.

Gozali, A. (2005). Analisis Biaya satuan Pendidikan Dasar dan Menengah. Jakarta: Badan

Penelitian dan Pengembangan Departemen Pendidikan Nasional.

Handisumarto, D. (2000). Re-designing programs and providing capacuty building support for

good local governance Jakarta: National Develpment Planning Agency.

Hanson, E. M. (2006). Strategies of Educational Decentralization: Key Questions and Core

Issues. In C. Bjork (Ed.), Educational Decentralization (Vol. 8, pp. 11-24). The

Netherlands: Springer.

Hanushek, E. A., & Wobmann, L. (2007).The Role of Education Quality in Economic Growth

(No. WPS4122). United Stated & Germani: World Bank Policy Research.

Kompas.(2010). Angka Putus Sekolah Masih Tinggi. Kompas 09 sept 2010.

http://edukasi.kompas.com/read/2010/09/09/02435364 [diakses 09 September 2010]

MDGs. (2009).Peta Pencapaian MDGs Targets di Indonesia Saat Ini.

Muchlis, D. (2009). Implementasi Kebijakan Desentralisasi Pendidikan Dasar di kota Makassar.

Makassar, Universitas Negeri Makassar. Ph.D.

Page 13: ANALISIS AGIHAN KOS OPERASI SEKOLAH DI SEKOLAH · PDF filerasmi sekolah yang fokus kepada dokumen program kerja sekolah dan rencana aktiviti pembiayaan sekolah (RKS-RKAS). Pemerhatian

Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.(2011). Petunjuk Teknis Penggunaan Dana BOS

dan Laporan Keuangan Bantuan Operasional Sekolah Tahun Anggaran 2012. Jakarta:

Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Stone, C. R. (1995). School/Community Collaboration.Phi Delta Kappan International, Vol.76,

794-796.

Supriyadi, D. (2003). Satuan Biaya Pendidikan Dasar dan Menengah. Bandung: Remaja

Rosdakarya.

Toyamah, N., & Usman, T. Alokasi Anggran Pendidikan di Era Otonomi Daerah: Implikasinya

Terhadap Pengelolaan Pelayanan pendidikan Dasar

UNDP. (2009). Human Development Report 2009 - HDI Rangking: UNDP.

UNDP.(2010). Human Development Statistical Annex. UNDP

UNDP.(2011). Human Development Statistical Annex. UNDP

UNESCO. (2007). Education for All by 2015 Will We Make It?.Paris:UNESCO

UNICEF. (2010). Programme Experiences in indonesia Documentation Collection. Jakarta:

UNICEF Indonesia.

USAID.(2005). Educational Quality in the Development World.EQ Review, 3, No.4.

Usman, S. (2001).Indonesia's Decentralization Policy: Initial Experiences and Emerging

problems. London: SEMERU Research Institute.

World Bank (2008).World Development Indicators Database.

[http://www.siteresources.worldbank.org / DATASTATISTICS/] (June 30, 2008)