analisis

30
Pengenalan Definisi Cerita / Dongeng rakyat. Cerita atau dongeng rakyat (Folk Tales) merupakan cerita bentuk prosa naratif dalam genre kesusasteraan rakyat. Ramai pengkaji (Linda Gegh “Folk Narative” dalam Richard M. Dorson ed. Folklore and Folklife, 1973:60) menganggap cerita atau dongeng rakyat ini merupakan jenis sastera rakyat yang paling mantap dan sempurna jika dibandingkan dengan jenis-jenis sastera rakyat yang lain, walaupun pada satu pihak, cerita atau dongeng rakyat ini berbagai dari aspek asal-usul, tujuan dan temanya. Seperti penghasilan bentuk fiksyen yang lain, cerita atau dongeng rakyat ini lebih kompleks dan rencam. Tambahan lagi sebagai hasil sastera yang wujud secara lisan yang terdedah dengan proses tokok tambah. 1

Upload: norhafizah-bordin

Post on 13-Aug-2015

130 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: analisis

Pengenalan

Definisi Cerita / Dongeng rakyat.

Cerita atau dongeng rakyat (Folk Tales) merupakan cerita bentuk prosa naratif

dalam genre kesusasteraan rakyat. Ramai pengkaji (Linda Gegh “Folk Narative”

dalam Richard M. Dorson ed. Folklore and Folklife, 1973:60) menganggap cerita

atau dongeng rakyat ini merupakan jenis sastera rakyat yang paling mantap dan

sempurna jika dibandingkan dengan jenis-jenis sastera rakyat yang lain, walaupun

pada satu pihak, cerita atau dongeng rakyat ini berbagai dari aspek asal-usul, tujuan

dan temanya. Seperti penghasilan bentuk fiksyen yang lain, cerita atau dongeng

rakyat ini lebih kompleks dan rencam. Tambahan lagi sebagai hasil sastera yang

wujud secara lisan yang terdedah dengan proses tokok tambah.

Cerita atau dongeng rakyat ini juga sering dianggap sebagai cerita yang hanya

berkaitan dengan dunia khayalan, tetapi isi dan struktur cerita atau plotnya adalah

mengenai sesuatu yang wajar. Sesuai dengan namanya sebagai cerita yang berasaskan

fiksyen, masyarakat pendukung hanya menganggap cerita dalam kategori ini sebagai

cerita yang tidak benar-benar terjadi yang bertujuan untuk berhibur. Penutur dan

pendengar serta pengkritik juga menganggap cerita-cerita yang tergolong dalam cerita

atau dongeng rakyat ini sebagai cerita rekaan semata-mata dan berfungsi sebagai

hiburan yang dituturkan diwaktu senggang, tetapi cerita ini juga banyak

1

Page 2: analisis

menggambarkan kebenaran serta berisikan pendidikan moral dan penuh dengan

sindiran dan panduan.

Cerita atau dongeng rakyat ini juga dikenali sebagai cerita pari-pari

(Fairytales), cerita kanak-kanak (nursery tales), cerita-cerita ajaib (wonder tales).

Dalam bahasa German cerita ini dikenali sebagai ‘Marchen’, dalam bahasa Belanda

pula dikenali sebagai ‘Sprookje’ dan dalam bahasa Mandarin ia dikenali sebagai

‘Siao Suo’. Cerita dongeng rakyat biasanya mempunyai frasa pembuka dan penutup

yang bersifat klise (yang terlalu biasa). Dalam bahasa inggeris biasanya terdapat frasa

pembukaan “Once upon a time, they lived a…” dan frasa penutupnya pula terdapat

“…And they lived happily ever after”. Dalam bahasa melayu terdapat frasa

pembukaan seperti “ Pada zaman dahulu tersebutlah kisah…” dan frasa penutupnya

pula berbentuk “…Demikianlah adanya…” dan sebagainya.

Pemilihan Genre

Dalam buku The Types of Folktale Antti Arne dan Stith Thompson

(1964:19-20) telah membahagikan cerita-cerita rakyat kepada empat jenis iaitu :-

1. Cerita atau dongeng binatang (animal tales)

2. Cerita atau dongeng biasa (ordinary tales)

3. Cerita atau dongeng jenaka dan anekdot (jokes and anecdotes tales)

4. Cerita atau dongeng berumus (fomula tales)

2

Page 3: analisis

Dalam analisis cerita atau dongeng rakyat ini, pemilihan kajian hanya

dibataskan kepada cerita atau dongeng biasa sahaja. Cerita atau dongeng biasa

adalah sejenis cerita yang ditokohi oleh manusia, mengandungi kisah suka dan duka

hidup manusia. Dalam buku Folk Lore Indonesia, ilmu gossip, dongeng dan lain-lain,

James Dananjaja (19884:98), telah menghuraikan cerita atau dongeng biasa ini

berdasarkan jenis-jenis dan contoh cerita yang terdapat dalam masyarakat Indonesia.

Oleh itu, dalam menganalisis cerita atau dongeng biasa, pemilihan telah

dibuat terhadap cerita atau dongeng rakyat biasa yang bercirikan penglipurlara atau

cerita lipur lara iaitu sejenis cerita yang berfungsi sebagai hiburan semata-mata yang

bertajuk “Hikayat Malim Deman”. Secara terperinci, cerita dongeng lipur lara ini

dapat dilihat berdasarkan aspek intrinsik di bawah.

Aspek Intrinsik Hikayat Malim Deman

1) Tema : Secara keseluruhan cerita ini menyentuh tiga tema yang besar iaitu

pengembaraan, percintaan dan peperangan.

2) Amanat : Pentingnya hubungan kekeluargaan dan kasih sayang dalam

keluarga.

3

Page 4: analisis

3) Struktur Plot :-

a) Sebelum pengembaraan

b) Semasa dalam pengembaraan

c) Selepas pengembaraan

4) Watak : Dalam cerita lipur lara ini, watak utama semuanya terdiri daripada

golongan Istana, manusia dari kayangan dan jin (ghaib)

5) Latar :

a) Tempat : Dunia nyata dan dunia kayangan(ghaib)

b) Masa : Mungkin wujud dan mungkin tidak

c) Masyarakat : Manusia, jin dan unsur magis.

6) Gaya Bahasa: latar ceritanya panjang mengenai cinta dan dugaan, dan

disulami dengan bentuk-bentuk puisi.

Tema

Cerita ini bermula dengan kisah pengembaraan Malim Deman dalam

mencari isteri. Baginda telah mendapat kebenaran daripada ayah dan bondanya untuk

mengembara dan berburu ke hulu negeri. Dalam perjalanannya, baginda telah diiringi

oleh sekalian rakyat jelata dan hulubalang. Namun kesemua pengiringnya telah mati

4

Page 5: analisis

akibat kebuluran, penyakit, sesat dan ada juga diantaranya yang berpatah balik. Oleh

itu, tinggallah baginda seorang diri menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan

sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut.

Dalam kisah percintaan Malim Deman pula, ianya dapat dilihat apabila

baginda telah bertemu dengan Puteri Bongsu dari kayangan. Pada mulanya, Malim

Deman telah berpakat dengan nenek kebayan yang dijumpainya. Mereka berpakat

untuk mencuri baju layang Puteri Bongsu. Ini kerana Malim Deman terpegun dengan

kecantikan Puteri Bongsu semasa baginda mengendap Puteri Bongsu mandi bersama

kakanda-kanandanya. Puteri Bongsu pula sebenarnya telah ditunangkan dengan

seorang lelaki lain dari kayangan. Tetapi Puteri Bongsu tidak menyukainya. Oleh itu

Puteri Bongsu telah menghanyutkan batil emas dan berniat sesiapa sahaja yang telah

menjumpainya akan menjadi pilihan hatinya. Malim Deman telah memberitahu

perkara yang sebenar tentang tujuan kedatangannya dan penemuan batil emas Puteri

Bongsu itu. Akhirnya mereka pun terus bersetuju untuk berkahwin.

Dalam kisah peperangan pula, Puteri Bongsu telah merajuk hati dengan

sikap Malim Deman yang telah berubah. Puteri Bongsu telah melarikan diri bersama

puteranya Malim Dewana ke kayangan setelah menjumpai baju layangnya di tiang

seri rumahnya. Bermulalah episod peperangan atau pertarungan diantara Malim

Deman dengan bekas tunang Puteri Bongsu semasa di kayangan. Malim Deman

sebenarnya telah melengkapkan diri dengan ilmu sakti setelah berguru dengan Jin

5

Page 6: analisis

Islam. Kerana itu baginda berjaya melepaskan diri untuk mencari Puteri Bongsu di

kayangan. Dalam pertarungan itu kemenangan berpihak kepada Malim Deman.

Amanat

Daripada kisah Malim Deman ini, dapat dilihat bahawa pentingnya kasih

sayang dan hubungan kekeluargaan dalam institusi kekeluargaan. Pengajaran yang

dapat dilihat dalam cerita ini ialah tentang sikap tidak bertanggungjawab dan

pengabaian Malim deman terhadap keluarga dan tugas pentadbirannya sebagai raja

yang sepatutnya berperanan dalam memerintah negerinya. Penyesalan dapat dilihat

apabila Malim Deman bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali

kebahagiaannya bersama Puteri Bongsu dan Puteranya yang telah lari menbawa diri

ke kayangan.

Struktur Plot

a) Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu Malim Deman, Putera Raja

Malim Dewa yang memerintah di negeri bandar Muar. Bonda Malim Deman ialah

Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat

sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian

diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba

6

Page 7: analisis

putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar

kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi

demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya

untuk keluar mengembara.

b) Dalam masa pengembaraan:

Semasa mengembara, Malim Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing

perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi

hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan

bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya

sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan

bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail

dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang

semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek

Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke

Bandar Muar.

  Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut

isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan

perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan

ayah. Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si

Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil

7

Page 8: analisis

mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan

ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara

bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim

Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di

kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu

kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu

sayembara yang diadakan.

c) Selepas pengembaraan :

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang isteri dan

puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus

Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka

hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir

dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan watak utama.

Watak

 

a) Watak wira:

Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta

kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek.

Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan

ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang

8

Page 9: analisis

Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu. Sebagai anak raja yang mengembara

kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa

mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh

Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan

Puteri terus Mata.

 

b) Watak wirawati:

Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang—gemilang wajahnya.

Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama saudara-

saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek

kebayan. Baju layangnya dicuri oleh ‘pengail’ menyebabkan ia tidak boleh kembali

ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang

putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malim Deman, menyebabkan ia merajuk

dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan

Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya

tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek.

Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke

istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya.

9

Page 10: analisis

c) Watak pembantu:

Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina.

Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang

Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman

pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya. Nenek Kebayan juga

berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai

sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan kepada

Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga

yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim

Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan,

Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya

meminjam borak ke kayangan. Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang

memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina,

menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.

d) Watak jahat (antagonis):

Watak jahat terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di

kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada wira sebelum Malim

Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti

menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan.

10

Page 11: analisis

Latar

Cerita ini bertempat di Muar tentang golongan istana terutama rajanya Malim

Deman yang berkelakuan tidak baik dan mengabaikan tugasnya sebagai raja. Baginda

telah bertemu dengan Puteri Bongsu dari kayangan semasa pengembaraannya.

Daripada cerita ini hubungan manusia dengan kuasa supernatural dapat dikesan

dengan jelas tentang penggantungan manusia terhadap kuasa-kuasa supernatural yang

meliputi gambaran tentang kuasa itu sendiri seperti yang terdapat dalam cerita ini

apabila watak Jin Islam yang membantu Malim Deman dalam menjejaki isterinya dan

baju layangan Puteri Bongsu yang mampu membawanya pulang semula ke kayangan.

Gaya bahasa

Dalam hikayat Malim Deman terdapat penggunaan pemulaan cerita yang

bermula dengan kata “kononnya...”, pembuka dan penutup cerita yang klise (yang

terlalu biasa), pantun, gurindam dan bahasa berirama, dan perumpamaan.

Contoh gurindam:

“Awak tua bandar terbuka’

Emas habis dagangan mudah,

Kerbau kambing sesak di pandang,

Itik angsa tenang kuala,

11

Page 12: analisis

Merpati lindungan langit,

Rengkiang tujuh sejanjar,

Teman dengan sekerat kota”

Contoh pantun:

“Tetak seranting buatkan kolek,

Buat pagar bunga di taman,

Tuanku putera yang kecil molek,

Puter Tuanku Malim Deman.

 

 Contoh perumpamaan:

 “Bagai pucuk dilancarkan,

Bagai kumbang putus tali,

Penig kepala bagai dibaji,

Sakit hati bagai digunting”.

12

Page 13: analisis

Analisis

Hikayat Malim Deman sebagai gambaran world-view masyarakat Melayu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mustafa Mohd. Isa dalam bukunya

Awang Belanga: Penglipur lara dari Perlis (1987:117-126), cerita lipur lara juga dapat

memberi gambaran tentang word-view masyarakat Melayu. World-view ialah satu

konsep tentang cara-cara sesebuah masyarakat itu memberi interpretasi terhadap

masyarakatnya seperti kejadian alam, masa, ruang dan sebagainya. Ia adalah

merupakan satu sistem idea yang meliputi pengetahuan dan kepercayaan tentang

keadaan keliling samada yang berbentuk konkrik ataupun yang berbentuk abstrak.

Adalah dipercayai apa juga aktiviti, ekspresi dan institusi yang dilihirkan oleh

masyarakat itu adalah berdasarkan kepada apa yang boleh dan tidak boleh mengikut

adat atau peraturan masyarakat ataupun berdasarkan kepada keyakinan individu

dalam melaksanakan tugas-tugas kemasyarakatan. Bentuk fikiran individu dan

masyarakat itu pulalah yang menentukan pola-pola dan fungsi di dalam karya-karya

sastera yang dihasilkan oleh masyarakat. Oleh itu, sebagai sebuah karya yang

dihasilkan oleh masyarakat, cerita-cerita lipur lara juga dapat memancarkan world-

view masyarakat melayu. World-view masyarakat melayu yang tergambar di dalam

cerita lipur lara melayu boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu:-

13

Page 14: analisis

a) Manusia dan masyarakat

b) Manusia dan alam

c) Manusia dan supernatural

Ketiga-tiga aspek ini dapat dilihat dalam cerita /dongeng Hikayat Malim Deman yang

telah dikaji.

Aspek manusia dan masyarakat

Daripada aspek politik, lahir konsep-konsep tertentu yang diamalkan oleh

masyarakat melayu tradisional. Misalnya corak pemerintahan masyarakat melayu,

peranan raja, pembesar dan rakyat jelata. Oleh itu cerita lipur lara seperti cerita /

dongeng Hikayat Malim Deman ini juga boleh dijadikan sebagai gambaran imej

masyarakat melayu. Dalam cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini, kaitan aspek

manusia dan masyarakat dapat dilihat dengan jelas apabila terdapatnya sistem politik

pada ketika itu dengan adanya sistem pemerintahan beraja. Dalam kisahnya, ianya

menceritakan kisah seorang raja yang bernama Malim Deman yang suka berfoya-

foya yang mengakibatkan negeri taklukannya tidak ditakbir dengan baik.

Kononnya ada seorang raja bernama malim Deman. Baginda

memerintah Muar. Apabila ayahandanya mangkat, perangai Malim

Deman berubah. Baginda berkelakuan tidak baik. Baginda tidak lagi

14

Page 15: analisis

menjalankan tugas sebagai seorang raja. (Othman Puteh, Aripin Said

1995:186)

Oleh yang demikian, dalam contoh di atas, dapatlah dikaitkan bahawa cerita-

cerita lipur lara seperti ini ada kaitannya dengan kehidupan sebenar masyarakat

terutamanya masyarakat melayu pada masa dahulu dan masa kini. Sistem

pemerintahan atau politik yang cuba dipaparkan dalam cerita lipur lara ini semata-

mata bertujuan untuk mendekatkan diri pendengar dengan gambaran kisah yang

hendak disampaikan dalam dunia realiti pendengar yang sebenar. Ini supaya

pendengar dapat menikmati kesan cerita tersebut dengan mendalam sekaligus dapat

mengaitkan cerita tersebut dengan kehidupan sebenar.

Aspek budaya juga dapat dilihat dalam cerita / dongeng Hikayat Malim

Deman ini. Oleh kerana pusat penceritaan cerita-cerita lipur lara ini berfokus kepada

golongan istana, masyarakat khalayak secara tidak langsung telah didedahkan dengan

tata-cara dan adat istiadat yang biasa terdapat di istana-istana melayu tradisional.

Aspek budaya dapat dikesan dalam cerita / dongeng Hikayat Malim Deman ini

apabila adanya majlis perkahwinan secara besar-besaran diantara Malim Deman

dengan Puteri Bongsu. Dalam budaya tersebut terdapat pelbagai adat istiadat yang

telah diamalkan mengikut cara dan kesesuaian sesuatu majlis. Budaya yang

dimaksudkan bukan sahaja terdapat dalam majlis-majlais perkahwinan bahkan dalam

upacara atau majlis-majlias lain juga akan diadakan atau mengikut adat-istiadat

15

Page 16: analisis

tertentu. Adat istiadat atau budaya yang dapat dikesan daripada cerita / Dongeng

Malim Deman ini seperti yang terdapat dalam ceritanya iaitu :-

“Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri disambut penuh

meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan

kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar

mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran ….”

(Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Daripada contoh di atas, dapatlah dikatakan bahawa cerita lipur lara juga tidak

meninggalkan cerita tentang adat dan budaya masyarakat melayu. Walaupun

terdapatnya unsur-unsur tidak logik yang terdapat dalam cerita lipur lara seperti ini,

namun demikian penceritaan tentang adat resam dan budayalah antara faktor yang

menyebabkan cerita seperti ini masih kekal hingga ke hari ini. Banyak juga terdapat

unsur-unsur positif yang cuba dipaparkan dalam kisah penceritaan lipur lara ini. Bagi

masyarakat melayu hari ini, jika dikaitkan dengan cerita lipur lara seperti ini, ianya

jelas menunjukkan terdapatnya persamaan atau kebenaran adat resam yang

ditunjukkan dalam cerita lipur lara ini. Kesan baiknya, cerita lipur lara seperti ini lah

yang akan sentiasa membawa adat dan budaya melayu ini sampai bila-bila kerana

pada hari ini masyarakat masih boleh menerima cerita lipur lara seperti ini.

Tujuannya bukanlah untuk mempercayai unsur-unsur tidak logik dalam cerita yang

dipaparkan, tetapi dari sudut positifnya ianya secara tidak langsung dapat

16

Page 17: analisis

mengekalkan ingatan terhadap adat dan budaya masyarakat melayu pada zaman

dahulu.

Selain itu, cerita-cerita lipur lara juga dapat menggambarkan nilai, sikap dan

kehendak masyarakat yang melahirkannya. Contohnya nilai-nilai positif atau nilai

negatif yang perlu diikuti atau ditolak dalam masyarakat. Dalam cerita /dongeng

Hikayat Malim Deman ini, gambaran tentang nilai positif terlihat apabila Malim

Deman telah menyesali kesilapan yang telah dilakukannya terhadap isterinya dan

berusaha menebus dosanya kembali. Seperti dalam ceritanya :-

Malim Deman amat kecewa dan sesal. Baginda baru sedar akan

kesilapannya. Baginda telah mengabaikan tanggungjawabnya selama

ini. Baginda berazam untuk menebus dosanya. (Othman Puteh, Aripin

Said 1995:187)

Seperti contoh di atas, nilai positif yang telah dipaparkan dalam cerita tersebut

dapat dilihat setelah berlakunya penyesalan daripada kesilapan Malim Deman.

Namun demikian, walaupun pada mulanya ianya bermula dengan sikap yang negatif,

tetapi penyesalan dari kesilapan itu telah membawa kepada sikap positif. Sikap

seperti ini memang dekat dengan masyarakat melayu. Kebiasaannya, apabila sesuatu

perkara atau tingkah laku yang tidak baik itu telah mendapat pembalasannya, barulah

seseorang itu akan sedar tentang kesilapannya. Ini biasa terjadi dalam masyarakat

17

Page 18: analisis

melayu pada zaman dahulu mahupun masa kini. Oleh yang demikian sebagai

masyarakat melayu dan manusia, kita seharusnya memiliki nilai-nilai atau sikap yang

baik dalam menjalinkan hubungan sesama manusia.

Nilai negatif yang dapat dilihat dalam cerita / dongeng Malim Deman ini pula

ialah apabila Malim Deman tidak menghiraukan isterinya yang sedang sarat

mengandung. Baginda suka berfoya-foya dan berjudi pada ketika itu. Sikap seperti ini

tidak dapat diterima oleh masyarakat melayu malah ditegah oleh ajaran agama Islam.

Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya berperanan melindungi dan menjaga

kebajikan keluarganya. Dalam cerita /dongneg Malim Deman ini terdapat unsur

negatif seperti berikut:-

Pengawal menyampaikan pesan permaisuri kepada Malim Deman.

Baginda tidak menghiraukan pesanan itu. Baginda terus berjudi.

Pengawal pun pulang ke istana memberitahu permaisuri. Puteri

Bongsu semakin berdukacita. (Othman Puteh, Aripin Said 1995:187)

Dalam contoh di atas, sikap negatif yang ditunjukkan oleh Malim Deman itu

sangat berkait dengan masyarakat melayu pada zaman dahulu dan juga sekarang.

Sikap seperti ini bukan sahaja ada pada masyarakat melayu zaman dahulu, namun

pada zaman sekarang juga ramai masyarakat melayu yang mempunyai sikap seperti

itu. Sikap seperti ini sengaja paparkan dalam cerita lipur lara ini semata-mata

18

Page 19: analisis

bertujuan untuk menimbulkan kesan positif iaitu pengajaran kepada khalayak

pendegar atau pembaca.

Aspek Manusia dan Alam

Dari aspek manusia dan alam pula, bagi masyarakat melayu, alam boleh

dilihat daripada dua jenis iaitu alam nyata dan alam ghaib. Alam nyata adalah alam

yang diduduki oleh kehidupan yang nyata seperti manusia, binatang-binatang dan

tumbuh-tumbuhan biasa. Manakala alam ghaib pula biasanya diduduki oleh makhluk

ghaib yang kadang-kadang digambarkan seperti alam nyata juga. Dalam cerita lipur

lara, tidak ada batasnya antara alam nyata dengan alam ghaib. Makhluk ghaib boleh

menghuni alam nyata dan manusia juga boleh menghuni alam ghaib.

Dalam cerita/ dongeng Malim Deman ini, aspek manusia dan alam ini dapat

dilihat jelas apabila Malim Deman daripada alam nyata telah berkahwin dengan

Puteri Bongsu daripada alam kayangan. Walaupun mereka daripada dua dunia atau

alam yang berbeza, namun cerita seperti ini sering dibesar-besarkan dalam golongan

bangsawan dan diraja yang memaparkan perbezaan golongan ini dengan rakyat biasa.

Seperti dalam contoh ceritanya:-

19

Page 20: analisis

Baginda memerintah Muar. Pemaisuri baginda berasal dari

kayangan. Namanya Puteri Bongsu. (Othman Puteh, Aripin Said

1995:187)

Seperti contoh di atas dapat dilihat bahawa, dalam cerita Malim Deman ini,

unsur alam nyata dan alam ghaib sangat dominan sepanjang penceritaannya. Cerita

lipur lara ini cuba memaparkan tentang adanya kuasa atau alam lain yang boleh

disatukan dengan alam nyata (dunia). Walaupun kisah seperti ini menampakkan

adanya kesan unsur tidak logik, namun masyarakat melayu hari ini masih boleh

menerima cerita lipur lara yang mempunyai unsur-unsur seperti ini. Ini kerana,

sehingga hari ini, walaupun cerita dongeng/ lipur lara seperti ini dianggap tidak

masuk akal, tanpa disedari masyarakat melayu membenarkan kewujudan cerita

tersebut sehingga hari ini.

Aspek manusia dengan supernatural

Hubungan manusia dengan kuasa supernatural dapat dikesan dengan jelas

tentang pergantungan manusia terhadap kuasa-kuasa supernatural yang meliputi

gambaran tentang kuasa itu sendiri seperti kuasa para dewa, jin, binatang-binatang

buas yang pelik dan sebagainya, kuasa supernatural itu sendiri terhadap manusia

seperti bantuan atau ancaman kuasa supernatural terhadap manusia, kuasa

supernatural terhadap anasir alam seperti burung geroda yang berupaya

20

Page 21: analisis

menjahanamkan sesebuah negeri sehingga menjadi padang jarak padang tekukur dan

sebagainya dan keganjilan-keganjilan manusia yang dianggap bersifat supernatural

seperti kebolehan dan kesaktian Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai alat

sakti seperti Kemenyan Mendung Jati, wira boleh menjelma menjadi apa yang

dihajati.

Aspek manusia dengan supernatural ini dapat dilihat dengan jelas dalam cerita

/dongeng Hikayat Malim Deman ini apabila Malim Deman berguru segala ilmu sakti

dengan jin Islam sebagai bekal untuk bertarung dengan bekas tunang Puteri Bongsu

di kayangan yang bertujuan untuk mendapatkan Puteri Bongsu semula. Dalam

masyarakat melayu, kuasa supernatural seperti jin ini biasanya dikaitkan dengan

pahlawan pada zaman dahulu untuk menuntut atau mendapatkan ilmu batin atau sakti

supaya dapat meningkatkan kuasa seseorang manusia itu melebihi kuasa batas

manusia biasa. Seperti contoh dalam ceritanya:-

Baginda juga sempat berguru kepada Raja Jin Islam tentang segala

ilmu dan hikmat bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri Terus

Mata turut memberi tujuh kapur sirih hikmat kepada baginda untuk

disantap juga mengatasi tujuh lautan halangan, lautan gelap, api,

sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa. Kemenyan mandung jati turut

dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung borak apabila baginda

21

Page 22: analisis

hendak pulang ke dunia semula. (Othman Puteh, Aripin Said

1995:187)

Seperti contoh di atas, dalam masyarakat melayu pada hari ini jelas

menunjukkan adanya kaitan dan persamaan dengan kisah dalam cerita lipur lara yang

dipaparkan ini tentang wujudnya kuasa supernatural. Jika dilihat, bukan hanya pada

zaman dahulu sahaja pengaruh jin, mambang dan sebagainya, namun pada hari ini,

masih ada lagi masyarakat melayu yang mengamalkan atau menuntut ilmu-ilmu sakti

seperti itu. Masayarakat melayu yang masih mengamalkan atau menuntut kuasa-

kuasa supernatural seperti ini, dikatakan sangat yakin dan percaya dengan kewujudan

kuasa itu dalam dirinya. Ini semua bertujuan untuk melindungi diri dari sebarang

ancaman luar mahupun manusia lain.

Kesimpulan

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional, berdasarkan cerita/

dongeng Hikayat Malim Deman yang telah dikaji, genre lipurlaranya terbukti

ditunjangi oleh ciri atau aspek intrinsik iaitu tema, amanat, struktur plot, watak, latar

dan gaya bahasa. Apabila dianalisis dengan lebih terperinci tentang cerita/ dongeng

Hikayat Malim Deman ini, didapati bahawa terdapatnya unsur gambaran world-view

masyarakat melayu yang dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu hubungan antara

manusia dan manusia, hubungan antara manusia dan masyarakat, dan hubungan

22

Page 23: analisis

antara manusia dan supernatural. Ketiga-tiga aspek tersebut telah menggambarkan

pendekatan atau kaitannya yang begitu jelas dengan masyarakat melayu terutamanya

dalam masyarakat melayu diraja. Tujuan cerita lipurlara seperti ini adalah untuk

hiburan semata-mata dan sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat melayu

khususnya golongan kanak-kanak pada hari ini.

Dalam kisah cerita/ Dongeng Hikayat Malim Deman ini, dapatlah

disimpulkan bahawa terdapatnya unsur-unsur tidak logik yang dipaparkan dalam

penceritaannya. Namun demikian, pada hari ini, cerita lipur lara seperti ini masih lagi

diterima baik oleh masyarakat melayu khususnya. Ini kerana, tujuan wujudnya cerita

seperti ini adalah semata-mata untuk hiburan di waktu senggang. Selain itu, unsur-

unsur nilai yang terdapat dalam cerita lipur lara ini baik sikap atau unsur negatif

mahupun positif semuanya bertujuan untuk memberi kesedaran atau pengajaran

kepada khalayak pendegar atau pembaca. Unsur budaya yang dipaparkan dalam cerita

lipur lara ini sekaligus memberikan kesan positif kepada masyarakat melayu hari ini.

Ini kerana dengan adanya cerita tentang adat resam dan budaya, kanak-kanak hari ini

atau khalayak pembaca masyarakat melayu akan sentiasa mengetahui dan tidak

sesekali melupakan adat resam dan budaya masyarakat melayu pada zaman dahulu

yang dibawa oleh nenek moyang beratus tahun dahulu. Walaupun cerita lipur lara

seperti cerita Hikayat Malim Deman ini terdapat bayak unsur-unsur tidak logik

namun bayak juga nilai-nilai positif dan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan

panduan oleh masyarakat melayu hari ini. Segala unsur tidak logik seperti manusia

23

Page 24: analisis

kayangan dan ilmu sakti yang dituntut dari jin itu, ianya semata-mata untuk tujuan

hiburan.

Dapatlah disimpulkan disini bahawa, cerita-cerita lipurlara seperti ini

merupakan hasil cerita/ dongeng biasa Melayu yang paling mendapat perhatian

kepada para sarjana atau pengkaji sastera rakyat Melayu kerana sifatnya yang unik

dan berbeza daripada cerita rakyat yang lain. Seperti cerita / dongeng Hikayat Malim

Deman ini, keunikannya bukan sahaja terletak pada ceritanya sahaja tetapi juga pada

penutur dan cara cerita ini dipersembahkan.

Bibliografi

Rujukan buku

Othman Puteh/ Aripin Said. Himpunan Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1995.

Halimah Hassan. Kesusasteraan Rakyat Melayu. Serdang: Pusat Pendidikan Luar

Universiti Putra Malaysia, 2006.

24

Page 25: analisis

Rujukan internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_Rakyat_Melayu

http://www.bom2000.com/search/contoh+sinopsis+cerita+rakyat+nusantara

http://www.elvinmiradi.com/topik/definisi+cerita+dongeng+biasa.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Othman_Puteh

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas%3AGelintar&search=aripin+said

25